Anda di halaman 1dari 2

Tips Mengurangkan Berat Badan

1) Elakkan penurunan berat badan yang cepat


Apabila berat badan anda berkurangan dengan cepat, kebiasaannya
badan anda hanya kehilangan glikogen (karbohidrat) dan air, bukannya
lemak. Badan anda akan menghantar isyarat ke otak yang anda
sedang kebuluran dan mengurangkan kadar metabolik, sekaligus
melambatkan badan membakar kalori.
2) Gantikan makanan, bukannya elakkan terus
Cuba gantikan makanan kegemaran anda yang tinggi lemak, gula atau
garam dengan yang kurang lemak, gula atau garam. Sebagai contoh,
gantikan Coke biasa dengan Diet Coke yang kurang gula, susu lemak
tinggi dengan susu kurang lemak. Penukaran sebegini tidak akan
menjejaskan keinginan untuk makan makanan kegemaran anda secara
drastik walau pun pengambilan kalori telah berkurangan.
3) Minum banyak air
Banyakkan minum air putih dan air soya untuk menggantikan air
bergas. Air bergas boleh menambahkan kalori anda sebanyak 360 kJ
sehari.
4) Banyakkan pergerakan
Banyakkan bergerak dan bersenam akan membakar kalori anda yang
berlebihan. Banyak cara untuk anda bersenam termasuklah dengan
jogging, pergi ke gim dan sebagainya. Anda juga boleh selitkan aktiviti
fizikal dalam kehidupan harian anda dengan berbasikal ke tempat
kerja, menggantikan lif dengan menaiki tangga, berjalan ke kedai
makan atau pun membuat sit-up sambil menonton TV.
Pakar kesihatan menyarankan anda bersenam 30-45 minit 3-5 kali
seminggu. Mungkin agak sukar untuk anda memulakan senaman
sehingga 45 minit sehari. Apa kata mulakan dengan 10 minit, 3 kali
sehari supaya anda tidak terlalu memaksa diri anda dan yang paling
penting, disiplinkan diri untuk melakukannya setiap hari. Bagi para ibu,
jangan jadikan sibuk sebagai alasan anda, tetapi cuba cari masa walau
pun sebelum tidur untuk melakukan aktiviti fizikal.
5) Mulakan sedikit demi sedikit
Mulakan program penurunan berat badan anda dengan perubahan
sedikit demi sedikit dan bukannya secara drastik. Kurangkan sedikit
demi sedikit pengambilan makanan tinggi kalori dan gantikan dengan
makanan yang berkhasiat. Gantikan minuman manis dengan air putih.
Perubahan kecil kebiasaannya akan lebih berkekalan berbanding
perubahan yang drastic.

6) Jangan terlebih makan


Pernah dengar ke sunah Rasulullah S.A.W. yang mengunyah perlahanlahan dan berhenti makan sebelum kenyang? Cuba amalkan dan anda
akan melihat perubahannya. Makan sedikit tetapi kerap.
7) Jangan sekat makanan tinggi kalori sepenuhnya
Anda berazam untuk tidak akan menyentuh makanan berlemak lagi!
Jangan buat begitu kerana badan anda masih memerlukan lemak
tetapi dalam sukatan yang betul dan bukannya berlebihan. Cuba
seimbangkan makanan anda dengan sesuatu yang berkhasiat.
Kesan jangka masa panjang
Diet singkat dan rutin senaman yang tidak tetap biasanya tidak akan
berkekalan. Rancang program penurunan berat badan secara realistik
yang mampu anda turuti dan bukan secara drastik. Rekodkan segala
perubahan menu, aktiviti fizikal dan apa jua yang anda rasakan
berubah termasuk fizikal, emosi dan tahap kesihatan anda. Pastikan
program anda bersesuaian untuk jangka masa panjang dan bukan
sekadar hangat-hangat tahi ayam!
9) Fokus pada sihat, bukannya kurus
Kebanyakan individu yang berjaya mengurangkan berat badan dalam
jangka masa panjang akan mengubah objektifnya daripada ingin
menjadi kurus kepada ingin menjadi sihat. Tetapkan pemikiran anda
dengan memilih makanan yang boleh memberikan nutrient dan
khasiat yang optima kepada badan anda. Untuk panduan, rujuk
piramid makanan!
10) Atasi tekanan emosi
Emosi yang bercelaru dan tidak stabil boleh menyebabkan anda teruja
untuk makan. Cari cara lain untuk mengatasinya dengan meluahkan
masalah kepada orang yang rapat dengan anda atau kaunselor.
Lakukan juga aktiviti yang boleh menggembirakan anda supaya
tekanan anda diatasi.
11) Motivasi
Sokongan dan motivasi merupakan salah satu daripada kunci utama
dalam proses untuk menurunkan berat badan. Dapatkan sokongan
daripada orang tersayang dan dapatkan nasihat pakar dietitik supaya
anda melakukan program diet yang betul dan penuh semangat!
12)Limau nipis
Buah yang besar dan diguna untuk buat mimiman.
13)Limau Kasturi
Buah yang kecil dan diguna untuk masakan. Ex: sambal, mee rebus

Anda mungkin juga menyukai