(3)
Memulakan majlis, satu penghayatan bersama...
Hadirin diminta berdiri untuk sama-sama menyanyikan lagu Negaraku, Lagu Negeri
Terengganu, Lagu Sekolah dan seterusnya memurnikan bibir dengan zikir munajat.
*****
Seterusnya...marilah kita sama-sama menyanyikan dan menghayati pula Lagu Tema Bulan
Bahasa Kebangsaan, Lagu Bahasa Jiwa Bangsa.
Kalungan bunga terima kasih buat semua.
(4)
Hadirin yang dimuliakan,
Bulan Bahasa Kebangsaan berlangsung sepanjang bulan Oktober, yang telah memulakan
langkah bulan Oktober tahun 2009 , sebagaimana yang telah diuar-uarkan di kaca
Televisyen dan dada-dada akhbar, Bulan Bahasa Kebangsaan adalah merupakan usaha
(7)
(9)
Berikut adalah pertandinga-pertandingan yang dianjurkan oleh Panitia Bahasa Melayu
bersempena Bulan Bahasa Kebangsaan 2010:
1. Pertandingan Pidato
2. Deklamasi Sajak
3. Syarahan
4. Bercerita
5. Kuiz
6. Pertandingan Esei
7. Pertandingan Teka Silang kata
8. Beli pantun.
Majlis penutup dan Penyampaian hadiah akan diadakan pada hari Khamis, 21 Oktober
2010.
(10)
Majlis kita sampai dipenghujungnya, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan
waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.
(1)
Yang Berbahagia, Tn Hj Mhd Ramli bin Che Mat, Pengetua SMK Permaisuri Nur Zahirah
En. Abdul Rahim b Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran,
En. Amran bin Ibrahim,Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
En. Wan Pauzi bin Wan Mohd, Penolong Kanan Kokurikulum
Guru-guru Kanan, Guru Cemerlang, kaunselor sekolah, rakan-rakan guru, dan para pelajar
yang dikasihi sekalian.
(3)
Hadirin diminta berdiri dan sama-sama menyanyikan lagu tema Bulan Bahasa Kebangsaan
-lagu Bahasa Jiwa Bangsa
................
Rakaman ucapan terima kasih buat semua.
(4)
Awan bersua citra berkisah
Ukiran sukma kilauan kelisa
Lagu bahasa jiwa bangsa berkumandang sudah
Bingkisan ucapan menyusul pula
Majlis merakamkan sekalungan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Yang
Berbahagia Tuan Pengetua atas ucapan yang telah disampaikan.
(5)
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan yang berbahagia En. Abdul Rahim bin
Abdullah, Penolong Kanan Pentadbiran, untuk mengiringi Yang Berbahagia Tn. Hj Mhd
Ramli bin Che Mat, Pengetua SMKPNZ, untuk menyampaikan hadiah kepada para
pemenang.
..................................................
Terima kasih diucapkan kepada yang berbahagia Tuan Pengetua.
Adat nan baharu berubah-ubah
Adat manusia mengandung salah
Keputusan pertandingan diketahui sudah
Ada menang ada yang kalah.
Tahniah dan syabas kepada para pemenang, yang kalah usah menjerut rasa, cuba lagi di
lain masa, di lain acara.
(6)
Majlis kita sampai di penghujungnya, pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan
waktu dipenghujung ini untuk menyata dan menyampaikan sejuta kalungan bunga terima
kasih kepada semua yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam
memastikan majlis permai pada pagi nan ceria ini dapat dilangsungkan dengan jayanya.