Anda di halaman 1dari 7

RASULULLAH SAW : MODEL SEORANG PENDAKWAH

125. serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah[845] dan pelajaran yang baik dan
bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang
siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat

Berdasarkan ayat di atas, dapat kita fahami bahawa terdapat tiga kaedah atau cara
yang baik bagi menjalankan aktiviti dakwah iaitu dengan cara hikmah kebijaksanaan (bil
hikmah), nasihat dan pengajaran yang baik (mauizah al-hasanah) dan berbahas dengan cara
yang baik (mujadalah billati hiya ahsan), dan semuanya ini sudah nyata dan jelas bahawa ciriciri pendakwah atau daie yang cemerlang sudah ada tersedia dalam diri Rasulullah SAW
berserta dengan kaedah penyampaian dakwah yang efektif.
Sebagai seorang daie, Baginda SAW dilatih dan dididik secara terus oleh Allah SWT
melalui perantaraan Malaikat Jibrail. Maka segala strategi dan method pelaksanaan dakwah
Rasulullah SAW adalah ketetapan daripada Allah SWT. Jika dirujuk dan dikaji secara
mendalam method dakwah Rasulullah SAW, maka kita akan melihat kebijaksanaan dan
kehebatan Rasulullah SAW dalam mengajak dan menyeru manusia kepada Islam. Method
dakwah Rasulullah SAW adalah sangat fleksibal, sangat meraikan keadaan semasa, dan yang
utama sangat meraikan sifat dan keadaan sasaran dakwah itu sendiri.
Ini dapat dilihat dengan jelas pada peringkat awal berdakwah, Rasulullah SAW telah
memulakan dakwah kepada golongan VIP iaitu para pembesar dan orang-orang berpengaruh
di Tanah Arab terlebih dahulu. Strategi ini jelas menunjukkan kebijaksanaan Rasulullah
SAW dalam menjalankan tugas Baginda sebagai pendakwah. Ini kerana sekiranya dakwah ini
diterima oleh para pembesar sudah semestinya para pengikutnya akan turut serta bersama.
Dalam pada itu juga strategi ini akan menyangkal tuduhan bahawa Rasulullah SAW
berdakwah (sekiranya kepada golongan lemah / bawahan) untuk mengharapkan kedudukan
yang tinggi didalam masyarakat tersebut.

Sebenarnya, jika kita perhatikan dengan lebih teliti, Rasulullah SAW telah berdakwah
kepada penduduk Mekah sejak dari zaman remajanya lagi (sebelum kedatangan wahyu
pertama). Dakwah ini berlangsung dengan kemuliaan akhlak dan tingkah laku Rasulullah
SAW dikalangan penduduk Tanah Arab. Ini menjelaskan bahawa qudwah dan contoh teladan
masih memberi pengaruh yang mengkagumkan dan akan kekal berkesan dalam jiwa manusia,
di mana ianya adalah salah satu cara tarbiah yang paling berkesan ke dalam jiwa manusia. Ini
kerana adanya rasa kekaguman terhadap seseorang yang lebih sempurna darinya dan sedia
untuk dipengaruhi oleh keperibadiannya dan cuba mencontohinya. Tidak dapat dinafikan lagi
bahawa dakwah melalui teladan adalah kaedah yang paling berjaya untuk menyebarkan nilainilai dan prinsip-prinsip yang didukung oleh pendakwah.
Oleh sebab itulah apabila baginda menerima wahyu dari surah Al Muddathir ayat 1
7 yang menandakan bermulanya dakwah Rasulullah SAW dalam mengajak dan memperkenal
Islam umat manusia, baginda terus mengajak mereka yang rapat dengan baginda seperti
kaum keluarga dan sahabat yang paling akrab. Mereka diseru dengan perkara pokok agama
Islam tentang adanya tuhan dan meninggalkan pemujaan kepada berhala. Pada peringkat awal
ini golongan yang menerima seruan adalah isterinya Khadijah binti Khuwailid, Zaid bin
Harithah, Abu Bakar al-Siddiq.
Dengan perantaraan Abu Bakar banyak yang memeluk Islam mereka terkenal sebagai
al-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terdahulu masuk Islam). Mereka ialah Osman Affan,
Zubair Ibn Awwam, Saad Abi Waqas, Abdul Rahman Bin Auf, Talhah Ubaidillah, Abu
Ubaidah Ibn Jarrah, al-Arqam bin Abil Arqam. Semua yang menerima dakwah awal
Rasulullah ini adalah mereka yang telah kenal akan akhlak dan tingkah laku Rasulullah SAW
sejak dari awal lagi. Dakwah Rasulullah pada ketika ini juga lebih dikenali sebagai Dakwah
secara sulit atau rahsia.
Strategi ini digunakan oleh Rasulullah SAW memandangkan bilangan penganut Islam
pada ketika itu masih lagi sedikit dan juga ianya bertujuan untuk mengelakkan penentangan
secara terbuka oleh pihak kafir Quraish. Ini adalah penting kerana ajaran yang dibawa oleh
Rasulullah adalah bertentangan dengan amalan biasa masyarakat arab pada ketika itu.
Ini telah menunjukkan Rasulullah SAW telah melakukan kegiatan dakwah dengan
cara yang berhikmah. Hasilnya ajaran Islam dapat disampaikan dan diterima oleh kaum
kerabat yang terdekat tanpa ada gangguan. Penentangan secara terbuka juga dapat dielakkan.
Strategi dakwah Rasulullah secara rahsia ini dilakukan selama tiga tahun dan dalam fasa ini

terbentuklah komunikasi kaum beriman atas dasar persaudaraan, tolong-menolong, saling


menyampaikan risalah, dan mengatur kedudukan dan strategi.
Selain dari itu juga, dakwah Rasulullah SAW turut dihiasi dengan perasaan kasih
sayang yang sangat mendalam terhadap umat manusia pada zaman itu. Dakwah Baginda
SAW penuh dengan kelembutan dan tatasusila, sehinggakan banyak jiwa-jiwa bengis dan
ganas akhirnya akur dengan keindahan ajaran Islam yang dipertontonkan oleh Baginda SAW.
Dakwah Baginda SAW juga penuh dengan semangat toleransi yang tinggi. Namun begitu, ini
tidak menghalang Baginda Rasulullah SAW untuk tegas dan tetap dalam maudu dan
pengisian dakwah itu sendiri.
Lihatlah sahaja peristiwa dakwah Rasulullah SAW ke Thaif bersama dengan Zaid Bin
Harithah. Baginda SAW dihina dan dicerca, malah disakiti dengan lontaran batu-batu dan
kayu-kayu ke tubuh Baginda SAW sehingga mendatangkan kecederaan. Lalu datang
Malaikat Jibrail, menyatakan kesediaan untuk menurunkan azab kepada mereka. Namun,
kerana sifat sabar dan kasih Baginda SAW kepada ummatnya, Baginda SAW menghalang
Malaikat Jibrail daripada berbuat demikian. Sebaliknya Baginda SAW terus berdoa kepada
Allah SWT mengadu akan hal ini dan memohon agar ummat Baginda SAW diampunkan dan
diberikan hidayah, justeru kelak waris-waris penduduk Thaif akan menerima ajaran Islam
yang mulia ini. Kalaulah Rasulullah SAW tidak mempunyai sifat seperti yang dinyatakan
diatas, sudah semestinya penduduk Thaif akan lenyap dimuka bumi ini.
Ekoran dari peristiwa ini, maka terserlahlah betapa besarnya jiwa dan keperibadian
Nabi Muhammad SAW dalam berdakwah. Cercaan dan cacian dibalas dengan doa.
Penghinaan dibalas dengan senyuman. Kesakitan dibalas dengan kebaikan. Inilah
Muhammad SAW, yang dikatakan menjadi idola dan role model para pendakwah hari ini.
Oleh itu tidak hairanlah jika kita bertanyakan kepada mereka yang terlibat dengan
gerakan dakwah atau gerak kerja dakwah, pasti mereka dengan yakinnya mengatakan bahawa
Rasulullah SAWlah merupakan panduan dan model mereka bagi gerak kerja dakwah ini.
Dalam pada itu juga, Rasulullah SAW semasa berdakwah, baginda tidak pernah
menolak atau menghalang sekiranya didatangi oleh para pemuda dalam bertanyakan tentang
hal-hal kehidupan. Ini dapat dilihat dengan peristiwa dimana datangnya seorang pemuda yang
memohon keizinan daripada Rasulullah SAW untuk melakukan perbuatan zina. Walaupun
telah dimarahi oleh orang-orang yang berada disekeliling Rasulullah SAW pada masa itu,

tetapi Rasulullah SAW tidak memarahinya malah menjemput pemuda tersebut supaya
mendekati baginda. Peristiwa ini terkandung dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Ahmad yang bermaksud :
Abu umamah r.a. berkata:
"Ada seorang pemuda datang menghadap Nabi SAW seraya berkata, Wahai Rasulullah,
izinkanlah aku berzina. Orang-orang yang ada di sekitarnya menghampiri dan memaki,
Celaka engkau, celaka engkau! Setelah Rasulullah SAW menyuruhnya untuk
mendekatinya, pemuda itu pun menghampiri dan duduk mendekati Rasulullah, lalu
Rasulullah bertanya, Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada ibumu? Pemuda
itu menjawab, Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah, kiranya Allah menjadikan aku
tebusanmu. Rasulullah membalas, Begitu juga setiap orang, mereka tidak suka apabila
zina itu terjadi pada ibu mereka.
Rasulullah bertanya, Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara
perempuanmu? Pemuda menjawab, Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah,
kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Rasulullah membalas, Begitu juga
setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan mereka.
Rasulullah bertanya, Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan
ayahmu (ibu saudara)? Pemuda menjawab, Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah,
kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Rasulullah menjawab, Begitu juga
setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.
Rasulullah bertanya, Apakah engkau suka apabila zina itu terjadi pada saudara perempuan
ibumu (ibu saudara)? Pemuda menjawab, Demi Allah, aku tidak suka, wahai Rasulullah,
kiranya Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu. Rasulullah membalas, Begitu juga
setiap orang, mereka tidak suka apabila zina itu terjadi pada ibu saudara mereka.
Kemudian Rasulullah saw meletakkan tangannya di dada pemuda itu seraya berdoa, Ya
Allah, ampunilah dosanya,sucikanlah hatinya, dan lindungilah farjinya. Setelah itu,
pemuda tersebut tidak menoleh sedikit pun kepada hal- hal yang haram. (Hadis Riwayat
Ahmad)
Dari itu dapatlah kita lihat bahawa Rasulullah SAW dalam berdakwah, baginda tidak
mudah melatah dengan sikap dan pertanyaa pemuda tersebut. Rasulullah SAW telah
menggunakan kebijaksanaa dalam menyelesaikan permasalah ini. Ini bermakna sikap
bijaksana perlu ada di dalam berdakwah. Bijaksana di dalam mengatur strategi, bijaksana
mengawal perasaan, bijaksana dalam memilih masa dan keadaan yang sesuai untuk
menyampaikan dakwah.
Oleh itu para daie juga hendaklah pandai memilih isu yang perlu didahulukan dalam
menegur dan menasihati. Apabila berhadapan dengan seorang lelaki pelaku maksiat, pada

masa yang sama bertatoo, kaki minum arak, memasang tangkal. Banyak isu yang perlu
diperbaiki pada batang tubuhnya. Maka dengan kebijaksanaanlah kita dapat menyatakan
kepada Rasulullah tentang isu mana yang terlebih dahulu diselesaikan.
Selain daripada itu , dalam Rasulullah SAW berdakwah dengan penuh kasih sayang
dan bertoleransi, Baginda juga akan menyatakan perkara yang benar dan tegas serta tanpa
kompromi dalam menyebarkan syiar Islam di alam ini. Ini kerana perkara yang Rasulullah
SAW sentuh dalam dakwahnya adalah perkara yang paling pokok dan paling mendasar, iaitu
penyebaran kalimah ,

Rasulullah

menyeru bahwa tidak ada

yang wajib diagungkan, diibadahi, ditaati dan dicintai kecuali Allah Taala. Begitu juga
terhadap perkara hukum, tidak ada hukum yang wajib diterapkan dan dilaksanakan, kecuali
hukum-Nya. Oleh kerana perkara ini menjadi sangat penting dan juga disebabkan sifat
bangkangan serta tentangan orang-orang kafir serta muslim yang munafik, maka dakwah ini
juga akan menimbulkan kecaman, kemarahan, dan permusuhan.
Akan tetapi, walaupun perkara yang tidak menyenangkan hati ini telah timbul namun
ianya tidak menurunkan semangat Rasulullah SAW untuk tetap berjuang menyampaikan
perkara yang haq. Dengan penuh kesabaran dan disulami dengan sifat-sifat terpuji yang
dimiliki, Baginda Rasulullah tetap beristiqomah membimbing umatnya yang keliru kepada
jalan yang lurus. Disamping itu juga, ketegasan Rasulullah SAW menampakkan bahawa
kebenaran yang hakiki tidak bercampur dengan kebatilan.
Ini bertepatan dengan Firman Allah Taala dalam surah Al Hijr :



Maksudnyanya, Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang
diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik. (QS. al-Hijr,
15:94)
Kita semua tahu bahawa tujuan dakwah Rasulullah adalah mengembalikan sifat
penghambaan manusia kepada Penciptanya dan menerapkan hukum yang berlaku di bumi
kepada Sang Pembuat hukum yang sebenarnya, iaitu Allah SWT. Perkara ini merupakan
perkara yang amat berat yang akan menimbulkan ujian dan rintangan berupa penderitaan dan
kesakitan, baik jiwa mahupun fizikal. Inilah yang berlaku ketika Rasulullah SAW berdakwah
ke Taif, sehingga mengalirkan darah Baginda yang suci itu.

Lain pula halnya apabila Rasulullah SAW berdakwah kepada golongan yang bijak
pandai ataupun intelek. Satu contoh yang jelas Rasulullah SAW berdakwah dengan golongan
ini adalah ketika Baginda mengutuskan Muaz bin Jabal untuk berdakwah ke Yaman.
Walaupun Baginda tidak pergi sendiri tetapi Rasulullah SAW telah mengajar dan memantau
cara Muaz berdakwah. Ini kerana Rasulullah SAW tahu bahawa golongan di Yaman ini
adalah terdiri dari para Ahli Kitab yang memiliki kefahaman yang cukup luas tentang ajaran
agama yang pernah dibawa oleh para nabi sebelum Nabi Muhammad SAW. Oleh itu satu
pendekatan atau strategi yang berbeza dari cara berdakwah di Tanah Arab (Mekah) telah
diambil oleh Rasulullah SAW.
Antara pendekatan yang diambil oleh Rasulullah SAW adalah, Baginda telah terlebih
dahulu mempersiapkan wakil Baginda iaitu Muaz sebagai daie (pendakwah). Baginda
melakukan pemerhatian intensif terhadap Muaz. Baginda sering berinteraksi dengannya,
mengajarnya dan mengungkapkan pelbagai hal tentang dirinya. Baginda pernah bersabda
tentang diri Muaz: "Orang yang paling mengerti halal dan haram di antara umatku adalah
Muaz bin Jabal. Dikesempatan yang lain, baginda bersabda mengenainya: "Muaz bin
Jabal akan menjadi pemimpin ulama di Hari Kiamat .
Baginda juga telah melakukan ujian untuk menentukan kelayakan dan kesesuaian,
sebelum memandatkan Muaz sebagai utusan atau daie Baginda ke Yaman. Baginda bertanya
kepadanya: Dengan

apakah

engkau

memutuskan

hukum

wahai

Muaz? Muaz

menjawab: Dengan kitab Allah. Baginda bertanya lagi: Jika engkau tidak mendapatkannya
dalam kitab Allah? Muaz menjawab: Aku akan memutuskan hukum dengan sunnah
RasulNya. Baginda terus bertanya: Jika engkau tidak mendapatkannya dalam sunnah RasulNya? Muaz menjawab:Aku akan berijtihad dengan menggunakan kemampuan pemikiranku
dan aku tidak akan melampaui batas. Maka berseri-serilah wajah Rasulullah SAW, seraya
bersabda: Segala puji bagi Allah yang telah memberikan taufik kepada utusan Rasulullah
menuju apa yang diredhai Rasulullah.
Di samping itu juga, bagi mencetuskan kepercayaan di pihak sasaran dakwah iaitu
golongan intelek di kalangan ahli kitab kepada Muaz sebagai seorang daie. Rasulullah SAW
telah mengambil langkah yang drastik bagi menguatkan lagi sokongan kepada Muaz. Di
antara langkah Baginda adalah dengan menulis surat kepada penduduk Yaman yang
menerangkan tentang diri daie utusan baginda. Disebutkan dalam riwayat bahawa di dalam
surat itu Rasulullah SAW menyatakan: Sesungguhnya aku telah utuskan kepada kamu orang

yang terbaik dari keluargaku. Surat baginda ini sudah tentu dapat memberikan pengaruh
besar dan membangunkan kepercayaan yang tinggi pada diri penduduk Yaman terhadap
Muaz bin Jabal. Pertama, kerana Muaz adalah orang terbaik. Kedua, kerana Muaz dianggap
bahagian daripada Ahli Bait Nabi Muhammad SAW. Apa yang dapat difahami di
sini, seseorang daie itu haruslah dapat mencetuskan keyakinan dan kepercayaan sasaran
dakwah itu kepada diri para daie sendiri, terutama bagi sasaran dakwah yang berupa
golongan intelek.
Antara pesanan yang disampaikan kepada Muaz adalah Hadis berikut : Daripada Ibn
Abbas r.a.: Bahawasanya ketika mengutuskan Muaz bin Jabal r.a. ke Yaman, Rasulullah
SAW bersabda: "Sesungguhnya engkau akan mendatangi suatu kaum yang memiliki
pengetahuan tentang al-Kitab. Maka hendaklah, yang pertama engkau seru kepada mereka
agar beribadah kepada Allah. Apabila mereka telah mengenal Allah, maka beritahukanlah
kepada mereka bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka solat lima waktu sehari
semalam."Apabila mereka telah mengerjakannya, maka beritahukanlah kepada mereka
bahawa Allah telah mewajibkan kepada mereka zakat yang diambil daripada orang-orang
kaya di antara mereka dan dikembalikan kepada orang-orang miskin di antara mereka.
Apabila mereka telah mentaatinya, maka ambillah zakat daripada mereka dan hindarilah
harta benda yang paling dicintai oleh mereka." [Riwayat Bukhari dan Muslim]
Disini dapatlah kita lihat bahawa Rasulullah SAW menggunakan kebijaksanaa
Baginda dalam berdakwah. Ini juga menunjukkan bahawa Rasulullah sebagai seorang
pemimpin yang agung dan juga seorang pendakwah akan memastikan bahawa orang yang
dipilih mewakili Baginda adalah seorang yang sememangnya betul-betul berwibawa dan
layak untuk berdakwah.