Anda di halaman 1dari 18

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 1

841110045311001

PENGENALAN
Pantun merupakan sejenis puisi Melayu yang disukai ramai sejak dahulu sehingga kini.
Semenjak kecil lagi anak-anak kita kerap didendangkan dengan lagu-lagu yang berintipatikan
pantun sebagai seni katanya. Sesuai dengan jiwa kanak-kanak, pantun yang didendangkan itu
merupakan pantun yang berunsur nasihat serta tunjuk ajar. Jika dikaji antara sebab kanak-kanak
dahulu dan kini berbeza dari segi budi bahasa, adalah disebabkan oleh kanak-kanak zaman
dahulu seawal bayi telah didengarkan dengan pantun-pantun berunsur nasihat dan pantun kasih
sayang yang dapat dijadikan panduan tatkala dewasa.
Pada zaman meningkat dewasa pula, mereka berutus surat dan berbalas surat juga
menggunakan pantun sebagai isinya. Dengan ini jiwa seni telah dapat dipupuk dalam jiwa
mereka seawal kanak-kanak. Pantun juga di guna pakai sewaktu ingin menyampaikan hasrat
yang baik untuk menyatukan dua insan dalam majlis merisik dan bertunang. Keindahan pantun
dalam menyampaikan keinginan yang baik itu seharusnya akan menjadi kenangan terindah
dalam hidup seseorang. Sewaktu majlis perkahwinan pula, masyarakat di Melaka akan
mendendangkan lagu Dondang Sayang yang liriknya penuh dengan pantun-pantun yang berunsur
nasihat kepada semua orang yang berada di majlis itu sekaligus dapat memeriahkan majlis
tersebut. Pantun juga bukan sekadar digunakan di majlis-majlis yang baik, malahan dalam
menyampaikan perkara yang kurang enak didengar juga pantun boleh digunapakai bagi
menyampaikan hasrat yang tidak baik secara berkhemah. Dengan itu, perkara-perkara yang tidak
baik dapat dielakkan seperti perasaan dendam dan sebagainya.
Bukan sahaja masyarakat Melayu yang pandai mendendangkan pantun dalam lagu-lagu,
malahan masyarakat lain turut berkebolehan menggubah pantun seperti pantun kasih sayang dan
pantun budi. Pantun menjadi popular bukan sahaja kerana unsur keindahan bahasanya, malahan
ianya memainkan peranan sebagai wahana pemikiran bernas dan perasaan halus. Ini dapat
dilihat pada masyarakat Baba Peranakan yang tinggal di Melaka. Mereka sangat gemar dan
pandai menggunakan pantun semasa berbicara.
Kini, pelbagai aktiviti berpantun boleh digalakkan di sekolah rendah untuk meningkatkan
kemahiran berbahasa dan menajamkan pemikiran. Di samping itu, berpantun boleh merapatkan
kanak-kanak dengan tradisi budaya bangsa.

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 2


841110045311001

DEFINISI PANTUN
Pantun sebagai salah satu cabang kesusasteraan Melayu tradisional telah mendapat tempat di
kalangan masyarakat Melayu khususnya dan juga orang asing secara umumnya sejak dari zaman
silam hinggalah ke alaf ini. Justeru itu banyak kajian yang telah dilakukan terhadap puisi Melayu
lama ini. Maka banyak pulalah pendapat yang telah dikemukakan sama ada berkisar tentang
definisi, asal-usul, bentuk, fungsi dan sebagainya.
Terdapat pelbagai pengertian pantun yang telah dikemukakan oleh beberapa pengkaji
terdahulu antaranya Hajah Rokiah Khairuddin dan Juriah Abdul Hamid (1992)mentakrifkan
pantun ialah sejenis puisi Melayu yang mempunyai bentuk tertentu, iaitu pantun dua baris atau
empat baris yang biasanya berpasangan antara pembayang dengan maksud. Sekiranya pantun itu
serangkap empat baris, maka dua baris pertama pembayang dan dua baris kemudiannya maksud.
Semua baris pantun mempunyai skema rima akhir yang berselang iaitu ab ab contohnya
Pinang muda jangan disalai
Jika disalai isinya binasa
Orang muda janganlah dilalai
Jika lalai badan terseksa

(rima a)
(rima b)
(rima a)
(rima b)

Pendeta Zaba dalam bukunya Pelita Bahasa Melayu III pantun itulah kaedah
rangkapan yang tertua dan memang asal kepunyaan Melayu betul. Dari semenjak tatkala orang
Melayu belum tahu surat-menyurat dahulu pun mereka telah pandai berpantun dan biasa
berbalas-balas pantun sesama sendiri.
Manakala menurut Dr. Ghazali Dunia erti pantun asalnya ialah umpama : sepantun
maksudnya seumpama seperti dalam : sepantun ayam kehilangan induk, kami sepantun balam,
mata terlepas badan terkurung. Kamus Dewan pula menjelaskan pantun ialah sejenis puisi lama
yang terdiri dari 4 baris dalam tiap-tiap rangkap.
Harun Mat Piah (1989), telah memberikan definisi pantun berdasarkan aspek dalaman
dan aspek luaran atau struktur visualnya. Aspek dalaman pantun meliputi unsur estetik dan isi
(tema dan persoalan). Unsur estetik pantun dapat dilihat berdasarkan dua aspek iaitu pertamanya
berkaitan dengan penggunaan lambang-lambang tertentu yang terdapat dalam pantun mengikut

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 3


841110045311001

tanggapan dan pandangan dunia masyarakat Melayu. Keduanya berdasarkan hubungan makna
antara pasangan pembayang dengan pasangan maksud sama ada secara konkrit atau abstrak.
Berdasarkan aspek isi (tema dan persoalan) pantun biasanya menyentuh hampir seluruh
kehidupan masyarakat Melayu. Melalui penelitian isi (tema dan persoalan) juga telah membawa
kepada pengkelompokan pantun yang lebih sistematik seperti pantun kanak-kanak, pantun cinta
dan kasih sayang, telatah dan cara hidup masyarakat, pantun teka-teki, pantun pujipujian/sambutan, pantun nasihat dan pendidikan, pantun agama dan kepercayaan, pantun adat,
pantun peribahasa, pantun naratif/cerita dan sebagainya.
Pengkelasan tersebut dapat dipecahkan kepada kelompok-kelompok tema yang lebih kecil.
Misalnya tema nasihat dan pendidikan dapat dipecahkan kepada tema budi, dan kias-ibarat.
Pantun tentang nasib dan jenaka boleh dimasukkan ke dalam golongan pantun telatah dan cara
hidup masyarakat.
Berdasarkan aspek luarannya, keistimewaan pantun dapat dilihat daripada aspek
strukturnya/ciri-ciri visualnya iaitu:
1. Pantun mempunyai rangkap-rangkap berasingan. Setiap rangkapnya terbina daripada
baris-baris yang sejajar dan berpasangan seperti 2, 4, 6, sehingga 16. Rangkap yang
paling umum ialah yang mempunyai empat baris serangkap.rangkap yang genap adalah
melambangkan keindahan kerana orang Melayu penting sesuatu yang telah disusun rapi,
tapi menarik. Pembentukan rangkap berdasarkan baris ini telah menjeniskan pantun
Melayu iaitu pantun dua kerat (pameo atau pantun kilat), pantun empat kerat, pantun
enam kerat, pantun lapan kerat dan seterusnya hingga pantun enam belas kerat. Terdapat
juga pantun yang wujud secara berkait yang dinamakan pantun berkait, (Zainal Abidin
Bakar, 1991) dan biasanya dalam bentuk empat kerat.
2. Setiap baris mengandungi kata dasar antara 4-5 patah perkataan, dengan jumlah suku kata
antara lapan hingga dua belas. Yang biasanya ialah lapan hingga sepuluh suku kata dalam
sebaris.

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 4


841110045311001

3. Setiap stanza/rangkap pantun mempunyai dua unit atau kuplet iaitu unit/kuplet
pembayang/sampiran (separuh jumlah baris bahagian pertama) dan unit/kuplet maksud
(separuh jumlah baris bahagian kedua).
4. Mempunyai skema rima hujung yng tetap iaitu a-b,a-b dengan sedikit variasi a-a, a-a, a-b,
a-a, a-b, b-a dan sebagainya. Tetapi lumrahnya ialah a-b,a-b.
5. Setiap rangkap pantun merupakan satu keseluruhan, iaitu mengandungi satu fikiran yang
bulat dan lengkap yang dapat dikesan melalui maksud pantun dalam rangkap tersebut.
Walau bagaimanapun terdapat juga pantun yang tidak lengkap jika hanya satu rangkap
sahaja seperti pantun berkait.

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 5


841110045311001

JENIS-JENIS PANTUN
Pembahagian atau penjenisan pantun boleh dilihat dari sudut audien, dari sudut bentuk dan dari
sudut tema. Salah satu cara penjenisan yang agak sesuai ialah menurut tema atau persoalannya.
Akan tetapi, cara pembahagian ini agak rumit kerana ada pantun yang tidak jelas temanya.
Berikut jenis-jenis pantun yang sesuai untuk kanak-kanak :
a. Pantun Nasihat
Dalam masyarakat Melayu nasihat-menasihati dilakukan secara halus dan bersopan-santun agar
yang menerima tidak berasa hati. Lazimnya orang yang lebih tua akan menegur orang yang
lebih muda dalam suasana yang bersahaja tetapi mesra. Dengan ini perhubungan akan menjadi
lebih erat kerana yang lebih tua mengambil berat akan kebajikan mereka.
Contoh pantun jenis ini :
a) Pergi belayar ke Pulau Bekal
Bawa seraut dua tiga
Kalau kail panjang sejengkal
Jangan laut hendak diduga

b) Berburu ke padang datar


Dapat rusa belang kaki
Kalau guru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 6


841110045311001

b. Pantun Budi
Masyarakat Melayu juga sangat memandang tinggi akan budi sehingga tutur kata yang halus
dianggap sebagai budi bahasa dan tata kelakuan yang baik disebut budi pekerti. Mereka
sentiaa berusaha menabur budi tanpa mengharapkan balasan. Melalui pantun, hidup berbudi ini
amat ketara pentingnya.
Pantun jenis budi banyak terdapat dalam pantun tradisi. Contohnya :
a) Rosak pandan kerana padi
Rosak padi kerana bunganya
Rosak badan kerana budi
Rosak budi kerana orangnya

b) Cahaya redup menyegar padi


Ayam berkokok mengirai tuah
Jikalau hidup tidak berbudi
Umpama pokok tidak berbuah

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 7


841110045311001

c. Pantun Teka-teki
Pantun jenis ini menggambarkan unsur pendidikan dalam masyarakat Melayu. Di samping
nasihat-menasihati, mereka digalakkan memerhati alam semesta, menghayati kejadian Tuhan
dan mencari jawapan kepada perkara-perkara yang tersembunyi.
Kebanyakan pantun jenis ini ditujukan kepada kanak-kanak. Mereka diajukan teka-teki
untuk menguji ketajaman fikiran. Jika diajukan teka-teki untuk menguji ketajaman fikiran. Jika
ditujukan kepada kumpulan, dapatlah mereka berlumba-lumba untuk mencari jawapan.
Contoh pantun jenis ini,
a) Tuai padi di bulan lapan
Padi disimpan dalam kepuknya
Wahai adik berilah jawapan
Sudah menyambar menitis sahabatnya

b) Pokok ditebang diambil umbut


Umbut dimasak jadi rending
Apakah dipijak terasa lembut
Sejuk pula mata memandang

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 8


841110045311001

d. Pantun Sukacita
Pantun jenis ini mengambil tema daripada kehidupan kanak-kanak yang sukakan suasana riang
dan gembira.

Kanak-kanak pula suka kepada yang indah dan menarik, apatah lagi jika

disampaikan melalui irama. Selalunya, irama riang ria ini menggunakan pantun sebagai seni
katanya. Sambil berhibur kanak-kanak dididik dengan nilai dan sikap yang baik.
Contoh pantun jenis ini :
a) Emak saya pergi ke pasar
Untuk membeli buah duku
Bila saya sudah besar
Saya hendak mencari ilmu

b) Jalan ke hilir ke hulu


Bersama adik kecil Abbas
Bergaul jangan pula malu
Belajar jangan pula malas

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 9


841110045311001

e. Pantun Jenaka
Kanak-kanak memang telah biasa dengan cerita-cerita jenaka seperti Pak Pandir, Upin dan Ipin
dan sebagainya. Cerita-cerita ini bertujuan untuk mendidik anak-anak dalam suasana gembira.
Begitulah juga dengan pantun jenaka. Pantun tersebut bertujuan untuk berhibur sambil belajar.
Lihat contoh-contoh :
a) Buah salak di rumah Tok Imam
Sirih sekapur pergi menjala
Anjing menyalak harimau demam
Kucing di dapur pening kepala

b) Jemur bijan dengan kulitnya


Jemur diatas pohon lembayung
Hari hujan sangat lebatnya
Namun Pak Pandir mengepit payung

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 10


841110045311001

RANCANGAN PENGAJARAN KOMSAS


Tahun

: 6 Bijak

Masa

: 8:45 pagi hingga 9:45 pagi

Tajuk

: Aktiviti Berpantun (jenis teka-teki)

Objektif

: Pada akhir sesi pengajaran dan pembelajaran, murid-murid dapat


1. Mengenal pasti isi pantun dengan tepat
2. Memilih dan menggunakan perkataan yang tepat dan jitu
3. Mengucapkan pantun dengan intonasi yang betul
4. Mencipta pantun yang baik

Pengetahuan Sedia Ada

: Murid sudah pun mempelajari cara-cara mencipta pantun.

Bahan Sumber Pengajaran Pembelajaran

1. Rakaman https://www.youtube.com/watch?v=JqIYVPdMOY4
2. Komputer riba
3. LCD projektor
Penerapan Nilai : Bertanggungjawab, bekerjasama, hormat menghormati, dedikasi

Langkah/
Fasa
Set
induksi

Isi Pelajaran
1. Rakaman video

(5 minit)

Aktiviti Pengajaran dan


Pembelajaran
Guru memainkan rakaman

Pertandingan berbalas

video untuk membawa murid-

pantun.

murid kepada suasana


keseronokan berpantun.

Catatan/BBM
BBM :
1. Rakaman
video.
2. Komputer
riba

Guru bersoal jawab dengan


2. Apakah aktiviti yang
disaksikan dalam rakaman
video tersebut ?.

Pertandingan berbalas
pantun.

murid.

3. LCD
projektor

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 11


841110045311001

Seorang murid dilantik menjadi

Langkah 1
(5 minit)

Nilai :
1.Dedikasi

pengerusi pantun.
Seorang murid dilantik sebagai
penjaga masa.
Tiga orang murid dilantik
sebagai hakim.
Guru mengarahkan murid
mengambil tempat mengikut
Kumpulan A dan B.
Ketua Kumpulan memastikan
ahli-ahli yang akan menjual
pantun bersedia.

Langkah 2
(5 minit)

1. Peraturan pertandingan,

Pengerusi membacakan dan

BBM :

masa, menjawab dan cara

menjelaskan peraturan

1.Slaid

pemarkahan.

pertandingan, masa dan cara

Peraturan

(lampiran)

markah diberi.

pertandingan

Setiap ahli mendengar dengan

berpantun
Nilai :

teliti.

Hormatmenghormati
Langkah 3

1. Jual-beli pantun teka-teki.

(15 minit)

2. Pertandingan dijalankan
ikut format dalam tiga
pusingan.

Pengerusi mengelolakan

BBM :

pertandingan mengikut format

1.Slaid
pusingan

di bawah :
A1

B1

pertama

a) Pusingan pertama
Nilai :
1.HormatA2

menghormati
2.Bekerjasama

B2

3.Bertanggung

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 12


841110045311001

jawab
A3

B3

Peserta A menjual kepada


Kumpulan B. Siapa sahaja dari
kumpulan B boleh menjawab
dalam masa 60 saat dan markah
penuh ialah 20.
Jika jawapan peserta pertama
tidak tepat, peluang diberi
kepada ahli lain dari kumpulan
B dalam 60 saat juga.
Peserta B1 menjual kepada
mana-mana peserta dari
kumpulan A.
Peserta A2 menjual kepada
sesiapa dari kumpulan B.
Peserta B2 menjual kepada
Kumpulan A.
Peserta A3 menjual kepada
Kumpulan B.
Peserta B3 menjual pantun
kepada Kumpulan A.
15 minit

b) Pusingan kedua

Pusingan kedua :
A4

B4

BBM :
1.Slaid
pusingan
kedua

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 13


841110045311001

Nilai :
A5

1.Hormatmenghormati

B5

A6

B6

2.Bekerjasama
3.Bertanggung
jawab

Pusingan Kedua juga mengikut


format Pusingan Pertama.
Bezanya hanyalah tiga peserta
lain daripada setiap kumpulan
menjual dan membeli .
Kumpulan A : A4,A5,A6
Kumpulan B : B4,B5,B6
15 minit

c) Pusingan Ketiga

Pusingan ketiga :
A7

B7

A8

B8

A9

B9

BBM :
1.Slaid
pusingan
ketiga
Nilai :
1.Hormat-

Dalam pusingan ini wakil-wakil


kumpulan ialah kumpulan A:A7
A8, A9 Kumpulan B : B7, B8,

menghormati
2.Bekerjasama
3.Bertanggung
jawab

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 14


841110045311001

B9.
Format menjual beli adalah
sama seperti pusingan pertama
dan kedua.
Langkah 4

1. Keputusan Pertandingan

(5 minit)

2. Pantun :

Guru mengumumkan keputusan


pertandingan berbalas pantun
teka-teki.

Anak beruk di tepi pantai,

Guru menutup sesi pengajaran

Turun ke bendang memakan padi


Biar buruk kain dipakai,
Asal pandai mengambil hati

Apa guna pelita minyak,


Sumbu kain berjurai-jurai
Apalah guna harta yang banyak
Kalau teringin maksud tak sampai

dan pembelajaran dengan


melafazkan 2 rangkap pantun
nasihat.

BBM :
Slaid pantun

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 15


841110045311001

KEKUATAN DAN KELEMAHAN AKTIVITI PANTUN


Setiap aktiviti yang dilaksanakan dalam bilik darjah tidak lari daripada kekuatan dan
kelemahanya. Antara kekuatan dan kelemahan aktiviti berbalas pantun di dalam bilik darjah
dengan jelas dibincangkan adalah seperti berikut :
Hajah Rokiah Khairuddin dan Juriah Abdul Hamid (1992) memperjelaskan pemilihan aktiviti
berbalas pantun di dalam bilik darjah bukan sekadar satu aktiviti yang menarik serta
menghiburkan, bahkan secara tidak langsungnya dapat menguji kemahiran mendengar dalam
kalangan murid-murid dan merangsang murid-murid untuk mendengar dengan teliti serta berfikir
dengan pantas untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Ini dapat dilihat dalam proses jual-beli
pantun di mana murid-murid akan lebih peka dan teliti mendengar akan pantun yang dijual oleh
pihak penjual. Pemahaman yang baik dipercayai dapat mempengaruhi proses membalas pantun
itu semula.
Selain daripada itu, dengan memilih aktiviti berbalas pantun di dalam bilik darjah, dapat
menggalakkkan murid-murid berfikir secara kritikal untuk membalas pantun pihak lawan serta
menggalakkan murid-murid bekerjasama dengan rakan sebaya terutamanya mereka yang
sekumpulan dengannya dalam proses membuat pantun yang baik.
Menurut Dr. Khairuddin b. Mohamad dan Dr. Hjh. Maridah bt. Alias (2011) dalam
Modul Didik Hibur dengan jelas menerangkan kekuatan atau kebaikan menjalankan aktiviti
berbalas berpantun ini.

Antara kekuatan yang disenaraikan ialah ianya dapat melatih murid

supaya peka kepada keindahan, kehalusan dan kesenian bahasa yang ada dalam pantun itu
sendiri. Kesedaran ini penting supaya murid-murid menghargainya sebagai sebahagian karya
seni yang amat bernilai dalam kehidupan.
Jelas mereka lagi, aktiviti berbalas pantun turut dapat melatih murid memahami dan
mentafsir bahasa yang mengandungi pelbagai makna dalam pantun. Cara ini boleh membantu
murid-murid

untuk

mempertingkatkan

perbendaharaan

kata

di

samping

membantu

memperkukuh kemahiran berbahasa mereka dan membolehkan murid-murid mengesan maksud,


menyusun dan menyenaraikan idea, masej dan pengajaran yang terdapat dalam pantun dua kerat
dengan cekap dan pantas. Ini membantu menambah kecekapan kefahaman mereka.

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 16


841110045311001

Selain itu, aktiviti berbalas pantun ini memberi peluang kepada murid-murid untuk
menikmati pantun dan memahami maksudnya secara keseluruhan. Sekaligus mendorong mereka
memupuk daya kreativiti dengan menghasilkan karya seni.
Antara kelemahan pelaksanaan aktiviti berbalas pantun di dalam bilik darjah yang
dikenal pasti seperti yang dikatakan oleh Nik Hassan Basri( 2007 )kebiasaannya dalam
pembelajaran mata pelajaran Kesusasteraan Melayu, salah satu aspek kelemahan yang
dikenalpasti gagal dikuasai oleh murid ialah dalam bahagian puisi Melayu tradisional. Biasanya
pembelajaran puisi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu puisi Melayu tradisional dan puisi
Melayu moden. Puisi Melayu tradisional dikenali juga sebagai puisi lisan iaitu karangan
berangkap yang berbentuk syair, pantun, gurindam, seloka, mantera, teromba dan selainnya atau
suatu bentuk pengucapan yang memiliki susunan perkataan yang bermakna, istimewa, baik,
indah, manis, imaginatif, kreatif dan manis daripada yang selalu dituturkan.
Kelemahan ketara murid adalah untuk memahami maksud atau kata-kata klasik yang
terdapat dalam setiap puisi yang dipelajari oleh mereka. Gaya bahasa dalam puisi Melayu
tradisional sangat ketara penggunaan bahasanya dengan puisi Melayu moden kerana banyak
menggunakan kata-kata kiasan dan murid jarang mendengar perkataan-perkataan klasik
dituturkan apatah lagi menggunakan perkataan-perkataan klasik tersebut dalam pertuturan
seharian mereka. Ini adalah kerana murid-murid terpengaruh dan menggunakan bahasa ibunda
mereka atau bahasa Melayu baku dalam kehidupan seharian. Pemahaman yang kurang dalam
kosa kata Melayu klasik menyebabkan pelajar kurang menguasai puisi Melayu tradisional.
Selain daripada itu, kelemahan menjalankan aktiviti berbalas pantun ini turut diterangkan
oleh Hjh. Rafiah bt. Daud (2011) yang berpendapat tahap penguasaan murid-murid itu berbeza
antara satu sama lain. Faktor ini akan menyebabkan murid yang mahir akan mendominasi
pertandingan berbalas pantun tersebut dan meninggalkan jauh tanpa memberi peluang kepada
murid-murid yang lain mencuba mengarang serta melafazkan pantun.

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 17


841110045311001

KESIMPULAN
Sebagai kesimpulannya pengajaran KOMSAS dalam mata pelajaran Bahasa Melayu di sekolah
rendah khususnya aktiviti berpantun ini bukan sahaja mampu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis daripada segi intelek, rohani, emosi dan jasmani seperti yang digariskan
dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tetapi juga bertujuan untuk melahirkan murid yang
memiliki keterampilan dalam bahasa, dan menghargai serta menghayati bahasa Melayu sebagai
bahasa rasmi negara.
Di samping itu, perkara yang tidak kurang pentingnya ialah peranan kesusasteraan
sebagai pemangkin kepada semangat cinta akan tanah air yang dikongsi bersama oleh semua
rakyat dalam satu wawasan dan akhirnya menjurus kepada pembentukan jati diri sebagai bangsa
Malaysia yang Berjaya. Selain itu, bahasa Melayu yang mempunyai potensi untuk dimartabatkan
dan diperluas ke peringkat antarabangsa menerusi teknologi maklumat dan komunikasi itu
berhasrat membina rasa bangga terhadap bahasa yang mencerminkan kebitaraan, kerasionalan,
keintelektualan, kekreatifan, kesaintifikan, dan kerohanian rakyat.

HBML3103Pengajaran KOMSAS dalam Bahasa Melayu 18


841110045311001

RUJUKAN
Azizul Rahman Abd. Rahman. (2009), Didik Hibur Dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Bahasa Malaysia. Dewan Siswa (Bonus) 10: 2-3

Dr. Khairuddin b. Mohamad, Dr. Hjh. Maridah bt. Alias, Hjh. Rafiah bt. Daud, En. Thahir b.
Nuruddin dan Pn. Juhana bt. Baba (2011) Modul Kursus Didik Hibur dalam Bahasa
Melayu. Kuala Lumpur.
Kurik Kundi Merah Saga Kumpulan Pantun Lisan Melayu (Edisi Kedua) (2005). Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Siri Panduan Guru Kurikulum Baru Sekolah Rendah Aktiviti Bahasa (jilid 7) (1992). Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka