Anda di halaman 1dari 4

Bercerita Kisah Daripada Al-Quran ( L ) : Haji Wida

MTAQNS 2013

Tajuk : Haji Wida


Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang saya hormati barisan panel hakim yang arif lagi
bijaksana, guru-guru, seterusnya sidang hadirin dan kawan-kawan sekalian.
( pantun )
Pantun diucap pembuka kata,
Haji Wida tajuk cerita,
Mari sahabat dengarkan bicara,
Menjadi pedoman kita bersama.
Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi terakhir yang diutuskan kepada umat manusia.
Baginda telah berdakwah selama 23 tahun dengan menghadapi pelbagai rintangan dalam
menyampaikan dakwahnya. Tahukah kawan-kawan, apakah rukun Islam yang kelima ? ya, Ibadah haji
merupakan salah satu rukun Islam yang kelima yang diwajibkan keatas umat Islam.
Firman Allah :


Surah Al-Baqarah ayat 196
Ertinya : dan sempurnakanlah Ibadat Haji dan Umrah kerana Allah;
Rasulullah S.A.W hanya mengerjakan haji sekali sahaja dalam seumur hidupnya. Haji yang
dilaksanakan oleh Rasulullah dikenali sebagai Hajjatul Wada yang bermaksud haji perpisahan. Ini
kerana tidak lama selepas Rasulullah melaksanakan haji ini, baginda pun wafat.

Ya kawan-kawan,
Pada tahun 2012, seramai 936,000 telah mendaftar untuk menunaikan rukun Islam kelima ini.
Ia merangkumi 4,000 orang yang berusia lebih daripada 75 tahun. Namun Kerajaan Arab Saudi hanya
memberi kuota 28,000. Rukun Islam wajib diamalkan supaya kita menjadi muslim yang sejati.
Bagi yang kaya wajib membayar zakat
Bagi yang mampu wajiblah naik haji

Bercerita Kisah Daripada Al-Quran ( L ) : Haji Wida

MTAQNS 2013

Rukun Islam ada lima


Wajib kita mengerjakannya

Nasyid Syauqi

Hadirin sekalian,
Hajjatul Wida bermula apabila Rasullullah SAW berserta isteri baginda dan para sahabat yang
seramai 100 000 pengikut telah berangkat ke kota Madinah pada 25 Zulkaedah tahun 10 Hijrah
menuju ke Mekah. Antara peserta ialah Saiyyidina Abu Bakar as Siddiq, Saiyidatina Aisyah binti Abu
Bakar, Saad bin Ubaidah dan lain-lain. Selepas kaum muslimin memaikai ihram serta berniat haji,
mereka pun beramai-ramai mengucap talbiah dengan bersemangat.

, ,
Baginda dan rombongan telah sampai di Makkah pada 4 Zulhijjah setelah mengambil masa 9
hari perjalanan. Setelah itu, baginda dan rombongan bertawaf 7 kali, bersolat dua rakaat, meminum air
zam-zam dan bersaie di antara Safa dan Marwah. Pada 9 Zulhijjah, baginda menaiki untanya dan
meneruskan perjalanan ke Arafah.
Ya kawan-kawan,
Kita patut bersyukur kerana diberi kemudahan untuk menunaikan haji. Tahu tak kawan-kawan?
hanya mengambil masa lebih kurang 9 jam dengan menaiki kapal terbang kita sudah tiba ke Tanah
Suci. Berbanding dahulu, jemaah haji perlu menaiki kapal laut yang mengambil masa berbulan-bulan.
Oleh itu, kita mesti berazam untuk menunaikan ibadah rukun Islam yang kelima ini.

Hadirin sekalian,

.Lembah Uranah di Gunung Arafah menjadi saksi khutbah terakhir Rasullulah S.A.W pada
tanggal 9 Zulhijjah tahun 10 Hijrah. Baginda menyampaikan pesanan terakhir kepada seluruh umat
Islam dengan menyentuh akan hak allah ke atas manusia dan nilai kemanusiaan yang harus dimiliki
oleh manusia.

Wahai sahabat disayangi,

Bercerita Kisah Daripada Al-Quran ( L ) : Haji Wida

MTAQNS 2013

Kita sangat beruntung kerana di Malaysia terdapat program- program agama melalui media
massa seperti semanis kurma, tanyalah ustaz dan halaqah. Program ini memberi pelbagai ilmu
pengetahuan kepada diri.Lantaran daripada Khutbah terakhir Rasullullah, marilah kita saling berpesanpesan dalam beragama. Moga kita menjadi umat yang dikasihi kekasih-Nya.
Firman Allah:


Ertinya : 1. Demi Masa! 2. Sesungguhnya manusia itu Dalam kerugian -3. kecuali orang-orang Yang
beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan Dengan kebenaran serta berpesanpesan Dengan sabar.
Wahai kawan-kawan,
Setelah 18 hari berada di Mekah untuk menyempurnakan semua rukun dan wajib, Rasulullah
S.A.W telah berangkat meninggalkan Makkah dan menuju balik ke Madinah. Baginda mula jatuh sakit
pada akhir bulan Safar tahun ke 11 H. Rasulullah S.A.W. menaiki minbar selepas selesai solat dengan
dipapah oleh al-Fadhil bin Abbas dan Sayyidina Ali bin Abu Talib lalu bersabda :
Sesungguhnya Allah memberi pilihan kepada hamba antara dunia dengan apa yang ada disisiNya
(Allah), maka memilih hamba itu apa yang ada disisi Allah.
Bercucuran air mata Sayyidina Abu Bakar kerana beliau faham bahawa apa yang dimaksudkan
dengan hamba itu ialah diri Rasulullah s.a.w di mana baginda merasai telah hampir saat kewafatannya
setelah sempurna menjalankan tanggungjawab sebagai Rasul.



Ertinya : Aku telah sempurnakan bagi kamu ugama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmatKu kepada
kamu, dan Aku telah redakan Islam itu menjadi ugama untuk kamu.

Ya, kawan-kawan,

Bercerita Kisah Daripada Al-Quran ( L ) : Haji Wida

MTAQNS 2013

Hidup ini penuh dengan ujian dan dugaan. Saban hari kita mendengar berita mengenai kematian,
kehilangan ahli keluarga dan kemalangan. Oleh itu, kita hendaklah sentiasa tabah menghadapi segala
rintangan dan dugaan yang melanda.
Pendengar yang budiman,
Rasulullah S.A.W. telah wafat pada 12 Rabiulawal tahun ke 11 H. Baginda menghembuskan
nafasnya yang terakhir ketika berusia 63 tahun. Sahabat-sahabat nabi menangis kepermegian nabi
Muhammad s.a.w dan ada juga yang kembali murtad kerana tidak menerima hakikat kewafatan nabi.
Dalam keadaan yang tidak terkawal, lalu Sayyidina Abu Bakar berdiri gagah dan membaca ayat 144
surah Ali Imran :


Ertinya : jika demikian, kalau ia pula mati atau terbunuh, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah
menjadi kafir)?

Ingatlah kawan-kawan, setiap yang hidup di muka bumi ini pasti akan merasai kematian. Maka kita
hendaklah sentiasa mempersiapkan diri dengan amal kebaikan dan berdoa menemui ajal dalam
husnul khotimah. Beruntunglah pejuang Gaza yang syahid kerana mempertahankan agama serta
tanah air mereka. Ganjaran syurga menanti mereka.
Indah sungguh kalamMu Tuhan,
Dibaca pula muka depan,
Ingatlah pesan nabi junjungan,
Menjadi amalan dalam kehidupan.
Sekian, wassalamualaikum warahmatullah hiwabarokatuh.

Anda mungkin juga menyukai