Anda di halaman 1dari 2

Mengapa melayu

makan
menggunakan
tangan
setiap bangsa di dunia ini mempunyai budaya yang tersendiri. Makan merupakan
sesuatu yang penting dalam kehidupan seharian, cara makan juga merupakan satu
budaya. Setiap bangsa mempunyai budaya dan cara makanan yg berbeza

Orang Cina menggunakan chopstick dan orang Barat pula menggunakan sudu dan
garfu. Tentu ada sebab tertentu mengapa mereka mengamalkan amalan tersebut

Orang Melayu makan menggunakan tangan kanan. Apakah rasionalnya dan kenapa
orang Melayu makan dengan tangan ?

Soalan ini dijawab dengan mudah di akhir abad ke- 19 oleh seorang kerabat diraja
Kedah yang menetap di Selangor bernama Tengku Kudin. Perkara ini diceritakan
oleh seorang isteri pegawai tinggi British yang berkhidmat di Selangor pada masa itu
dalam bukunya "Chersonese - The Guilding Off" oleh Emilly Innes.

Pada suatu hari Tengku Kudin telah dijemput oleh British Resident menghadiri satu
jamuan makan malam di rumah resident tersebut.

Ketika semua tetamu jemputan telah bersedia untuk menghadapi hidangan, Tengku
Kudin tiba-tiba bangun menuju ke arah paip air dan membasuh tangannya. Tanpa
menghiraukan orang lain semuanya menggunakan sudu dan garfu, beliau dengan
selamba menyuap makanan ke mulutnya dengan menggunakan tangan
kananya......... !

Telatah Tengku Kudin diperhatikan oleh wanita Inggeris yang kebetulan duduk di
sebelahnya. Merasa tertarik dan pelik dengan perlakuan Tengku Kudin itu wanita
tersebut lantas bertanya: "Kenapa anda makan dengan tangan ?

”Bukankah menggunakan sudu dan garfu itu lebih bersih dan lebih sopan?"

Dengan selamba Tengku Kudin menjawab lantang dan dapat didengari oleh orang
lain.
"Saya makan dengan menggunakan tangan saya sekurang-kurangnya ada tiga
sebab”

Pertama: "Saya tahu tangan saya lebih bersih dari sudu dan garfu sebab saya sendiri
yang membasuhnya - bukan orang lain. Sudu dan garfu itu dibasuh oleh orang lain
yang belum tentu cukup bersih”

Kedua: "Saya yakin tangan saya lebih bersih kerana tangan saya hanya saya
seorang saja yang menggunakannya - tidak pernah dipinjam oleh orang lain,
sedangkan sudu dan garfu itu ramai yang pernah menggunakannya”

Ketiga: "Saya percaya tangan saya lebih bersih kerana ia tidak pernah jatuh dalam
longkang”

Jawapan Tengku Kudin ini menjadikan semua orang yang mendengarnya terlopong.
Kalau sebelum itu ada antara mereka yang tersenyum sinis melihat Tengku Kudin
menyuap makanannya dengan tangan tapi selepas itu masing-masing mengangguk
mungkin kerana memikirkan ada logiknya jawapan tersebut.

Anda mungkin juga menyukai