Anda di halaman 1dari 4

SJKC Perlu Berani Berubah

Haji Khazan Che Mat


Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Terengganu

1.

Isu SKJC menjadi hangat apabila beberapa pemimpin politik dari UMNO

menyuarakan pandangan. Ada yang mencadangkan ia dikaji dan dibahaskan dalam


Perhimpunan Agung Umno akan datang dan ada yang mencadangkan ia
dihapuskan kerana dikatakan tidak membantu pembentukkan bangsa Malaysia.
Lebih menghangatkan lagi keadaan, ada yang mengatakan tidak terdapat
peruntukan mengenainya di dalam perlembagaan persekutuan yang melayakkannya
mendapat peruntukan tetap seperti sekolah kebangsaan.

2.

Saya tidak berhasrat membahaskan isu SJKC dari sudut undang-undang

kerana saya bukanlah orang yang belajar jurusan berkenaan. Ia hanya sekadar
cadangan yang tidak memihak kepada mana-mana kumpulan atau parti politik yang
berasaskan bangsa dalam negara ini. Ia sesuai dengan pendekatan wasatiyyah
yang adil dan tidak berat sebelah yang sering disebut oleh Perdana Menteri dalam
banyak ucapannya.

3.

Dalam membina sebuah negara bangsa, tidak dinafikan bahasa memainkan

peranan yang amat penting. Orang Perancis dan Jepun dikatakan sangat
mengutamakan bahasa sendiri di dalam komunikasi mereka kerana semangat
patriotisma dan sayangkan bahasa sendiri. Jiran kita, Indonesia yang mempunyai

rakyat yang ramai dan berbilang suku puak dan bangsa disatukan dengan bahasa
Indonesia yang menjadi bahasa kebangsaan mereka.

4. Di Thailand pun sama, bahasa Thai menjadi bahasa rasmi dan wajib dipelajari
semua. Nama di dalam kad pengenalan diri mesti ditulis dengan huruf Thai. Kawan
saya di Narathiwat yang asal namanya Abdul Ghaffar ditulis dengan tulisan Thai
apabila ditukar semula kepada huruf latin untuk urusan tertentu seperti untuk pasport
antarabangsa ia menjadi Abduun Roofan. Hasil pembelajaran wajib itu kini semua
orang Melayu generasi baru selatan Thai mampu dan cekap berbahasa Thai.

5.

Di negara kita atas semangat toleransi bukan sahaja semua agama bebas

diamalkan oleh penganut masing-masing selain Islam yang diperakui sebagai


agama persekutuan, bahasa kaum-kaum lain juga boleh diajar dan digunakan oleh
kaum masing-masing sesama mereka. Ia sesuatu yang unik dari satu sudut tetapi
dari sudut yang lain ia menghalang atau melambatkan proses pembinaan bangsa
Malaysia yang dicita-citakan.

6.

Orang Melayu pada pengamatan saya telah banyak bertolak-ansur dan

menyesuaikan pendidikan agama dan bahasa Arab dengan sistem pendidikan


kebangsaan berbanding bangsa lain. Kini tiada lagi atau sudah kurang sekolahsekolah yang menggunakan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar selepas
sekolah-sekolah agama rakyat (SAR) dan negeri (SAN) ditukar kepada Sekolah
Agama Bantuan Kerajaan (SABK). Bahasa Arab hanya menjadi bahasa pengantar
untuk pelaja-pelajar yang mengambi Sijil Tinggi Agama Malaysia untuk melayakkan

mereka menyambung pengajian ke al-Azhar di Mesir. Universiti-universiti lain di


Timur Tengah hanya mensyaratkan Sijil Pelajaran Malaysia dan kemampuan
bahasa Arab semata-mata.

7.

Perbezaan diantara Sekolah Menengah Agama (SMA) dengan Sekolah

Menengah Kebangsaan (SMK) hari ini sudah tidak ketara, hanyalah subjek bahasa
Arab dan subjek tambahan agama sahaja. Bahkan ada juga SMK yang mengajar
bahasa Arab atas permintaan masyarakat. Hari ini sudah terbukti juga ramai ustazustaz lulusan dari universiti-universiti di Timur Tengah melalui SMA seperti ini tanpa
STAM berjaya cemerlang dan menguasai ilmu agama dan bahasa Arab dengan
baik.

8.

Lantaran itu demi mengelakkan SJKC dari terus menjadi isu yang

mengganggu hubungan antara kaum dalam negara, adalah baik jika pengajaran
Bahasa Kebangsaan diperkukuhkan di SJKC supaya orang Cina mampu kuasainya
dengan baik seperti saranan Perdana Menteri dalam Persidangan Agung MCA barubaru ini. SJKC juga harus berani melakukan perubahan menukar status dari
sekolah SKJC kepada SMK yang mengekalkan bahasa Mandarin dan subjek yang
berkaitan. Kalau sudah ada SMA bertukar menjadi SM Integrasi dan SM Imtiaz
kenapa tidak SJKC Chong Hwa Wei Seng misalnya menjadi SMK Chong Hwa Wei
Seng.

9.

Kerajaan juga boleh membantu orang Cina yang hidup di dalam masyarakat

Melayu dengan mewujudkan subjek bahasa Mandarin di SMK, SMKA, SABK atau

SM Intergrasi yang berdekatan bagi memenuhi hasrat mereka. Kalau bekas mufti
Perlis pernah mengesyorkan orang Cina diberi peluang belajar di sekolah agama
mengapa tidak orang Melayu pun diberi peluang belajar bahasa Mandarin bersama
mereka di kebanyakan sekolah kita? Perkara ini juga boleh dipakai untuk SKJT.

Anda mungkin juga menyukai