Anda di halaman 1dari 24

1.

0 PENGENALAN
Kemahiran dan pengalaman yang luas diperlukan untuk menguasai konsep pendekatan,
strategi, kaedah serta teknik pengajaran. Namun begitu, terdapat sesetengah orang yang
menganggap bahawa semua istilah tersebut adalah sama dengan cara pengajaran sahaja. Ini
adalah suatu perkara yang harus diberi perhatian yang serius kerana konsep-konsep tersebut
adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang sempurna
oleh seseorang guru. Penjelasan tentang perhubungan di antara keempat-empat konsep
adalah amat berguna bagi guru-guru pelatih yang menjalankan latihan mengajar supaya ilmu
pedagogi yang dipelajari itu dapat diamalkan dalam bilik darjah.
Pengajaran dan pembelajaran didalam kelas mestilah teratur dan terancang dengan adanya
Sukatan Pelajaran dan Huraian Sukatan Pelajaran. Semua sesi pengajaran dan pembelajaran
juga mestilah ada strategi dan perancangan oleh guru yang mengajar untuk mencapai
matlamat atau kejayaan. Guru seharusnya bijak merancang dengan teliti sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas untuk mencapai objektif pengajaran yang berkesan.
Sebagai mantan seorang guru Bahasa Melayu di Sek Men Keb Klebang Besar, Melaka
saya sebagai guru GSTT perlu mengetahui strategi dan pendekatan yang paling sesuai
digunakan untuk mengajar mata pelajaran tersebut di sekolah. Antara strategi pengajaran dan
pembelajaran adalah mediatif, direktif, generatif, kolaboratif, koperatif, kontekstual, masteri dan
belajar cara belajar. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai pula adalah
deduktif, induktif, eklektif, dan komunikatif. Peranan strategi pengajaran adalah lebih penting
lagi jika kita mengajar pelajar-pelajar yang berbeza dari segi kebolehan, pencapaian,
kecenderungan serta minat yang berbeza-beza. Kita perlu rancangkan pendekatan dan kaedah
yang digunakan untuk mengajar kumpulan-kumpulan yang berbeza-beza itu. Konsep-konsep
tersebut adalah merupakan asas untuk membentuk sesuatu rancangan pelajaran harian yang
sempurna oleh seseorang guru, supaya tidak berlaku masalah pengajaran dan pembelajaran
didalam kelas.
Sebelum kita membincangkan konsep kaedah pengajaran adalah eloknya kita
memikirkan secara umum pengertian kaedah. Kaedah mengikut Kamus Dewan bermaksud
cara atau aturan (membuat sesuatu), hukum atau prinsip. Teknik-teknik pengajaran adalah
kemahiran atau perkara-perkara khusus yang terdapat dalam sesuatu kaedah pengajaran. Jika
seseorang guru itu tidak dapat menguasai teknik-teknik yang ada pada sesuatu kaedah maka
kemungkinan besar matlamat kaedah itu tidak akan berhasil. Justeru itu, sesuatu kaedah terdiri
daripada sesuatu siri tindakan yang sistematik dan tersusun untuk mencapai sesuatu matlamat.
Oleh itu, untuk menjayakan sesuatu yang kita ingini kaedah yang dipilih mestilah disertai
dengan teknik-teknik yang betul. Memilih kaedah yang tepat tanpa menguasai teknik-teknik
1

yang baik menurut kaedah tersebut tidak akan menjamin tercapainya matlamat kaedah yang
diingini. Kaedah pengajaran adalah terdiri daripada beberapa langkah atau kegiatan yang
mempunyai urutan yang tertentu. Pengajaran yang dimaksudkan ialah segala aktiviti seseorang
untuk menghasilkan perubahan tingkah laku yang agak kekal dalam diri seseorang yang lain.
Lantaran itu, kaedah-kaedah pengajaran adalah seperti bercerita, perbincangan, bermain, latih
tubi, main peranan, menyelesaikan masalah, brain storming, perbahasan, kuiz, lakonan,
projek, soalan atau Socratik dan lain-lain lagi.
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, perancangan teliti oleh guru merangkumi sumber
dan peralatan, iaitu bahan bantu mengajar dan suasana persekitaran di mana sesi pengajaran
dan pembelajaran berlangsung.

Pendek kata, perkara yang penting ialah bagaimana guru

berkenaan dapat menyediakan dan melaksanakan langkah-langkah pengajaran yang sesuai


dengan objektif yang hendak dicapai. Dengan sebab itu, guru sepatutnya tahu tentang kaedahkaedah yang berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu mewujudkan suasana
pembelajaran yang dapat meransangkan minat pelajar di samping sentiasa memikirkan
kebajikan dan keperluan mereka. Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, sudah menjadi
lumrah bahawa guru berhadapan dengan pelajar yang berbeza dari segi kebolehan mereka.
Hal ini memerlukan kepakaran guru dalam menentukan strategi pengajaran dan pembelajaran.
Oleh itu, guru boleh menentukan pendekatan, memilih kaedah dan menetapkan teknik-teknik
tertentu yang sesuai dengan perkembangan dan kebolehan pelajar. Strategi yang dipilih itu,
selain berpotensi untuk meransang pelajar tersebut belajar secara aktif, ia juga harus mampu
membantu menganalisis konsep atau idea dan berupaya menarik hati serta dapat
menghasilkan pembelajaran yang bermakna. Lazimnya aktiviti yang dipilih itu adalah gerak
kerja yang mampu memberi sepenuh pengaruh terhadap perhatian, berupaya meningkatkan
kesan terhadap intelek, ingatan, emosi, minat dan kecenderungan serta mampu membantu
guru untuk menjelaskan pengajarannya.
Walaubagaimanapun,terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan didalam mengenal
pasti masalah pembelajaran pelajar-pelajar serta beberapa perancangan bagi langkah-langkah
untuk membantu mengatasi masalah pelajar-pelajar tersebut supaya pengajaran dan
pembelajaran dapat dijalankan dengan lebih berkesan dan mendapat impak yang positif
daripada para pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Perbincangan haruslah
mengintegrasikan aspek-aspek yang berikut iaitu; Mengenal pasti perbezaan individu,
mengenalpasti kecerdasan pelbagai,mengenalpasti perkembangan kendiri, motivasi, teori-teori
pembelajaran serta teori pertumbuhan dan perkembangan pelajar khususnya.

2.0

MASALAH PEMBELAJARAN PELAJAR DIDALAM KELAS


Didalam menyelesaikan masalah pengajaran yang sering berlaku didalam proses

pengajaran dan pembelajaran didalam kelas yang melibatkan pelajar-pelajar di setiap sekolah,
maka pengalaman dan pengetahuan diperlukan bagi mengatasi masalah berikut. Bagi saya
pengalaman dan pengetahuan sebagai bekas seorang guru GSTT di Sek Men Klebang Besar
menjadi satu isu didalam cara bagi penyelesaian masalah tersebut. Selama empat tahun
menjadi guru GSTT, saya telah mengenalpasti beberapa masalah dan punca yang
menyebabkan berlakunya masalah pembelajaran pelajar didalam kelas iaitu, kebanyakan guru
yang mengajar suka mengkritik pelajar dengan bahasa yang boleh menjatuhkan air muka
pelajar tersebut dan boleh menimbulkan halangan kepada komunikasi didalam kelas. Kritikan
seseorang guru itu juga akan menyebabkan para pelajar untuk lebih mendiamkan diri dari
bercakap didalam kelas atau sesi p&p sedang dijalankan. Oleh itu guru harualah berwaspada
didalam mengkritik seseorang pelajar itu. Seterusnya kebanyakan guru pada masa kini sangat
suka melebelkan pelajar dengan pelbagai nama seperti si bodoh, kaki ponteng, pemalas
dan sebagainya yang sememangnya menimbulkan perasaan marah dan kecil hati yang menjadi
satu isu didalam masalah p&p nanti. Dan bagi pelajar berkenaan lebih baik dan selamat jika
tidak bercakap semasa sesi p&p dijalankan. Ada juga guru yang suka memberi arahan
dengan cara memaksa pelajar untuk membuat sesuatu tugasan yang boleh memberi impak
negatif kepada guru dan sesi p&p dan dari situ guru pula akan mengancam pelajar dengan
memberi pelbagai amaran jika tidak mengikuti arahan yang diberikan serta tidak relevan.
Memek muka guru yang serius atau kelihatan marah akan menakutkan pelajar untuk
bertanya atau memberi jawapan. Guru yang sentiasa bermasam muka tidak boleh
mengharapkan penyertaan kelas yang baik. "Kekurangan perhatian

guru yang sentiasa

duduk dimejanya dan kurang menunjukkan perhatian yang baik terhadap

jawapan pelajar

secara tidak langsung mewujudkan halangan kepada komunikas dan masalah p&p. Bahasa
juga menjadi satu impak yang besar didalam masalah p&p iaitu guru yang menggunakan
bahasa yang sukar difahami oleh pelajar-pelajar yang boleh menyebabkan komunikasi efektif
tidak berlaku dan sesi p&p tidak berkesan. Dengan menggunakan bahasa yang kurang
difahami diikuti pula dengan Kelajuan Guru yang bertutur dengan kadar yang laju sukar
difahami oleh pelajar dan pelajar juga tidak dapat mengikuti logik penerangan yang diberi
guru.Guru seperti ini tidak peka kepada maklum balas daripada pelajar-pelajarnya.
Ada juga isu-isu lain yang menyebabkan permasalah pembelajaran didalam kelas iaitu,
Kekurangan persediaan guru yang kurang rapi boleh mneyebabkan kekeliruan ketika
penyampaian pelajaran dijalankan. Idea-idea tidak tersusun mengikut prinsip seperti senang
kepada susah, dari yang diketahui kepada yang belum diketahui. Keadaan ini menyebabkan
pelajar-pelajar tidak dapat menerima mesej dengan jelas, dalam hal ini proses p&p yang
3

berkesan tidak berlaku. Aktiviti pembelajaran yang kurang menarik juga menjadi
permasalahan kerana akan menyebabkan proses p&p menjadi kurang menarik, membosankan,
dan pelajar-pelajar enggan menyertainya lalu akan menimbulkan kebisingan dan gangguangangguan yang lain. Keadaan tersebut tentu menimbulkan masalah bagi p&p yang berkesan.
Kajian

Pelajar

Bermasalah

Pembelajaran

yang

lain

adalah

seperti

berikut

berpandukan pengalaman saya sebagai guru GSTT,iaitu kebanyakan pelajar yang ditemu
ramah memang mempunyai masalah sampingan yang menyebabkan mereka menghadapi
masalah pembelajaran ini. Murid bermasalah dalam pembelajaran biasanya dikaitkan dengan
keupayaan daya pemikiran mereka.

Walau bagaimanapun, ada beberapa faktor yang

mengakibatkan situasi murid tersebut menjadi sedemikian rupa. Antaranya ialah:

Kemiskinan
Murid dilahirkan dan dibesarkan dengan serba kekurangan.

Akibatnya, murid kurang

diambil perhatian oleh ibu bapa terutama sekali keperluan untuk belajar. Faktor ini juga
mengakibatkan ibu bapa hanya mementingkan makanan untuk mereka menyambung
kehidupan. Kebanyakan golongan ini juga hanya mampu tinggal di kawasan setinggan
di mana pergaulan mereka bebas untuk lebih bermain daripada belajar.

Pendidikan
Ketiadaan atau ceteknya pendidikan yang dimiliki oleh ibu bapa juga adalah penyebab
kurangnya keprihatinan terhadap pendidikan anak mereka.

Ibu bapa kurang

pendedahan tentang kepentingan pelajaran untuk anak-anak.


Pelbagai Ras/Etnik
Dalam bilik darjah yang pelbagai ras/etnik, seperti yang terdapat di Negara kita pelajar
membawa budaya mereka tersendiri yang berbeza daripada budaya makro (budaya
dominan) yang menjadi budaya formal sekolah. Pelajar berbeza dari segi cara mereka
berkomunikasi (verbal dan bukan verbal), nilai-nilai social dan intelektual, cara
berinteraksi, gerak badan dan pandangan (world view) mereka yang dipengaruhi oleh
budaya masyarakat asal mereka. Guru juga membawa budaya mereka tersendiri ke
dalam bilik darjah. Jika perbezaan timbul di kalangan pelajar dan antara pelajar dengan
guru dari segi cara mereka berkomunikasi, pandangan, nilai, dan sebagainya maka
akan timbul masalah dalam interaksi antara mereka. Jika guru tidak peka kepada
kelainan ini, akan timbul salah faham, prejudis dan stereotaip di antara guru dengan
pelajar. Satu kajian kecil yang dilakukan oleh pelajar saya untuk mengesan sama ada
wujud stereotaip di kalangan pelajarnya yang berbilang ras, menunjukkan bahawa
pelajar mempunyai stereotaip yang tertentu (selalunya negatif) terhadap ras yang lain
dan lebih positif kepada guru yang sama ras dengan mereka. Satu masalah yang timbul
dalam bilik darjah berbilang etnik/budaya di mana pelajar dan guru tidak saling
4

memahami antara satu sama lain, ialah ada golongan pelajar yang akan berasa
terpinggir dan kurang dapat melibatkan diri dengan aktiviti pembelajaran bilik
darjahnya. Dalam bilik darjah berbilang budaya beberapa strategi boleh digunakan oleh
guru untuk memastikan tiada pelajar yang berasa terpinggir lantaran ras/etnik dan
budaya mereka.
3.0
CARA CARA MENGATASI MASALAH PEMBELAJARAN DIDALAM BILIK DARJAH
Didalam mengatasi masalah pembelajaran didalam bilik darjah, pastikan keadaan bilik
darjah senyap ketika guru menyampaikan pelajaran. Ini membolehkan setiap pelajar
mendengar mudah serta jelas. Selepas itu, barulah pelajar-pelajar digalakkan untuk bertanya.
Seterusnya elakkan daripada mengkritik idea murid yang kurang tepat dan cuba baiki
jawapan yang dianggap kurang

sesuai. Guru juga hendaklah elakkan daripada melabel

pelajar dengan kata-kata berbentuk negatif kerana melalui cara ini, pelajar akan bertambah
yakin untuk mengemukakan hujah-hujah. Guru juga hendaklah menggalakkan perundingan.
Dengan cara ini maka pelajar bertendensi untuk memberontak jika guru memberi arahan dan
masalah komunikasi akan dapat diketepikan apabila pelajar-pelajar di ajak berunding. Guru
juga hendaklah menunjukkan

memek muka yang berseri ketika pelajar

sedang cuba

menjawab atau menyoal, kerana dengan cara ini keadaan seperti ini mewujudkan suasana
yang selesa bagi pelajar yang menyertai perbincangan. Guru juga seharusnya memberikan
perhatian penuh ketika pelajar sedang menjawab atau menyoal kerana perhatian penuh
guru akan mendorong pelajar untuk terus berinteraksi dengan guru. Guru juga hendaklah
bertutur dalam bahasa yang sesuai dengan kebolehan pelajar
memudahkan pemahaman pelajar

kerana ini akan

terhadap konsep-konsep yang disampaikan oleh guru.

Kadar pertuturan guru hendaklah sejajar dengan penguasaan bahasa pelajar-pelajar dan
bagi

pelajar-pelajar

yang

lemah,

kadar

pertuturan

guru

hendaklah

dikurangkan.

Walaubagaimanapun semasa pengalaman mengajar dahulu saya telah membuat beberapa


kajian berkaitan isu-isu mengatasi yang lain, iaitu dari dapatan kajian menunjukkan guru
bersetuju bahawa aspek persediaan penting dalam prosedur pengajaran. Guru yang tidak
bersedia dengan pengajarannya sukar untuk mencapai objektif pengajarannya. Untuk
melakukan penyerapan secara berkesan, guru memerlukan daya kreativiti yang tinggi bagi
menghasilkan pembelajaran yang berkualiti. Menurut Hassan Langgulung (1991), kreativiti lahir
apabila seseorang sedar pengalaman yang dilaluinya. Manakala Barry (2002) menyatakan
kreativiti adalah perlakuan yang membawa sesuatu yang baru ke dalam kesedaran seseorang.
Menerusi pengalaman yang telah dilalui oleh guru setelah sekian lama mendidik, mereka akan
mampu untuk menyediakan pengajaran yang bersifat kreatif agar unsur penyerapan dapat
dilaksanakan dengan baik.
Di samping itu, persediaan melakukan pengajaran juga melibatkan aspek pedagogi. Dapatan
kajian menunjukkan guru begitu menekankan pendedahan terhadap pedagogi yang melibatkan
5

penyerapan. Mereka pernah didedahkan dengan penyerapan tetapi masih belum mencukupi.
Dapatan juga menunjukkan bahawa mereka menganggap diri mereka guru BM yang
profesional. Dalam bidang pendidikan, ciri profesional guru ditandai dengan pendedahan
kurikulum melalui kursus, seminar atau bengkel yang berkaitan (Esah Sulaiman, 2003). Walau
bagaimanapun, pendedahan yang telah diterima perlu dilaksanakan dalam pengajaran agar
pelajar mendapat manfaatnya. Dapatan juga menunjukkan sampel kajian berada pada tahap
sederhana dalam melakukan penyerapan. Ini disebabkan mereka masih memerlukan
pendedahan yang lebih lengkap dan komprehensif. Walaupun mereka perlukan pendedahan
lanjutan, namun mereka berkeyakinan dalam melaksanakan penyerapan. Pengalaman
mengajar mampu membantu guru mengajar dengan lebih yakin. Keyakinan yang tinggi dalam
melakukan penyerapan boleh mendatangkan kesan yang baik.
Penggunaan kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan dan keperluan pelajar dianggap
sesuai dilakukan. Dalam hal ini, Awang Sariyan (2005) menyatakan bahawa ahli pedagogi yang
bersumberkan falsafah behaviurisme menekankan kaedah pengajaran yang dapat membentuk
kebiasaan berbahasa yang alamiah dalam kalangan pelajar. Oleh itu, penekanan kepada unsur
penyerapan dalam pengajaran BM memerlukan perancangan yang tersusun bagi memastikan
keberkesanannya. Penyerapan nilai murni contohnya perlu dilakukan dengan meletakkan
kebiasaan sebagai asas dalam pengajaran.
Penggunaan KP dalam pengajaran BM dianggap penting bagi membantu meningkatkan lagi
keupayaan kognitif pelajar. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian memahami konsep KP
pada tahap yang sederhana. Kebiasaannya pengertian kecerdasan menjurus kepada
keupayaan mental seperti pencapaian akademik, status dalam hierarki pekerjaan, berjaya
dalam bidang yang diceburi dan kecerdasan minda melakukan proses kognitif (Sohaimi Abdul
Aziz, 1998). Ini disebabkan kebanyakan mereka tidak menerima pendedahan yang secukupnya
berkaitan KP. Dapatan juga menunjukkan sampel kajian mengakui pernah mengajar BM
menggunakan penyerapan KP pada tahap yang sederhana sahaja. Ini berlaku kerana guru
kurang

memahami

teori

KP

yang

pada

asasnya

mampu

mempengaruhi

dan

memperkembangkan keupayaan berfikir pelajar. Dari segi kurikulum, KP diajarkan berdasarkan


antara disiplin dan bidang pengajian. Melalui pembelajaran menggunakan KP terutamanya
secara bertema, akan memudahkan lagi penguasaan pelajar (Suparno, 2004). Pelajar tidak
berasa bosan dengan kepelbagaian pengajaran berasaskan bahan yang sesuai.
Oleh itu, sebagai cadangan untuk mempertingkatkan lagi pelaksanaan penyerapan dalam
pengajaran BM dengan penekanan kepada KP, beberapa perkara perlu diberikan perhatian.
Berdasarkan Campbell, et al. (1996), beberapa asas utama yang perlu termasuklah persepsi
pelajar yang perlu diubah, guru memerlukan sokongan dan masa untuk menambah kecekapan
mengajar, menguruskan kurikulum berkaitan KP dengan lebih baik, pendekatan baru dalam
prosedur penilaian dan amalan profesional untuk mengubah pengembangan. Didalam
6

mengatasi masalah pembelajaran pelajar didalam kelas ini beberapa

aspek perli dititik

beratkan bersama iaitu ia melibatkan aspek perbezaan individu, kecerdasan pelbagai,


perkembangan kendiri, motivasi, teori-teori pembelajaran dan teori pertumbuhan dan
perkembangan kanak-kanak.
2.0 PERBEZAAN INDIVIDU
Setiap individu adalah berbeza dengan individu yang lain. Ini adalah disebabkan setiap
individu adalah unik dan tidak ada individu lain yang seratus-peratus sama dengannya
walaupun kembar seiras. Oleh itu guru-guru harus memahami perkara ini di kalangan pelajarpelajar kerana ia boleh mempengaruhi pembelajaran di dalam kelas. Perbezaan individu itu
dapat dilihat berdasarkan ciri-ciri tertentu, iaitu temperamen, tahap tenaga, pola persahabatan
dan hubungan ibu bapa dengan anak-anak, dan sifat-sifat manusia yang mempunyai potensi
untuk memajukan keupayaan atau membataskan keupayaan seseorang dalam melakukan
sesuatu.
Aspek-Aspek Perbezaan individu:
Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat, dan bentuk tubuh
badan; dalam hal-hal lain seperti kesihatan dan tahap tenaga; dan ciri-ciri personaliti serta
reaksi emosi. Slavin (1997) pula lebih menumpukan perhatian kepada perbezaan individu
dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar
terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif atau gaya pembelajaran, etnik,
budaya, kelas sosial, bahasa di rumah, jantina, bakat dan minat.Berdasarkan pendapatpendapat di atas, dapat dirumuskan bahawa aspek-aspek perbezaan individu adalah seperti
Jantina, Fizikal, Kognisi, Personaliti, Gaya Kognitif dan Gaya Belajar, Kesihatan, Sosial dan
Bangsa/Bahasa.
Faktor-Faktor Mempengaruhi Perbezaan Individu:
Faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan individu terbahagi kepada dua faktor yang besar,
iaitu faktor baka dan persekitaran. Faktor-faktor ini dijelaskan dalam bahagian berikut.
1. Faktor Baka
Setiap orang mewarisi sifat-sifat tertentu melalui pewarisan gen atau baka daripada kedua-dua
ibu bapanya seperti paras rupa, tahap kecerdasan, temperamen, tahap aktiviti, tret personaliti,
gaya bahasa, gaya hidup, sikap dan minat. Antara contoh pewarisan baka ialah warna mata.

2. Faktor Persekitaran
7

Persekitaran bermaksud individu dan objek yang ditemui serta peristiwa yang berlaku dalam
kehidupan

seseorang yang mempengaruhi pertumbuhan dan perkembangan dirinya.

Persekitaran yang mempengaruhi seseorang individu termasuklah perapatan (attachment)


individu dengan kedua orang ibu bapanya melalui asuhan dan interaksi, pengaruh adik-beradik,
ahli keluarga lain, guru, kawan-kawan, bahan-bahan media cetak dan media elektronik serta
bahan daripada komputer. Persekitaran juga meliputi lokasi tempat tinggal seseorang,
masyarakat di sekelilingnya dan rumah ibadat.
Menangani Masalah Perbezaan Individu dalam Konteks Sekolah:
Guru boleh menangani masalah perbezaan individu dengan menitikberatkan atau memberi
pertimbangan kepada aspek-aspek tertentu semasa merancang atau melaksanakan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek tersebut termasuklah:
1. Memahami perbezaan murid
Penting untuk guru memahami perbezaan murid dari segi fizikal, mental dan emosi.
Pemahaman seperti ini adalah amat penting kepada guru agar dapat memberi layanan yang
sewajarnya kepada murid-murid. Ini dapat mengelakkan guru bersikap pilih kasih.
2. Memahami tingkah laku murid
Guru perlu memahami tingkah laku muridnya agar persefahaman dan perhubungan yang baik
di antara murid dan guru dapat dicapai. Guru akan bersifat lebih bertimbang rasa dan
bersimpati dengan murid setelah memahami tingkah laku, kebolehan serta minat murid yang
berbeza. Dengan itu guru dapat merancang aktiviti yang dapat membentuk tingkah laku yang
diingini dengan memberi bimbingan yang sewajarnya.
3. Meramal tingkah laku murid
Meramal atau menelah gerak balas dan tingkah laku yang mungkin timbul dalam sesuatu
situasi adalah penting. Sebagai contoh, jika terdapat seseorang murid hiperaktif di dalam kelas
yang hendak diajar, apa agaknya perilaku yang mungkin timbul semasa guru mengajar?
Bagaimana cara guru mengatasi masalah tersebut? Apa reaksi murid-murid lain yang mungkin
tergolong dalam kumpulan introvert? Persoalan-persoalan ini mungkin dapat diandaikan dan
dijawab oleh guru sebelum merancang pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
4. Perbezaan Gaya Kognitif dan Gaya Belajar
Setelah beberapa bulan seseorang guru itu mengajar di sesebuah kelas, dia akan dapat
mengesan gaya kognitif dan gaya belajar pelajar-pelajarnya yang berbezabeza. Ada yang
suka belajar menggunakan audio, ada yang visual, ada yang memproses maklumat secara
global dan ada yang secara analitikal. Ini perlu difahami supaya guru dapat menyediakan
bahan-bahan pembelajaran yang bersesuaian.
8

5. Penetapan objektif pengajaran dan pembelajaran


Oleh kerana tahap kecerdasan berbeza di kalangan pelajar, dalam merangka objektif
pengajaran dan pembelajaran, guru harus mengambil objektif yang sesuai dengan pelajar. Guru
juga perlu menyediakan latihan atau aktiviti yang berbeza untuk kumpulan yang berbeza
keupayaan, supaya pelajar yang lambat tidak terus tertinggal dan yang pandai tidak berasa
bosan.
6. Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik
Guru perlu menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti kumpulan, untuk
melayan pelajar yang berbeza. Aktiviti berkumpulan sangat sesuai dilaksanakan kerana pelajar
di dalam sesebuah kelas berbeza dari segi keupayaan. Dengan melakukan aktiviti secara
kumpulan, pelajar yang cerdas boleh membantu pelajar yang lemah.
7. Mempelbagaikan Bahan Bantu Mengajar
Guru perlu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar. Bahan-bahan itu pula mestilah
bersesuaian dan boleh digunakan oleh semua murid. Guru perlu mengelakkan pengunaan
bahan yang sesetengah pelajar tidak dapat menggunakannya.
8. Menyediakan program pemulihan dan pengayaan
Guru perlu merancang dan mengadakan program pemulihan untuk membantu mereka
mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi supaya masalah pembelajaran tidak
berhimpun sehingga ke peringkat yang tidak boleh dipulihkan lagi. Manakala bagi murid yang
cerdas pula, program pengayaan yang pelbagai perlu diberikan supaya mereka tidak bosan
pembelajaran.
9. Merancang Aktiviti alternative
Adakalanya guru beranggapan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang itu amat
sesuai

dan

bertepatan

dengan

objektif

yang

hendak

dicapai.

Namun

semasa

melaksanakannya, guru mendapati kaedah atau teknik, strategi, serta pendekatan yang
digunakan kurang sesuai dengan sesetengah murid-muridnya. Keadaan ini akan menyebabkan
guru menjadi serba salah dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Tetapi jika guru telah
merancang aktiviti alternatif selain daripada apa yang terdapat dalam rancangan pengajaran,
dia boleh melakukan pengubahsuaian serta merta mana-mana yang perlu.
10. Sentiasa bertolak ansur
Guru harus memahami bahawa setiap pelajar itu unik dan berbeza-beza. Oleh itu guru juga
haruslah sentiasa bertolak ansur dengan para pelajarnya dalam apa jua keadaan. Misalnya,
guru telah merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang difikirkan paling bersesuaian
setelah mempertimbangkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas, namun masih ada
9

muridnya yang tidak dapat mencapai objektif pelajaran atau yang lebih teruk lagi ada di
kalangan pelajar ekstrovert yang menimbulkan gangguan semasa guru melaksanakan
pengajaran itu. Jika berhadapan dengan perkara ini, guru haruslah bersabar melayani karenah
anak muridnya.

3.2

Penyerapan Kecerdasan Pelbagai (KP) dalam P&P BM

Penyerapan juga mampu menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih bermakna dengan
menggunakan keupayaan kognitif. Melalui penggunaan kecerdasan pelbagai dalam pengajaran
BM, pelajar dapat dipertingkatkan lagi keupayaan bahasanya berdasarkan 9 jenis kecerdasan
iaitu

linguistik,

matematik-logik,

ruang-visual,

kinestetik-badan,

muzik,

interpersonal,

intrapersonal, lingkungan dan eksistensial (Suparno, 2004).


Kecerdasan menurut Gardner ialah:
1. Kebolehan untuk menyediakan hasil yang efektif atau menawarkan perkhidmatan yang
bernilai berdasarkan budaya.
2. Satu set kemahiran yang membolehkan seseorang dapat menyelesaikan masalah dalam
kehidupannya
3. Potensi untuk mencari atau menyediakan cara untuk menyelesaikan masalah yang
melibatkan pengetahuan yang baru.

Model Kecerdasan Pelbagai Gardner berlandaskan prinsip-prinsip berikut :

Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap


perkembangan yang berlainan.

Kebanyakan individu dapat mengembangkan setiap kecerdasan ke satu tahap


yang cekap jika diberi galakan, pengayaan dan pengajaran yang sesuai

Kecerdasan jarang beroperasi secara tersendiri. Beberapa kecerdasan akan


bertindak serentak dalam menghasilkan sesuatu kerja.

Apabila KP dikaitkan dengan aktiviti membaca, kecerdasan yang dominan dalam membantu
seseorang untuk mahu dan mampu membaca adalah kecerdasan linguistik atau word smart.
Kegiatan membaca buku adalah kegiatan yang berkaitan dengan teks. Agar pelajar dapat
menyerap informasi yang bermanfaat dari buku, seseorang perlu memiliki keterampilan atau
kemampuan mencerna kandungan sesebuah teks. Memang, kadangkala, sebuah buku
mengandungi gambar yang menyertai teks untuk memudahkan pemahaman. Namun,
penggunaan gambar atau grafik saja kadang-kadang tidak mampu menghadirkan makna yang
10

utuh. Teks juga dapat diandaikan untuk membangun makna secara utuh. Dapatan kajian
menunjukkan guru bersetuju bahawa aspek persediaan penting dalam prosedur pengajaran.
Guru yang tidak bersedia dengan pengajarannya sukar untuk mencapai objektif pengajarannya.
Untuk melakukan penyerapan secara berkesan, guru memerlukan daya kreativiti yang tinggi
bagi menghasilkan pembelajaran yang berkualiti. Menurut Hassan Langgulung (1991), kreativiti
lahir apabila seseorang sedar pengalaman yang dilaluinya. Manakala Barry (2002) menyatakan
kreativiti adalah perlakuan yang membawa sesuatu yang baru ke dalam kesedaran seseorang.
Menerusi pengalaman yang telah dilalui oleh guru setelah sekian lama mendidik, mereka akan
mampu untuk menyediakan pengajaran yang bersifat kreatif agar unsur penyerapan dapat
dilaksanakan dengan baik.
Dapatan juga menunjukkan sampel kajian berada pada tahap sederhana dalam
melakukan penyerapan. Ini disebabkan mereka masih memerlukan pendedahan yang lebih
lengkap dan komprehensif. Walaupun mereka perlukan pendedahan lanjutan, namun mereka
berkeyakinan dalam melaksanakan penyerapan. Pengalaman mengajar mampu membantu
guru mengajar dengan lebih yakin. Keyakinan yang tinggi dalam melakukan penyerapan boleh
mendatangkan kesan yang baik. Penggunaan kaedah mengajar yang sesuai dengan kebolehan
dan keperluan pelajar dianggap sesuai dilakukan. Dalam hal ini, Awang Sariyan (2005)
menyatakan bahawa ahli pedagogi yang bersumberkan falsafah behaviurisme menekankan
kaedah pengajaran yang dapat membentuk kebiasaan berbahasa yang alamiah dalam
kalangan pelajar. Oleh itu, penekanan kepada unsur penyerapan dalam pengajaran BM
memerlukan perancangan yang tersusun bagi memastikan keberkesanannya. Penyerapan nilai
murni contohnya perlu dilakukan dengan meletakkan kebiasaan sebagai asas dalam
pengajaran.
Penggunaan KP dalam pengajaran BM dianggap penting bagi membantu meningkatkan
lagi keupayaan kognitif pelajar. Dapatan kajian menunjukkan sampel kajian memahami konsep
KP pada tahap yang sederhana. Kebiasaannya pengertian kecerdasan menjurus kepada
keupayaan mental seperti pencapaian akademik, status dalam hierarki pekerjaan, berjaya
dalam bidang yang diceburi dan kecerdasan minda melakukan proses kognitif (Sohaimi Abdul
Aziz, 1998). Ini disebabkan kebanyakan mereka tidak menerima pendedahan yang secukupnya
berkaitan KP. Dapatan juga menunjukkan sampel kajian mengakui pernah mengajar BM
menggunakan penyerapan KP pada tahap yang sederhana sahaja. Ini berlaku kerana guru
kurang

memahami

teori

KP

yang

pada

asasnya

mampu

mempengaruhi

dan

memperkembangkan keupayaan berfikir pelajar. Dari segi kurikulum, KP diajarkan berdasarkan


antara disiplin dan bidang pengajian. Melalui pembelajaran menggunakan KP terutamanya
secara bertema, akan memudahkan lagi penguasaan pelajar (Suparno, 2004). Pelajar tidak
berasa bosan dengan kepelbagaian pengajaran berasaskan bahan yang sesuai.

11

Oleh itu, sebagai cadangan untuk mempertingkatkan lagi pelaksanaan penyerapan dalam
pengajaran BM dengan penekanan kepada KP, beberapa perkara perlu diberikan perhatian.
Berdasarkan Campbell, et al. (1996), beberapa asas utama yang perlu termasuklah persepsi
pelajar yang perlu diubah, guru memerlukan sokongan dan masa untuk menambah kecekapan
mengajar, menguruskan kurikulum berkaitan KP dengan lebih baik, pendekatan baru dalam
prosedur penilaian dan amalan profesional untuk mengubah pengembangan.
3.3

Psikologi Perkembangan: Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky

Teori Perkembangan Kognitif Lev Vygotsky


Piaget (1952) melihat perkembangan kanak-kanak sebagai perkembangan kendiri di mana
mereka meneroka, membentuk idea dan mengujinya secara individu. Lev Vygotsky (1896-1934)
memberi alternatif kepada idea Piaget tentang perkembangan kognitif kanak-kanak di mana dia
menekankan peranan sosial dan budaya dalam perkembangan minda kanak-kanak.
Menurut Vygotsky, dua faktor utama dalam perkembangan kognitif kanak-kanak ialah interaksi
sosial dan kemahiran berbahasa. Menurut Vygotsky, pemikiran kanak-kanak berkembang
akibat dari pergaulan dengan orang lain. Pergaulan dan interaksi yang bermakna ini selalunya
berlaku antara kanak-kanak dengan individu yang lebih berpengetahuan darinya. Kanak-kanak
mengikut Vygotsky belajar dari apa yang dipraktikkan. Bagi Vygotsky, kanak-kanak tidak dapat
membina pengetahuannya sendiri tentang persekitaran. Ia harus dibina melalui interaksi sosial
dengan individu-individu yang berada di persekitarannya seperti ibu bapa, guru, adik beradik,
keluarga terdekat dan rakan sebaya. Individu-individu ini akan bertindak memberi arahan,
maklum balas dan membimbing komunikasi kanak-kanak. Kanak-kanak kemudiannya akan
menggunakan maklumat-maklumat ini di dalam interaksi-interaksi yang lain iaitu mungkin
semasa bermain atau apabila berdepan dengan situasi yang hampir sama di masa akan
datang.
Zon Perkembangan Proksimal
Kepentingan interaksi di dalam perkembangan kognitif kanak-kanak digambarkan oleh
Vygotsky dalam komsep Zon Perkembangan Proksimal. Ia adalah istilah yang digunakan oleh
Vygotsky untuk menerangkan bagaimana kemahiran-kemahiran yang sukar dilakukan oleh
kanak-kanak boleh dijayakan dengan bantuan dan bimbingan orang-orang dewasa atau rakan
sebaya yang lebih mahir.

12

Had Atas
- Peringkat kemahiran kanak-kanak yang boleh dicapai dengan bantuan individu yang lebih
mahir.
Had Bawah
- Kemahiran yang boleh dicapai sendiri oleh kanak-kanak.
3.4

Motivasi
TEORI-TEORI

TENTANG

MOTIVASI

DIDALAM

PERMASALAHAN

PEMBELAJARAN

BAHASA MELAYU
Menurut teori Keperluan, manusia termotivasi untuk bertingkah laku adalah kerana ingin
memenuhi bermacam-macam keperluan seperti berikut:
1. Keperluan fizikal, iaitu meliputi keperluan makan, minum, seks atau kenikmatan dan
keselamatan fizikal lainnya. Oleh kerana itu sekolah hendaknya menyediakan persekitaran
yang menimbulkan kenikmatan, keamanan secara fizikal bagi para pelajar, sehingga mereka
merasa senang dan nyaman dalam belajar.
2. Keperluan emosional, iaitu meliputi keperluan untuk mencapai prestasi dan harga diri. Ini
dijadikan dorongan yang memotivasi dalam belajar dengan cara melibatkan pelajar dalam
menentukan tujuan dan aktiviti untuk mencapai tujuan belajar. Aktiviti belajar hendaklah benarbenar bermanfaat bagi pelajar. Tugas-tugas belajar hendaklah cukup mencabar pelajar untuk
berusaha secara maksimum, tidak terlalu mudah dan tidak pula terlalu sukar. Urutan-urutan
aktiviti belajar hendaklah diatur sedemikian rupa sehingga pelajar benar-benar dapat berhasil
dalam belajar, sekalipun dia adalah pelajar yang lembab. Dalam hal ini guru memperlakukan
pelajar dengan penuh manusiawi dan menhormati serta menghargai mereka.
3. Keperluan kognitif, iaitu meliputi keperluan untuk berhasil menciptakan atau memecahkan
suatu suasana konflik atau hal-hal yang saling bertentangan dan keperluan untuk mendapatkan
rangsangan. Untuk itu guru perlu memberi tahu pelajar tentang tujuan pelajaran sehingga
mereka mengetahui keberhasilan yang bagaimana yang diharapkan untuk mereka capai.
Berbagai macam cara penyajian dapat dilaksanakan, seperti melalui teka-teki, pertanyaan yang
mengundang perdebatan atau berbagai pendapat untuk menjawabnya, memunculkan
pandangan-pandangan yang berlawanan atau berbeza atau aneh sehingga pelajar-pelajar
terangsang untuk berfikir dan membahasnya. Menyediakan rangsangan dengan memberikan
maklumat baru dan berkualiti melalui ceramah, demonstrasi dan perbincangan.
13

Abraham

Maslow,

seorang

pakar

motivasi

terkenal

dan

pencipta

teori

keperluan

mengemukakan suatu hubungan hirarki di antara pelbagai keperluan. Menurutnya jika


keperluan pertama terpuaskan atau terpenuhi, maka keperluan kedua dirasakan oleh individu
sangat penting untuk dipuaskan. Demikian seterusnya sampai keperluan yang paling tinggi,
iaitu keperluan aktualisasi diri.
Para pakar Humanistik menitik-beratkan pentingnya motivasi dari dalam diri sendiri (selfmotivation). Mereka menganjurkan agar guru-guru mendorong berkembangnya rasa ingin tahu
dan minat semulajadi pelajar dalam belajar. Para pakar Behavioristik pula menekankan
pentingnya persekitaran dalam menciptakan kondisi yang memotivasi pelajar. Mereka
menganjurkan agar guru mengaitkan belajar dengan rangsangan yang menimbulkan perasaan
senang dan membentuk tingkah laku pelajar melalui pemberian hadiah atau berbagai
penguatan lainnya.

Motivasi Intrinsik

14

Motivasi Intrinsik adalah apabila pelajar mempunyai motivasi untuk melakukan sesuatu melalui
faktor dalaman. Motivasi intrinsik inilah yang memberikan pelajar bersemangat untuk mencipta
beberapa idea baru.
Motivasi ekstrinsik
Kebiasaannya, motivasi ekstrinsik digunakan oleh guru untuk memberi motivasi kepada
pelajar : seperti ganjaran, pengiktirafan dan hukuman. Sebagai contoh belajar dengan
bersungguh-sungguh kerana Puan Lydia akan memberikan ganjaran wang kepada ku setiap
kali aku mendapat keputusan yang cemerlang di sekolah. Walau bagaimanapun, perlu
dijelaskan di sini bahawa terdapat paradoks di antara motivasi intrinsik dan ekstrinsik. Motivasi
intrinsik lebih kuat jika dibandingkan dengan motivasi ekstrinsik, akan tetapi, motivasi luaran
dengan pantas dapat menggantikan motivasi intrinsik.
Apa yang telah diperhatikan oleh Mark Twain mungkin ada kebenarannya. Apabila kita
diberikan ganjaran untuk melakukan apa yang kita sukai seperti membaca, bersukan dan
menonton filem, kita mungkin akan hilang sedikit rasa motivasi untuk melakukan perkaraperkara yang kita sukai ini. Fenomena ini dikenali dengan nama 'lebihan ganjaran' atau 'lebihan
justifikasi'. Apabila perkara ini berlaku, kita akan mula berfikir aktiviti yang kita lakukan itu tidak
dapat lagi mencetuskan keseronokan. Apa yang pada mulanya dianggap sebagai hobi akan
berubah kepada 'kerja'.
3.5

IMPLIKASI

TEORI-TEORI

PEMBELAJARAN

TERHADAP

PENGAJARAN

PEMBELAJARAN (P&P)
3.5.1

TEORI PEMBELAJARAN TINGKAHLAKU (BEHAVIORISME) DAN PENGGUNAAN

BAHAN BANTU MENGAJAR DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAHASA


MELAYU
Mengikut teori behaviurisme, bahasa dikuasai melalui proses pengulangan, iaitu mengulang
sebanyak mungkin sesuatu kemahiran bahasa sehingga menjadi suatu kebiasaan atau rutin.
Kecekapan akan dikuasai jika kita sering berlatih. Oleh itu bahasa dikaji dari sudut rangsangan
dan gerak balas. Fahaman alternatif, malah yang lebih dahulu muncul ialah behaviurisme. Teori
ini sangat dominan dalam tahun 1950an dan 1960an dan masih berpengaruh hari ini.
Behaviurisme dikaitkan dengan Pavlov di Russia (idea classical conditioning melalui dogsalivation-experimentnya iaitu membuatkan anjing meleleh air liurnya apabila loceng
dibunyikan) dan Thorndike, Watson dan Skinner di Amerika Syarikat. Kebanyakan eksperimen
awal golongan pengikut behaviurisme menggunakan binatang (Skinner misalnya menggunakan
burung merpati dan tikus putih) yang memfokus kepada perlakuan refleksif organisma apabila
15

dikenakan rangsangan (stimuli) tertentu. Ringkasnya, behaviurisme cuba menjelaskan


pembelajaran tanpa merujuk kepada proses kognitif.
Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan
pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri
dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan
pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi
melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons
kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan
objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.
Sebagai guru kita harus memastikan rangsangan dalam bilik darjah (termasuk tingkah laku
guru) menimbulkan persasaan keseronokkan serta keselesaan dan bukan perasaan takut atau
risau. Bahan Bantu Mengajar ialah segala kelengkapan yang digunakan oleh guru/ pelajar
untuk membantunya dalam menyampaikan pengajaran di dalam kelas Kepelbagaian BBM
dapat mempelbagaikan kegiatan atau pengalaman pelajar-pelajar belajar mengikut peringkat
atau kebolehannya daripada mudah ke sukar, seperti pengalaman langsung ke pengalaman
abstrak, pengalamaan rekaan, pengalaman dramatized, demontrasi, pameran, gambar-gambar,
bahan rakaman, filem-filem dan sebagainya.
. Peralatan mengajar bukan terhad kepada buku-buku teks, papan hitam, kapur dan
gambar-gambar sahaja, tetapi ia merangkumi segala benda yang digunakan dalam pengajaran
yang melibatkan semua pancaindera melihat, mendengar, rasa, hidu dan sebagainya,
merangkumi apa sahaja yang dapat dialami oleh pelajar-pelajar.
Atan Long ( 1981: 179-203 ) membahagikan alat bantu mengajar kepada tiga kumpulan:
alat pendengaran, alat-alat pandangan dan alat pandang-dengar.
Noraziah Abdul Hamid ( 1981) membahagikan BBM kepada dua iaitu media elektronik
dan media bukan elektronik. Manakala Hanapiah Sudin ( 1979: 51-52 ) dan Khairiah Ahmad
( 1980-13 ) mengkelaskannya kepada dua iaitu software dan hardware
Ngui Kuen Sang (1981: 35 )
mengenai BBM, kita tidak dapat memberi takrif yang tetap walaupun pada
keseluruhannya ramai pendidik menyetujui bahawa penggunaan BBM dalam situasi
pengajaran

pembelajaran

adalah

pengalaman

yang

melibatkan

penggunaan

penglihatan dan pandangan seseorang.

16

Atan Long ( 1982: 174 )


BBM terdiri daripada pelbagai bahan dan sesuatu bahan boleh disampaikan dengan
pelbagai cara, misalnya dalam bentuk buku, carta, atau dibubuh pada slaid dan
dipancarkan pada skrin. Alat-alat penyampaiannya dinamakan BBM.
Thomas, R.Murray, Swartout, Sherwin G ( 1963)
hanya alat bantu mengajar yang mempunyai komunikatif tinggi yang mampu
membantu

pelajar

memperolehi

pengalaman

belajar

yang

berfaedah

bagi

mengembangkan sikap ilmiah dan sikap sosial, kemantapan emosi dan daya
penghargaan.
Berdasarkan pendapat-pendapat di atas bolehlah disimpulkan bahawa BBM boleh
dibahagikan kepada tiga kategori:
i. Bahan-bahan yang menggunakan media elektronik seperti filem pelajaran, filem
jalur, slaid, overhead projektor (OHP), pita video, radio, pita rakaman, piring
hitam, CD , komputer,radio kaset, televisyen, internet dan sebagainya.
ii. Bahan yang tidak menggunakan media bukan elektronik seperti suara,
gambar, carta, model, surat khabar, papan hitam, papan putih, papan flanel,
papan magnet, kad-kad imbasan, buku dan sebagainya.
iii. Bahan bercorak pengalaman - saperti lakonan, lawatan, projek, pameran, bahan
maujud (realia) dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, seperti yang diketahui bahan-bahan tersebut hanya bertindak
membantu sahaja, tetapi guru perlu bertindak sebagai pengolah bahan-bahan ini agar bahanbahan pengajaran tersebut menjadi lebih kreatif dan menyeronokkan. Hal ini ada ditegaskan
oleh Elly, D.P. dan Gerlach, V.S. (di dalam Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Hj. Abdul Aziz,
1997 : 293):
The effectiveness of any medium depends on the creativity of the teacher using it."
Mutu bahan bantu mengajar (BBM) juga diambil kira dalam pembinaan dan pemilihannya
sebagai bahan pengajaran. Ia harus dipilih sesuai dengan bahan yang hendak kita ajarkan dan
secocok dengan murid-murid yang terlibat. Pembinaannya biarlah mengikut lunas-lunas yang
tertentu seperti jelas (bunyi dan rupa sebutan ), intonasi dan nada, keharmonian warna
( gambar ) kesesuaian saiz, bentuk huruf atau carta dan keteguhannya. Alat itu juga harus
17

mudah dibuat, diperbuat dari bahan-bahan yang murah dan boleh didapati secara percuma
seperti di jabatan-jabatan kerajaan, pejabat pos, pusat beli belah, pihak swasta dan
sebagainya.
Menurut (Gagne,Briggs dan Wager 1992) dalam teori pembelajaran tingkahlaku (Behaviorisme)
, terdapat sembilan elemen yang baik untuk sesuatu pengajaran . Berdasarkan sembilan
elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran topik Konsep Asas Sistem Komputer beberapa
kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses pengajaran dijalankan di dalam kelas .
Contohnya dalam pengajaran pembelajaran perkakasan komputer ,pada permulaan pengajaran
seorang guru itu haruslah pandai menarik perhatian dengan menyediakan bahan bantu
mengajar yang boleh menarik perhatian seperti persembahan powerpoint yang menarik
terutamanya untuk menerangkan tentang tajuk mengenai asas perkasan komputer ke dalam
kelas .Guru haruslah memberitahu pelajar bahawa tajuk ini sangat menarik dan penting kerana
ia akan mendedahkan pelajar kepada pengetahuan asas mengenai perkakasan sistem
komputer . Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa yang diharapkan
satelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran . Contohnya ,guru perlu menjelaskan
mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah kegunaan dan kepentingannya
terhadap pelajar . Selain itu , sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan
pembelajaran , seorang guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi
kandungan yang telah di pelajari sebelum ini . Guru juga harus mempersembahkan bahan yang
merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara guru haruslah jelas dan berintonasi ,
susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media yang
relevan contohnya carta alir , gambarajah dan juga slaid projektor . Guru juga harus
menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar rakan-rakan mereka yang
tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru haruslah mengesan kemajuan pelajar
dengan mengemukakan soalan atau memberi tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan
ilmu yang di pelajari . Sebagai contoh , guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana untuk
mendapatkan data mengenai jenis perkakasan komputer terkini di pasaran tajuk perkakasan
komputer yang telah dipelajari sebelum itu.
Aspek penting teori behaviurisme yang mempunyai implikasi kepada pengajaran dan
pembelajaran di institusi pendidikan tinggi adalah pelajar dilihat sebagai menyesuaikan diri
dengan persekitaran, dan pembelajaran dilihat sebagai satu proses pasif. Pengetahuan dan
pemerolehannya adalah daripada sumber luaran, iaitu minda seperti bekas kosong yang diisi
melalui pengalaman atau pengukuhan melalui rangsangan. Pelajar hanya memberi respons
kepada tuntutan persekitaran. Pengetahuan dilihat sebagai sedia ada dan mutlak (pengetahuan
objektif). Implikasinya, peranan pensyarah adalah dominan.
18

Bahan-bahan terbuang atau bahan maujud di sekitarnya digunakan sepenuhnya seperti


rotan, buluh, tin-tin kosong, kain-kain perca, kulit siput, sarung kaki lama, batu-batan, kulit-kulit
siput, surat khabar lama, buah getah, guli, lidi, batang ice cream, tudung botol,kotak rokok,
ranting kayu, daun-daun kering dan sebagainya. Daripada bahan terbuang ini guru-guru dahulu
berjaya mencipta berbagai-bagai BBM yang menarik, lasak, pelbagai guna dan tahan lama
seperti alat-alat matematik, kad-kad huruf atau perkataan, pen, model-model bangunan dan
sebagainya.
Pengalaman mengajarnya yang lama itu digunakan sepenuhnya. Guru-guru ini bukan
sahaja mengenali batang tubuh setiap muridnya tetapi ia tahu juga kebolehan dan minat
muridnya. Ia cuba melibatkan berbagai pancaindera murid seperti yang disarankan oleh Wayne
F. Virag,1976 seseorang individu dalam suasana pembelajaran adalah tertakluk kepada
pelbagai

bahan

pengajaran,

teknik-teknik

dan

peringkat-peringkat

penyampaian

pengajaran suasana pembelajaran ini pula adalah dipengaruhi oleh faktor-faktor


seperti kaedah penyampaian dan bahan pengajaran yang digunakan dalam suasana
fizikal yang direka untuk pembelajaran.
Kecekapan seseorang guru menggunakan BBM adalah penting kerana kegagalannya
menyebabkan pengajaran menjadi tidak berkesan atau merosakkan pelajaran itu seluruhnya.
Masa mengendalikan BBM dan tidak mengalami sebarang kesulitan apabila tiba masa
menggunakannya. BBM sentiasa berada di dalam keadaan baik, boleh beroperasi dan
menepati fungsinya. Guru harus pandai memilih butir-butir penting yang perlu ditulis, supaya
jelas, terang, kemas dan teratur. Cekap mempersuaikan keperluan murid dan masa yang
diperuntukkan. BBM seharusnya bersabit dengan tujuan pelajaran dan bahan yang hendak
disampaikan. Sekiranya tidak, usaha menyediakannya adalah sia-sia sahaja. Walau
bagaimanapun, terdapat beberapa prinsip umum yang perlu dititikberatkan juga bagi
membolehkan guru-guru menilai bahan-bahan pengajaran mereka. Antara prinsip-prinsip umum
pemilihan bahan pengajaran ialah:
i. Bahan pengajaran mestilah berkaitan dengan matlamat dan objektif pengajaran.
Seboleh-bolehnya sebelum guru memilih bahan pengajaran yang hendak
digunakan, guru perlu menentukan objektif pengajaran atau matlamat pengajaran
yang hendak dicapai terlebih dahulu, agar pemilihan bahan pengajaran tidak
dilakukan dengan sewenang-wenangnya.
ii. Mempunyai perkaitan antara aspek bahasa, proses pembelajaran dan pelajaran. Ketigatiga aspek ini perlu ditekankan sama rata. Bahan pengajaran yang baik tidak hanya
menekankan kepada aspek bahasa dan penggunaannya sahaja, malah perlu
19

mengambil kira perkembangan para pelajar melalui penggunaan bahan-bahan


pengajaran yang dipilih. Memandangkan proses pembelajaran sekarang lebih
cenderung berpusat kepada pelajar (student oriented), guru perlu lebih peka
terhadap situasi pelajar dan bukan hanya mementingkan aspek pengajaran
semata-mata.
iii. Boleh melengkapkan pelajar untuk menggunakan bahasa secara efektif. Guru perlu
mengambil kira kandungan pengajaran yang hendak disampaikan kepada para
pelajar dan kepentingan mereka mempelajarinya. Semasa penyampaian bahan
pengajaran dilakukan, aktiviti yang pelbagai perlu ditimbulkan agar pelajar dapat
latihan yang mencukupi untuk diaplikasikan kepada situasi yang sebenar dan
memudahkan para pelajar untuk berkomunikasi dengan masyarakat.
iv. Sesuai dengan hasrat falsafah pendidikan negara. Falsafah pendidikan negara ialah
untuk melahirkan individu yang berpengetahuan selaras dengan konsep Melayu
Islam Beraja. Tujuannya adalah untuk melahirkan masyarakat yang berilmu,
berakhlak dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri.
v. Sesuai dengan keadaan dan nilai semasa. Bahan pengajaran yang dipilih perlulah
mengikut peredaran zaman ataupun keadaan semasa. Guru tidak boleh hanya
menggunakan bahan-bahan pengajaran yang lepas tetapi perlu ada pembaharuan
kerana pelajar lebih cenderung kepada sesuatu yang baru.
vi. Boleh mencabar pemikiran pelajar. Bahan pengajaran juga hendaklah terdiri daripada
bahan-bahan yang boleh mencabar pemikiran pelajar. Contohnya, bahan-bahan
pengajaran yang senang kepada yang lebih susah, bahan-bahan yang konkrit
kepada sesuatu yang abstrak dan yang seumpamanya.
Kepentingan Bahan Bantu Mengajar ( BBM) di dalam Pengajaran dan Pembelajaran
Mengikut Charles F. Hoban, James D. Finn dan Edgar Dale ( 1964 : 65 ) kepentingan
BBM bolehlah dirumuskan seperti berikut:
iv. BBM menyediakan satu asas yang kuat untuk sesuatu konsep
v. Sebagai daya penarik penting kepada seseorang pelajar
vi. Dapat menghasilkan pembelajaran yang lebih kekal

20

vii. Memberi pengalaman sebenar yang boleh merangsangkan aktiviti sendiri di


kalangan pelajar
viii.Boleh memberi pengalaman baru dan menjadikan pembelajaran lebih mendalam
dan beragam.
Kamarudin Hj. Husin ( 1988: 242 ) merumuskan kepentingan BBM seperti berikut:
i. memberi rangsangan dan minat pelajar-pelajar.
ii. membekalkan dasar perkembangan pembelajaran dan menjadikan pembelajaran
mereka lebih kekal.
iii. menyediakan pengalaman baru yang tidak diperolehi dengan mudah oleh caracara lain, menjadikan pembelajaran murid-murid lebih mendalam dan
beragam.
iv.

dapat

menguatkan

kefahaman

dan

mempercepatkan

perkembangan

perbendaharaan kata.

RUMUSAN
21

Guru yang cemerlang ialah guru yang dapat menyampaikan isi pelajaran kepada anak
didiknya dengan berkesan. Justeru, pelbagai kaedah dan teknik digunakan oleh guru dalam
memenuhi keperluan ini. Antara wadah yang dikenal pasti ialah penggunaan bahan Bantu
mengajar (BBM). Penggunaan BBM adalah penting kerana ada tempatnya penggunaan BBM
moden sekarang tidak dapat mengambil alih semua tugas guru. BBM tradisi seperti
penggunaan bahan maujud, bahan asli di sekeliling murid perlu digunakan bersama dengan
BBM moden masa kini, ini pasti menghasilkan pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menarik lagi. Sikap guru masa kini meninggalkan penggunaan BBM lama dengan merasakan
bahawa penggunaan BBM moden boleh memenuhi segala-galanya adalah meleset sama
sekali. Nilai seni BBM adalah diberi perhatian serius, kerana salah satu syarat untuk menjadi
seorang guru yang baik ialah ia mempunyai nilai kreativiti yang baik seperti di dalam seni lukis,
seni ukir, seni sastera, seni suara dan sebagainya. Mata pelajaran menulis cantik seperti seni
khat atau tulisan rumi dan jawi perlu dihidupkan semula. Tulisan guru-guru dahulu sungguh
cantik, kemas, menarik dan jelas sudah tentu menghasilkan BBM yang menarik seperti tulisan
pada kad-kad imbasan, kad ayat-kad ayat, papan hitam, papan gulung, carta-carta dan
sebagainya. Begitu juga hasil-hasil karya sastera seperti puisi pantun, syair, gurindam dan
sajak adalah ditulis dan diciptanya sendiri dan mereka ini tekun dan merasa puas dengan hasil
karyanya tanpa mengharapkan pujian atau penghargaan dari orang lain.
Kembali ke Asas adalah perlu dan sesuai dengan cadangan pelopornya John Dewey
(1961) yang mahukan pendemokrasian pendidikan yang sentiasa berubah (cycle) dari tahap ke
tahap mengikut masa, keperluan, kehendak masyarakat dan berbagai fenomena di
sekelilingnya.
Pemilihan dan penyesuaian bahan pengajaran adalah penting untuk pengajaran bahasa
khasnya dan pengajaran mata pelajaran yang lain amnya. Kebolehan guru mempelbagaikan
bahan-bahan pengajaran dapat membantu guru menyampaikan pengajaran dengan lebih baik
dan kreatif. Manakala bagi para pelajar pula, kepelbagaian bahan-bahan pengajaran tersebut
dapat menarik minat dan perhatian mereka untuk menumpukan perhatian sepanjang tempoh
pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Selain itu, guru juga perlu memastikan kesemua
bahan-bahan pengajaran yang digunakan memenuhi matlamat pengajaran dan bersesuaian
dengan keperluan pengajaran dan pembelajaran.

Rujukan :

22

Tuan Jah Tuan Yusof PhD.(2011) Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu. Selangor Darul
Ehsan:Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd
Kamarudin Hj Husin (1990) Pedagogi 4. Selangor Darul Ehsan- Siri pendidikan
Longman
Nadzeri Isa(2010).Pengajaran Komsas Dalam Bahasa Melayu.Selangor Darul
Ehsan:Meteor Doc.
Siti Aishah Mohd Elias(1999) Pengajaran Cemerlang.Pulau Pinang: Rhythm Distribution Sdn.
Bhd
http://www.spe-ed.net/ld-bp.php dimuat turun pada 10 September 2011
http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran

dimuat

turun

pada

13

dimuat

turun

pada

18

September 2011
http://www.tutor.com.my/tutor/archives/CADfPP/HSP/UPSR/BM/
September 2011
Abdul

Rasid

Jamian

&

Yahya

Othman.

(2006).

Ekspektasi

Guru

dan

Pelajar

.TerhadapPenggunaan Bahan Bantu Mengajar Bahasa Melayu. Serdang: Universiti Putra


Malaysia.
Abd. Aziz Abd. Talib. (2000). Pedagogi Bahasa Melayu: Prinsip, Kaedah dan Teknik.
..Cheras: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Asmah bt. Hj. Ahmad, ( 1989 ), Pedagogi I, Siri Pendidikan Longman, Selangor,
Longman Malaysia Snd. Bhd.
Atan Long (1986). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ee Ah Meng, ( 1989 )Pendidikan di Malaysia Untuk Guru Pelatih, Edisi
Kedua, Petaling Jaya, Siri Pendidikan Fajar Bakti.
Kamarudin Hj. Husin. (2001). Pedagogi Bahasa (Perkaedahan). Subang Jaya: Kumpulan.
Budiman Sdn. Bhd.

23

Mat Nor Hussin, Ab. Rahman Ab. Rashid,( 1988 ) Alat Bantu Mengajar Dalam.
.Pengajaran Bahasa, Siri Pendidikan Longman, Selangor, Longman Malaysia Snd.
.Bhd.
Rahil Mahyuddin, Jamiah Mohamad, Kasnani Ab. Karim. (2000). Psikologi Pendidikan
II. Petaling Jaya Addison Wesley Logman Sdn. Bhd.
Sharifah Alawiah Alsagoff, (1987), Sosiologi Pendidikan, Siri Maktab
Perguruan, Kuala Lumpur: Heinemann Malaysia Snd. Bhd.
Yahya Othman. (2007). Bahan Bantu Mengajar Memperkukuh Bahasa Melayu. ..Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia

24

Anda mungkin juga menyukai