Anda di halaman 1dari 6

WKC 3022 TUGASAN 1

PENGENALAN

Teknologi kini sedang menjadi kenyataan hidup. penggunaanya telah


mewujudkan sistem maklumat yang amat efektif dalam membantu
memperkemaskan pengurusan sesebuah organisasi. Ini menjadikannya
sebagai media yang amat diperlukan untuk segala urusan perniagaan,
perindustrian, pendidikan, pentadbiran dan kesihatan. Boleh dikatakan
semua organisasi besar ,sama ada jabatan kerajaan atau swasta ,
menggunakan teknologi untuk pelbagai urusan harian mereka dan ianya
merupakan industri yang paling pesat di dunia masa kini. Antara teknologi
yang banyak membantu ialah kompeter, sistem komputer besar adalah untuk
tugas-tugas pemprosesan data yang banyak sementara mikrokomputer
adalah untuk kegunaan kecil seperti pemprosesan perkataan. Komputer
telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita yang amat diperlukan.
Secara amnya, penggunaan komputer banyak membantu dalam sektor
kesihatan.Contohnya dalam pemprosesan data pesakit yang banyak bagi
mengelak dari beban kerja yang berulang di samping meninggikan lagi
keberkesanan dan membantu dalam mutu kerja.Selain itu ia juga sebagai
pembuat keputusan dan ramalan bagi pembuat-pembuat keputusan tentang
perancangan, perkembangan, dan pertumbuhan berdasarkan data-data lalu.
Ia juga sebagai penghubung untuk menghubungkan data di seluruh dunia
dalam masa yang singkat. Selain itu, ia juga sebagai alat kawalan sistem
elektrik dan bukan elektrik contohnya sphycmomanometer,ct scan,dan
banyak lagi alatan canggih yang banyak menyambungkan kebaikan dan amat
berguna kepada jururawat,dokter dan pihak yang terlibat.Untuk bidang-bidang
penggunaan yang telah dinyatakan tadi, program-program yang diperlukan
mesti dibentuk ,diuji, dan dilaksanakan pada komputer. Pelbagai program
perlu ditulis dan dipautkan untuk membentuk sistem bagi tugas tertentu.
Secara amnya, sistem bermakna kumpulan software dan hardware.
Memandangkan sistem-sistem ini digunakan untuk memproses data atau
maklumat, kita menyebutnya sistem maklumat.

1
WKC 3022 TUGASAN 1

Penggunaan Komputer Dalam Bidang Perundingan


Perubatan

Perkembangan komputer dari segi perundingan,telah membantu orang


buta untuk melihat, orang bisu untuk berkomunikasi, sama ada dengan
bantuan percakapan pensintesis atau dengan menggunakan papan kekunci.
Ini dapat membantu mereka menjadi lebih aktif dan dapat membuat apa yang
mereka tidak boleh buat sebelum ini.Contohnya seorang doktor yang
berkhidmat di kawasan luar Bandar ingin berbincang atau mendapatkan
maklumat mengenai sesuatu penyakit ganjil dengan doktor yang berkhidmat
di kawasan Bandar.Dengan menghantar email sahaja segala pemasalahan
dapat diselesaikan dengan mudah.Selain itu teknologi juga dapat mengawasi
pembolehubah psikologi seseorang pesakit seperti tekanan darah, suhu
badan, ECG (Electro-Cardiograph) dan membunyikan amaran jika sesuatu
yang tidak normal berlaku. Untuk tujuan ini komputer membaca
pembolehubah yang berlainan dan membuat pembandingan dengan nilai-nilai
piawai. Jika ada sesuatu yang abnormal berlaku komputer akan menarik
perhatian doktor dan jururawat dengan mengeluarkan amaran. Jelaslah
didapati bahawa komputer mempunyai bidang pergunaan yang luas dalam
bidang perubatan.

Tele-Pendidikan

Teknologi merupakan salah satu media perundingan dalam bidang


perubatan dan kesihatan zaman ini.Antaranya ialah Satelit Teknologi Aplikasi
Siri 1 hingga 6 (Application Technology Satellites Series 1 to 6) yang
menunjukkan pelbagai aplikasi satelit, termasuk satu yang khusus untuk
telependidikan. Sebagai contoh, ATS-6, yang mempunyai antena besar yang
tidak boleh dikuncupkan, menunjukkan bahawa perkhidmatan pendidikan
video satelit boleh dijayakan di kawasan terpencil wilayah Appalachia di U.S.,
Brazil dan India.Tele-pendidikan ini bukan tertumpu kepada pendidikan di
sekolah tetapi pendidikan dalam dunia perubatan dan kesihatan.

2
WKC 3022 TUGASAN 1

Tele-Perubatan

Teleperubatan ditakrifkan oleh U.S. Food and Drug Administration


sebagai penghantaran dan pembekalan perkhidmatan penjagaan kesihatan
dan perundingan kepada pesakit individu, serta penyampaian maklumat
tentang penjagaan kesihatan melepasi suatu jarak tertentu, dengan
menggunakan teknologi telekomunikasi. Teleperubatan merangkumi
perkhidmatan dan rawatan langsung bagi bidang klinikal, pencegahan,
diagnostik, dan terapeutik, perkhidmatan perundingan dan susulan,
pemantauan pesakit secara jarak jauh, perkhidmatan pemulihan, dan
pendidikan pesakit.
Usaha berkaitan teleperubatan bermula sekitar masa yang sama
dengan telependidikan. Malahan, satu daripada perangsang penting terhadap
komunikasi satelit datang daripada projek Satellites for Health and Rural
Education (SHARE) tajaan INTELSAT , yang dilaksanakan dari 1985 ke 1987.

Tele-kesihatan
Telekesihatan adalah untuk meningkatkan kesedaran kesihatan
kepada orang ramai. Melalui perkhidmatan maklumat kesihatan dan juga
kesihatan yang sedia ada, perkhidmatan kesihatan jaga akan mengalami
suatu proses perubahan yang drastik di mana cara penghantaran dan juga
mengakses maklumat akan menjadi lebih mudah.

Telekesihatan bukanlah suatu kewujudan teknologi, tetapi proses yang


memfokus kepada individu untuk membekalkan akses maklumat dan
meningkatkan pengetahuan mengenai kesihatan. Ia memberi pilihan kepada
individu untuk mengurus kesihatan peribadi mereka dan menyatukan
maklumat untuk membenarkan kelancaran pengaliran produk dan
perkhidmatan keseluruhan sistem kesihatan. Telekesihatan akan memainkan
peranan yang penting pada masa akan datang dan menawarkan mekanisme
untuk mengkitar semula piramid kesihatan. Kualiti maklumat kesihatan dan
kepantasan penghantaran maklumat melalui perundingan memainkan
peranan penting.Misalnya Penggunaan maklumat, telekomunikasi dan
teknologi Multimedia turut membekalkan maklumat rawatan kesihatan.

3
WKC 3022 TUGASAN 1

Malaysia juga telah mengambil langkah untuk mengkorporatkan


Telekesihatan ke seluruh Negara.

Aplikasi pembangunan yang akan memimpin kepada pembangunan


Telekesihatan di Malaysia ialah :-

o Teleconsultation
Untuk menghubungkan pembekal kesihatan untuk berkongsi
pandangan dan untuk memberikan sokongan. Proses
kesinambungan ini seharusnya meningkatkan produktiviti.
Faktor kritikal ini termasuk sejumlah pengguna yang besar,
perkhidmatan yang pantas, kos rendah dan juga mudah
diperolehi setiap individu.

o Lifetime Health Plan


Berkemungkinan lebih kompleks dan meliputi 4 kawasan. Iaitu
dengan memastikan pesakit diberi fokus yang berterusan dan
bergantung kepada rekod kesihatan semasa. Maklumat
disatukan dalam rekod kesihatan untuk membangunkan pelan
kesihatan semasa bagi setiap individu yang memerlukan
kerjasama dan penerimaan ramai.

Portal MyHEALTH ialah satu perkhidmatan berasaskan ´web´ yang


disediakan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia di bawah Aplikasi Perdana
MSC Telekesihatan.Ianya merupakan satu inisiatif Kerajaan Malaysia untuk
membawa Negara ini ke dalam penggunaan ICT secara inovatif di samping
menjana pertumbuhan ke arah mencapai tahap Negara Maju menjelang
tahun 2020.

Aplikasi Perdana MSC Telekesihatan dijangka dapat mengubah sistem


penjagaan kesihatan Malaysia untuk menjadi perkhidmatan yang lebih
bersepadu, meluas dan secara maya dengan tujuan untuk menyediakan
perkhidmatan yang saksama, mudah dicapai dan berkualiti tinggi. Ini akan
membantu pencapaian visi perkhidmatan kesihatan dengan menekankan
kepada kesejahteraan sepanjang hayat di mana individu, keluarga dan
komuniti memainkan peranan besar dalam menguruskan kesihatan diri.

4
WKC 3022 TUGASAN 1

Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Pusat Maklumat Kesihatan Negara akan ditubuh bagi memastikan


semua maklumat kesihatan dan berkaitan kesihatan diproses secara
berpusat. Keutamaan juga akan diberikan kerana perkhidmatan
Telekesihatan membolehkan maklumat saling beroperasi dan dikongsi
melalui perkhidmatan Rekod Kesihatan Sepanjang Hayat (LHR) dan Pelan
Kesihatan Sepanjang Hayat (LHP). Kemudahan LHR membantu integrasi di
kalangan penyedia perkhidmatan kesihatan dan membolehkan penyediaan
penjagaan tanpa sempadan dan berterusan. Sementara itu, LHP akan
menyediakan maklumat berkaitan pelbagai kejadian yang dijangka berlaku
dalam kehidupan individu termasuk pencegahan dan pengurusan penyakit.
LHR dan LHP akan dilaksanakan sebagai projek perintis di Seberang Perai,
Pulau Pinang.Pengawasan kesihatan penduduk akan diperkukuhkan lagi
melalui penambahbaikan dan menaik taraf sistem maklumat sedia ada bagi
pelbagai program seperti pengawasan penyakit serta pengawalan kualiti
makanan dan air.

5
WKC 3022 TUGASAN 1

KESIMPULAN

Perkembangan pesat dunia sains dan teknologi telah mengubah corak


hidup masyarakat kini. Segala urusan, pemprosesan, pengumpulan
maklumat-maklumat, atau apa juga aspek-aspek dalam pelbagai bidang yang
dahulunya dilakukan secara manual, yang memberikan banyak risiko
daripadanya telah berjaya dilakukan dengan lebih efektif, cepat, serta lebih
praktikal dengan pengaplikasian atau penggunaan teknologi maklumat atau
komputer.
Penggunaannya yang mencakupi dalam pelbagai bidang antaranya
dalam bidang perniagaan, institusi kewangan, industri, pendidikan,
pentadbiran dan lain-lain bidang lagi telah merealisasikan hasrat untuk
memajukansesebuah negara. Hakikatnya kini, komputer telah menjadi nadi
dan tulang belakang masyarakat hari ini. Apa jua bidang,pengkomputeran
telah banyak mengambil-alih tugas manusia. Ia bukan sahaja dapat
membantu dalam pengiraan, menyimpan maklumat, mengesan sesuatu
malah dalam membuat keputusan untuk meningkatkan keberkesanan dan
produktiviti.
Maka jelaslah dikatakan bahawa kini penggunaan komputer telah
meluas dipraktikkan dan digunakan. Bersesuaian dengan dunia globalisasi
dan tanpa sempadan, komputer merupakan mesin maklumat dalam
masyarakat kini dan juga merupakan nadi penggerak semua jentera
pentadbiran dalam apa juga bidang.