Anda di halaman 1dari 15

BMK3043 - Seni Mengarang

BMK 3043
SENI MENGARANG
TUGASAN 1

Anda dikehendaki mengulas sebuah novel remaja atau dua buah cerpen remaja berbahasa
Melayu yang diterbitkan di Malaysia. Anda digalakkan untuk memilih novel atau cerpen
yang dihasilkan oleh sasterawan atau oleh penulis yang berwibawa.

NAMA PELAJAR

MASAYU BINTI BAHARI

NO. MATRIKS

D 20112056082

NAMA KUMPULAN

NOMBOR TELEFON

012-2779341

NAMA PENSYARAH

PROFESOR MADYA DR. ANI BINTI OMAR

NAMA JABATAN

FAKULTI PENGAJIAN BAHASA MELAYU

UPSI02(A132PJJ)

Page 1

BMK3043 - Seni Mengarang

Isi Kandungan
***************************************************************************

1.

Muka depan

2.

Isi Kandungan

3.

Pendahuluan

4.

Analisis Karya Sastera

4-6

4.1 Latar belakang Teks


- Genre, Judul, Penulis
- Latar belakang penulis
- Sinopsis karya sastera
4.2 Analisis pemikiran yang digarap dalam karya sastera

7 - 12

- Pemikiran Dalam Penulisan Karya Sastera


- Contoh dan Sokongan Pandangan Sarjana berkaitan
5.

Rumusan

13

6.

Rujukan

14

Page 2

BMK3043 - Seni Mengarang

PENDAHULUAN

...Karya yang berkesan adalah karya yang di dalamnya mengungkapkan pelbagai mesej dan
pandangan kepada khalayaknya. (Dharmawijaya: 2003).

Kesusasteraan Melayu merupakan hasil seni yang disampaikan melalui bahasa dan ia
ditujukan kepada khalayak dan berguna kepada khalayak. Khalayak bermaksud pembaca bagi
karya yang bertulis. Semua kesusasteraan yang dihasilkan oleh pengarang adalah untuk
bacaan pembaca atau masyarakat. Karya dan pembaca saling memerlukan dan lengkap
melengkapi.
Ditinjau dari sudut peranan dan fungsi sastera kepada khalayak atau pembaca adalah sebagai
alat yang digunakan untuk mengajar, mendidik, dan menghibur. Demikianlah pentingnya
pendidikan untuk menengani pelbagai masalah sosial. Di samping mengajar dan mendidik,
karya sastera juga berfungsi menyemai nilai-nilai murni untuk diteladani dan dipraktikkan
dalam kehidupan seharian, memberi ketenangan serta kepuasan setelah menikmati keindahan
karya seni.
Ditinjau dari susut usaha para pengarang berkarya adalah untuk mendapatkan kepuasan serta
keseronokan, memperbaiki dan menajamkan pemikirannya, berbakti kepada masyarakat dan
menyara kehidupannya.
Pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan pemikiran
untuk melahirkan segala yang dihajatinya ke dalam sesebuah karya. Haluan pemikiran atau
hala tuju itulah yang dinamakan aliran. Oleh sebab itu, terdapat pengarang yang memilih
untuk berterus terang, menggunakan cara halus dan kasar, menumpukan perhatian kepada
keindahan dan mementingkan isi semata-mata.
Dalam tugasan ini saya telah memilih sebuah karya sastera moden untuk dianalisis
pemikiran yang digarap oleh penulis dalam karya tersebut. Setiap analisis yang dinyatakan
ada diberikan contoh dan disokong dengan pandangan oleh sarjana yang berkaitan.

Page 3

BMK3043 - Seni Mengarang

ANALISIS KARYA SASTERA


Latar Belakang Teks
*Genre, Judul Penulis
Bagi menganalisis karya sastera, saya telah memilih sebuah genre novel yang berjudul
Ranjau Sepanjang Jalan. Pengarangnya ialah Shahnon Ahmad.

Novel Ranjau Sepanjang Jalan ini telah dihasilkan pada tahun 1966 oleh Shahnon Ahmad
dan kini novel itu telah pun berusia 45 tahun. Ranjau Sepanjang Jalan dapat dianggap
sebagai kemuncak daripada kegiatan penulisan novel Shahnon Ahmad. Sememangnya novel
Ranjau Sepanjang Jalan adalah sebuah novel yang sangat menarik kerana terdapat pelbagai
konfik yang berlaku dan juga peristiwa tersebut sangat menyayat hati para pembaca. Ranjau
Sepanjang Jalan... jerit perih keluarga tani ini adalah kehendak Yang Maha Kuasa. Sebuah
karya nostalgik Shahnon Ahmad yang membawa kita mendalami erti kasih sayang, kekuatan,
kegigihan, ketabahan dan perjuangan.
Kesinambungan dan penerimaan daripada masyarakat yang sangat ghairah terhadap novel
Ranjau Sepanjang Jalan maka novel ini telah diterjemahkan kepada bahasa Inggeris oleh
Adibah Amin dengan judul No Harvest A Thorn. Malahan novel Ranjau sepanjang Jalan ini
juga pernah diterjemahkan kepada bahasa lain selain daripada bahasa Inggeris seperti
Sweedish, Spanish, French, Rusia dan lain-lain.

Page 4

BMK3043 - Seni Mengarang

Panel The Sydney Morning Herald pada tahun 1973 telah menempatkan novel ini sebagai
satu daripada 10 novel yang memikat hati untuk tahun 1972. Selain itu novel hasil karya
Shahnon Ahmad ini memang karya yang berkualiti dan menarik apabila terjemahan novel ini
diangkat sebagai salah sebuah anatara 10 novel terbaik di Sydney, Australia pada 1980-an.
Sambutan hangat daripada masyarakat pembaca serta para pelajar maka novel ini pernah
dijadikan teks sastera tingkatan enam untuk beberapa tahun. Selain daripada itu novel Ranjau
Sepanjang Jalan ini juga telah diangkat menjadi sebuah filem dalam tahun 1983 dengan
arahan Dato Jamil Sulung.

*Latar belakang penulis


Shahnon Ahmad merupakan penerima Anugerah Sastera Negara yang ke-2 pada 9 Oktober
1982. Shahnon Ahmad telah dilabelkan sebagai Anak Kreatif Malaysia Merdeka semasa
menerima anugerah tersebut. Beliau lebih mesra dengan panggila Cikgu Shahnon, tetapi
bergelar Professor Emiritus dan merangkul gelaran Dato.
Di zaman kanak-kanaknya, Shahnon Ahmad hidup sepenuhnya di kampung Banggul Derdap.
Shahnon merupakan seorang kanak-kanak yang pendiam, pemalu dan tidak suka bercampurgaul dengan orang lain. Selepas tamat sekolah menengahnya, Shahnon memperlihatkan
bakatnya sebagai penulis. Kemunculannya mungkin daripada sebab-sebab peribadi dan alam
sekitar yang pernah dilaluinya. Sifatnya yang sensitif mendorongnya menulis kisah-kisah
hidup manusia yang berlaku di sekelilingnya. Keadaan keluarganya dan latar belakang
hidupnya juga menjadi pendorong yang besar untuk dia menulis terutamanya yang berkaitan
dengan isu kemiskinan dalam kalangan masyarakat luar bandar.
Shahnon Ahmad menerima pendidikan di sekolah Melayu, sekolah Inggeris di Alor Setar,
dan lulus Senior Cambridge daripada Maktab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar. Pernah
menjadi askar, guru, pegawai penyelidik kamus di Universiti Kebangsaan Australia dan
pensyarah.
Page 5

BMK3043 - Seni Mengarang

Shahnon mula berkarya pada pertengahan tahun 1950-an, namun dalam masa 10 tahun,
beliau telah muncul sebagai penulis yang mempunyai bakat besar. Beliau adalah seorang
penulis yang begitu sensitif terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku di dalam dan
di luar masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang dinamakannya Malay Power
apabila melihat betapa lemahnya orang Melayu bila keadaan politik, ekonomi, dan sosial
menekan yang mengakibatkan tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. Dan inilah salah satu
sebab yang mendorong beliau meningkat daripada pemikiran membela orang yang tidak
berupaya yang berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada pemikiran membela
orang atau bangsanya apabila berhadapan dengan kekuatan manusia lainnya. Oleh sebab itu,
Allahyarham Tun Abdul Razak pernah memberi gelaran Victor Hugo Melayu kepadanya.
*Sinopsis karya sastera
Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah S.W.T. Sebagai anak tani, itulah pegangan
Lahuma dan keluarganya sejak zaman nenek moyang. Apa sahaja kurniaan ILAHI, mereka
tetap menerima dengan penuh kesyukuran. Sawah bendang, padi dan nasi serta bencana alam
begitu sinonim dalam hidup Lahuma sekeluarga. Meski dugaan sering melanda, namun
mereka tetap mengharunginya dengan segenap tenaga yang ada. Bagi Lahuma, sawah
bendang itulah satu-satunya sumber mata pencarian bagi menyara dirinya, isterinya Jeha dan
tujuh orang anak perempuannya. Falsafah hidup ialah menyerah nasib kepada takdir. Dia
berjaya membunuh ular yang mengancam nyawa Jeha.
Suatu hari kaki Lahuma terkena duri nibung tetapi Lahuma enggan ke hospital dan akhirnya
mati akibat tusukan duri itu.Lahuma dijemput menghadap ILAHI. Hidup mesti diteruskan!
Tugas Lahuma perlu dipikul oleh Jeha dan anak-anaknya. Jeha terus mengharungi hidup
bersama anak-anaknya menentang ranjau hidup. Mereka tidak harus mati kelaparan. sawah
padi perlu menguning.Hujan lebat, banjir besar dan kedatangan ketam serta burung tiak yang
menjahanamkan padi perlu ditentang. Berbekalkan doa dan usaha, mereka nekad... tiada apa
yang dapat menghalang perjalanan hidup ini.

Page 6

BMK3043 - Seni Mengarang

Analisis pemikiran yang digarap dalam karya sastera


*Pemikiran Dalam Penulisan Karya Sastera
Pengarang menggunakan pelbagai cara dan berpegang kepada hanya satu haluan pemikiran
untuk melahirkan segala yang terlintas di dalam fikirannya ke dalam sesebuah karya. Haluan
pemikiran atau hala tuju itulah yang dinamakan aliran.
Shahnon Ahmad bukan sahaja terkenal kerana novelnya

Ranjau Sepanjang Jalan atau

kerana kerap kali memenangi Hadiah Karya Sastera, atau kerana beliau seorang sarjana di
Universiti Sains Malaysia, tetapi kerana beliau adalah seorang penulis berbakat, serius dan
mempunyai falsafahnya sendiri. Shahnon bukan menulis hasil-hasil kesusasteraan hanya
untuk bersastera semata- mata, tetapi beliau adalah seorang pencari yang sentiasa mencuba
memperbaiki seninya dengan pelbagai gaya dan pendekatan, meneroka ke alam fikiran untuk
memperkayakan lagi isi karangannya, dan sentiasa mempertimbangkan falsafahnya sebagai
seorang penulis sehingga benar-benar mencapai kebenaran.
Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan Shahnon dilihat mengetengahkan isu-isu kemiskinan
penduduk kampungnya. Sebagai contoh pembawaan watak Jeha dan Lahuma serta
keluarganya. Plot novel Ranjau Sepanjang Jalan sangat menarik dimana keadaan padi yang
sedang menanti masak tiba-tiba diserang oleh ketam berjuta-juta. Ketam tersebut lantas
memusnahkan padi sebendang dan Lahuma menderita ditusuk duri pada kakinya oleh duri
nibung hingga menyebabkan kakinya menjadi busuk. Isterinya Jeha telah berkorban jiwa dan
raganya untuk merawat penyakit Lahuma yang sangat tenat tersebut.
Mengapa persoalan kemiskian yang dipilih oleh Shahnon Ahmad dalam karya kreatifnya.
Tema kemiskinan ini sebenarnya sudah sebati dengan kehidupan Shahnon, kerana
keluarganya sendiri miskin, sanak saudaranya miskin, murid-murid yang pernah beliau didik
semasa memegang jawatan sebagai guru adalah miskin, tambahan juga penuntut-penuntut
sangat miskin dan setiap kali berulang-alik dari Pulau Pinang ke Sik itu tidak lain yang
dicapainya iaitu hanya kemiskinan sepanjang jalan.

Page 7

BMK3043 - Seni Mengarang

Sebelum Shahnon Ahmad belum pernah ada pengarang yang menyentuh isu-isu kemiskian
secara terperinci. Shahnon berjaya membawa pembaca merasa kesan kemiskianan hidup
tersebut dan pembaca juga seperti pemerhati sahaja dan tidak terdaya melakukan apa-apa
sepanjang menghayati novel Ranjau Sepanjang Jalan karya Shahnon Ahmad. Dalam novel
tersebut juga kita merasai bagaimana kedaifan hidup golongan petani, walau apapun di
sebalik kesusahan dan kemiskinan tersebut telah terserlah sebutir permata yang bernilai dan
murni.
Shahnon Ahmad bukan sekadar menghasilkan karya-karya yang menghibur dan ilmu untuk
santapan masyarakat. Beliau sebenarnya ingin memberitahu golongan atasan bahawa
kemiskian dan kesusahan hidup masyarakat desa yang tidak pernah diambil peduli oleh
pihak-pihak yang bertanggungjawab. Shahnon Ahmad adalah seorang yang bersikap
revolusioner dalam mengangkat martabat masyarakat miskin di negara ini. Beliau lebih suka
menyatakan haluan pemikiran atau hala tuju karyanya dengan berterus terang. Banyak ahli
politik mengatakan beliau mengucar-kacirkan masyarakat, namun tanggapan tersebut adalah
silap kerana Shahnon Ahmad memperjuangkan sesuatu yang murni dan tulus dalam dunia
sasteranya.
Shahnon Ahmad telah memilih untuk menyempaikan aliran atau pemikirannya dengan
menggunakan cara halus dan kasar. Revoluisoner menurut pandangan Shahnon Ahmad ialah
perlunya bersuara keras dan bertindak keras untuk meruntuh dan menghancurkan sesuatu itu
dan disertakan pula dengan daya cipta untuk membina sesuatu yang baru sebagai ganti yang
lapuk, yang diruntuh dan dirubah. Pemikiran seorang intelek seperti Shahnon Ahmad kurang
disukai oleh barisan kepimpinan negara kerana boleh mengugat kedudukan mereka melalui
karya-karya kreatif Shahnon yang tajam serta memberitahu segala sesuatu yang pincang
dalam masyarakat terutamanya golongan miskin.
Melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan, Shahnon Ahmad menceritakan tentang keadaan
kampung Banggul Derdap seperti juga kampung-kampung tradisional yang lain pada masa
itu, hidup dengan flora dan fauna yang mengambarkan keindahan namun hidup
masyarakatnya kais pagi makan pagi, kais petang makan petang iaitu terpaksa bergelumang
dengan selut di bendang dan bermandikan keringat di bawah terik matahari. Dengan tulang
empat kerat, mereka bergelut melawan serangan burung tiak dan bencana alam seperti banjir
dan kemarau. Contoh kesusahan tersebut dapat dilihat melalui petikan dibawah;
Page 8

BMK3043 - Seni Mengarang

Demikian apa yang saya teringat tentang Banggul Derdap...Tapi kalau hujan turun
dengan lebatnya di sebelah hulu Sungai Ceper, air sungai deras melimpah membawa
kotoran yang terlalu banyak sampah sarapnya. Air itu kerabat tebing, menjalar masuk
bendang. Kalau musim padi sedang menguning, banyak pokok padi yang rebah, banyak
buahnya yang rosak dan banyak tengelam begitu saja. Orang kampung cuba melawan
banjir tetapi banjir lebih kuat. (Shahnon Ahmad. 1991 : 5)
Selain daripada masalah kemiskinan, dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan ini, Shahnon juga
telah mengetengahkan permasalahan masyarakat tani yang dilema serangan ketam ke atas
tanaman mereka. Contohnya watak Jeha yang serba kekurang dalam membesarkan anaknya
sangat sedih semasa sawah padinya ditumbangkan oleh ketam-ketam. Begitu kasihannya
penduduk Kampung Banggul Derdap pada ketika itu. Ketam yang menyerang padi penduduk
Kampung Banggul Derdap bukannya sedikit. Sebagai contoh Jeha teringatkan telatah
suaminya Lahuma yang pernah mengumpulkan ketam-ketam tersebut sehinggakan hampir
penuh dua bakul padi penuh. Betapa banyaknya binatang yang dianggap sial oleh masyarakat
tani pada ketika itu.
Shahnon juga mengambarkan bagaimana pentingnya padi kepada kehidupan penduduk
Kampung Banggul Derdap walau pun hanya diceritakan melalui watak keluraga Jeha dan
Lahuma sahaja. Tetapi hal tersebut sangat jelas menungkitkan amarah bahawa tanpa padi,
masyarakat tani khususnya boleh kebuluran. Melalui ancaman ketam yang menyerang padipadi yang baru ditanam, bila ketam datang Jeha dan Lahuma akan terpaksa mengutip ketam
itu tidak mengira siang dan malam supaya hasil tanaman mereka akan menjadi. Jika dibiarkan
ketam tersebut mematahkan batang padi maka hasil tanaman mereka akan musnah dan
meraka tidak ada sumber untuk dimakan. Begitu seksa hidup menjadi penduduk desa
menurut Shahnon Ahmad. Petikan dibawah mengambarkan betapa pentingnya padi kepada
kehidupan keluarga Lahuma ;
Padi mesti ditanam. Mesti dijaga. ...Anak-anak kita perlu makan siang malam. Tidak
ada nasi, anak-anak kita akan mati. Makan bergantung kepada sawah. Sakit segar
bergantung kepada sawah. Mati hidup bergantung kepada sawah. Sawah nadi segar kita
sejak datuk nenek dahulu lagi.Dia mesti dipupuk dan dijaga. Biar siapa datang
Page 9

BMK3043 - Seni Mengarang

menyerang, kita wajib melawan. Biar datang seribu musuh, kita mesti lawan. Itulah hidup
kita. Itulah hidup anak kita. Itulah satu-satunya hidup keturunan kita dari dahulu
sehingga

sekarang.

(Shahnon Ahmad. 1995:185)


Menurut Shahnon Ahmad sememangnya bagi penduduk kampung, tanpa padi mereka akan
mati. Sebenarnya pemikiran mereka masa itu masih miskin, namun jika kita melihat dewasa
ini masyarakat yang rajin dan cekal begini boleh menjadi kaya kerana mereka melakukan
sesuatu pekerjaan dengan bersungguh-sungguh untuk hidup. Shahnon Ahmad ingin
memberitahu bahawa keperluan beras itu perlu ada untuk masyarakat desa supaya mereka
tidak akan kebuluran. Malahan juga hanya melalui hasil pendapatan daripada menjual padi
Jeha boleh mengupah orang untuk membaiki atap, membeli baju dan kain serta membiayai
anak-anaknya terpaksa berhenti seketika daripada bersekolah akibat daripada masalah
kewangan.
Dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan , Shahnon telah memperlihatkan betapa terbatasannya
keupayaan manusia kampung menghadapi binatang-binatang kecil yang buas, onak, duri, dan
ranjau yang membunuh. Dan beliau memberi simpatinya dengan amat mendalam dengan
ikhlas dan berkesan bahawa manusia harus terus berjuang untuk menghadapi bahaya
keganasan dan kekejaman alam ini.
*Contoh dan Sokongan Pandangan Sarjana berkaitan
Menurut Mohd. Yusof Hasan (1990 : 1) Sasterawan Negara yang ke-2 ini, dilahirkan pada 13
Januari 1933 di Kampung Derdap, Sik, Kedah. Pengaruh daripada latar kehidupan beliau
yang berasal dari kampung, sedikit sebanyak mempengaruhi Shahnon Ahmad dalam
menghasilkan karya-karya kreatifnya dari segi idea yang berkaitan dengan isu kemiskinan
dalam kalangan masyarakat desa khususnya.
Bahagian Teori dan Kritikan, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) menganjurkan Seminar
Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Bagi mengungkapkan pemikiran dan idealisme
pengarang tersebut. Skop seminar meliputi perbincangan karya Shahnon dalam pelbagai
genre yang dikupas melalui pelbagai teori dan pendekatan. Antaranya teori feminisme,
pascakolonial dan teori kritikan tempatan, konseptual kata kunci oleh Mohd. Mokhtar Hasan.

Page 10

BMK3043 - Seni Mengarang

Dalam seminar Pemikiran Shahnon Ahmad tersebut, Mohd Riduan Khairi mengulas bahawa
pengarang besar adalah pengarang yang mampu mengangkat nilai sejagat (universal)
dalam karyanya. Dari kanvas Banggul Derdap melalui novel Ranjau Sepanjang Jalan
Shahnon Ahmad mengambil latar kampung kelahirannya ini dalam menggambarkan
nilai kemanusiaan, isu kemiskian, keadilan dan kepimpinan dilorek dengan bagitu baik
sekali.
Daya visualisasi Shahnon Ahmad sangat cemerlang dalam memberi gambaran dan perasaan.
Contohnya ,kegilaan Jeha dan deritanya Lahuma yang busung kakinya ditulis kemas tanpa
meninggalkan walau setitis nanah pun yang mengalir, melainkan itu semua dicatat oleh
Shahnon Ahmad dalam novelnya.
Seminar anjuran DBP ini turut dihadiri dua orang Sasterawn Negara yang lain iaitu Arena
Wati dan S Othman Kelantan. Dalam komennya

S. Othman Kelantan memuji daya

kepengarangan Shahnon Ahmad yang mampu mengembangkan satu titik menjadi titik-titik
yang lain.
Seminar sehari ini diusahakan atas asas untuk membaca dan menilai semula kefahaman para
sarjana dan khalayak terhadap pengisian novel Ranjau Sepanjang Jalan di era baru.
Kegemilangan novel itu adalah selari dengan kegemilangan dan kecemerlangan yang dicapai
oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan USM. Hakikatnya, novel itu bukan saja telah
menempatkan nama Shahnon Ahmad sendiri sebagai sasterawaan terbilang tetapi juga novel
itu telah mendapat sambutan yang cukup membanggakan dunia sastera tanah air di persada
antarabangsa. Selaras dengan usia itu, Bahagian Kesusasteraan dan Dewan Bahasa dan
Pustaka, Wilayah Utara mengambil inisiatif untuk mengimbau, menilai, menikmati dan
membaca semula karya dari pelbagai aspek kehidupan.
Sumbangan yang paling agung dan unggul Shahnon dalam bidang penulisan adalah kerana
beliau seorang penulis yang begitu sensasi terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku
di dalam dan di luar lingkungan masyarakat bangsanya. Beliau mempelopori sikap yang
dinamakan Malay Power (Hamzah Hamdani dan Zeti Aktar Jaffar : 2007) apabila melihat
betapa lemahnya orang Melayu apabila keadaan politik, ekonomi dan sosial menekan seperti
peristiwa 13 Mei 1969. Sebab dan akibat ini adalah mendorongnya meningkat dari pemikiran
membela orang yang miskin untuk berhadapan dengan kekejaman dan kekuatan alam kepada

Page 11

BMK3043 - Seni Mengarang

pemikiran membela orang atau bangsanya apabila terpaksa berhadapan dengan kekuatan
manusia- manusia riak.
Sasterawaan Negara Datuk Shahnon Ahmad merupakan antara ikon dalam perkembangan
kreatif dan perkembangan bidang pendidikan serta kritikan sastera mutakhir tanah air. Karyakaryanya dalam genre novel dan cerpennya mewakili aspirasi, pemikiran dan idealisme
masyarakat atau dengan kata lain sebagai lidah untuk menyuarakan pelbagai polemik sosial
di negara ini.
W.S. Hudson menjelaskan bahawa sastera tidak dapat dipisahkan daripada masyarakat kerana
sastera tidak akan menjadi agung sekiranya tidak menjelajah alam masyarakat serta alam
kehidupan manusia sedalam-dalamnya.
Pendekatan sosiologi menekankan tiga aspek di dalam menghadapi sesebuah karya seni.
Pertama, melihat secara luas sosiologi sasterawan yang menghasilkan sesebuah karya.
Riwayat hidup pengarang dapat memperjelas kenapa sesebuah karya itu dihasilkan, status
sosial serta nilai-nilai kehidupan pengarang dapat memberi keterangan tentang sikap dan erti
karyanya. Oleh demikian, meninjau diri seseorang pengarang memang merupakan kaedah
yang amat membantu pendekatan ini kerana terhasilnya sesebuah karya kesusasteraan adalah
kerana penulisnya. Lantas penjelasan tentang personaliti dan kehidupan penulis menjadi
kaedah tertua di dalam pengkajian kesusasteraan.
Sebagai contoh, pengakuan Shahnon Ahmad di bawah ini memberi kesan mendalam kepada
pembaca bahawa gambaran Shahnon dalam Ranjau Sepanjang Jalan bukan semata-mata
imaginasi pengarang, tetapi bukti bahawa pengarangnya pernah hidup di Banggol Derdap.
Oleh sebab itu, beliau dapat menggambarkan sejelas mungkin kehidupan petani di Banggul
Derdap secara lahiriah dan batiniah.
Aku dilahirkan serta dibesarkan di sebuah kampung kecil bernama Banggol
Derdap. Selama tiga puluh enam tahun kebelakangan ini aku tidur dan makan
minum bersama-sama dengan orang Melayuku yang buta huruf dan mundur
itu mereka terbiar di tengah-tengah penyakit yang bermaharajalela

Page 12

BMK3043 - Seni Mengarang

Rumusan
Shahnon Ahmad merupakan seorang pengarang yang jujur, berterus terang dan tegas serta
berani menyampaikan sesuatu yang difikirkannya melampau dalam nada dan gaya penulisan
yang tegas dan adakalanya secara halus dan kasar. Bercerita dari kisah dalam diri. Menulis
dari pengalaman peribadi. Beliau melihat setiap isu dari sudut sejagat (univeral). Beliau
merakam budaya dan pemerhati yang teliti dan kritis.
Mati hidup dan susah senang dipegang oleh Allah swt" Itulah prinsip hidup Lahuma iaitu
watak dalam novel Ranjau Sepanjang Jalan. Watak-watak di dalam novelnya selain dari
diselubungi kemiskinan juga sering ditimpa bencana seperti kemarau, banjir dan wabak
penyakit. Menurut penulis, beliau banyak mendapat ilham daripada kehidupannya dan juga
ibunya yang sentiasa berkerja keras untuk keluarga sebagai bahan bagi karyanya itu.
Tema kemiskinan petani di kawasan pendalaman yang sangat menonjol dalam novel Ranjau
Sepanjang Jalan begitu bermanfaat untuk dihayati sesiapa sahaja tidak mengira lapisan umur.
Melalui novel ini kita mampu merasai keperitan dan kesusahan hidup golongan miskin.
Antara faktor-faktor kemiskinan petani di Kampung Banggul Derdap ialah kekurangan tanah,
kekurangan modal, dan kekurangan tenaga. Tambahan juga kegiatan pertanian para petani di
Kampung Banggul Derdap dihalang ataupun disekat oleh unsur-unsur bencana alam dan
musuh-musuh padi.
Sikap para petani yang mudah menyerah semasa ditimpa kesususahan sangat ditekan oleh
Shahnon Ahmad supaya golongan petani sedar akan bahan tulisannya akan bangkit dan
merubah pendirian mereka yang kolot dan jumut. Gejala-gejala fahaman kolot orang
kampung sedikit sebanyak menyebabkan pembangunan lambat dikembangkan ke kawasan
pendalaman khususnya kampung-kampung yang terperuk jauh di kawasan hutan. Kelemahan
golongan wanita dan juga penindasan orang tengah telah menambahkan lagi kesusahan hidup
para petani di Kampung Banggul Derdap. Walaupun latar tempat mengisahkan penindasan
orang tengah hanya di Kapung Baggul Derdap, namun sebenarnya penindasan seperti itu
terdapat dimana-mana sahaja khususnya di kawasan kampung. Begitu kritis, sensitif dan
pintarnya pemikiran Shahnon Ahmad sehingga dapat mengambarkan kesusahan hidup
Page 13

BMK3043 - Seni Mengarang

seluruh golongan miskin di seluruh negeri di Malaysia. Itulah pemikiran dan hala tuju yang
hendak disampaikan oleh Shahnon Ahmad.
Rujukan

DBP anjur Seminar Pemikiran Shahnon .


utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt=1108&pub=Utusan... - Cached
[20.6.2011]
ranjau sepanjang jalan
budaksedih.multiply.com/journal - Cached [20.6.2011]
PUsat Rujukan Persuratan Melayu @DBP
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lumpur&d=5 [21.6.2011]
ESEI : SUMBANGAN SHAHNON AHMAD DALAM MENGANGKAT ISU
KEMISKINAN DALAM NOVEL PILIHAN
http://tajaulama90.blogspot.com/2010/07/esei-sumbangan-shahnon-ahmad-alam.html
[21.66.2011]
Shahnon Ahmad Dewan Bahasa dan Pustaka
http://dbp.gov.my/lamandbp/main.php?Content=articles&ArticleID=719 [22.6.2011]

Page 14

BMK3043 - Seni Mengarang

Page 15

Anda mungkin juga menyukai