Anda di halaman 1dari 6

2. Apa itu Pangkalan Data.

Pangkalan data merupakan satu sistem simpanan data yang tersusun, biasanya dalam
bentuk elektronik.
Sistem Pemprosesan Fail Tradisional Sistem yang dilaksanakan secara manual atau
tradisi. Data dan maklumat disimpan di dalam fail-fail kertas yang kemudiannya
disimpan di dalam kabinet-kabinet khas. Fail yang disimpan adalah mengikut turutan
abjad dan nombor rujukan supaya pencarian fail dapat dilakukan dengan sempurna.
Pangkalan Data Himpunan data-data berkaitan yang dikongsi bersama oleh pelbagai
kategori pengguna untuk memenuhi kehendak dan keperluan maklumat sesebuah
organisasi.
Sistem Pengurusan Pangkalan Data (SPPD) Sistem perisian yang membolehkan
pengguna mentakrif, mencipta, mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara
pangkalan data. SPPD turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data.

~1~

3. Dua contoh penggunaan Pangkalan Data.

3.1.Penggunaan Pangkalan Data dalam Bank dan Institusi Kewangan


Pemprosesan data yang melibatkan akaun-akaun simpanan, simpanan tetap,
pinjaman, pelaburan, analisis keuntungan dan sebagainya adalah antara operasi
organisasi-organisasi kewangan. Langkah-langkah yang digunakan adalah piawai dan
berulangan. Penggunaannya dalam institusi kewangan ini meliputi aktiviti pemindahan
wang secara elektronik
Contohnya sebuah bank mempunyai terminal di setiap cawangannya di seluruh
negara dan juga di pasaraya, stesen minyak, sekolah, kilang, rumah, hotel, dan
sebagainya. Majikan akan memindahkan gaji ke dalam akaun pekerjanya dengan
memasukkan nombor pengenalan pekerjanya seterusnya wang gaji dipindahkan ke dalam
akaun pasaraya, hotel, atau stesen minyak apabila membuat sesuatu pembelian.
Ternyatalah tujuan utama penggunaan Pangkalan Data dalam institusi kewangan dapat
membantu dalam menyusun segala urusan pelanggan serta menyediakan perkhidmatan
yang lebih baik dan cekap.

3.2. Penggunaan Pangkalan Data Dalam Bidang Pendidikan


Kini dalam era dunia sains dan teknologi yang semakin canggih, Pangkalan Data
mungkin mengambil alih peranan buku dalam menyimpan data-data dan sumber
maklumat lain yang berkaitan, contohnya pendaftaran pelajar, penjadualan kelas,
pemprosesan keputusan peperiksaan, penyimpanan peribadi pelajar dan guru boleh
dilaksanakan oleh Pangkalan Data dengan berkesan dan cepat dalam membantu pihak
pentadbiran.
Kini keputusan SPM dan STPM turut diproses oleh sistem tersebut. Di IPT juga
tugas-tugas pengautomatikan pejabat, pemprosesan keputusan peperiksaan dan pelbagai
lagi tugas-tugas yang berkaitan dengan Data dapat dilaksanakan dengan mudah. Oleh itu
Pangkalan Data kini sangat dititikberatkan dalam pelbagai bidang dan hampir kesemua
Organisasi-organisasi mengunakannya.

~2~

4. 5 kelebihan menggunakan Pangkalan Data dan huraikan.


Maklumat yang disimpan akan lebih tersusun dan teratur dan ini akan memudahkan untuk
mencapai, menambah, membuang dan mengemaskini sebarang maklumat yang ada. Sistem ini
lebih selamat diguna pakai baik dari segi keselamatan nya juga.

I.

Pangkalan Data dapat memudahkan pencarian maklumat, proses yang dilalui lebih cepat
berbanding kaedah tradisional yang digunapakai pada masa dahulu.

II.

Maklumat-maklumat penting dapat disimpan dengan lebih selamat jika berlaku perkaraperkara yang tidak diingini. Sebagai contoh, kebakaran, kecurian maklumat, fail
penyimpanan rosak dan sebagainya.

III.

Penggunaan Pangkalan Data juga dapat menjimatkan ruang pejabat iaitu tidak perlu
menyediakan ruang penyimpanan fail-fail maklumat. Dengan ruang pejabat yang lebih besar,
pekerja akan merasa selesa ketika bekerja, ini secara tidak langsung dapat meningkatkan
produktiviti syarikat.

IV.

Penjimatan dari segi kos kertas dan penyediaan ruang penyimpanan yang berhawa dingin dan
setiap maklumat yang terkini dapat dicapai dengan mudah kerana kegagalan penyampaian
maklumat terkini akan memberi masalah yang besar.

V.

Mengawal ulangan-elakkan pembaziran ruang storan, tenaga dan kos serta mengurangkan
percanggahan data yang sama. Berkongsi data dan membenarkan ramai pengguna mencapai
maklumat yang dikehendaki dalam satu masa yang sama serta mengawal penggunaan
pangkalan data kepada pengguna yang hanya diberi kebenaran.

~3~

5. Apa itu Database Management System (DBMS)


Sistem perisian yang membolehkan pengguna mentakrif, mencipta,
mengemaskini, mengurus, mencipta dan menyelenggara pangkalan data,
DBMS turut mengawal capaian terhadap data dalam pangkalan data

Terdapat lima komponen penting dalam persekitaran Database Management System (DBMS):

5.1 Perkakasan - merupakan komponen fizikal sesuatu sistem komputer yang digunakan
untuk memasukkan, memproses dan menyimpan data. Terdiri daripada peranti
input,peranti output,unit sistem dan peranti-peranti yang lain yang dikawal oleh perisian
5.2 Perisian - juga dikenali sebagai program/aturcara yang dilaksanakan oleh komputer .
Merupakan langkah demi langkah yang memberitahu komputer bagaimana melaksanakan
tugas.
5.3 Data fakta mentah yang belum diproses . Ia boleh didapati dalam bentuk kertas,
elektronik atau bentuk lain yang akan diproses oleh komputer. Data mengandungi fakta
dan angka mentah yang diproses kepada maklumat.Data mentah yang disimpan di dalam
fail yang dijanakan kepada maklumat.
5.4 Tatacara(prosedur) juga dikenali sebagai peraturan atau arahan yang dikenakan
bagi mengawasi reka bentuk dan penggunaan dalam sistem pangkalan data
5.5 Orang terbahagi kepada lima.

~4~

6. Contoh DBMS:
5.1 Apa itu Ms Access
5.2 Apa itu MySQL
5.3 Apa itu Oracle

6.1.1 Microsoft Access menawarkan perkhidmatan sistem pengurusan pangakalan data (DBMS)
yang paling mudah dan merupakan perisian yang paling fleksibel pada masa ini. Pengguna yang
telah biasa menggunakan perisian Microsoft pasti mudah untuk mengendalikan perisian
Microsoft Access dalam membina Pangkalan Data. Terdapat pelbagai kelebihan dengan
menggunakan perisian ini bagi membentuk satu Pangkalan Data sebagai contoh:I.

Kos Microsoft Access juga termasuk dalam pakej Microsoft Office oleh itu pengguna
dapat memperolehi pelbagai jenis perisian hanya dalam satu pakej sahaja.

II.

Pengguna dapat menghasilkan Pangkalan Data yang menarik, berfungsi, dan mudah
digunakan bagi mengurangkan kos penghasilan.

III.

Access mempunyai kemudahan rangkaian dalam talian bagi memudahkan pengguna


mencapai data di mana sahaja. Dengan kewujudan E-dagang, kemudahan access ini akan
menjadi lebih berguna.

6.2.2 MySQL merupakan salah satu daripada perisian yang terdapat dipasaran yang memberi
kemudahan dalam penyimpanan data. Terdapat banyak pangkalan data (DBMS) lain yang ada
dipasaran seperti Oracle, Informix, Sybase, DBase, MS SQL, MS Access dan banyak lagi tetapi
Pangkalan data tersebut kesemuanya perlu dibeli dengan kos yang tinggi. Tetapi, MySQL tetap
menjadi pilihan kerana ia adalah Sumber Terbuka (Open Source) yang boleh digunakan tanpa
perlu membelinya. Antara kelebihannya adalah seperti:I.
II.
III.

Beroperasi dalam pelbagai sistem operasi seperti Windows, Linux dan Unix.
Pengurusan pangkalan data yang besar iaitu sekitar 40GB dan lebih.
Mempunyai kata laluan bagi menjaga maklumat yang telah disimpan dalam jadual.

~5~

6.3.3 Oracle adalah sebuah syarikat dan Oracle juga merupakan database server, yang
menguruskan data dalam cara yang sangat berstruktur. Hal ini membolehkan pengguna untuk
menyimpan dan mengambil data berkaitan dalam lingkungan multiuser sehingga banyak
pengguna secara bersamaan boleh mengakses data yang sama. Semua ini

sekaligus akan

memberikan prestasi yang tinggi. Sebuah pelayan database juga boleh mencegah akses yang
tidak sah dan menyediakan penyelesaian cekap untuk pemulihan kegagalan tersebut.jenis
perisian pangkalan data seperti ini lebih banyak digunapakai pada komputer seperti kerangka
utama(mainframe) dan organisasi besar contohnya seperti syarikat-syarikat insuran, mereka
menggunakan perisian sebegini untuk menyimpan berjuta-juta data dan maklumat pemegang
polisi.

~6~

Anda mungkin juga menyukai