Anda di halaman 1dari 5

FOUNDER, ENDOWMENT AND ORGANIZATION

Artikel ini membincangkan mengenai institusi pendidikan Islam yang formal pada zaman
awal. Artikel ini membincangkan institusi pendidikan dari sudut penubuhannya dan sumber
kewangan yang menjadi tempat kebergantungan institusi pendidikan zaman awal Islam
terutamanya dari aspek siapakah penaung kepada institusi pendidikan Islam pada waktu itu.
Fokus artikel ini adalah kepada 3 tokoh iaitu Al- Mamun, Nur Al- Din dan Nizam Al-Mulk di
mana ketiga-tiganya memainkan peranan yang tersendiri dalam mengelolakan institusi
pendidikan pada zaman masing-masing. Dalam membincangkan mengenai institusi pendidikan
islam yang formal, artikel ini terlebih dahulu membincangkan mengenai mengenai profil ketigatiga tokoh tersebut.
Al Mamun adalah merupakan khalifah pada era empayar Bani Abbasiyyah selama 20
tahun iaitu bermula 813 sehingga 833 Masihi atau 198 Hijrah sehingga 218 Hijrah1. Sumbangan
Al- Mamun adalah mengembangkan Baitul Hikmah atau Bayt al Hikmah (House of Wisdom)
yang telah diasaskan oleh ayahandanya sebelum iaitu Khalifah Harun Al-Rasyid. Khalifah AlMamun telah memberikan sokongan yang begitu kuat terhadap kegiatan Baitul Hikmah yang
pada ketika itu yang banyak mengumpul dan menterjemahkan karya-karya ilmiah terutamanya
daripada zaman Greek. Disebabkan oleh aktiviti mengumpul dan menterjemahkan yang
dijalankan oleh institusi ini maka banyak karya-karya daripada Greek ini yang berjaya dipelihara
dan dipulihara oleh institusi ini di mana pada masa yang di Eropah sedang mengalami Zaman
Gelap di mana kegiatan keilmuan agak kurang pada zaman tersebut di Eropah.

Hibri, Tayeb Al. "Coinage Reform under the Abbsid Caliph Al-Mamn." Journal of the Economic and Social History of the
Orient 36, no. 1 (1993): 58-83.

Nur Al-Din adalah khalifah kepada kerajaan yang muncul di Syria selepas jatuhnya
Empayar Seljuk di Turki. Sumbangan Nur Al-Din adalah mengasaskan penubuhan sekolah yang
pertama di Damascus dan beberapa bandar di Syria. Kegiatan ini kemudiannya diteruskan oleh
penggantinya Salah Al-Din yang telah memperkenalkan sistem persekolahan yang pertama di
Mesir. Menurut Ibnu Jubair, Salah Al-Din bukan sahaja memperkenalkan sekolah yang pertama
di Mesir malah segala perbelanjaan dan keperluan sekolah tersebut dipenuhi atau secara
mudahnya Salah Al-Din menjadi penaung kepada sekolah-sekolah tersebut. Ini menyebabkan
ramai pelajarnya yang datang daripada berbilang bangsa yang merantau untuk pergi menuntut
ilmu di sekolah-sekolah yang menjadi naungannya.
Nizam Al-Mulk adalah merupakan menteri yang sangat berpengaruh semasa berada di
dalam kerajaan atau Empayar Seljuk. Sebagai seorang menteri yang sangat berpengaruh, Nizam
Al-Mulk telah melaksanakan tugasnya dengan begitu baik sekali. Nizam Al-Mulk telah
memperkenalkan satu sistem rangkaian persekolahan yang begitu meluas di dalam Empayar
Seljuk. Artikel ini kemudiannya tidak menjelaskan secara terperinci sumbangan Nizam Al-Mulk
di dalam mengasaskan sistem persekolahan sebaliknya lebih menceritakan mengenai perjalanan
politik Nizam Al-Mulk ketika menjadi menteri di dalam Empayar Seljuk.

Di dalam bahagian yang seterusnya di dalam artikel ini adalah yang berkaitan dengan
pembiayaaan atau sumber kewangan yang menjadi tempat bergantungnya institusi pendidikan
Islam yang ditunjangi oleh ketiga-tiga tokoh ini. Semasa zaman Al Mamun, beliau telah terlebih
dahulu memulakan tradisi menubuhkan sekolah dan pada masa yang sama menaugi sekolah

tersebut dengan menanggung segala perbelanjaan dan menyediakan segala kelengkapan yang
diperlukan oleh sekolah yang dinaungi oleh beliau. Tradisi ini kemudiannya diikuti oleh mereka
yang bertindak menjadi penaung kepada sekolah-sekolah yang ditubuhkan dengan menyediakan
sumber kewangan dan keperluan yang mencukupi untuk sekolah tersebut. Sumber kewangan di
zaman Nizam Al-Mulk yang menjadi dana yang menyokong sekolah di zaman tersebut
datangnya daripada 3 sumber utama iaitu: estet, hartanah dan pasar-pasar yang disewakan. Tiga
sumber utama kewangan tersebut menjadi sumber dana untuk sekolah yang diasaskan pada
zaman tersebut. Pada zaman beliau juga, institusi persekolahan mempunyai bangunannya yang
tersendiri dan dihias dengan indah. Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan artikel ini yang
mengatakan bahawa semasa zaman Nizam Al-Mulk terdapat hampir 30 buah bangunan sekolah
dan bangunan sekolah yang dinaungi oleh Nizam Al-Mulk (sekolah Al-Nizamiyyah) adalah yang
paling indah sekali antara semua. Memetik kata-kata Muhammad Abduh di dalam artikel ini,
pendapatan tahunan sekolah Al-Nizammiyah di Baghdad adalah dianggarkan sekitar 15 ribu
dinar setahun. Disebabkan sumber kewangan yang mencukupi ini, maka keperluan sekolah dapat
dipenuhi sekaligus ia menyumbang kepada kejayaan bidang akademik serta membantu
melahirkan ramai cendekiawan dan ilmuan daripada sekolah ini. Nur Al-Din pula tidak banyak
yang direkodkan di dalam artikel ini sebaliknya hanya catatan daripada Ibnu Jubair di dalam
artikel ini yang menyatakan bahawa Nur Al-Din menyumbang barang-barang keperluan harian
selain daripada sumbangan berbentuk kewangan yang berjumlah 500 dinar setahun.
Artikel ini kemudiannya menyentuh mengenai sumber kewangan di institusi pendidikan di
Mesir. Di Mesir juga turut seperti Baghdad di mana institusi pendidikan di sana dinaungi oleh
golongan pemerintah atau bangsawan seperti sultan, putera atau puteri empayar di mana
matlamatnya pada ketika itu adalah menyediakan segala keperluan yang mencukupi untuk

sesuatu institusi sekolah tersebut. Ibnu Jubair menyatakan jika terdapat sekolah atau masjid yang
dibina, Sultan pada waktu itu yang dikenali sebagai Saladin akan sedaya upaya menyediakan
kewangan dan keperluan yang secukupnya dengan tujuan memastikan tenaga pengajar dan
pelajarnya dapat menjalankan tugas dan belajar dengan selesa. Ia memberi contoh ketika Sultan
Saladin menubuhkan sekolah Al-Nasiriyyah, ia turut melengkapkannya dengan keperluan yang
lain antaranya kedai-kedai keperluan asas di sekitarnya. Selain itu, terdapat putera-putera atau
kerabat diraja yang turut menjadi penaung kepada institusi pendidikan yang wujud pada zaman
itu. Antaranya Taqi Al-Din Umar Bin Shahinshah yang merupakan anak saudara kepada Sultan
Saladin yang telah membeli sebuah rumah era Fatimiyyah Mesir yang dikenali dengan nama
Manazil al- Izz atau House of the Glory yang kemudiannya telah ditukarkan kepada sekolah
bagi pelajar yang beraliran atau bermazhab Shafii. Selain daripada keluarga diraja, malah
golongan rakyat yang berharta juga tidak ketinggalan dalam menjadi penaung kepada institusi
pendidikan pada masa itu. Antaranya Aishah yang merupakan isteri kepada Shuja al-Din bin
Dimaghi yang telah menjadikan rumah milik suaminya sebagai sekolah untuk pelajar yang
bermazhab ShafiI dan Hanafi. Sumbe kewangan sekolah tersebut datang melalui hasil ladang
Dimaghiyah yang telah diwakafkan kepada sekolah tersebut.Terdapat juga sekolah yang
menerima peruntukan yang disumbangkan secara terus melalui perbendaharaan awam. Hal ini
telah direkodkan oleh Ibnu Battutah yang menyatakan bahawa Sultan Ahmad

Iidhaj telah

menggunakan 1/3 perbelanjaan kewangan di dalam kerajaannya untuk tujuan pendidikan. Artikel
ini turut memberikan contoh sekolah yang menjadi naungan puteri empayar di Mesir iaitu
sekolah yang dinaungi Puteri Situsshsham di mana sumber pendapatan sekolah ini datangnya
daripada ladang-ladang yang telah diberikan untuk dijadikan sumber kewangan untuk sekolah
tersebut. Sekolah tersebut dikenali sebagai Al-Madrasah Al-Shamiyyah Al-Juwawaniyyah. Ia

direkodkan di dalam tablet batu yang mencatatkan terdapat 3 asas utama yang membangunkan
sekolah tersebut iaitu dari segi pendapatannya, perbelanjaan dan juga kondisi moral. Dari segi
pendapatan, ia datang daripada ladang yang diberi nama Bezinah, Jirmana, dan al-Tinah.
Dari segi perbelanjaan pula ia dibelanjakan kepada pembayaran upah atau gaji kepada guru-guru.
Guru-guru akan dibayar sebanyak 130 Nasiri sebulan selain diberi sumbangan keperluan asasi
pada waktu itu iaitu gandum dan barli yang cukup untuk kegunaan sebulan. Perbelanjaan yang
lain pula adalah merangkumi insfrastruktur sekolah yang sememangnya menjadi perhatian utama
bagi penaung sekolah ini. Setiap kerosakan akan diperbaiki segera serta kekurangan yang
terdapat kepada insfrastruktur sekolah akan dibeli bagi memastikan sekolah tersebut berada
dalam keadaan baik. Dari segi kondisi moral pula, sekolah ini memastikan bahawa tenaga
pengajar di sana mestilah mempunyai keperibadian yang baik, berakhlak mulia dan amanah.

Anda mungkin juga menyukai