Anda di halaman 1dari 2

BAB 9

Hampir sebulan lebih Lahuma telah meninggal dunia. Jeha yang masih
terkenangkan arwah suaminya seringkali mencari harapan dan membina
semangat dengan sentiasa mengingati Lahuma dalam setiap perlakuannya.
Jeha mengantikan Lahuma bagi menguruskan segala hal dan urusan di sawah
serta urusan keluarga mereka. Sanah dan Milah yang lebih tua banyak
membantu ibu mereka dan juga makin membesar menjadi anak dara. Mereka
makin mahir mengerjakan tugasan arwah ayah mereka itu. Walaupun Jeha
sekali-sekala bersedih di atas kematian suaminya, dia masih menerimanya
dengan redha sebagai ketetapan Allah azzawajalla. Satu-persatu petak sawah
mereka kerjakan. Jeha pula seringkali memikirkan pelbagai urusan hariannya
dan dia selalu mengaitkan semua itu dengan Lahuma. Tanaman di Kampung
Banggul Derdap makin segar dan sihat. Kenduri-kenduri juga bakal diadakan.
Jeha merancang untuk mengadakan kenduri di kubur arwah Lahuma bagi
mendoakan arwah agar jauh dari kesusahan. Dia juga merancang untuk
menjamu orang ramai nasi dari padi yang ditanam Lahuma. Akhir bab,
kesemua 14 relung petak sawah telah ditanam dengan padi.

Bab 10
Mimpi Jeha hanya tingal mimpi. Kiah, anak bongsunya datnag
kepadanya tersengih menyembunyikan sesuatu di sebalik badannya. Setelah
Jeha mengetahui bahawa benda yang disembunyikan oleh Kiah itu ialah
ketam yang diambil di sawah mereka, dia terus bergegas ke sawah itu bagi
membunuh ketam-ketam yang mula merosakkan padi muda yang telah
ditanamnya diikuti anak-anak perempuannya. Jeha menjerit-jerit kemarahan
akibat serangan ketam yang mampu memusnahkan usaha kerasnya itu. Jeha
dan anak-anaknya berhempas-pulas merebus ketam dalam kawah dan dia
menyedari bahawa dia dan anak-anaknya tidak mampu menggantikan
Lahuma yang sangat bertenaga. Malam itu, Jeha solat hajat dan berdoa

kepada Allah agar menjaga padi-padi mudanya itu dari serangan ketam.
Setelah dia tertidur, dia bermimpikan Lahuma dating dengan kakinya berat
dan gemuk bagaikan batang pinang muda. Mukanya bertompok-tompok
laksana baru disengat tebuan seratus ekor. Perutnya buncit dan tegang
berminyak bagaikan kulit gendang raya di masjid. Dari mulut, telinga dan
lubang hidungnya mengalir air bias kekuningan. Dia menolak Jeha dan anakanaknya yang cuba menghampirinya serta meranduk anak-anak padi yang
baru naik serta makan ketam-ketam hingga meletup perutnya. Terjaganya
Jeha dari tidur lalu menganggap mimpinya itu sebagai teguran suaminya
terhadapnya kerana terlalu mudah berserah sahaja kepada Allah tanpa usaha
keras. Akhir bab, Padi-padi muda yang ditanamnya mula membesar, ketamketam mula hilang dan anak-anak ikan mula kembali bermain di sawah itu.

Anda mungkin juga menyukai