Anda di halaman 1dari 3

Latar belakang

Pada 25 Jun 2012, Morsi dipilih sebagai Presiden Mesir.


Morsi dibanggakan sebagai seorang Hafiz dan mempunyai daya intelektual yang tinggi.
Wataknya dan ilmunya digambarkan cukup sesuai untuk menggantikan kezaliman rejim Hosni
Mobarak.

Fakta pilihanraya Presiden 2012

Morsi menang pusingan kedua pilihanraya presiden dengan undi 51.7% berbanding Ahmad
Shafik (bekas PM semasa zaman Mubarak) 48.3%
Jumlah penduduk Mesir: 80 juta (90% Islam, 10% Kristian)
Pengundi berdaftar di Mesir: 51 juta.
Peratus turun undi: 52% (26 juta)
Daripada fakta ini menunjukkan kemenangan tipis Morsi dan rendahnya penglibatan rakyat
Mesir dalam pilihanraya mereka satu resipi yang membawa kepada ketidakstabilan politik.

Tragedi rampasan kuasa

Pada 3 Jun 2013, 7 petang waktu Mesir, pemimpin tentera, Andel Fattah al-Sisi telah
mengisytiharkan penyingkiran Morsi, menggantungkan perlembangaan dan melantik Ketua
Mahkamah Perlembagaan Agung, Adly Mansour, sebagai ketua kerajaan sementara.
Tragedi ini mengulangi nasib pemimpin utamanya sebelum ini yang dihukum gantung seperti
Hassan Albanna, Syed Khutub dan lainnya.

Punca Kejatuhan Morsi

Di pihak tentera
Morsi semasa pemerintahannya hanya menjaga kebajikan orang Islam dan Ikhwanul Muslimin
sahaja, tanpa mempedulikan kebajikan rakyat sekular dan lainnya. Tentera melakukan rampasan
kuasa atas alasan melindungi rakyat.

Di pihak rakyat
Mereka terlibat dalam demonstrasi itu kerana hidup dalam keadaan yang cukup resah. Mereka
mengharapkan revolusi membawa kesejahteraan hidup, tetapi apa yang mereka perolehi dari

kerajaan Morsi adalah impian revolusi yang kosong: kos hidup, kadar pengangguran dan kadar
inflasi yang tinggi, bekalan letrik yang selalu terputus dan harga minyak yang meningkat.

Fakta
Pertumbuhan ekonomi 2012: 2.2% (Malaysia 4.1%)
Kadar kemiskinan: 25.2% (Malaysia 3.8%)
Pengangguran: 13.2% (Malaysia 3.3%)
Inflasi: 9.75% (Malaysia 1.8%)

Di pihak barat
Tindakan Morsi undang kerisauan barat dan Yahudi tentang kebangkitan Islam
- Morsi membuka semula sempadan Gaza yang ditutup semasa pemerintahan Hosni
Mubarak.
- Morsi juga bertindak menutup hubungan diplomatik dengan Syria
- Merapatkan hubungan dengan Turki yang juga Islamis.

Kesilapan Morsi

Ikhwan Muslimin memilih untuk memimpin secara sendirian tanpa sokongan daripada
kumpulan-kumpulan berkepentingan lain sekular, liberal, sayap kiri, wanita dan belia.
Anggota kerajaan kebanyakkannya ahli dan penyokong Ikhwan. Ini menyebabkan diskriminasi
terhadap kumpulan lain daripada proses membuat keputusan dan membentuk dasar.
Tidak membuka peluang berkongsi kuasa walaupun kemenangan Ikhwan tipis.
Morsi cuba untuk memusatkan lebih kuasa di tangan Presiden tiada beza semasa zaman
diktator Mubarak.
Gagal memenuhi harapan rakyat semasa revolusi 2011. Tidak memanfaatkan 2 tahun berkuasa
untuk memperbaiki keadaan ekonomi

Pengajaran dari kejatuhan Ikhwan

Pemimpin jangan mendiskriminasikan rakyat kerana ideologi kerana ini boleh menimbulkan
kekecewaan dan kemarahan.
Kerajaan perlu bijak mengurus perbezaan pandangan dan jangan terlalu beremosi dalam
berpolitik.

Kerajaan perlu cekap dan adil dalam mengurus pengagihan ekonomi negara supaya tidak ada
segmen masyarakat yang berasa terpinggir.
Kerajaan tidak boleh membiarkan perut rakyat kosong kerana ini akan mengundang
demonstrasi.
Apapun pendirian kita dalam politik, jangan mengundang campur tangan luar.

Pengajaran buat kita sebagai pelajar/pemimpin

Pemimpin mesti berupaya untuk mengimbangkan tuntutan semua pihak, berlaku adil dan
tentukan a way forward
Kehebatan pemimpin diukur melalui kemampuan untuk mengenalpasti masalah sebelum ianya
menjadi barah.

Anda mungkin juga menyukai