Anda di halaman 1dari 22

Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

MANUAL PROSEDUR KERJA DAN


FAIL MEJA

1. PENGENALAN

Keberkesanan dan kecekapan dalam menguruskan sesuatu jabatan adalah


komponen penting untuk meningkatkan kualiti kerja dalam pentadbiran dan
pengurusan sesebuah organisasi. Manual Prosedur Kerja (MPK) dan Fail Meja (FM)
telah diperkenalkan pada tahun 1991 melalui Pekeliling Kemajuan Pentadbiran
Awam Bilangan 8/1991.

Kedua-dua dokumen ini dapat membantu dalam pengurusan dan dapat


menyumbang kepada peningkatan produktiviti. Bagi kakitangan baru yang dilantik ke
jawatan baru, lazimnya mereka akan menjalankan kerja yang diamanahkan kepada
mereka berdasarkan pengetahuan dan pangalaman serta tunjuk ajar kakitangan yang
lebih pengalaman tanpa arahan dan panduan yang jelas. Kesannya, kakitangan baru
tidak mendapat input yang betul dan akan melaksanakan sesuatu tindakan yang
kurang tepat dalam membuat sesuatu keputusan.

Oleh itu, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja merupakan sumber tepat yang
boleh dijadikan panduan semasa menjalankan tugasnya dengan cekap dan
berkesan.

2. MANUAL PROSEDUR KERJA ( MPK ).

2.1 Definisi Manual Prosedur Kerja

Manual Prosedur Kerja adalah satu dokumen rujukan yang menerangkan


tentang sistem-sistem yang terdapat di dalam sesebuah organisasi. Ia juga
mengandungi prosedur-prosedur kerja yang terperinci dan berperingkat atau

halaman 1
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

sequential bagi menyiapkan sesuatu kerja. MPK mengandungi maklumat menyeluruh


mengenai sejarah dan rasional penubuhan sesuatu jabatan atau pejabat, fungsi.
objektif, prosedur dan pegawai atau staf yang bertanggungjawab untuk
melaksanakan prosedur tersebut. Ia digunakan sebagai rujukan untuk peringkat
Jabatan/ Pejabat.

Setiap tugas mempunyai peraturan dan proses tertentu. Tugas-tugas yang


dijalankan mesti mengikut prosedur dan peraturan yang telah ditetapkan supaya tidak
akan menimbulkan sebarang ketidakcekapan, kelewatan dan pembaziran masa. Oleh
yang demikian, kewujudan Manual Prosedur Kerja adalah supaya pegawai-pegawai
yang baru khususnya dapat mengetahui fungsi keseluruhan dan juga tanggungjawab
serta peranan yang dikendalikan oleh jabatan tersebut.

Selain itu, Manual Prosedur Kerja juga memainkan peranan yang penting
kepada pihak pengurusan kerana ianya membolehkan pembaikan sistem dan
prosedur kerja. Pembaikan ini adalah melalui peningkatan kecekapan, produktiviti,
kualiti dan keberkesanan jabatan secara keseluruhan.

2.2 Rasional Penyediaan Manual Prosedur Kerja.

Terdapat pelbagai faedah dalam melaksanakan Manual Prosedur Kerja. Salah


satu daripadanya adalah ia dapat memberi hala tuju yang jelas kepada Jabatan
supaya usaha dijalankan selaras dengan matlamat penubuhan jabatan tersebut.
Selain itu ia juga menjadi asas perancangan dan pembangunan sesuatu program,
projek dan aktiviti Jabatan.

Manual Prosedur Kerja juga merupakan dokumen rujukan rasmi yang perlu
ada dalam sesebuah Jabatan/Pejabat . Manual Prosedur Kerja dapat memberi
gambaran secara grafik ke atas tindakan-tindakan dalam satu aktiviti atau prosedur

halaman 2
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

dan setiap langkah atau tindakan yang perlu diambil mengikut turutan yang betul dan
memperlihatkan peringkat permulaan dan peringkat selesai secara ringkas.

Ini dapat memberi kefahaman kepada staf mengenai tugas dan


tanggungjawab masing-masing serta dijadikan asas kepada penilaian keberkesanan
Jabatan. Manual Prosedur Kerja juga bertujuan untuk menetapkan keutamaan
sesuatu jabatan untuk jangka panjang dan mewujudkan keseragaman dalam cara
menjalankan kerja dan mengurangkan kesilapan operasi semasa menjalankan tugas.

2.3 Perlaksanaan Dan Kandungan Manual Prosedur Kerja.

Latar Belakang
Jabatan/Pejabat
Senarai Borang-
borang Yang
Digunakan Objektif
Jabatan/Pejabat

Carta Aliran MANUAL


Kerja Aktiviti- PROSEDUR Carta
aktiviti Utama KERJA Jabatan/Pejabat

Proses Kerja Fungsi-fungsi


Aktiviti-aktiviti Utama
Utama Jabatan/Pejabat

Aktiviti-aktiviti
Bagi Fungsi-
fungsi Utama

Manual Prosedur Kerja

halaman 3
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

2.3.1 Latar Belakang Jabatan/Pejabat.

Latar belakang jabatan/pejabat mencatatkan sejarah penubuhan sesebuah


jabatan/pejabat. Maklumat-maklumat seperti tujuan dan mtlamat jabatan/pejabat
ditubuhkan serta akta atau perundangan yang berkaitan akan dikandungkan di dalam
latar belakang ini. Maklumat-maklumat di dalam latar belakang boleh dijadikan asas
untuk membentuk strategi bertindak jabatan/pejabat. Ia juga menjadi sumber rujukan
utama ke arah membentuk dan menyusun struktur, fungsi dan objektif
jabatan/pejabat. Selain daripada itu maklumat-maklumat tersebut juga dapat
membantu para penyelidik dan mereka yang berminat untuk mengetahui
dan mendapatkan bahan-bahan mengenai sesebuah jabatan/ pejabat.

2.3.2 Objektif Jabatan/Pejabat.

Objektif jabatan/pejabat adalah kenyataan mengenai apa yang hendak dicapai


oleh sesebuah jabatan/pejabat iaitu selaras dengan matlamat penubuhannya.
Objektif jabatan/pejabat amat penting kerana ia menjelaskan dengan tepat tujuarah
jabatan/ pejabat dan adalah asas bagi proses pengurusan strategik. Oleh yang
demikian pengurusan atasan hendaklah membentuk objektif jabatan/pejabat masing-
masing dengan baik, menjelaskannya kepada ahli-ahli dalam jabatan/ pejabat dan
mempastikan objektif ini dicapai. Objektif jabatan/pejabat juga menjadi asas bagi
pembentukan objektif bahagian/unit.

2.3.3 Carta Organisasi Jabatan/Pejabat

Carta organisasi jabatan/pejabat menggambarkan struktur yang menunjukkan


fungsi, aktiviti dan hierarki di dalam sesebuah jabatan/pejabat. Carta organisasi
jabatan/pejabat ini dijadikan sebagai rangkakerja dan panduan dalam menjalankan
aktiviti-aktiviti jabatan/pejabat bagi membantu jabatan/pejabat mencapai objektif yang

halaman 4
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

ditetapkan. Kepada seseorang pekerja di dalam jabatan/pejabat, carta organisasi


jabatan/pejabat amat penting bagi menjelaskan perkara-perkara berikut:

a. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh jabatan/pejabat.


b. Rantaian perintah (chain of command)

Bagi jabatan/pejabat pula, struktur atau carta organisasi jabatan/pejabat amat


berguna bagi membantu pihak pengurusan membuat perancangan seperti:

a. penambahan atau pengurangan kakitangan;


b. pembesaran fungsi-fungsi jabatan/pejabat;
c. perancangan latihan staf; dan
d. saluran maklumat-maklumat pengurusan.

Carta organisasi jabatan/pejabat adalah berbeza-beza di antara satu jabatan/


pejabat dengan jabatan/pejabat yang lain kerana kelainan dari segi aktiviti, fungsi dan
peranan yang dimainkan. Ianya juga boleh berubah-ubah dari semasa ke semasa
selaras dengan perkembangan yang berlaku dalam jabatan/pejabat.

2.3.4 Fungsi Utama Jabatan/Pejabat.

Fungsi utama jabatan/pejabat adalah tugas-tugas utama yang dijalankan bagi


membolehkan jabatan/pejabat mencapai objektif penubuhannya. Fungsi-fungsi utama
ini adalah bergantung kepada jenis-jenis kegiatan sesebuah jabatan/pejabat.
Kegiatan- kegiatan ini ada yang khusus untuk jabatan/pejabat tersebut sahaja dan
ada yang merupakan kegiatan biasa (common activity) bagi setiap jabatan/pejabat

2.3.5 Aktiviti-Aktiviti Bagi Setiap Fungsi Utama

Aktiviti ialah kerja yang dijalankan di bawah fungsi utama. Pelaksanaan


sesuatu aktiviti melibatkan tenaga manusia, peralatan, bahan, masa dan kos.

halaman 5
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

2.3.6 Proses Kerja Bagi Setiap Aktiviti.

Proses kerja ialah rangkaian tindakan yang perlu diambil secara berturutan
mengikut peraturan yang ditetapkan bagi melaksanakan sesuatu aktiviti. Adalah
penting bagi proses kerja disenaraikan kerana pekerja akan jelas dengan tindakan-
tindakan yang perlu diambil untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Proses kerja yang
jelas dapat:

a. Mengelakkan kesilapan operasi dan perundangan ketika menjalankan


tugas;
b. Memperlihatkan tindakan-tindakan lengkap yang perludiambil semasa
menjalankan tugas;
c. Membantu kerja penyeliaan;
d. Memudahkan semakan dan pindaan ke atas proses kerja apabila
pengemaskinian diperlukan;
e. Mengurangkan arahan biasa yang berulang-ulang;
f. Memendekkan masa latihan kepada pekerja-pekerja baru;
g. Ia mengekalkan tahap kecekapan dan keberkesanan kerja seseorang
pegawai;
h. Memudah dan melicinkan urusan harian pejabat; dan
i. Menjamin pencapaian kualiti kerja melalui standard kerja yang telah
ditetapkan.

Tindakan-tindakan bagi menyediakan proses kerja adalah seperti berikut:

a. Semak senarai aktiviti bagi mengenalpasti jenis jenis aktiviti yang


memerlukan penyediaan proses kerja;
b. Sediakan turutan tindakan untuk melaksanakan aktiviti tersebut;
c. Mula dengan perkataan 'perbuatan' bagi menyenaraikan setiap proses;
dan
d. Senaraikan jawatan pegawai yang perlu mengambil tindakan ke atas
langkah-langkah yang berkenaan.

halaman 6
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

2.3.7 Carta Aliran Kerja

Carta aliran kerja ialah gambaran secara grafik atau gambarajah ke atas
tindakan-tindakan yang terlibat dalam satu aktiviti atau prosedur. Carta aliran kerja
diperlukan kerana ia dapat memperlihatkan dengan jelas setiap langkah atau
tindakan yang perlu diambil mengikut turutan yang betul, iaitu menunjukkan
peringkat permulaan dan peringkat selesai yang dijelaskan secara ringkas. Carta
aliran memberikan kefahaman kepada staf mengenai tugas dan tanggungjawab
masing-masing. Carta aliran kerja hendaklah disediakan selepas penyediaan proses
kerja. Langkah-langkah bagi penyediaan carta aliran kerja adalah seperti berikut:

a. Rujuk proses kerja bagi aktiviti yang terlibat;


b. Sediakan carta aliran kerja terperinci berdasarkan proses kerja aktiviti
tersebut; dan
c. Gunakan simbol-simbol carta aliran yang ditetapkan.

2.3.8 Borang

Borang adalah alat pengurusan yang penting dalam urusan pentadbiran


pejabat. Borang digunakan untuk:

a. Menyimpan dan merekodkan maklumat;


b. Menyenangkan maklumat direkod dengan cara yang teratur dan
sistematik;
c. Membolehkan maklumat yang perlu dan mustahak sahaja yang
direkodkan.

halaman 7
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

3. FAIL MEJA ( FM ).

3.1 Definisi Fail Meja

Fail Meja pula adalah dokumen rujukan bagi peringkat individu/ jawatan.
Dokumen ini, antara lain, mengandungi carta jabatan/ pejabat yang menunjukkan
kedudukan individu dalam jabatan/pejabat berkenaan, objektif Jabatan dan Bahagian
di mana individu ini ditempatkan serta prosedur kerja yang terlibat dengan jawatan
individu yang berkenaan. Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja adalah alat
pengurusan yang dapat menyumbang kepada peningkatan kecekapan serta
keberkesanan jabatan/pejabat.

3.2 Rasional Penyediaan Fail Meja.

Fail Meja berperanan untuk meningkat kecekapan dan keberkesanan tiap-tiap


seorang individu dalam jabatan/pejabat. Untuk tujuan ini Fail Meja dirangka khusus
untuk memberikan panduan terperinci mengenai semua tugas yang dijalankan oleh
seseorang individu setiap hari. Asas Fail Meja adalah senarai tugas dan
tanggungjawab seseorang individu dalam jabatan/pejabat. Rangkaian prosedur dan
senarai semak (checklist) yang terdapat dalam Fail Meja adalah garis panduan
langkah demi langkah yang dapat memandu setiap individu menjalankan tugas
mereka dengan cekap. Peruntukan kuasa dan undang-undang yang terlibat dengan
tanggungjawab seseorang individu juga dimuatkan dalam Fail Meja. Objektif Jabatan,
objektif Bahagian dan Unit serta carta yang menunjukkan kedudukan individu dalam
Bahagian atau Unit masing-masing akan membantu individu- individu memahami
peranan mereka dalam jabatan/pejabat

halaman 8
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

3.3 Perlaksanaan Dan Kandungan Fail Meja.

Fail meja mengandungi 14 perkara utama seperti yang ditunjukkan dalam


rajah di bawah.

Objektif
Senarai Tugas Jabatan/Pejabat Objektif
Harian Bahagian/Unit

Carta Organisasi
Norma Kerja Jabatan/Pejabat

Carta Organisasi
Senarai Borang-borang Kedudukan Pegawai
Yang Digunakan

FAIL MEJA Senarai


Senarai Tugas/Kuasa &
Jawatankuasa yang Hubungan
Dianggotai

Peraturan-peraturan
Senarai Undang- Pentadbiran
undang/Peraturan

Senarai Semak/ Proses Kerja


Check List

Carta Aliran Kerja

Kandungan Fail Meja

halaman 9
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

3.3.1 Carta Organisasi Jabatan/Pejabat.

Penerangan mengenai carta organisasi jabatan/pejabat yang menunjukkan


fungsi jabatan/pejabat adalah sama seperti yang dijelaskan di dalam Bahagian
Kandungan Manual Prosedur Kerja.

3.3.2 Carta Organisasi Bahagian/Unit.

Carta organisasi bahagian adalah pecahan dari carta jabatan/pejabat. Di


dalam Fail Meja, hanya carta bahagian yang berkaitan dengan individu/pekerja
sahaja yang perlu disediakan. Misalnya, jika individu itu bertugas sebagai Kerani
Perkhidmatan, hanya carta Bahagian Perkhidmatan sahaja yang perlu dimasukkan
dalam Fail Mejanya. Kedudukan individu ini perlu ditandakan dalam carta organisasi
bahagian/unit berkenaan. Carta ini perlu untuk menjelaskan kepada pekerja yang
bertugas di Bahagian tersebut mengenai:

a. Aktiviti yang dilaksanakan oleh bahagian/unitnya;


b. Siapa rakan-rakan sejawat yang boleh membantu mengambilalih
tugasnya semasa ia berkursus, bertugas di luar pejabat atau bercuti;
c. Pegawai atasan yang boleh dirujuk sekiranya ia menghadapi masalah
dalam melaksanakan tugas-tugas harian; dan
d. Di mana dirinya/jawatannya ditempatkan di bahagian/unit berkenaan.

3.3.3 Objektif Jabatan/Pejabat.

Penerangan mengenai objektif jabatan/pejabat adalah seperti yang dijelaskan


di dalam Bahagian Kandungan Manual Prosedur Kerja.

3.3.4 Objektif Bahagian/Unit.

Objektif bahagian/unit adalah pecahan kepada objektif jabatan/pejabat dan ia


dinyatakan dalam bentuk objektif jangkapendek yang perlu dicapai oleh bahagian.
Setiap aktiviti yang dijalankan oleh bahagian/unit haruslah menyumbang ke arah
pencapaian objektif jabatan/pejabat pada keseluruhannya. Objektif bahagian/unit

halaman 10
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

hendaklah dinyatakan dengan tepat, jelas, boleh dicapai dan boleh diukur supaya
pihak pengurusan boleh membuat keputusan dan penilaian kemajuan dengan
berkesan berasaskan objektif-objektif yang ditetapkan. Tujuan menyediakan objektif
bahagian/unit adalah seperti berikut:

a. memberi tujuarah yang jelas kepada setiap bahagian bagi mencapai


objektif jabatan/pejabat;
b. menjadi asas perancangan dan pembangunan program, projek dan
aktiviti yang perlu dijalankan oleh sesebuah bahagian/unit supaya
memenuhi objektif jabatan/pejabat;
c. menjadi asas bagi penilaian keberkesanan sesebuah bahagian/unit
bagi tujuan meningkatkan lagi prestasi bahagian/ unit berkenaan;
d. menetapkan keutamaan-keutamaan jangkapanjang bahagian/unit;
e. membolehkan seseorang pengurus menilai keberkesanan sesuatu
rancangan supaya ia dapat diubah jika perlu; dan
f. merupakan mekanisma penyelarasan antara penyelia-penyelia dan
pekerja-pekerja.

3.3.5 Senarai Tugas/Kuasa Dan Hubungan Pegawai Dengan Pegawai-Pegawai


Lain

Senarai tugas ialah senarai yang menjelaskan dengan tepat dan terpennci
mengenai tugas, tanggungjawab dan kuasa seseorang pegawai untuk menjalankan
tugas-tugasnya. Setiap pegawai perlu mempunyai satu senarai tugas. Ini adalah
penting bagi memaklumkan kepada pemegang jawatan mengenai tugas,
tanggungjawab, pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan. Setiap senarai tugas
perlu mengandungi perkara-perkara berikut:

a. Nama Jabatan/Pejabat/Bahagian/Unit
b. Jawatan Yang Disandang
c. Tugas dan tanggungjawab:

halaman 11
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

Kuasa yang diberikan kepada seseorang pegawai perlu dimaklumkan. Ini


untuk memudahkan seseorang pegawai bertindak atau membuat keputusan
mengikut had yang dibenarkan. Hubungan kerja pegawai dengan pegawai-pegawai
lain perlu diketahui. Ini penting dijelaskan bagi membantu pegawai menyelesaikan
sesuatu tugas. Hubungan kerja pegawai lain dibahagikan kepada empat cara iaitu:

 Hubungan kerja dengan pegawai atasan


 Hubungan kerja dengan pegawai bawahan
 Hubungan kerja dengan rakan sejawat
 Hubungan kerja dengan pegawai dari agensi-agensi luar

Senarai tugas, kuasa dan hubungan kerja perlu dimasukkan ke dalam FM kerana:

 dapat menjelaskan tugas dan tanggungjawab seseorang pegawai;


 memudahkan pihak pengurusan merancang kursus yang sesuai untuk
seseorang pegawai;
 memudahkan pegawai menguruskan tugas yang dipertanggungjawabkan;
 setiap pegawai mengetahui had-had kuasa yang diperuntukkan; dan
 menjelaskan hubungan di antara seseorang pegawai dengan pegawai lain
samada didalam jabatan/pejabat atau dengan pegawai-pegawai di
jabatan/pejabat yang lain.

3.3.6 Peraturan-Peraturan Pentadbiran Bagi Setiap Aktiviti.

Tiap-tiap aktiviti mempunyai beberapa peraturan pentadbiran yang harus


diketahui oleh pegawai-pegawai sesebuah jabatan/ pejabat. Ia merupakan
peraturanperaturan jabatan/ pejabat yang mesti dipatuhi dalam menjalankan sesuatu
aktiviti.

3.3.7 Proses Kerja Bagi Aktiviti-Aktiviti Yang Berkaitan Dengan Pegawai.

Konsep proses kerja adalah seperti yang diterangkan dalam Bahagian


Kandungan Manual Prosedur Kerja. Untuk Fail Meja, senarai jawatan pegawai yang

halaman 12
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

meluluskan tindakan dan senarai undang-undang dan peraturan yang berkaitan perlu
disertakan dalam proses kerja. Bagi menyediakan proses kerja, tindakan seperti
berikut perlu dilaksanakan:

a. Semak senarai tugas bagi mengenalpasti jenis-jenis kerja yang


memerlukan penyediaan proses kerja;
b. Sediakan turutan tindakan mengenai kerja tersebut;
c. Mulakan dengan perkataan 'perbuatan' bagi menyenaraikan setiap
proses;
d. Senaraikan pegawai yang perlu dirujuk; dan
e. Senaraikan undang-undang dan peraturan yang berkaitan dengan
tugas berkenaan.

3.3.8 Carta Aliran Kerja.

Penerangan mengenai carta aliran kerja adalah seperti yang diterangkan


dalam Bahagian Kandungan MPK. Carta aliran kerja bagi FM seseorang pegawai
hendaklah diambil daripada carta aliran yang terdapat dalam MPK bagi aktiviti yang
berkaitan dengan pegawai berkenaan. Langkah-langkah dalam aktiviti yang
melibatkan pegawai berkenaan perlu ditandakan. Dengan menandakan langkah-
langkah ini pegawai berkenaan akan dapat dimaklumkan mengenai tanggungjawab
dan peranannya dalam menyelesaikan sesuatu aktiviti.

3.3.9 Senarai Semak/Checklist.

Checklist ialah satu alat perancangan dan kawalan kerja yang ringkas dan
tepat mengenai tindakan-tindakan yang perlu diambil dalam mengendalikan sesuatu
aktiviti. Ia boleh berbentuk rangkai kata, soalan dan jawapan ataupun pernyataan
peringatan yang diperlukan mengikut jenis/bidang aktiviti yang dilakukan. Seboleh-
bolehnya, checklist disusun mengikut tertib turutan tindakan di mana sesuai.

Checklist berfungsi sebagai pelan tindakan di dalam melaksanakan sesuatu aktiviti.


Kepentingannya amat ketara sekali terutama bagi aktiviti-aktiviti seperti memproses

halaman 13
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

permohonan, semakan keselamatan, semakan kualiti, perancangan dan kawalan


pelaksanaan projek-projek pembangunan, persediaan sebelum mengadakan
mesyuarat, persidangan dan seminar, pemilihan serta pengambilan pekerja, latihan
dan perancangan kemajuan kerjaya. Checklist perlu disediakan kerana ia:

a. Memberi peringatan dan semakan ke atas tindakan yang perlu diambil


dalam melaksanakan sesuatu aktiviti harian;
b. Mengelakkan berlakunya kecuaian, lupa, kesilapan dan pertindihan
kerja;
c. Menjadi asas kepada kawalan keselamatan terutama yang melibatkan
aktiviti teknikal seperti jadual perjalanan udara dan laut, prosesan alatan
dalam 'assembly line' dan pengekalan kualiti;
d. Menjadi alat pengawasan yang mudah dirujuk dalam usaha
menentukan tahap pencapaian kerja, mengesan kelewatan dan
memudahkan mengambil tindakan awal jika terdapat masalah;
e. Menjadi semakan terhadap perkara-perkara penting yang perlu diberi
perhatian sebelum diteliti atau diluluskan seperti penyediaan kertas
kabinet, kertas cadangan atau yang berkaitan dengan pemprosesan
lesen/permit/ kelulusan;
f. Menjadi alat mengawal dan menyelaras tindakan-tindakan yang diambil
oleh berbagai-bagai unit; dan
g. Mewujudkan disiplin dalam melaksanakan tugas.

3.3.10 Senarai Borang Yang Berkaitan Dengan Tugas Pegawai.

Konsep borang adalah seperti penerangan konsep borang dalam Bahagian


Kandungan Manual Prosedur Kerja. Senarai borang-borang dalam Fail Meja adalah
bertujuan membantu pegawai berkenaan mengetahui borang-borang yang berkaitan
dengan tugasnya.

halaman 14
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

3.3.11 Senarai Undang-Undang Dan Peraturan Yang Diperlukan.

Senarai undang-undang dan peraturan yang perlu ada dalam Fail Meja adalah
petikan kecil daripada arahan-arahan rasmi yang perlu dirujuk oleh seseorang
pegawai. Hanya arahan-arahan yang masih digunakan sahaja yang perlu
dikandungkan dalam Fail Meja. Senarai undang-undang dan peraturan adalah perlu
kerana ia:

a. Menjadi rujukan asas yang membolehkan sesuatu aktiviti itu


dilaksanakan dengan sah;
b. Menjimatkan masa mengesan semula arahan-arahan yang diperlukan,
yang biasanya tersimpan di pelbagai bahagian/unit dalam sesebuah
jabatan/ pejabat; dan
c. Memudahkan staf lain membuat rujukan apabila diperlukan.

Cara menyediakan senarai undang-undang dan peraturan ini adalah seperti berikut:

a. Kumpulkan semua perundangan dan peraturan yang ada kaitan


langsung dengan tugas jawatan berkenaan. Undang-undang dan
peraturan tersebut adalah seperti Pekeliling Am, Pekeliling
Perbendaharaan, Perintah Am, Akta akta tertentu, Peraturan Pejabat,
Arahan dan lain-lain;
b. Sediakan senarai undang-undang dan peraturan tersebut dengan
mencatitkan bilangan,tahun dikeluarkan, tarikh serta tajukringkas
sesuatu arahan tersebut;
c. Kandungkanpetikan daripada perundangan dan peraturan tersebut
yang mana mempunyai kaitan dengan jawatanjawatan berkenaan.

3.3.12 Senarai Jawatankuasa Yang Dianggotai.

Senarai jawatankuasa yang perlu ada dalam Fail Meja adalah semua
jawatankuasa yang dianggotai oleh pegawai berkenaan. Jawatankuasa itu hendaklah
sekurang-kurangnya wujud untuk tempoh 6 bulan. Tujuan menyenaraikan

halaman 15
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

jawatankuasa-jawatankuasa ini ialah supaya pegawai berkenaan mengetahui


jawatankuasa- jawatankuasa yang dianggotainya dan membolehkannya membuat
persediaan dan perancangan awal sebelum hadir ke mesyuarat jawatankuasa
jawatankuasa tersebut. Senarai ini juga membolehkan pegawai baru yang
mengambilalih tugas mengetahui jawatankuasajawatankuasa yang perlu
dianggotainya.Di dalam senarai tersebut perlu dicatit nama, kekerapan mesyuarat
dan jenis keanggotaan sama ada Pengerusi, Setiausaha, Ahli Tetap, Ahli Turut Hadir,
Ahli Jemputan dan lain-lain.

3.3.13 Norma Kerja.

Norma kerja ialah jangkamasa atau lain-lain pengukuran prestasi yang telah
ditetapkan bagi menyiapkan sesuatu kerja. Norma kerja ini boleh menjadi panduan
kepada pekerja dalam melaksanakantugas supaya tahap prestasi yang diharapkan
dapat dicapai sepenuhnya. Ia Juga menjadi asas mengukur pencapaian produktiviti
sesuatu kerja. Melalui pembaikan dalam persekitaran kerja, sama ada penggunaan
teknologi baru, latihan staf dan lain-lain motivasi bekerja, norma kerja boleh
diubahsuai supaya selaras dengan usaha-usaha pembaikan yang telah dijalankan.
Norma kerja membantu dalam memperbaiki kaedah bekerja bagi tujuan
mengurangkan pembaziran dan kesllapan bekerja. Bagi mewujudkan norma kerja,
langkah-langkah berikut boleh diikuti:

 Dapatkan norma kerja bagi jawatan yang berkenaan atau yang bersamaan
dari sumber-sumber yang boleh digunakan, sekiranya ada, dan sesuaikan
dengan kebolehan/ keupayaan penyandang jawatan tersebut, peralatan
dan mesin-mesin di pejabat.

Jika belum ada norma kerja diwujudkan dari sumber-sumber lain,jalankan kajian
pengukuran kerja bagi mewujudkan norma kerja yang diperlukan.

halaman 16
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

3.3.14 Senarai Tugas Harian.

Senarai tugas harian ialah format bagi mengingati dan merancang aktiviti-
aktiviti utama yang perlu dilaksanakan pada hari berkenaan. Senarai ini sebaik-
baiknya diletakkan di atas meja supaya mudah dirujuk. Senarai tugas harian
memudahkan pegawai merancang kerja atau mengambil tindakan-tindakan penting
lebih awal. Dengan itu dapat menggalakkan amalan pengurusan masa yang cekap
dan berkesan. Senarai tugas harian boleh disediakan sama ada di sebelah petang
selepas waktu pejabat ataupun sewaktu mula bekerja di sebelah pagi. Tandakan
mana-mana tindakan yang telah selesai dan catitkan alasan bagi tindakan yang
memerlukan tindakan susulan atau tertangguh. Penggunaan senarai tugas harian
boleh diselaraskan dengan keperluan seseorang pegawai iaitu boleh disediakan
secara mingguan atau bulanan. Ada juga jenis jawatan yang hanya sesuai
menggunakan checklist sebagai panduan dalam perancangan kerja mereka. Dengan
itu senarai tugas harian tidak akan digunakan.

4.0 PERBEZAAN ANTARA MANUAL PROSEDUR KERJA DAN FAIL MEJA

Secara umumnya, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja mempunyai beberapa
perbezaan antara satu sama lain. Jadual di bawah menunjukkan beberapa
perbezaan yang ringkas antara kedua-duanya.

Manual Prosedur Kerja ( MPK ) Fail Kerja ( FK )


 Dokumen rujukan peringkat  Dokumen rujukan peringkat
jabatan. individu atau jawatan.
 Berasaskan fungsi dan bidang  Berasaskan tugas dan
tugas jabatan. tanggungjawab individu.
 Satu MPK untuk satu jabatan.  Satu FM bagi satu jawatan.
 Mengandungi maklumat atau
 Mengandungi maklumat
panduan untuk mengendalikan
menyeluruh mengenai semua
tugas yang ditetapkan bagi satu-
aktiviti dalam jabatan.
satu jawatan.

halaman 17
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

Berdasarkan jadual di atas, perbezaan kedua-dua dokumen rujukan ini akan di


jelaskan dengan lebih terperinci lagi. Perbezaan pertama ialah Manual Prosedur
Kerja merupakan dokumen bagi semua pegawai atau staf di peringkat jabatan.
Manual Prosedur Kerja ini berasaskan fungsi dan bidang tugas jabatan seperti
sejarah, rasional penubuhan, objektif, fungsi, prosedur kerja, dan pegawai atau staf
yang dipertanggungjawabkan melaksanakan prosedur tersebut. Ia merupakan
rujukan dalam pembentukan struktur dan fungsi atau objektif jabatan atau pejabat
dan membolehkannya berfungsi dengan cekap dan berkesan. Fail Meja pula
merupakan dokumen rujukan rasmi bagi individu atau jawatan yang mengandungi
senarai tugas dan tanggungjawab seseorang individu dalam sesuatu jawatan. Ia
berperanan untuk meningkatkan kecekapan dan keberkesanan setiap individu dalam
sesuatu jabatan.

Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja ialah dokumen rujukan pada peringkat
yang berbeza. Namun begitu, setiap jabatan/pejabat perlu ada kedua-duanya. Setiap
satu Manual Prosedur Kerja adalah untuk satu jabatan sahaja, manakala Fail Meja
adalah bagi satu jawatan. Hanya satu Manual Prosedur Kerja bagi satu jabatan,
sementara fokus utama Fail Meja adalah untuk individu. Dengan itu, setiap individu
bagi setiap jabatan atau pejabat haruslah mempunyai Fail Meja yang tersendiri.

Perbezaan yang seterusnya, Manual Prosedur Kerja adalah dokumen yang


mengandungi maklumat menyeluruh mengenai semua aktiviti yang berasaskan
fungsi, dan bidang tugas jabatan atau pejabat. Dengan maklumat ini, individu dalam
jabatan atau pejabat dapat mengetahui hala tuju yang perlu diikuti dan dipatuhi
semasa menjalankan tugas. Dokumen ini juga menetapkan fungsi jabatan atau
pejabat serta pembahagian aktiviti yang jelas antara bahagian dan unit. Ini
membolehkan setiap individu mengetahui parameter masing-masing serta
mengetahui tugas-tugas bahagian/unit individu lain dalam pejabat/jabatan. Manual
Prosedur Kerja juga menunjukkan Rantaian Perintah untuk membantu Ketua
Jabatan memberi arahan, mengawal kerja, mempercepatkan proses membuat
keputusan. Fail Meja pula mengandungi maklumat atau panduan untuk
halaman 18
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

mengendalikan tugas yang ditetapkan bagi satu-satu jawatan berpandukan tugas,


dan tanggungjawab individu. Ini merupakan panduan tentang kedudukan individu
dalam pejabat/jabatan. Fail Meja dapat membantu meningkatkan kecekapan dan
kesempurnaan perjalanan tugas melalui garis panduan yang lengkap dan terperinci.
Dokumen ini turut menyatakan senarai tugas kuasa dan hubungan kerja untuk
membantu pegawai mengurus tanggungjawab mereka, mengetahui had kuasa serta
menjelaskan hubungan kerja antara staf. Biasanya, Fail Meja ini ditempatkan di atas
meja para pegawai.

Selain itu, perbezaan yang lain adalah Manal Prosedur Kerja


mengandungi maklumat menyeluruh tentang aktiviti dalam jabatan yang digambarkan
dalam bentuk carta. Setiap jabatan atau pejabat mempunyai carta organisasi yang
tersendiri sebagai panduan dan rangka kerja bagi semua aktiviti jabatan. Manual
Prosedur Kerja didokumentasikan secara sistematik iaitu dengan mewujudkan
beberapa unit atau seksyen atau bahagian untuk melaksanakan aktiviti. Contohnya,
Bahagian Gaji hanya beroperasi untuk urusan-urusan yang berkaitan dengan gaji
sahaja. Fail Meja pula mengandungi maklumat atau panduan dalam pengendalian
tugas bagi sesuatu jawatan. Setiap jawatan dalam Perkhidmatan Awam dinyatakan
senarai tugas, tanggungjawab dan bidang kuasa yang terperinci supaya pegawai
dapat menjalankan tugas dengan cekap dan berkesan.

Fail Meja merupakan dokumen yang wajib disediakan bagi satu jawatan
dan lebih memfokuskan kepada tugas individu. Tujuannya adalah untuk
meningkatkan lagi tahap kecekapan penjawat awam dalam menjalankan tugas
masing-masing. Manakala penyediaan Manual Prosedur Kerja lebih khusus untuk
penggunaan pejabat sahaja. Manual Prosedur Kerja disediakan khas untuk
meningkatkan lagi kecekapan dan keupayaan jabatan tersebut secara menyeluruh.
Setiap individu bagi setiap jabatan dan pejabat mempunyai dan menyediakan Fail
Meja.

halaman 19
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

Perbezaan yang terakhir pula ialah segala proses, peraturan, pegawai


yang bertanggungjawab dan hubungan kerja bagi pegawai dapat dikenalpasti dengan
merujuk Manual Prosedur Kerja. Tetapi Fail Meja memberikan panduan terperinci
mengenai tugas harian setiap individu. Dengan adanya Manual Prosedur Kerja dan
Fail Meja diharapkan kedua-duanya dapat dijadikan rujukan utama pejabat dan
jabatan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan cekap dan berkesan.

Di dalam Fail Meja disediakan panduan yang terperinci tentang tugas


harian setiap individu. Annual Prosedur Kerja pula lebih menerangkan secara
menyeluruh tentang segala proses peraturan pegawai yang bertanggungjawab
dan hubungan kerja bagi pegawai dalam jabatan.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja memainkan


peranan penting bagi melancarkan perjalanan kerja sesebuah organisasi. Selain itu,
dua perkara ini saling melengkapi antara satu sama lain. Tanpa Fail Meja sebagai
tunjang kepada Manual Prosedur Kerja, sesuatu organisasi tidak akan seragam,
sistematik dan cekap.

Manual Prosedur Kerja lebih fokus kepada dokumen rujukan untuk pihak
jabatan dimana ia menerangkan fungsi dan bidang tugas sesebuah jabatan manakala
Fail Meja pula menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab serta cara
menjalankan tugas yang telah ditetapkan.

Oleh itu, berikut merupakan rumusan kepentingan Manual Prosedur Kerja dan
Fail Meja:

 Merekodkan semua prosedur dan peraturan kerja untuk dijadikan rujukan


rasmi.
 Mewujudkan keseragaman dalam kaedah menjalankan kerja.

halaman 20
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

 Menentukan peratuan jabatan/pejabat dipatuhi.


 Mengurangkan kesilapan operasi semasa menjalankan tugas.
 Memendekkan masa latihan bagi pekerja-pekerja baru.
 Menyenangkan pertukaran pekerja-pekerja dari satu jabatan ke jabatan lain.
 Menyenangkan kajian ke atas sistem kerja dan membolehkan
penambahbaikan sistem dibuat.
 Mengurangkan arahan lisan mengenai cara menjalankan kerja.
 Menjelaskan kuasa dan hubungan kerja dengan pegawai-pegawai lain.

Justeru, Manual Prosedur Kerja dan Fail Meja adalah amat penting bagi
menghasilkan satu kerja yang berkualiti, berkesan dan cekap. Ia bertindak sebagai
sumber rujukan dan garis panduan bagi sesebuah organisasi terutama bagi sumber
tenaga baru.

halaman 21
Kursus Induksi Umum Kumpulan 1 2009

RUJUKAN

Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilangan 8


Tahun 1991

( Panduan Mengenai Manual Prosedur Kerja Dan Fail


Meja )

halaman 22

Anda mungkin juga menyukai