Anda di halaman 1dari 4

KERTAS KERJA

PROGRAM REKREASI ILMU


TAHUN 2014

PENDAHULUAN

Kecemerlangan dalam kerjaya dan dunia materialistik sering menjadi idaman


semua manusia. Namun demikian dalam mengejar kecemerlangan, murid-murid
sering kali terlupa bahawa aspek keberkesanan dan kualiti dalam akademik telah
dipinggirkan dan tidak diambil berat dan perhatian. Kebanyakan daripada pelajar
kurang menitikberatkan kemahiran-kemahiran belajar yang sistematik dan
konsisten. Oleh yang demikian, Program Rekreasi Ilmu ini dirancang untuk
membantu memperkukuhkan tahap pencapaian akademik murid-murid di sekolah
ini.

RASIONAL

Program ini dijalankan bagi membantu meningkatkan kesedaran murid-murid untuk


menguasai teknik-teknik dan kemahiran dalam pembelajaran. Selain itu, program
ini dapat juga memberi pendedahan dan garis panduan untuk menjadi pelajar yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

MATLAMAT

Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memperkukuh dan memperkasakan


prestasi akademik dan akhirnya dapat menjadi murid-murid yang dapat dicontohi
oleh semua lapisan masyarakat.

OBJEKTIF
Memberi kesedaran kepada para pelajar untuk meningkatkan prestasi
dalam akademik.
Mengamalkan suasana belajar yang kondusif dan positif dari masa ke
masa.
Menyuntik semangat pembelajaran dalam diri semua pelajar dan dapat
mengetahui teknik belajar yang betul.

KUMPULAN SASARAN

Calon UPSR SK Permatang Pasir 2014


(Tahun 6)

TARIKH

Tarikh : 9 Jun 2014 hingga 12 Jun 2014


(Isnin hingga Khamis)
(minggu ke 3 Cuti Pertengahan Tahun2014)

PENGANJUR
Unit Akademik SK Permatang Pasir
Unit Hal Ehwal Murid SK Permatang Pasir
Persatuan Ibubapa Dan Guru

INPUT
Set- set soalan online
Program ZOOM A

JAWATANKUASA PROGRAM
JAWATANKUASA
PROGRAM REKREASI ILMU
2014
Penasihat
En Zulkifli Bin Md Rais
Yang Di-Pertua PIBG
Pengerusi
En Ab Bakar Bin Ab Manan
Guru Besar
Sek. Keb. Permatang Pasir
Penyelaras
Pn Sharifah Bte Kamis
Guru Penolong Kanan Akademik
Sek. Keb. Permatang Pasir
Setiausaha
En Nurulfuad Bin Yaakub
Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
Sek. Keb. Permatang Pasir
Ahli Jawatankuasa
Ketua Panitia Bahasa Melayu
Ketua Panitia Bahasa Inggeris
Ketua Panitia Matematik
Ketua Panitia Sains

PENGLIBATAN AHLI-AHLI PROGRAM

Jumlah peserta = 12orang


Jumlah urusetia (Semua guru)
Pemantau
Ibu Bapa / Penjaga Murid
Jawatankuasa PIBG SK Permatang Pasir

PENILAIAN PROGRAM

Perubahan dalam pencapaian dan prestasi akademik yang lebih baik


berbanding sebelum program ini dijalankan dalam diri masing-masing.

Mendapat kejayaan serta keberkatan hidup sama ada di dunia dan di


akhirat kelak.
PERTANYAAN
Sebarang maklumat lanjut, penerangan, pertanyaan dan urusan serta surat
menyurat, sila hubungi:
Sek. Keb. Permatang Pasir
71150 Linggi
Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel
Faks
E-mel

: 06-6979724
: 06-6979724
: skpermatangpasir@yahoo.com.my

PENUTUP DAN RUMUSAN


Diharapkan dengan kerjasama dan sokongan yang padu dalam
kalangan semua jawatankuasa yang terlibat menjayakan program ini
akan dapat membantu memperkukuh dan memperkasakan nilai-nilai
keilmuan seterusnya dapat menghayati serta mengamalkan teknikteknik dan kemahiran belajar yang betul supaya dapat menjadi pelajar
yang cemerlang dunia dan akhirat.
Segala program dan aktiviti yang dilaksanakan akan
memberikan nilai positif dan amalan terbaik untuk muridmurid. Justeru itu diharapkan segala perancangan dan
perlaksanaan nanti akan memberikan hasil dan mencapai
objektif yang dikehendaki khususnya kepada pelajar-pelajar
yang akan menghadapi UPSR 2014
Adalah diharapkan program ini dapat membantu pelajar untuk
membina keyakinan diri , membentuk sahsiah dan motivasi diri
pelajar untuk menghadapi peperiksaan UPSR serta menjadi
pelajar yang cemerlang.

Kecemerlangan Akademik Teras Pembangunan Negara


Disediakan oleh

Disemak oleh

..................
NURULFUAD BIN YAAKUB
Setiausaha Program
Program Rekreasi Ilmu 2014
Guru Penolong Kanan HEM
Sek Keb Permatang Pasir

.............
SHARIFAH BTE KAMIS

Penyelaras Program
Program Rekreasi Ilmu 2014
Guru Penolong Kanan Kurikulum
Sek Keb Permatang Pasir

Diluluskan oleh
.
AB BAKAR BIN AB MANAN
Pengerusi Program
Program Rekreasi Ilmu 2014
Guru Besar
Sek Keb Permatang Pasir