Kegemilangan Islam

Anda mungkin juga menyukai

Anda di halaman 1dari 24

2014

KONSEP ILMU DAN SAINS ISLAM

CTU 087
PENSYARAH:
PN WAN ROHANI BT SULAIMAN
KOD PROGRAM : PI080
DISEDIAKAN OLEH:
NOOR SYAFIQA AQILA BT MOHD ROSMI
2013274658
ALYA HANNAN BT MOHD SOBRI

2013 27 3592

CTU 087

KERTAS KERJA : KONSEP ILMU DAN SAINS

PENSYARAH:
PN WAN ROHANI BINTI SULAIMAN

KOD PROGRAM :
PI080

DISEDIAKAN OLEH:
NOOR SYAFIQA AQILA BT MOHD ROSMI
2013274658

ALYA HANNAN BT MOHD SOBRI


2013 27 3592

SENARAI KANDUNGAN
BAB 1 KONSEP ILMU DAN SAINS

1.0 PENGHARGAAN.....................................................m/s 3-4


1.1 PENGENALAN..........................................................m/s 5-7
1.2 DEFINISI ILMU............................................................m/s 8-10
1.3 SUMBER-SUMBER ILMU............................................m/s 11-15
1.4 PEMBAHAGIAN ILMU..............................................m/s 16
1.5 HIERARKI ILMU.........................................................m/s 17-19
1.6 RUMUSAN................................................................m/s 20-23
1.7 RUJUKAN..................................................................m/s 24

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, atas segala keizinan serta limpah dan kurnia-nya, kami berjaya
mempersembahkan kertas kerja kami yang berjudul konsep ilmu dan sains dalam islam.
Dalam kertas kerja ini, kami akan menghuraikan dengan lebih mendalam tentang isuisu yang berkaitan konsep ilmu dan sains islam. Antaranya, kami akan menyenaraikan
dengan detail definisi-definisi ilmu yang telah diungkapkan oleh para-para
cendekiawan islam serta ahli-ahli ilmu bukan islam. Selain itu, kami turut merungkaikan
berkenaan sumber-sumber ilmu yang sepatutnya dirujuk dan diketahui oleh umat islam
kini. Sedikit huraian tentang pembahagian dan heirarki ilmu akan kami tuntaskan.
Sejurus yang demikian, seribu penghargaan ingin kami ungkapkan kepada pensyarah
ctu kami iaitu Pn Wan Rohani Bt Sulaiman yang telah banyak memberi bimbingan
dan tunjuk ajar dalam proses menyiapkan kertas kerja ini. Tidak lupa juga kepada
rakan-rakan kami yang telah menolong serba-sedikit dalam menyempurnakan kertas
kerja ini, segala jasa mereka amat kami hargai dan kenangi.
Justeru, di sini, kami iaitu Syafiqa Aqila Bt Mohd Rosmi dan Alya Hannan Bt Mohd Sobri
ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada segala pihak yang telah terlibat
secara langsung mahupun tidak langsung dalam membantu menyempurnakan kertas
kerja ini. Syukur alhamdulillah. Terima Kasih

PENGENALAN
Tidak dapat kita nafikan, ilmu adalah penting untuk semua makhluk Allah yang
punyai akal. Dengan adanya ilmu di dada, sesuatu kaum itu mahupun bangsa,
agama, negara dan umat itu mampu maju seiring dengan kehendak zaman
globalisasi kini. Tanpa ilmu, siapalah kita. Tanpa ilmu, tidak bergunalah
seseorang itu. Bahkan, boleh dikatakan, dalam setiap tindak tanduk kta,
perbuatan serta amalan kita adalah berpandukan dengan ilmu yang kita ada.
Cara berjalan , cara makan dengan sopan, cara bercakap ,cara berniaga,
cara memimpin, cara beribadat, kesemuanya memerlukan ilmu.


Katakanlah Apakah sama, orang-orang yang mengetahui dengan orang
yang tidak mengetahui? Hanya orang-orang yang berakal sajalah yang bisa
mengambil pelajaran. (QS. Al-Zumar: 9)

Allah juga menjanjikan pahala yang berlipat ganda serta hikmah kepada
orang yang menuntut ilmu-ilmu-Nya. Golongan-golongan ini telah dinyatakan
oleh Allah bahawa Allah akan meninggikan darjat seseorang yang menuntut
ilmu di dunia dan di akhirat kelak. Lihat sahaja ayat suci berikut ;

Allah mengangkat orang-orang yang beriman daripada kamu dan orangorang yang diberi ilmu dengan beberapa derajat. (QS. Al-Mujadalah, 11).

Sesungguhnya , Allah tidak memungkiri janjiNya untuk memberi ganjaran syurga


yang di bawahnya mengalir sungai-sungai yang sungguh indah. Kita sebagai

hamba dan khalifah yang diamanahkan Allah untuk mentadbir alam ini
seharusnya menimba ilmu secara istiqamah, tanpa rasa penat dan lelah.

Janji Allah, dalam sebuah hadith riwayat Abu Daud ;

,
,

Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan
memasukkannya ke salah satu jalan di antara jalan-jaan surga, dan
sesungguhnya malaikat benar-benar merendahkan sayap-sayapnya karena
ridha terhadap penuntut ilmu, dan sesungguhnya seorang alim benar-benar
akan dimintakan ampun oleh makhluk yang ada di langit dan di bumi, bahkan
ikan-ikan di dalam air. Dan sesungguhnya keutamaan seorang alim atas
seorang abid (ahli ibadah) adalah seperti keutamaan bulan purnama atas
seluruh bintang-bintang yang ada. Dan sesungguhnya ulama adalah pewaris
para Nabi, dan sesungguhnya para Nabi tidak mewariskan Dinar ataupun
dirham, mereka hanya mewariskan ilmu. Maka barangsiapa mengambilnya,
maka hendaklah dia mengambil bagian yang banyak. (Hr. Abu Daud).
Dari perkataan para sahabat pula berkenaan menuntut ilmu , iaitu :

Ali bin Abi Talib r.a berkata :

Ilmu lebih baik daripada harta, oleh karena harta itu kamu yang menjaganya,
sedangkan ilmu itu adalah yang menjagamu. Harta akan lenyap jika
dibelanjakan, sementara ilmu akan berkembang jika diinfakkan (diajarkan).
Ilmu adalah penguasa, sedang harta adalah yang dikuasai. Telah mati para
penyimpan harta padahal mereka masih hidup, sementara ulama tetap hidup
sepanjang masa. Jasa-jasa mereka hilang tapi pengaruh mereka tetap
ada/membekas di dalam hati.
Muadz bin Jabal:

Tuntutlah ilmu, sebab menuntutnya untuk mencari keridhaan Allah adalah


ibadah, mengetahuinya adalah khasyah, mengkajinya adalah jihad,
mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sedekah
dan mendiskusikannya adalah tasbih. Dengan ilmu, Allah diketahui dan
disembah, dan dengan ilmu pulalah diagungkan dan ditauhidkan. Allah
mengangkat (kedudukan) suatu kaum dengan ilmu, dan menjadikan mereka
sebagai pemimpin dan Imam bagi manusia, manusia mendapat petunjuk
melalui perantaraan mereka dan akan merujuk kepada pendapat mereka.

DEFINISI ILMU
Konsep ilmu biasanya berkisar kepada perbahasan dari aspek bahasa dan
peristilahan atau disebut sebagai etimologi dan
epistimologi ilmu.
Perkataan ilmu adalah dari bahasa Arab alima (telah mengetahui) alim
berilmu) dan al ilmu ialah pengetahuan. Penggunaan harian kita
menyebutnya ilmu pengetahuan.
Menurut Kamus Dewan ilmu ialah pengetahuan, kepandaian (dalam perkara
dunia dan akhirat, zahir dan batin) dan kajian berkenaan sesuatu perkara.
Menurut Ibn Manzur dalam buku Lisan al Arab memberikan empat huraian
berdasarkan akar kata al ilmu.
al ilmu merujuk kepada sifat2 Allah SWT yang Maha Mengetahui
al ilm berlawanan dengan sifat al Jahl, tidak tahu atau dungu.
al ilm atau mengetahui sesuatu bermakna mengenalinya atau arafa.
al ilm dengan pengertian al alam bermaksud tanda atau
alamat.(Fadzullah,1995:32)

Franz Rosenthal (sarjana barat): memberikan pelbagai difinisi antaranya ilmu


disamaertikan dengan : proses mengetahui, kognisi, proses memperoleh dan
mencari, proses penjelasan

(Dawilah,1988:56 60).

Menurut beliau lagi ilmu adalah sesuatu yang tidak mampu didefinisikan
melainkan hanya mampu diterangkan sifat istimewanya, maka salah satu sifat
istimewa ilmu adalah untuk membawa manusia kepada cahaya dan
kebenaran.
The Encyclopedia of Philosophy, menyatakan bahawa definisi yang diterima
umum tentang ilmu ialah knowledge adalah suatu kewajaran terhadap
kepercayaan yang benar
Imam al Ghazali: ilmu ialah pengetahuan yang tidak diragui atau ilmu al
yakin. Rumusannya ilmu ialah pengetahuan yang benar, adalah ilmu yang
disandarkan kepada Allah Taala.
Syed Naquib al Attas: ilmu sebagai ketibaan makna mengenai sesuatu ke
dalam diri seseorang. Merujuk kepada Allah sebagai sumber segala ilmu, ilmu
adalah ketibaan makna ke dalam diri seseorang. Bila merujuk kepada diri
sebagai penafsir, ilmu adalah ketibaan diri seseorang kepada makna sesuatu..
Takrif tersebut dengan sendirinya menjelaskan bahawa ilmu tidak sama dengan
fakta atau maklumat, walaupun tentunya ilmu memerlukan maklumat. Dan
maklumat itu hendaklah yang benar yang membawa makna kepada
pemilikNya. (Wan Mohd Nor,1989:3)
Kesimpulannmya bahawa ilmu berdasarkan maklumat yang benar mampu
membawa seseorang manusia itu mengenal Penciptanya yakni Allah SWT.

Konsep ilmu dalam Islam merujuk kepada hakikat bahawa Allah S.W.T
sebagai pemilik mutlak ilmu. Manusia hanya diberikan sedikit sahaja ilmu.
Namun begitu ilmu yang sedikit sangat bermakna di sisi Allah jika ianya
digunakan sebaik mungkin iaitu sehingga membawa kepada keimanan yang
kukuh terhadap Allah serta mengikut perintah dan menjauhi laranganNya. Ilmu
mesti dipelajari dan dikembangkan berdasarkan asasasas tauhid dan
disertakan integrasi iman, kemanfaatan ilmu, amalan yang soleh dan akhlak
yang mulia (Mohd. Kamal Hassan, 1988:19).


Dan katakanlah: Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan.
(Thaha 20: 114)

SUMBER ILMU
Secara dasarnya, terdapat wahyu, ilham atau intuisi, pancaindera dan akal
yang diiktiraf oleh islam.

WAHYU

LAINLAIN
SUMBER

ILHAM

SUMBER
ILMU
PANCAI
NDERA

INTUISI

AKAL

WAHYU
Merangkumi firman Allah SWT dalam alQuran, hadis Qudsi dan juga sunnah
Nabi Muhammad SAW.
Sebagai sumber segala ilmu merupakan teras kepada segala ilmu kerana di
dalam alQuran terkandung pelbagai jenis ilmu pengetahuan yang p g y g
amat diperlukan oleh manusia untuk kemasalahatan hidup. Pengetahuan
berkenaan aqidah, hal ketuhanan, hukumhukum syariah termasuk halal ,

haram dan menyentuh tentang akhlak. Perkhabaran tentang hari pembalasan


mengenai syurga dan neraka dll
Kisahkisah yang terakam dalam alQuran menjadi sumber ibrah
atau teladan bagi manusia berfikir

ILHAM ATAU INTUISI


Merupakan satu cara penerimaan ilmu yang unik kerana ia dianugerahkan
Allah Taala secara langsung. Ia juga menjadi pemahaman dan penghayatan
ilmu dengan hati. Contohnya kekuatan matahati Nabi Allah Khidir as yang
mampu menanggapi realiti sosial melalui ilmu laduni telah mengatasi ilmu akal
Nabi Musa as.
Ia merupakan pemerolehan ilmu menerusi mata hati dan gerak hati. Hati
yang sihat bersih dan ikhlas akan menggerakkannya ke arah pemahaman
yang murni tentang fenomena2 alam yang tidak mungkin tercapai
kebenarannya dengan penggunaan akal sematamata.
-

INTUISI
Islam tidak membatasi intuisi hanya dalam aspek inderawi yaitu suatu
pengenalan dan pemahaman langsung tanpa proses karena proses
perenungan dan pengalaman inderawi yang panjang dan berulang.
Dalam Islam intuisi adalah juga pemahaman langsung atas kebenarankebenaran agama, realitas akan eksistensi Allah. Intuisi tidak datang
kepada sembarang orang, tetapi kepada orang yang beribadah dan
mengabdi kepada Allah secara ikhlas dan memahami keesaan-Nya.

-ILHAM
Ilham ialah idea yang diberikan oleh Allah kepada seseorang untuk
melakukan sesuatu atau meninggalkannya. Contohnya, seseorang yang
mempunyai masalah yang sedang menumpukan pemikirannya terhadap
masalah tersebut, tiba-tiba mendapat penyelesaian masalah itu. Tanpa
dia perlu berfikir panjang seolah-olah kebenaran yang dicari datang
sendiri. Dalam Islam, ilham ini boleh dikenali sebagai firasat atau pun
pandangan basyirah yang dikurniakan Allah kepada manusia-manusia
terpilih seperti wali Allah, para ulama dan hukama

-AKAL
Akal merupakan suatu deria khusus suatu deria khusus yang menjadikan
manusia istimewa berbanding dengan makhluk Tuhan yang lain.Menurut
Ahmad Fauzi Hj Morad,1997),akal yang sihat dan aktif dapat
menanggapi ilmu pengetahuan yang mengandungi tanda-tanda
kewujudan dan kebesaran Allah S.W.T.Ia merangkumi pengetahuan
tentang dirinya,alam sekitarnya dan sejarah manusia serta
masyarakat.Akal juga dapat membezakan Antara manusia dengan
haiwan.Segala bentuk tamadun yang diusahakan oleh manusia
berpunca daripada akal manusia yang kreatif.Akal dapat membantu
manusia membezakan dan menimbang antara perkara baik dan buruk
walaupun mungkin ianya bukan bersifat kebenaran mutlak namun

memadai untuk atasi segala masalah kehidupan seharian.Walaupun akal


dapat menanggapi lebih luas berbanding deria,tetapi ianya masih
terbatas terutama menyangkut soal ketuhanan dan
keagamaan,akhlak,perkara ghaib termasuklah mengenai roh,kehidupan
selepas mati,hikmah dan perkara seumpamanya.Sebijak mana pun akal
seseorang itu tidak akan mampu sampai ke situ tanpa dipandu oleh
wahyu Allah.Al Quran menekankan akal dengan konsep ulul
albab,tafakur,takilun,tadabbur dan sebagainya.Ulul albab al-Quran
mengajak manusia berfikir,tafakkur pula mangajak manusia berfikir
secara mendalam dan kreatif manakala tadabbur pula memberi asas
kukuh bahawa penyelidikan dan kajian yang dilakukan hendaklah
kerana Allah s.w.t (Sidek Baba 2010.)

PANCAINDERA
-Kelima-lima pancaindera berfungsi penuh ketika manusia mengalami
proses pembelajaran dan pemerolehan ilmu.Maklumat yang diperolehi
menerusi pancaindera merupakan sumber pertama yang harus ada
sebelum ada proses intelektual yang lebih tinggi seperti
khayalan,pemikiran dan sebagainya.Penglihatan dan pendengaran
asalah sangat penting kerana dapat menangkap lebih banyak ilmu
pengetahuan dan menjadi fokus utama dalam Al-Quran.Bagaimanapun
pancaindera gagal memberikan gambaran atau penglihatan tepat

begitu juga dengan akal.Sebaliknya,mata hati mampu mewujudkan


keimanan yag tidak berbelah bahagi dan keyakinan yang sepenuhnya
kepada ALLAH.

LAIN-LAIN SUMBER
-Antara sumber ilmu pengetahuan yang lain ialah termasuklah alam
semesta,pengalaman dan perjalanan sejarah dalam kehidupan
manusia.Oleh itu Islam meletakkan ilmu pengetahuan sebagai nilai
tertinggi ,pembinaan tamadun ilmu akan terhasil jika ilmu diberikan status
tinggi dalam sistem individu dan masyarakat.Sarjana pula berpendapat
sumber ilmu itu datang daripada sumber lisan dan tulisan serta kajian
sejarah.Sumber lisan wujud dalam system pendidikan secara tidak formal
seperti ilmu pertukangan dan sebagainya yang diperolehi melalui warisan
secara tidak langsung daripada keluarga atau masyarakat begitu juga
dengan pengajaran-pengajaran secara lisan.Sumber tulisan dapat dilihat
melalui ilmu perubatan ,matematik dan undang-undang.Sementara itu
ilmu yang diperolehi daripada kajian sejarah pula diperolehi daripada
kajian sejarah pula melalui kajian dan penulisan tentang peristiwa sejarah
yang telah berlaku.

PEMBAHAGIAN DAN HIERARKI ILMU


Pembahagian ilmu disusun mengikut hierarkinya menurut Islam.Imam AlGhazali(1058-1111M)dalam bukunya Ihya Ulumuddin membahagikan ilmu
kepada dua iaitu ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah.

ILMU

FARDHU KIFAYAH

FARDHU AIN

BUKAN SYARIAH

ILMU TERPUJI
-MATEMATIK
-ASTRONOMI

SYARIAH

ILMU HARUS

ILMU TERCELA

-FALSAFAH

-SIHIR

-SASTERA

-NUJUM

-SEJARAH

-SILAP MATA

HIERARKI ILMU BERDASARKAN ASPEK SUMBER,HUKUM DAN KEGUNAANNYA

SUMBER ILMU

Ilmu dapat dibahagikan kepada dua iaitu ilmu naqli(wahyu) dan ilmu
aqli(intelek) .Ilmu yang berteraskan wahyu dikategorikan ilmu
naqliyyah,manakala ilmu yang bersumberkan ilham,kebijaksanaan akal
dan kekuatan pancaindera merupakan ilmu aqliyyah (Mustafa Hj
Daud,1991).Ilmu bersifat fardhu ain dari sudut hukumnya manakala ilmu
ilmu aqliyyah lebih bersifat fardhu kifayah .Ilmu aqliyyah lebih bersifat
keterangan dan menjelaskan lagi ilmu yang terkandung dalam wahyu.

HUKUM MEMPELAJARI ILMU

Para ulama bersepakat bahawa mencari ilmu adalah wajib atau fardhu
bagi setiap muslim dan muslimat sama ada bestatus fardhu ain mahupun
fardhu kifayah.Ilmu fardhu ain pada dasarnya merujuk kepada ilmu-ilmu
asas yang wajib dipelajari oleh setiap individu untuk memahami
agamanya baik dari segi ibadah atau akhlak dan juga duniawi .Ilmu
fardhu kifayah pula merujuk kepada ilmu yang mendirikan agama dan
dunia.Ia wajib ditutntut oleh sebahagian daripada umat Islam untuk
memenuhi keperluan masyarakat.

Sesungguhnya, sangat banyak dijelaskan oleh Allah Subhanahu wa Taala di


dalam Al-Quran begitu juga oleh Nabi sallallahu alaihi wasallam di dalam hadis
akan kelebihan menuntut ilmu. Antara yang selalu kita dengar,

Allah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orangorang yang diberi ilmu pengetahuan dengan beberapa darjat. (Surah AlMujaadilah: 11)

Di dalam hadis Nabi sallallahu alaihi wasallam bersabda, antaranya,

Barangsiapa yang memilih jalan yang ada padanya ilmu maka akan Allah
akan memudahkan baginya jalan menuju Syurga. (Riwayat Muslim)

Ilmu merupakan jambatan untuk seseorang itu ke Syurga. Ilmu merupakan


perkara yang penting untuk memastikan seseorang itu beramal dengan benar
dan tepat. Namun pada hari ini kita berhadapan dengan zaman fitnah. Zaman
yang dipenuhi dengan ujian, cabaran, penyebaran berita dan maklumatmaklumat di mana dunia yang canggih dengan media sosial dan media baru
menjadikan kita begitu mudah memiliki pelbagai jenis maklumat.

Sekiranya kita tidak memiliki metodologi dalam menyebarkan maklumat,


metodologi dalam beragama, kita akan terdedah dengan berita-berita dan
maklumat yang palsu yang dihiasi kalam-kalam syubhat.

Asalnya, Islam yang Allah Subhanahu wa Taala turunkan adalah agama yang
bersifat hanif. Sebab itu disebut beberapa kali di dalam Al-Quran kalimah
hunafa yang bermaksud suci dan bersih. Islam yang diturunkan oleh Allah
adalah suci daripada sebarang syubhat, keraguan, dan penipuan. Islam itu
datang secara mutlak daripada Allah Subhanahu wa Taala melalui RasulNya.

Kalau kita lihat bagaimana Allah Subhanahu wa Taala menjenamakan atau


memperkenalkan karakter Jibril alaihissalam di dalam Al-Quran, Allah
menyebut,

Sesungguhnya (Al-Quran) itu benar-benar firman Allah yang dibawa oleh


utusan yang mulia (Jibril), yang mempunyai kekuatan, di sisi Allah yang memiliki
Arsy, yang ditaati di kalangan malaikat lagi amanah. (At-Takwir: 19-21)

Allah Subhanahu wa Taala mensifati karakter Jibril alaihissalam dengan sifat


amanah; iaitu mustahil berbohong, pasti akan menyampaikan kepada
Muhammad seperti mana yang ditetapkan dan disampaikan oleh Allah di Lauh
Mahfuz. Jibril akan menyampaikan wahyu kepada Muhammad tanpa ada
sebarang tokok tambah ataupun pengurangan.

Jibril juga digambarkan sebagai makhluk yang kuat, mustahil ada makhlukmakhluk lain yang menahan Jibril di tengah jalan lalu membawa lari wahyu.
Demikian Allah Subhanahu wa Taala menggambarkan kedudukan Jibril
alaihissalam.

Kemudian Allah menggambarkan pula keperibadian Nabi kita sallallahu alaihi


wasallam. Sebelum dilantik menjadi Rasul, masyarakat Arab telah mengenali
Nabi sallallahu alaihi wasallam sebagai orang yang bercakap benar, tidak

pernah mengkhianati manusia, orang yang amanah. Itu karakter Muhammad


sallallahu alaihi wasallam.

Maknanya, susur galur agama ini disampaikan dalam keadaan hunafa; suci,
bersih, bebas daripada tokok tambah, bebas daripada berita-berita palsu dan
sebagainya.

Kemudian berlaku perpindahan maklumat daripada Nabi sallallahu alaihi


wasallam kepada para sahabat Baginda. Dalam proses ini tidak berlaku
masalah, kerana sahabat Nabi radhiyallahu anhum ajmain tidak akan
berdusta. Mereka sentiasa bercakap perkataan yang benar.

RUMUSAN

Secara keseluruhannya,dapatlah dibuktikan bahawa ilmu merupakan antara


komponen utama yang terpenting dalam kehidupan manusia sebagai khalifah
Allah S.w.T di muka bumi ini.Oleh itu,konsep ilmu dalam kehidupan telah
membuka mata hati kita untuk bersama-sama menghayati keperluan dan
kepentingan ilmu sebagai sumber pedoman hidup manusia kearah suatu
kehidupan yang bermatlamat dipandu dengan keimanan yang teguh kepada
Allah S.W.T .Sebagai seorang individu muslim yang memiliki keutuhan jati diri,kita
dituntut supaya mempelajari segala ilmu yang mampu memberi manfaat
kepada diri,masyarakat,agama ,bangsa dan negara agar kita tidak mudah
ditindas oleh golongan yang memusuhi Islam.Tambahan pula,kita ditegah
sama sekali untuk tidak mempelajari ilmu yang memberi kemudaratan kepada
kita sebagai tamsilannya seperti ilmu sihir,ilmu nujum dan lain-lain kerana ia
boleh membawa kepada kerosakan akidah dan memusnahkan hubungan baik
sesama manusia. Kita seharusnya menyedari suatu hakikat bahawa Islam didasari
dengan ilmu. Tidak ada satu pun permasalahan kecuali diajar dalam agama
Islam bagi mereka yang mahu menggunakan akal dan menuntut ilmu.Ayuhlah
sama-sam kita menghayati tafsiran ayat al-quran yang menjelaskan betapa
agungnya ilmu yang diturunkan oleh ALLAH SWT kepada hamba-hambaNya .

Ali 'Imran [3] : 18

Allah menerangkan (kepada sekalian makhlukNya dengan dalil-dalil dan bukti),


bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang
sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat
serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang
demikian); tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia; Yang Maha
Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

Hanya dengan ilmulah kita dapat mempertabatkan umat Islam dan menjaga
kemuliaan Islam, yang kini dimana-mana pun umat Islam diperbudak-budakkan
dan agama Islam diperlekehkan.

At Taubah [9] : 128

Sungguh telah datang kepadamu seorang Rasul dari kaummu sendiri, berat
terasa olehnya penderitaanmu, sangat menginginkan (keimanan dan
keselamatan) bagimu, amat belas kasihan lagi penyayang terhadap orangorang mukmin.

Marilah kita mencontohi sikap para Nabi alaihi salam; iaitu berasa sedih akan
penderitaan masyarakat Islam sekarang yang ditendang dan dipermainkan
sesuka hati. Moga-moga Allah yang Maha Penyayang memenangkan kita ke
atas musuh-musuh Islam. (Rujuk tafsir Ibn Katsir m/s : 236)

Namun perlu diingat setinggi mana ilmu kita, tidak dapat kita mengatasi
mukjizat para Nabi alaihi salam dan setiap yang mengetahui, ada lagi yang
lebih mengetahui (Rujuk Surah Yusuf [12] : 76).

Marilah kita merenung ayat di bawah, luasnya ilmu Allah yang Maha Tinggi
tidak terhingga. Allah yang Maha Agung berfirman dalam;

Surah Al-Kahfi [18] : 109

Katakanlah: Sekiranya lautan menjadi tinta untuk (menulis) kalimat-kalimat


Tuhanku, sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat
Tuhanku, meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula).

Surah Luqman [31] : 27

Dan seandainya pohon-pohon di bumi menjadi pena dan laut (menjadi tinta),
ditambahkan kepadanya tujuh laut (lagi) sesudah (kering)nya, nescaya tidak
akan habis-habisnya (dituliskan) kalimat Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Perkasa lagi Maha Bijaksana.

Sebagai intihanya,dapatlah diperjelaskan mengenai kekuatan yang


dipancarkan oleh golongan-golongan yang memiliki ilmu ini.Kita seharusnya
bangkit berusaha memperteguhkan keimanan kita seiring dengan tuntutan
agama agar kita dapat menjadi insan yang berjaya di dunia dan akhirat.

RUJUKAN
INTERNET

http://
www.referensimakalah.com/2012/11/akal_sebagai_sumber_ilmu.
http://www.ustazfathulbari.wordpress.com/2012/15/17kewajipan_men
untut_ilmu_ilmu_
-http://koleksihadisnabi.blogspot.com/2010/08/tujuan-menuntutilmu.html
http://www.facebook.com/l.php?u=http%3A%2F%2Fwww.slideshare.n
et%2Ftaufiqakbar%2Fkonsep-ilmu-dalam-islam%23&h=CAQGL0Qwp

BUKU
-Kesepaduan agama dan sains,Pisol Maidin(Penyunting),Penerbit Press
Universiti Teknologi Mara UiTM,2011 ,muka surat 1-17.

Anda mungkin juga menyukai