Anda di halaman 1dari 17

FAKULTI PENDIDIKAN

MUKA DEPAN TUGASAN


SESI: 2011/2012

NAMA DAN
NOMBOR PELAJAR: FAIZAH BINTI OTHMAN
(P 54507)
KOD KURSUS

: GGGB 6133

TAJUK TUGASAN

PENSYARAH

SKIZOFRENIA (Tugasan Individu)

DR. RUSLIN BIN AMIR

PENGAKUAN
Saya akui tugasan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya saya jelaskan sumbernya, samada secara eletronik atau
cetakan.

TANDA TANGAN: __________________________ TARIKH: 6 JANUARI 2012

TAJUK : SKIZOFRENIA

1. PENGENALAN
Skizofrenia ialah sejenis penyakit yang menganggu pemikiran seseorang. Ia adalah
kecelaruan mental yang paling lazim berlaku dan merupakan kecelaruan mental yang
kompleks dan sukar untuk ditentukan. Kecelaruan mental ini menjadikan penghidapnya
mengalami simptom psikotik seperti halusinasi dan delusi. Secara dasarnya kecelaruan
skizofrenia juga dikenali psikosis. Skizofrenia menyebabkan penghidapnya gagal untuk
berfungsi terhadap perkara asas dengan baik. Kebiasaannya penghidap skizofrenia gagal
berfungsi secara sosial dan persekitaran serta tidak berupaya untuk menguruskan diri
mereka sendiri. Skizofrenia sebenarnya adalah satu penyakit kronik dan merupakan
masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak
didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai
pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka. Keadaan ini biasanya
menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka juga sering bercakap perkara-perkara
yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak bercakap selama
berjam-jam atau kelihatan baik sehinggalah memerkatakan apa yang mereka fikirkan.
Gangguan ini dikaitkan dengan ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang
dipanggil neurotransmiter.
Di Malaysia, masyarakat masih memandang hina terhadap pesakit skizofrenia
yang sering digelar sebagai orang gila. Justeru, penghidap skizofrenia sering terpinggir
dalam masyarakat. Di Amerika Syarikat sendiri, kajian membuktikan, bahawa pravalen
tiga daripada 1,000 orang adalah penghidap skizofrenia manakala di Malaysia,

berdasarkan statistik perangkaan pada tahun 2003, seramai 11,120 orang merupakan
penghidap skizofrenia. Jumlah ini meningkat kepada 17,250 orang pada tahun 2005 dan
dikatakan ia semakin bertambah tahun demi tahun (Kosmo, 14 November 2011).
2. SEJARAH SKIZOFRENIA
Kecelaruan skizofrenia telah ditemui sejak beratus tahun dahulu. Seawal tahun 1860 ahli
psikiatri terkenal dari Perancis, Morel menghuraikan sindrom ini sebagai demence
precox. Pada 1896, Father of Psychiatrist Emil Kraeplin dari Jerman menggelarkan
kecelaruan ini sebagai demensia praecox. Perkataan demensia dalam bahasa Latin
membawa maksud pecahan dalam fungsi mental dan praecox pula bermaksud sebelum
peringkat matang. Kraeplin menjelaskan bahawa kecelaruan ini merujuk kepada
peringkat gangguan yang melemahkan kemampuan proses pramatang otak bagi
seseorang itu. Beliau turut menjelaskan bahawa kecelaruan ini memerihalkan keadaan
perpecahan mental yang bermula dari zaman kanak-kanak. Antara simptom dalam
kecelaruan ini ialah halusinasi, delusi, penarikan sosial dan berlakunya gangguan dalam
memberikan tumpuan.
Sementara pada tahun 1911 ahli psikiatri dari Sweeden, Eugen Bleular telah
menyangkal teori yang dikemukakan oleh Kraeplin. Bleular menolak penakrifan
demensia praecox kerana menganggap kecelaruan ini sebagai simptom atau kejadian
yang berlaku secara semulajadi pada seseorang itu. Bleular menggantikan demensia
praecox dengan schizophrenia. Schizo bermaksud terbelah, tercerai atau terpisah (split)
iaitu perpecahan dalam pemikiran. Phrenia pula bermaksud fungsi psychic atau mind
(minda) iaitu antara keadaan reality dan fantasi. Dalam kata lain schizophrenia ialah split
of the mind. Bleular juga mempercayai bahawa kecelaruan ini bukanlah sekadar
kecelaruan personaliti semata-mata malahan terjadi disebabkan oleh keadaan tekanan
yang dialami. Namun begitu beliau tetap bersetuju dengan cadangan simpton yang wujud
dalam kecelaruan ini seperti dinyatakan oleh Kraeplin, iaitu halusinasi, delusi, penarikan
sosial dan gangguan dalam memberikan tumpuan. Pendapat ini diterima ramai oleh ahli
psikiatri dan kekal sehingga hari ini. Pengalaman atau keadaan yang dirasai dan dialami

oleh penghidap skizofrenia terlalu sukar untuk difahami sehingga ada yang menyatakan
bahawa:
.you think you know what its like to have schizophrenia, but you
really dont. No one knew what it feels to have this problem unless they
have actually had them. (Mueser dan Gingerich, 1955)
3. PUNCA-PUNCA SKIZOFRENIA
Menurut Emil Kraeplin dalam Azizi Yahya (2007), skizofrenia merupakan penyakit otak
yang terjadi akibat kecacatan atau gangguan pada otak yang berlaku secara semulajadi.
Skizofrenia juga dipercayai terjadi hasil daripada gangguan sistem biologi pada otak
manusia. Kajian berterusan tentang skizofrenia dari tahun 1940 hingga 1960 mendapati
skizofrenia terjadi daripada institusi keluarga yang pincang. Kajian ini mengemukakan
tiga teori menerangkan punca skizofrenia berlaku iaitu:
(1) Teori pertama: semasa penghidap skizofrenia sedang membesar mereka
mengalami keadaan tekanana perasaan berganda atau double bind messages
daripada ibu bapa atau anggota keluarga mereka sendiri. Tekanan perasaan
berganda bermaksud wujud ketidakselarasan perkataan dengan perbuatan.
Contohnya: si ibu menyebut perkataan ibu sayang kamu kepada penghidap
skizofrenia tetapi dalam masa yang sama memukul dan tidak langsung
membelai dengan penuh kasih sayang. Pengucapan yang tidak selaras dengan
perbuatan ini menimbulkan kecelaruan dalam struktur pemikiran dan persepsi
si penghidap.
(2) Teori kedua: skizofrenia berlaku kerana penghidap tidak mendapat kasih
sayang yang sepenuhnya daripada ibu mereka. Teori ini menyatakan bahawa
ibu memainkan peranan yang penting dalam pembentukan skizofrenia.
Kurangnya kasih saang daripada ibu yang merupakan insan yang paling rapat
dengan anak akan menyebabkan penghidap skizofrenia merasakan diri mereka
sangat terpinggir dan tidak dipedulikan.

(3) Teori ketiga: perkahwinan yang bermasalah juga boleh menyebabkan


skizofrenia berlaku. Pasaangan suami isteri yang tidak matang dalam
menguruskan hal ehwal rumah tangga akan menimbulkan pertengkaran
dengan kadar yang kerap. Ini seterusnya akan menerbitkan tekanan dan
memberikan kesan kepada perkembangan mental dan persepsi anak-anak.

Menurut Pengerusi Institut Pembangunan Keluarga & Kanak-Kanak NURY,


Dato Dr Noor Laily, skizofrenia ini sebenarnya disebabkan oleh kecederaan otak
yang terjadi kepada seseorang selepas umur empat hingga lima tahun, di waktu
umur remaja atau yang telah melalui beberapa kali kecederaan di kepala seperti
jatuh dari pokok, jatuh motosikal dan sebagainya. Tanda-tandanya seperti anak
kecil yang mengalami masalah yang dikenali ramai sebagai autisma.Selain
daripada kecederaan otak, faktor baka atau keturunan juga boleh memainkan
peranan (sumber: http://www.puspanita.org.my)
4. CIRI-CIRI SKIZOFRENIA
Simptom skizofrenia dapat dibahagikan kepada tiga aspek yang penting melibatkan
kecelaruan kognitif, gangguan emosi dan kecelaruan tingkah laku.
4.1 Kecelaruan Kognitif
Ciri utama adalah penghidap skizofrenia mengalami keadaan tidak berpijak di alam
nyata. Pesakit biasanya mempunyai kepercayaan ganjil dan tidak betul, mempunyai
persepsi yang herot, pemikiran dan bahasa yang terpisah-pisah dan tidak logik. Mereka
juga mengalami kecelaruan tumpuan iaitu tidak dapat memberikan tumpuan kepada
sesuatu perkataan atau peristiwa. Menurut Ramli (1978) dalam Azizi (2006) seseorang
yang mengalami kecelaruan ini ialah seorang introvert yang suka bersendirian, sukar dan
tidak berasa selesa bergaul dengan orang lain serta gemar berkhayal dan lebih suka hidup

dengan fantasinya sahaja.Kecelaruan persepsi ini dikenali sebagai halusinasi dan


kecelaruan kepercayaan pula dikenali sebagai delusi. Kecelaruan kognitif dapat
dibahagikan kepada dua iaitu halusinasi dan delusi.
4.1.1

Halusinasi (Hallucination)

Ia adalah pengalaman persepsi tanpa kehadiran rangsangan deria. Pesakit mungkin dapat
mendengar, melihat, merasa ataupun mencium sesuatu yang sebenarnya tidak ada di
persekitarannya. Halusinasi ini seolah-olah seperti benar kepada pesakit dan mungkin
disebabkan oleh kebimbangan dan perubahan-perubahan fungsi dalam sistem saraf. Bagi
manusia yang normal mimpi semasa tidur yang dialami mungkin dapat menggambarkan
halusinasi bagi penghidap skizofrenia. Jenis-jenis halusinasi dapat dikategorikan seperti
berikut:
4.1.1.1 Halusinasi pendengaran:
Seseorang itu dapat mendengar suara seperti mendengar suara seperti mendengar suara
tuhan, hantu, jiran ataupun saudara mara yang mungkin akan mengatakan sesuatu yang
baik ataupun tidak baik walhal suara itu tidak ada.
Kajian McGuire, Shah & Murray(1993), mendapati sebahagian daripada otak
yang paling aktif semasa halusinasi adalah daripada kawasan Broca. Kawasan Broca
adalah

kawasan

pertuturan.

Sementara

kawasan

Wernickes

adalah

kawasan

pendengaran.Menurut Hoffman, Rapoport, Mazure & Quinlan (1999) dalam Barlow &
Durand (2002) dapatan yang diperolehi daripada pemerhatian menyokong teori yang
menyatakan seseorang yang mengalami halusinasi sebenarnya tidak mendengar suara
luar tetapi mendengar suaranya sendiri dan tidak boleh membuat perbezaan sebenar.
4.1.1.2 Halusinasi penglihatan:

Ia berlaku apabila penghidap skizofrenia dapat melihat sesuatu dengan jelas, dekat dan
bergerak tetapi pada hakikatnya tidak dapat dilihat oleh orang yang normal. Contohnya,
seseorang itu dapat melihat Tuhan, nabi, roh orang yang telah mati dan sebagainya.
4.1.2

Delusi ( Delusion) :

Menurut Mueser dan Gingerich (1995) delusi merupakan kepercayaan yang salah yang
tidak dikongsi dengan orang lain. Ia adalah kepercayaan yang tidak berdasarkan realiti
dan sering menganggapnya sebagai perkara yang betul-betul berlaku. Kepercayaan yang
salah ini tidak dapat dibetulkan dengan alasan, berlaku tidak kira latar pendidikan atau
budaya seseorang itu. Sebagai contoh pesakit percaya bahawa beliau adalah keturunan
nabi, orang yang terkenal ataupun percaya ada pihak cuba menipu, memalukannya,
mengintip, menjatuhkannya, mencederakan, membunuh ataupun menghancurkannya.
Terdapat beberapa jenis delusi iaitu:
4.1.2.1.1

Delusi Penyeksaan dan Penganiayaan: pesakit mempercayai bahawa


masyarakat sentiasa berbicara tentang dirinya, mengawasi tindak
tanduknya, menyimpan dendam terhadapnya dan cuba membunuhnya.

4.1.2.1.2

Delusi Kebesaran dan Kemuliaan: wujud daripada perasaan rendah diri


dan berasa diri tidak selamat. Pesakit mempercayai bahawa orang sentiasa
mengawasinya kerana kekuasaan yang dimilikinya.

4.1.2.1.3

Delusi Pengaruh: pesakit percaya adanya kuasa luar yang cuba


mengawasinya. Dia juga merupakan individu yang dapat mempengaruhi
orang lain dengan utusan atau perintah daripada Tuhan yang
dipertanggungjawabkan.

4.1.2.1.4

Delusi Hipokondriak: pesakit merasakan kesakitan tubuh badan yang pada


hakikatnya adalah palsu.

4.1.2.1.5

Delusi

Sangkaan:

pesakit

percaya

semua

perbuatan

tertumpu

kepadanya.Semua berita di akhbar, radio dan televisyen hanya berbicara


tentang dirinya.

4.1.2.1.6

Dipersonalisasi: pesakit percaya tubuh badan mereka berubah bentuk


kepada bentuk yang tidak menyerupai manusia.

4.1.2.1.7

Derealisasi: pesakit percaya alam semulajadi mengalami perubahan yang


jelas.

4.2 Gangguan Emosi


Gangguan emosi ini bermaksud kurang ataupun tidak menunjukkan gerak balas emosi
ataupun mempunyai gerak balas emosi yang tidak sesuai dengan situasi. Proses
pemikirannya sering kali tidak logik dan tidak berkait atau berkesinambungan antara satu
dengan lain. Misalnya, bersedih ketika orang lain bergembira, ketawa ketika orang lain
menangis dan sebagainya. Antara jenis-jenis gangguan emosi adalah:
4.2.1

Emosi yang tidak sesuai: berlaku apabila emosi tidak sesuai dengan situasi
berlaku kepada pesakit.Contohnya, apabila diminta mematikan radio, pesakit
akan ketawa secara keterlaluan.

4.2.2

Emosi malap: emosi yang sentiasa murung dan tidak menceriakan.


Contohnya, pesakit hanya senyum sedikit, tanpa menunjukkan senyuman yang
sewajarnya apabila diberikan hadiah.

4.2.3

Emosi berlebih-lebihan: berlaku apabila pesakit mengalami emosi yang


berlebihan daripada yang sepatutnya. Contohnya, pesakit menunjukkan
kegembiraan yang melampau seperti melonjak-melonjak dan ketawa yang
kuat apabila diberikan duit walaupun hanya berjumlah 50 sen.

4.2.4

Emosi mendatar: berlaku apabila pesakit tidak menunjukkan tindak balas


emosi terhadap peristiwa atau situasi yang berkaitan dengan dirinya.
Contohnya, pesakit tidak menunjukkan sebarang reaksi apabila diberitahu
bahawa kucing kesayangannya mati.

4.2.5

Anhedonia:

keadaan pesakit tidak

mampu

mengalami

keseronokan,

menyebabkan emosi pesakit kosong dan sesetengah daripada mereka akhirnya


membunuh diri.

4.3 Kecelaruan Tingkah Laku


Kecelaruan tingkah laku berlaku apabila pesakit menarik diri daripada perhubungan
sosial (tarik diri sosial). Dalam kes tertentu, mereka inginkan hubungan yang rapat
dengan orang lain, tetapi takut kepada orang ramai ataupun menunjukkan kurang minat
pada orang lain. Kadangkala pesakit hilang motivasi, tiada aktiviti yang bermatlamat.
Mereka juga mengalami kecelaruan motor seperti melakukan ekspresi muka yang ganjil,
terlalu aktif ataupun sebaliknya tidak bergerak langsung ataupun seperti robot.
Kadangkala bahasa pesakit sukar difahami. Mereka juga boleh bertindak seperti kanakkanak dan menunjukkan tingkah laku yang kurang sesuai di khalayak ramai misalnya
daripada segi pakaian. Terdapat pesakit yang tidak mampu menjaga dan membersihkan
diri seperti tidak mandi,menggosok gigi dan menukar pakaian. Menurut Hawari (2003),
seseorang yang menderita skizofrenia adalah seseorang yang mengalami keretakan jiwa
atau keretakan keperibadian.
5. JENIS-JENIS SKIZOFRENIA
Mengikut DSM-IV, terdapat tiga jenis skizofrenia yang utama iaitu skizofrenia paranoid,
heberfrenik dan katatonik.
5.1 Skizofrenia Paranoid
Pesakit mempunyai kepercayaan palsu atau delusi yang sentiasa menyimpang daripada
kebenaran yang normal. Ciri-cirinya pesakit mengalami halusinasi, delusi, suka
bertengkar dan curiga terhadap orang lain. Pesakit percaya mereka mempunyai identiti
lain daripada identiti dirinya yang asal, seperti nabi atau makhluk ghaib. Pesakit percaya,
dia mempunyai kuasa atau bakat tokoh-tokoh berkenaan. Keadaan ini biasanya dirujuk
sebagai skizofrenia besar (skizofrenia grandeur). Pesakit curiga pada orang lain dan
menunjukkan kemarahan yang berlebih-lebihan. Misalnya, mereka mungkin mencurigai
orang lain dan percaya mereka akan diculik, dimalukan atau dibunuh. Mereka akan
bertindak ganas dengan tujuan melindungi diri mereka berdasarkan kepercayaan palsu

ini. Pesakit secara relatifnya kelihatan normal seperti orang normal yang lain meliputi
wajah, berpakaian dan seumpamanya. Skizofrenia ini juga disebut skizofrenia parafenik
atau parafrenia.
5.2 Skizofrenia heberfrenik (kacau-bilau)
Skizofrenia heberfrenik adalah jenis yang paling serius dan sering dialami pada peringkat
awal kehidupan seseorang. Ciri-cirinya adalah suka menarik diri daripada bersosial
secara ekstrim, halusinasi, delusi, kebodohan, mempamerkan tingkah laku yang tidak
sesuai, tingkah laku ganas dan tingkah laku ganjil yang lain. Skizofrenia jenis ini sama
seperti paranoid daripada segi adanya delusi dan halusinasi, tetapi tidak teratur, berpecahpecah sehingga ia tidak mempunyai

makna langsung. Pesakit kebiasaannya

mempamerkan tingkah laku yang tidak senonoh, kurang sopan, lucah dan kotor.
Contohnya, berpakaian kotor ataupun memakan makanan yang tidak sepatutnya.
Keadaan ini terjadi disebabkan berlakunya perpecahan personaliti dan pesakit
mempunyai peluang amat tipis untuk sembuh. Skizofrenia ini juga kadangkala disebut
sebagai kecelaruan skizofrenik.
5.3 Skizofrenia katatonik
Pesakit biasanya tidak menunjukkaan pergerakan langsung (tubuh badan menjadi kaku)
dan tidak sedarkan diri ataupun menggoyangkan badannya dengan cara yang melampau.
Biasanya pesakit bertindak dalam kedua-dua keadaan, iaitu berdiam diri (kaku seperti
patung) dalam beberapa waktu dan menggoncangkan badan ataupun bercakap tidak
henti-henti dalam waktu yang lain. Mereka mungkin berada dalam keadaan kaku
sehingga beberapa jam lamanya.
5.4 Skizofrenia delusi (skizofrenia besar)
Pesakit akan mengalami delusi yang bersifat tidak logik dan tidak disertai halusinasi.
Kecelaruan delusi bermaksud kecelaruan kepercayaan iaitu individu percaya bahawa
dirinya adalah orang tertentu dan bukan diriya yang sebenarnya. Pesakit mungkin percaya

dirinya adalah utusan tuhan dan diberi tugas menyelamatkan manusia. Dakwaan mereka
kadangkala boleh diterima oleh orang lain dan akhirnya mereka mempunyai ramai
pengikut. Tokoh-tokoh ajaran sesat dikatakan mengalami kecelaruan delusi ini, di mana
mereka akhirnya dianggap oleh masyarakat sebagai orang yang berbahaya daripada segi
keselamatan dan kefahaman.
6. KAEDAH RAWATAN SKIZOFRENIA
Skizofrenia selalunya dirawat dengan gabungan terapi ubat antipsikotik, terapi sokongan
dan psikopendidikan. Berikut disenaraikan beberapa pendekatan:
6.1 Pendekatan biologi
Pendekatan ini merujuk pada pengambilan ubat antipsikotik iaitu dadah seperti thorazine,
melaril, stelazine dan prolixin yang pada umumnya menghasilkan kesan yang sama. Ubat
ini akan mengurangkan aktiviti reseptor dopamin otak yang akan dapat mengurangkan
halusinasi dan delusi pesakit tetapi tidak dapat menyembuhkan penyakit ini. Menurut
Mueser dan Gingerich (1995), rawatan dan ubat-ubatan untuk kecelaruan skizofrenia
bermula pada tahun 1950 apabila ubatnya ditemui secara tidak sengaja semasa ahli sains
membuat kajian tentang hipertekanan yang melibatkan tekanan darah tinggi. Pada masa
itu, thorazine telah digunakan untuk uji kaji kepada haiwan tetapi menghasilkan
keputusan yang negatif. Thorazine turut diuji kepada pesakit skizofrenia dan
menghasilkan keputusan positif yang begitu memberangsangkan. Menjelang tahun 2000
terdapat lebih banyak ubat antipsikotik yang dihasilkan seperti clozapine, risperidone dan
olanzapine tetapi tetap mempunyai kesan yang sama iaitu hanya mencegah pesakit
daripada mengalami gangguan yang lebih teruk dan mengurangkan tekanan yang dialami
serta mengurangkan episod psikotik pesakit.
6.2 Terapi Konvulsi Elektrik (kejutan)

Terapi Konvulsi Elektrik (TEK) dikenali sebagai terapi kejutan. Elektrik bervoltan rendah
digunakan untuk memberikan kejutan secara teraputik kepada sistem otak.
6.3 Pendekatan psikoanalisa dan terapi psikodinamik
Pendekatan ini cuba dijalankan tetapi ia mendapat tentangan daripada Freud. Freud tidak
yakin pada pendekatan ini kerana perhubungan pesakit dengan dunia fantasi sukar
menjalinkan hubungan baik antara pesakit dan kaunselor. Pengamal pendekatan
psikoanalisa lain seperti Harry Swtack Sullivan dan Frieda Fromm-Reichmann cuba
mencipta cara khusus bagi menyelesaikan masalah pesakit skizofrenia tetapi kurang
berjaya bahkan mendapat kritikan. Ini kerana kajian psikoanalisa dan psikodinamik yang
dijalankan tidak dapat membuktikan pesakit dapat diubati.
Kaedah psikodinamik menekankan pesakit yang menghadapi masalah dalam
membebaskan diri mereka daripada kekecewaan-kekecewaan yang dialami sejak dahulu.
Antaran kekecewaan yang dialami ini adalah hasil daripada salah interaksi antara struktur
id, ego dan superego. Ini semua akan menimbulkan kebimbangan yang sukar dikesan.
Oleh itu dalam sesi terapi ini, teknik perkaitan bebas (free association) digunakan di
mana pesakit diminta mengeluarkan segala yang terpendam dalam fikiran, perasaan dan
hatinya. Mereka tidak dibenarkan menyekat atau menahan apa-apa perasaan, fikiran, rasa
hati, masalah atau fantasi ataupun yang tidak munasabah daripada pakar terapi.
Tujuannya supaya semua konflik yang dialami secara sedar atau tidak sedar dibawa
keluar ke alam sedar dan dikenali serta difahami oleh pesakit. Kini kaedah terapi individu
banyak digunakan dan terbukti dapat mengurangkan gangguan dan membantu pesakit
membina kemahiran sosial seperti bagaimana hendak berhadapan dengan kritikan orang
lain.
6.4 Kaedah rawatan sosiobudaya
Dalam kaedah ini peranan yang penting dimainkan oleh kumpulan etnik masyarakat bagi
membantu keluarga yang mengalami skizofrenia. Ini kerana keadaan pesakit skizofrenia
berbeza-beza di setiap tempat sama ada di Asia mahupun Eropah. Oleh itu, kaedah

rawatan ini lebih menekankan nilai moral dalam masyarakat seperti keluarga memberikan
sokongan yang sewajarnya kepada pesakit ini dan menyediakan tempat kerja yang sesuai
bagi mengembalikan hubungan pesakit dengan komuniti masyarakat. Secara tidak
langsung dapat mengendurkan emosi pesakit dan penerimaan pesakit terhadap
masyarakat. Kaedah ini sukar dilaksanakan memandangkan masyarakat selalunya
mempunyai pandangan yang negatif pada pesakit psikotik dan kurang memberikan
sokongan kepadanya untuk sembuh.
Menurut Rohana Saidin (2011), pengasas Rumah Titian Ashraful Rohaniah di
dalam satu Forum Memahami Skizofrenia: Menyangkal Prejudis dan Stigma Sosial di
Universiti Kebangsaan Malaysia,

di Malaysia paling menyedihkan apabila keluarga

sendiri yang membuang dan menyisihkan pesakit-pesakit skizofrenia ini. Sikap tidak
ambil peduli masyarakat terhadap penghidap skizofrenia dan memandang rendah kepada
mereka menyebabkan pesakit sukar untuk pulih. (sumber: Kosmo 14 November 2011).
Menurut Nevid, et al. (2000) anggota keluarga mampu untuk memainkan peranan
yang paling berkesan sebagai kumpulan sokongan. Konsep penerimaan sepenuhnya
daripada anggota keluarga sendiri mampu untuk memulihkan kecelaruan kecelaruan yang
dihidap oleh pesakit.
6.5 Program pemulihan
Rawatan secara program pemulihan merangkumi pelbagai kaedah tanpa melibatkan
komponen perubatan. Contohnya, program yang mengkhususkan objektifnya untuk
meningkatkan kemahiran sosial dan kemahiran vokasional. Penerapan kemahiran
seumpama ini berupaya untuk memberikan impak pemulihan yang positif kepada pesakit.
Menurut Selingman dan Rosenhan (2001), penerapan kemahiran seumpama ini penting
kerana

pada

kebiasaannya

pesakit

skizofrenia

menghadapi

kesukaran

untuk

melaksanakan kemahiran asas kehidupan biarpun kemahiran merupakan perkara yang


mudah bagi seseorang yang normal.
6.6 Program pembelajaran sosial

Pendekatan ini menggunakan pendekatan sistem ekonomi yang dilakukan di hospital


mental. Pesakit belajar mengenai tingkah laku yang formal seperti bagaimana mentadbir
semasa mesyuarat, mempunyai perwatakan yang kemas dan sentiasa menggunakan
perkataan yang sopan. Jika pesakit dapat melakukannya mereka akan diberikan ganjaran
sama seperti makanan, masa yang istimewa kepada mereka, mereka telah lulus ujian dan
sebagainya. Kaedah rawatan ini mengurangkan delusi dan halusinasi pesakit.
6.7 Psikoterapi
Psikoterapi melibatkan penggunaan teknik psikologi kepada pesakit. Ahli profesional
yang mengendalikan psikoterapi adalah seperti ahli psikologi, pekerja sosial dan
jururawat yang berpengalaman. Psikoterapi digunakan bersama-sama dengan ubatubatan. Kebanyakan pakar meyakini program pemulihan semakin berkesan jika program
ini melibatkan gabungan psikoterapi dan penggunaan ubat-ubatan antipsikotik. Kaedah
terapi kognitif-tingkah laku memperkuat kapisiti kebolehan pesakit untuk kembali
berfikir secara normal. Kaedah ini melibatkan latihan mental dan proses pemerhatiankendiri. Tetapi kognitif ini mengajar penghidap untuk menukar pemikiran dan tingkah
laku negatif kepada yang lebih normal. Pesakit diajar dengan teknik dan cara
menyelesaikan masalah dengan menggunakan pelbagai strategi. Sesi psikoterapi
memfokuskan masalah lalu, pengalaman, pemikiran, perasaan dan juga hubungan.
Contohnya, dengan berkongsi perasaan dan pengalaman penghidap akan lebih memahami
tentang diri mereka dan kecelaruan yang dihidap oleh mereka secara beransur-ansur.
7. KESIMPULAN
Penyakit ataupun kecelaruan skizofrenia merupakan gangguan kesihatan mental atau
lebih disebut ramai sebagai penyakit jiwa yang serius. Ini kerana pesakit berada ddalam
keadaan alam sedar dan khayalan. Skizofrenia menyebabkan penghidapnya gagal untuk
berfungsi terhadap perkara asas dan lazim dengan baik. Pesakit skizofrenia sukar untuk
dikenal pasti kerana keadaan fizikalnya tiada apa-apa perbezaan dengan orang normal.

Hanya pakar-pakar profesional sahaja dapat mengenal pasti pesakit yang mengalami
penyakit skizofrenia ini. Ubat untuk menyembuhkan penyakit ini juga masih belum
ditemui sehingga sekarang meskipun penemuan bagi rawatan dan ubat-ubatan untuk
penyakit skizofrenia ini telah bermula pada tahun 1950 lagi. Kaedah rawatan dan ubatubatan ini hanyalah bersifat meredakan ketegangan pesakit.
Di samping itu, penggunaan dadah dalam merawat pesakit juga boleh
menimbulkan kesan sampingan yang lain. Kebiasaannya pesakit-pesakit skizofrenia ini
akan tinggal di dalam hospital yang khusus bagi penyakit mental kerana tingkah laku
pesakit ini kadangkala amat bahaya sehingga kepada membunuh diri. Walau
bagaimanapun, jumlah pesakit yang berjaya disembuhkan amat sedikit disebabkan
mereka mengalami gangguan mental yang amat serius. Namun begitu terdapat juga
pesakit skizofrenia yang berjaya pulih sepenuhnya dengan gabungan rawatan dan ubatubatan yang diperolehi. Siapa sangka pemenang hadiah Nobel, John Nash dari Amerika
Syarikat (AS) yang juga seorang individu genius dalam bidang matematik merupakan
penghidap skizofrenia selama tiga dekad. Namun, selepas tiga dekad berjuang melawan
penyakit tersebut, Nash akhirnya berjaya pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan
normal seperti manusia biasa. (sumber: Kosmo 14 November 2011). Di dalam satu artikel
yang bertajuk Kasih sayang pulihkan skizofrenia juga membuktikan antara kaedah
yang dapat dilaksanakan untuk merawat pesakit-pesakit skizofrenia ini adalah melalui
pemupukan kasih sayang dan sikap tidak meminggirkan mereka. (sumber: Utusan
Malaysia 25 April 2010). Oleh itu, kerjasama dan sokongan daripada semua pihak
diperlukan bagi mengembalikan semula pesakit-pesakit ini ke alam normal.

Rujukan
Azizi Yahaya, Cathy Suhaila Abdullah, Roslee Ahmad dan Sharifuddin Ismai. 2006.
Kecelaruan tingkah laku. PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.
Azizi Yahaya dan Tan Soo Yin. 2007. Kesihatan Mental. Universiti Teknologi Malaysia.
Johor.

Barlow, D.H. & Durand, V.M. (2002). Abnormal psychology An integrative approach.
U.S.A.: Wadsworth Group
Hawari Dadang. (2003). Pendekatan Holistik Pada Gangguan Jiwa (Skizofrenia). Edisi
Kedua. Fakulti Kedokteran. Jakarta, Indonesia.
Mueser, K.T. dan Gingerich. S. 1995. Coping With Schizophrenia. Oakland, California.
New Harbinger Publications, Inc.
Nevide, J.S., Rathus, S.A dan Greene, B. 2000. Abnormal Psychology, Fourth Edition.
New Jersey. Prentice Hall.
Rabiatul

Adawiyah

Koh

Abdullah.

Kasih

sayang

pulihkan

skizofrenia

http://www.utusan.com.my (25/04/2010).
Selingman, E.P. dan Rosenhan, D.L. 2001. Abnormal Psychology. USA. W.W. Norton &
Company, Inc.
http://www.psychiatry-malaysia.org
http://www.kosmo.com.my
http://www.puspanita.org.my

http://www.utusan.com.my
http://www.umpress.um.edu.my/Newspaper/Memahami _Penyakit_Skizofrenia.html

Anda mungkin juga menyukai