Anda di halaman 1dari 11

Unit 7

Kemunculan
Tarekat
Tasawuf

Hasil Pembelajaran

Di akhir kursus ini pelajar dapat:


1.
2.
3.
4.
5.

1.1

Memahami sejarah tarekat tasawuf,


Memperjelassumbangan yang dilakukan oleh tokoh-tokoh sufi,
Menghuraiperanan ulamak dalam memperkukuhkan tasawuf,
Memperjelas hubungan antara ilmu fekah, tauhid dan tasawuf,
Menghurai faktor-faktor perbentukan ajaran tarekat.

Pengenalan

Ramai pengkaji memberi perhatian kepada perkembangan tarekat tasawuf, perhatian


ini bermula di Barat di kalangan para orientalis sebelum diceburi oleh para pengkaji
di kalangan sarjana Islam. Selepas pertengahan kurun ke sembilan belas masehi
didapati kajian John Brown mengenai darwisy (pengamal tarekat tasawuf) (London
1868) kemudian kajian berterusan sehingga ada di kalangan pengkaji menjadikan
tajuk Darwisy sebagai tajuk tesis Master di Universiti Amerika, Cairo
1925.1Disamping perhatian orientalis Nicholson dalam bidang ini, juga artikel louis
Massingnon dalam encyclopedia Islam, bahkan pada saat ini kajian masih berterusan
khususnya tarekat tasawuf di zaman sekarang.
Pengamal tasawuf pada peringkat awalnya hidup secara bersendirian, mereka tidak
disatukan oleh satu mazhab, tidak juga diikat oleh apa-apa ikatan 2 . Seorang Sufi
beramal mengikut satu cara hidup yang khas baginya, satu peraturan makan, minum,
solat, berjaga malam, puasa dan sifat zuhud. Tasawuf pada peringkat zuhud, belum
lagi menjadi sebuah cara atau satu mazhab yang tersusun, sehinggalah mereka
disatukan oleh rasa simpati dan matlamat yang sama. Lalu mereka berhimpun dan
menyusun kehidupan mereka menerusi satu system yang halus dan lengkap dengan
peraturan dan metodologi. Golongan Sufi tidak dikenali secara meluas kecuali pada
kurun ketiga haijri, iaitu selepas berita mengenai mereka tersebar dan mempunyai
1
2

George Swan. 1925. The Study of Darwishism. Cairo. Dalam al-Ajmi.2012:134.


Jabur Abd.Nur. Dalam al-Abdu. 2008:60

ramai peminat, seterusnya mereka tersebar di Negara-negara Islam. Kurun ketujuh


hijri adalah zaman keemasan tarekat tasawuf.3
Kemudian muncullah golongan yang dikenali sebagai jamaah Basriyyah kemudian
jamaah Kufiyyah, kedua-dua kumpulan ini berkembang di sempadan Iran, bersatu
dalam matlamat berbeza dalam beberapa aspek sperti, zikir, sama dan syatahat. Dua
golongan ini telah menyediakan jalan bagi memantapkan kedudukan para syaikh di
beberapa Bandar Islam, jadi setiap Bandar mempunyai ketua sebagai sumber keramat
dan perbincangan mengenai ilmu ladunni, mereka menumpukan masa dalam
beribadah, zuhud dan melatih para murid.4
Para pengkaji barat banyak melakukan kesilapan dari segi memberi gambaran umum
mengenai perkembangan tarekat, antara sebabnya ialah mereka tidak mahir dalam
bahasa Arab dan yang kedua mereka tidak merujuk kepada sumber tasawuf yang
muktamad. Seandainya mereka merujuk kepada kitab Kasyf al-Mahjub karangan alHujwiri( 465H) maka mereka akan mengenali perkembangan tarekat tasawuf pada
kurun ketiga hijri.
Adapun dalam pengajian Arab dan Islam, hampir-hampir kita tidak mendapati kajian
kecuali sedikit berkaitan dengan tarekat tasawuf, sebahagiannya menumpukan kepada
kajian di Mesir, sebahgaia yang lain di Al-Geria, secara umum perhatian ini juga
bermula agak lambat iaitu pada kurun ketujuh hijri.5
Tasawuf pada kurun ketiga hijri adalah satu fenomena yang yang unik berbanding
dengan aliran-aliran pemikiran dan etika yang lain ketika itu. Pemimpin mereka
menekankan pentingnya mengarahkan masyarakat ke arah kebaikan dan mendidik
mereka di jalan yang menghindarkan mereka daripada terpesong di lembah
kemewahan, sebagaimana mereka dihindarkan daripada terjerumus ke dalam debat
dan perbezaan mazhab yang tidak mendatagkan faedah. Para syaikh duduk dalam
majlis ilmu sementara dikelilingi oleh para murid. Majlis ilmu al-Junaid sama dengan
majlis ilmu al-Sirri al-Saqati, bahkan tersebar daripada majlis ilmu ini banyak
cawangan yang membawa ilmu ke banyak Negara-negara Islam, daripada madrasah
al-Saqati Musa al-Ansari (320H) menyebarkannya ke Mesir, sebagaimana Zaid alAdami (341H) menyebarkannya ke semenanjung tanah Arab6.
Pada ketika itu para syaikh tasawuf mula memmbukukan pendapat mereka dalam
bidang adab dan akhlak dengan mengikat aliran mereka dengan dalil al-Quraan dan
hadis. Dalam keadaan ini mereka mentakrifkan istilah tariq dan tareqah sebagai dua
istilah yang mempunyai satu makna iaitu seorang mengambil satu jalan untuk
menyucikan jiwanya, menghaluskan persaannya sehingga ke peringkat Ihsan,
sehingga mereka nampak Allah dalam setiap perbuatan kerana mereka sedar yang
Allah melihat mereka dalam setiap perbuatan. Oleh sebab itu terdapat dalam
ungkapan mereka yang jalan mereka terikat dengan Quran dan sunnah dan semua
jalan adalah tertutup kecuali jalan yang berpandukan dengan cahaya al-Quran dan
3

al-Najjar.1978.al-Turuq al-Sufiyyah Fi Misr. Dalam al-Abd. 2008:60


al-Abd.2008:60
5sebagai contoh kajian tarekat tasawuf di Mesir pada kurun ketujuh hijri, tesis Master oleh Amir
al-Najjar, Dar al-Ulum 1977. Tesis Master oleh Jafar Sadiq Suhail bertajuk Abdul Kadir al-Kilani
Wa Mazhabuh al-Sufi, Dar al-Ulum 1976. Dalam al-Abd.2008:137.
6 Al-Sulami. 1953:354 dalam al-Ajmi.2012:139
4

petunjuk nabi, maka erti tariq dan tariqah sama dengan erti tingkatan di kalangan
mereka yang mana mereka mesti lalui sehingga mereka membebaskan jiwa daripada
ikatan-ikatan. Perkara ini kita dapati dengan jelas dalam kitab Abi Said al-Kharraz
(279H) al-Tariq Ila Allahdimana beliau menerangkan makam ikhlas, sidiq(kebenaran)
wara syukur dan lain-lain, sebagaimana jelas terungkap dalam karangan al-Tustari
dan al-Junaid7.
Tasawuf adalah satu ilmu yang berkaitan dengan roh manusia atau penyucian jiwa
demi mendekatkan diri kepada Allah SWT. Atau sesetengah ulama menamakannya
sebagai ihsan yang terapat dalam hadis Jibril AS. Sementara tarekat adalah jalan atau
cara mendekatkan diri kepada Allah secara berjamaah. Adalah institusi ilmu tasawuf
yang terdiri daripada syaikh , khalifah dan murid.
Banyak teori mengenai sejarah timbulnya tarekat, namun boleh dikatakan bahawa
semua teori mengatakan bahawa mereka menubuhkan tarekat kerana mengikuti cara
nabi Muhammad SAW. Dalam mendidik para sahabat terutamanya dalam bidang
pendidikan keruhanian.
Menurut Syaikh Abdul Halim Mahmud, Abu Nasr Abdullah bin Ali al-Siaraj al-Tusi
(378 H/988M) pengarang kitab al-Lumaadalah seorang ahli sejarah Sufi yang agung
dari dahulu hingga sekarang. Namun al-Tusi dalam kitabnya al-Luma 8 hanya
menyebutkan satu bab mengenai adab-adab syaikh dan murid dalam pergaulan,
menghadapi kematian dan mengamalkan khalwah. Dengan kata lain beliau tidak
menyebutkan bagaimana tarekat bermula dan siapa yang memulakannya. Namun
fakta ini sudah cukup kuat untuk dijadikan sebagai salah satu bukti bahawa tarekat
tsawuf sudah wujud di zaman beliau iaitu pada abad ke empat Hijri, kerana istilah
syaikh dan murid dalam kitab al-Luma memang dimaksudkan sebagai murid dalam
ilmu tarekat tasawuf dan syaikh dalam ilmu tarekat tasawuf.
Tidak diketahui secara jelas bahawa selepas kewafatan nabi Muhammad SAW. Ada
di kalangan sahabat yang mewujudkan semacam halaqah ilmu atau halaqah zikir yang
mengamalkan zikir secara beramai-ramai, namun yang jelas ada hadis nabi riwayat
Bukhari dan Muslim yang menjelaskan bahawa tidak ada satu kaum yang berkumpul
untuk berzikir kecuali malaikat menaungi mereka, rahmat dan ketenagan turun ke
atas mereka serta Allah menyebut nama-nama mereka di kalangan para malaikat.
Hadis ini sudah cukup kuat untuk menolak dakwaan bahawa terekat itu adalah amalan
bidaah. Kerana salah satu amalan utama tarekat tasawuf ialah berzikir secara
berjamaah.
Imam Ghazali juga dalam risalahnya Ayyuha al-Walad menegaskan pentingnya
seorang murid yang bersungguh-sungguh untuk mendekatkan diri kepada Allah
mencari seorang syaikh mursyid untuk membimbingnya ke jalan yang benar. Kalau
seorang murid tidak dapat menjadi seorang jurutera dengan hanya membaca kitab
maka demikianlah juga halnya dengan ilmu tarekat tasawuf, kerana pengalaman
kerohanian tidak dapat dirasakan melalui pembacaan kitab tetapi melalui pengalaman
kerohanian.

7al-Ajmi.2008:140
8

Al-Tusi.1960: 273.

Syaikh Abdul Qadir Isa membincangkan dua fasal dalam kitabnya Haqaiq An alTasawwuf iaitu berkaitan dengan Suhbah dan al-Warith al-Muhammadi. 9 Iaitu
kepentingan mencari sahabat yang baik yang dapat membantu kita mendekatkan diri
kepaa Allah dan mencari syaikh mursyid yang bergelar pewaris nabi Muhammad
SAW.
Syaikh Abdul Karim al-Qusyairi menyebutkan dalam kitabnya al-Risalah alQusyairiyyah dalam bab menjaga hati-hati para syaikh dan tidak berselisih pendapat
dengan mereka. saya mendengar Abu Ali al-Daqqaq berkata: Permulaan setiap
perpisahan antara syaikh dengan murid ialah perselisihan pendapat antara syaikh
dengan murid, dengan kata lain sesiapa yang berselisih pendapat dengan syaikhnya
maka dia tidak lagi berada dalam tarekat syaikhnya, dan terputuslah hubungan
sekalipun mereka berada di kampung yang sama. Barangsiapa bersahabat dengan
seorang syaikh kemudian menentangnya dalam hatinya maka dia telah membatalkan
baiah persahabatannya dan wajib baginya bertaubat.10:
Salah sebuah kitab yang dibaca oleh imam Ghazali sebelum menjadi seoranng ahli
Sufi ialah Qut al-Qulub karangan Abua Talib al-Makki (386H). Kitab yang
mengandungi 31 fasal itu tidak membincangkan mengenai syaikh, tetapi hanya
menyentuh serba ringkas mengenai keadaan seorang yang arif ( mahir dalam ilmu
tasawuf) dan lebih terperinci mengenai asas para murid. Dapat diambil satu
kesimpulan di sini bahawa di zaman belaiu tarekat sudah berkembang sehingga belaiu
mampu memperincikan asas-asas bagi seorang murid dalam terekat tasawuf.
Asas yang pertama ialah jujur dalam dalam azamnya menjalani cara kesufian,
tandanya ialah menyediakan bekalan untuk akhirat, yang kedua mencari sebab untuk
taat kepada agama, tandanya ialah meninggalkan rakan-rakannya yang jahat, yang
ketiga mengenali keadaan jiwanya, tandanya ialah mengkaji kebinasaan jiwanya,
yang keempat selalu bersama dengan orang yang alim mengenai Allah, tandanya ialah
ia mengutamakannya berbanding dengan perkara lain, yang kelima dia mesti
bertaubat nasuha, dengan demikian dia mendapatkan kemanisan ketaatan dan dia akan
kekal beramal, tanda taubat ialah memutuskan punca-punca hawa nafsu dan bersifat
zuhud terhadap perkara yang diingini oleh hawa nafsu, mesti memiliki makanan yang
halal menurut syarak, yang ketujuh mesti memiliki rakan yang salih membantunya,
tanda rakan yang salih ialah membantunya dalam perkara kebaikan dan ketakwaan
dan melarangnya daripada dosa dan permusuhan. Untuk melakukan 7 perkara ini
seorang murid dikehendaki menggunakan pendekatan berikiut yang akan menguatkan
asas dan rukun amalannya; lapar, berjaga malam, berdiam, khalwat. Empat perkara ini
adalah penjara hawa nafsu, dengan menyempitkan pergerakkan hawa nafsu sifatnya
akan menjadi lemah dan berdasarkan 4 perkara ini juga perangai hawa nafsu akan
menjadi baik11.
Sementara
syaikh
Said
Hawa 12 dalam
kitabnya
Tarbiytuna
alRuhiyyahmengkhususkan satu bab mengenai syaikh dan baiah dalam tarekat tasawuf.
Namun belaiu tidak menerangkan mengenai murid dalam tarekat tasawuf. Tetapi
dapat difahami bahawa syaikh dan baiah yang beliau maksudkan ialah syaikh dan
9

Abdul Qadir Isa.1980:20


al-Qusyairi.t.th j 2:633
11 al-Makki. T.th. J 1:94.
12 Hawa.1992:217
10

baiah dalam tarekat tasawuf. Kerana pada peringkat awal beliau berhasrat untuk
menamakan kitab ini dengan tajuk Tasawuf, namun beliau khawatir akan menjadi
satu kontroversi sebagaimana kitab-kitab tasawuf yang lain. Belaiu menegaskan
bahawa dengan berpandukan kepada ayat 17 surah al-Kahfi kita dapat mengetahui
bahawa berdakwah kepada Allah lebih lengkap dan sempurna dengan wujudnya wali
mursyid. Ketika seorang meletakkan tangannya di atas tangan wali mursyid perkara
itu adalah lebih baik dalam perkara hidayah kepada Allah dan kepada jalan-Nya, jika
para rasul pada dasarnya adalah para pembimbing yang sebenar kepada Allah maka
para wali mursyid adalah para pewaris nabi yang sempurna dalam bab dakwah kepada
Allah SWT.
1.2

Ke Arah Tarekat Tasawuf Yang Tersusun Sebagai Sebuah Organisasi

Ramai pengkaji dalam bidang pemikiran Islam baru-baru ini memberi perhatian
kepada fenomena perkembangan tarekat tasawuf. Pandangan mereka hampir sama
dimana mereka menjelaskan bahawa para peringkat awal tasawuf bermula sebagai
ijtihad individu yang tidak terikat dengan apa-apa ikatan dengan mereka yang sealiran
dengannya. Kemudian penubuhan organisasi tasawuf bermula dimana majlis ilmu,
para syaikh dan murid berkumpul disatukan oleh adab, sejenis satu ibadah dan
pembelajaran. Perkara tersebut berlaku pada kurun ketiga dan keempat hijri namun
organisasi ini lebih mantap dan kemas pada kurun keenam dan ketujuh hijri ketika
terbentuknya tarekat Qadiriyyah yang diasaskan oleh syaikh Abdul Qadir al-Jilani
(561H).13
1.3

Faktor-Faktor
Organisasi

Terbentuknya

Tarekat

Tasawuf

Sebagai

Sebuah

Timbul pembentukan tarekat tasawuf pada peringkat awalnya di majlis-majlis ilmu,


dimana para murid duduk mengelilingi seorang syaikh yang mengajar mereka ilmu
dan amal, sehingga terbentuknya beberapa tarekat yang berbeza antara satu sama lain
hasil daripada ijtihad para ulama yang terlibat dalam pengajaran dan pendidikan. Ahli
sejarah menetapkan bahawa golongan ini berbaza dari beberapa segi berbanding
dengan ahli fiqah ahli ilmu tauhid, yang menyampaikan tuduhan terhadap golongan
sufi kepada pihak pemerintah. Sebagaimana mereka menetapkan bahawa murid-murid
majlis ilmu ini kembali ke Negara mereka masing-masing dengan membawa bersama
mereka ciri-ciri madrasah dan majlis ilmu mereka dimana mereka belajar adab-adab
tasawuf, makamat dan ahwal. Perkara ini berlaku pada peringkat akhir kurun ketiga
dan keempat hijri. Antara akhir kurun keempat hingga pertengahan kurun ke enam
hijri beberapa tarekat tasawuf mendapat beberapa faktor yang menyebabkan
terbentuknya tarekat tasawuf yang dikenali dalam bentuknya sekarang ini. Antara
factor-faktor tersebut adalah sebagai berikut:
a. Kehidupan Secara Berkumpulan
Golongan sufi memencilkan diri mereka untuk beribadah kepada Allah di tempattempat tertentu yang dikenali debagai khanaqah, barangkali mereka meniru ahli
suffah yang menepati beranda masjid nabawi untuk beribadah.14
13Lihat

Faruq Mustafa. al-Bina al-Ijtimai Li al-Tariqah al-Syaziliyyah 1974:40.dlm alAjmi.2012:155.


14 Abdul Latif Hamza. T.th. al-Harakah al-Fikriyyah Fi Misr:105. Dlm al-Ajmi.2012:157.

Pada peringkat awal juga dikenali sebagai ribat, sebagaimana yang diceritakan
oleh Ibn Jauzi bahawa seorang lelaki sufi yang bernama Ali bin Ibrahim alHusari(380H) telah lanjut usia maka sukar baginya untuk dating ke masjid, lalu
dibangunkan baginya ribat yang bertentangan dengan masjid.15
Demikianlah keadaan ribat pada peringkat awalnya, iaitu rumah kecil untuk
beribadah yang dibina di luar Bandar, oleh masyarakat Islam dan memberikan
nama sebagai ribat. Bahkan lebih daripada itu apa yang disebutkan oleh Nicholson
dalam sejarah awal tarekat tasawuf, bahawa khanaqah yang pertama dibina untuk
golongan sufi ialah di Ramallah, Palestin sebelum penghujung kurun kelapan
(kurun kedua hijri) dan pengasasnya ialah seorang paderi Kristian, tetapi menetap
di khanaqah tidaklah diharuskan oleh semua golongan sufi, sehingga Abu Turab
al-Nakhsyabi (245 H) menganggap mereka yang menetap di situ sebagai orang
yang meminta-minta, diriwayatkan daripada beliau bahawa belaiu berkata kepada
sahabt-sahabatnya: Barangsiapa yang memakai pakaian yang ditampal
(muraqqaah) maka dia telah meminta, barangsiapa yang menetap di khanaqah
atau di masjid maka dia telah meminta dan barangsiapa yang membaca al-Quran
supaya didengar oleh orang ra,aim aka telah meminta16
Hampir semua ahli sejarah bersepakat bahawa khanaqah ini mula tersebar pada
kurun kelima hijri bersamaan dengan kurun kesebelas milady menerusi Abu Said
bin Abi al-Khair alSufi al-Farisi (440H). menurut Abu Said ketika beliau mula
menyertai tarekat tasawuf: Syaikh berkata: para murid tidur ataumenutup pintu
khanaqah dan ribat, dan saya duduk dengan syaikh Abu al-Fadl di beranda lalu
perbincangan antara kami bermula mengenai marifah. Muridnya menceritakan
bahawa: ketika syaikh menjalani latihan kerohanian untuk beberapa lam dalam
khanaqah, syaikh Abu al-Fadl memerintahkan untuk memindahkan zawiyahnya
ke rumah tempatnya beribaadah (saumaah). Abu Said adalah salah seorang
syaikh daripada syaikh-syaikh tarekat tasawuf, melayan para murid (darawisy) di
khanaqah, dimana beliau berkata: Pada satu hari saya berkata kepada diri saya
sendiri bahawa saya mempunyai ilmu dan amal serta muraqabah, sekarang saya
mahu menghilangkan diri dari diri saya (hawanafsu), lalu saya berfikir bahawa
perkara ini idak mungkin berlaku tanpa berkhidmat kepada para darwisy kerana
jika Allah mahukan kebaikan kepada seseorang maka Allah tunjukkan keadap
dirinya(hawanafsunya), atas sebab ini saya berkhidmat untuk mereka,
membersihkan tempat ibadah mereka(saumaah), tandas mereka, mengambil
bakul untuk keperlua mereka, mengambil kayu api, setelah saya amalkan perkara
ini, ia menjadi adat kebiasaan. Kemudian saya amalkan meminta-minta untuk
keperluan darwisy, tetapi saya tidak mampu untuk meminta kepada seseorang
untuk keperluan para darwisy, lalu saya jual serban dan selipar serta jubahku.
Pada satu hari ayah saya melihatku dalam keadaan tanpa serban di kepala, beliau
tidak dapat menerima keadaan itu, lalau berkata: wahai anakku: Apa namanya
keadaan ini? Saya mennajwab: jangan peduli dengan apa ahli Mena17 katakan18.
Tidak syak lagi bahawa khanaqah, ribat dan zawiyah ini pada permulaanya adalah
satu bangunan yang ringkas dimana diluaskan mengikut perkembangan zaman
15

Ibn al-Jauzi.al-Muntazam.t.th:119.dlm al-Ajmi.2012:157


Nicholson t.th. Fi al-Tasassuf al-Islami:56 dalam al-Ajmi 2012:158.
17 Negeri syaikh Abu Said bin Abi al-Khair.
18 Asrar al-Tauhid.t.th:49 dlm al-Ajmi2012:159
16

mengikut keperluan kegiatan dan kepentingannya, sehingga wujud khanaqah untuk


merek yang sudah berkahwin demi menjamin kehidupan yang terhormat untuk
mereka. kemudian institusi ini mendapat perhatian pihak kerajaan dan penguasa, lalu
mereka memperutukkan waqaf untuk peserta kerana yakin dengan peranan mereka
dalam bidang social dan agama.19
Tujuan kehidupan secara berjamaah ini untuk memberi ruang kepada para syaikh
untuk mendidik para murid serta mejaga apa-pa yang mereka telah warisi daripada
para syaikh yang terdahulu yang mempunyai majlis ilmu di Bagdad dan lainnya,
sehingga mereka yang terlibat dalam khanaqah ini menyatakan bahawa tekanan
diberikan kepada amalan sepeti solat berjemaah, tahajjud serta berdoa di waktu pagi,
kemudia membaca al-Quran sehingga terbit mata hari, kemudia menghayati adab
kefakiran dan keperluan, dan apa yang mengikat antara satu sama lain, mereka
digalakkan bersabar terhadap penyakit dan penderitaan, sehingga sewaktu makan
digalakkan dalam keadaan berjamaah. Di waktu lapang mereka mereka melakukan
satu daripada tiga perkara berikut; mengaji ilmu agama, mengamalkan wirid dan
latihan kerohanian, mencari pekerjaan untuk menjamin kebahagiaan dunia dan
akhirat. 20
Bukanlah khanaqah itu sebagai markaz untuk memberi motivasi, tetapi lebih kepada
tempat berkumpul bagi mereka yang bersedia untuk hidup secara berjamaah yang
disertai dengan latihan, mereka itu menerima cara hidup para sufi dengan
mengamalkan konsep suhbah(berjamaah) samada lama atau sekejab.21
Demikianlah kehidupan secara berjamaah sebagai kesinambungan pemikiran tasawuf,
yang berperanan dalam menjamin penyebaran dan kesinambungannya dalam pelbagai
suasana social dan pemikiran.

b. Keadaan Sosial Dan Pemikiran Dalam Kurun Kelima Dan Keenam.


Jika tasawuf pada kurun ketiga hijri ditimbulkan oleh faktor sejarah kezaliman
kerajaan sehingga sebahagian daripada masyarakat memencilkan diri demi
keselamatan mereka, saya katakan jika perkara ini berlaku dalam sejarah maka factor
sejarah dan pemikiran juga sebelum kurun kelima menyediakan suasana yang
membantu kehidupan tasawuf yang mengambil tempatnya dari satu hari ke satu hari
sehingga menjadi satu revolusi pada kurun keenam dan ketujuh serta selepasnya. Dari
segi politik dan sosial negara-negara Islam telah berubah, bahkan wujud pada kurun
keempat hijri tiga kerajaan yang merebut kesetiaan umat Islam di Bagdad, Qurtubah
dan Cairo. Perpecahan iniadalah petanda kelemahan umat Islam ketika itu, yang
memberi peluang kepada musuh Islam untuk menyerang umat Islam, sementara umat
Islam hanya mampu bertahan. Tentera Rom mula menyerang umat Islam pada kurun
keempat di utara Iraq, dan kadang-kadang di negara-negara Syam. Pada kurun kelima
serangan tentera Kristian meningkat di Andalus, bahkan umat Islam terdedah kepada
serangan tentera laut Eropah, disamping tentera salib pada akhir kurun kelima hijri(
sebelas miladi). Tentera salib tidak menghadapi banyak halangan sehingga mereka
19

Trimingham. T.th. The Sufi Orders of Islam :168. dlm al-Ajmi.2012:160


Ibid:168
21al-Harakah al-Sufiyyah Fi Misr.t.th:110. Al-Bina al-Ijtimai Li al-Tariqah al-Syaziliyyah:62. Dlm
al-Ajmi.2012:161.
20

mampu mendirikan bandar-bandar di Syam, utara Iraq sehingga bandar-bandar


tersebut menjadi barah di tengah-tengah negara Islam. 22
Perkara ini menyebabkan keadaan sosial yang tidak stabil sehingga mendorong umat
Islam untuk sedar dan berfikir mengenai keadaan yang menimpa mereka. seterusnya
mereka memikirkan tentang cara untuk menyalamatkan diri daripada perpecahan dan
kelemahan ini. Akhirnya jelaslah bagi mereka bahawa keselamatan tidak wujud
kecuali dengan kembali ke jalan Allah, kerana kesedaran manusia mengenai
kelemahan usaha dan kekuatan mereka untuk menolak apa menimpa mereka akan
membangkitkan semangat agama dimana kekuatan agung dapat menjaganya dan
menyelamatkannya daripada bahaya.23
Oleh yang demikian, mereka yang mengkaji hal ehwal tasawuf dalam kurun kelima
hijri dan selepasnya akan mendapatisemakin kuat dan meningkat samada di Timur
atau di Barat, sekalipun imej positif lebih menonjol di Barat dimana serangan musuh
lebih dekat sehingga muncul beberapa yang berasaskan kecenderungan tasawuf,
zuhud dan ibadah.24
Barangkali tetubuhnya negara murabitun bersesuaian dengan dalil kebenaran
pendapat kami iaitu perkara yang membantu memantapkan kedudukan tarekat
tasawuf dan perkembangannya.25

c. Usaha Mendekatkan Antara Fiqah Dengan Tasawuf.

Golongan sufi telah menerima serangan pemikiran dan ideologi daripada pihak ulam
fiqah pada kurun ketiga dan keempat yang berterusan hingga ke kurun kelima hijri.
Tetapi setelah pihak kerajaan yang selama ini membela ulama fiqh, bukan kerana
cintakan fiqah tetapi lebih bersikap menyelamatkan diri, mengetahui hakikat perkara
yang sebenar, sementara ulama sufi mula mematahkan hujah-hujah ulama fiqh dan
mutakallimin dengan cara ilmiah dan agama, dimana perbahasan mereka menjelaskan
jidal dan pertembungan mazhab itu tidak mendatangkan faedah, mereka juga
menggabungkan perbincangan mereka dalam bidang tasawuf dengan ilmu fiqah dan
mengembalikan kedua-duanya kepada Quran dan sunnah. Jika tokoh-tokoh tasawuf
yang kita sebutkan sebelum ini telah menggunakan manhaj ini maka imam Ghazali
adalah ulama yang paling berkesan dalam perkara ini, dimana beliau memilih tasawuf
sebagai penyelamat dariapada kesesatan kemudian memberi gambaran mengenai ilmu
tasawuf dalam kitabnya Ihya Ulum al-Din dengan peringka-peringkatnya, latihanlatihannya, terhadap syaikh-syaikh tarekat tasawuf yang datang setelah beliau yang
mengaitkan tasawuf dengan ahli sunnah dan manhaj ilmiah beliau. Pandangan
mereka mengenai tarekat tasawuf secara umum tidak terkeluar daripada pada
pandangan Imam Ghazali yang menekankan kepentingan penggabungan antara fiqah
dengan tasawuf dan mendidik murid dalam manhaj yang seimbang menerusi
pandangan ini. Sejak itu tasawuf sunni memmasuki peringkat pelaksanaan sehingga
ke hari ini. Dimana tidak kurang pentingnya berbanding dengan peringkat
22

Asyur, Said.1967. al-Sayyid Badawi Sayikh wa tariqah:30. Dlm al-Ajmi.2012:162


Ali Salim Ammar.1951. Abu al-Hasan al-Syazili:38. Dlm al-Ajmi.2012 162
24 Asyur, Said: 31. Dlm al-Ajmi.2012:162.
25 Syalabi, Ahmad.1975. al-Tarikh al-Islami. 4/344.dlm al-Ajmi.2012:163
23

sebelumnya. Dimana tasawuf telah menjadi cara hidup sebilangan besar masyarakat
Islam, tarekat telah menjadi institusi yang tersusun, mempunyai peraturannya yang
tersendiri, setelah melalui peringkat dimana setiap individu beramal masing-masing
dari semasa ke semasa, di sana sini dalam negara Islam tanpa diikat dengan manamana ikatan antara satu sama lain.26
Manhaj ini sebagai mukaddimah kepada peringkat seterusnya, kerana dari segi
pemikiran telah menutup kesempatan bagi ulama fiqah dan mutakallimin yang selama
ini menggunakan hujah yang golongan sufi berada jauh daripada zahir syariat, dan
mereka tidak memberi hak kepada akal, tetapi pada hakikatnya dalah sebaliknya
sebagaimana yang dibuktikan satu kajian university dalam perkara ini. 27 Dimana
manhaj ini telah menjelaskan kemanpuan golongan sufi menjaga roh zahir syariat,
oleh yang demikian kita dapati golongan sufi, disamping sifat zuhud mereka, mereka
juga terlibat dalam amar makruf dan nahi mungkar, memperingatkan para raja dan
penguasa tentang tanggung jawab agama mereka setiap kali mendapat peluang,
bahkan dikatakan para penguasa menyokong golongan sufi kerana mereka telah
menemukan nilai kejujuran, keikhlasan dalam memberi nasihat bertentangan dengan
apa yang mereka dapati daripada kalangan ulama yang mata duitan dan kedudukan.
Di pihak yang lain pula kepercayaan masyarakat terhadap golongan sufi memberi
kesan yang positif, dimana para penguasa menghormati golongan sufi sebagai bukti
persetujuan dengan sikap masyarakat dan mendapatkan keberkatan. Manhaj ini telah
memainkan peranan sosial yang positif dalam merubah persepsi masyarakat terhadap
tuduhan ulama fiqah terhadap golongan sufi, disamping masyarakat telah melihat
contoh, nasihat yang memberi faedah kepada masyarakat umum sebagai satu role
model kerana mereka telah menjadi penyelamat dan guru mursyid. Imam Ghazali
telah berjaya dalam mengemukakan Islam dalam bentuknya yang hangat dan
menjelaskan hakikatnya. Iaitu bahawa tasawuf adalah akhlak yang berusaha untuk
mengembangkan potensi manusia demi mencari kebahagaiaan dunia dan akhirat,
tanpa menyalahi fitrah atau memerangi tabiat semula jadi manusia.28
RUMUSAN
Ilmu tasawuf bukanlah satu ilmu yang dicipta atau ilmu kebatinan yang sesat tetapi ia
adalah ilmu yang berasaskan sumber daripada al-Quran dan al-Hadith. Ilmunya
berpandukan tingkah laku Rasulullah saw, para sahabat ra dan para salihin. Para
ulamak tasawuf dari zaman ke zaman bertungkus-lumus mempertahankan ajaran yang
murni ini hingga dapat diamalkan oleh segenap lapisan masyarakat Islam di seluruh
pelusuk dunia hingga kini. Usaha yang gigih tersebut telah dapat merubah masyarakat
dari kelalaian kepada ingat dan sentiasa mendampingi Allah SWT terutamanya dalam
menghadapi kehidupan mereka yang semakin mencabar.

26al-Taftazani.t.th.

Madkhal ila al-Tasawuf al-Islami:386. dlm al-Ajmi.2012:167


al-Syarqawi,Muhammad Abdullah 1978. Mauqif al-Sufiyyah Min al-Aql:115. Tesis Master,
Universiti Dar al-Ulum. Dlm al-Ajmi.2012:167.
28 Ali Ammar.t.th. 1/42. Dlm al-Ajmi:168.
27

KATA KUNCI
Tasawuf
Tarekat
Sosial
Mazhab
Pemikiran Sufi
AKTIVITI/LATIHAN
Dalam aktiviti tutorial, pensyarah boleh memilih antara tajuk-tajuk berikut untuk
dibincangkan oleh pelajar:
Aktiviti secara individu:
1. Nyatakan tokoh-tokoh sufi yang masyhur pada zaman penyusunan ilmu
tasawuf.

2. Sebutkan faktor-faktor utama penyebaran ilmu tasawuf pada kurun


awalnya.

Aktiviti berkumpulan:
1. Bincangkan hubungan antara ilmu fekah, tahid dan tasawuf.

2. Bahaskan peranan ulamak tasawuf dalam pembangunan sahsiah manusia.

TUGASAN
Buat satu kajian, kepentingan mempelajari ilmu tasawuf masakini.

10

RUJUKAN
al-Ajmi, Abu al-Yazid Abu Zaid.2012. al-Tasawwuf Fi Hayat al-Muslimin Tarikh wa
Qadaya. T.p.t.t
al-Abd, Abdul Latif Muhammad.2008. al-Tasawuf Fi al-Islam Wa ahamm al-Itirad
Alaih. Dar al-Hani:Cairo.
al-Tusi, Abu Nasr al-Siraj. 1960.al-Luma. Dar al-Kutub al-Haditah:Cairo.
Abdul Qadir Isa. T.th. Haqaiq An al-Tasawuf. T.p.t.t.
al-Qusyairi, Abu al-Qasim Abdul Karim. T.th. al-Rasalah al-Qusyairiyyah. Dar alKutub al-Haditah:Cairo.
al-Makki, Abu Talib.t.th. Qut al-Qulub. T.p.t.t.
Syed Hawa.1992. Tarbiyatuna al-ruhiyyah. Maktabah Wahbah:Cairo.

11

Anda mungkin juga menyukai