Anda di halaman 1dari 16

Kesahan (validity) dan Kebolehpercayaan (reliability)

Kesahan (validity) dan kebolehpercayaan (reliability) instrumen amat penting bagi


mempertahankan kejituan instrumen daripada terdedah kepada kecacatan. Semakin tinggi
nilai dan tahap kesahan dan kebolehpercayaan instrumen maka semakin jitu data-data
yang akan diperoleh bagi menghasilkan kajian yang baik dan berkualiti.

1. Kesahan Instrumen Soal Selidik (Kuantitatif).


Kesahan didefinisikan sebagai ketepatan (appropriateness), kebenaran (truthfulness),
bermakna (meaningfulness) dan kebolehgunaan (usefulness) instrumen yang
membolehkan data-data diinferenkan. Kesahan juga bermaksud ; persetujuan antara dua
percubaan untuk mengukur trait yang sama secara maksimum dengan kaedah yang
berlainan. Biasanya bagi instrumen soal selidik, seseorang penyelidik akan menggunakan
teknik Criterion Related Evidence untuk mengumpulkan bukti (collecting evidence)
terhadap kesahan instrumen melalui sekumpulan pakar rujuk (expert judgment). Dengan
itu penyelidik akan melantik beberapa orang pakar untuk mengesahkan instrumen kajian.

2. Kesahan Instrumen Temu Bual Dan Pemerhatian (Kualitatif)


Bagi kajian penyelidikan yang menggunakan pendekatan kualitatif melalui temu bual,
pemerhatian dan dokumen dalam usaha pengkaji untuk mengumpulkan sebanyak
mungkin maklumat atau data, penggunaan teknik triangulasi itu sendiri telah dapat
memperkukuhkan kesahan kajian. Penggunaan teknik triangulasi (soal selidik, temu bual
dan pemerhatian) yang digunakan secara serentak dalam sesuatu kajian hendaklah dibuat
dalam bentuk equivalent form (kriteria dan konstruk item yang sama dalam pelbagai jenis
instrumen).
Penggunaan teknik triangulasi seperti pungutan data-data yang diperoleh melalui sumber
dokumen bukan sahaja boleh menyokong dan menambahkan bukti daripada pelbagai

sumber lain, tetapi juga menolong mengesahkan maklumat yang didapati daripada temu
bual dan pemerhatian. Keesahan dalam kajian berbentuk kualitatif (penggunaan temu
bual, pemerhatian dan dokumen sebagai instrumentasi) tidak hanya tertumpu kepada hasil
kajian tetapi keseluruhan proses penyelidikan.
Bagi seseorang penyelidik yang menggunakan kaedah survey, maka kesahan dalaman
(internal validity) dan kesahan criteria (criteria validity) digunakan serentak bagi maksud
membuat kesalahan kepada instrumen temu bual. Kesahan dalaman dilihat daripada
aspek manipulatif kawalan dalam hubungan variabel-variabelnya. Dengan itu, teknik
morale ballot dan cross-checking digunakan kedua-duanya serentak bagi
memperkukuhkan nilai kesahan terhadap data, khususnya dalam temu bual. Atas saranan
ini, biasanya penyelidik akan menggunakan dua orang informan (seorang lelaki dan
seorang wanita) bagi setiap kajian bagi tujuan temu bual.
Manakala kesahan kriteria dalam temu bual dicapai melalui menemu bual individu yang
benar-benar memiliki pengetahuan dan maklumat terhadap bidang kajian pengkaji.
Biasanya bagi tujuan ini pula, penyelidik akan menemu bual beberapa orang informan
dalam lokasi kajian yang berlainan asalkan sama ciri dan sifatnya. Manakala kesahan
dalam pemerhatian dibuat melalui teknik kesahan konstruk (construct validity) iaitu
dengan cara mengkategorikan peristiwa-peristiwa yang diperhatikan kepada beberapa
kelompok (clusters) bagi variabel yang dikehendaki, kemudian membandingkan
pemerhatian yang lalu dengan pemerhatian sekarang.

Tujuan penyelidik membuat kesahan instrumen adalah bagi menjamin keesahan


item-item (instrumen) agar bersifat ;
i. Defensibility (dapat dipertahankan hasil kajiannya tepat dan berguna)
ii. Accuracy (ketepatan menjawab persoalan kajian)

iii. Appropriatetness (kesesuaian relevan dengan tujuan kajian)


iv. Meaningfulness (bererti memberi makna terhadap data melalui skor)
v. Usefulness (kebolehgunaan mampu membuat keputusan berhubung dengan apa yang
cuba dicari atau dihasilkan kerana keputusan dari penilaian tersebut boleh menyediakan
maklumat yang bermakna mengenai tajuk dan pembolehubah yang hendak diukur untuk
menginferenkan data kajian).
Penjelasan Hubungan Antara Kebolehpercayaan dan Kesahan.

Kesahan:
Yap Yee Keong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu Bakar(1985) telah dipetik berkata suatu
ujian itu dikatakan sah jika ia mengukur semua yang hendak diukur dan tidak lain
daripada itu
Tan Hui Leng, Ee Ah Meng (!996) telah dipetik berkata kesahan merujuk kepada takat
sesuatu ujian dapat memenuhi tujuannya
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) telah dipetik berkata kesahan menunjukkan
kepada setakat mana sesuatu ujian dapat memenuhi tujuan menguji.
Berdasarkan pernyataan di atas, dapat dinyatakan bahawa kesahan dalam ujian adalah
merujuk kepada kualiti ujian yang betul-betul mengukur dan menilai dengan tepat sesuatu
yang hendak diukur. Ianya dikatakan sah kerana ia dapat menjamin bahawa ujian itu
benar-benar menguji perkara-perkara yang harus diuji dan tidak lebih dari itu.
Kebolehpercayaan :

Yap Yee Keong, Wan Chwee Seng, Ismail Abu Bakar(1985) telah dipetik berkata satu
lagi cirri penting dalam menentukan sama ada sesuatu ujian itu baik atau tidak ialah
keutuhannya. Jika ciri kesahan menekankan apa yang hendak diukur, keutuhan pula
mementingkan ketepatan atau kejituan ukuran yang dibuat.
Azizi Ahmad, Mohd Ishak Awang (2008) telah dipetik berkata kebolehpercayaan boleh
merujuk kepada ciri skor berhubung dengan ketepatan dan ketekalan skoran bagi
menggambarkan prestasi calon dalam perkara yang diuji.
Mok Soon Sang (2009) telah dipetik berkata ciri kebolehpercayaan sesuatu ujian
merujuk kepada pencapaian calon adalah tekal apabila dia mengambil ujian itu beberapa
kali dalam satu jangka masa.
Lee Shok Mee, Mok Soon Sang (1989) dan Tan Hui Leng, Ee Ah Meng (!996)
menyatakan bahawa kebolehpercayaan merujuk kepada ketekalan ujian yangdibuat
berulang kali.
Berdasarkan pernyataan di atas, dapat difahami bahawa kebolehpercayaan adalah sesuatu
ujian yang tekal. Ianya dapat mengukur ujian setelah dilaksanakan berulang kali dalam
suatu tempoh masa yang berbeza.
Ciri-ciri ujian yang baik adalah ujian yang mempunyai kesahan dan juga
kebolehpercayaan dalam sesebuah soalan. Ianya diperjelaskan seperti di bawah :
1) UJIAN YANG SAH DAN BOLEH DIPERCAYAI ADALAH UJIAN YANG HANYA
MENGUKUR APA YANG SEBENAR-BENARNYA INGIN DIUKUR DAN SETELAH
DILAKSANAKAN UJIAN ITU BEBERAPA KALI, SKOR MURID DALAM UJIAN
TERSEBUT ADALAH SAMA ATAU HAMPIR SAMA DALAM SETIAP UJIAN.
UJIAN INI MERUPAKAN UJIAN YANG TERBAIK KERANA MENEPATI DARI
ASPEK KESAHAN DAN KEBOLEHPERCAYAAN.

2) UJIAN YANG SAH TETAPI TIDAK BOLEH DIPERCAYAI ADALAH UJIAN YANG
MENGUKUR APA YANG SEBENAR-BENARNYA INGIN DIUKUR. NAMUN,
SETELAH DILAKSANAKAN UJIAN ITU BEBERAPA KALI, SKOR MURID
DALAM SETIAP UJIAN ITU AMAT BERBEZA. HAL INI DIPENGARUHI OLEH
FAKTOR

EMOSI,

TEMPAT

UJIAN,

SUASANA

PERSEKITARAN

DAN

SEBAGAINYA. UJIAN INI MASIH MERUPAKAN UJIAN YANG BAIK DAN


BOLEH DIGUNA PAKAI. GURU PERLU MEMASTIKAN FAKTOR-FAKTOR YANG
MENJADI PUNCA BERLAKUNYA KETIDAK BOLEH PERCAYAAN UJIAN INI
DIKENALPASTI DAN DIATASI.
3) UJIAN YANG TIDAK SAH TETAPI BOLEH DIPERCAYAI ADALAH UJIAN YANG
TIDAK MENGUKUR APA YANG SEPATUTNYA DIUKUR. NAMUN, SETELAH
UJIAN ITU DILAKSANAKAN BEBERAPA KALI, SKOR MURID DALAM SETIAP
UJIAN ADALAH TETAP ATAUPUN HAMPIR SAMA. UJIAN INI MERUPAKAN
UJIAN YANG TIDAK SAH DAN TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK
MENDAPATKAN SKOR DAN MAKLUM BALAS PEMBELAJARAN MURID
KERANA IANYA TIDAK MENGUKUR ASPEK YANG PERLU DIUKUR.
4) UJIAN YANG TIDAK SAH DAN TIDAK BOLEH DIPERCAYAI ADALAH UJIAN
YANG TIDAK MENGUKUR APA YANG HENDAK DIUKUR DAN SKOR MURID
DALAM UJIAN YANG DILAKUKAN BERULANG KALI ADALAH TIDAK TEKAL.
UJIAN INI ADALAH UJIAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNAPAKAI. SKOR DARI
UJIAN INI JUGA TIDAK BOLEH DIGUNAKAN UNTUK MENDAPATKAN
MAKLUM BALAS PEMBELAJARAN MURID KERANA IANYA ADALAH TIDAK
JITU DAN MURID TIDAK DIUJI DENGAN PERKARA-PERKARA YANG
DIPELAJARI.
Pernyataan Masalah
Labels: Penyelidikan dan inovasi , Rekabentuk dan teori pengajaran , Sekolah Malaysia

Pernyataan masalah amat penting dalam penyelidikan yang dijalankan. Pernyataan

masalah merupakan isu/ masalah yang ingin dikaji dalam penyelidikan. Selalunya
pensyarah akan menyoal mengapa hendak menjalankan kajian berkenaan. Penyelidik
tentunya telah bersedia untuk mempertahankan isu/masalah yang ingin dikaji. Justeru itu,
penyelidik perlu boleh menerangkan secara mendalam mengapa kajian berkenaan perlu
dijalankan.
Pernyataan masalah diperoleh melalui pembacaan, pemerhatian dan temu bual yang
dijalankan. Selain itu, ia juga boleh diperoleh melalui penelitian dokumen dan soal
selidik. Bagaimana menyampaikan pernyataan masalah dalam penulisan? Berikut
diterangkan cara menyampaikan pernyataan masalah untuk tajuk Pelaksanaan Inkuiri
Penemuan dalam Pendidikan Sains. Ia merupakan suatu penyelidikan berbentuk kajian
tinjauan.
Pertama: Penyelidik perlu menerangkan konsep-konsep yang digunakan dalam kontek
penyelidikan yang dijalankan bukannya secara umum.
Kedua : Selepas itu, penyelidik menerangkan berkaitan kajian-kajian lepas yang
mendapati bahawa isu/ masalah yang ingin dikaji mempunyai kepentingan dan kelebihan
kepada pengguna/pelajar/guru/pentadbir/organisasi dan sebagainya. Penyelidik perlu
menyertakan sebanyak yang mampu kajian-kajian dalam dan luar negara yang berkaitan.

Ketiga : Penyelidik perlu menerangkan senario pada ketika ini berkaitan isu/masalah
yang ingin dikaji. Nyatakan kelemahan/ masalah/ kekangan yang dihadapi dan ia
memerlukan penyelesaian melalui penyelidikan yang dijalankan.
Keempat : Penyelidik perlu menghubung kaitkan kepentingan dan kelebihan dengan
senario yang dibincangkan untuk mengatasi isu/masalah yang dihadapi. Di sini lah kita
perlu menjawab soalan, so what???. Maksudnya apa yang diperoleh dari penyelidikan
yang dijalankan. Ia mestilah sesuatu yang boleh menghasilkan kejayaan selepas kajian
dilaksanakan.
Kelima : Bahagian ini merupakan rumusan penyelidik keatas hujah-hujah yang
disampaikan. Penyelidik perlu menerangkan kenapa kajian berkenaan amat penting
dijalankan dari perspektif penyelidik.
a. Isu keprihatinan/ Fokus Kajian
Kenal pasti dan nyatakan isu / masalah sebenar.
Menghuraikan isu/ masalah berkenaan.
Rumuskan masalah yang telah di kenal pasti senaraikan.
b. Tinjauan masalah
Tujuannya ialah supaya masalah yang di kenal pasti dapat dibuktikan melalui kaedah
saintifik (penyelidikan alat kajian- analisis).
Nyatakan alat-alat kajian yang digunakan untuk mengenal pasti isu/ masalah.

Paparkan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan


Terangkan sebab menggunakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) berkenaan
Terangkan bagaimana menggunakan alat-alat kajian berkenaan iaitu terangkan
cara pelaksanaannya sehingga mendapat data yang diperlukan (langkah-langkah)
c. Analisis masalah
Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat-alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv)
Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh
Buat kesimpulan setiap satu hasil/dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus
kajian/ isu keprihatinan).
Pastikan dapatan/hasil menerangkan isu/masalah yang dinyatakan.
Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil)- Rumusan
penyelidik.

OBJEKTIF KAJIAN/ SOALAN KAJIAN


Tentukan objektif umum kajian ( seperti tujuan kajian)
Tentukan objektif khusus kajian (seperti objektif kajian)
Kedua-dua merujuk kepada masalah/ isu yang telah dikenal pasti dan telah
dibuktikan dengan kaedah saintifik/ alat kajian.
Objektif hendaklah berkaitan dengan tindakan/intervensi (strategi, kaedah, teknik,
pendekatan,aktiviti, program)
Objektif hendaklah boleh diukur dengan menggunakan alat-alat kajian yang
dipilih (Lihat alat kajian yang digunakan).
Gunakan perkataan peningkatan, perkembangan, mengubah sikap pelajar,
menghasilkan penulisan.
KUMPULAN SASARAN
Memerihalkan ciri-ciri responden secara terperinci semua perkara berikut: bilangan,
jantina, nama kelas/jawatan, prestasi akademik, ciri-ciri unik yang lain.
PELAKSANAAN KAJIAN
1. Perancangan langkah-langkah tindakan
2. Perancangan cara mengumpul data
3. Perancangan cara menganalisis data
Perancangan langkah-langkah tindakan
Menyatakan pendekatan/ program/ aktiviti/kaedah/ teknik yang digunakan.
Terangkan cara pelaksanaan setiap satu secara terperinci.
Terangkan secara berperingkat-peringkat/ langkah-langkah /proses menjalankan
aktiviti/ kaedah/teknik berkenaan.
Nyatakan bahan/ alat/ BBB/BBM yang digunakan ketika melaksanakan tindakan/

intervensi.
Perancangan cara mengumpul data
Menyatakan alat-alat kajian ( i,ii, iii,iv) yang digunakan.
Menerangkan setiap satu cara mengumpul data-data kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
Lebih baik- alat kajian yang digunakan lebih daripada 1 supaya boleh membuat
triangulasi.
Terangkan bagaimana setiap satu alat kajian digunakan untuk mendapatkan data.
Jangan lupa rujuk semula objektif kajian dan masalah kajian
Perancangan cara menganalisis data
Menerangkan setiap satu cara menganalisis alat kajian berkenaan ( i,ii, iii,iv).
(Terangkan bagaimana menganalisis dan menggunakan kaedah apa).
Nyatakan setiap satu hasil analisis/ dapatan yang diperoleh pemerhatian, analisis
dokumen, temu bual, soal selidik dll.
Buat kesimpulan setiap satu dapatan kajian (Rujuk balik kepada fokus kajian/ isu
keprihatinan).
Buat refleksi ke atas kesimpulan yang diperoleh (kesemua hasil) Rumusan
penyelidik
*Tidak perlu ada dalam proposal penyelidikan
PERANCANGAN PELAKSANAAN TINDAKAN
a. JADUAL PELAKSANAAN KT
Paparkan jadual pelaksanaan menjalankan penyelidikan tindakan.
i. Jadual (Bil, aktiviti, tarikh)
ii. Mengenal pasti masalah dan pengumpulan data tinjauan awal 5 hari
iii. Menentukan Objektif/ soalan kajian 1 hari
iv. Merancang tindakan 3 hari
v. Melaksanakan tindakan 8 hari
vi. Menganalisis tindakan 2 hari
vii. Membuat refleksi 1 hari
viii. Menulis laporan kajian 10 hari
ix. Pembentangan dapatan kajian 2 hari
b. KOS KAJIAN
Sediakan dalam bentuk jadual:
Bil. ,Harga se unit, Bilangan unit, Jumlah harga,Jumlah keseluruhan
Pengangkutan (Jika perlu)
Senaraikan semua bahan yang di gunakan dalam kajian.
TINJAUAN LITERATUR
Menerangkan konsep yang digunakan, teori, model, program yang berkaitan
dengan soalan-soalan/ objektif kajian

Menghuraikan kajian lepas yang berkaitan dengan soalan/ objektif kajian


Nyatakan : nama penulis, tahun, tempat kajian, bentuk kajian, sampel kajian, alat
kajian, kaedah analisis dan dapatan kajian
Senaraikan sekurang-kurangnya 5 kajian lepas yang berkaitan dengan kajian yang
dijalankan (tepat)
PENULISAN RUJUKAN
Sila rujuk cara menulis mengikut sistem APA
Jurnal
Buku
Buku dalam buku
Topik dalam buku
ERIC document
Jurnal online
Online/ Web site/page
Tesis
Report
Seminar/ prosiding

INSTRUMENTASI DALAM PENYELIDIKAN (QUESTIONNAIRE


CONSTRUCTION FOR PREUNIVERSITY RESEARCH)
Setelah menyiapkan draf bab pengenalan dan bab tinjauan bacaan, penyelidik seharusnya
telah menetapkan masalah penyelidikan dengan sokongan input ilmu pengetahuan dalam
bidang penyelidikan yang hendak diperoleh datanya. Langkah seterusnya ialah memilih
kaedah penyelidikan yang boleh membantu pengumpulan data bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah disejajarkan sejak pemilihan tajuk lagi. Seperti yang dipersetujui,
setelah mengambil kira kawalan sumber dalam kalangan pelajar prauniversiti, hanya
kaedah tinjauan dengan sampel bukan rawak bertujuan digunakan.
Sehubungan itu, pelajar prauniversiti dikehendaki mentadbirkan item soal selidik yang
telah disejajarkan dengan masalah penyelidikan dan input ilmu pengetahuan tadi sekali
sahaja dengan sasaran untuk mencapai kadar pengembalian 100%. Perbincangan kali ini
bukan sahaja bertujuan menyediakan item soal selidik yang mencukupi dan sejajar,
bahkan memberi penekanan terhadap soal etika supaya kelak tidak berbangkit sebarang
isu yang boleh memudaratkan mana-mana pihak, terutama penyelidik dan sampel.
Dengan itu penyelidik hendaklah memastikan bahawa identiti sampel tidak didedahkan
dalam laporan penyelidikan, di samping mendapatkan persetujuan berpengetahuan
(informed consent) responden.
Konsep Instrumentasi

Instrumen ialah alat untuk mengumpul data yang dikehendaki bagi menjawab soalan
penyelidikan yang telah ditetapkan. Maka, instrumentasi ialah proses menyediakan alat
mengumpul data. Hakikat bahawa pemikiran sebenar seseorang manusia bersifat rahsia,
serta sering tersembunyi di "sebalik topeng", maka diandaikan bahawa tingkah laku
sebagai mewakili pemikiran. Tingkah laku sampel diukur menerusi pentadbiran alat
penyelidikan yang dipilih.
Konsep Kaedah Tinjauan
Definisi: proses mendapatkan maklumat secara sepintas lalu menerusi sekali sahaja
kutipan data.
Analogi: umpama foto, menjelaskan situasi pada masa gambar ditangkap.
Andaian:
Pola tingkah laku masyarakat sukar berubah secara mendadak, sebaliknya cenderung
dipengaruhi kehendak masyarakat ketika itu.
Tatacara:
Penyelidik menyediakan alat untuk ditadbirkan supaya sampel mengisi maklumat yang
sejajar dengan soalan penyelidikan. Data yang diperoleh akan diproses berdasarkan
kaedah analisis yang telah dirancang oleh penyelidik. Walaupun teknologi
memungkinkan soal selidik ditadbirkan secara dalam talian (online), mesej pesanan
ringkas (SMS) atau mesin faksimili, pelajar prauniversiti dikehendaki menggunakan
kaedah klasik, iaitu menggunakan kertas-pensil bagi mengisi set soal selidik yang
diedarkan.
Pentadbiran:
Penyelidik muda prauniversiti memilih sampel --> edar set soal selidik yang sama -->
kutip semula 100% --> analisis data

Kelebihan Kaedah Tinjauan Soal Selidik


1 Proses memungut data yang cepat, digemari dan mudah untuk ditadbirkan
2 Penyelidik boleh memilih saiz sampel yang besar
3 Keupayaan generalisasi terhadap saiz populasi lebih besar, berkesan dan tepat

4 Fleksibiliti dari segi item soal selidik


Kekurangan Kaedah Tinjauan Soal Selidik
1 Cara sampel memahami item soal selidik mungkin berbeza, bergantung kepada latar
belakang pendidikan dan pengalaman
2 Item yang ditadbirkan tidak boleh diubah suai semasa pentadbiran penyelidikan
sedang berjalan
3 Kesahan item diragui justeru sampel mungkin memberi jawapan berpandukan tingkah
laku yang sampel suka, bukan tingkah laku sampel yang sebenar.
Tatacara membina item soal selidik
Soal selidik ialah alat mengutip data menerusi kaedah tinjauan, serta ditadbirkan sekali
sahaja. Pembinaan item soal selidik hendaklah sejajar dengan tajuk penyelidikan,
masalah penyelidikan, soalan penyelidikan dan tinjauan bacaan. Penyelidik boleh
mendapatkan kebenaran untuk menggunakan set soal selidik yang pernah digunakan oleh
penyelidik lain, mengubah suai instrumen berkenaan, atau membina sendiri item soal
selidik itu. Jumlah item dalam set soal selidik mestilah tidak membebankan sampel untuk
memberi jawapan, serta tidak membebankan penyelidik apabila tiba masa analisis data.
Format Soal Selidik:
1 Surat makluman - dijadikan muka surat hadapan.
Masukkan butiran nama dan alamat e-mel penyelidik; organisasi penyelidik (tempat
kerja, tempat belajar) harapan penyelidik seperti "menjawab dengan suci hati. Selain itu,
nyatakan dengan ringkas bahawa "penyelidikan ini adalah sulit" dan berkonsep tanpa
identiti sampel. Surat hendaklah ringkas, serta menggunakan format rasmi.
2 Latar belakang / profil sampel / responden
bersangkutan maklumat yang diperlukan sahaja --> agama, jantina, lokasi rumah, dan
lain-lain
3

Bahagian item soal selidik

Disusun secara rawak supaya sampel tidak boleh belajar, atau cuba menetapkan pola
jawapan. Sebaik-baiknya sistem penomboran item bermula daripada profil sampel
mengikut ertib. Jangan lupa bahawa kesejajaran item dengan bab 1 dan 2 sentiasa dibuat
semakan.

Akhiri soal selidik dengan catatan "terima kasih".


Bentuk Item Soal Selidik Respons Tertutup * / Aneka Pilihan (closed-ended questions)
1 Binari: Adakah anda memiliki buku teks ekonomi?

Ya / Tidak

2 Skala Likert (empat mata): Buku teks wajib dimiliki setiap pelajar.
Setuju / Tidak Setuju / Tidak pasti

Amat setuju /

: Adakah anda kerap merujuk buku teks?


kadang-kadang / tidak pernah / tidak pasti

sentiasa /

: Adakah tahap persembahan buku teks anda? amat


baik / baik / sederhana / lemah
3 Thurston: Nyatakan sumber pemilikan buku teks anda.
A. Beli sendiri buku teks baharu
B. Beli buku teks terpakai
C. Pinjam buku kawan
D. Tiada pemilikan
Penyelidik muda prauniversiti digalakkan menggunakan skala Likert empat mata.
* dipilih bagi mewujudkan keseragaman jawapan / memudahkan proses analisis data
Ciri-ciri item soal selidik yang baik
1 Bersesuaian dengan latar belakang dan kesediaan responden (sampel). Item dibina
dengan
jelas, teliti dan tidak berat sebelah.
2 Ruang pilihan jawapan memadai dan jelas. Arahan bulatkan, X atau / mestilah juga
jelas.
3 Telah melepasi senarai semak penyelidik, contohnya:
a) Adakah item yang dibina sejajar dengan tajuk penyelidikan?
b) Adakah item yang dibina dapat memberikan data tentang masalah penyelidikan?

c) Adakah item yang dibina menepati objektif penyelidikan?


d) Adakah item yang dibina sejajar dengan soalan penyelidikan / hipotesis
penyelidikan?
e) Adakah item yang dibina merujuk kepada maklumat dalam tinjauan bacaan?
f) Adakah item yang dibina sejajar dengan jenis data yang hendak dikutip?
g) Adakah item yang dibina telah diklasifikasikan dalam jadual perincian ciri
pemboleh ubah?
h) Adakah laras ayat dan bahasa yang digunakan telah diuji (dalam kajian rintis)?
i) Adakah item yang dibina telah dibincangkan dengan pakar / penyelia / guru
akademik tingkatan 6?
j) Adakah perkara ketanpanamaan (anonymity) telah dijamin?
k) Adakah soalan profil / latar belakang responden diasingkan dalam kategori yang
berbeza dengan item soal selidik utama?
Perkara Yang Mesti Dielakkan
1 Item soalan yang mengaibkan sampel / membebankan / memudaratkan
2
Item soalan mendedahkan sampel kepada pelbagai risiko: ancaman terhadap
pekerjaan, rumah tangga
3 Soalan dua beban (double-barreled): adakah anda memiliki buku teks dan buku
rujukan?
4

Soalan panjang lebar, iaitu memasukkan ayat penjelasan dan soalan yang berjela-jela.
(short items are best)

Contoh Jadual Persediaan Pembinaan Item Soal Selidik


(format matrik)
Bulatkan pilihan jawapan anda berdasarkan skala:

4 = amat setuju
3 = setuju
2 = tidak setuju
1 = tidak pasti

Bil Item (berdasarkan maklumat tinjauan bacaan)

Skala

1
Buku teks ialah rujukan utama pembelajaran
Buku teks merangkumi semua kehendak sukatan pelajaran
Format buku teks menarik minat pelajar
Fakta buku teks sentiasa relevan dengan perubahan masa
Guru sentiasa mengingatkan rujukan buku teks
peperiksaan digubal berdasarkan buku teks

1
4

4
4

3
2
Soalan

3
2

dan item seterusnya...


Semakan Klasifikasi Item
Fakta Tinjauan Bacaan
Fungsi / kegunaan buku teks
Masalah pemilikan / pinjaman buku teks
Minat pelajar terhadap buku teks

Jumlah Item
6

Nombor Soalan
1, 6, 13, 18, 22, 26

6
6

2, 7, 14, 19, 23, 27


3, 9, 16, 21, 25, 29

dan seterusnya...
Penutup: Sebelum item soal selidik dimuktamadkan untuk pentadbiran penyelidikan
Semak beberapa kali untuk proses penambahbaikan item. Penyelidik boleh meminta
pendapat rakan penyelidik yang lain (peer review), atau bertanyakan individu-individu
yang mempunyai latar belakang yang serupa dengan bakal sampel / responden. Cara ini
dikira sudah memadai bagi penyelidik muda prauniversiti menggantikan kajian rintis
yang biasa dilakukan dalam penyelidikan tinjauan skala besar.

Kaedah-Kaedah Untuk Pemerolehan Data


i) Pemerhatian
Kaedah pemerhatian boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu melibatkan diri atau tidak
melibatkan diri. Pemerhatian yang melibatkan diri memerlukan penglibatan penyelidik
dalam aktiviti kumpulan kajian secara langsung. Mungkin identiti dan tujuan sebenar
tidak diketahui oleh kumpulan kajian. Kaedah pemerhatian yang tidak melibatkan diri,
penyelidik tidak mengambil bahagian dalam aktiviti kumpulan kajian tetapi memerhati
pergerakkan meraka dari jauh dan kumpulan kajian tidak kenal atau mengetahi
kewujudan penyelidik.

Kebaikan Kaedah Pemerhatian


1. Kajian adalah dalam keadaan yang semulajadi dan tiada unsure lakonan.
2. Penyelidik mempunyai masa yang lebih panjang berbanding dengan kaedah soalselidik.
3. Penyelidik boleh membuat pemerhatian ke atas kelakuan non-verbal seperti
pergerakkan anggota badan dan air muka.
Keburukkan Kaedah Pemerhatian
1. Data-data yang diperolehi kadang-kala sukar untuk diukur dengan angka.
2. Populasi yang mampu diperhatikan terhad dan menyebabkan sample kecil.
3. Jika sample pemcerapan tidak besar, maka perlu melakukan generalisasi.
4. Jika kumpulan kajian mengetahui kehadiran penyelidik, maka meraka akan menjadi
kurang selesa dan mungkin berlaku lakonan.
ii) Soal-Selidik
Menurut Kemmis dan McTaggart, 1988, soal selidik ialah soalan bertulis yang
memerlukan respon. Kaedah soal-selidik merupakan kaedah yang paling biasa digunakan
oleh para penyelidik (Elliot, 1978b; Walker, 1985; Hook, 1985). Kumpulan kajian akan
diberikan satu borang soal-selidik dan diminta menjawab kesemua soalan dengan jujur
dan ikhlas.
Data-data dari borang soal-selidik adalah senang diurus kerana jawapan telah disediakan.
Oleh itu, jawapan perlulah senang difahami dan jelas.
Walau bagaimanapun, kaedah ini mempunyai keburukan iaitu:
1. Adalah sukar untuk menyediakan satu soal-selidik yang mengandungi soalan yang baik
2. Proses analisis mengambil masa yang panjang.
3. Sesetengah responden tidak menjawab dengan jujur.
iii) Temubual
Temubual merupakan salah satu cara yang berkesan untuk mendapatkan data. Kaedah
temubual adalah lebih kurang sama dengan kaedah soal-selidik tetapi temubual
melibatkan interaksi bersemuka antara individu. Kaedah ini mempunyai lebih banyak
kebaikan jika berbanding dengan kaedah soal-selidik kerana penyelidik boleh
memerhatikan responden. Selain itu, penyelidik mempunyai peluang untuk mendalami
atau memperoleho lebiih banyak data atau maklumat. Kaedah ini boleh dibahagiakan
kepada tiga jenis iaitu temubual tersusun, temubual separa susun dan temubual tak
tersusun. Temubual tersusun ialah temubual yang telah disediakan senarai soalan.
Temubual separa susun pula mempunyai soalan tambahan selain daripada senarai soalan
yang ditetapkan. Manakala temubual taktersusun ialah penanyaan soalan yang berlaian
dan rawak, bergantung kepada penyelidik.
Menganalisis Data Kajian Tindakan
Hopkins (1985) telah menyenaraikan empat peringkat dalam analisis data:
i) Pengumpulan data
ii) Pengesahan
iii) Pentafsiran
iv) Tindakan
Panduan untuk Penganalisaan Data

Peringkat pertama: Pemprosesan data


Setelah data-data dikumpul, ia perlu disusun mengikut kumpulan atau kategori supaya
senang dianalisiskan. Pastikan setiap kategori mempunyai perbezaan yang nyata. Bagi
menyenangkan proses analisi, penyelidik boleh menggunakan kaedah koding di mana
kategori 1 dikodkan dengan 1, kategori 2 dikodkan dengan 2 dan seterusnya.
Peringkat kedua: Memetakan data dengan memaparkan frekensi setiap kategori
Setelah kesemua data disusun, penyelidik perlu menggunakan keadah jadual untuk
mempersembahkan data-data yang diperolehinya. Dengan menggunakan jadual, taburan
setiap kategori akan menjadi lebih jelas.
Peringkat ketiga: Pentaksiran data/Pembinaan Model
Pentaksiran data boleh dilakukan selepas data-data dipersembahakan dalam bentuk
jadual. Pentaksiran boleh dari segi tersurat atau tersirat. Selain itu, penyelidik boleh
membuat kaitan antara kategori-kategori kajiannya dengan teori-teori serta membina
model berasakan teori. Usaha uini boleh dilakukan dengan bantuan perisian computer.
Peringkat keempat: Persembahan keputusan melaporkan kesimpulan
Peringkat yang terakhir ialah melaporkan keputusan dan kesimpulan yang diperolehi
daripada kajian. Pada akhir laporan, biasanya cadangan dan penambahbaikan
dikemukakan.
Reliabiliti dan Validiti
Segala keputusan dan kesimpulan perlulah dapat disokong oleh teori-teori tertentu.
Reliabiliti sesuatu kajian tindakan boleh ditentukan dengan melakukan kajian yang sama.
Reliabiliti adalah tinggi sekiranya keputusan kedua-dua kajian adalah hamper sama.
Selain itu, penyelidik juga boleh melakukan kajian kepustakaan untuk mendapatkan
laporan kajian yang telah dilakukan sebelumnya untuk membuat perbandingan
keputusan.
Validiti boleh ditentukan dengan melakukan triangulation. Triangulation ialah kaedah
yang mengumpulkan data daripada tiga pihak yang berlainan. Sebagai contoh, kajian
tindakan ke atas situasi pengajaran, triangulation ialah pengumpulan data daripada guru,
pelajar dan pemerhati iaitu tiga pihak yang berlainan. Tujuan utama triangulation ialah
untuk membanding keputusan ketiga-tiga pihak dan mengenalpasti konflik data. Selain
itu, kaedah triangulation juga boleh dilakukan untuk tujuan penambahbaikan.

Anda mungkin juga menyukai