Anda di halaman 1dari 3

UMS

UNIVERSITI MALAYSIA
SABAH
AH20203
ANALISIS DATA DAN PERLAKUAN ORGANISASI
SOALAN:
10(B) Menurut Jaafar Muhammad(2001), Tidak mungkin
sesebuah organisasi dapat memenuhi kehendak semua pihak.

Nama Pensyarah: Encik Fauzie bin Sarjono


Nama Tutor: Cik Khuzaimah Amminudin
Nama pembentang: Rixazuan Saimon
No. Matrik: BA13110573
Masa Tutorial: Rabu (4.00 pm - 5.00 pm)

Pengenalan
Sesebuah organisasi tidak akan wujud sekiranya sumber manusia itu tidak
ada ataupun melibatkan diri dalam organisasi. Hal ini kerana, sumber
manusia merupakan nadi utama dalam organisasi untuk memastikan ia dapat

bergerak dengan lancar. Oleh itu, setiap organisasi yang ada perlu mengenal
pasti segala kehendak setiap pekerja dan individu yang terlibat untuk
memastikan objektif organisasi dapat dicapai bersama dan boleh
mengelakkan wujudnya unsur-unsur yang boleh menggugat keharmonian
dalam sesebuah organisasi tersebut.
Definisi Kehendak
Menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), kehendak bermaksud
keinginan seseorang individu atau kemahuan terhadap sesuatu perkara
sama ada berbentuk harta benda ataupun perkhidmatan
Mengapa sesebuah organisasi
kehendak semua pihak ?

tidak mungkin dapat memenuhi

I. Manusia
Merupakan nadi utama dalam sesebuah organisasi tersebut tidak kiralah
majikan, pekerja dan individu yang bekerja dalam organisasi
Setiap manusia mempunyai matlamat, keinginan dan sikap yang
tersendiri semasa bekerja dalam sesebuah organisasi
Matlamat, keinginan dan sikap yang berbeza inilah yang menyebabkan
organisasi tidak dapat memenuhi kehendak sesetengah pihak tersebut
II. Tekonologi
Teknologi merupakan suatu keperluan yang amat diperlukan oleh
sesebuah organisasi khususnya pada zaman ini untuk meningkatkan
pengeluaran produktiviti.
Namun itu, tidak semua pekerja dalam sesebuah organisasi itu yang
mahir untuk menggunakan teknologi ini khususnya mereka yang telah
lama bekerja.
Perkara ini menyebabkan pihak majikan dalam organisasi itu terpaksa
mengeluarkan perbelanjaan untuk memberi latihan kepada pekerja yang
kurang mahir dengan teknologi ini dan sekiranya terdapat ramai pekerja
yang tidak mahir tentang penggunaan teknologi ini maka majikan akan
terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi.
Teknologi yang sentiasa berubah-berubah juga menyebabkan sesetengah
penyelesaian yang mungkin sering digunakan dalam sesebuah organisasi
tersebut sudah tidak relevan lagi untuk digunakan
Oleh itu, tidak semua pihak dalam organisasi itu dapat menerima
penggunaan teknologi tersebut.
III. Struktur
Merupakan sebuah perhubungan formal dalam kalangan individu di
sesebuah organisasi tersebut.
Struktur juga merujuk kepada tugas-tugas berlainan yang diberikan oleh
pihak pengurusan terhadap kakitangan yang berada dalam organisasi itu.
Disebabkan wujudnya tugas-tugas yang berlainan ini menyebabkan pihak
yang berada dalam organisasi tersebut sukar untuk bekerjasama,
berunding dan sebagainya untuk memastikan kelancaran pergerakan
organisasi tersebut.

IV. Persekitaran
Setiap organisasi beroperasi dengan persekitaran luaran.
Dalam setiap organisasi wujudnya elemen-elemen seperti undangundang, peraturan, persaingan, dan persatuan yang saling berkait antara
satu sama yang lain
Dalam sesebuah organisasi persekitaran tempat kerja akan berubah
sekiranya berlaku perubahan dari segi pihak pengurusan.
Sesetengah pihak yang berada dalam organisasi itu mungkin tidak akan
dapat menerima dengan perubahan yang berlaku.
Kesimpulan
Kesimpulannya, untuk memenuhi kehendak semua pihak dalam sesebuah
organisasi sememangnya sukar untuk dilakukan kerana sentiasa sahaja
wujudnya perubahan yang berlaku serta gelagat yang pelbagai ragam
daripada individu dalam organisasi tersebut.

Rujukan
Robbins, S.P (2000). Gelagat Organisasi. San Diego State University.
Jaafar Muhammad (2008). Kelakuan Organisasi. Leeds Publication (M)Sdn
Bhd.
http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=kehendak.

Anda mungkin juga menyukai