Anda di halaman 1dari 5

Ulasan Jurnal 2

1.0

Tajuk Jurnal
Tahap Kesediaan Guru Sekolah Menengah Harian Mengamalkan Kepimpinan Tersebar, oleh Norasmah
Othman, dan Rofilah Md. Said dari Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia dalam Jurnal
Teknologi 64:1 (2013): 93-100 [ www.jurnalteknologi.utm.my ]

2.0

Penyediaan Abstrak oleh Penulis


Arus globalisasi dunia mencetuskan perubahan dalam dunia pendidikan di Malaysia. Perubahan dalam
pendidikan memerlukan kualiti kepimpinan dan pengurusan yang mantap dan efektif bagi menjamin
peningkatan sekolah. Penglibatan guru dan kesediaan guru selain pengetua sekolah amat diperlukan bagi
menghadapi perubahan ini. Oleh itu, jurnal yang ditulis oleh penulis dan rakannya adalah berkaitan
dengan kesediaan guru sekolah menengah harian mengamalkan dimensi amalan kepimpinan tersebar.
Kesediaan ini membantu pengetua dalam pengurusan sekolah dengan lebih efektif dan lancar.

3.0

Kandungan
3.1

Pengenalan
Penulis dapat memberikan penjelasan yang baik tentang kejayaan sekolah adalah disebabkan
kepimpinan sekolah yang mampu menggerakkan budaya kecemerlangan (Abdul Ghani, 2009).
Penulis juga menegaskan bahawa sesebuah organisasi tidak akan berkembang maju jika hanya
diurus oleh seorang pemimpin tetapi memerlukan pemimpin di setiap peringkat organisasi
(Fullan, 2007). Penulis juga mengemukakan bahawa kepimpinan sekolah boleh disebar luas
kepada guru-guru lain mengikut kepakaran dalam situasi yang berbeza untuk mengelakkan
bebanan tugas kepada seseorang sahaja (Gunter, 2001). Dalam pada itu, penulis juga menyatakan
bahawa sikap pengetua perlu mempercayai dan yakin akan guru-guru (Sergiovanni, 2007).

3.2

Permasalahan Kajian
Penulis dan rakannya ada menyatakan masalah dalam kajiannya. Pernyataan masalah dalam
jurnal penulis ialah guru berada dalam keadaan selesa dan menjadikan profesion keguruan tidak
mencabar. Selain itu, hubungan dua hala tidak wujud kerana guru kurang diberi ruang dan
peluang menyumbang idea dan pandangan. Namun demikian, terdapat persoalan yang timbul
sama ada para guru sudah bersedia untuk menerima dan mengamalkan tanggungjawab
kepimpinan tersebar dengan mempraktikkan ciri-cirinya demi keberkesanan organisasi sekolah.

3.3

Sorotan Kajian

Penulis membincangkan isu jurnal ini dengan merujuk kepada pernyataan orang lain. Contohnya
adalah seperti yang berikut:
i.

Elmore (2000) dan Harris (2004) mencadangkan bahawa corak kepimpinan memainkan
peranan yang penting dalam menjayakan sekolah.

ii.

Abdul Ghani (2009) berpendapat bahawa tidak ramai guru mahu berinteraksi dalam
mesyuarat kerana cadangan dan pendapat mereka kerap tidak dipedulikan.

iii.

Helterban (2010) menyatakan bahawa penambahbaikan sekolah yang berkesan


memerlukan kepimpinan diberi ruang untuk disebar luas dalam kalangan guru untuk turut
sama dengan pengetua mengurus dan memimpin organisasi sekolah demi pembangunan
dan pencapaian pelajar.

3.4

Kaedah Kajian
Penulis dan rakannya telah melakukan kutipan data iaitu secara kuantitatif dengan menggunakan
kaedah tinjauan dan soal selidik. Penulis menggunakan kaedah ujian t untuk mengukur
perbezaan tahap kesediaan amalan kepimpinan tersebar mengikut gender responden. Analisis
MANOVA iaitu ujian Boxs M dijalankan oleh penulis untuk mengukur perbezaan tahap
kesediaan guru-guru terhadap amalan kepimpinan tersebar berdasarkan pengalaman mengajar.
Selain itu, penulis juga menjalankan ujian Pos Hoc Scheffe untuk mengenal pasti perbezaan yang
wujud secara perinci. Penulis juga melakukan kajian rintis untuk mendapatkan kesahan dan
kebolehpercayaan instrumen sebelum kajian ini dilaksanakan. Penulis juga mendapatkan kesahan
dan kebolehpercayaan instrumen dengan ujian Cronbach Alphadiuji. Data yang dikutip dianalisis
dengan menggunakan program SPSS untuk mengenal pasti skor min untuk menunjukkan tahap
kesediaan.

3.5

Instrumen Kajian
Penulis menggunakan soal selidik untuk mengumpulkan data. Soal selidik yang digunakan oleh
penulis telah diadaptasi dari instrumen Distributed Leadership Readiness Scale (DLRS).
Intrumen kajian yang disediakan oleh penulis terdiri daripada dua bahagian. Bahagian A
memerihalkan maklumat berkaitan dengan demografi responden. Bahagian B meliputi item
untuk mengukur amalan kepimpinan tersebar guru yang merangkumi empat dimensi.

3.6

Dapatan Kajian
Daripada kajian yang dibuat oleh penulis dan rakannya, penulis mendapati bahawa tahap
kesediaan guru dengan amalan kepimpinan tersebar berada pada tahap tinggi iaitu antara min
4.02 hingga 4.30. Hal ini dapat dibuktikan lagi dalam dimensi perkongsian tanggungjawab
mempunyai skor min 4.30. Namun demikian, terdapat dua item yang menunjukkan responden
2

tahap sederhana tinggi. Kedua-dua item ini adalah berkaitan dengan perkara yang dimandatkan
oleh pengurusan tertinggi sekolah dan jarang sekali dikongsi dengan guru biasa. Seterusnya, min
dimensi budaya sekolah juga berada pada tahap tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa tahap
kesediaan guru-guru yang tinggi telah dapat membangunkan budaya permuafakatan sekolah.
Dimensi penentapan dan perkongsian visi, misi dan matlamat sekolah dalam amalan kepimpinan
tersebar berada pada tahap yang tinggi walaupun di kedudukan ketiga. Hal ini bermakna guruguru sampel bersedia dengan dimensi ini. Walaupun dimensi amalan kepimpinan di kedudukan
terakhir tetapi skor min yang tinggi iaitu 4.02.
Dari segi tahap kesediaan amalan kepimpinan tersebar mengikut gender, penulis
mendapati bahawa guru lelaki dan guru perempuan tidak signifikan, namun skor min guru
perempuan adalah lebih tinggi berbanding guru lelaki bagi keempat-empat dimensi.
Selain itu, dari aspek tahap kesediaan guru berdasarkan pengalaman mengajar yang
diukur oleh penulis juga menunjukkan tidak terdapat perbezaan varian-covarian yang signifikan
dalam kalangan pemboleh ubah bersandar untuk semua aras pemboleh ubah bebas. Nilai Wilks
telah menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan berdasarkan pengalaman dengan dimensi
penetapan & perkongsian visi, misi dan matlamat sekolah, tetapi tidak terdapat perbezaan
signifikan antara dimensi amalan kepimpinan berdasrkan pengalaman mengajar.
Penulis dan rakannya juga melakukan kajian mengenal pasti perbezaan yang wujud
secara perinci. Hasil dapatan daripada penulis dengan menggunakan ujian Pos Hoc Scheffe yang
menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tahap kesediaan guru berdasarkan
amalan kepimpinan tersebar dimensi penetapan & perkongsian visi, misi dan matlamat sekolah
dan dimensi amalan kepimpinan antara guru yang berpengalaman 5 tahun dan ke bawah dengan
11 tahun ke atas, kecuali dimensi budaya sekolah. Penulis telah menyertakan kajian-kajian orang
lain untuk menyokong bahan buktinya.
3.7

Perbincangan
Penulis membincangkan isu ini dengan mengemukakan kajian lain. Tahap kesediaan guru dalam
dimensi perkongsian tanggungjawab adalah tinggi, selari dengan kajian yang dikaji oleh Christy
(2008) dan MacBeath (2009) yang mengatakan bahawa perkongsian tanggungjawab yang tinggi
boleh membentuk satu hubungan simbiotik yang dapat menyebar luas amalan kepimpinan dalam
kalangan guru.
Kajian penulis ada menunjukkan bahawa min dimensi budaya sekolah pada tahap tinggi
adalah selari dengan dapatan Christy (2008) tetapi berbeza dengan dapatan kajian Gordon
(2005). Dengan ini, penulis mengemukakan pendapat Sharifah (2001) untuk membuktikan
3

bahawa budaya sekolah merupakan hidup, kepercayaan serta amalan warga sekolah di dalam dan
di luar bilik darjah ke arah suasana amalan kepimpinan tersebar.
Dapatan kajian dimensi penetapan dan perkongsian visi, misi dan matlamat sekolah
dalam amalan kepimpinan tersebar selari dengan dapatan kajian Sharifah (2001) yang
menyatakan bahawa perkongsian dan kejelasan matlamat membawa perubahan serta kejayaan
kepada sekolah.
Seterusnya ialah dapatan kajian dimensi amalan kepimpinan juga selari dengan dapatan
Gordan (2005) yang menggambarkan ruang dan peluang yang sama rata diberikan oleh pengetua
dalam membangunkan keupayaan kepimpinan guru.
Penulis juga membincangkan dapatan kajian perbezaan tahap kesediaan amalan
kepimpinan tersebar mengikut gender adalah selari dengan kajian Maimunah (2005) dan Azlin
Norhaini (2006) yang mengatakan bahawa guru lelaki dan perempuan mempunyai kekuatan dan
kekurangan masing-masing tetapi saling melengkapi bagi melaksanakan amalan kepimpinan
tersebar.
Selain itu, penulis menjalankan kajian untuk mengukur tahap kesediaan guru berdasarkan
pengalaman mengajar. Dapatan penulis selari dengan Helterbran (2010) yang mengatakan
bahawa guru yang berpengalaman mengajar 11 tahun ke atas lebih berkeyakinan dan lebih
dipercayai untuk berkongsi dengan pihak pengurusan sekolah dalam melaksanakan visi, misi dan
merancang matlamat sekolah.
3.8

Kesimpulan
Menurut penulis dan rakannya, konsep hierarki dalam kepimpinan secara tradisinya telah beralih
kepada kepimpinan tersebar iaitu berpusatkan kumpulan pemimpin guru. Oleh itu, kesediaan
guru terhadap semua dimensi kepimpinan tersebar adalah diperlukan dan hal ini telah dicapai
apabila dapatan kajian menunjukkan bahawa kesediaan guru di sekolah menengah harian adalah
pada tahap yang tinggi.

4.0

Kekuatan dan kelemahan


Dalam jurnal ini, penulis dan rakannya membuat kajian yang amat terperinci. Penulis peka akan
isu semasa dalam dunia pendidikan yang mengalami perubahan. Penulis juga memberikan
gambaran yang amat jelas tentang perubahan dunia pendidikan disebabkan permintaan global
dan dasar pendidikan. Penulis berjaya memberikan hujah dan bukti yang kukuh serta kajiankajian lepas untuk menyokong kajian mereka. Bukan itu sahaja, penulis telah membuat kajian
4

rintis terlebih dahulu sebelum melaksanakan kajian ini supaya item-item dalam soal selidik
mempunyai kesahan dan kebolehpercayaan yang tinggi.
Penulis dan rakannya bukan sahaja membuat kajian tentang tahap kesediaan guru dengan
amalan kepimpinan tersebar, malah membuat kajian tentang perbezaan tahap kesediaan dengan
amalan kepimpinan tersebar berdasarkan gender dan pengalaman mengajar. Dapatan kajian ini
amat berguna kepada pihak pentadbir dan guru sebagai rujukan. Penulis dan rakannya dapat
memaparkan dapatan kajian yang begitu terperinci dan disokong oleh kajian-kajian pihak lain.
Setiap hujah yang dikemukakan oleh penulis adalah disertai idea orang lain, hal ini bermakna
mereka merupakan pengkaji yang banyak membuat literature sebelum melaksanakan kajian
sedemikian.
Dimensi yang dikaji oleh penulis tentang isu ini juga menunjukkan pencapaian skor min
yang tinggi. Oleh itu, masalah kajian ini adalah signifikan dalam dunia pendidikan pada masa
ini. Selain itu, kaedah kajian yang digunakan oleh penulis adalah pelbagai mengikut aspek yang
dikaji. Hal ini dapat membuktikan bahawa penguasaan bidang statistik oleh penulis dan rakannya
amat baik. Instrumen yang disediakan juga meliputi item-item yang baik iaitu sah, boleh percaya.
Penulis dan rakannya juga memberikan penjelasan dapatan dan perbincangan yang begitu baik
dan senang difahami oleh pembaca.
Namun demikian. Penulis dan rakannya tidak menyatakan permasalahan kajian ini
dengan jelas kerana permasalahan kajian telah bercampur aduk dengan sorotan kajian. Sorotan
kajian juga amat sedikit dibincangkan dalam jurnal ini. Selain itu, dapatan kajian penulis yang
mengenai tahap kesediaan guru perempuan adalah tinggi berbanding dengan guru lelaki amat
disangka kerana berdasarkan penelitian saya dalam jadual 1 iaitu demografi responden kajian,
hanya terdapat 174 orang guru lelaki menjadi responden berbanding dengan guru perempuan
sebanyak 341 orang menjadi responden. Oleh itu, tahap kesediaan guru lelaki dalam pencapaian
skor min mestilah lebih rendah daripada guru perempuan dalam semua dimensi yang dikaji.
Walau bagaimanapun, jurnal ini merupakan jurnal yang baik kerana membekalkan
maklumat yang jitu kepada warga pendidik dan merupakan jurnal yang dapat menggalakkan
warga pendidik bersedia untuk mengamalkan amalan kepimpinan tersebar ini demi keberkesanan
sekolah.

Anda mungkin juga menyukai