Anda di halaman 1dari 18

Contoh rujukan komsas http://e-contoh.blogspot.com/2013/03/contoh-rujukan-komsas.

html
Pengenalan

Mengikut Abd. Rahman Shaari (1994) bahan sastera yang dimaksudkan dalam sukatan pelajaran
ialah puisi (lama dan baharu), cerpen, novel, drama dan hikayat (prosa lama). Menurut Dr. Ali
Mahmood (2007) teknik pengajaran dan pembelajaran pula ialah lakonan, teater pembaca, teater
bercerita, kerusi panas, simulasi, improvisasi dan main peranan. Teknik sangat penting untuk
pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan Bahasa Melayu yang berkesan. Aktiviti-aktiviti bagi
setiap teknik tersebut akan menghidupkan suasana pengajaran dalam bilik darjah. Terdapat
pelbagai teknik Penggunaan Bahan Sastera dalam Pengajaran. Antaranya, main peranan,
simulasi, bercerita, lakonan, teater pembaca, teater bercerita, kerusi panas dan improvisasi.

Pengajaran dan pembelajaran komsas dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi
mewujudkan insan yang seimbang lagi harmonis dari segi intelek, emosi, rohani dan jasmani.
Pendidikan sastera diterapkan mulai tingkatan satu hingga tingkatan lima dalam mata pelajaran
Bahasa Malaysia melalui aktiviti kemahiran berbahasa, iaitu kemahiran mendengar, kemahiran
bertutur, kemahiran membaca, dan kemahiran menulis. Menurut A.Ghafar Ibrahim, Memang
tidak dapat dinafikan lagi bahan sastera dapat menarik minat dan memberi kesan yang positif
terhadap pembelajaran murid. Berikut adalah alasan-alasan yang mewajarkan penggunaan bahan
sastera dalam pendidikan.

Sastera merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa. Tidak keterlaluan sekiranya
dikatakan sastera mampu membentuk tamadun sesuatu bangsa kerana ia bukan sahaja
mempunyai hubungan rapat dengan masyarakat namun hal ini juga terlibat dengan pergolakan
yang berlaku dalam masyarakat tersebut. Karya sastera membincangkan apa yang berlaku dan
apa yang terlihat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap dan pandangan
pengarangnya (Baharuddin Zainal,1975:1) Penggunaan bahan sastera boleh menarik minat dan
memberi kesan yang positif. Ia boleh digunakan untuk mengajar Bahasa Melayu mengikut
peringkat yang sesuai dengan umur, minat, tahap pemikiran dan peringkat kesukaran pelajaran.
Ini terpulanglah kepada kebijaksanaan guru Bahasa Melayu untuk membuat pemilihan, penilaian
dan penyesuaian bahan yang digunakan. Pengajaran dan pembelajaran Kesusasteraan Melayu

dapat memenuhi cita-cita Falsafah Pendidikan bagi mewujudkan insan yang seimbang lagi
harmonis dari segi intelek, emosi rohani dan jasmani.

Menurut Abdul Rahman Shaari pula (1994) ada beberapa alasan yang menyokong penggunaan
bahan sastera dalam pendidikan bahasa sastera. Pertama, sastera adalah bentuk karya yang
menggunakan bahasa secara terbaik. Laras bahasa sastera adalah salah satu daripada sejumlah
laras bahasa dan jika bahan yang dipilih itu berupa karya atau sebahagian karya sastera yang
bermutu, maka bahasanya terjamin.Bahan sastera memiliki daya tarikan yang dapat menanamkan
dan mengekalkan minat membaca. Ini disebabkan oleh sifat karya sastera itu sendiri yang selalu
nya memiliki ciri-ciri menghibur. Karya sastera yang bercorak cereka mengandungi plot yang
memikat hati pembaca untuk terus menatapnya. Dalam keadaan di atas, bahan sastera adalah
bahan pengajaran bahasa yang berkesan. Bahasa yang baik dan menarik akan menyebabkan
timbulnya rasa bangga di hati penggunanya. Kebanggaan terhadap Bahasa Melayu adalah salah
satu objektif pendidikan Bahasa Melayu.

Melalui penulisan bahasa sastera, penggunaan bahasa dalam bentuk yang beraneka rupa dan
dalam situasi yang berbeza-beza dapat diterapkan kepada pelajar-pelajar. Selain itu bahasa
sastera mengandungi banyak unsur dan nilai sejagat yang sangat membantu dalam proses
penerapan Emotional Quotion (EQ) di kalangan pelajar-pelajar. Bagi tugasan ini saya telah
memilih genre sastera sajak untuk di ulas berkaitan dengan aspek bahasa, nilai dan struktur.

Sejarah

Perkembangan

Kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah sekali lagi mengalami perubahan setelah disemak
semula selepas digunakan selama lebih 10 tahun semenjak penggubalan Kurikulum Bersepadu
Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1987. Penyemakan kurikulum ini bertujuan
memantapkan Akta Pendidikan, memenuhi semangat Falsafah Menurut Abdul Shukor 2000,
Pendidikan Kebangsaan, dan menyediakan murid menghadapi cabaran pendidikan pada abad 21.
Namun perubahan tersebut sama sekali tidak mengubah matlamat asal pendidikan Bahasa
Melayu

yang bertujuan

mendukung hasrat

Falsafah

Pendidikan

Kebangsaan

untuk

memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani.

Dalam perubahan ini kurikulum Bahasa Melayu digubal berdasarkan penggunaan bahasa
yang merangkumi tiga bidang utama iaitu Bidang Interpersonal, Bidang Maklumat dan Bidang
Estetika Kementerian Pendidikan Malaysia 2000. Penumpuan kepada bidang-bidang tersebut
bertujuan untuk membolehkan murid menggunakan bahasa Melayu secara berkesan dalam
kehidupan harian, bidang kerjaya, dan seterusnya sebagai bahasa ilmu yang boleh dimanfaatkan
sepanjang hidup mereka. Manakala dalam hasil pembelajaran Bidang Estetika tersebut murid
akan memahami, menguasai, dan menghasilkan penulisan kreatif. Dengan ini Komponen
Kesusasteraan Melayu (Komsas) telah dimasukkan dalam perubahan sukatan ini dengan harapan
akan dapat memupuk minat membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan
terhadap bahan sastera.

Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada tahun 2000,
oleh itu kajian terperinci terhadap hasil perlaksanaannya masih belum banyak dilakukan oleh
mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini. Walau bagaimanapun
sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan penggunaan bahan sastera dalam
pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli
akademik serta para pelajar di institusi pengajian tinggi.

Komponen

Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan komponen wajib dalam pengajaran Bahasa
Melayu di peringkat sekolah menengah dengan tujuan mendorong para pelajar untuk membaca
bahan-bahan sastera, menikmati dan mengapresiasi hasil karya sastera, mengetahui latar
belakang para penulis serta sumbangannya dan mengetahui sejarah perkembangan sastera tanah
air. Pelaksanaan kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu akan memberi pendedahan kepada para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam
memahami genre sastera, antaranya ialah:

Mengenal genre cerpen, drama, novel dan prosa tradisional.


Mengenal puisi moden dan puisi tradisional.
Memahami istilah-istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi.
Memahami binaan dan teknik plot.
Menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan
kebudayaan.
Menaakul tema atau pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai kemanusiaan dan
kemasyarakatan.
Menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

Kertas Bahasa Melayu yang berteraskan teks Komponen Kesusasteraan Melayu ini juga
bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar yang merangkumi kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu format baru kertas Bahasa Melayu
dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2001 ini adalah berteraskan teks
Komsas yang dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di Tingkatan 4 dan 5.
Pelaksanaan pengajaran Komsas telah bermula sejak Mac tahun 2000, iaitu semasa pelajarpelajar Tingkatan 5 sekarang berada di Tingkatan 4.

Tema moral sering dikaitkan dengan masalah kekurangan didikan agama sehingga terpesona
dengan kegiatan yang meruntuhkan nafsu. Sebagai kesimpulannya, dapatlah dikatakan bahawa
cerpen-cerpen sebelum perang mempunyai unsur-unsur lucu dan percintaan cerpen-cerpen ini
juga dikatakna kurang nilai estetik kerana terlalu mementingkan unsur didaktik. Ini
menyebabkan kebanyakkan cerpen hampir menyerupai sebuah esei. Perwarnaan wataknya pula
berdasarkan kepada watak hitam dan putih dimana watak putih selalu mendapat balasan baik dan
watak hitam pula selalu mendapat balasan jahat.

Sastera bukan sekadar bahan bacaan, tetapi lebih daripada itu. Shahnon Ahmad (1991)
menegaskan bahawa sastera sebagai seismograf kehidupan, iaitu sastera bukan sahaja
mencatatkan tetapi menganalisis perihal manusia dan masyarakat. Melalui sastera, banyak yang
dapat dipelajari. Bagi Shahnon, sastera sangat diperlukan untuk melengkapkan nilai sesuatu

masyarakat. Melalui sastera, masyarakat juga dapat mempelajari sejarahnya untuk memperbaik
kehidupan mereka.

Menurut A. Samad Said, melalui sastera ditemui unsur moral, keindahan, hati nurani,
keadilan, ketakwaan, kebijaksanaan, dan tazkiyah dan disampaikan secara sederhana, tetapi amat
berkesan di jiwa. cerpen hanya sebuah karya kreatif, ia mesti ada daya imaginasi atau daya reka
dan sensitiviti atau daya sentuh. Kekuatan sesebuah karya sastera ialah keupayaan seseorang
pengarang mengolah imaginasi dan sensitiviti. Bagaimanapun ia tidak mengikis tujuan asal
sesebuah teks sastera untuk membina masyarakat. Usman Awang (1995) menulis bahawa sastera
meliputi semua aspek kehidupan manusia secara meluas.

Secara keseluruhannya pengertian cerpen merupakan cerita pendek yang tergolong dalam
kesusteraan melayu yang menggunakan bahasa moden dengan mengenengahkan unsure-unsur
moral kepada pembacanya.

Kepentingan KOMSAS

Matlamat mata pelajaran tersebut jelas dilihat daripada petikan kata pengantar Dato' Asiah Abu
Samah (1988), Pengarah Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia,
dalam Buku Panduan Pendidikan Kesusasteraan Melayu Tingkatan IV dan V:

Kesusasteraan Melayu sebagai mata pelajaran pilihan bagi pelajar-pelajar Tingkatan IV dan V
bukan sahaja menyediakan pengetahuan dan kemahiran kreatif dalam bidang Bahasa Malaysia
tetapi juga memberi peluang pelajar pelajar untuk menikmati keindahan dan kehalusan sastera.
Dengan itu, mata pelajaran Kesusasteraan Melayu dan karya-karya yang ditulis dalam Bahasa
Malaysia diharap dapat menekankan pengajaran yang bersifat apresiatif yang dapat membawa
pelajar-pelajar membina rasa kebanggaan, kepercayaan diri, dan cintakan tanah air dalam suatu
wawasan Kebudayaan Kebangsaan.

Pada tahun 2000, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mernperkenalkan kesusasteraan


Melayu sebagai komponen Bahasa Melayu di sekolah menengah. Guru-guru bahasa dikehendaki
mengajar semua genre termasuklah prosa tradisional, puisi tradisional dan moden, novel, cerpen
dan drama, dari tingkatan I ke tingkatan yang lebih tinggi sehingga pelajar menduduki
peperiksaan PMR dan SPM. Mata pelajarankesusasteraan ini wajib dipelajari oleh semua pelajar
tanpa mengira aliran. Tujuannyaagar semua pelajar terdedah kepada pengetahuan asas sastera
atau cara penghayatan karya sastera. Pelaksanaan ini secara langsung telah mengakui
kepentingan kedudukan sastera Melayu sebagai suatu mata pelajaran penting untuk dipelajari.
Mata pelajaran ini akan mengambil sebahagian daripada waktu bahasa Melayu, iaitu dua waktu
daripada keseluruhan enam waktu dalam seminggu. Hal ini bermakna mata pelajaran
kesusasteraan ini boleh berdiri sendiri tetapi diajarkan oleh guru bahasa.

Unsur rohani dalam FPK mengandungi hikmah yang mempunyai matlamat, iaitu keyakinan
kepada Tuhan, kepercayaan beragama, kemantapan jiwa, menghubungkan nilai murni dengan
norma masyarakat, dan mempunyai sahsiah yang mulia. Sehubungan dengan itu, kesusasteraan
Melayu dalam pengajaran Bahasa Melayu itu boleh disifatkan sebagai menekankan proses
pengajaran dan pembelajaran ke arah memupuk, dan memperkaya kehalusan perasaan, serta
memperteguh rasa penghargaan, dan keindahan terhadap bahan kesusasteraan Melayu.

Menarik Minat Murid

Pertimbangan pedagogi boleh dikatakan tiada sama sekali dalam pendidikan sastera sejak
sebelum perang sehingga akhir tahun 1950-an. Kanak-kanak darjah empat sekolah Melayu telah
pun membaca Chanai Bacaan dan Pelbagai Cetera Melayu.Soal penggredan bahan-bahan untuk
kanak-kanak tidak wujud.

Kesesuaian Sebagai Bahan Bantu

Genre cerpen sesuai digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran kerana sifatnya yang
mempunyai unsure-unsur pengajaran yang dapat dijadikan sebagai bahan Bantu dalam
pengajaran dan pembelajaran khasnya Bahasa Melayu. Objektif pengajaran dan pembelajaran

kesusasteraan mementingkan perkembangan afektif, iaitu penentuan sikap, perkembangan daya


pemikiran yang kritis, serta penikmatan. Melalui penikmatan dan pemikiran yang kritis,
seseorang pelajar dapat mengabadikan nilai-nilai kesusasteraan dan kebudayaan bangsa,
manakala

pemikiran

yang

kritis

pula

dapat

membentuk

serta

mencipta

citarasa

kesusasteraan.

Menghilangkan Kebosanan

Secara amnya, dengan kepelbagai teknik seperti teknik lakonan, main peranan dan simulasi
pelajar akan rasa tidak bosan dalam mengikuti pelajaran tersebut kerana ia membolehkan mereka
belajar sambil mengenal genre sastera secara langsung.

Meningkatkan Motivasi Pembelajaran

Secara logiknya apabila murid merasa seronok ia akan memberikan impak terhadap penerimaan
pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Keadaan ini juga menyebabkan murid
atau pelajar tidak merasa takut dan aktif dalam proses pembelajaran.

Kesesuaian Tema

Komsas ialah satu bentuk seni yang menggunakan bahasa. Melalui bahasa, keperihalan manusia
dan kemanusiaan dibangunkan dengan penuh kesedaran tentang mesej dan keindahan. Laras
bahasa sastera berbeza daripada laras bahasa harian dan sains. Pemilihan kata yang teliti, unsur
bunyi yang dijaga rapi, dan irama yang tersusun indah membawa pembaca menikmati bahasa
sastera. Mengikut Ali Ahmad (1994), sudah menjadi fitrah manusia mempunyai jiwa yang halus,
sama ada pengarang ataupun pembaca. Maka, sastera menjadi bererti kerana pengarang dan
pembaca diikat oleh pembentukan jiwa yang sama yang suka kepada keindahan. Dengan yang
demikian ia boleh membawa kefahaman murid terhadap proses penggunaan sastera pada
peringkat awal.

http://cikgunie.blogspot.com/2014/01/teknik-dan-kaedah-pengajaran-komsas-dan.html

TEKNIK DAN KAEDAH PENGAJARAN KOMSAS DAN KESUSASTERAAN MELAYU


Guru tidak seharusnya beranggapan mempelajari sastera merupakan sesuatu perkara yang
mudah

dan

membiarkan

pelajar

membaca

dan

faham

sendiri.

Guru

mesti

mempunyai keupayaan untuk menarik hati pelajar dengan menyelami peristiwa yang
berlaku sehingga pelajar benar-benar dapat merasakan sesuatu peristiwa itu berlaku ke atas diri
mereka. Bimbingan dan galakan daripada guru kepada pelajar amat penting agar pelajar dapat
melibatkan diri dalam aktiviti bilik darjah. Pendapat ini juga disarankan oleh Mike, yang
menyatakan bahawa:
teachers are the decisive element in the classroom. Teachers posses power to make a chlids
life joyous or miserable. Teachers can be an instrument of inspiration or torture to a childs
motivation to learn.

Guru seharusnya menggunakan pelbagai teknik untuk memotivasi pelajar semasa pengajaran dan
pembelajaran. Kajian kesan pendekatan mengalami-menghayati terhadap pembelajaran sajak ke
atas 51 orang pelajar Tingkatan 6 dijalankan oleh Noriah (1986). Dapatan kajian ini
menunjukkan bahawa faktor guru dan pendekatan pengajaran guru amat mempengaruhi
pencapaian pelajar dari segi kefahaman, peningkatan minat dan perubahan sikap pelajar
terhadap pembelajaran sajak. Guru seharusnya menggunakan pendekatan pengajaran pemusatan
pelajar agar pelajar dapat menikmati pembelajaran sajak.
Guru memainkan peranan sebagai pelajar contoh di dalam kelas. Pelajar mudah dikawal
sekiranya guru pandai memilih aktiviti yang sesuai, menjalankan pengajaran dan pembelajaran
dua hala, memahami kehendak individu di dalam kelas dan menjalankan aktiviti
pengukuhanberdasarkan kemampuan pelajar. ( Charles, 1985) Penerapan model pembelajaran
Role Playing digunakan oleh Sadali dalam menjalankan kajian tindakan untuk meninjau
pengaruh model ini ke atas 30 orang siswa dengan pendekatan kualitatif dan kuantitatif. Dapatan
kajian ini menunjukkan bahawa;

(a)

terdapat peningkatan kemampuan guru dalam mencapai objektif

pembelajaran, memotivasikan pelajar dan membimbing perbincangan;


(b)

pelajar lebih berani menyatakan pendapat;

(c)

terdapatnya kesedaran hubungan antara peranan yang dimainkan dengan

masalah kehidupan masyarakat yang sebenar dan;


(d)

memudahkan pelajar mengingat kembali tentang konsep, fakta dan teori.

Model Main Peranan dicadangkan sebagai salah satu alternatif untuk mengatasi masalah kualiti
proses dan hasil pembelajaran. Patricia & Barbara (1993) mengkaji perspektif guru dalam
pengajaran sastera. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa:

(i)

guru perlu faham dan menilai kepentingan pelajar terhadap pendedahan

bentuk karya sastera;


(ii)

guru sentiasa meminta pelajar faham kriteria spesifik dan teknik-teknik

untuk menganalisis sastera;


(iii)

guru mengutamakan penghayatan estetika karyasastera;

(iv)

guru mengutamakan penglibatan pelajar dalam aktiviti penulisan kreatif;

(v)

guru membantu pelajar membentuk kemahiran pembelajaran kolaboratif;

dan
(vi)
bemakna

guru perlu memilih bahan bacaan sastera yang diminati oleh pelajar. Ini
dari

sudut

guru,

pelajar

perlu

menguasai

kemahiran

menganalisis,

kemahiran penghayatan,
kemahiran pembelajaran kolaboratif, dan kemahiran membaca genre sastera.

Boza Krakar (2001) menjalankan kajian ke atas pelajar vokasional yang menggunakan bahasa
ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran sastera. Sebanyak 40% daripada peruntukan masa
ditumpukan ke atas pembelajaran sastera. Tindakan ini sangat sesuai kepada pelajar vokasional
dari aspek pemupukan minat dan meningkatkan tahap penguasaan. Dapatan kajian ini
menunjukkan penggunaan sastera amat mempengaruhi minat membaca dan memimpin pelajar ke
arah kecemerlangan diri.

Teknik membaca kuat merupakan salah satu teknik yang boleh digunakan oleh pensyarah untuk
menggalakkan pelajar membaca sastera. Deborah & Linda (2003) menjalankan kajian ke atas
murid Gred 1 dan Gred 4 bertujuan mewujudkan motivasi murid membaca bagi menghayati dan
mengamati sastera dengan menggunakan teknik membaca kuat. Mereka mendapati bahawa
murid lebih suka memilih aktiviti selain daripada membaca. Murid tidak mempunyai inspirasi
untuk membaca buku-buku lain selain daripada buku teks. Kajian dijalankan dengan
menggunakan teknik membaca kuat dan program Home-School Independent Reading.
Dapatan kajian ini menunjukkan teknik membaca kuat memainkan peranan penting dalam
perkembangan kemahiran membaca di kalangan murid. Teknik ini dan program tersebut
dicadangkan untuk diaplikasikan di sekolah bagi memupuk minat membaca di kalangan murid.

Wheatley (1992) menunjukkan bahawa pembelajaran aktif dapat mempertingkatkan pemikiran


dan tindak balas pelajar. Pelajar seharusnya diberikan peluang untuk membuat refleksi terhadap
aktiviti yang dijalankan untuk pembentukan makna daripada pengalaman. Piramid Pengalaman
Pembelajaran oleh Dale (1954), menggalakkan pembelajaran secara konkrit kepada
pembelajaran secara abstrak. Pelajar dapat berfikir induktif. Ini bertepatan dengan pendapat
Glenn, Steward & Simpson (1991) yang menyatakan bahawa pengajaran yang menggunakan
bahan yang bermakna. Guru perlu membantu pelajar dalam pembentukan pembelajaran yang
bermakna. Ini sejajar dengan Gardner (1986) yang menegaskan bahawa pelajar mempunyai
pelbagai kecerdasan yang perlu diperkembangkan oleh guru.
Menurut Thomas & Swartout (1963), hanya ABM (Alat Bantu Mengajar) yang mempunyai
komunikatif tinggi yang mampu membantu pelajar memperoleh pengalaman belajar yang
berfaedah bagi mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya
penghargaan. ABM yang digunakan melibatkan penggunaan deria pelajar seperti pendengaran,
penglihatan, sentuhan, rasa dan bau. Dengan penglibatan semua deria, pelajar bukan sahaja
tertumpu kepada pengajaran dan pembelajaran guru, malah pelajar lebih mudah memahami dan
mengingati bahan pelajaran yang disajikan kepadanya. Penggunaan ABM yang melibatkan deria
semasa pengajaran dan pembelajaran akan menjadikan pengajaran guru lebih berkesan. ABM
bukan sahaja membantu menghidupkan kelas, malah mempelbagaikan perkembangan kognitif
dan afektif pelajar. Pendapat ini sependapat dengan Lester (1956), Bruner (1966), Wilkinson
(1971), Charles (1972).

Abdul Ghani (1996) menegaskan faktor bahan memberi kesan dalam meningkatkan minat
pelajar untuk terus menguasai sesuatu kemahiran berbahasa dan berinteraksi dengan lebih
berkesan. Oleh itu, guru sastera perlu menggunakan pelbagai bahan media yang sesuai dan
menariksupaya boleh menukar suasana pembelajaran yang kaku kepada pembelajaran yang
melibatkan pelajar.
Aplikasi dan manipulasi genre sastera melalui media elektronik, pengisian komputer, borang
grafik dan sebagainya dapat mengekalkan minat dan tumpuan pelajar terhadap pengajaran dan
pembelajaran sastera. Guru sastera perlu kreatif dan inovatif serta menguasai kemahiran
teknologi maklumat seiring dengan arus perkembangan pendidikan semasa. Kejayaan guru
memilih bahan dan media sesuai dengan dapatan kajian Nadzeri (1985). Menurut Omardin
(1999), sumber dan bahan pengajaran yang digunakan oleh guru perlu menarik, dapat
mengekalkan minat pelajar, mengembangkan minat pelajar terhadap pelajaran dan menjadikan
pembelajaran lebih menarik. ABM dapat

membentuk daya pemikiran, kreatif dan

memperkukuhkan persepsi pelajar.

Pengajaran Dan Pembelajaran Interaktif (Active Learning / Interactive Learning / Reciprocal


Teaching)

Vygotskian (1978) menegaskan proses interaktif semasa pengajaran dan

pembelajaran di kalangan pelajar adalah amat penting. Chickering & Gamson (1987)
mencadangkan pelajar mesti lebih membuat daripada mendengar dalam pengajaran dan
pembelajaran, iaitu membaca, menulis, berbincang atau terlibat dalam penyelesaian masalah.
Charles & James mendapati pelajar lebih suka strategi yang menggalakkan pembelajaran aktif
seperti perbincangan kumpulan, pengajaran berasaskan audio visual, pembelajaran koperatif,
perbahasan, drama, main peranan, simulasi dan bimbingan rakan sebaya.

Pelajar tidak suka pengajaran dan pembelajaran yang diadakan secara kuliah tradisional. Ruhl,
Hughes & Schloss (1987) dalam kajian mencadangkan pengajaran dan pembelajaran guru
memasukkan aktiviti pembelajaran yang aktif lagi singkat tanpa mengurangkan isi kandungan.
Dengan

ini,

pelajar

dapat

belajar

lebih

daripada

proses

pengajaran

dan

pembelajaran. Pembelajaran interaktif mula diperkenalkan oleh Brown, Campione, Reeve,


Ferrara & Palincsar (1991).

Pembelajaran interaktif adalah suatu kaedah yang melibatkan interaksi antara guru dengan
pelajar, pelajar dengan pelajar atau pelajar dengan komputer. Pembelajaran berlaku semasa
pelajar dan guru berkongsi idea dan saling memimpin dalam perbincangan. Ia mencabar pelajar
untuk membentuk kebolehan untuk membuat pembentangan dapatan dan membuat rumusan
hasil dapatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Grinder (1991) dalam kajian ke atas pelajar seramai 30 orang, menunjukkan bahawa 22orang
pelajar adalah berkebolehan belajar secara berkesan jika guru membekalkan aktiviti secara
visual, pendengaran dan kinestetik. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa pembelajaran
multisensori amat sesuai dengan kehendak pelajar. Dapatan kajian Computer Technology
Research (1993) menunjukkan bahawa proses penggabungan lebih daripada satu modaliti deria
dapat meningkatkan ingatan dan pemahaman. Dengan mengambil peranan yang aktif dalam
pengajaran dan pembelajaran melalui penggunaan deria untuk mengalami peristiwa baru, pelajar
dapat menyelesaikan tugasan dan memperoleh pemahaman yang lebih luas dan mendalam.
Dapatan kajian Schroeder (1993) membuktikan bahawa pelajar lebih suka melibatkan diri secara
langsung dan pengalaman konkrit, berbanding dengan pembelajaran teori. Pengajaran dan
pembelajaran aktif adalah amat sesuai bagi pelajar pada zaman sekarang.

http://suhanis87.blogspot.com/2009/10/permalahan-dalam-komsas.html
PERmalahan dlm komsas
Pengajaran KOMSAS dalam subjek Bahasa Melayu Melayu amat menepati hasrat Falsafah Pendidikan
Negara yang bermatlamat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, emosi,
rohani dan jasmani. Hal ini amat bersesuaian dengan kesusasteraan Melayu yang mencerminkan
masyarakat dan kebudayaan serta merupakan manifestasi kesenian melalui media yang lebih berkesan.
Di samping itu, komponen kesusasteraan Melayu juga membolehkan murid dapat memahami manusia
di sekitarnya dan membolehkan penyerapan nilai-nilai murni seterusnya membantu matlamat ke arah
berusaha melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu adalah
untuk memenuhi keperluan pengetahuan murid tentang variasi bahasa, kefahaman terhadap gaya
bahasa, mengenal serta mendekati unsur-unsur kemanusiaan dan kemasyarakatan serta pelbagai
dimensi budaya lain melalui pembacaan dan penikmatan teks kesusasteraan Melayu yang disenaraikan
dalam subjek bahasa Melayu. Hal ini kerana, teks kesusasteraan Melayu yang ditetapkan oleh
kementerian ialah karya bahasa yang terkandung sifat-sifat unik dan istimewa dalam penghasilannya.

Peranan Komsas
Kesusasteraan Melayu khususnya KOMSAS boleh memainkan peranan penting dalam pembentukan
emosi kerana kesusasteraan Melayu yang merupakan wadah fikiran dan perasaan yang dijalin oleh
bahasa yang indah membenarkan pelajar sedar akan perasaan sendiri semasa mereka memikirkan
perasaan orang lain. Seperti karya-kaya yang lain bukan sahaja mampu memukau deria rasa dan
intelek peminatnya bahkan memaparkan kehidupan, menenangkan keadaan huru-hara, menerangkan
yang gelap dan mencadangkan alternatif untuk mengatasi masalah. Secara tuntasnya, kesusasteraan
Melayu berupaya membentuk diri agar menghormati orang lain, membina sahsiah yang elok dan
bersikap toleransi.
Selain itu, nilai-nilai estetik yang diajar dalam pengajaran dan pembelajaran Komponen Kesusasteraan
Melayu dapat mendidik pelajar mengamalkan keperibadian yang seimbang. Proses pengajaran dan
pembelajaran Komponen Kesusasteraan Melayu akan mewujudkan jati diri serta berilmu pengetahuan
dalam kalangan pelajar dan guru itu sendiri. Di samping itu, bahan pengajarannya akan dapat
memotivasikan para pelajarnya untuk membaca bahan yang lebih baik. Bahan yang dibaca akan
menyalurkan pemikiran positif, kreatif dan kritis dalam proses pendidikan seumur hidup. Keadaan ini
akan memupuk perkembangan daya cipta atau imaginasi pelajar dalam proses pembelajaran secara
beterusan.
Pelajar yang didedahkan dengan pengajaran komponen sastera juga mampu meningkatkan kecintaan
terhadap tanah air. Melaluinya juga, pelajar akan diperkenalkan dengan unsur-unsur patriotik,
perpaduan, cinta akan tanah air serta kebudayaan kebangsaan. Oleh itu, semangat cinta akan tanah air
akan tersemat dalam dada setiap pelajar sekiranya pelajar dengan bantuan guru dapat menilai dan
mengaplikasikan pengajaran dan pembelajaran Komponen Kesusasteraan Melayu dalam masa
pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu.
Guru-guru perlu mempunyai beberapa perspektif dalam pengajaran sastera iaitu guru perlu faham dan
menilai kepentingan pelajar terhadap bentuk karya sastera, guru sentiasa meminta pelajar faham
kriteria spesifik dan teknik-teknik untuk menganalisis sastera, guru mengutamakan penghayatan
estetika karya sastera, guru perlu mengutamakan penglibatan pelajar dalam aktiviti penulisan kreatif,
guru membantu pelajar membentuk kemahiran pembelajaran kolaboratif dan guru memilih bahan
bacaan sastera yang diminati oleh pelajar. Dalam hal ini, dari sudut pandangan guru, pelajar perlu
menguasai kemahiran menganalisis, kemahiran penghayatan, kemahiran pembelajaran kolaboratif dan
kemahiran membaca genre sastera.
Langkah secara drastik dan tersusun perlu segera dicari terutamanya oleh guru. Kepelbagaan teknik
dapat menarik minat serta perhatian pelajar. Pelajar hari ini lebih suka akan pembelajaran yang

bersifat kurang formal dan lebih menggalakkan penglibatan aktif mereka. Guru perlu sentiasa
berusaha mengubah menu harian mereka kerana pelajar hari ini bukan pelajar yang hanya menerima
apa yang diberikan oleh guru. Mereka lebih suka mempelajari sesuatu secara autentik. Walaupun
dalam era teknologi maklumat yang canggih ini, guru masih berperanan sebagai model dan fasilitator
yang membimbing pelajar untuk mencapai objektf pembelajaran.
Oleh itu, guru harus sentiasa bersedia memenuhi keperluan tersebut dengan mengikuti latihan dalam
perkhidmatan secara berterusan bagi memastikan kemahiran dan pengetahuan mereka selari dengan
senario pendidikan semasa yang pesat berkembang. Guru juga harus mempunyai ilmu yang mencukupi
untuk disampaikan secara berkesan kepada pelajar, di samping memiliki sikap dan nilai diri yang
bersesuaian dengan gaya hidup seorang pendidik alaf baru, ini bermakna guru mesti selalu membaca,
menulis, berkarya, membuat kajian ilmiah dan setiasa memenuhi keperluan tersebut supaya komponan
sastera di dalam KOMSAS bahasa Melayu ini tidak dianggap sebagai suatu pelajaran yang
membosankan. Jika kelas mata pelajaran bahasa Melayu sebagai kelas yang paling menarik, sebagai
tempat pelajar meningkatkan minat dan kebolehan membaca, menulis dan mendengar. KOMSAS juga
boleh menjadi komponan yang menarik dalam bahasa Melayu.
Selain itu, adalah lebih baik jika guru-guru yang mengajar bahasa Melayu diberi kursus dan
pendedahan yang menyeluruh dan berterusan untuk mengajar KOMSAS dalam bahasa Melayu ini.
Teks yang dipilih sepatutnya ditukarkan setiap lima tahun mengikut kesesuaian zaman dan cerita serta
pemikiran yang relevan dengan apreasiasi agama, bangsa, dan negara.
Komponen Kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu memang boleh
dilaksanakan dengan jayanya jika mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan. Pelbagai faktor yang
mempengaruhi kejayaan mahupun kegagalannya seperti faktor kepakaran guru, kesediaan guru,
pentadbiran, alatan, masa, teknik, latar pelajar, minat, dorongan, suasana fizikal, dan lain-lain. Apa
yang penting sekarang adalah melaksanakannya mengikut kemampuan dan kreativiti yang terdaya
dilakukan oleh semua pihak.
Sesungguhnya usaha untuk memasukkan komponen sastera dalam bahasa Melayu di sekolah adalah
satu usaha yang amat wajar, terpuji, tepat dan bijak. Negara yang sedang melangkah ke arah
globalisasi, kemajuan, dan Wawasan 2020 untuk menjadi negara maju akan lebih lengkap dan
seimbang jika rakyatnya mempunyai ketamadunan keinsanan yang tinggi dan mendalam dan segalanya
ada di dalam kesusasteraan itu.
Kesimpulannya, pengajaran kesusasteraan Melayu penting dalam pembinaan manusia yang seimbang,
matang, prihatin dan beretika tinggi. Komponen ini penting kepada pelajar bukan setakat menghafal
cerita malahan karya sastera kaya dengan khazanah ilmu, nilai, budaya, pengalaman etika dan lain-lain
lagi. Malah, di dalamnya terangkum dunia keilmuan kesusasteraan yang tidak mempunyai
penghujungnya sekaligus memancarkan perkembangan tamadun sesuatu bangsa termasuk budaya dan
evolusi masyarakatnya.

Pementasan teater mini KOMSAS berjudul 'Angin' para pelajar SMK Senai, Kulaijaya, Johor.

http://rarws.blogspot.com/2010_11_01_archive.html

bersajak
http://jabatanbahasastar.wordpress.com/category/perkongsian-bahan/

http://kenalibahasamelayu.blogspot.com/2011_03_01_archive.html

penulisan
karangan
jenis
peribahasa.
Mereka
dimintamenyalin contoh karangan peribahasa yang bertajuk "Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu
Dalih". Foto yang dirakamkan secara "candid" ini menunjukkan bahawa mereka menyalin contoh
karangan itu dengan tekun sekali.
Sebenarnya, tujuan aktiviti ini adalah untuk melatih mereka
menulis dalam perenggan dengan ejaan yang betul. Mengajar kemahiran asas berbahasa....
Sebagai latihan pengukuhan, mereka diminta melengkapkan karangan. Murid-muriddiminta mengisi
beberapa tempat kosong untuk tajuk karangan yang hampir sama. Satu senarai perkataan disediakan
dan mereka boleh memilih perkataan yang sesuai. Dalam ramai-ramai itu, ada jugalah murid yang
boleh melengkapkannya walaupun tidak kesemua jawapan yang mereka tulis itu tepat....

MESTAMU - salah satu teknik pengajaran dan


pembelajaran yang boleh menarik minat murid untuk
mempelajari KOMSAS, khususnya sajak.

MESTAMU atau 'Melagukan Sajak Tanpa Muzik' boleh


dilakukan secara berpasangan. Seorang murid akan
mendeklamasikan sajak, manakala pasangannya akan
melagukan sajak tersebut. Jika bersendirian, kedua-dua
teknik itu boleh dilakukan oleh orang yang sama. Irama
boleh diadaptasikan daripada lagu-lagu puisi yang sedia
ada, ataupun lagu kegemaran murid itu sendiri.

Di kelas 3K8 tadi, teknik MESTAMU digunakan untuk


pengajaran sajak. Murid-murid nampak sangat seronok
mempelajari KOMSAS dengan pendekatan teknik
MESTAMU ini, lebih-lebih lagi pada waktu tengah hari
(11.55 - 1.05 th).

Melalui
sajak 'KETIKA
KAMI
BERCERITA
TENTANGNYA'...karya Lim Swee Tin, 3 kumpulan murid
secara berpasangan telah menjalankan aktiviti MESTAMU
dengan baik. Kumpulan tersebut ialah :
1) Ayu dan Maisarah - lagu Pelita
2) Farhana dan Marina - lagu Ayat-ayat Cinta
3) Peng Fook dan Kamal - lagu rap rekaan sendiri

Sekali-sekala bolehlah guru-guru BM mengaplikasikan


teknik ini dalam usaha untuk menarik minat
murid mempelajari KOMSAS, khususnya bagi Tingkatan 1,
2 dan 4.