Anda di halaman 1dari 2

Teori Tradisional

Teori ini wujud sejak abad kelima sebelum masihi. Ahli-ahli falsafah
Yunani seperti Plato cuba menghuraikan bahasa dengan mengkaji bentukbentuk bahasa mereka sendiri berdasarkan bahan-bahan tulisan. Kajian-kajian
mereka dibuat berdasarkan falsafah, kerana pada masa itu bahasa merupakan
satu daripada cabang falsafah yang penting dan dianggap satu bidang yang
dapat membantu mereka menyelidik tabii alam. Kegiatan orang-orang Yunani
meliputi aspek-aspek tatabahasa yang terdapat ketika itu, contohnya penjenisan
kata adverba, kata sendi, kata seru, dan kata partikel.
Kajian bahasa ini diteruskan oleh orang-orang Rom yang turut mengkaji
bahasa lain (selain bahasa mereka sendiri).Seterusnya sarjana-sarjana Arab
juga menjalankan kajian dengan menggunakan kaedah yang sama terhadap
bahasa mereka iaitu bahasa Arab. Kajian yang serupa juga telah dijalankan oleh
pendeta-pendeta India seperti Panini yang menghuraikan bahasa Sanskrit.
Kajian dan penghuraian bahasa secara tradisional ini berlanjutan hingga ke abad
pertengahan dan abad ke-19.
Mengikut aliran tradisional, tatabahasa itu merupakan satu cara atau
proses pengkajian bahasa mengenai hukum-hukum dan peraturan sesuatu
bahasa yang dibuat berdasarkan makna. Kajian ahli-ahli bahasa tradisional
mempunyai ciri-ciri yang berikut:
a).

Kajian-kajian bahasa dibuat berasaskan bahasa tulisan.

b).

Huraian tatabahasa bersifat rasional dan berasaskan anggapan bahawa


disiplin-disiplin lain tiada kaitan dengan bahasa. Akibatnya huraian unsurunsur bahasa tidak tetap dan tidak tepat. Contohnya, dalam tatabahasa
Melayu, nama didefinisikan sebagai segala perkataan menyebut benda
atau orang seperti budak, burung, kaki,tahun, bulan (Zaba, 1954).
Huraian ini berbentuk nasional. Walau bagaimanapun apabila
mendefinisikan kata sifat, definisinya berdasarkan fungsi pula iaitu sifat
ialah segala perkataan yang menerangkan atau menunjukkan sifat
sesuatu nama atau perbuatan atau lainnya, seperti besar, bodoh, pandai,
segera, selalu(zaba,1954).

c).

Kajian bahasa dibuat secara deduktif, iaitu mengutamakan pemahaman


peraturan-peratuan bahasa terlebih dahulu sebelum memberikan contohcontoh.

d).

Menganggap bahawa bahasa-bahawa di dunia dapat dihurai berdasarkan


ciri-ciri (seperti logik, falsafah, dan sebagainya). Ahli bahasa tradisional
berpendapat bahawa semua bahasa di dunia merupakan variasi daripada
bahasa Yunani dan Latin. Oleh itu, menurut mereka semua bahasa dapat
dihurai berasaskan unsur-unsur yang sama.

e).

Merupakan percampuran kategori semantik dan tatabahasa.

f).

Tidak mempunyai pola-pola contoh sama ada dalam aspek sintaksis atau
morfologi, untuk membuat berbagai-bagai struktur.

g).

Bahasa adalah tulisan. Rakaman-rakaman bahasa dalam bentuk tulisan


adalah bentuk yang tulen. Percakapan adalah kedua penting.

h).

Bahasa adalah konvensional. Bahasa bukan sahaja dicipta tetapi juga


dinamik dan progesif, dan beragam mengikut tujuan dan objektif
penggunaannya.

Kelemahan tatabahasa tradisional ialah terlalu mementingkan tindakan


menghafaz peraturan-peraturan dalam tatabahasa dan penjenisan kata dengan
label-label tertentu. Akibatnya yang paling ketara ialah guru-guru akan
terpengaruh dan terlalu menekankan pengajaran tatabahasa. Hal ini akan
melahirkan pelajar-pelajar yang pandai menganalisis ayat-ayat dengan
memecah-mecahkannya kepada jenis kata, tetapi tidak cekap membuat ayat
yang sempurna dan baik. Dalam perkataan lain, guru bahasa berkenaan
mungkin dapat melahirkan pelajar-pelajar yang banyak mengetahui tentang
tatabahasa yang dipelajari tetapi tidak cekap menggunakan bahasa itu.

Anda mungkin juga menyukai