Anda di halaman 1dari 21

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS

35900, TANJUNG MALIM


TUGASAN KUMPULAN ( HSM 3013)
PENSYARAH: DR. HJ. NABIR BIN HAJI ABDULLAH
KURSUS: MALAYSIA : MELAKA HINGGA NEGERI-NEGERI MELAYU BARU
TAJUK TUGASAN: ESEI ILMIAH (PENUBUHAN KERAJAAN MELAYU BARU DI
SEMENANJUNG MALAYSIA PADA ABAD KE-18 MEMPERLIHATKAN PERSAMAAN DAN
PERBEDAAN ASAS. BINCANGKAN).

NAMA AHLI KUMPULAN: AHMAD FIRDAUS BIN JAUHARI

(D20141067652)

ASRIAH BINTI MAD HASSAN

(D20141067654)

ASMAWANIE BINTI MOHD ASRI

(D20141067651)

MOHAMAD AMIR AIZAT BIN IDRIS (D20141067657)


MOHD NORMUSLIM BIN MAT RIPIN (D20141067656)
MURNIYATI BINTI MOHD NOR

(D20141067658)

REBECCA ANAK UNJAR

(D20141067653)

SHAHIRAH SURAYA BINTI ABD AZIZ (D20141067655)

1.0 PENGENALAN
Kerajaan Melayu Baru atau negeri-negeri Melayu Baru ini muncul pada abad ke-18
setelah berlakunya kejatuhan Johor Riau Lingga. Negeri-negeri Melayu Baru terdiri daripada
Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan. Setiap Negeri-negeri Melayu Baru ini
mempunyai asal yang tersendiri, akan tetapi yang mengasasnya pula adalah keluarga baru dan
bukan berasal dari negeri tersebut. Terengganu berasal dari Johor, Selangor dari Bugis, Negeri
Sembilan dari Pagar Ruyung dan Kelantan dari Patani. Hal ini dapat membuktikan bahawa
sebelum penubuhan kerajaan baru ini sudah ada wujud pemerintah di Negeri-negeri Melayu
Baru. Jika dikaji dengan lebih lanjut penubuhan Kerajaan Melayu Baru di Semenanjung
Malaysia pada abad ke-18 ini memperlihatkan persamaan dan perbezaan asas, sama ada dari segi
politik, ekonomi dan sosial.

2.0 LATAR BELAKANG NEGERI-NEGERI MELAYU BARU


(Negeri sembilan means 'nine states', and the modern state is a closely integrated
confederacy of districs (for which the local term is luak). Since 1896 it has been
treated for many purposes as a single unit in larger federation of peninsular malay
states. There has never been a definitive list of the nine states included in the negeri
sembilan. The name negeri sembilan only came into general use some 200 years ago,
when for the first time the group of small 'states' became a political entity. Newbold,
writing in 1839, gives the list as Klang, Sungei Ujong, Naning , Rembau, Jelai, Ulu
pahang, Jelebu, Johol and Segamat, but those marked with an asterisk had, long

before Newbold's time, been absorbed into adjoining states, and were never part of
the confederacy.)1

Negeri sembilan terletak di wilayah Barat Tanah Melayu bersempadan dengan negeri
Selangor di bahagian barat laut, Pahang di Bahagian Utara, Melaka di Selatan dan Johor di
Tenggara serta selat Melaka di bahagian baratnya.2 Negeri Sembilan merupakan gabungan tujuh
buah luak iaitu Rembau, Johol, Sungai Ujong, Jelebu, Tampin dan Gemenceh.3 Penduduk asal
Negeri Sembilan ialah orang Jakun atau Biduanda tetapi orang Melayu di Negeri Sembilan
memanggil mereka sebagai orang Bukit atau Sakai.4
Negeri Kelantan pula dikatakan sebagai zaman kerajaan Melayu yang di pengaruhi oleh
empayar Hindu-Budhha di Asia Tenggara. Di empayar Srivijaya, Kelantan muncul sebagai satu
unit politik di Semenanjung Tanah Melayu. Portugis dan Belanda menggelar Kelantan sebagai
Calantan, Calantam dan Calantao.5
Sejarah awal Terengganu dapat di jelaskan melalui pelbagai pendapat. Menurut Sultan
Umar iaitu Sultan Terengganu yang ke-9, pada zaman dahulu rombongan dari Pahang
menggembara di sebelah Ulu Terengganu kerana memburu. Apabila sampai ke Sungai
Terengganu, mati seorang daripada mereka telah terjumpa sebatang taring dan di sebut Taringanu. Kemudiannya nama ini akhirnya melekat menjadi Terengganu.6 Terengganu terletak di
sebelah utara dan Barat Laut Kelantan.

J.M. Gullick. 2003. A History of Negeri Sembilan. Selangor: Academe Art & Printing Services Sdn Bhd. Hlm 1.
Ooi Jin Bee. 1967. Land People and Economy In Malaya.London : Longman. Hlm 1
3
Haji Buyong Adil. 1981. Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm vii.
4
Ibid. Hlm 30
5
Rahmat Saripan. 1979. Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 8
6
Haji Muhammmad Saleh Bin Haji Awang. 1983. Sejarah Darul Iman Hingga 1337-1918. Kuala Lumpur : Utusan
Publication & Distributors Sdn.Bhd. Hlm 40
2

(In November 1776 Raja lumu, the Bugis chief who ruled the coastline of modern
Selangor from his stronghold at Kuala Selangor, visited Sultan Mahmud Perak at his
capital. A few days later Sultan Mahmud ceremoniously installed Raja Lumu as Sultan
Salehuddin of Selangor and presented to him the instrument of a royal orchestra
(nobat) and a state seal. With these regalia Sultan Salehuddin returned to kuala
Selangor, in company with Perak envoys, and there further ceremonies were held to
mark his elevation to the status of a royal ruler).7

Pertabalan Raja Lumu sebagai Sultan Salehuddin Syah8.Terdapat beberapa cerita


seorang pahlawan yang dikalahkan oleh seekor Langau. Pahlawan tersebut tidak pernah kalah
dengan perlawanan lain tetapi kalah dengan Langau dan akhirnya beliau menamakan tempat
tersebut se ( satu ) langau, dan disebutlah Selangor.9Terdapat pendapat lain yang menyatakan
nama Selangor berasal dari pokok Mentagau iaitu sejenis kayu laut. Kepelatan menyebut
Mentagau menjadi Selangor.10 Dalam buku Sejarah yang ditulis oleh orang-orang Portugis,
Belanda dan Inggeris yang datang ke Tanah Melayu menyebut dalam Bahasa Latin sebagai
Selangor, Salengor.

J.M. Gullick. 1998 . A History of Selangor 1766-1939. Selangor: Printed by Academe Art & Printing Services Sdn
Bhd. Hlm 1.
8
Hkoo Kay Kim. 1989. Selangor Darul Ehsan, Satu persepsi Sejarah. Kuala Lumpur: Muzium Negeri Selangor Darul
Ehsan. Hlm 12
9
Yusof Hassan. 1981. Sejarah dan kesan-kesan Sejarah Kuala Selangor. Petaling Jaya : Tra-Tra. Hlm 9
10
Ibid. Hlm 10

3.0

PERSAMAAN ASAS NEGERI-NEGERI MELAYU BARU

3.1.1 Politik
Dari segi politik Negeri-negeri Melayu Baru ini memperlihatkan persamaan iaitu
pemerintah yang menerajui negeri adalah berasal dari negeri luar. Semua pemerintah negerinegeri melayu baru ini diperintah oleh pemerintah luar yang bukan berasal dari negeri itu sendiri.
Hal ini bermaksud pemerintah yang memerintah negeri-negeri Melayu baru adalah keluarga baru
yang bukan berasal dari negeri itu sendiri.
Di Negeri Sembilan bergabung sebagai satu unit politik pada tahun 1773 apabila Raja
Melewar, seorang putera dari Minangkabau di Pagar Ruyong dijemput menjadi pemerintah
sekaligus sebagai Yamtuan Besar Negeri Sembilan yang pertama. Raja Melewar terus
bersemayam di Seri Menanti sebagai Yamtuan Seri Menanti dan daerah ini dinamakan sebagai
Tanah Mengandung iaitu tanah yang dipunyai sendiri oleh Yamtuan Seri Menanti. Luak atau
daerah yang terdapat dalam Tanah Mengandung ialah Ulu Muar, Jempul, Terachi,Gunung Pasir
dan Inas. Daripada gabungan luak ini maka jadilah luak Sungai Ujong, Jelebu, Johol, Rembau,
Jelas (Inas), Klang Naning, Segamat, Pasir Besar dan Ulu Pahang (Kenaboi).11
Selangor asal pemerintahannya dari Bugis. Kedudukan orang Bugis di Selangor bermula
apabila orang Bugis mempunyai kedudukan yang kukuh di Selat Melawar dengan kedatangan
Upu 5 bersaudara pada abad ke-18M.12 Upu 5 bersaudara ini adalah anak-anak Raja Bugis dari
kerajaan Luwu Sulawesi Selatan. Mereka ialah Daeng Parani, Daeng Merewah, Daeng
Menambun, Daeng Celak, dan Daeng Kemasik. Lima Daeng ini merupakan tentera upahan bagi
membantu raja-raja Melayu yang ingin mengembalikan takhta kerajaan seperti Johor. Kedah dan
11

Ibid. Hlm 13
Haji Buyong Adil. 1981. Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm 46

12

Perak. Pada tahun 1745, Daeng Celak telah meninggal dunia dan banginda mempunyai dua
orang anak lelaki iaitu Raja Haji dan Raja Lumu. Raja Lumu

iaitu Sultan Salehuddin Syah

menjadi Sultan Selangor yang pertama dan membina dinasti kesultanan Bugis dan mengamalkan
sistem politik sama seperti di tanah Bugis.13
Kerajaan Kelantan pula bermula dengan kebangkitan seorang tokoh yang bernama Long
Yunus, Long Yunus merupakan anak Long Sulaiman. Long Yunus berasal dari golongan
bangsawan Patani yang memperoleh kuasa menerusi perkhawinan politik dengan keluarga
bangsawan Kelantan.. Pada zaman pemerintahan Long Doreman iaitu Saudara ipar Long Yunus,
Long Yunus mengambil keputusan untuk berundur ke Terengganu. Hal ini bertujuan untuk
mendapatkan bantuan dari Terengganu. Long Yunus berjaya mengalahkan Kota Kubang Labu.
Namun demikian, kelemahan Long Yunus mengukuhkan kuasanya di Kelantan menyebabkan
Terengganu

menjadi

penaung

kepada

kerajaan

Kelantan.

Terengganu

pula

berjaya

menyingkirkan kuasa kerajaan Legih di Kelantan. Oleh yang demikian, Long Yunus telah
dilantik menjadi Raja Muda dan jawatan Long Pandak masih dikekalkan.
Seterusnya, Long Yunus terpaksa sekali lagi kembali ke Terengganu kerana fitnah
berlaku.14 Sultan Mansur 1 telah membantu Long Yunus dan menentang Kelantan untuk kali
keduanya kerana Long Pandak iaitu raja Kota Kubang Labu telah menderhaka dan Sultan
mendapat sokongan daripada Raja Ismail dari Siak. Dalam usaha mencapai cita-cita memerintah
kerajaan Kelantan, Long Yunus dibantu oleh Long Ghaffar bagi mengukuhkan kedudukannya.
Dalam serangan Long Yunus dan Long Ghaffar berjaya mengalahkan Long Pandak dan
menduduki takhta kerajaan Kelantan. Oleh itu, Long Yunus dilantik sebagai raja. Sementara itu,

13

J.Kenedy. 1970 . History of Malaya. New York: Macmilan St. Martia`s Press. Hlm 59
J.M Gullick. 1960. A History of Selangor 1742-1957. Singapura: Eastern University Press. Hlm 5

14

Long Ghaffar dianugerahkan gelaran Engku Seri Maharaja dan berkuasa mutlak keatas kawasan
dan Sungai Pasir Tumbuh hingga ke laut sempadan Terengganu.
Kenaikan pangkat Long Yunus di atas takhta kerajaan Kelantan bukan sahaja
menamatkan pemerintahan keturunan Tuan Sulong yang diasaskan oleh Long Muhammad di
kota Kubang Labu, tetapi menegakkan kembali Kesultanan yang di asaskan oleh Long Bahar
sebelum ini. Namun begitu, Kelantan kini di bawah kedaulatan Terengganu. Hal ini disebabkan
Tengku Muhammad merupakan seorang anak raja penaung Kerajaan Kelantan serta mempunyai
pengaruh politik yang kuat dalam kalangan kerabat diraja. Oleh itu, pertabalan Tengku
Muhammad sebagai Yang Di Pertuan Kelantan menunjukkan Terengganu mempunyai pengaruh
politik yang kuat di Kelantan.
Negeri baru Terengganu ditubuhkan oleh keluarga baru pada 1720an. Sebelum tahun ini
telah wujudnya pemerintah di Terengganu tetapi tidak begitu jelas. Dalam sumber-sumber
tertentu terdapat pemerintah Terengganu yang bernama Megat Panji Alam, Telanai dan keluarga
pembesar Johor yang dihantar ke Terengganu untuk melaksanakan pemerintahan.

15

Pada abad

ke-17 dan awal ke-18 terdapat beberapa tokoh secara bergilir-gilir memerintah Terengganu,
seperti Paduka Laksamana dan Seri Rama, Bendahara Hasan, Tun Zain Indera, Tuan Yuan, Tun
Sulaiman dan Tun Ismail.16 Pada 1720an Tun Zainal Abidin, putera Bendahara Johor Tun Habib
Abdul Majid telah ditabalkan sebagai Sultan Terengganu dengan gelaran Sultan Zainal Abidin di
Tanjung Baru, Kuala Berang.17 Kenaikan Sultan Zainal Abidin di atas takhta kerajaan Melayu

15

Dr Haryati Hasan. 2014. Malaysia: Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru. Jabatan Sejarah Fakulti Sains
Kemanusiaan: Universiti Pendidikan Sultan Idris. Hlm 39.
16
ibid
17
ibid

bukan sahaja menandakan tamatnya pemerintah sebelum itu, namun bermulanya dinasti
Bendahara.
Pada abad ke-18 menyaksikan penubuhan empat buah kerajaan

Melayu Baru di

Malaysia, iaitu Terengganu, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan. Pemerintahan empat buah
negeri melayu baru ini diterajui oleh keluarga baru bukan berasal dari negeri itu
sendiri.Terengganu berasal dari Johor, Selangor dari Bugis, Negeri Sembilan berasal dari Pagar
Ruyong dan Kelantan dari Patani. Justeru, jelaslah bahawa empat buah negeri melayu baru ini
mempunyai persamaan dari segi politik atau pemerintahannya.
3.1.2 Ekonomi
Dari segi ekonomi pula yang menunjukkan persamaan di negeri-negeri Melayu Baru ini.
Hal ini dapat dibuktikan apabila terdapat beberapa negeri menjalankan aktiviti perdagangan
.Antara negeri-negeri tersebut ialah Selangor, Negeri Sembilan dan Terengganu.
Kawasan kuala Selangor yang terletak di muara sungai Selangor merupakan kawasan
yang sesuai dan strategik untuk menjalankan aktiviti perniagaan. Kedudukan strategik dikuatkan
lagi dengan kawasannya yang mempunyai bukit-bukau di sekililing yang dapat memberikan
perlindungan semulajadi daripada musuh. Hal ini dapat menjamin keselamatan aktiviti
perdagangan di kawasan tersebut.18 Orang-orang Bugis di Selangor giat dalam perlombongan
bijih timah pada abad ke-18M. Hal ini disebabkan tempat tersebut telah diperkenalkan sejak
zaman Portugis lagi dan berhampiran dengan kawasan perlombongan bijih timah yang lain
seperti bijih timah khususnya kepada Inggeris dan adalah bertujuan untuk menyaingi kuasa
dagang Belanda. Belanda juga telah membuat perjanjian dengan raja-raja negeri melayu supaya
18

Rahmat Saripan. 1979. Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 42

menghantar hasil bijih timah ke Melaka dan Belanda akan membeli bijih timah itu dengan
harga yang rendah.19
Kerajaan baru Negeri Sembilan pula iaitu di Sungai Linggi yang merupakan salah satu
perhubungan perdagangan antara bahagian pedalamannya dengan pelabuhan Melaka. Pelabuhan
Sungai Linggi berperanan sebagai pusat pengumpulan bahan-bahan mentah dari bahagian
pedalaman. Bahan-bahan hutan daripada keluaran tersebut kemudiannya dieksport ke Kerajaan
Pusat, yang pada mulanya ke Temasik dan Kerajaan Melayu di Jambi dan akhirnya ke
Majapahit.20 Laluan ke sungai tersebut juga digunakan oleh pengusaha dan perdagangan bijih
timah dari luar serta dianggap sebagai jalan paling baik untuk sampai ke Sungai Ujong yang
merupakan salah satu kawasan pengeluar bijih timah yang utama pada ketika itu.21
Johor juga menjalankan aktiviti perdagangan. Aktiviti perdagangan di Johor ini wujud
selepas kejatuhan negeri Melaka yang menjadikan Johor pelabuhan terpenting di Kepulauan
Melayu. Johor merupakan pelabuhan entrepot yang terkenal. Selain itu, Johor juga telah
memperdagangkan pelbagai hasil perdagangan yang diperoleh daripada wilayah jajahan takluk
yang luas pada abad ke-17.
Antara barang dagangan tempatan yang mempunyai permintaan yang tinggi dari luar
adalah seperti damar, tikar, lada hitam dan garam. Hal ini telah menarik ramai pedagang asing
datang berdagang di Johor kerana dapat menyediakan peluang dan pasaran yang baik kepada
para pedagang.22 Barangan luar negeri yang didagangkan adalah seperti benang emas, kain

19

J.M Gullick. 1960. History of Selangor 1742-1957. Singapura : Eastern University Press : Hlm 15
Lee Kam Hing dan Mohd Yusoff Hashim. 1992. Peperangan Selangor-Belanda: Sebab dan Akibat Dalam Sejarah
dan Proses Pembangunannya. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya dan Lembaga Muzium Sultan Alam
Shah. Hlm 68
21
Norhalim Hj.Ibrahim. 1998. Sejarah Linggi. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 2
22
Ibid Hlm 23
20

sutera putih, teh, tembikar dan tembaga dari China. Pelabuhan entrepot kerajaan Johor turut
memiliki kemudahan seperti gudang untuk menyimpan barang dan perkhidmatan membaiki
kapal. Kapten Alexander Hamilton yang pernah melawat Terengganu dalam tahun 1719-1720
telah menggambarkan keadaan di Kuala Terengganu.
Kuala Terengganu mempunyai lebih kurang 1000 buah rumah yang berselerak dengan
jarak jauhnya sepuluh atau dua puluh batu diantara satu sama lain. Bandar ini didiami oleh orang
cina yang berdagang tiga atau empat wangkang (Junks) setahun di samping membawa barangbarang dagangan yang diperniagakan ke negeri-negeri Siam, Kemboja,Tonkin dan Sambas.
Menjelang pertengahan kurun ke-18, Kuala Terengganu adalah pelabuhan singgahan
yang sering dikunjungi oleh kapal-kapal Syarikat Timur Inggeris, yang memerlukan bekalan
dalam perjalanan ke China. Seterusnya diikuti oleh Kapten Joseph Jackson yang singgah di
Kuala Terengganu dalam kapal sewa Syarikat Hindia Timur. Sebahagian besar dari laporan
kapten Jackson membincangkan tentang keperluan kompeni untuk mendirikan satu pangkalan
yang kekal di Kuala Terengganu.23 Selain itu, Jean Francais de Surville (1769) yang merupakan
pihak dari Perancis turut datang ke pelabuhan Terengganu.
Aktiviti perdagangan yang dijalankan di negeri-negeri Melayu baru ini, tidak kira
didalam dan luar kerajaan negeri memperlihatkan persamaan dari aspek ekonomi. Kesemua
negeri melayu baru yang tertubuh pada abad ke-18 memperlihatkan persamaan dari segi ekonomi
iaitu dengan melakukan aktiviti perdangangan.
3.1.3 Sosial

23

Leonard Y. Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 50

Persamaan dari aspek Sosial pula dapat dilihat daripada tujuan sesebuah perkhawinan ini
dilaksanakan untuk mengukuhkan kedudukan seseorang pemerintah dan untuk menjaga
keamanan negeri. Persamaan ini wujud di negeri Kelantan dan juga Selangor.
Di negeri Kelantan, perkhawinan antara Tengku Muhammad dengan Puteri Long Yunus
adalah untuk mengekalkan kedaulatan kerajaan Terengganu ke atas Kelantan24.Tindakan ini
telah ditentang oleh putera-putera Long Yunus secara sulit. Seterusnya ialah perkhawinan politik
antara putera Sultan Terengganu dengan puteri Yang Di Pertuan Tengku Muhammad juga
membawa erti bahawa kemungkinan bakal pengganti Yang DiPertuan akan dipegang oleh
sesorang Putera Sultan Terengganu. Hal ini menyebabkan pengaruh kerajaan Terengganu
bertambah besar walaupun ia cuba dihapuskan oleh putera-putera Long Yunus.25
Negeri Selangor juga turut melaksanakan perkhawinan yang bertujuan untuk
mengukuhkan kedudukan dan juga mengembalikan keamanan di Selangor. Sultan Abdul Samad
iaitu Sultan Selangor telah mengawinkan puterinya Raja Arfah dengan Tengku Dhiauddin iaitu
adik kepada Sultan Kedah yang dikenali sebagai Tengku Kudin.Tengku Dhiauddin telah dilantik
sebagai wakil raja mutlak. Setelah dilantik sebagai wakil mutlak, beliau berperanan untuk
mentadbir negeri Selangor dan mengamankan pergaduhan yang berlaku antara raja Mahadi dan
Raja Abdullah akibat perebutan takhta. Kemudiannya peranan tersebut diambil alih oleh anaknya
Raja Ismail.
4.0 PERBEZAAN ASAS NEGERI-NEGERI MELAYU BARU
4.4.1 Politik
24

Abdullah Zakaria Ghazali. 1984. Terengganu dahulu dan sekarang. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Hlm 50
25
Rahmad Saripan. 1979. Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka. Hlm 52

Perbezaan dalam aspek politik adalah dari segi hubungan diplomatik yang diwujudkan.
Hubungan diplomatik ini terbahagi kepada dua iaitu dengan kuasa luar ataupun hubungan
diplomatik dengan pemerintah di negeri-negeri Melayu yang lain sahaja. Perbezaan hubungan
diplomatik ini wujud di negeri Terengganu dan Selangor. Hubungan diplomatik dengan Negara
luar di Terengganu adalah hubungan diplomatik dengan Siam. Manakala, dinegeri Selangor
adalah hubungan dengan raja-raja Melayu.
Hubungan diplomatik Terengganu dengan Siam terjalin semasa pemerintahan Sultan
Mansur I yang merupakan Sultan Terengganu yang kedua. Beliau dianggap sebagai Sultan yang
bijak dalam pemerintahan dan hubungan diplomatik bagi menjaga keamanan dan kebajikan
rakyat. Bedasarkan buku Sejarah Darul Iman, hubungan diplomatik ini dikaitkan dengan
hantaran Bunga Emas ke Siam.26
Pada tahun 1179H (1765), menyaksikan Sultan Mansur telah berangkat ke Kelantan di
sebelah Barat dan diiringi oleh berpuluh buah perahu yang penuh dengan kelengkapan perang.
Pada ketika itu, Raja Siam telah meminta bantuan Terengganu untuk sama-sama menyerang
Legor. Setelah diketahui oleh Raja Legor, beliau beranggapan bahawa tiada harapan lagi dan
Raja Legor tunduk di bawah pemerintahan Siam.
Raja Siam telah menghadiahkan Sultan Mansur berbagai-bagai jenis barang yang
dimuatkan ke dalam 20 buah perahu. Sultan Mansur pula telah membalas hadiah daripada Raja
Siam itu dengan membeli Bunga Emas.27 Oleh itu, Bunga Emas ini telah dihantar ke Siam 3 kali
setahun bagi tanda muhibah persahabatan antara dua buah negeri yang berdaulat.

26

Ibid. Hlm 56
Dato Haji Muhammad Saleh Bin Haji Awang.1983. Sejarah Darul Iman Hingga 1337H-1918M. Kuala Lumpur :
Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd. Hlm 144
27

Di Selangor, hubungan diplomatik dijalankan antara raja-raja Melayu sebagai contoh,


Tok Engku Klang telah menolak Raja Lumu sebagai Sultan Selangor sehingga ditabalkan oleh
Sultan Perak. Baginda telah ditabalkan oleh Sultan Mahmud, Perak di Kota Lumut dengan
memakai gelaran Sultan Salehuddin Syah. Selepas pertabalan, Sultan Salehuddin Syah
mengamalkan dasar luar yang agresif. Baginda mengadakan hubungan diplomatik yang baik
dengan kerajaan Perak adalah disebabkan sikapnya yang ingin berbaik-baik dengan orang Bugis
di Selangor.28 Pada ketika itu juga baginda telah megukuhkan

kedudukannya dengan

mengadakan hubungan diplomatik dengan raja-raja Melayu melalui perkhawinan. Sultan


Salehuddin Syah telah berkhawin dengan Puteri Raja Muda Perak.
4.4.2 Ekonomi
Perbezaan dari segi ekonomi berlaku di negeri Terengganu. Negeri-negeri Melayu baru
sama menjalankan aktiviti perdagangan, Kuala Terengganu pada dasarnya mempunyai
persamaan dari segi ekonomi seperti di Negeri Sembilan dan Selangor. Namun ia mempunyai
perbezaan sedikit, dimana negeri Terengganu mempunyai sistem mata wang dan rupa ganti duit
yang baru.
Dalam lingkungan kurun ke-16, 17 dan 18 Masihi, negeri Terengganu telah membentuk
duit-duit tempatan sendiri bagi menampung perdagangan yang sedang pesat berkembang.29 Jenis
nilai yang digunakan dan diperbuat dari logam emas adalah merupakan jenis nilai mas dan
kupang. Rupa bentuk duit ini sama seperti yang diedarkan oleh Kesultanan negeri Johor dan

28
29

Ibid. Hlm 145


Ibid

pada masa itu juga kegunaan duit negeri Johor telah disahkan dan diperlakukan di negeri
Terengganu tanpa sekatan dan larangan.30
Pada kurun ke-18 duit emas jenis nilai kupang itu dibuat bersamaan dengan 12 sen
atau 1 rial, daripada Dolar Spanyol di mana pada masa itu Dolar Spanyol ini telah dijadikan
unit asas mata wang di seluruh Tanah Melayu31. Walau bagaimanapun apabila dikaji secara jelas
didapati bahawa dipermukaan duit itu tertera nama Sultan Zainal Abidin Shah dan sebelah
belakangnya dengan kata-kata pujian Khalifatul Mukminin dalam bentuk tulisan Jawi/Arab dan
ianya tidak bertarikh kecuali pada satu jenis yang dijumpai mengandungi tahun hijrah 1120 A.H
bersamaan 1708.32
Selain itu, di Terengganu, selain dari duit-duit emas, duit-duit pitis juga dibentuk
menggunakan logam timah untuk menampung kekurangan duit-duit emas dan dolar-dolar asing
yang digunakan secara meluas dibandar Terengganu. Dimuka depan duit pitis ini tertera ayat
Malikal al Adil dalam tulisan Jawi/Arab dan dibelakangnya dengan ayat Khalifahtul
Mukminin. Lama kemudiannya diikuti dengan satu siri baru pitis yang dibentuk secara kasar
dan bertarikh pada tahun 1892. Pitis ini boleh ditukarkan dengan jenis nilai iaitu 10 pitis
bersamaan dengan jenis nilai 1 sen duit dolar Mexico.33
Dibelakang duit ini juga tertera dengan ayat Jawi Kerajaan Terengganu 1325 dikelilingi
dengan bulatan titik-titik diluarrnya pula didapati 3 bintang yang membahagikan huruf S, Z dan
A iaitu kependekan nama Sultan Zainal Abidin.34 Pada tahun 1920, negeri Terengganu telah

30

Abdullah Zakaria Ghazali. 1984. Terengganu dahulu dan sekarang. Kuala Lumpur : Persatuan Muzium Malaysia
Muzium Negara. Hlm 29
31
Ibid
32
Ibid
33
Ibid. Hlm 31
34
Ibid

mengalami kekurangan duit kerajaan negeri terpaksa mengilang duit baru untuk menampung
kekurangan yang menjejaskan ekonomi negeri. Kerajaan terpaksa menggunakan semula acuan
yang bertarikh 1907, tetapi selepas itu duit ini ditarikh semula daripada edaran dan ini telah
disempurnakan pada tahun 1921. Mengikut rekod yang ada,duit jenis ini telah dikilang sebanyak
1 juta keeping.35
Seterusnya, mata wang yang terdapat di Terengganu ialah Jokoh keramik dan Jokoh
Timah.Dua sistem kewangan ini merupakan bentuk ganti duit. Jokoh keramik adalah hasil cukai
yang banyak dari pengeluar lessen tempat-tempat orang cina melalui kapitan cina. Hasil yang
banyak juga dipungut melalui pengeluaran buah dadu dan ganti duit yang dibuat khas untuk
perjudian ditempat yang diluluskan oleh kerajaan.36 Manakala Jokoh Timah pula satu rupa
bentuk dengan duit cash chiratetapi ia menggunakan logam timah. Jokoh baru ini ditukarkan
kepada dolar Spanyol dan Mexico.37
Akhir sekali, di negeri Terengganu ini terdapat satu lagi jenis ganti duit yang dikeluarkan
oleh saudagar Singapura khas untuk digunakan di negeri Terengganu. Ianya dibentuk
menggunakan kepingan tembaga dan berukuran garis 21mm. Di muka depannya dalam bentuk
tulisan jawi Negeri Terengganu manakala dibelakangnya pula tertera satu keeping 1251
A.H.38 Daripada kemajuan dan beberapa jenis mata wang dan bentuk ganti duit ini jelas
membezakan Terengganu dari segi ekonominya berbanding negeri Melayu lain.

35

Ibid
Ibid. Hlm 33
37
Ibid
38
Ibid.Hlm 35
36

4.4.3 Sosial
Dari segi sosial perbezaan asas yang dapat kita perbincangkan adalah adat yang
diamalkan disetiap negeri.. Adat Temenggung diamalkan disemua negeri Melayu Baru, berbeza
di Negeri Sembilan yang megamalkan adat pepatih.
Adat Temenggung diamalkan di negeri Melayu Baru kecuali Negeri Sembilan. Adat
Temenggung diasaskan oleh Datuk Ketemenggungan di Palembang. Dalam adat ini agama Islam
telah termasuk sebahagian daripada adat Temenggung. Pemerintahan yang diamalkan adalah
berbentuk autokratik iaitu kuasa tertinggi terletak di tangan Raja. Raja atau Sultan dibantu oleh
Pembesar dengan jawatan tertentu dan Pembesar di peringkat wilayah. Sultan berkuasa melantik
pembesar dan ketua kampung merupakan peringkat yang terbawah. Sultan merupakan lambang
perpaduan antara rakyat dan ketua Negara, dan segala keputusan harus mendapat persetujuan
dari Sultan.
Adat Temenggung ini anak lelaki raja akan mewarisi takhta kerajaan. Sekiranya Sultan
tidak mempunyai anak lelaki, maka akan digantikan oleh adik lelaki Sultan. Sekiranya, keduadua pihak ini tidak ada, maka bendahara akan menggantikan takhta kerajaan. Dari segi sistem
kekelurgaan, masyarakat ini lebih menekankan sistem nasa bapa (patrilineal), iaitu memberi
kepentingan kepada pihak lelaki.39 Misalnya, apabila isteri hendak tinggal dimana ia berdasarkan
toleransi antara kedua-dua pihak. Perkhawinan dalam adat temenggung, sesuai dengan susunan
masyarakat yang dua sisi, sistem perkahwinan Adat Temenggung adalah system endogamy.40
Larangan perkahwinan yang dikenakan antara lain adalah pertalian darah dua perempuan yang

39

Norhalim Hj. Ibrahim. 1993. Adat Perpatih Perbezaan Dan Persamaanya Dengan Adat Temenggung. Kuala
Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Hlm 135.
40
Ibid

bersaudara, sepersusuan dan perempuan yang telah diceraikan suaminya.41Dari segi perundangan
yang diamalkan oleh adat istiadat ini adalah bersifat pembalasan. Misalnya hukum bunuh di
balas bunuh, dan hukuman yang bersesuaian dengan hukum Islam.
Adat perpatih yang diamalkan di Negeri Sembilan ( tidak termasuk daerah Port Dickson)
dan Naning di Melaka, berasal dari Minangkabau. Nama adat pepatih adalah mengambil
sempena gelaran orang yang menyusur Adat Tuah Disakato, yakni adat yang diamalkan di
Minangkabau, Datuk Parapatieh Nan Sebatang (Datuk Perpatih Nan Sebatang).42 Dalam
sistem Adat Perpatih terdapat sistem perut dan suku. perut adalah unit terkecil dalam sistem
Adat Perpatih dan setiap perut akan diketuai oleh seorang buapak. Sistem pemerintahan yang
diamalkan adalah secara demokrasi iaitu golongan bawahan akan memilih pemimpin teratas.
Masyarakat akan memilih Buapak, tiga orang Buapak akan memilih Lembaga manakala
Lembaga pula akan memilih Undang dan Undang akan memilih seorang Yang Di pertuan Besar.
Hukum dan peraturan yang diamalkan Adat Perpatih adalah bertujuan untuk pemulihan
dan mementingkan konsep jalinan kekeluargaan. Kesalahan yang dilakukan boleh ditebus
dengan membayar ganti rugi. Ganti rugi yang dibayar berdasarkan kesalahan yang dilakukan
misalnya mangsa kecurian akan memperoleh ganti rugi barang yang hilang. Hukuman bunuh
hanya dilakukan oleh Yang Di pertuan Besar atau Undang sahaja, manakala hukuman yang lain
boleh dijatuhkan oleh Buapak dan Lembaga.
Amalan hidup masyarakat adat perpatih, tanpa mengira sama ada yang berkaitan dengan
social,

ekonomi

atau

politik,

adalah

berlandaskan

dengan

social,

ekonomi

atau

politik,berlandaskan dua kod etika dasar, iaitu muafakat dan bekerjasama (termasuk menyera dan
41
42

Ibid hlm 136.


Ibid hlm 94.

bergotong royong).

43

Adat mengatur bahawa sebelum menjalankan sesuatu aktiviti, keputusan

tentangnya harus dicapai melalui perbincangan bersama di kalangan ahli atau anggota kelompok
kekeluargaan yang berkenaan. Perbuatan berkumpul untuk perbincangan ini diistilahkan sebagai
berkampung atau kerapatan.44
Adat Pepatih juga mementingkan susur galur wanita iaitu mengutamakan jurai atau
keturunan wanita. Wanita mempunyai hak tersendiri iaitu mewarisi harta pusaka, anak
perempuan menjadi asas dalam wujudnya suku dan nasab keturunan dikira melalui ibu.
Perkhawinan dalam adat ini mestilah antara suku yang berbeza kerana perkhawinan sesama suku
dianggap mempunyai pertalian persaudaraan yang rapat. Suami perlu menyediakan tempat
tinggal untuk isteri dan anak-anak, berhampiran rumah keluarga isteri.45 Dua adat yang berbeza
ini telah memperlihatkan perbezaan asas antara negeri-negeri Melayu Baru pada abad ke-18.
5.0 KESIMPULAN
Penubuhan kerajaan negeri Melayu Baru di Tanah Melayu, menunjukkan persamaan dan
perbezaan asas yang jelas. Negeri-negeri Melayu Baru pada bidang politiknya menunjukkan
persamaan. Hal ini dapat dirumuskan bahawa pemerintah yang datang memerintah di negeri
Melayu Baru adalah keluarga baru dan bukan dari keluarga yang datang dari negeri tersebut.
Negeri Sembilan di perintah oleh Raja Melewar dari Pagar Ruyong, Kelantan oleh Long Yunus,
Selangor Sultan Salehuddin Syah, dan di Terengganu Tunku Zainal Abidin kesemua pemerintah
di negeri Melayu Baru ini adalah berasal dari negeri yang lain dan datang memerintah ke Negeri
Melayu Baru. Persamaan yang dari segi ekonomi dapat dirumuskan kesemua negeri-negeri
Melayu Baru menjalankan ekonomi perdangangan, Cuma berbeza sedikit di Negeri Terengganu
43

Ibid hlm 127.


ibid
45
Ibid
44

ia mempunyai sistem mata wang. Dari segi sosial dapat kita simpulkan persamaan dan
perbezaannya. Persamaan dapat dilihat dalam pengamalan adat kesemua negeri Melayu Baru
melaksanakan adat Temenggung kecuali di Negeri Sembilan yang melaksanakan adat Pepatih.
Hal ini dapat dilihat persamaan dan perbezaan di Negeri Melayu dari segi sosialnya. Secara
umumnya

penubuhan negeri Melayu Baru menunjukkan banyak persamaan berbanding

berbezaan. Penubuhan kerajaan Melayu baru ini banyak mendatangkan manfaat dan kelebihan
terhadap Tanah Melayu pada abad ke-18.

BIBLIOGRAFI
Abdullah Zakaria Ghazali. 1984. Terengganu dahulu dan sekarang. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
Dato Haji Muhammad Saleh Bin Haji Awang.1983. Sejarah Darul Iman Hingga 1337H1918M. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.
Dr Haryati Hasan. 2014. Malaysia: Melaka Hingga Negeri-Negeri Melayu Baru. Jabatan Sejarah
Fakulti Sains Kemanusiaan: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Haji Buyong Adil. 1981. Sejarah Negeri Sembilan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Haji Muhammmad Saleh Bin Haji Awang. 1983. Sejarah Darul Iman Hingga 1337-1918. Kuala
Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn.Bhd.

Hkoo Kay Kim. 1989. Selangor Darul Ehsan, Satu persepsi Sejarah. Kuala Lumpur: Muzium
Negeri Selangor Darul Ehsan.

J.Kenedy. 1970 . History of Malaya. New York: Macmilan St. Martia`s Press.

J.M Gullick. 1960. History of Selangor 1742-1957. Singapura : Eastern University Press.

J.M. Gullick. 1998 . A History of Selangor 1766-1939. Selangor: Printed by Academe Art &
Printing Services Sdn Bhd.

J.M. Gullick. 2003. A History of Negeri Sembilan. Selangor: Academe Art & Printing Services
Sdn Bhd.
Lee Kam Hing dan Mohd Yusoff Hashim. 1992. Peperangan Selangor-Belanda: Sebab dan
Akibat Dalam Sejarah dan Proses Pembangunannya. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah
Universiti Malaya dan Lembaga Muzium Sultan Alam Shah.

Leonard Y. Andaya. 1987. Kerajaan Johor 1641-1728 Pembangunan Ekonomi dan Politik.
Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Norhalim Hj. Ibrahim. 1993. Adat Perpatih Perbezaan Dan Persamaanya Dengan Adat
Temenggung. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Norhalim Hj.Ibrahim. 1998. Sejarah Linggi. Shah Alam : Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Ooi Jin Bee. 1967. Land People and Economy In Malaya.London : Longman.

Rahmat Saripan. 1979. Perkembangan Politik Melayu Tradisional Kelantan 1776-1842. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

Yusof Hassan. 1981. Sejarah dan kesan-kesan Sejarah Kuala Selangor. Petaling Jaya: Tra-Tra.

Anda mungkin juga menyukai