Anda di halaman 1dari 2

Pasukan Kadet Remaja Sekolah,

Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson,


Ipoh, Perak.

Tarikh : 12 Mei 2009

Encik Zainal Hj. Umar.

Penolong Kokurikulum,
Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson,
Ipoh, Perak.

Tuan,

PELEPASAN PELAJAR MENJALANI LATIHAN KAWAT KAKI

Sehubungan dengan perkara di atas, Pasukan Kadet Remaja Sekolah Sekolah Menengah
Kebangsaan Anderson Ipoh ingin memohon kebenaran pelepasan pelajar bagi menjalani latihan
kawat kaki.

2. Hal ini kerana, kami telah kesuntukan masa untuk menjalani latihan kawad kaki yang tinggal
hanya sehari sebelum hari pertandingan. Persediaan yang lebih diperlukan untuk menghadapi
Pertandingan Kawad Kaki Negeri Perak yang akan diadakan pada hari Khamis ini iaitu 14 Mei
2009.

3. Ianya disebabkan factor cuaca yang sering kali hujan di hari sebelumnya. Selain itu,
kebanyakkan ahli kami menyertai Kem Biro Tatanegara (BTN) dan perlawanan kriket.

4. Ibu bapa para pelajar yang terlibat telah pihak kami maklumkan.

5. Kerjasama daripada pihak tuan amat kami harapkan bagi menjayakan hasrat kami yang juga
hasrat sekolah serta daerah Kinta Utara bagi memenangi pertandingan kawad kaki. Dengan
latihan yang dijalankan, kami akan sedaya upaya untuk melakukan yang terbaik bagi
mengharumkan nama SMK Anderson yang kami cintai.
Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu diucapkan

Sekian, terima kasih.

“USAHA HINGGA JAYA”

Saya yang menjalankan tugas,

…………………………………..
(LEFT. MUDA(KRS) SYAZUL IDZWAN BIN ADNAN)
Guru Penasihat,
Pasukan Kadet Remaja Sekolah,
Sekolah Menengah Kebangsaan Anderson,
Ipoh, Perak.

Sarapan
Kelengkapan pakaian mkn
Mk bpk dh mklum p
Sesi ptg mk bpk xdpt hantar

Cuaca
Kem btn kriket

Anda mungkin juga menyukai