Anda di halaman 1dari 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SUNGAI NIBONG

1103/2

1jam
UJIAN 1
BAHASA MELAYU
TINGKATAN 5

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

...................................
..........................................
.............................................
(Pn. Azlinda Bt Idris)
(Pn. Shahida Begum Bt. Ismail)
(Pn. Toumah Bt. Sokiman)
Guru Mata Pelajaran
Ketua Panitia Bahasa Melayu
Pengetua SMK Sungai Nibong
Tarikh:
Tarikh:
Tarikh :
_________________________________________________________________________________________
Arahan
1.
Kertas soalan ini mengandungi dua soalan.
2.
Jawab semua soalan.
3.
Jawapan bagi Soalan 2(b) dan Soalan 2(c) berdasarkan teks Komponen Kesusasteraan Melayu
Tingkatan 5
4.
Jawapan anda hendaklah ditulis dalam kertas jawapan yang disediakan.
5.
Jawapan boleh ditulis dalam tulisan Rumi atau Jawi.

Soalan 1 : Rumusan
[30 markah]
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian buat satu rumusan tentang langkah-langkah menangani
masalah emosi murid dan kebaikan mengatasinya. Panjangnya rumusan hendaklah tidak melebihi 120
perkataan.
Tragedi seorang murid mati akibat terjatuh dari tingkat dua bangunan sekolah memang menyayat hati.
Kejadian ini walaupun boleh dikategorikan sebagai kes terpencil namun tidak boleh diambil mudah kerana
berkait rapat dengan masalah emosi murid. Sakit yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kebiasaannya
melibatkan mental. Oleh sebab itu, satu mekanisme mengenal pasti masalah depresi mental dari peringkat awal
perlu diwujudkan oleh pihak sekolah agar dapat ditangani seawal mungkin sebelum menjadi serius.
Sebagai permulaan, kaunselor di sekolah perlu memainkan peranannya supaya masalah berkaitan emosi
murid ini tidak melarat sehingga menyebabkan kejadian yang tidak diingini berlaku. Seharusnya kaunselor perlu
menganjurkan program yang boleh mewujudkan kesedaran ke arah mengenal pasti punca, simptom dan kaedah

menangani masalah berkaitan emosi. Manakala pentadbir sekolah dan guru kelas pula perlulah sentiasa peka
dengan sebarang perubahan sikap dan tingkah laku murid. Mereka perlu mengambil tindakan segera jika
terdapat tingkah laku murid yang mencurigakan malah jangan mengambil mudah sebarang ugutan atau ancaman
khususnya yang dinyatakan di laman sosial seperti Facebook dan Twitter.
Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan Kementerian Pelajaran memperkenalkan
Modul Kesihatan Mental di sekolah menengah pada tahun 2011 untuk menangani masalah emosi murid. Pada
masa yang sama, pentadbir sekolah dan guru juga perlu memahami Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang mahu
melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI). Justeru, berikan ruang dan
peluang kepada murid untuk beriadah bagi mengurangkan tekanan dengan melibatkan diri dalam kegiatan
kokurikulum khususnya untuk murid yang tidak terlibat dengan peperiksaan. Penglibatan murid dalam aktiviti
kokurikulum boleh menyihatkan badan, menambahkan kemahiran dan membentuk semangat berpasukan. Malah
aktiviti kokurikulum juga memberi kelebihan kepada murid untuk memasuki universiti awam.
Pelbagai pendekatan juga perlu difikirkan oleh pihak sekolah. Kerjasama ibu bapa dan pihak sekolah
amat membantu dalam menangani permasalahan emosi murid. Paling mudah, ibu bapa perlu
segera memberitahu pihak sekolah sekiranya anak-anak mereka menghadapi masalah selain tidak menyerahkan
bulat-bulat kepada sekolah menangani masalah tersebut. Persatuan Ibu Bapa dan Guru juga boleh menganjurkan
Kursus Kemahiran Keibubapaan sebagai kaedah penyelesaian terbaik kepada masyarakat agar masalah emosi
murid ini dapat diatasi. Segalanya terpulang kepada kebijaksanaan pentadbir sekolah dan guru untuk
menjadualkan aktiviti murid supaya dapat melahirkan modal insan yang holistik, bijak, sihat dan berpersonaliti
unggul.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada rencana
Menangani Masalah Emosi Pelajar
oleh Azmy Mohamed,
Utusan Malaysia, 14 Februari 2011)

Soalan 2 : Pemahaman
[30 markah]
Soalan 2 (a) Petikan Umum
Berdasarkan petikan Soalan 1, jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.
(i)

Berikan maksud rangkai kata berpersonaliti unggul.

[2 markah]

(ii)

Jelaskan kebaikan-kebaikan sekiranya murid menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah.


[4 markah]

(iii)

Pada pendapat anda, apakah punca-punca yang menyebabkan murid-murid menghadapi


masalah emosi?
Kemukakan tiga punca. KBAT
[4 markah]
Soalan 2(b) Petikan Cerpen
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan
menggunakan ayat anda sendiri.

Semua askar Punjabi maut. Kubu Kuala Pak Amat jatuh. Juga di Dasar dan Sabak. Jepun berada di
mana-mana.
Suara Pak Husain sangat lemah. Dia sudah dimandikan oleh Mak Bidah. Darahnya sudah dicuci. Tetapi
semangat Pak Husain sudah hilang. Dia menjadi takut-takut. Dia selalu meracau dan menyebut apa-apa
sahaja yang dilihatnya sebagai tentera Jepun. Dia melihat mayat di mana-mana, walaupun kami tidak
melihatnya. Kwong yang menyerobot ke dalam perasaan Pak Husain sangat membimbangkan kami.
Beberapa malam berikutnya ayahku tidak tidur-tidur kerana menjaga Pak Husain. Dia mesti dijaga. Dia
yang bertanggungjawab dalam usaha menyelamatkan kami. Aku dapat bayangkan apa yang akan berlaku ke
atas kami sekaliannya yang di pangkalan kalau tentera-tentera Jepun itu sempat turun. Bukankah keberanian
dan sikap Pak Husain membohongi tentera Jepun itu telah menyelamatkan kami? Alangkah besar jasanya.
Alangkah!
Kisah Pak Husain dipaksa supaya menguburkan mayat sehari suntuk telah berkembang dari mulut ke
mulut. Kisah itu mengapung terus dari Kampung Dal ke kampung-kampung yang lain. Berkembang di
Tebing Tinggi, di Dasar, di Kemumin, di Pancur, di Pulau Tukang Dolah dan di Teluk kitang. Cerita itu tidak
dirasakan baktinya selain kami penghuni asli kampung Pak Amat.
Pak Husain telah menyelamatkan kami!
(Dipetik daripada Pahlawan Buntung
oleh S. Othman Kelantan dalam antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)

Apakah kesan yang dialami oleh Pak Husain setelah dia dipaksa menguburkan mayat-mayat
tentera dan orang mati?
[2 markah]

(ii)

Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang dapat anda lakukan untuk membalas jasa
pejuang kemerdekaan negara seperti Pak Husain? KBAT
[4 markah]

(iii)

Huraikan satu nilai berdasarkan petikan cerpen di atas dan satu nilai lain yang terdapat dalam
keseluruhan cerpen.
[4 markah]

Soalan 2 (c) Petikan Puisi Tradisional


Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan
ayat anda sendiri.
Pantun Enam Kerat
Pucuk kepala menjadi muda,
Kelapa muda jadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.
Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.
Sarat bermuat ikan cencaru,
Gelama tidak berumpan lagi,

Kail tersangkut di tepi batang;


Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.
Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka

i)

Apakah maksud rangkap ketiga pantun di atas?

[3 markah]

ii) Baris bukan salah ibu mengandung menunjukkan setiap sesuatu kejadian bukan disebabkan oleh ibu
bapa kita.
Berikan tiga faktor lain yang menyebabkan setiap sesuatu kejadian itu berlaku pada diri kita. KBAT.
[3 markah]
iii)

Huraikan dua persoalan daripada pantun ini.

KERTAS SOALAN TAMAT

[4 markah]