Anda di halaman 1dari 4

12/6/2014

EpikTPPAdanAsalUsulPerdaganganBebas|AnasAlamFaizli

Saturday , 6th Dec, 2014

Search...

Home / Bantah TPPA / Epik TPPA dan Asal Usul Perdagangan Bebas

Social

Biodata

Profile

Book

Oil and Gas

Education

Socio Economy

Teach For The Needs

Blindspot

Anas Alam Faizli is an upstream Oil and Gas


project management professional, currently
pursuing a post graduate doctorate and is the
author
Rich Malaysia, Poor Malaysians &
Bantah
TPPA forPolitics
Contact Us
Malaysia Kaya, Rakyat Miskin.

He is co-Founder of BLINDSPOT, Bantah TPPA ,


Sekolah Falsafah and was formerly the Founding
CEO of Teach For The Needs (TFTN).
Anas enjoys travelling and is a passionate reader
of history, philosophy, politics, economics and
thought.
His main interest is socio economic issues
including education, poverty and public policy
with an emphasis on efficient use of petroleum
resources, inequality, and inclusiveness.

Epik TPPA dan Asal Usul Perdagangan Bebas


Posted by: Anas Alam Faizli

December 10, 2013

in Bantah TPPA

Perdagangan antarabangsa bukan sekadar jualan atau pertukaran barangan dan perkhidmatan. Ia lebih
luas daripada itu. Ia merangkumi perdagangan yang dilakukan merentasi sempadan geografi
menggunakan kerangka perhubungan pelbagai undang-undang budaya dan amalan perniagaan. Dalam
hal ini, slogan kejujuran adalah amalan terbaik sangat kritikal untuk diaplikasikan bagi memastikan
amalan niaga terbaik dan paling jujur. Bagaimanakah kita memaknakan sebuah kejujuran dalam konteks
perdagangan bebas?

Categories
Bantah TPPA
Blindspot
Education
Oil and Gas

Pendekatan formal dalam rundingan perdagangan menjadi kewajiban dan ia memerlukan satu set
undang-undang dan peraturan yang mengaplikasikan peraturan ketelusan dalam setiap perdagangan. Isu
kejujuran, kesaksamaan dan kebertanggungjawaban dalam urus tadbir korporat dan sektor awam
memaksa isu ketelusan dalam perdagangan antarabangsa menjadi sangat penting berbanding sebelum
ini.
Wadah TPPA jelas satu bentuk wadah yang terpisah dan mencapah. Mereka yang menyokong mempunyai
sebab tersendiri memberi sokongan kepada TPPA. Tetapi apabila ada yang mengkritik TPPA, ianya
berdasarkan kebimbangan berasas yang kehidupan orang awam akan terjejas kerananya. Bagaimanapun
kita perlu mengetahui apakah itu TPPA dan apakah sejarah ideologinya.

Personal
Politics
Socio Economy
Teach For The Needs

Archives
December 2014
November 2014

TPPA dikatakan bertindak sebagai sebuah jentera pembebasan perdagangan. Walaupun hakikat nyata
daripada segi skop dan kuasa mencadangkan ianya lebih daripada perjanjian perdagangan. Tetapi apa
yang pasti hasil daripada rundingan TPPA ialah sebuah perjanjian perdagangan serantau (RTA).

April 2014
December 2013
October 2013
September 2013

Di bawah sistem GATT/WTO hanya terdapat tiga kategori RTA: perjanjian keutamaan perdagangan (PTA),
perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan kesatuan kastam (CU). TPPA bukanlah hanya sekadar PTA yang
selalunya membentuk komitmen menyeluruh dan mendalam negara bagi membuka pasaran mereka
untuk kemasukan barangan dan perkhidmatan asing. Ia juga bukanlah CU, kerana TPPA tidak
memerlukan integrasi ekonomi dalam kalangan ahlinya, sehingga mencapai tahap mereka
menyelaraskan halangan tarif dan bukan tarif yang dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan
daripada negara bukan ahli.

Maka boleh untuk dikatakan, yang TPPA ialah FTA. Menjadi FTA, TPPA seharusnya mengurangkan atau
menghapuskan halangan perdagangan antara ahli dalam FTA yang berkaitan (contohnya TPPA). Terdapat
ketaksuban kepada FTA dalam dunia masa kini. Banyak negara sudah berunding dan menamatkan
perundingan FTA dengan pandangan peningkatan perdagangan dalaman FTA akan menjana faedah
bersama. Tetapi, kita perlu memahami sejarah ideologi yang mendasari ketaksuban ini. Mempunyai

http://aafaizli.com/epiktppadanasalusulperdaganganbebas/

August 2013
July 2013
June 2013
May 2013
April 2013
March 2013
February 2013
January 2013
December 2012
November 2012
October 2012

1/4

12/6/2014

EpikTPPAdanAsalUsulPerdaganganBebas|AnasAlamFaizli

pemahaman menyeluruh tentang sejarah membenarkan kita meletakkan segalanya dalam kaedah yang
saksama dan sesuai.

September 2012
August 2012
July 2012

Perdagangan bebas bukanlah satu-satunya ideologi yang mempunyai pengikut setia dalam kalangan
orang biasa dan kelompok intelektual. Pada permulaan kurun ke-16, ketika Eropah mula meneroka Dunia
Baru, aktiviti perdagangan antarabangsa digerakkan oleh penjajahan Negara Eropah untuk memburu
kuasa ketenteraan dan politik. Perdagangan dalam barangan mewah termasuklah rempah ratus, bijih
timah, bijirin dan logam berharga dikawal dan dimonopolikan. Pembolotan yang berjalan serentak
dengan perluasan kawasan jajahan mengheret kepada zaman kezaliman dan pembunuhan beramairamai. Ini ialah era mercantilism. Perdagangan tidak bebas. Situasi ini berlanjutan sehinggalah orang
awam mula berminat dengan idea Adam Smith atau lebih khusus idea mengenai perdagangan bebas.
Tetapi adakah idea perdagangan bebas benar-benar bercakap tentang membebaskan masyarakat
daripada penindasan dan kawalan pihak lain. Ia adalah benar, bahawa prinsip pasaran bebas
mengandaikan pembukaan pasaran kepada barangan luar dan ianya adalah baik mengikut pandangan
Smith. Sebagaimana perbandingan faedah yang diterima oleh Negara yang akan menjual barangan
terbaik yang mereka boleh hasilkan dan membeli barangan yang mereka tidak mempunyai kemampuan
untuk keluarkan. Seterusnya Negara boleh membuat pengkhususan dan semua orang akan menerima
manfaat. Sudah pasti keringkasan hujah ini boleh menyebabkan sesetengah ahli ekonomi dan pengikut
tegar pengkaji teori Adam Smith yang menghabiskan masa bertahun mempertahankan teori ini berasa
gusar.
Tetapi cuba bayangkan bagaimana idea ini dipasakkan dalam realiti sejarah. Britain ialah negara pertama
yang membuka pasaran kepada barangan luar dengan penghapusan undang-undang jagung. Undangundang ini melindungi pengeluaran jagung di Britain dan Ireland daripada persaingan asing. Tetapi
British melakukan perkara yang berlainan dalam isu pengeluaran dan perdagangan garam di negara
jajahannya, India, sebelum kemerdekaan. Undang-undang garam diperkenalkan untuk membenarkan
garam yang dikeluarkan di England untuk di eksport ke India dengan harga yang lebih murah manakala
garam berkualiti tinggi hasil keluaran India dipaksa eksport ke Britain. Malah dilaporkan bahawa, orang
India yang mempunyai jumlah garam melebihi undang-undang akan dihukum oleh pihak berkuasa
Britain. Jika ada mendakwa yang amalan ini tidak bertahan dalam zaman moden, Gerakan Garam yang
dipimpin oleh Mahatma Gandhi adalah peringatan jelas yang undang-undang garam yang berat sebelah
masih wujud pada awal kurun ke 20.
Sudah tentu persekitaran semasa berbeza. Tidak wujud lagi proses penjajahan oleh Barat. Tetapi jika kita
mula membenarkan negara maju untuk menentukan apa yang negara membangun patut hasilkan dan
tidak hasilkan, tragedi undang-undang garam India mungkin berulang di negara ini. Walaupun TPPA
mungkin mengurangkan halangan tarif untuk sesetengah barangan daripada Amerika, dalam jangka
masa panjang keupayaan kita untuk mengeluarkan barangan berkualiti tinggi mungkin terjejas kerana
kekurangan pilihan barang mentah ketika sektor pengeluaran kita mungkin dipaksa membeli barangan
hanya daripada sumber Amerika Syarikat (AS).
Banyak dokumen yang didedahkan berlegar dalam internet dan yang terbaru muncul sewaktu rundingan
TPPA peringkat menteri di Singapura. Dokumen ini jelas menunjukkan yang AS mendesak dan membuli
negara-negara lain untuk mengalah kepada tuntutan mereka.

April 2012
March 2012
February 2012
October 2011
September 2011
August 2011
February 2011
April 2010
June 2009
May 2009
April 2009
March 2009

Twitter Updates
Setup Twitter API OAuth settings under Tiepanel
> Advanced tab

Visitors

Popular posts
Malaysias Population by State and Ethnicity
Panduan kepada Perjanjian Perkongsian TransPasifik (TPPA) Mengapa BANTAH?
Malaysia: High Income Nation, but Low Income
Rakyat
Who to Vote For: A Dummies Guide to the
Manifesto
Nak Undi Siapa? Panduan dan Analisis Kritikal
Manifesto

Kami mengajak rakyat Malaysia jangan menyerahkan hak kita dengan menandatangani TPPA.

Anak Malaysia Anti Nuklear (AMAN)

678 total views, 9 views today


Share!

AnakMalaysiaAntiNuklear
AMAN
Like

Share !

Tweet

Like

Share

StumbleUpon

Previous:

1,866peoplelikeAnakMalaysiaAntiNuklearAMAN.

Next:

The TPPA Saga and its Free Trade roots

Konvensyen Pendidikan TFTN Kali Ke-2


#TFTN2013

Related Articles
Facebooksocialplugin

BLINDSPOT
The TPPA Saga and its Free
Trade roots

Membongkar Salah Faham


dan Salah Persepsi
Perjuangan Menentang

http://aafaizli.com/epiktppadanasalusulperdaganganbebas/

Debunking the
Misconceptions of the Fight
against TPPA
2/4

12/6/2014

EpikTPPAdanAsalUsulPerdaganganBebas|AnasAlamFaizli

December 9, 2013

TPPA

October 14, 2013

Blindspot

October 28, 2013

Like

10,312peoplelikeBlindspot.

Addacomment...

AlsopostonFacebook

PostingasNizarNordin(Change)

Comment

Facebooksocialplugin

Facebooksocialplugin

Bantah TPPA
BantahTPPA
Like Youlikethis.

Youand7,011otherslikeBantahTPPA.

Facebooksocialplugin

Rich Malaysia, Poor Malaysians


RichMalaysiaPoorMalaysians:
EssaysonEnergy,Economyand
Education
Like
1,221peoplelikeRichMalaysiaPoorMalaysians:
EssaysonEnergy,EconomyandEducation.

TEACH FOR THE NEEDS


TeachForTheNeeds
Like

12,233peoplelikeTeachForTheNeeds.

Facebooksocialplugin


http://aafaizli.com/epiktppadanasalusulperdaganganbebas/

3/4

12/6/2014

EpikTPPAdanAsalUsulPerdaganganBebas|AnasAlamFaizli

aafaizli.com Copyright 2012, All Rights Reserved - All content is the personal opinion of the writer and does not represent the views of any organisation.

http://aafaizli.com/epiktppadanasalusulperdaganganbebas/

4/4

Anda mungkin juga menyukai