Anda di halaman 1dari 23

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/1

UNIT 5
UKUR KOMPAS

OBJEKTIF

Objektif am : Mempelajari dan memahami kaedah mencerap,


mengambil butiran dan memelot kerja ukur kompas.

Objektif khusus : Di akhir pembelajaran unit ini anda sepatutnya


dapat:

Melakukan cerapan bearing hadapan dan


belakang antara stesen- stesen ukur.

Melakukan kerja luar ukur kompas menggunakan


kaedah terabas.

Melakukan pengambilan butiran dengan kaedah


jejarian dan silangan.

Membuat pelarasan terhadap tarikan tempatan

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/2

Input 5a

5.0 KAEDAH-KAEDAH UKUR KOMPAS

5.1 Trabas

Trabas dapat digambar dengan jelas diatas peta atau plan bila
jarak dan arah garisan-garisan ukur serta kedudukan titik-titik
diketahui. Trabas merupakan susunan garisan-garisan ukur yang
berturutan. Bearing-bearing dan jarak-jarak ditentukan dengan alatalat yang sesuai. Dalam trabas kompas bearing-bearing garisan
dibaca dengan kompas dan jaraknya diukur dengan rantai ukur,
pita ukur atau tekimeter. Terdapat 2 jenis trabas kompas.

a) Trabas tertutup
b) Trabas terbuka

5.1.1 Trabas Tertutup.


Trabas tertutup merupakan satu susunan garisan-garisan
ukur yang bermula dan berakhir pada satu titik yang sama
atau ia bermula pada satu titik yang diketahui dan berakhir
pada titik lain yang diketahui kedudukannya.

UKUR KOMPAS

Arah
pengukuran

C1343/UNIT 5/3

D
C

Kodinit untuk kedudukan D juga


diketahui

D
C

B
B
A
E

Kodinit bagi kedudukan titik A diketahui

A
Kerja mengukur ini akan berakhir dititik asal

Rajah 5.1

Terabas Tertutup

5.1.2 Trabas Terbuka


Trabas terbuka bermaksud trabas yang bermula satu titik
dan

berakhir

pada

titik

lain

yang

tidak

diketahui

kedudukannya.

Kodinit bagi kediudukan


A diketahui atau
sebaliknya.

Kodinit untuk
kedudukan G tidak
diketahui
B

D
E
C

A
Rajah 5.2 : Terabas Terbuka

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/4

5.2 Trabas Ukur Kompas Prisma.

Dalam ukur kompas setiap garisan ukur dibaca bearing dan diukur
jaraknya. Bearing dibaca dengan kompas prisma dan jarak diukur
menggunakan pita ukur atau rantai ukur. Ukuran ini dijalankan bagi
menghasilkan plan atau peta bagi kawasan berkenaan dengan
menunjukkan

butiran-butiran

atau

parammuka

yang

terdapat

dipermukaan bumi kawasan tersebut.

5.2.1 Peralatan Kerja Ukur Kompas.


Berikut adalah alat-alat yang diperlukan dalam trabas
kompas :
a) Kompas dan kakitiga berserta plumbob.
b) Rantai Ukur dan Pita.
c) Pancang Jajar dan Panah Rantai.
d) Buku Kerja Luar.

5.2.2 Kebaikan Ukur Kompas.

a) Peralatan untuk tujuan ukuran ini adalah ringan dan


mudah dibawa serta dipasang dimana-mana hentian
dikehendaki.

b) Bilangan alat adalah kecil berbanding dengan


kaedah-kaedah lain.

c) Cerapan-cerapan boleh diselesaikan dengan cepat


dipadang kerana setiap cerapan adalah bebas
daripada cerapan-cerapan sebelumnya. Sebarang
selisih dapat dikesan dan dilaraskan.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/5
d) Kaedah ini sangat sesuai bagi kawasan yang titik
kawalannya susah kelihatan, seperti kawasan hutan.

e) Kaedah ini sangat sesuai untuk ukuran tinjauan


dimana kejituannya adalah memadai serta proses
pengukurannya cepat.

f) Terdapat beberapa pilihan cara pengukuran mengikut


keperluan, kesesuaian tempat dan keadaan iaitu :
Kaedah Trabas Bearing Hadapan.
Kaedah Bearing Hadapan dan Belakang.
Kaedah Jejarian dan Pancaran.
Kaedah Silangan.

5.2.3 Kaedah-Kaedah Trabas Kompas.

a) Kaedah Trabas Bearing Hadapan


Dalam kaedah ini bearing hadapan sahaja yang
dicerap pada setiap hentian. Masa operasi adalah
lebih cepat . Ketepatan yang dicapaI adalah tidak
berapa tinggi. Sesuai digunakan dalam ukuran
tinjauan.
Bearing
hadapan
B
C
A

Utara magnet

Rajah 5.3 : Terabas yang dibuat menggunakan bearing hadapan

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/6

b) Kaedah Bearing Hadapan dan Belakang.


Dalam proses pengukuran kaedah ini bearingbearing belakang dan hadapan dibaca pada setiap
hentian. Cara ini merupakan yang paling biasa
digunakan memandangkan kebaikannya seperti
berikut :

i)

Bearing-bearing

hadapan dan belakang di

cerap pada setiap hentian Sebarang kesan


tarikan tempatan tidak mempengaruhi sudutsudut yang diperolehi daripada bearingbearing yang dibaca kerana
kesannya adalah sekata.
Utara magnet
B

Bearing
hadapan

Bearing
belakang

Rajah 5. 4 :Terabas yang dibuat dengan menggunakan bearing hadapan dan


bearing belakang.

ii)

Sebarang

selisih

atau

kesan

tarikan

tempatan dapat dikesan semasa cerapan


kerana perbezaan bearing hadapan dan

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/7
belakang

sesuatu

garisan

adalah

180.

Pelarasan dapat dibuat jika berlaku sebarang


selisih atau perbezaan.

c) Kaedah Jejarian Atau Pancaran.


Dalam kaedah jejarian atau pancaran ini satu
hentian trabas dipilih supaya jejarian atau pancaran
dapat di bentuk dalam membuat cerapan kepada
butiran-butiran diatas permukaan bumi kawasan
yang diukur. Kaedah ini dapat juga membentuk satu
trabas sesuatu kawasan yang diperlukan.

Utara magnet

A
C

D
Rajah 5.5 : Terabas yang dibuat dengan cara pancaran

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/8
d) Kaedah Silangan.
Kaedah ini lazimnya digunakan untuk menentukan
butiran-butiran atau paramuka di permukaan bumi
sesuatu kawasan yang diukur. Bearing sesuatu butiran
di baca sekurang-kurangnya dari 2 hentian trabas
kompas

berkenaan.

Jarak

bagi

garisan-garisan

tersebut tidak perlu diukur. Kaedah ini menjimatkan


masa operasi dipadang dan kerja-kerja pemplotan plan
atau peta dapat dilaksanakan tanpa perlu banyak
menggunakan skala.Bagi menetukan titik E perlulah
diukur bearing dari stesen A dan bearing dari
stesen

B, supaya dapat mewujudkan dua garisan

pancaran dan garisan-garisan pancaran ini akan


bersilang diantara satu sama lain. Titik persilangan ini
mewakili titik E yang dikehendaki. (lihat rajah 6
dibawah).

E
D

Rajah 5.6 : Terabas ABCDE yang dibuat dengan cara silangan.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/9

AKTIVITI 5a

UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM ANDA MENERUSKAN UNIT


SELANJUTNYA
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA
SOALAN 5.1
Dibawah keadaan-keadaan yang bagaimana akan dianggapkan bahawa kerja
mengukur dengan kompas adalah lebih sesuai daripada ukur rantai?
Terangkan juga kebaikan ukur kompas.

SOALAN 5.2
Katakan bahawa anda dikehendaki melakukan suatu kerja terabas ukur kompas
berprisma, halkan secara ringkas bagaimana anda melaksanakan kerja
mengukur ini.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/10

Maklumbalas 5a
PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke input selanjutnya jika anda dapat
menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 5a

Penyelesaian 5.1
Kebaikan Ukur Kompas
a) Peralatan untuk tujuan ukuran ini adalah ringan dan mudah dibawa serta
dipasang dimana-mana hentian dikehendaki.
b) Bilangan alat adalah kecil berbanding dengan kaedah-kaedah lain.
b) Cerapan-cerapan boleh diselesaikan dengan cepat dipadang kerana setiap
cerapan adalah bebas daripada cerapan-cerapan sebelumnya. Sebarang
selisih dapat dikesan dan dilaraskan.
c) Kaedah ini sangat sesuai bagi kawasan yang titik kawalannya susah
kelihatan, seperti kawasan hutan.
d) Kaedah ini sangat sesuai untuk ukuran tinjauan dimana kejituannya adalah
memadai serta proses pengukurannya cepat.

Penyelesaian 5.2
Terdapat beberapa pilihan cara pengukuran mengikut keperluan, kesesuaian
tempat dan keadaan iaitu :
Kaedah Trabas Bearing Hadapan.
Kaedah Bearing Hadapan dan Belakang.
Kaedah Jejarian dan Pancaran.
Kaedah Silangan.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/11

Input 5b

5.3 PERINGKAT-PERINGKAT KERJALUAR UKUR KOMPAS.


Kerjaluar Ukur Kompas boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat :
a) Ukuran Tinjauan.
b) Pemilihan Hentian-hentian Ukur.
c) Menandakan Hentian-hentian.
d) Cerapan dan Ukuran.

5.3.1 Ukuran Tinjauan.


Ukuran tinjauan ini dijalankan untuk mengenalpasti keadaan
permukaan bumi kawasan yang hendak diukur. Dengan mengetahui
keadaan rupabumi perancangan serta pemilihan hentianhentian dapat dijalankan dengan sempurna. Rangka-rangka dapat
dibentuk supaya pemugutan data butiran dapat dijalankan dengan lebih
efisyen. Dalam peringkat ini juga semua butiran atau struktur berbentuk
logam seperti tiang-tiang telefon dan eletrik besi, binaan-binaan keluli
atau sebarang objek bermagnet hendaklah dikenalpasti kedudukannya
supaya hentian yang dipilih tidak akan terdapat kesan tarikan tempatan
semasa pengukuran dijalankan.

5.3.2 Pemilihan Hentian-Hentian Ukur.


Hasil dari peringkat ukuran tinjauan hentian-hentian ukur yang sesuai
dan baik dipilih. Kriteria-kriteria pemilihan hentian-hentian ukur :

a) Hendaklah jauh dari butiran yang boleh memberi kesan tarikan


tempatan.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/12

b) Bilangan

garisan

mencukupi

untuk

ukur

hendaklah

mendapatkan

yang
semua

minimum

tetapi

maklumat

yang

diperlukan.
c) Hentian hendaklah diatas permukaan bumi yang stabil serta rata
d) Garisan ukur yang terbentuk daripada permilihan hentianhentian

sebaik-baiknya

bebas daripada halangan-halangan

semulajadi, orang-orang dan kenderaan yang lalu lalang dan


sebagainya.
e) Garisan-garisan ukur juga hendaklah melalui atau berhampiran
dengan butiran-butiran yang hendak dipetakan. Jika garisan
silangan diperlukan ianya dipastikan tidak terlalu panjang.

5.3.3 Menandakan Hentian-Hentian Ukur.


Hentian-hentian ukur yang dipilih ditandakan dengan piket kayu
yang bersesuaian ukurannya (3cm X 3cm X 15-20cm panjang )
supaya mudah mencarinya semasa menjalankan kerja-kerja
ukuran. Ofset ke pokok-pokok atau objek-objek kekal diambil dari
hentian-hentian yang telah ditandakan itu dan dicatat supaya
mudah mengesannya di masa-masa akan datang apabila
diperlukan.

5.3.4 Cerapan-Cerapan.
Proses cerapan dan pengukuran boleh dibuat seperti berikut :
a) Diatas hentian ukur yang dipileh pasangkan kompas prisma
diatas kakitiga.

Jalankan

pelarasan

supaya

kedudukan

kompas tepat diatas hentian. Ia boleh dilaksanakan dengan


menggantung plumbob pada kakitiga berkenaan dan pastikan
plumbob memusat diatas titik hentian. Araskan kompas
dengan keadaan dial atau gegelang bebas terapong.
b) Pusingkan Kompas kearah sasaran belakang dan jajarkan
rerambut bilah tenang dengan sasaran ( pancang jajar atau

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/13
plumbob ) dan baca bearing apabila gegelang dalam keadaan
tenang serta catatkan.

c) Pusingkan kotak kompas ke arah sasaran hadapan seperti


langkah disasaran belakang diatas dan baca serta catatkan.
d) Lakukan langkah yang sama keatas mana-mana butiranbutiran yang perlu di pungut maklumatnya dengan kaedahkaedah yang sesuai.
e) Jalankan pengukuran jarak garisan-garisan ukur yang telah
dibaca bearingnya dengan menggunakan rantai ukur atau pita
ukur serta catatkan dalam buku kerjaluar.
f) Pindah ke hentian hadapan apabila selesai mengambil
maklumat butiran-butiran dan

lakukan langkah-langkah

seperti sebelumnya.

5.3.5 Mencatat hasil Kerjaluar.

Semua catatan mengenai mengenai cerapan dan ukuran hendaklah


dibuat dalam buku kerjaluar yang piawai formatnya. Selain daripada
data cerapan dan ukuran catatan dalam buku kerjaluar, maklumatmaklumat berikut sebagai nota atau rujukan :

a) Nama Pengukur / Nama Kumpulan Ukur .


b) Nama, Tempat pengukuran, Tarikh Ukuran.
c) Jenis-jenis peralatan yang di gunakan.
d) Lakaran lokasi, trabas dan butiran mengenai kawasan kerja.
e) Maklumat-maklumat yang di fikirkan perlu.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/14

5.3.6 Cara Membuku.


Catatan boleh dibuat dalam buku yang digunakan untuk ukur
rantai ( chain survey ) atau dalam buku berformat yang sesuai
bagi memudahkan membuat pelarasan jika dipengaruhi tarikan
tempatan dan terdapat selisih.

5.4 PELARASAN BEARING.


Pada kebiasaan ralat tidak dapat di elakkan dalam apa-apa kerja ukur.
Selain daripada ralat, ukur kompas juga mengalami kesan tarikan tempatan.
Selisih ralat dan kesan tarikan tempatan boleh dihapuskan dengan kaedah
berikut:

5.4.1 Kaedah Tarikan Tempatan


Perbezaan di antara bearing hadapan dan bearing belakang sesuatu
garisan ukur adalah 180. Jika perbezaan tidak menepatinya maka
terdapat kesan tarikan pada garisan tersebut. Pelarasan kaedah ini
dilakukan seperti langkah-langkah berikut :

a) Kira beza di antara bearing hadapan dan bearing belakang setiap


garisan.
b) Kenalpasti garisan yang tidak di pengaruhi tarikan tempatan iaitu
perbezaan menepati 180. Ini bermakna hentian-hentian dimana
bearing-bearing hadapan dan belakang dibaca tidak terdapat tarikan
tempatan.
c) Bearing belakang dan bearing hadapan yang dicerap dihentian tanpa
tarikan tempatan tidak perlu dilaras dan diterima sebagai betul.
d) Pembetulan yang sama mestilah diberikan kesetiap bering hadapan
yang dicerap dari sebarang satu stesen.
e) Arah belakang dan hadapan sebarang satu garisan, selepas
pembetulan mesti berbeza sebanyak 180 sahaja.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/15

Untuk menghapuskan kesan tarikan tempatan, cerapan kerja luar


dilaraskan dengan cara berikut. Jadual dibawah ialah bacaan kerja luar
suatu trabas kompas yang telah dilaraskanseperti yang ditunjukkan
dalam rajah :
Jadual 5.1 : Pelarasan dilakukan dengan kaedah tarikan tempatan.
PemStesen Garisan

Jarak

Bering

(m)

Cerapan

betulan
Beza

tarikan
tempatan

AB

85

sudah
dilaras

-615

5415

400

23415

400

200

000

18200

000

14815

000

32815

000

21900

-530

3900

-530

31045

-615

13045

16945

BA

23015

B
BC

6030

Bering

91

35800
18200

baru

18000

17600

CB

Beza

18000

C
CD

154

14815
18000

DC

32815

18000

D
DE

119

21900
17500

ED

4430

18000

E
EA

98

31615
17900

AE

13700

18000

CATATAN
(i)

Bearing setiap garisan dicerap dua kali.

(ii)

Huruf pertama di setiap penunjuk garisan menunjukkan stesen dari


mana cerapan dibuat.

(iii) Cuma dalam kes garisan CD sahaja arah belakang dan hadapannya
berbeza sebanyak 180.
(iv) Anggapkan bahawa kedua-dua stesen C dan D bebas dari tarikan

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/16

tempatan dengan itu, tiada pembetulan diperlukan untuk sebarang


cerapan yang dibuat dari C atau D dan bearing cerapannya boleh
direkodkan sebagai bearing akhir .
(v)

Disebabkan DE = 219, ED mesti = 39(beza 180). Dengan itu, ED


dan semua bacaan dari E mesti dibetulkan sebanyak -530. Maka
dengan itu, EA = 31615 - 530 = 31030, bearing akhir.

(vi)

Disebabkan EA = 310450, AE mesti = 13045, tetapi yang dicerap


ialah 137, jadi betulkan bearing ini serta semua cerapan yang dibuat
dari A sebanyak -615. Dengan itu, AB = 6O30 - 615 = 5415,
bearing akhir.

(vii)

Disebabkan AB = 5415. BA mesti = 23415. tetapi yang dicerap


ialah 23015. jadi betulk.an bearing ini dan semua cerapan dari B
sebanyak. + 4. Oleh itu. BC = 35800+ 4 = 2.

(v;iii) Oleh k.erana BC = 2. CB mesti = 182. yang bearing cerapannya


tidak. memerluk.an pembetulan. menyamai nilai tersebut, dengan itu,
membuk.tikan yang penyelarasan telah hetul.

CATATAN: Satu ralat besar akan menunjukkan cerapan yang salah, mungkin
disebabkan oleh jarum yang melekat pada pangsi atau satu perubahan dalam
daya tarikan tempatan yang berlaku di antara cerapan pada satu stesen. Ini
boleh disebabkan oleh pergerakan alat ukur semasa cerapan atau pergerakan
logam, seperti pisau, ke atas sipencerap.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/17

5.5 MEMBUAT PLOTAN BAGI TRABAS KOMPAS.

Alat yang diperlukan bagi membuat plotan dalam kerja ukur trabas kompas
ini adalah serupa dengan alat yang digunakan dalam kerja membuat plotan
ukur rantai. Walau bagaimanapun, lebih baik sekiranya kertas yang
mempunyai garisan-garisan selari digunakan dalam membuat plotan kerja
ukur trabas kompas kerana ianya akan memudahkan kerja-kerja melukiskan
trabas kompas.

Sebelum kerja membuat plotan dimulakan adalah lebih baik ditentukan skala
yang hendak digunakan berdasarkan tujuan plan tersebut dibuat. Elok juga
sekiranya satu plan lakar dapat dibuat diatas kertas surih terlebih dahulu
supaya dapat plan sebenarnya dilukiskan seimbang diatas kertas plan. Cara
membuat plotan sama seperti membuat plotan bagi kertas ukur rantai,
melainkan dalam hal membuat plotan bagi bearing yang memerlukan sebuah
jangka sudut dan malukiskannya berdasarkan titik utara.

Apabila segala butir yang telah dilukiskan dalam bentuk plan, dan sekiranya
tidak terdapat apa-apa kesilapan lagi baharulah plan tersebut boleh
didakwatkan dengan dakwat hitam. Beberapa perkara penting perlu
dimasukkan kedalam plan tersebut iaitu skala, arah utara benar dan arah
utara magnet, simbol-simbol yang diguankan, nama jurukur dan juga
pembantu-pembantu dan jika perlu nama pembuat plan. Suatu perkara
penting yang perlu dimasukkan bagi kerja ukur trabas kompas ialah tarikh
kerja ukur tersebut dijalankan kerana perlu bagi menentukan arah utara
berdasarkan kepada perbezaan-perbezaan arah utara magnet.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/18

5.5.1 Melukis Dengan Kaedah Bowditch

Selisih dalam memplot atau melukis satu-satu trabas kompas sentiasa


akan berlaku. Dalam hal ini selisih yang dibenarkan adalah sekitar
1/400 bahagian . Untuk memelot dengan cara Bowditch ini , perlu di
dtetapkan samada selisih itu dipersetujui atau tidak.
(Selisih = selisih tutup / jumlah panjang trabas)
Garisan Selari
C

c
b
A
Trabas tertutup
yang betul

Trabas tertutup
yang salah

D
d
e

Rajah 5.6 : Plotan grafik dan pelarasan yang dibuat dengan kaedah Bowditch untuk
trabas kompas tertutup
A

E
Selisih
tutup Aa

A
b

Rajah 5.7 : Segitiga sebentuk yang digunakan untuk membahagikan selisih tutup Aa mengikut
kadar jarak garisan trabas

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/19

Melalui stesen.- stesen b, c, d dan e masing-masing akan dilukiskan


garisan- garisan yang selari dengan arah selisih tutup Aa (Rajah

). Di

sepanjang garisan-garisan selari ini ditandakan jarak bB, cD, dD dan eE


yang dapat diperolehi dari segitiga sebentuk Bowditch. Sebagai
contohnya, katakanlah jumlah selisih tutup di e ialah eE dan nilai ini akan
diambil dari rajah segitiga sebentuk Bowditch dan kemudian ditandakan di
atas garisan selari dengan hala selisih tutup melalui titik e di atas plotan
terabas. Maksudnya ialahsupaya dapat memberikan kedudukan yang
diperlukan. Oleh itu, selisih -.selisih yang perlu dibetulkan pada setiap
stesen lain yang berkenaan akan dibawa ke atas plotan dengan cara yang
sama juga, sepertimana yang telah dilakukan untuk stesen E. Selepas itu,
kedudukan bagi kesemua titik yang telah dilaraskan akan disambungkan
dengan garisan-garisan lurus supaya dapat mewujudkan rajah bagi
terabas ABCDEA, yang sekarang merupakan plotan terabas tertutup yang
tepat di mana ianya dibetulkan dengan secara grafik.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/20

Aktiviti 5b
UJIKAN KEFAHAMAN

ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT

SELANJUTNYA.
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN
BERIKUTNYA.

Soalan 5.1
Nyatakan peringkat-peringkat kerja yang perlu dilakukan dalam kerluar
ukur kompas.

Soalan 5.2
Terangkan tentang selisih yang dibenarkan dalam ukur kompas.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/21

Maklumbalas
Aktiviti 5b

PERHATIAN
Anda hanya boleh berpindah ke PENILAIAN KENDIRI jika anda dapat
menjawab kesemua soalan dalam aktiviti 5b
Penyelesaian 5.1
Kerjaluar Ukur Kompas boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat :
e) Ukuran Tinjauan.
f) Pemilihan Hentian-hentian Ukur.
g) Menandakan Hentian-hentian.
h) Cerapan dan Ukuran.

Penyelesaian 5.2
Selisih tutup yang dibenarkan untuk terabas ukur kompas biasanya
bernisbah 1/400.

Ini bermakana

selisih sebanyak

satu meter adalh

dibenarkan untuk setiap 400 meter panjang terabas ukur kompas.


Had selisih yang dibenarkan dalam pembacaan sesuatu bering yang
berkenaan ialah bahawa perbezaan diantara bering-bering yang sepatutnya
dengan bering salah tidak boleh melebihi darjah, iaitu 15 minit.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/22

PENILAIAN
KENDIRI UNIT 5
ANDA HAMPIR MENUJU KEJAYAAN. UNTUK MEMASTIKAN
MATLAMAT TERSEBUT SILA JAWAB SEMUA SOALAN DALAM
PENILAIAN KENDIRI DIBAWAH.
SILA HUBUNGI PENSYARAH ANDA JIKA ADA SEBARANG MASALAH.
RUJUK KEPADA MAKLUMBALAS DIHALAMAM BERIKUT
SELAMAT MENCUBA
SOALAN
Kerja ukur kompas tertutup trabas ABCDE telah dijalankan dan cerapan
bearing pada garisan adalah seperti berikut:

Garisan

Cerapan Bearing

AE

31900

AB

7245

BA

25200

BC

34900

CB

16715

CD

29830

DC

11830

DE

22900

ED

4800

EA

13530

Laraskan bearing dengan kaedah tarikan tempatan.

UKUR KOMPAS

C1343/UNIT 5/23

Maklumbalas
Penilaian Kendiri
Unit 5
SUDAH MENCUBA ?
SILA SEMAK JAWAPAN ANDA DAN BANDINGKAN DENGAN
JAWAPAN DIBAWAH
Penyelesaian
Bacaan adalah seperti berikut:
Garisan

Bearing

Pembetulan

Bearing

Cerapan

tarikan tempatan

Sudah Dilaras

AE

31900

-230

31630

AB

7245

-230

7015

BA

25200

-145

25015

BC

34900

-145

34715

CB

16715

000

16715

CD

29830

000

29830

DC

11830

000

11830

DE

22900

000

22900

ED

4800

100

4900

EA

13530

100

13630

baru jelas

Anda mungkin juga menyukai