Anda di halaman 1dari 15

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI UDANG

MINIT MESYUARAT KURIKULUM


BIL 4/2014

Tarikh

: 6 November 2014

Masa

: 1.15 petang

Tempat

: Bilik Mesyuarat

Pengerusi

: Guru Besar

Kehadiran

: 25 / 27

Turut Hadir

:-

1 PERUTUSAN PENGERUSI (Guru Besar)


1.1 Puan pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran semua guru ke mesyuarat
kurikulum kali keempat pada tahun 2014.

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT YANG LALU


Dicadangkan untuk disahkan oleh Pn. Norlindawati bt. Zainal Abidin
Disokong untuk pengesahan oleh Pn. Intan Haryana bt. Abd. Rahim

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT
3.1
3.2
3.3
3.4
3.5

En. Amar memaklumkan terdapat sedikit pembetulan dalam minit mesyuarat pada halaman 5
dan 9
Guru Besar bertanyakan kepada Pn. Azlina bt. Sahak berkaitan dengan kerosakan cermin.
Pn. Azlina bt. Sahak memaklumkan masalah cermin di kelas 6 Inovatif telah terkeluar daripada
bingkainya dan perkara ini boleh mendatangkan bahaya kepada murid.
Pn. Manisah memaklumkan Pelaporan PBS tiada dalam minit mesyuarat ini.
Guru Besar meminta menambahkan satu muka surat bagi Pelaporan PBS untuk dimasukkan
dalam minit mesyuarat ini.

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 2


4 FOKUS MESYUARAT
4.1 Ucapan Pn. Hjh. Noryati bt. Cheman Guru Besar (Pengerusi)
4.15.1 Guru Besar bertanyakan perancangan baki akhir peruntukan bagi semua panitia.
Makluman : Semua Ketua Panitia
4.15.2 Meminta Pn. Asmona menggunakan duit lebihan panitia bagi membeli kertas-kertas untuk
panitia Sains. Beliau juga menegaskan kepada semua ketua panitia membelanjakan duit
lebihan tersebut sebelum cuti sekolah bermula.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
4.15.3 Guru Besar memberitahu duit sewaan jubah untuk Prasekolah boleh diambil dari Unit
Kokurikulum dan meminta membuat kertas kerja untuk mendapatkannya.
Tindakan : Guru Prasekolah
4.15.4 Beliau juga memberitahu bahawa panitia yang menggunakan perbelanjaan yang kecil boleh
diagihkan kepada subjek Rekaan Bentuk Teknologi yang memerlukan perbelanjaan lebih
besar.
Tindakan : Semua Ketua Panitia
4.15.5 Menjelaskan bahawa sekiranya duit yang masih ada itu hanya tinggal RM100 lebih sahaja,
ketua panitia boleh menghabiskannya dengan membeli kertas-kertas. Beliau juga meminta
semua ketua panitia berjumpa dan berurusan dengan En. Izzat untuk merancang
pembelian barangan keperluan untuk tahun hadapan.
Makluman : Semua Guru
4.15.6 Bagi perancangan tahun 2015, Guru Besar menegaskan kepada semua panitia jangan
terlalu banyak melakukan aktiviti dalam bulan yang sama. Setiap panitia disaran
mengadakan aktiviti mulai dari awal tahun seperti bulan Februari dan Mac bukannya
menunggu pada pertengahan dan penghujung tahun. Beliau juga menegaskan hanya
panitia Pendidikan Islam sahaja yang boleh melakukan aktiviti pada bulan puasa.
Makluman : Semua Ketua Panita

4.15.7 Menjelaskan semua guru perlu memainkan peranan memberi bimbingan dan membina
keyakinan kepada murid. Selalu dedahkan murid dengan aktiviti-aktiviti di hadapan orang
ramai seperti program membaca dan sebagainya di hadapan perhimpunan. Sebagai contoh
Panitia Agama Islam yang mengadakan program Akademi Al-Quran boleh membina tahap
keyakinan diri murid semasa membaca Al-quran di khalayak ramai. Beliau menjelaskan lagi,
murid akan lebih yakin dan bersedia pada masa akan datang seandainya dapat memasuki
ke peringkat yang lebih tinggi sama ada dalam pertandingan membaca, persembahan dan
juga permainan.
Makluman : Semua Ketua Panitia
4.15.8 Guru Besar juga menganggap semua ketua panitia sebagai tulang belakang yang
menggerakkan sesuatu program.
Makluman : Semua Ketua Panitia

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 3

4.15.9 Beliau menjelaskan segala aktiviti yang hendak panitia dan guru bimbingan kaunseling
jalankan mesti berdasarkan takwim sekolah.
Makluman : Semua Ketua Panitia
4.15.10 Mengingatkan ketua panitia untuk memberitahu semua guru di bawah panitia masingmasing supaya menyelesaikan pelaporan adab belajar murid dan seterusnya
menyerahkanya kepada ibu-bapa atau penjaga sebelum hari penyampaian hadiah nanti.
Makluman : Semua Guru
4.15.11 Guru Besar memberitahu pelaporan SAPS hendaklah dicetak dan dimasukkan dalam fail
murid untuk diserahkan kepada pentadbir pada hari Isnin hadapan. Beliau juga meminta
guru melayan golongan ibu-bapa atau penjaga yang ingin mengetahui perkembangan
pelajaran anaknya.
Makluman : Semua Guru

4.15.12 Memaklumkan bahawa fail murid mesti dikemaskini dan akan digerakkan sehingga ke
tahun enam. .
Tindakan : Semua Guru
4.15.13 Beliau memberitahu Hari Kualiti akan diadakan pada 14 November 2014. Beliau juga
meminta guru yang telibat membuat draf dan menghantarnya kepada Pn. Siah untuk
disemak.
Tindakan : GPK 1 dan Ajk Terlibat
4.15.14 Guru Besar meminta GPK HEM menyiapkan book list dan diedarkan kepada murid pada 18
November 2014.
Tindakan : GPK HEM
4.15.15 Menjelaskan keputusan saringan murid mengikut kelas mesti diberi salinan kepada
golongan pentadbir. Saringan murid mestilah dilakukan dengan betul supaya tiada
sebarang pertikaian berlaku.
Tindakan : GPK 1,GPK HEM dan Semua Guru Kelas
4.15.16 Menerangkan Program I-think ditangguhkan tetapi tetap menyarankan kepada guru untuk
terus membuatnya sehingga bulan Disember.
Makluman : Semua Guru
4.15.17 Seterusnya, beliau juga meminta En. Zulfaris menyemak aktiviti Chrome Book. Beliau
menjelaskan penglibatan guru dan murid mesti mencapai KPI 100% manakala golongan
ibu-bapa pula mesti mencapai 50% dalam penggunaan Chrome Book.
Tindakan : En. Zulfaris

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 4


4.15.18 Guru Besar menanyakan kepada En. Zambery berkaitan CD MBMMBI, LINUS dan KSSR. En.
Zambery memaklumkan telah burn kesemua CD tersebut dan menyerahkannya kepada Cik
Mazira. Guru Besar juga mengingatkan semua CD KSSR mestilah diserahkan kepada beliau
sebelum cuti sekolah.
Tindakan : En.Zambery,Cik Mazira dan GPK1

4.15.19 Meminta guru-guru yang meminjam donglemestilah pulangkannya sebelum cuti. Beliau
juga mengingatkan bahawa buku pelaporan, buku rekod mengajar hendaklah lengkap dan
dikemas kini sebelum diserahkan ke pejabat.
Makluman : Semua Guru
4.15.20 Memaklumkan kepada En. Zulfaris bahawa program mentor-mentee VLE Frog mesti
dilaksanakan sebelum aktiviti LADAP yang akan diadakan pada 24 November 2014.
Tindakan : En. Zulfaris
4.15.21 Guru Besar memohon kerjasama semua guru supaya dapat hadir memberikan sokongan
apabila keputusan UPSR akan diumumkan pada 26 November nanti.
Makluman : Semua Guru
4.15.22 Beliau meminta guru-guru tahun 6 berbincang dan menetapkan tarikh yang sesuai untuk
melakukan post-morterm.
Makluman : Semua Guru
4.15.23 Beliau mengumumkan bahawa Mesyuarat Guru akhir tahun adalah pada 20 November
2014 manakala Mesyuarat Guru kali pertama untuk sesi 2015 ialah pada 29 Disember 2014.
Bagi mesyuarat Kurikulum kali pertama pula akan diadakan pada 30 Disember 2014,
Mesyuarat HEM dan Kokurikulum akan diadakan pada 31 Disember 2014 dan Orientasi Pra
Sekolah dan Tahun 1 akan diadakan pada 2 Januari 2015.

Tindakan : GPK 1,GPK HEM,GPK KOKU dan Semua Guru


4.15.24 Akhir sekali, Guru Besar meminta semua guru datang ke sekolah pada minggu terakhir cuti
persekolahan untuk mengemas kelas lebih awal seterusnya lebih bersedia untuk
menghadapi persekolahan 2015.
Makluman : Semua Guru
4.2 Ucapan Pn. Siah bt. Kechut (GPK Kurikulum)
4.2.1

Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Guru Besar dan Penolong Kanan HEM serta
kepada semua guru di atas kehadiran mereka ke mesyuarat kurikulum kali keempat ini.

4.2.2

Menerangkan tentang perkara yang mesti ada dalam fail laporan aktiviti panitia.

4.2.3

Pn. Siah memberitahu laporan Carta Gantt mesti ada dan lengkap. Begitu juga dengan
pelan strategik mestilah lengkap dan dirangka mengikut kemampuan. Beliau mengingatkan
kepada guru supaya membuat sesuatu program yang boleh dicapai.
Makluman : Semua Guru

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 5

4.2.4

Memaklumkan bahawa beliau telah meminjam dan mengambil contoh fail pelan strategik
yang baik dari SK Klebang Besar kerana ia mengandungi isu dan cabaran serta sesuai untuk
dijadikan rujukan.
Makluman : Semua Guru

4.2.5

Menegaskan kepada guru supaya fail yang diambil mestilah dihantar balik ke dalam bilik
pentadbir. Hasil perbincanagn dan persetujuan semua guru, beliau menetapkan 28
November 2014 adalah tarikh untuk menghantar semua fail panitia kepadanya.
Makluman : Semua Guru

4.2.6

Pn. Siah menanyakan tentang guru yang bertanggungjawab menguruskan kertas


peperiksaan Pn. Wan Zurina yang sedang cuti bersalin. Untuk itu, Pn. Siah akan
menghubungi Pn. Zurina bagi membincangkan perkara ini dan juga hal berkaiatan PBS.
Beliau mengucapkan terima kasih kepada Ustazah Anida kerana bertanggungjawab
menguruskan kertas peperiksaan Ustazah Balqis.
Makluman : Semua Guru

4.2.7

Beliau juga mengingatkan kepada setiausaha PBS iaitu Cik Zanaton supaya dapat bersamasama dengan guru-guru untuk menyelesaikan hal berkaitan PBS.

4.2.8

Akhir sekali, Pn. Siah mengucapkan terima kasih kepada semua guru yang bertungkus
lumus pada tahun ini dan menyatakan seandai terdapat perkara-perkara lain lagi, perkara
tersebut akan dibincang dan dimasukkan dalam hal-hal lain.
Makluman : Semua Guru

4.3 Ucapan Pn. Sarimah bt. Merais (GPK HEM)

4.3.1
4.3.2
4.3.3

4.3.4
4.3.5

4.3.6

Mengucapkan terima kasih kepada semua guru di atas kehadiran mereka ke mesyuarat kali
keempat ini.
Pn. Sarimah juga mengucapkan terima kasih kepada semua ketua panitia kerana
menyerahkan senarai buku yang hendak dibeli kepadanya.
Beliau menyatakan ada sebilangan panitia tahun 5 yang terpaksa menangguh untuk
memesan buku sebab belum pasti buku yang sesuai untuk dipilih dan digunakan.
Tindakan : Semua Guru Kelas Tahun 6
Memaklumkan bahawa sekolah akan menerima tender kantin yang baharu pada tahun
depan yang akan bermula pada bulan Disember tahun ini nanti.
Beliau juga memaklumkan tender kantin sekarang akan tamat pada 31 November 2014 dan
berharap pengurusan kantin baharu ini akan lebih baik berbanding dengan tender
sekarang.
Oleh itu, beliau meminta Unit Kantin Sekolah bersama-sama membantunya dalam
menguruskan jenis serta harga makanan disekolah.
Makluman : Semua Guru

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 6


4.4 Pn. Rozilah bt. Nemat Ketua Panitia Bahasa Melayu
4.4.1
4.4.2
4.4.3
4.4.4
4.4.5

4.4.6
4.4.7
4.4.8

4.4.9

Mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pentadbir serta guru-guru.


Menjelaskan baki duit PCG akan digunakan untuk membeli tempat gantung untuk
diletakkan di rak sedia ada.
Menerangkan perancangan bagi tahun 2015.
Cadangan untuk mengadakan minggu panitia Bahasa Melayu bersama dengan panitia
Bahasa Inggeris.
Menerangkan keputusan PROTIM. Semua murid berjaya melepasi ujian membaca dan
menulis. Hanya seorang murid tahun 4 Progresif iaitu Shahfaqrul Razi yang gagal dalam
ujian membaca.
Pn. Rozilah memberitahu yang semua kertas instrumen saringan Literasi mesti diserahkan
kepada guru pemulihan untuk difailkan.
Memaklumkan bahawa topik sastera dalam Bahasa Melayu telah tiada manakala PKJR
masih diteruskan seperti biasa.
Beliau juga memaklumkan, hasil perbincangan dalam mesyuarat panitia, semua bersetuju
untuk tidak menggunakan rancangan tahunan untuk tahun 1 hingga 5 manakala untuk
tahun 6 masih mengikut format seperti biasa.
Pn. Rozilah juga menyuarakan pandangan untuk menghasilkan satu ruangan mural bagi
sudut i-think.

4.5 Pn. Norlindawati bt. Zainal Abidin Ketua Panitia Bahasa Inggeris
4.5.1
4.5.2
4.5.3

4.5.4

Mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guru-guru.


Menerangkan jumlah wang PCG sebanyak RM 920.90 akan digunakan untuk membeli
permainan scrabble dan juga banting untuk i-think.
Menjelaskan Oral Screening telah dijalankan pada 1 September 2014, Writing Screening
telah dijalankan pada 3 Oktober 2014 dan tarikh key in markah adalah pada 31 Oktober
2014 dan telah diserahkan kepada Fasi LINUS En. Azmi pada 29 Oktober 2014.
Membentangkan analisa keputusan LINUS Bahasa Inggeris.
Jum. Calon
Tahun 1
Tahun 2

4.5.5
4.5.6

4.5.7

152
134

Tidak Menguasai
(K1 K2)
2 (1.3%)
0 (0.0%)

Tidak Menguasai
(K3 K12)
52 (34.2%)
35 (26.1%)

Menguasai
98 (64.5%)
99 (73%)

Beliau menjelaskan target Negeri Melaka dalam Saringan LINUS Bahasa Inggeris ini ialah
67% untuk tahun 1 dan 83% untuk tahun 2.
Pn. Norlindawati menerangkan antara masalah-masalah yang dikenalpasti adalah daya
pemikiran murid yang sangat lemah, masalah kehadiran dan juga Bahasa Inggeris bukan
bahasa ibunda mereka.
Menyenaraikan nama murid dan permasalahannya:

1
2
3

Nama
Ahmad Ridzuan
Mohd. Fhitri
Diana Mazitul Akma

Kelas
2 PF
2 PF
2 PF

Masalah
Kehadiran
Kehadiran dan daya pemikiran lemah
Daya pemikiran lemah

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 7


4
5

Siti Hasfarina
Emylia Natasya

2 PF
2 PF

Daya pemikiran lemah


Pendengaran, pertuturan, tidak mahu buka mulut
dan daya pemikiran lemah

4.5.8
4.5.9

Menjelaskan program ICTL dan MBI tidak dapat dijalankan kerana masalah kekangan masa.
Antara aktiviti yang telah dilakukan pada tahun 2014 adalah mengadakan mesyuarat
panitia sebanyak 4 kali, aktiviti kemaskini sudut Bahasa Inggeris, menjalankan program
vocab, mengadakan ceramah teknik menjawab soalan untuk Tahun 6, mengadakan kelas
tambahan untuk Tahun 6 dan kelas tambahan LINUS untuk Tahun 1 dan 2 serta
mengadakan English Week.
4.5.10 Bagi perancangan aktiviti untuk tahun 2015 pula ialah bakal mengadakan Minggu Bahasa
yang akan bergabung dengan Panitia Bahasa Melayu serta akan mengadakan Kem LINUS
Bahasa Inggeris yang akan pada cuti sekolah bulan Mei.

4.6 En. Mohd Razif b. A. Rahman Ketua Panitia Matematik


4.6.1
4.6.2
4.6.3

4.6.4

Mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guru-guru


Baki duit PCG akan digunakan untuk membeli barang-barang seperti alat penimbang, alat
pengukur dan juga duit serta wang.
Menerangkan aktiviti pada 2014 iaitu mengadakan bengkel teknik menjawab soalan dan
pameran Matematik. Beliau mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru
terutama kepada En. Redzuan atas bantuan yang telah diberikan sepanjang aktiviti
dijalankan.
Membentangkan analisa keputusan saringan Numerasi.
Jum. Calon
Tahun 1
Tahun 2
Tahun 3

4.6.5

152
134
143

Tidak Menguasai
(K1 K2)
3
0
0

Tidak Menguasai
(K3 K12)
17
8
0

Menguasai
132
126
143

Menjelaskan perancangan pada tahun 2015 adalah sama seperti tahun 2014 dan akan ada
penambahbaikkan.

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 8


4.7 Pn. Asmona bt. Che Johari Ketua Panitia Sains
4.7.1
4.7.2
4.7.3
4.7.4

4.7.5

Mengucapkan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guru-guru.


Menjelaskan baki duit PCG akan digunakan untuk membeli set permainan Lego untuk
murid-murid dan juga kertas.
Pn. Asmona juga menjelaskan set permainan Lego yang sedia ada masih belum mencukupi
dan penggunaannya amat terhad kepada murid.
Menerangkan aktiviti yang telah dilakukan pada tahun 2014 adalah seperti mengadakan
perjumpaan dan mesyuarat sebanyak empat kali, bengkel teknik menjawab soalan dan
mengadakan program kitar semula.
Untuk perancangan aktiviti 2015 tiada banyak perubahan dan hampir sama dengan aktiviti
pada tahun 2014.

4.8 Pn. Noor Anida bt. Ahmad Ketua Panitia Pendidikan Islam
4.8.1
4.8.2
4.8.3

4.8.4

Mengucapkan terima kasih kepada barisan pentadbir dan semua guru.


Menjelaskan baki peruntukan untuk Pendidikan Islam akan digunakan bagi membeli kertaskertas seperti kertas A4.
Menerangkan aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2014 telah berjalan dengan lancar.
Untuk aktiviti terdekat, Panitia Pendidikan Islam akan mengadakan Program Maal Hijrah
yang akan diadakan pada hari Jumaat dan juga Program Akademi Al-Quran yang akan
diadakan pada minggu hadapan.
Bagi perancangan aktiviti pada tahun 2015 pula, Panitia Pendidikan Islam masih
mengekalkan aktiviti sedia ada dan merancang untuk menambah satu lagi aktiviti iaitu
Program Jom Solat.

4.9 Tn. Hj. Mohd Nafis b. Baba Ketua Panitia Pendidikan Moral
4.9.1
4.9.2
4.9.3
4.9.4
4.9.5

Mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pentadbir dan semua guru.
Menerangkan baki duit PCG bagi Panitia Pendidikan Moral akan digunakan untuk membeli
barang-barang keperluan.
Menjelaskan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014 telah berjalan
dengan baik dan lancar.
Memaklumkan meja murid untuk mengakses tidak mengcukupi untuk menampung murid
tahun 1 seramai 8 orang.
Tn. Hj. Mohd. Nafis juga memohon penggunaan papan putih dalam bilik akses. Beliau
menjelaskan papan putih sedia ada sudah rosak dan memerlukan papan putih yang baharu.

4.10 Pn. Norazlina bt. Sahak Ketua Panitia Pendidikan Jasmani


4.10.1 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada para pentadbir serta rakan-rakan guru.
4.10.2 Menerangkan duit PCG telah digunakan untuk membeli barang dan peralatan trampolin
manakala selebihnya bercadang membeli tilam untuk aktiviti lompat jauh.
4.10.3 Pn. Azlina menjelaskan aktiviti pada masa hadapan lebih menjurus ke arah permainan
gimnastik dan artistik.

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 9


4.10.4 Menjelaskan ujian untuk tahap 2 terbahagi kepada dua bahagian iaitu bertulis dengan 60%
dan aktiviti padang sebanyak 40%. .
4.10.5 Ujian SEGAK diteruskan macam biasa iaitu dijalankan 2 kali dalam setahun.
4.10.6 Memaklumkan Bahawa Ujian SEGAK ini hanya boleh dilakukan pada waktu Pendidikan
Jasmani sahaja dan tidak boleh dijalankan pada waktu Kokurikulum.
4.10.7 Mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru yang mengajar subjek Pedidikan
Jasmani kerana banyak membantu menguruskan Borang PAJSK.

4.11 En. Arman b. Kasim Ketua Panitia Pendidikan Kesihatan


4.11.1 Ucapan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir dan rakan-rakan guru
4.11.2 Hasil perkongsian maklumat yang diperolehi semasa menghadiri taklimat, Panitia
Pendidikan Kesihatan juga berhak mendapat peruntukan seperti Panitia Pendidikan
Jasmani.
4.11.3 Menjelaskan aktiviti yang telah dilakukan pada tahun 2014 seperti mengadakan mesyuarat
panitia sebanyak 4 kali, mengadakan ceramah kesihatan oleh pihak MILO yang telah
diadakan pada bulan April serta program PROSIDAR iaitu aktiviti mengitar semula lebihan
kertas dan surat khabar lama yang turut disertai oleh Panitia Sains.
4.11.4 Untuk perancangan 2015, panitia bercadang untuk mengadakan ceramah kesihatan dan
pemeriksaan kesihatan oleh pasukan paramedik yang dijemput khas.

4.12 Cik Lee Ai Choo Ketua Panitia Pendidikan dan Dunia Seni Visual
4.12.1 Ucapan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir dan semua guru
4.12.2 Mengenai perancangan pada 2015, semua ahli panitia bersetuju untuk mengekalkan
program dan aktiviti yang telah dijalankan sepanjang tahun 2014.
4.12.3 Cik Lee memaklumkan bahawa Panitia pendidikan Seni Visual juga telah membeli kertas
lukisan yang banyak untuk simpanan pada tahun depan.
4.12.4 Untuk lain perkara akan dibentangkan dalam LDP pada 24 November 2014.

4.13 Pn. Ramlah bt. Baba Ketua Panitia Kemahiran Hidup dan Rekacipta
4.13.1 Ucapan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir dan semua guru.
4.13.2 Menerangkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2014 telah berjalan dengan
baik..
4.13.3 Menjelaskan bahawa perancangan untuk tahun 2015 lebih kurang sama dengan tahun
sebelumnya dan akan ada penambahbaikan yang akan dibincangkan bersama AJK dalam
mesyuarat panitia.
4.13.4 Pn. Ramlah memaklumkan En. Samsudin ingin membuat pelupusan barang-barang lama
dan jarang digunakan seperti basikal dan sebagainya. Dalam hal ini, Pn. Ramlah telah
meminta penangguhan dan mahukan pendapat daripada golongan pentadbir untuk samasama menyelesaikannya.

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 10

4.14 Cik Norazanaton bt. Zabidi Ketua Panitia Reka Bentuk dan Teknologi

4.14.1
4.14.2
4.14.3
4.14.4
4.14.5

Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guru-guru.


Mengucapkan terima kasih kepada Pn. Siah kerana mewujudkan jadual anjal.
Memaklumkan terdapat topik baharu pada tahun hadapan iaitu Sajian Minum Petang.
Memerlukan tempat penyimpanan barang-barang seperti alatan memasak dan biji benih.
Memohon rak tambahan untuk diletakkan dalam bengkel.

4.15 Cik Suhaily bt. Hamil Ketua Panitia Kajian Tempatan


4.15.1 Mengucapkan terima kasih kepada para pentadbir dan rakan-rakan guru.
4.15.2 Panitia Kajian Tempatan dan Panitia Teknologi Maklumat Komunikasi akan menggunakan
duit baki PCG dengan membeli carta-carta.
4.15.3 Cik Suhaily juga memberitahu, Panitia Kajian Tempatan akan menghabiskan duit baki PCG
untuk membeli folio.
4.15.4 Menerangkan masih ada sebilangan murid terutama sekali murid-murid berada di kelas
hujung masih belum menghantar folio mereka walaupun sudah dimaklumkan.
4.15.5 Memaklumkan aktiviti untuk tahun 2015 tidak banyak berubah dan hampir sama dengan
tahun 2014.
4.16 En. Qamarul Akramin Ketua Panitia Sejarah
4.16.1 Ucapan ribuan terima kasih kepada barisan pentadbir dan rakan-rakan guru.
4.16.2 Duit baki PCG berkongsi dengan Panitia Pendidikan Sivik Kewarganegaraan. Bercadang
untuk berbincang dan berurusan dengan En. Izzat untuk membeli barang-barang keperluan
seperti carta, flash card dan sebagainya.
4.16.3 Menjelaskan aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2014 seperti mengadakan mesyuarat
panitia dan aktiviti kolaborasi bersama Kelab Rukun Negara.
4.16.4 Program terdekat adalah aktiviti Explorace Sejarah untuk murid tahun 6 sahaja dan bakal
berlangsung pada 17 November 2014. Guru-guru Unit Kaunseling dan Pendidikan Sivik
kewarganegaraan turut terlibat dalam aktiviti ini.
4.16.5 Untuk aktiviti tahun 2015 belum dirancang sebetulnya dan akan melakukan perbincangan
bersama ahli panitia nanti.
4.16.6 Menerangkan masalah utama murid dalam subjek Sejarah ialah kegagalan untuk menyaring
maklumat-maklumat penting dalam petikan yang panjang.

4.17 En. Nizam b. Mokhtar SU (Wakil Ketua Panitia) Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan
4.17.1 Ucapan ribuan terima kasih kepada pentadbir dan rakan-rakan guru.
4.17.2 Menjelaskan duit baki Panitia Pendidikan Sivik Kewarganegaraan berkongsi dengan Panitia
Sejarah.
4.17.3 Akan melakukan perbincangan untuk membeli barang-barang keperluan.

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 11


4.17.4 Senarai aktiviti yang telah dijalankan pada tahun 2014 seperti mengadakan mesyuarat
panitia sebanyak 4 kali, mengadakan Program Sambutan Hari Kemerdekaan yang telah
bergabung bersama Kelab Rukun Negara.
4.17.5 Bagi perancangan tahun 2015 hampir sama dengan aktiviti pada tahun 2014 ini.
4.17.6 En. Nizam mengucapkan berbanyak terima kasih kepada golongan pentadbir dan semua
guru atas segala nasihat dan bantuan yang telah diberikan.

4.18 Pn. Intan Haryana bt. Abd Rahim Ketua Panitia Pendidikan dan Dunia Muzik
4.18.1 Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guru-guru.
4.18.2 Memberitahu duit baki untuk panitia Muzik masih belum ditolak selepas membeli
peralatan muzik dan sound box.
4.18.3 Menerangkan lagu dan nyanyian rakyat akan diwujukan kembali dalam pertandingan
nyanyian Muzik pada tahun hadapan.
4.18.4 Akan mengadakan pertandingan nyanyian secara solo dan pemenangnya akan membuat
persembahan pada jamuan akhir tahun untuk murid tahun 6.
4.18.5 Memberitahu ada guru yang berminat untuk mengajar subjek Muzik pada tahun depan dan
menyerahkan kepada pihak pentadbir untuk memutuskannya.
4.19 En. Haffiz b.Zaini Ketua Panitia Teknologi Maklumat dan Komunikasi
4.19.1 Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir dan guru-guru.
4.19.2 Memberitahu duit baki panitia akan digunakan untuk membeli carta-carta.
4.19.3 Memohon buku kerja TMK tahun 4 dimasukkan ke dalam booklist untuk memudahkan sesi
PdP dijalankan.
4.19.4 Meminta 5 buah komputer yang dilengkapi dengan capaian internet dan perisian akses
ditempatkan di Bilik Chrome.
4.19.5 Mengucapkan terima kasih kepada pentadbir atas segala tunjuk ajar dan kerjasama
diberikan serta bersedia memperbaiki kelemahan pada masa akan datang.

4.20 Cik Noor Aidilini bt. Mohd Sari Guru Prasekolah


4.20.1 Ucapan terima kasih kepada kepada barisan pentadbir dan guru-guru.
4.20.2 Duit baki untuk Pra Sekolah ini belum ditolak penggunaannya pada bulan Oktober,
November dan juga jamuan akhir tahun. Selain itu, Pra Sekolah juga akan menggunakan
duit tersebut untuk menyewa jubah konvo murid.
4.20.3 Membentangkan laporan bagi Prasekolah.
Semua murid prasekolah telah berjaya mengenal, mengecam, menyebut dan menulis
huruf kecil dan huruf besar A hingga Z dengan baik.
22 daripada 25 orang murid telah mencapai 70% - 100% dalam menulis dan membaca
perkataan.
3 orang murid iaitu Muhammad Nazriel bin Mahadi, Nur Alyaa Mashanda bt. Masril dan
Nur Alyaa insyirah binti Azman pula mencapai tahap 55% - 60% dalam menulis dan
membaca.
23 daripada 25 orang murid boleh membaca ayat-ayat mudah serta buku-buku cerita
yang mengandungi 8 15 halaman bercetak.

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 12


4.20.4 Aktiviti akan datang adalah pemilihan murid untuk Prasekolah.
4.20.5 Bagi perancangan Prasekolah untuk tahun 2015 masih sama seperti tahun yang lalu dan
akan ada penambahbaikkan pada program yang kurang memberangsangkan.

4.21 Encik Mohd Azrul b. Abdullah Guru Pemulihan


4.21.1 Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir dan semua guru.
4.21.2 Membentangkan keputusan LINUS saringan 2. Bagi tahun 1, jumlah murid yang gagal masih
kekal sama iaitu 14 orang bagi Literasi dan 11 orang bagi Numerasi tetapi terdapat
peningkatan dari segi murid yang menguasai konstruk 1-2.
4.21.3 Untuk tahun 2, 2 daripada 6 orang murid telah lulus dalam Saringan 2 Literasi manakala 3
daripada 6 orang murid telah lulus dalam Numerasi.
4.21.4 Bagi tahun 3 telah mencapai keputusan 100% menguasai bagi Literasi dan Numerasi.
Kesemua 5 orang murid telah berjaya lulus dalam Saringan 2 Literasi manakala 4 orang
murid telah lulus dalam Numerasi.
4.21.5 Menjelaskan murid yang gagal menguasai konstruk 1-2 akan dibimbing oleh En. Azrul
manakala murid yang gagal menguasai konstruk 3-12 pula akan dibimbing oleh En. Amar.

4.22 En. Zambery b. Md Yusof Guru Media


4.22.1 Ucapan terima kasih kepada para pentadbir dan semua rakan guru.
4.22.2 Duit baki PCG berjumlah RM 130 telah habis digunakan dengan membeli jadua waktu untuk
tahun hadapan.
4.22.3 Memaklumkan bahawa Pusat Sumber sekolah tidak akan melanggan lagi surat khabar
Melaka Hari Ini.
4.22.4 Menjelaskan kesemua aktiviti yang dijalankan pada tahun 2014 berjalan dengan lancar.
4.22.5 Mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua guru atas segala bantuan yang
diberikan.
4.22.6 Memaklumkan tentang penggunaan Pusat Sumber amat menggalakkan.
4.22.7 Berharap semua guru dapat memberikan kerjasama dalam semua aktiviti yang dianjurkan
oleh Pusat Sumber.
4.23 En. Nuristiqlal Zulfaris b. Abd Majid Penyelaras ICT
4.23.1 Ucapan terima kasih kepada para pentadbir dan rakan-rakan guru.
4.23.2 Memaklumkan bahawa semua guru telah aktif dalam program FROG.
4.23.3 Terdapat sedikit kesilapan melibatkan 2 orang staf sokongan iaitu Pn. Hamidah dan En.
Izzat yang telah didaftarkan sebagai guru dalam Program FROG.
4.23.4 Menyatakan hanya 11 kelas sahaja yang aktif dalam akaun FROG.
4.23.5 Menjelaskan proses pemindahan komputer ke Bilik Chrome memerlukan kos perbelanjaan
yang tinggi.

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 13


4.24 Pn. Norasikin bt. Zainol Setiausaha Peperiksaan Dalaman
4.24.1 Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir dan semua rakan guru.
4.24.2 Terdapat masalah dalam sistem murid tahun 1 kerana terlalu ramai murid yang keluar dan
masuk.
4.24.3 Memaklumkan bahawa terdapat sedikit masalah talian untuk mengisi TOV.
4.24.4 Mengingatkan kepada semua guru supaya mengisi markah terlebih dahulu secepat yang
mungkin.

4.25 Pn. Manisah bt. Othman Setiausaha Peperiksaan UPSR


4.25.1 Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir dan rakan-rakan guru.
4.25.2 Merakamkan ucapan terima kasih kepada semua guru dan pekerja atas segala kerjasama
dan bantuan yang diberikan sepanjang peperiksaan UPSR berlangsung.
4.25.3 Meminta satu rak atau kabinet untuk penyimpanan barang-barang seperti fail, buku dan
kertas.
4.25.4 Memaklumkan akan mengadakan perbincangan bersama guru-guru tahun 6 untuk memilih
tarikh dan masa yang sesuai melakukan post-morterm untuk UPSR.

4.26 En. Mohd Redzuan b. Snusi Bimbingan dan Kaunseling


4.26.1
4.26.2

Ucapan terima kasih kepada barisan pentadbir dan rakan guru.


Menjelaskan baki duit PCG akan digunakan untuk membeli sijil, kertas warna, barangbarang keperluan tahun satu, glossy paper dan sebagainya.
4.26.3 Mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ketua Panitia Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris
dan Matematik atas penglibatan menjalankan Ujian Aptitud.
4.26.4 Memaklumkan Unit Bimbingan dan Kaunseling telah merancang satu projek mega iaitu
memohon RM 52 ribu khas untuk murid-murid tahun 6 pada 2015 nanti.
4.26.5 Merancang akan mengadakan kem motivasi di Alor Gajah.
4.26.6 Memohon peruntukkan makanan kismis untuk semua murid bagi proram kelas tambahan.
4.26.7 Mengucapkan terima kasih kepada Panitia Sains kerana memberi kerjasama dalam
menyiapkan kertas kerja lawatan untuk ke Petrosains.

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 14


5

HAL-HAL LAIN

5.1

5.2

Pn. Pengerusi meminta Panitia Bahasa Melayu mengadakan perbincangan berkenaan


cadangan membuat mural i-think.
Tindakan : KP Bahasa Melayu
Memaklumkan bahawa Panitia Reka Bentuk dan Teknologi perlu mengadakan
perbincangan bagi isu barang keperluan yang dikehendaki dalam topik sajian minum
petang pada tahun hadapan.
Tindakan : KP Reka Bentuk dan Teknologi

5.3
5.4

Pn. Norlindawati meminta buku kerja untuk murid tahun 1, 2 dan 3.


Guru Besar memaklumkan telah terdapat dalam Pekeliling yang melarang membeli buku
kerja untuk murid tahun 1, 2 dan 3.
Makluman : Semua Guru

5.5
5.6
5.7

En. Razif pula meminta kualiti buku ditingkatkan lagi.


Guru Besar bertanyakan status kelas tambahan Linus Bahasa Inggeris.
Pn. Norlindawati menyatakan kelas tambahan Linus Bahasa Inggeris masih diteruskan dan
akan melakukan penambahan iaitu akan mengadakan Kem Linus pada cuti sekolah bulan
Mei 2015.
Makluman: Semua Guru

5.8

Guru Besar meminta program MBM MBI di install ke dalam komputer dan meminta
pertolongan Cik Mazira melakukannya sewaktu cuti sekolah.
Beliau juga memaklumkan Unit Forensik telah mengeluarkan kenyataan bahawa struktur
tanah bangunan makmal komputer berada ditahap 3 (tahap sederhana).
Makluman: Semua Guru

5.9

5.10

Guru Besar memaklumkan bahawa semua murid diwajibkan memakai pakaian sekolah
semasa hari pengumuman UPSR.
Makluman: Semua Guru

5.11

Mengingatkan kepada En. Arman supaya meminta bahagian dalam peruntukan Panitia
Pendidikan Jasmani.
Tindakan : KP Pendidikan Kesihatan

5.12

Beliau bersetuju dengan cadangan En. Haffiz yang inginkan buku kerja bagi subjek TMK
dimasukkan dalam booklist. Beliau akan menyarankan hal ini di dalam Mesyuarat PIBG
untuk dibincangkan bersama ibubapa.
Makluman: Semua Guru
Guru Besar meminta En. Zulfaris membuat bajet untuk proses pemindahan komputer dari
makmal komputer ke Bilik Chrome.

5.13

Mesyuarat Kurikulum 4/2014 15


5.14

Beliau juga meminta En. Zulfaris membuat catatan tentang stok dan pergerakan melibatkan
barangan dalam makmal komputer dan Bilik Chrome.
Tindakan: En. Zulfaris

5.15

Pn. Siah meminta semua panitia menghantar DSKP pada awal tahun hadapan.
Makluman: Semua Guru

5.16

Pn. Siah memaklumkan bahawa Panitia Agama Islam tidak boleh mengadakan Program
Akademi Al-Quran pada minggu hadapan kerana sekolah terlibat dengan Hari Kualiti.
Beliau juga memberitahu Panitia Agama Islam terlalu kerap melakukan program pada
hujung tahun. Beliau meminta panitia melakukan perbincangan untuk mengatur dan
merancang sebaiknya semua aktiviti yang akan dijalankan untuk tahun hadapan.
Makluman: KP Pendidikan Islam

5.17

5.18

GPK 1 meminta semua ketua panitia memberi cadangan guru-guru yang akan mengajar
pada tahun 2015.
Tindakan: Semua Ketua Panitia

5.19

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada En. Haffiz kerana sentiasa mencuba melakukan
sesuatu dengan baik walaupun masih baru.
Makluman: En. Haffiz

PENUTUP
a
b
c
d

Ucapan penangguhan oleh Pn Siah yang mewakili Pn. Pengerusi Mesyuarat.


Mengucapkan terima kasih kepada semua Ketua Panitia dan guru-guru atas segala
sumbangan dan kerjasama yamg telah diberikan.
Berharap mendapat keputusan UPSR yang lebih baik setelah apa yang diusahakan
bersama.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 5.31 petang.

Disediakan oleh,

Disemak oleh,

__________________
(AMAR BIN MUHAMAD)
Pen. Setiausaha
Tarikh: 6 November 2014

__________________
(PN. HJH. NORYATI BT. CHEMAN)
Pengerusi
Tarikh: 6 November 2014