Anda di halaman 1dari 31

2008

eBook TERNAKAN
LINTAH SECARA
EFEKTIF Bah. 1
Ke arah Kecemerlangan Hidup

lintahfiber@gmail.com
www.freewebs.com/lintahfiber
1/1/2008
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Percayalah......Secara sedar atau tidak anda telah memulakan satu langkah yang
paling bijak dengan mendapatkan eBook yang pertama seumpamanya di Malaysia. Anda
cukup bertuah kerana membeli eBook kami dengan hanya berharga RM 50.00 demi
memulakan jejak usahawan tani yang berjaya dengan berpandukan manual KAEDAH
TERNAKAN LINTAH SECARA EFEKTIF. Ianya memberi kemudahan kepada sesiapa
saja yang benar-benar berminat untuk memulakan projek ternakan lintah yang satu masa
dulu dianggap sukar untuk dilaksanakan dan ada yang beranggapan tidak masuk akal.
Matlamat saya menghasilkan eBook ini adalah untuk kita sama-sama berkongsi
kejayaan dalam bidang penternakan dan menyampaikan secara terus teknik-teknik atau
kaedah yang paling sesuai dalam mengusahakan projek ternakan lintah secara efektif dan
berkesan. Mengikuti kursus adalah perkara yang sukar bagi kita hari ini. Mungkin ada di
antara kita tidak tahu bagaimana hendak memilih anjuran kursus yang paling berkesan
selain dari kos pembayaran yuran yang mahal mencecah RM500 hingga RM1000. Masa
juga merupakan salah satu faktor, mengapa kita bertangguh untuk memulakan
perniagaan ini kerana banyak di antara kita yang tidak mempunyai masa yang terluang
untuk mehadiri kursus yang dianjurkan. Dengan segala kepayahan yang anda semua
alami, maka saya berusaha gigih untuk membantu anda semua menjalankan perniagaan
dalam penternakan lintah kerana kita sedar potensi untuk berjaya dalam bidang ini amat
besar. eBook ini akan mengajar dan memberi panduan secara terperinci bagaimana untuk
memulakan ternakan lintah di samping terdapat teknik-teknik terbaru yang kami
sediakan, dari masa ke semasa untuk anda lebih berjaya kelak.

Akhir kata dari saya, selamat membaca dan semoga anda berjaya
mengaplikasikan segala maklumat yang telah tersedia. Dengan satu tujuan, untuk kita
sama-sama membongkar rahsia jutawan lintah. Selamat berjaya. “Dari Puncak Ingin Ke
Angkasa, Menyerlah Jauh Dari Yang Biasa....“

Dari Meja Pengarang,


LintahFiber

Peringatan!

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif
Segala maklumat dan isi kandungan eBook ini adalah terpelihara sama
sekali. Anda dilarang mencetak atau menerbitkan eBook ini untuk tujuan
menjual kembali eBook ini. Anda hanya boleh mengubah eBook ini
mengikut kesesuaian dan kepentingan anda sahaja. Satu eBook hanya
untuk seorang pembeli. Jika didapati ada pihak menerbitkan eBook ini
tanpa persetujuan kami dan bertujuan menjualkan kembali, kami akan
mengambil tindakan undang-undang.

Anda dinasihatkan membaca dengan teliti dan memahami keseluruhan isi


kandungan eBook ini sebelum anda mengedit dan menukar sebahagian isi
kandungan eBook ini bagi kesesuaian projek anda nanti.

eBook ini juga boleh digunakan untuk dijadikan kertas kerja bagi tujuan
membuat pinjaman dari institusi kewangan ataupun mendapatkan
peruntukan kewangan. Cuma nasihat kami anda perlu memasukkan
gambaran projek anda yang sebenar dan tidak meniru sebulat bulatnya
dari eBook ini. Kami Cuma membantu anda dengan segala maklumat dan
kaedah yang telah kami praktikan. Jika terdapat masalah ketika anda
menjalankan projek nanti, kami tidak akan bertanggung jawab keatas
kegagalan anda. Tapi jangan gusar, jika ada sebarang kesulitan nanti.
Anda boleh mengajurkan masalah itu nanti melalui email dan kami akan
sedaya upaya akan cuba membantu anda. Insyaallah, dengan berkatnya.
Kita sama berusaha gigih dan jangan putus asa. Yang paling penting
kejayaan kita semua adalah atas usaha kita sendiri.

PROPOSAL

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

PROJEK TERNAKAN LINTAH SECARA EFEKTIF


MENGGUNAKAN KOLAM FIBER DAN KOLAM TANAH

PENGENALAN

L intah kini telah mengikut jejak lebah dan gamat di mana ia mempunyai
nilai komersil yang tinggi untuk dijadikan pelbagai produk berkaitan
kesihatan dan bahan dalam kosmetik. Kira-kira 80 peratus lintah dieksport
dalam bentuk ekstrak cecair untuk kegunaan industri kosmetik. Selain itu hasil
produk ini dikeluarkan dalam bentuk serbuk dan minyak. Lintah kini diternak
secara efektif dan lebih komersil selepas menyedari potensi besar lintah
terutama dalam industri kosmetik di luar negara. Mengikut kajian, lintah pertama
digunakan dalam bidang perubatan adalah kira-kira 1000 SM dalam era purba
India.

Penternakan lintah yang sedang dibangunkan ini merupakan pertama kali


diadakan di Asia dan Malaysia khususnya. Namun begitu perkembangan
teknologi dunia perubatan dan kosmetik yang melibatkan haiwan eksotik seperti
lintah bukanlah suatu perkara yang baru di negara Eropah dan ini merupakan
satu peluang bagi anak bumiputera untuk menerajui bidang ini dan seterusnya
mengkomersilkannya di Malaysia dan Asia. Kegiatan agroteknologi secara tidak
langsung memberi impak yang besar kepada bidang farmasiutikal, herbasiutikal,
kosmesiutikal, industrin bioteknologi, kontrak penyelidikan dan juga bidang
pengeluaran.

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

LOKASI PROJEK TERNAKAN

P rojek Ternakan Lintah Secara Efektif yang dicadangkan akan dijalankan di


tanah lapang Desa Pahlawan berkeluasan 0.8 hektar bertempat di Mukim
Keratong, Muadzam Shah, Pahang. Memandangkan lokasi tersebut terletak
berhampiran dengan tempat tinggal saya. Saya amat teruja untuk
membangunkan kawasan tersebut sekaligus menyahut seruan kerajaan agar
menjadikan sektor pertanian dan penternakan sebagai perniagaan.

Contoh Lokasi

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

TUJUAN

Tujuan Projek Ternakan Lintah Secara Efektif ini dijalankan ialah sebagai
menyahut saranan kerajaan untuk melihat kaum melayu lebih berminat
menceburkan diri dalam bidang pertanian bagi meningkatkan taraf ekonomi
sekaligus mencapai tahap sara diri negara.

Bersesuaian dengan hasrat Perdana Menteri Malaysia dalam kempen


membangunkan modal insan berdaya maju, kami mengambil inisiatif memajukan
kertas kerja ini untuk merebut peluang yang ada sebagai satu titik permulaan
dalam menyumbang kepada masa depan ekonomi negara. Secara tidak
langsung kami ingin mengajak masyarakat belia melibatkan diri dalam aktiviti
keusahawanan yang membawa manfaat menyeluruh merangkumi aspek
pembangunan perniagaan, perpaduan dan sosio ekonomi setempat.

Di antara faktor-faktor yang menyebabkan kami berminat untuk menjayakan


projek ini ialah ;

 Tempoh hasil ternakan yang singkat iaitu selama 4 hingga 6 bulan.


 Kemudahan dari segi mendapatkan kursus asas penternakan.
 Modal permulaan yang tidak terlalu besar dan berisiko kecil.
 Tidak melibatkan perubahan ekosistem alam semulajadi.
 Permintaan pasaran yang tinggi di dalam dan di luar negara.
 Mempunyai strategi pemasaran yang bersistematik.
 Keuntungan yang lumayan.

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

CARA TERNAKAN LINTAH DIJALANKAN

*JENIS LINTAH

T erdapat kira-kira 500 spesies lintah di dunia. Kebiasaan saiznya adalah di


antara 50 milimeter dan boleh mencapai 30 sentimeter. Dalam program
ternakan lintah ini, kami akan menggunakan lintah dari jenis perut bewarna hijau
atau bewarna perang. Ia juga dikenali di kalangan masyarakat tempatan
sebagai lintah kerbau atau nama saintifiknya hirudo medicinalis.

Pemilihan spesies hirudo medicinalis ini adalah kerana permintaan yang


begitu tinggi terhadap lintah jenis ini termasuklah dalam bidang perubatan serta
farmasi. Selain itu, lintah ini juga diperlukan untuk membuat bahan kosmetik dan
menjadi bahan penting dalam penjagaan kesihatan manusia.

*LOKASI TAPAK PROJEK

T anah lapang yang terbiar di kawasan Desa Mawar yang berkeluasan 0.8
hektar bertempat di Mukim Bebar, Muadzam Shah, Pahang Darul
Makmur. Lokasi ini mampu menampung sebanyak 20 buah kolam fiber, 10 buah
kolam tanah dan sebuah stor peralatan.

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

*JENIS KOLAM
Jenis kolam yang akan digunakan ialah dari jenis fiber atau gentian kaca.
Saiz kolam fiber ialah 4 kaki X 4 kaki sebanyak 20 buah kesemuanya dan 10
buah kolam berkeluasan 1000 kaki persegi setiap sebuah. Dengan penggunaan
2 jenis kolam ini, hasil tuaian dapat dimaksimakan pada kos perbelanjaan yang
paling efektif.

FUNGSI KOLAM
Kolam ternakan lintah ini berfungsi untuk menampung air bagi habitat lintah.
Kedalaman isipadu air yang diperlukan bagi setiap kolam adalah 1 kaki.

KESELAMATAN
Keseluruhan kawasan kolam akan dipagar mengikut spesifikasi keselamatan
yang paling maksimum untuk menjamin keselamatan orang ramai dan mengelak
dari berlakunya kecurian. Keadaan kolam akan dipantau 24 jam sehari.

RISIKO PENCEMARAN RENDAH


Segala aspek kebersihan dan keselamatan amat dititikberatkan untuk
mengelak berlakunya pencemaran dan sebarang penyakit dari merebak. Segala
panduan dan khidmat nasihat, aspek kebersihan serta penjagaan akan dirujuk
kepada Jabatan Pertanian Daerah Rompin. Di samping itu juga, air sentiasa
akan diuji tahap kandungan PHnya supaya kualiti ternakan dan penjagaan alam
sekitar sentiasa terpelihara dengan baik.

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

PEMASARAN

Pembeli Utama

Anda boleh mencari pasaran sendiri dengan menjual kepada pemborong atau
syarikat yang sedia membeli lintah secara pukal. Kami hanya membeli lintah dari
anda sekiranya ada permintaan. Langkah terbaik untuk menjual lintah ialah
jangan meletakkan harga terlalu tinggi sehingga pemborong sukar membeli
dengan secara pukal. Anda juga boleh iklankan melalui internet dengan
menyertai forum yang berkaitan jual beli lintah. Biasanya pemborong atau
pembeli lintah akan mencari maklumat penternak melalui internet.

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

SRUKTUR BINAAN DAN BAHAGIAN-BAHAGIAN DALAMAN LINTAH


3 lapisan otot yang kuat:
a. Otot ‘circular’
b. Otot ‘diagonal’
c. Otot ‘longitudinal

Organ jantan dan betina berada pada satu individu.

MENCARI MAKANAN

 Bermula dengan pergerakan kepala.

 Diikuti dengan pusingan badan.

 Kedudukan berjaga-jaga akibat gangguan


atau kehadiran mangsa

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

CARA MAKAN

• Lintah dengan rahang bergigi pada penghisap anterior – melekap pada


mangsa dan mengeluarkan bahan anti pembekuan darah (hirudin).
• Lintah tanpa rahang bergigi dan tiada penghisap – melekap pada mangsa,
menggunakan jarum kecil untuk menusuk mangsa, mengeluarkan enzim
(hemetin) yang mencairkan darah beku mangsanya.
• Ia boleh hidup di dalam cecair badan mangsa/ perumahnya.
• Jenis lintah tanpa rahang dan gigi boleh menelan mangsa.
• Mangsa terdiri daripada invertebrat kecil.

BAHAGIAN MULUT LINTAH

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

PEMBIAKAN
• Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan).
• Walaubagaimana pun lintah perlu mengawan untuk membiak.
• Ke dua-dua pasangan lintah akan mendermakan sperma ke badan
pasangan.

Telur berada di dalam kokun à kokun dilekatkan di bawah batu atau daun.
Telur pada induk à menetaskan anak pada induk.

Kokun sangat tahan dalam keadaan sekitar yang ekstrim.

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

RESPIRASI
• Mendapat oksigen melalui kulitnya yang lembap.
• Jika keadaan sekitar dalam air kurang oksigen, lintah akan timbul ke
permukaan.

HABITAT HIDUP
• Lintah hidup di kawasan panas, yang terlindung dan kurang pengaruh air
berarus.
• Kedalaman paling sesuai adalah 2 meter.
 Lintah yang bukan parasit akan mengelak diri daripada cahaya dan
bersembunyi di bawah batu, tumbuhan akuatik atau di dalam serpihan
sampah.
 Sesetengah spesis paling aktif di waktu malam.
 Lintah tidak suka air yang rendah nilai kapur ( air masam ).
• Di Amerika Utara kebanyakannya dijumpai di dalam air tawar dan air laut.
• Di kawasan Tropika kebanyakannya
hidup di darat.

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif
KAEDAH TERNAKAN LINTAH
SECARA EFEKTIF DI MALAYSIA

STATUS BIOTEKNOLOGI
• Pendedahan kepada konsep bioteknologi terkini dalam sistem ternakan
lintah.
• Pendedahan kepada kegunaan lintah secara biologi dalam sistem
rawatan tradisional dan moden.
• Perkenalkan kepelbagaian fungsi dan kebaikan lintah dalam perubatan,
kosmetik, herbasiutikal dan farmasiutikal.
• Perkenalkan kepelbagaian produk berasaskan lintah dengan keperluan
bioteknologi.

STATUS SEKTOR EKONOMI


• Menjana pendapatan lebih dengan kos penyelenggaran ladang yang
mudah, selamat dan murah.
• Menyediakan peluang pekerjaan kepada semua jenis latar belakang
akademik.
• Bidang penerokaan yang baru pada siswazah menggganggur.
• Melibatkan aktiviti eksport untuk komoditi basah dan ekstrak lintah.

LINTAH DAN KEPENTINGAN


• Meringankan rasa sakit.
• Melancarkan peredaran darah.
• Mengalami masalah pada sendi lutut. Ia akan merasa lebih baik setelah
menempelkan lintah pada lukanya selama beberapa minggu.
• Penyembuh serba guna.
• Untuk mengurangkan ulser pada lidah dan bengkak dalam mulut serta
meringankan sakit bisul, buasir serta pendarahan usus.

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif
Status Penternakan
Terdapat 2 kaedah sistem ternakan lintah secara komersil iaitu:
1. Kaedah Ternakan Secara Terbuka.
2. Kaedah Ternakan Secara Tertutup.

Kaedah Ternakan SecaraTerbuka


• Ia dikenali sebagai Kaedah Ternakan Kolam Tanah.
• Keluasan setiap kolam adalah 1, 000 kaki persegi.
• Kedalaman air setinggi 1.0 - 2.0 kaki.
• Mempunyai 2 mahligai ( 4 kerek telaga ).
• Diliputi lapisan plastik pada dasar kolam dan lapisan pasir tanah.

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Kaedah Ternakan Secara Tertutup


• Ia dikenali sebagai Kaedah Ternakan Dalam Akuarium atau Tangki Fiber.
• Kaedah ini menggunakan kombinasi bunga teratai dalam proses
pembiakan.
• Sekurang-kurangnya 19 akuarium digunakan dalam proses penternakan.

Agronomi Dan Amalan Kultur


Aspek penting yang perlu diambil:
• Keperluan Tanah dan Iklim.
• Penyediaan Tanah.
• Kualiti Air.
• Penternakan.
• Penjagaan dan Pemakanan.

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

PEMAKANAN
Pelbagai jenis haiwan invetebrata
menjadi makanan lintah
termasuklah
 Cacing
 Siput
 Larva Serangga
 Belut
 Lumpur
 Katak
 Organisma kecil

Waktu Dan Cara Pemakanan


 Belut atau makanan lain perlu diberi pada sebelah malam dan kolam
terbabit perlu disediakan lampu.
 Jadual pemakanan yang diberi adalah yang paling minimum.
 Sebaik-baiknya untuk penjagaan optimum, satu kolam perlu diberikan 3
hari sekali.
 Kuantiti belut yang disediakan adalah untuk 3 ekor belut yang menyamai 1
kilogram (standard size di pasaran).
 2 sangkar belut perlu disediakan untuk proses ini. Satu sangkar
diperlukan untuk 2 ekor belut (Jumlah = 4 ekor - 1 lebih).
 Ke dua-dua sangkar (ditutup) ditenggelamkan di setiap penghujung kolam
berhampiran mahligai.

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Cara Tangkapan
1. Penangguk.
2. Tukun.

• Pakaian Tangkapan
- Baju Kalis.

• Pembungkusan
1. Tabung Plastik (1kg).
2. Besen.

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Produk-Produk Yang Berasaskan Lintah


Jenis-Jenis Produk Siap
• Terdapat banyak rangkaian syarikat berasaskan produk lintah seperti:
- Minyak Lintah Tapa
- Cream Oil
- Lotion
- Gel Tapa

Jenis-Jenis Ekstrak
• Terdapat 3 bentuk penyediaan ekstrak yang dijalankan :

1. Ekstrak Serbuk.
2. Ekstrak Cecair.
3. Ekstrak Minyak.

Produk Dalam Bentuk Ekstrak


1. Ekstract Powder:
i. Soluble.
ii. Non-Soluble.
2. Ekstract Liquid.
3. Eksract Oil Liquid.
4. Esential Oil.
5. Oil.
6. Water Ekstract.

Institusi / Bank Untuk Pinjaman


A) MARA
B) TEKUN
C) Bank Pertanian Malaysia

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Penyata Aliran Tunai FASA I

Bagi 20 buah tangki fiber

Perkara Kuantiti Jumlah (RM)


Kanvas 2 300.00
Enjin Air 1 480.00
Kolam Fiber 20 4,800.00
Plastik Uv 3 225.00
Lampu dan peralatan 2 250.00
Paip PVC 5 50.00
Kos lain-lain 414.70
Kos Induk 4 kilo 1,000.00
Kos makanan 6 bulan ( 20 kolam ) 1,000.00
Utiliti 100.00
Jumlah Keseluruhan RM xxxxxxx

Penyata Aliran Tunai FASA II ( Projek masa hadapan )

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Bagi 10 buah kolam tanah

Perkara Kuantiti Jumlah (RM)


Upah bersih tanah 2 hari 600.00
Kerek telaga 40 1,000.00
Kayu 3,000.00
Kanvas 10 7,000.00
Tiang pagar konkrit 52 468.00
Kawat duri 10 630.00
Pagar jaring besi 10 3,500.00
Lampu kalimatan 10 115.00
Paip PVC 300.00
Pasir 12 tan 1,980.00
Kos Induk 20 kilo 5,000.00
Kos makanan 6 bulan ( 10 kolam ) 5,670.00
Enjin air 2 480.00
Kos gali telaga 2 1,400.00
Utiliti 2,000.00
Jumlah Keseluruhan RM 33,143.00

ANGGARAN JUALAN LINTAH KOLAM TANAH

Harga Pasaran

1 kilogram lintah dewasa RM 70.00


1 kilogram lintah induk RM 250.00
1 kilogram mempunyai 100 ekor lintah

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Anggaran lintah setiap kolam ( sekali bertelur )

1 kolam = 200 ekor induk


1 ekor induk membiak 320 ekor anak
1 kolam 200 ekor induk X 320 ekor anak = 64,000 ekor
64,000 ekor X 10 buah kolam = 640,000 ekor anak
640,000 / 100 perkilo = 6,400 kilo
6,400 kilo X RM 70.00 perkilo = RM 448,000.00

Puratanya semusim tuaian ialah 6 tan ke atas.

Fasa I Kolam Fiber

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Pelan Kolam Fiber

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

20 kaki

7 kaki <----20 kaki---->

Fasa II Kolam Tanah

Gambarajah Kolam Tanah

7 kaki
9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

50 kaki

Keluasan dan ukuran kolam ( Adjacent )

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Ukuran Kedalaman Kolam

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Kedudukan Mahligai

Ukuran Mahligai

Reka Bentuk Mahligai

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

2 mahligai bagi sebuah kolam berukuran 20’ x 50’ persegi

Menebuk Mahligai

Setelah Kanvas Ditebuk

pasak pasak

--------------- --------------------

Menampal Mahligai ( mengawal resapan air )

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Pandangan sisi

Pandangan atas

Gambarajah Pembinaan Pagar Keselamatan

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Panjang 3 kaki
Tiang 1 x 3 inci

9
2008 eBook Ternak Lintah Secara Efektif