Anda di halaman 1dari 1

TEKS MC SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK SKPK JALAN PEEL

MC SKPK JALAN PEEL : En Mohd Alhafiz Bin Omar


MC Maybank : Pn Azlinda Rosli

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim,,membuka tirai Sambutan Hari Kanak-kanak SKpk Jalan Peel Bersama
Cards & wealth (csr maybank). Yang dihormati, Guru Besar, En md Hassan Bin Mokthar, Barisan Pentadbir
Sekolah, GPK Kurikulum dan Tadbir, Pn Ramenah Binti Tani, GPK HEM, Cik Zarina Binti Ahmad, GPK
Kokurikulum, Tn Hj Azman Bin Harun, Guru dan anak-anak permata Sk Pendidikan Khas Jalan Peel
Sebesar penghormatan daripada wakil khas CSR Maybank, En. Bravintharan, Mr Yee Pok Meng, Mr
Khushvinder, Mr Manohar, Mr Victor Kaw, Mr Robert Jan Van Pelt, Pn Ismasari, Pn Marlin, Ms Samantha, dan
semua pegawai pegawai CSR yang turut serta pada hari yang bermakna ini.
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar tuan-tuan dan puan-puan ?
Kita bersyukur pada hari yang penuh gembira ini, kita dapat bersama-sama didalam majlis ini iatu Sambutan
Haru Kanak-kanak bersama CSR Maybank.
Kata-kata aluan
ANAK adalah anugerah paling berharga yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada ibu bapanya.
Tiada harta yang paling berharga di dunia melainkan seorang anak yang diamanahkan sebagai penyambung
keturunan.
Ibarat kain putih yang bersih, ibu bapa diberi tanggungjawab untuk mencorak anak yang dianugerahkan itu untuk
menjadi seorang manusia yang beriman dan beramal soleh.
Sehubungan itu, anak-anak perlu dididik dan dipelihara sebaik mungkin bagi menjadikan mereka 'permata' yang
paling berkilau.
Permata tersebut bukan sahaja akan menentukan maruah diri dan keluarga tetapi juga kepada negara tercinta.
Justeru, kepentingan golongan kanak-kanak ini sering diberi keutamaan dan ia sudah terbukti sejak dahulu
apabila pada tahun 1959, sambutan Hari kanak-Kanak Sedunia pertama diisytiharkan.
Bersandarkan kepada catatan sejarah, Hari Kanak-Kanak Sedunia pertama kali diraikan sejak 1959, di mana
tarikhnya dipilih dari mana-mana hari Sabtu pada bulan Oktober.
Dari tahun 1960 hingga 1994, Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia bertanggungjawab menganjurkan
perayaan ini, sebelum diambil alih pada 1995 oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia di bawah
Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (sekarang ini Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat) secara tahunan pada setiap bulan Oktober.
Pada tahun ini Hari Kanak-Kanak Sedunia Peringkat Kebangsaan akan disambut secara besar-besaran pada 22
Oktober ini di Kuala Lumpur.
Bertemakan Menjana Karisma Kanak-Kanak, sambutan itu dianjurkan bagi pendedahan kepada masyarakat
terutama ibu bapa mengenai tanggungjawab terhadap kanak-kanak dan apa sepatutnya atau tidak seharusnya
dilakukan dalam mendidik anak-anak.
Sambutan tahun ini bakal disertai hampir 5,000 orang terdiri daripada kanak-kanak Taska permata, institusi
kanak-kanak, ibu bapa, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat setempat.
Selain menunjukkan penghormatan masyarakat kepada kanak-kanak sambutan itu bertujuan menyedarkan
mereka mengenai tanggungjawab sebenar dalam memelihara hak serta masa depan kanak-kanak.

Anda mungkin juga menyukai