Anda di halaman 1dari 22

 

BULETIN ANSARA TERENDAK 

TAHUN 1 BIL 7/ DIS 2009 
REVOLUSI RM 1.19 SEMENANJUNG 
RM 1.69 SABAH/ SARAWAK 

PENYEBAR MAKLUMAT ANSARA TERENDAK

MENGIKAT TALI PERSAHABATAN TERENDAKIAN

2009, tahun yang cemerlang bagi Ansara Terendak 


ahun  2009  menyaksikan  Ansara  Terendak  merobak  jentera  jawatankuasa  se‐
masa AGM yang diadakan pada bulan Mei 2009. Muka‐muka baru daripada pel‐
bagai batch tampil menyertai pasukan baru ini dengan membawa semangat dan 
idea yang segar dibawah pimpinan YB Dato’ Razali Ibrahim selaku Presiden. 

Pelbagai  acara  dan  program  telah  berjalan  dengan  jayanya  sepanjang  tahun  2009.  Anta‐
ranya ialah Program Mustika 2009, Gempur Menara Gading, Lawatan ke Kuala Gandah & 
Deerland,  Derma  Darah  Pra‐Ramadhan  2009,  pengeluaran  edisi  pertama  Buletin  Ansara 
Terendak dan banyak lagi. 
KELUARAN RASMI ANSARA 
Kini di tahun 2010, lebih banyak program dirangka untuk faedah ahli dan masyarakat. Pel‐ TERENDAK 2010 
bagai program akan dijalankan oleh Biro Pendidikan & Profesionalisme, Biro Sukan & Rek‐
 
reasi, Biro Kebajikan & Pembangunan Insan, Biro Tugas Khas dan Biro Perhubungan Awam 
& Komunikasi.  █║▌│ █│ ║▌║│ │ █║▌│ ║▌║  
ANSARA TERENDAK 
Semoga tahun 2010 akan menjadi lebih berjaya dan bermakna buat kita semua.   
©2010 All Rights Reserved.  
2010: UCAPTAMA TUAN PRESIDEN
Ucapan Tahun Baru 2010
YB Dato’ Razali Hj Ibrahim
Presiden ANSARA Terendak

Assalamualaikum WBR dan Salam 1 Malaysia kepada


rakan- rakan ANSARA Terendak sekelian. Didoakan agar se-
mua berada didalam peliharaan dan mendapat rahmat Allah
SWT hendaknya.

Terlebih dahulu izinkan saya mengambil kesempatan ini


untuk mengucapkan sekalung penghargaan kepada barisan
Exco kita yang telah berusaha gigih untuk melaksanakan pro-
gram-program yang dirancang walaupun masing- masing sibuk
dengan komitmen tersendiri. Jutaan terima kasih juga kepada
rakan- rakan ANSARA Terendak yang turut serta menjayakan
program- program yang dilaksanakan, tanpa sokongan tersebut
tentunya sukar untuk kita merealisasikan segala perancangan
yang dilakukan.

Telah separuh penggal berlalu dan alhamdulillah kita telah berjaya melaksanakan banyak program
yang secara langsung dan tidak langsung dapat menarik dan merapatkan hubungan sesama kita. Dengan
menggunakan sepenuhnya kemajuan teknologi komunikasi melalui Forum Extdk, Facebook, Twitter dan
blog telah berjaya menghebahkan kewujudan ANSARA Terendak. Saya yakin dan percaya dengan bakat-
bakat kepimpinan yang ada di kalangan rakan-rakan sekalian, kita boleh melaksanakan program yang dapat
memberikan impak terhadap kehadiran ANSARA

Terendak di mata masyarakat dan tidak mustahil sehingga ke peringkat nasional. Mengambil contoh
Program Mustika yang telah 2 tahun dijalankan di Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2. Dengan peran-
cangan yang lebih tersusun, tidak mustahil usaha murni ini dapat dikembangkan pada peringkat yang lebih
besar dan melibatkan lebih banyak pihak. InsyaAllah dengan segala keupayaan dan kemampuan yang ada,
saya akan memberikan sokongan dalam menjayakan apa jua program dan aktiviti yang memberikan kebai-
kan dan kesan positif kepada masyarakat.

Seiring dengan misi MRSM untuk membentuk insan yang serba boleh, seharusnya kita bersama-
sama mengembelingkan tenaga dalam menyumbangkan sesuatu yang bermakna kepada masyarakat. Se-
kurang- kurangnya inilah sumbangan kecil kita dalam usaha untuk berterima kasih atas segala pendidikan
yang telah kita terima sehingga menjadikan kita seadanya pada hari ini.Sebelum mengakhiri ucapan ini,
saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menempuh tahun 2010 yang bakal mendatang.
Semoga kita semua dikurniakan dengan kesihatan yang baik beserta semangat dan kekuatan untuk lebih
berdaya maju dalam menempuh segala cabaran dan dugaan yang mendatang dalam apa jua bidang yang
kita ceburi. Saya yakin dan percaya, sekiranya kita ikhlas dalam melakukan sesuatu kerja, insyAllah Rah-
mat dan Berkat akan dilimpahkan kepada kita.

Salam Tahun Baru 2010….


Wasalam…
PENGERTIAN 2010 NAIB PRESIDEN

A ssalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera.

Terima kasih kepada pihak Biro Perhubungan Awam & Ko-


munikasi Ansara Terendak kerana memberi peluang kepada
saya untuk merakamkan sepatah dua kata di dalam terbitan
bulanan BAT kali ini.

Januari 2010 datang lagi dan satu lagu episod baru


dalam kehidupan kita akan bermula. Kita sekali lagi mempun-
yai azam baru yang akan kita tunaikan atau pun melengkapkan
azam tahun 2009 yang belum tercapai. Bagi Ansara Terendak
sendiri, Alhamdulillah, setiap biro telah berjaya menganjurkan sekurang-kurangnya satu program untuk
tahun 2009. Antara program yang kita anjurkan adalah Karnival Ex-TDK, acara 'Paintball', Program
Mustika, Gempur Menara Gading, Lawatan ke Kuala Gandah 'Elephant Sanctuary', jualan kad Raya Aidil-
fitri juga 'sticker' kereta, Buletin Ansara Terendak dan lain-lain lagi. Program-program ini sedikit sebanyak
telah merapatkan persahabatan dan persaudaraan di kalangan ex-Terendak. Program yang telah diadakan
juga telah berjaya merapatkan jurang perbezaan di antara senior dan junior. Persahabatan ini memberi pe-
luang kepada ex-Terendak untuk bertukar pendapat dan meluaskan jaringan di kalangan ex-Terendak yang
kita maklum mempunyai kerjaya dan latarbelakang yang berbeza.

Bagi tahun 2010, pelbagai program telah dirancang dan diharap dapat dilaksanakan insya Allah.
Jawatankuasa Ansara Terendak juga mengalu-alukan sebarang cadangan dan juga pandangan untuk pro-
gram ataupun apa sahaja yang difikirkan perlu untuk kepentingan kita bersama. Kami juga menerima kriti-
kan dengan minda yang terbuka dan akan terus berusaha untuk mendukung tanggungjawab yang dia-
manahkan dengan lebih baik insya Allah. Akhir sekali, kami amat menghargai sokongan anda semua terha-
dap program-program Ansara Terendak dan berharap ianya akan bertambah. Semoga persahabatan ini
berkekalan dan diberkati. Wassalam.

Nazri Borhanuddin @ Johoe


Naib Presiden
ANSARA Terendak
BIRO PENDIDIKAN & PROFESIONALISME

S epanjang tahun 2009, Biro Pendidikan & Profesional-


isme yang bernaung dibawah majlis Ahli Jawa-
tankuasa ANSARA Terendak sesi 2009/2011 telah mencadang-
kan dan menganjurkan pelbagai aktiviti-aktiviti menarik untuk
disajikan baik kepada ahli-ahli ANSARA Terendak, mahupun
masyarakat umum. Antaranya adalah Program MUSTIKA,
Gempur Menara Gading MRSM Terendak dan ANSARA Ter-
endak Online Sudoku Competition.

Sebagai pembuka tirai aktiviti Biro Pendidikan & Profesional-


isme bagi tahun 2009, Program MUSTIKA yang merupakan
rentetan daripada program yang sama dianjurkan pada tahun
sebelumnya telah disempurnakan dengan jayanya. Program ini

ini melibatkan jangkamasa yang lebih panjang kerana ia dis-


usun secara berperingkat dan mengikut fasa. Ini bertujuan
meningkatkan penglibatan ahli persatuan memandangkan per-
mainan Sudoku ini masih lagi baru bagi kebanyakan ahli. Fasa
pertama iaitu pengenalan terhadap Sudoku dilihat Berjaya
mencuri perhatian sesetengah ahli. Dengan menggunakan fo-
rum www.extdk.net sebagai medium pengantara, Program ini
juga dilihat sebagai salah satu perancangan strategik bagi men-
ingkatkan jumlah pengunjungl aman forum rasmi ANSARA
Terendak tersebut.

Selain itu, melalui medium yang sama iaitu forum rasmi AN-
SARA Terendak, pihak Biro Pendidikan dan Profesionalisme
sedang berusaha mewujudkan budaya ilmu pengetahuan di-
kalangan ahli dan pengunjung forum tersebut secara amnya.
adalah bertujuan membantu pelajar-pelajar darjah 6 dariseko- Dari semasa ke semasa pihak biro akan mengirimkan pelbagai
lahterpilih, iaitu Sekolah Kebangsaan Taman Melawati 2 yang bentuk kuiz dan ujian IQ yang sememangnya menguji keceka-
kurang berkemampuan untuk mengikuti kelas tambahan diluar pan minda peserta yang kebanyakannya melibatkan diri secara
waktu sekolah. Program ini dijalankan untuk mempersiapkan sukarela. Selain itu, pihak biro juga telah memainkan peranan
para pelajar tersebut dalam matapelajaran Matematik dan Ba- sebagai penyampai maklumat semasa berkaitan acara-acara
hasa Inggeris untuk menghadapi peperiksaan Ujian Penilaian luar yang berkaitan dengan pembangunan ilmiah yang dilihat
Sekolah Rendah (UPSR) yang berlangsung pada 8 September dapat memberikan manfaat kepada ahli persatuan.
yang lalu. Secara keseluruhan, program ini didapati berkesan
Terdapat pelbagai lagi program-program yang telah direncana-
bagi meningkatkan pencapaian para pelajar. Ini boleh didapati
kan oleh Biro ini untuk penggal yang berikutnya. Antaranya
daripada analisa keputusan peperiksaan yang mereka perolehi
adalah MENSA Admission Test for MRSM Terendak, Brain
sebelum dan sepanjang program dijalankan, termasuk penca-
Games Olympiad, Bicara Kerjaya ANSARA Terendak 2010,
paian individu di dalam peperiksaan UPSR yang sebenar.
dan Anugerah Kecemerlangan ANSARA Terendak. Diharap-
Seterusnya, program lain yang telah dijalankan adalah Gempur kan dengan berlangsungnya program-program ini, objektif
Menara Gading MRSM Terendak 2009 (GMG). Program ini utama Biro ini untuk memberikan pengisian minda dari aspek
bertujuan member pendedahan kepada pelajar tingkatan 5 keilmuan dan pendidikan secara holistik kepada peserta yang
MRSM Terendak untuk memahami dan besedia untuk mengha- terlibat tercapai dengan jayanya.
dapi cabaran sebagai mahasiswa di menara gading sebaik
melangkah keluar dari MRSM. Selain program ini dilihat Ber-
jaya member impak yang besar kepada para pelajar terhadap
persediaan selepas tamat sekolah, program ini juga dilihat amat
bermanfaat bagi merapatkan jurang perbezaan antara bekas-
bekas pelajar dengan pelajar-pelajar yang masih menuntut di
MRSM Terendak.
Md Ridzuan bin Md Hamid Mohamad Qaisyfullah bin Jaslenda
Program seterusnya, iaitu ANSARA Terendak Online Sudoku
Competition yang dimulakan pada pertengahan bulan Oktober Ketua Biro Naib Ketua
2009 dan masih lagi berlangsung sehingga sekarang. Program
BIRO TUGAS KHAS

S
persatuan dapat membeli sticker dengar harga
RM8.00 dan untuk bukan ahli RM10.00 dikenakan.
Kita ingin menggalakkan bekas pelajar mendaftar
epanjang tahun 2009, exco telah men- sebagai ahli persatuan.
jalankan beberapa aktiviti bagi menjana penabun-
gan persatuan disamping memberi sokongan
kepada aktiviti-aktiviti exco lain. Aktiviti pertama
yang dijalankan ialah ‘Penjualan Kad Raya 2009’
yang bermula pada 20 Ogos 2009. Ini adalah pen-
jualan kad raya yang julung kali diadakan oleh
persatuan dan sambutan amat menggalakkan.
Kita juga seperti exco lain yang akan sentiasa
memberi sokongan kepada aktiviti-aktiviti exco lain
Amatlah di- kerana dengan sokongan ini selain kita dapat ber-
harapkan sama menjayakan aktiviti exco lain. Kita juga dapat
aktiviti ini mempromosi produk persatuan bagi penjanaan
akan diada-
kan juga
pada tahun-
tahun se-
terusnya.
Apa yang
menarik ia-
lah persatuan
membuka
peluang
kepada bekas tabungan persatuan. Amatlah diharapkan pada tahun
pelajar MRSM Terendak untuk menyumbang hadapan aktiviti yang lebih kepelbagaian dapat dila-
gambar-gambar untuk dijadikan muka depan kad kukan dengan keizinan masa dan tenaga yang diberi
raya tersebut. Professor Doc. Jamal (SPM87) telah tuhan demi kepentingan persatuan dan lebih banyak
berbesar hati menyumbangkan gambar-gambar bekas pelajar dapat bekerjasama selain kita mempro-
fotografinya. Rekabentuk lain & pencetakan dila- mosi perniagaan mereka.
kukan oleh Puan Zaihasra Idris (SPM95). Kad di-
jual pada harga RM2.00. Keuntungan bersih yang
diperolehi ialah RM359.80
Selain itu kita juga mengadakan penjualan
Car Sticker 2009 yang masih berlangsung se-
hingga kini. Ianya adalah hasil kreativiti Syarikat
IF Kreatif kepunyaan Puan Ida Sumyati (SPM92).
JULIA MOHAMED IDRIS NASRUL NAIM BIN MOHAMAD
Berbezanya kali ini ia dijual berlainan harga men-
KETUA BIRO NAIB KETUA BIRO
gikut keahlian. Meraka yang masih menjadi ahli
BIRO KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN INSAN

S epanjang tahun 2009, Biro Kebajikan dan Pembangunan Insan telah mengendalikan dua pro-
gram iaitu Kempen Derma Darah dan Majlis Solat Hajat dan Doa Restu dengan bantuan ahli
jawatankuasa ANSARA Terendak yang lain. Kempen Derma Darah Pra-Ramadhan telah
diadakan bertempat di Jusco Taman Equine pada 14 hingga 16 Ogos. Kempen ini dijalankan oleh Pusat Da-
rah Negara dengan kerjasama Jusco dan dibantu oleh ahli ANSARA Terendak dan sebuah badan bukan
kerajaan iaitu Sathya Sai Baba. Sepanjang program
ini berlangsung, pihak ANSARA Terendak berper-
anan untuk menarik perhatian pengunjung Jusco un-
tuk turut sama menderma darah dengan mengedar
flyers dan membantu melancarkan majlis. Sebanyak
183 beg darah telah berjaya dikumpul dengan peca-
han 54 beg pada hari pertama, 60 beg pada hari kedua
dan 69 beg pada hari ketiga. Selain menderma darah,
para pengunjung dan sukarelawan juga berpeluang
untuk mendaftar sebagai penderma organ.

Program ini amat berfaedah kerana ahli ANSARA Terendak dapat sama-sama menyumbangkan bakti bagi
mengatasi masalah kekurangan bekalan darah untuk kegunaan mereka yang memerlukan lebih-lebih lagi
pada musim perayaan. Program ini juga telah berjaya menarik perhatian sukarelawan yang bukan meru-
pakan ahli ANSARA Terendak iaitu saudari Amira Najwa Lukman. Antara Terendakian yang menderma
darah, melawat dan membantu kelancaran majlis adalah Sharifah Sharina (SPM 97), Ahmad Dani (SPM
97), Ann Farhanah (SPM 05), Zakwan (SPM 06), Md Ridzuan(SPM 97) dan isteri, Kamal Rafizi (SPM 94),
Kamarul (SPM 92), Tengku Aidrina (SPM 87) dan suami, Nasrul Naim (SPM 01), Nazrul (SPM 01), Julia
Idris (SPM 92), Noor Azman Mohamad (SPM 87), Norhashimah (SPM 00), Mohd Nazri Borhannudin
(SPM 96), Ros Alhana (SPM 96), dan Putri (SPM 07). Setinggi-tinggi penghargaan kepada saudara Mohd
Nazri Borhanuddin yang telah menaja pakaian kepada sukarelawan program ini dan saudara Ahmad Dani
Daud yang telah menaja 10 kotak air mineral.
BIRO KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN INSAN
Program kedua di bawah kendalian Biro Kebajikan dan
Pembangunan Insan adalah Majlis Solat Hajat dan Doa
Restu. Majlis ini berlangsung pada 3 Oktober 2009 dan
acara menyembelih lembu pula berlangsung pada 2 Okto-
ber 2009. Majlis ini diadakan sempena peperiksaan PMR
dan SPM yang akan diduduki oleh para pelajar MRSM
Terendak. Acara menyembelih lembu dikoordinasikan
oleh Ustaz Wahab dan pihak pengurusan maktab. Pada
tahun ini, seekor lembu telah didermakan oleh bekas pe-
lajar MRSM Terendak iaitu Shazlien Nazliela Hussein
(SPM 91).
Lembu yg telah didermakan kepada pihak maktab diu-
ruskan sepenuhnya oleh pihak maktab termasuk urusan penyembelihan dan penyediaan sup tulang. Pro-
gram Solat Hajat dan Doa Restu pula bermula pada pukul 9 pagi di surau Al-Isyraq. Program dimulakan
dengan ucapan alu-aluan kepada pelajar dan waris yg turut hadir dan memberikan sokongan. Program ini
diadakan khususnya untuk menyediakan pelajar tingkatan 3 dan 5 dari sudut kerohanian dan memohon ke-
berkatan sempena peperiksaan yang bakal mereka duduki. Semua yang hadir bersama-sama membaca
surah Yasin dan melakukan solat hajat. Program ini diakhiri dengan jamuan makan tengahari di Teres Ter-
atai. Jutaan terima kasih buat saudari Shazlien yang telah memberikan sumbangan berupa seekor lembu
dan sumbangan peribadi untuk kegunaan surau Al-Isyraq.
Biro Kebajikan dan Pembangunan Insan juga ingin berterima kasih kepada sesiapa jua yang telah memberi
sumbangan secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program-program ini. Semoga tahun
2010 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita sama-sama berbakti kepada masyarakat. Sekian, terima
kasih.

HAFIZZUL HASHIMI ISMAIL MASTURA ABDUL RAHIM

KETUA BIRO NAIB KETUA BIRO


BIRO PERHUBUNGAN AWAM & KOMUNIKASI

B iro Perhubungan Awam & Komunikasi mula ditubuhkan selepas AGM Ansara Terendak diada-
kan pada tahun 2009. Biro yang diterajui oleh saudari Sharifah Sharina Bt Syed Aswad (SPM 97) dan di-
bantu oleh saudara Muhammad Firdaus Mahmud B Roslan (SPM 2005) berfungsi untuk menyebarkan info
berkenaan program-program kelolaan Ansara Terendak.

Idea penghasilan buletin telah dicetuskan oleh saudara Fairuz Mohamad (SPM 92). Setelah berbin-
cang dengan exco yang lain, lahirlah Buletin Ansara Terendak. edisi pertama dikeluarkan pada bulan Julai
2009 bagi edisi Jun. Buletin edisi pertama menyediakan ruangan Info, Pendidikan, Salam Orang Jauh dan
Sukan. Buletin edisi pertama ini diedarkan melalui forum extdk.net dan email sahaja.

Dalam Buletin Ansara Terendak edisi kedua yang dikeluarkan pada bulan Julai 2009, ruangan Bizz
News diperkenalkan. Ruangan Bizz News ini memaparkan bekas-bekas pelajar MRSM Terendak yang kini
bergelar usahawan dan usahawanita samada secara sepenuh masa, separuh masa atau bebas. Ruangan
Salam Orang Jauh telah ditukarkan namanya kepada Salam Dari Perantauan. Dalam ruangan ini, Terenda-
kian yang kini belajar atau bertugas di luar negara dapat berkongsi pengalaman hidup mereka di negara as-
ing bersama Terendakian yang lain. Dalam edisi ini juga melihatkan jalinan kerjasama antara Ansara Ter-
endak dengan MRSM Terendak melalui ruangan Terkini@Maktab. Dengan adanya ruangan ini, aktiviti dan
berita terkini daripada maktab dapat disiarkan untuk makluman bekas pelajar.

Biro telah mengeluarkan edisi bumper iaitu gabungan edisi 3 dan 4. Dalam edisi khas ini, keluaran
setebal 17 mukasurat ini memaparkan pelbagai berita. Setiap biro diberikan ruangan untuk menaikkan mak-
luman atau laporan mengenai aktiviti terkini biro masing-masing. Dalam edisi ini juga dibuka ruangan khas
Terendakian @ Iftar Program sempena dengan suasana Ramadhan pada ketika itu. Ruangan latest news
BIRO PERHUBUNGAN AWAM & KOMUNIKASI

Jika sebelum ini, pengedaran buletin ini hanya dilakukan melalui forum dan email, kini ianya juga boleh
dibaca secara online di laman web Scribd (http://scribd.com/ansaraterendak). Kesemua terbitan Buletin An-
sara Terendak ada dimuatnaik disana. Purata bilangan pembaca BAT di Scribd adalah 500 orang setiap bu-
lan dan semakin meningkat setiap bulan.

Selain daripada menerbitkan buletin pada setiap bulan, Biro Perhubungan Awam & Komunikasi
juga mewujudkan jaringan komunikasi antara Ansara Terendak dengan Terendakian. Antara media yang
menjadi tumpuan ialah forum (www.extdk.net), Twitter (http://twitter.com/ansaraterendak), YouTube
(www.youtube.com/ansaraterendak) dan Facebook (www.facebook.com/ansaraterendak).

Facebook Ansara Terendak telah berjaya mengumpulkan hampir 1000 orang Terendakian daripada
pelbagai batch. Lebih membanggakan ialah Facebook ini turut disertai oleh guru MRSM Terendak, pelajar
MRSM Terendak, dan bekas guru MRSM Terendak. Facebook yang dikemaskini hamper setiap hari ini
memberikan maklumat terkini aktiviti Ansara Terendak serta berita terkini Terendakian. Selain itu, group
Facebook Ansara Terendak turut diwujudkan.

Untuk tahun 2010, biro berharap dapat terus memantapkan tugas sebagai saluran penyampai maklu-
mat terkini Ansara Terendak dan dapat menjadi medium untuk menghubungkan seberapa ramai mungkin
pelajar, bekas pelajar, guru, bekas guru, kakitangan dan bekas kakitan MRSM Terendak daripada tahun
pertama maktab dibuka hingga sekarang. Dengan sokongan dan bimbingan dari semua pihak, insya’ Allah
impian ini akan dapat dilaksanakan. Terima kasih kerana memberikan sokongan kepada Biro Perhubungan
Awam & Komunikasi serta Ansara Terendak selama ini.

SHARIFAH SHARINA BT SYED ASWAD FIRDAUS MAHMUS ROSLAN


KETUA BIRO NAIB KETUA BIRO
BIRO SUKAN & REKREASI

B iro Sukan & Rekreasi Ansara Terendak yang diketuai


oleh saudara Mohd Huzairi Zulkefli dan dibantu oleh sau-
dara Mohd Affendy Abu Kassaim telah cuba sedaya upaya
menjalankan pelbagai aktiviti berkaitan sukan dan rekreasi
untuk Terendakian. Antara acara sukan yang telah di-
jalankan sepanjang tahun 2009 ialah menghantar pasukan
ragbi Ansara Terendak ke pertandingan-pertandingan ragbi
yang diadakan di KL dan Selangor, permainan badminton
yang diadakan secara konsisten pada setiap hari Isnin jam 9
malam di Wangsa Maju yang mana ia dijalankan oleh sau-
dara Mantoi. Selain daripada itu, pertandingan Paintball turut diadakan dan diterajui oleh saudara Hafizzul
Hashimi pada bulan Februari 2009. Saudara Azizul Rizal (Jokyu) pula telah berbesar hati untuk menganjur-
kan pertandingan Go-Kart antara Terendakian yang telah diadakan di Shah Alam pada 29 Mac 2009.

Bagi program rekreasi, biro telah menganjur-


kan lawatan ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary
dan Deerland di Pahang pada 1 November 2009. La-
watan yang disertai lebih daripada 50 orang Terenda-
kian dan keluarga ini turut membawa sumbangan
berbentuk susu tepung dan telah diserahkan kepada
pihak pengurusan Kuala Gandah.

Bagi tahun 2010, pelbagai program telah pun dirancang. Biro


ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah
menyokong program anjuran biro selama ini. Semoga di tahun
2010, lebih banyak aktiviti dapat dilaksanakan dan mendapat
sambutan daripada semua Terendakian.

MOHD HUZAIRI ZULKEFLI MOHD AFFENDY ABU KASSAIM

KETUA BIRO NAIB KETUA BIRO


TERENDAK @ FACEBOOK
TERENDAKIAN @ WORK
T erendakian @ Work kali ini memaparkan pen-
galaman Dr Adzura Salam dalam bidang Oftal-
mologi. Dr Adzura dilahirkan di Muar Johor memulakan
alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Sungai Besi,
Kuala Lumpur. Sebagai seorang anak tentera, beliau ber-
pindah-randah dan bersekolah di beberapa buah sekolah
sebelum ke MRSM Terendak pada tahun 1983 sehing-
galah tahun 1987.
Selepas SPM, beliau melanjutkan pelajaran ke Matrikulasi
Kulim, Kedah sebelum terbang ke India untuk melanjut-
kan pelajaran di Kasturba Medical College, Manipal, Kar-
nataka. Pada tahun 2000, beliau menyambung pelajaran
Contohnya sebagai Dekan, Timbalan Dekan dan
di UKM dalam jurusan Master in Ophthalmology. Kini be-
Ketua Jabatan
liau bertugas sebagai Pensyarah Kanan dan Pakar Pe-
runding Oftalmologi di Kulliyyah of Medicine, UIA di Kuan- Tugas utama saya ialah sebagai tenaga pengajar untuk
tan, Pahang mendidik pelajar perubatan berkaitan mata dan rawatan
bagi penyakit mata. Jika perlu kami juga akan menberi-
Sebelum menyandang jawatan di UIA, beliau pernah
kan syarahan kepada pelajar dari kursus Optometri dan
menjalani latihan houseman di Hospital Alor Setar, Kedah
Nursing berkaitan penyakit mata dan rawatannya.
pada tahun 1997 sebelum bertugas sebagai Pegawai Pe-
rubatan di Hospital Sik, Kedah pada tahun 1998. Beliau Selain daripada itu, pensyarah perlu melakukan penye-
mula berkhidmat di UKN sebagai pensyarah pelatih pada lidikan berterusan yang berkaitan dengan masalah mata
tahun 2000 sebelum berkhidmat di UIA pada tahun 2005 untuk kebaikan masyarakat sejagat.
hingga kini. Anak homeroom Andromeda ini telah berkah-
Sebagai pakar mata kami juga merawat penyakit yang
win pada tahun 2001 dan dikurniakan 3 orang cahaya-
berkaitan dengan mata dan memastikan pesakit mene-
mata. Ikuti temubual bersama Dr Adzura Salam yang te-
rima rawatan yang sewajarnya. Memandangkan
lah dilakukan melalui e-mail.
teknologi perubatan yang semakin canggih, kami juga
BAT: Mengapa memilih untuk menyertai bidang pe-
rubatan?
DR. ADZURA: Saya berminat untuk berkhidmat dengan
lebih dekat dengan masyarakat, pada masa yang sama
mendidik bakal doktor untuk menjdi seorang doktor mus-
lim yang baik.
BAT: Apakah tugas sebenar seorang pensyarah pe-
rubatan?
DR. ADZURA: Secara umumnya tugas seorang pen-
syarah perubatan terbahagi kepada:

• Mengajar mengikut kepakaran masing-masing


• Menjalankan penyelidikan berkaitan kepakaran
perlu melengkapkan diri dengan pengatahuan terbaru
mereka
rawatan terutamanya yang menggunakan peralatan di-
• Memberi perkhidmatan kepakaran perubatan
agnosis dan peralatan rawatan mata berteknologi tinggi.
kepada masyarakat
Oleh itu dari masa ke semasa kami akan menghadiri
• Memberikan latihan berkaitan bidang masing-
persidangan dan latihan di dalam dan di luar negeri.
masing kepada kumpulan sokongan dan masyara-
Dalam pada masa yang sama kami juga akan memben-
kat
tangkan kertas kerja atau hasil penyelidikan di persidan-
• Sedikit urusan pentadbiran universiti jika ada.
gan yang berkaitan. Kami juga bertanggungjawab mem-
TERENDAKIAN @ WORK
DR. ADZURA: Tidak ada kriteria yang khusus untuk
menjadi seorang pakar oftalmologi, yang penting
adalah kesungguhan, keikhlasan dan sikap bertang-
gungjawab. Sewaktu menjalani latihan atau semasa
di kolej perubatan kita harus menumpukan sepenuh
perhatian kepada pelajaran sehingga berjaya lebih-
lebih lagi jika kita mendapat bantuan sepenuhnya dari
kerajaan. Setelah tamat latihan kita perlu melaksana-
kan tanggungjawab yang diamanahkan. Sebagai seo-
rang muslim setiap urusan kita hendaklah dengan niat
melakukannya kerana Allah SWT.
BAT: Apakah cabaran, pengalaman manis dan pahit
sepanjang menjalankan tugas?
DR. ADZURA: Banyak cabaran yang telah saya tem- penat lelah kita dalam merawat pesakit. Selain dari itu
puhi sepanjang belajar di kolej perubatan di India me- saya dapat mengeratkan tali silaturrahim sesame Muslim,
mandangkan kami kumpulan pertama pelajar Malaysia adakalanya pesakit dan kaum keluarga menggangap dan
yang ditaja untuk mengikuti kursus perubatan di sana. melayan kita sebagai saudara mereka.
Antaranya ialah ‘culture shocks’ di awal latihan, ma- Satu lagi kenangan manis ialah saya berpeluang mem-
salah memahami bahasa Inggeris dengan ‘excent’ bentangkan kertas kerja di merata tempat dan membawa
bahasa tempatan ‘Kannada’ dan sikap prejudis se- nama International Islamic University Malaysia (IIUM) ke
setengah pensyarah dan masyarakat tempatan yang beberapa negara seperti Singapore, Bali, Hong Kong,
memandang rendah terhadap kemampuan kami,. Pakistan dan Turki. Sebelum ini ramai antara mereka di
luar negara tidak pernah pun mendengar nama IIUM.
Saya pernah gagal sewaktu di tahun pertama ijazah
perubatan dan di tahun pertama Master in Ophthalmol-
BAT: Apakah perancangan Dr Adzura di masa hadapan?
ogy. Tetapi saya bangkit dari kekecewaan kerana
saya percaya itu adalah sebahagian dari ujian hidup. DR. ADZURA: Insya-Allah kalau di izinkan Tuhan saya
Sewaktu berkhidmat sebagai houseman dan pegawai akan melanjutkan pelajaran dengan menjalani latihan
perubatan kami terpaksa bertugas berterusan lebih subkepakaran (fellowship) di Berne University Inselspital,
dari 36 jam dengan makan dan rehat yang tidak me- Switzerland mulai Januari 2010. Subjek yang akan saya
nentu. Berhadapan dengan pesakit kritikal di mana pelajari ialah subkepakaran ‘Medical Retina’ di bawah
saya menghadapi pengalaman pesakit yang mati dan bimbingan Prof. Sebastian Wolf
tidak dapat diselamatkan. Ketika itu terasa sangat
BAT: Akhir sekali, nasihat Dr. Adzura kepada mereka
sedih dan kecewa tetapi akhirnya dapat menerima
yang berminat untuk menyertai bidang ini.
hakikat dan ketentuan Ilahi.
DR. ADZURA: Akhir sekali kepada anak-anak yang se-
Ketika di dalam latihan kepakaran, saya pernah dang menuntut ilmu di MRSM Terendak khususnya nasi-
berada di dalam dewan pembedahan selama lebih 6 hat saya ialah hormati ibu bapa dan guru-guru. Yakinlah
jam tanpa rehat untuk melakukan pembedahan keatas
pada kebolehan diri sendiri. Teruskan usaha sehingga
kes kemalangan yang melibatkan kecederaan mata
berjaya.
yang teruk. Ada kalanya saya merasa kecewa diatas
layanan sesetengah pensyarah yang menunjukkan BAT: Terima kasih, Dr. kerana sudi berkongsi maklumat
sikap pilih kasih kepada pelatih tertentu dan tidak dan pengalaman mengenai kerjaya sebagai pensyarah
menghiraukan penat lelah pelatih lain yang bertungkus dan pakar oftalmologi.
lumus bekerja. Akhir sekali yang paling mencabar ia-
DR. ADZURA: Sama-sama.
lah untuk menghadapi pelbagai karenah pesakit yang
ada kalanya menyebabkan kita hilang sabar. *Ketika artikel ini diterbitkan, Dr Adzura Salam telah pun
terbang ke Switzerland untuk menyambung pelajarannya
Kenangan manis adalah bila pesakit atau waris datang disana.
dan mengucapkan terima kasih serta menghargai
BERITA TERKINI
KELAHIRAN
DISEMBER
* Sangat setia dan pemurah.
* Bersifat patriotik.
* Sangat aktif dalam permainan dan pergau-
lan.
* Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa.
* Bercita-cita tinggi.
* Suka menjadi orang yang berpengaruh
dalam organisasi.
* Seronok bila didampingi.
* Suka bercampur dengan orang.
* Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai.
Md Ridzuan dan isterinya * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur.
* Tidak pandai berpura-pura.
Saudara Razali Ab Rahim
telah selamat dikurniakan cahayamata * Cepat marah. (SPM 92 ) telah selamat dikurniakan
* Perangai yang mudah berubah-ubah.
pertama pada 3 Disember 2009 di cahayamata ketiga pada 14 Disember
* Tidak ego walaupun harga dirinya sangat
Pusat Perubatan Naluri, Kuala Lum- tinggi. 2009 di Sime Darby Medical Centre,
pur. Bayi seberat 3.05kg ini telah di- * Benci pada kongkongan. Selangor. Bayi lelaki seberat 2.74 kg
* Suka berlawak.
namakan Adam Rahimi bin Md Rid- * Pandai buat lawak dan berfikiran logik itu telah dinamakan Khaleefa Eusoff.
zuan. BAT mengucapkan tahniah kepada be-
Sumber: Buku Ramalan Bulan Kelahiran liau sekeluarga.
BAT mengucapkan tahniah kepada Yang Berbahagia Dato' Dr. Fadzilah Kamsah
Md Ridzuan dan keluarga.  
 
 

BAT ingin mengambil kesempatan untung mengucapkan SELAMAT PENGANTIN BARU


kepada Huda & Ice (SPM 2000), Duku & Nabila (SPM 2001), Farrah Muslihah Haji Mohd
Shuib, Rabiyatul Salwa Bt Tarmizi (SPM 2001) dan Hasniza Hashim. Semoga perkahwinan
bahagia ke akhir hayat.

Hubungi: ansara_terendak@yahoo.com atau

013-384 3484 (Sherrina)

017-247 2948 (Oshie)

Saiz ruangan iklan: Sehelai muka penuh (A4)


SALAM DARI PERANTAUAN

S alam Dari Perantauan membawa kita ke negara di Afrika


Utara iaitu Tunisia bersama saudari Intan Suhaila Mansor, bekas pela-
jar MRSM Terendak SPM 95. Beliau kini bertugas di Tunis, Tunisia
sebagai Perunding Teknologi Maklumat di LHS Systems Asia Pacific
Sdn Bhd (sebahagian daripada Ericsson). Beliau berada Tunis semen-
jak 19 Ogos 2009.
Sebelum bertugas di Tunis, anak homeroom Betelguese A ini pernah
dihantar bertugas di Dubai selama hampir setahun dan pernah berkur-
sus di ibu pejabat syarikat di Frankfurt, Jerman selama 2 minggu. Kita
ikuti temubual bersama Intan Suhaila yang dilakukan melalui e-mail.
BAT: Apa khabar? Bagaimana perasaan kali pertama menjejakkan
kaki di bumi Afrika?
INTAN: Alhamdulillah. Sebelum tiba, agak gementar dan teruja. Maklumlah, pertama kali menjejakkan
kaki di bumi Afrika. Setibanya di terminal lapangan terbang, terasa sangat terkejut dengan suasana di sini.
Bayangkan, saya dan 2 orang rakan berkongsi 1 teksi yang sama. Teksi tersebut adalah dari model Volks-
wagen Polo (agak kecil dari Volkswagen Gold). Bagasi kami sebanyak 3 saiz besar dan 5 saiz bagasi tan-
gan, dimuatkan dalam 1 teksi sahaja!! Cara pemanduan rakyat tempatan juga agak menggerunkan.
BAT: Di negara tersebut, anda tinggal dimana? Bagaimana keadaan kawasannya, bandar atau kampung?
INTAN: Syarikat menempatkan kami di hotel apartment. Setiap orang mendapat apartment satu bilik yang
berekabentuk tradisional. Lokasi apartment terletak di La Marsa, Tunis, di atas bukit, mengadap lautan
Mediterranean. Jarak La Marsa dan pusat bandar adalah dalam 10 kilometer. Suasana di La Marsa adalah
seperti pekan kecil.
BAT: Bagaimana berinteraksi dengan penduduk tempatan? Apa beza budaya negara tersebut berbanding
dengan Malaysia?
INTAN: Agak susah untuk berkomunikasi dengan pen-
duduk tempatan kerana masalah bahasa. Kebiasaannya,
kami hanya menggunakan bahasa isyarat terutama ketika
membeli barang-barang di pasar dan sebagainya.
Pada mereka yang berminat untuk datang ke Tunisia,
kemahiran bertutur di dalam Bahasa Arab atau Perancis,
adalah sangat membantu. Sedikit bekalan makanan seperti
cili sos, kicap, ikan bilis dan seangkatan dengannya juga
penting untuk "long stay".
SALAM DARI PERANTAUAN
Dari segi budaya, agak ketara terutama sekali dari segi pe-
makanan. Masyarakat tempatan lebih cenderung untuk mengambil
roti berbanding nasi. Selain dari itu, saya juga terkejut bila menda-
pat tahu poligami diharamkan di sini. Individu juga tidak dibenar-
kan mengajar mengaji secara tidak formal.

BAT: Bagaimana kos hidup disana? Adakah lebih tinggi atau ren-
dah berbanding Malaysia? Apa matawang yang digunakan?
INTAN: Kos sara hidup di sini adalah lebih tinggi berbanding
Malaysia. Sekilogram beras jasmin lebih kurang RM9. Matawang
Tunisia adalah Tunisian Dinar. Euro juga diterima pakai di sini.
BAT: Bagaimana cuaca disana? Adakah mudah mendapatkan
sumber makanan halal? Apakah makanan yg terkenal disana?
INTAN: Tunisia mengalami dua musim, panas dan sejuk (tanpa
salji). Panas adalah antara bulan March dan Ogos, manakala
musim sejuk antara September ke Febuari. Pada masa sekarang,
purata suhu adalah antara 9 dan 14 darjah Celcium.
Tiada masalah besar untuk mendapatkan makanan halal kerana majoriti masyarakat di sini adalah beragama
Islam. Antara makanan yang terkenal di sini adalah Couscous, yang diperbuat dari gandum. Makanan yang
berasaskan kambing juga digemari dikalangan masyarakat tempatan.
BAT: Bagaimanakah penerimaan penduduk tempatan terhadap orang luar? Ramaikah orang Malaysia dis-
ana?
INTAN: Masyarakat di sini agak terbuka dengan pelancong, cuma masalah bahasa menghadkan komuni-
kasi antara pelangcong dan mereka. Pelancong dari Jepun adalah paling kerap ditemui di Tunisia. Jadi, ti-
dak hairanlah apabila peniaga tempatan nampak rakyat Malaysia berbangsa Cina, mereka terus menyapa,
"Konichiwa...". Apabila kami menyatakan kami dari Malaysia, terus mereka senyum dan berkata,
"Malaysia is good".
Sepanjang berada di sini, tidak pernah sekalipun bertembung dengan rakyat Malaysia. Kita juga tidak
mempunyai duta atau konsulat di sini.
BAT: Akhir sekali, apakah pengalaman manis atau pahit sepanjang bertugas di negeri orang?
INTAN: Pengalaman manis ialah seperti bertemu rakan baru, budaya baru dan makanan baru. Juga dapat
merasa cabaran baru ketika menguruskan projek. Pengalaman pahit di Tunisia ialah ketika memandu. Pe-
mandu disini boleh berhenti sesuka hati di tengah jalanraya, menyeberangi lebuhraya dan lain-lain. Perlu
juga bersedia untuk ditahan oleh polis bila-bila masa, dimana sahaja tanpa apa sebab.
BAT: Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman bersama pembaca BAT.
INTAN: Sama-sama. Gembira dapat kongsikan pengalaman ini.
BERITA DARI MAKTAB

K eputusan PMR telah diumumkan pada 24 Disember 2009 yang lalu. BAT telah
menghubungi Hajah Wan Ainizah Ariffin, Timbalan Pengetua Hal Ehwal Akademik,
MRSM Terendak. Beliau telah memaklumkan bahawa MRSM Terendak menduduki tempat ke 9
daripada 29 maktab seluruh Malaysia dari segi peratus pencapaian semua A (7A, 8A dan 9A).

96 orang pelajar mendapat semua A daripada 145 pelajar yang menduduki peperiksaan PMR
pada tahun 2009. Pencapaian ini sedikit menurun berbanding dengan tahun 2008 dimana MRSM
Terendak mencapai tempat ketiga daripada keseluruhan. Keputusan MRSM secara keseluruhan
juga sedikit menurun pada tahun ini. Namun begitu, MRSM Terendak masih dalam kategori 10
MRSM terbaik bagi peperiksaan PMR.

BAT mengucapkan tahniah kepada semua adik-adik yang telah menduduki peperiksaan PMR.
Semoga anda terus berusaha untuk menghadapi fasa berikutnya.
GO KART 2009

P ada 29 Mac 2009 bertempat di City KArting Shah


Alam, satu pertandingan go-kart telah berjaya
diadakan dimana seramai 29 peserta telah mengambil ba-
hagian. Pertandingan ini dibuka untuk ex-tdk dan bukan ex-
tdk.

Sebilangan peserta telah tiba di litar Shah Alam seawal jam 8


pagi. Bagaimana pun mereka panas hati dengan organizer
yang datang lambat

Organizer yang bekerja pada malamnya terpaksa terkejar-


kejar kerana rakan sepejabatnya yang datang lambat untuk
menggantikan shift beliau ditambah pula dengan Makcik Karipap yang lambat turun untuk menyerahkan karipap-karipap yang
telah ditempah.

Pun begitu, organizer bernasib baik kerana mempunyai isteri yang memahami apabila pagi-pagi lagi dah masak air dan memban-

cuh teh tarik untuk para peserta. (Sedap tak teh tarik wife aku? )Organizer yang datang dengan karipap dan Teh Tarik, telah
berjaya menyejukkan hati para pserta yang datang awal. Mereka telah menikmati karipap-karipap dan teh tarik yang disediakan
sambil mengisi borang Indemnity dan membuat pembayaran.
Para peserta dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan A terdiri daripada ladies dan boyz batch SPM 2000 and above.
Kumpulan B terdiri daripada all man yang senior. 7 terbaik dari setiap kumpulan mara ke peringkat akhir.
Pada peringkat akhir, Nazrul nampaknya meluncur laju dihadapan tanpa saingan. Persaingan sengit dapat dilihat antara Azly
(SPM 92), Ruhann (SPM 96), Izanie (SPM 96) dan Azraff (Adik bongsu organizer) sambil mereka memotong diantara satu sama
lain.

Azlinda (isteri Ruhann) yang berjaya masuk final dengan skill memandu secara relax sambil tersenyum riang bila ada yang
menangkap gambar. Marissa (SPM 08) pula amat stress bila diumumkan berjaya masuk ke pringkat akhir. Beliau memandu den-
gan keadaan tertekan kerana Qaisy (SPM 06) memotongnya sambil tersenyum dan melambai tangan.

Satu kemalangan kecil berlaku pada practice session bila ada yang melanggar Azraff (adik bongsu organizer yg berumur 16 ta-
hun) sehingga tayar melekat di bahu. Bahu Azraff tercalar sedikit dan organizer amat pening sekali memikirkan bagaimana untuk
menjawab kat mak bapak beliau nanti.Pertandingan di menangi oleh Nasrul Naim (SPM 01) dengan Best Laptime 1:14.966.

Tempat kedua Azly (SPM 92) dengan Best Laptime


1:15.373

Tempat ketiga dimenangi oleh Ruhann dengan Best Lap-


time 1:16.051

Para pemenang membawa pulang trophy dan sparkle juice


non-alcohol bercop halal. Sekian,
Pengurus Program:
Azizul Rizal Zulkapli @ Jokyu @ Brader Rez (SPM 97)
Gambar oleh: NorZaiti Ahmad Zubaidi @ Zaitie (SPM 97)
BIZZ NEWS
pengalaman yang ada ialah pernah layanan terbaik. Hasilnya, pelanggan
terlibat sebagai agensi kepada Tele- sendiri yang mempromosikan kedai
kom pada tahun 2006, 2007 dan kami kepada saudara mara, jiran
2008. tetangga dan rakan-rakan mereka.
BAT: Bagaimana anda mendapat- Kami juga sangat bertuah kerana
kan modal untuk memulakan perni- sentiasa mendapat sokongan dari-
agaan? pada keluarga dan rakan-rakan.
Walaupun jauh, mereka tetap mem-
IDA: Untuk modal, kami membuat
beli barangan daripada kami sebagai
pinjaman bank. Ini membolehkan
tanda sokongan dan kami sgt
Bizz News kali ini mengetengahkan kami menguruskan dua syarikat menghargai sokongan mereka.
usahawan bidang permainan video kami iaitu Qubique Business Inte-
yang kini merupakan antara gajet grated Sdn Bhd (event management) BAT: Apakah perancangan anda di
paling popular. Idamazuraina Idris dan Fujiwara Game Shop Enterprise masa hadapan?
yang merupakan lulusan Ijazah Sar- (kedai permainan video) IDA: Kami merancang hendak mem-
jana Muda Sains Komputer dari Uni- BAT: Bagaimana anda mengu- perluaskan perniagaan.
versiti Teknologi Malaysia adalah ruskannya? Dimana lokasi perni-
BAT: Bagi yang berminat nak men-
bekas pelajar MRSM Terendak batch agaan anda?
dapatkan produk permainan video,
SPM 1995.
IDA: Perniagaan ini diuruskan oleh bagaimana mereka boleh mengun-
BAT: Sejak bila mula berkecim- kami suami isteri dan lokasi di Ta- jungi kedai anda?
pung dalam bidang perniagaan? man Saujana Utama, Sg Buloh.
IDA: Datanglah ke Fujiwara Game
IDA: Sejak tahun 2005. BAT: Apakah antara produk-produk Shop yang terletak di Pasaraya Cen-
BAT: Apa jenis perniagaan yg anda yang boleh didapati di Fujiwara tral Mart, Jln Bidara 8, Saujana
pilih dan mengapa anda Game Shop? Utama 3, Taman Saujana Utama,
memilihnya? Sungai Buloh, Selangor. Boleh juga
IDA: Banyak. Antaranya Sony Play-
hubungi saya di 013-226 2036.
IDA: Jenis perniagaan yang saya dan station, Xbox, Nintendo, MD Max,
suami jalankan ialah perniagaan re- One Station, Luna Game, Sega BAT: Terima kasih kerana sudi
tail. Secara khususnya ialah pen- Game dan lain-lain. Kami juga men- berkongsi pengalaman dalam bidang
jualan peralatan dan permainan jual aksesori permainan video dan perniagaan bersama Terendakian
video. Kami memilihnya kerana perkhidmatan membaiki permainan lain. Semoga perniagaan anda terus
prospek yang bagus dan kebetulan video. maju dan Berjaya.
suami juga sangat meminati per- BAT: Bagaimana anda menghadapi IDA: Sama-sama.
mainan video elektronik. persaingan dlm perniagaan anda?
BAT: Adakah ini perniagaan per- IDA: Adat berniaga memang banyak
tama anda? Apakah pengalaman saingan dan cabaran. Cara mengha-
yang anda perolehi? dapinya adalah dengan memberikan
IDA: Tidak. Perniagaan pertama ber- layanan terbaik kepada setiap pe-
bentuk event management dan masih langgan. Walaupun berbagai-bagai
berjalan sehingga sekarang. Antara kerenah terpaksa dihadapi, kami sen-
tiasa memberikan senyuman dan
DIARI 2009 ANSARA TERENDAK
7 Februari 2009: Pertandingan Paintball Ansara Terendak di Padang Utara, PJ.

8 Mac 2009: Karnival Ex-TDK 2009 di Tasik Titiwangsa, KL

29 Mac 2009: ANSARA Terendak Go-Kart 2009 di Shah Alam

4 April 2009: Career Talk di MRSM Terendak

1 Mei 2009: Pot Luck BBQ Party di rumah Haffizul Hashimi @ Shimi

16 Mei 2009: AGM Ansara Terendak di Institut Pengurusan Kesihatan, KL

13 Jun 2009: Ragbi Liga Alumni – Ansara Terendak vs KL SMSOB di Padang Utara, PJ.

16 Jun 2009 – 19 Ogos 2009 : Program Mustika 2009 di S. K. Taman Melawati (2)

23 Jun 2009 – Buletin Ansara Terendak edisi pertama dilancarkan

27 Jun 2009: Ragbi Liga Alumni – Ansara Terendak vs Semesti di UiTM

19 Julai 2009: Ragbi Liga Alumni – Ansara Terendak vs Sesma di Padang Utara, PJ

25 Julai 2009: Pot Luck BBQ Party part 2 di rumah Azizul Rizal @ Brader Rez @ Jokyu

30 Julai 2009: – Buletin Ansara Terendak edisi kedua diterbitkan

8 Ogos 2009: Gempur Menara Gading di MRSM Terendak

14 Ogos 2009: Kempen Derma Darah Pra-Ramadhan 2009 di Jusco Equine Park, Selangor

20 Ogos 2009: Jualan Kad Raya Ansara Terendak

28 September 2009: Buletin Ansara Terendak edisi khas bumper: 3 & 4 diterbitkan

6 Oktober 2009 : Jualan Sticker Kereta Terendak bermula

1 Nov 2009: Lawatan & Rekreasi ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary dan Deerland, Lanchang,
Pahang.

4 Nov 2009: Buletin Ansara Terendak edisi kelima diterbitkan

22 Nov 2009: Malam ANSARA 2009

2 Disember 2009: Buletin Ansara Terendak edisi ke-enam diterbitkan

Anda mungkin juga menyukai