Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kenaikan harga barang di negara kita semakin sukar untuk dibendung. Pada
pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk
menghadapi kenaikan ini.
Jawapan:
Strategi:
T=Kenaikan harga barang
K=Langkah
F=Umum
Isi:
1. Diri-Berjimat cermat
2. Keluarga-rancang perbelanjaan
3. Masyarakat-Boikot barang yang mengalami kenaikan
4. Kerajaan-menguatkuasakan undang-undang
Karangan contoh:
(AR) Belakangan ini, kenaikan harga barang telah melanda negara kita.
(AR) Kenaikan ini menyebabkan perbelanjaan rakyat Malaysia semakin
bertambah. (AR) Bagi golongan yang hidup seperti kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang atau kurang berada ini, kenaikan ini sudah pasti
menimbulkan beban kepada mereka. (AA) Terdapat beberapa langkah yang
perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menghadapi kenaikan ini bak kata
pepatah ingat sebelum kena jimat sebelum habis.
(AJ) Satu daripada langkah yang perlu diambil untuk menangani
masalah ini ialah setiap rakyat Malaysia perlulah mempraktikkan amalan
berjimat cermat. (AH) Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan
perbelajaan atau ikat perut. (AC) Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika
dahulu kita berbelanja sebanyak 100%, perbelanjaan tersebut hendaklah
dikurangkan kepada 50 atau 60% sahaja. (AH) Wang selebihnya hendaklah
kita simpan. (AP) Melalui cara ini, kita dapat mengurangkan pengaliran
wang di pasaran dan seterusnya dapat mengurangkan permintaan terhadap
sesuatau barangan sekali gus dapat mengurangkan kenaikan harga barang.
Selain itu, (AJ) ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang