Anda di halaman 1dari 1

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.

Sebagai pembuka kata, saya ingin memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana diberi ruang dan
kesempatan berharga ini. Syabas kepada Ahli Jawatankuasa Laman Web SMKBM kerana mampu
merealisasikan laman web rasmi sekolah. Ucapan terima kasih dan tahniah yang tidak terhingga atas
usaha dan komitmen yang diberikan kepada semua yang terlibat dalam menyiapkan laman
web www.SMKBatuMuda.edu.my. Terima kasih juga kepada PIBG yang menyokong penuh usaha murni
ini.
Adalah menjadi harapan saya, tahun 2011 ini SMKBM terus melakar pelbagai kejayaan dan
kecemerlangan baik dalam kurikulum mahupun kokurikulum. Sehubungan dengan itu, para pendidik
haruslah menjalankan amanah yang diberi untuk melahirkan pelajar yang bukan sahaja cemerlang
dalam bidang akademik dan kokurikulum, malah melahirkan pelajar yang berdisiplin dan berkeyakinan
diri.
Kepada semua warga terutama pelajar-pelajar yang dikasihi, mulakanlah tahun ini sebagai tahun untuk
mencapai kegemilangan seperti mana yang telah ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Negara dan
Falsafah Pendidikan Islam. Kepada pelajar-pelajar SMKBM, saya menyeru agar sentiasa
mempersiapkan diri dan minda dengan ilmu duniawi dan ukhrawi supaya dapat berhadapan dengan
cabaran dunia globalisasi dan seterusnya mampu mencapai wawasan 2020 dengan cemerlang,
gemilang dan terbilang.
Kepada seluruh warga SMKBM, saya berharap agar dapat berkhidmat dan melaksanakan
tanggungjawab dengan lebih cekap dan berkesan agar dapat menjana potensi murid ke tahap yang
optimum sekaligus memartabatkan SMKBM sebagai institusi pendidikan cemerlang yang mampu
melahirkan generasi terbilang minda kelas pertama yang dapat bersaing di persada antarabangsa.
Akhir bicara, saya amat menaruh harapan yang tinggi agar pelajar-pelajar di sekolah ini mempunyai
sahsiah dan akhlak yang mulia. Kesungguhan dan komitmen seluruh warga SMKBM serta ibu bapa
sudah tentu dapat melahirkan generasi pelajar yang berilmu, dinamik, progresif dan berdaya saing

Akhir Kata, buat


semua guru yang saya sayangi, selamilah pepatah ini dan renungilah pandangan ini :
dalam menghadapi pelbagai aspek kehidupan dan menjadi insan yang kamil.

"Kesilapan seorang doktor akan menyebabkan kematian seorang pesakitnya, tetapi


Kesilapan seorang guru akan merosakkan satu generasi yang dididiknya"
Jadi jadilah guru Pembina Wawasan Negara.
Semoga segala kejayaan yang telah kita capai pada masa ini akan menjadi inspirasi untuk kita pada
masa mendatang.
Sekian, terima kasih.
Puan Faridah bt Salleh
Pengetua SMK Batu Muda
- See more at: http://www.smkbatumuda.edu.my/tentang/amanat-pengetua/#sthash.SMKD7E0S.dpuf

Saya mula bicara dengan menyebut bahawa tugas daawah, mendidik tidak terbatas dan
merupakan tanggungjawab sepanjang hayat, sepertimana jua minat menimba ilmu
pengetahuan. Maka dalam konteks perjuangan, istilah bersara kurang tepat

Anda mungkin juga menyukai