Anda di halaman 1dari 24

2008

eBook TERNAKAN
LINTAH SECARA
EFEKTIF Part 2
Kearah Kecemerlangan Hidup

lintahfiber@gmail.com
www.freewebs.com/lintahfiber
1/1/2008
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

2008

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

2008 KAEDAH TERKINI


Apa yang anda teliti tadi adalah kaedah kebanyakkan penternak lintah yang ada
pada masa kini. Tibalah masanya saya memperlihatkan keistimewaan eBook ini
pada anda. Anda dikehendaki meneliti dan memahami segala apa yang akan
say terangkan nanti. Apa yang kami akan terangkan nanti adalah dari
pengalaman dan kajian secara terperici kami setelah setahun menyelidik dan
mencari kaedah terbaik bagi tujuan penternakkan yang berkesan.

Pengenalan Biologi Lintah

Apa yang kami perhatikan lintah adalah sejenis haiwan pemakan darah dan
hidup didalam paya atau tempat yang mempunyai air seperti sungai atau paya.
Lintah pada asasnya tidak memakan darah semata-mata. Ia hanya memakan
darah bila ia perlukan tenaga dan proses mengawan. Semakan banyak ia
memakan darah, semakin agresif ia untuk mengawan. Makanan biasa lintah
ialah lumut dan organisma kecil yang terdapat didalam air itu sendiri.

Habitat Yang Sesuai

Kita sedaya upaya mesti menyediakan tempat tinggal lintah atau kolam sama
seakan akan tempat tinggal asal lintah seperti paya ataupun sungai. Lintah lebih
gemar mendiami tempat yang redup dan lembab. Tangki Fiber atau Polytank
hendaklah direndam dengan batang pisang terlebih dahulu iaitu selama
seminggu untuk menghilangkan bahan kimia. Jika anda menggunakan kolam
simen. Bahan-bahan yang ada didalam kolam fiber ini juga perlu dimasukkan
kedalam kolam simen anda. Seelok-eloknya kolam hendaklah berada dibawah
redupan pohon atau tempat yang lembab.

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

2008 PENERANGAN
1. Pasu Tanah Liat

Kami gunakan pasu tanah liat kerana lintah amat gemar tinggal dibawah
pasu ini yang berkeadaan sejuk dan menjadi perumah bagi lintah.

2. Jaring Semaian

Ia digunakan untuk meredupakan sekeliling kolam tersebut. Ini kerana


lintah lebih agresif mengawan dalam keadaan yang gelap dan dingin.
Selain itu, tujuan kami memilih jarring semaian ini adalah mengelakkan
kolam dari dimasuki nyamuk dan menjadi tempat pembiakan nyamuk.

3. Keladi Bunting dan Pokok Kiambang

Keladi bunting dimasukan adalah bertujuan menjadi tempat lintah bertelur.


Telur yang berbentuk kokun akan melekat diakar-akar pokok keladi
bunting. Selain keladi bunting, kami juga galakkan anda menggunakan
pokok kiambang. Mungkin pokok-pokok ini menjadi masalah untuk anda?
Mungkin juga ianya susah untuk diperolehi. Anda boleh menggunakkan
teknik terbaru kami iaitu menggunakan papan atau tunggul kayu. Papan
dan tunggul kayu ini dibiarkan terapung untuk mendapatkan lumut
semulajadi dan menghasilkan organisma kecil dari kayu dan papan ini.

4. Paip PVC

Paip PVC juga boleh digunakan untuk lintah berlindung atau dijadikan
perumah.

5. Kualiti air

Lintah memerlukan air yang bersih dan bebas dari mengandungi


kandungan asid. PH yang paling baik ialah diantara 5.0 keatas. Biasanya
jika anda menggunakan air perigi ataupun air dalam tanah. Kandungan
PHnya ialah diantara 5.5 hingga 6.5. Saya tidak mengalakan anda
menggunakan air sungai jika ia tidak benar-benar ditapis kerana ini akan
menyebabkan ikan atau terlur-telur ikan masuk kedalam kolam lintah
anda. ikan yang hidup didalam kolam lintah anda akan menjadi pemangsa
kepada telur dan anak-anak lintah anda nanti. Ini akan merugikan anda.
banyak diantara penternak lintah tidak menyedari risiko ini. Jangan
sesekali menggunakan air paip.

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

6. Wap Lumpur
2008 Untuk hasil yang lebih baik. Saya suka sarankan anda menggunakan
pasu bunga yang berisi tanah lumpur dan ditengelamkan didalam kolam.
Ini adalah untuk memelihara air kolam supaya menjadi habitat asal lintah
yang tinggal dipaya. Air kolam nanti akan berbau lumpur sepertimana bau
air paya. Wap ini akan bertindak meneutralkan semula air sekiranya
tercemar.

Keselamatan

Kami juga gunakan jaring hijau untuk mengelakkan lintah daripada


keluar. Jaring hijau ini dilekatkan dengan menggunakan dawai yang diikat pada
rangka yang ditebuk pasang pada dinding kolam fiber. Dibahagian bawah tangki.
Anda perlu menebuk lubang untuk dipasangkan kepala paip bagi tujuan
penukaran air dilakukan. Sebaik-baiknya air tidak perlu salalu ditukar bagi
mengelakkan telur atau anak lintah mengalir keluar. Didalam paip air tersebut
anda perlu letakkan span supaya ia lebih selamat.

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

2008
Span Keselamatan

Selain jaring kami gunakan kaedah baru iaitu menampal span tilam pada dinding
kolam fiber. Ini menghalang lintah keluar kerana span tidak mempunyai
permukaan yang rata dan lintah tidak dapat menyedut untuk keluar dari tangki
atau kolam.

Cara Membuat Gam Span

Semestinya kerja penampalan span ini akan memerlukan gam yang banyak.
Kami juga sediakan bagaimana cara untuk anda hasilkan sediri gam dari
campuran petrol dan polistrim. Gaulkan sehingga pekat dan boleh disapukan
pada permukaan span tadi. Mudah bukan?

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Kaedah Pemakanan Alternatif


2008
Untuk menjalankan projek ternakan lintah. Kos makanan lintah memainkan
peranan yang amat penting. Lintah memerlukan makanan yang banyak untuk
menggalakkan tumbesaran dan melalui proses pembiakan yang berterusan.
Tanpa makanan yang secukupnya lintah tidak dapat membiak dengan cepat dan
banyak.

Harus difahami. Lintah juga memerlukan makanan yang berkhasiat dan betul-
betul menjadi kegemaran yang sepertimana dikehendaki oleh lintah itu sendiri.
Tanpa makanan yang cukup dan berkhasiat ini akan melambatkan proses
pembiakan lintah. Seperti yang saya katakana sebelum ini. Darah yang disedut
lintah itu kan menyebabkan lintah menjadi agresif untuk mengawan. Selain
keadaan habitat dan kualiti air yang sememangnya kita harus titi beratkan. Lintah
biasanya bertindak agresif pada waktu malam. Kerana udara pada waktu itu
akan lebih sejuk dan lembab.

Pemakanan Alternatif yang akan saya tunjukan nanti akan mengantikan sama
sekali penggunaan belut dan ikan keli. Seperti yang kita tahu harga belut
sekarang mencecah RM12 sekilo dan amat payah diperolehi. Risiko belut mati
semasa dalam perjalanan juga akan merugikan kita. Sama juga dengan ikan keli.
Ikan keli bukanlah makanan kegemaran lintah. Ini kerana darahnya yang sedikit
berbanding belut. Cuba anda bayangkan? Sekilo belut yang harganya RM12
darahnya tidak sampai pun segelas air. Itu belum dikira bila lintah kita berjumlah
beribu-ribu ekor. Pastinya kita memerlukan 100 kilo keatas. RM12 X 100kg
= ?????. itu pun kalau belut mudah diperolehi. Pening kan!!!

Melalui teknik saya ini. Anda hanya perlu tempah dan ambil mengikut keperluan
anda saja. Apa benda tu?.. Makanan yang saya maksudkan ialah DARAH
LEMBU. Anda hanya perlu mencari penyembeli lembu. Tempah mengikut
kehendak anda dan bayar sebagai saguhati saja. Mudah bukan. Anda dapat
kurangkan 300% kos sebenar makanan berbanding penggunaan belut. Saya
Cuma syorkan anda menggunakan darah lembu kerana apa yang saya
perhatikan lintah lebih gemar menghisap darah lembu berbanding darah
binatang lain. Jangan gunakan darah ayam. Saya risaukan ada kesan
sampingan kepada organ seks lintah. Kerana ayam melalui proses kimia yang
bayak sebelum disembelih. Bagaimana caranya?

Tapi harus diingat. Anda perlu memberimakan lintah anda secara berselang seli
diantara belut dengan darah lembu. Sebaiknya anda member belut sekerap
mungkin kerana ini akan menggalakan lintah bertelur dengan banyak dan anak
lintah dapat hidup dengan sihat

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Kaedah Memberi Makan Alternatif

2008 1. Anda perlu membeli darah dari mana-mana penyembelih atau rumah
penyembelihan

2. Bayar sedikit atas ucapan terima kasih. RM10 sudah memadai.

3. Biarkan darah membeku sendiri atau bekukan dalam peti ais. Ia akan
kelihatan seperti hati lembu.

4. Potong ikut kehendak anda.

5. Saya nasihatkan anda membuang dulu air buih darah tersebut supaya
darah dapat membeku dengan cepat.

6. Letakan darah diatas pasu tanah liat atau pun papan. Jangan biarkan
darah tadi terus tenggelam dalam air. Kerana dibimbangi air kolam akan
kotor.

7. Beri makan 3 atau 4 hari sekali. Ini adalah mempercepatkan lintah


membesar dan membiak.

8. Menggunakan darah asli. Anak lintah biasanya dapat dilihat melekat pada
papan,
Pokok kiambang atau pasu tanah liat pada hari yang ke14.

9. Harus diingati anda dilarang memasukkan tangan kedalam kolam tanpa


memakai sarung tangan getah. Ini dibimbangi anak lintah yang susah
dilihat akan melekat pada tangan dan jari anda. Ini mendatangkan
bahaya.

10. Bagaimana rupa anak lintah? Anak lintah akan kelihatan seperti seekor
cacing kecil yang berwarna merah kemerahan. Ia akan bertukar warna
mengikut umur dan peringkat tumbesaran lintah.

11. Ingat cara anda memberi makan lintah akan ada kesannya pada lintah itu
sendiri.
Bagi sebuah kolam saya sarankan anda memeberi makana lintah pada
hujung kolam anda. Jangan sesekali mengubah tempat member makan
lintah sesuka hati. Ini kerena lintah akan keliru dimana seharusnya ia
mendapatkan makanan. Ini juga memudahkan anda. Setiap kali anda
mahu memberi makan lintah anda. Anda tidak perlu mengumpan dahulu,
kerana lintah tadi sudah terbiasa dengan tempat yang anda tetapkan
untuk makanan lintah anda.

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Kaedah Pemakanan Belut

1. Belut hendaklah diletakkan didalam sangkar yang sempit supaya belut tadi
2008 tidak menggit lintah semasa ia menghisap darah. Ini boleh menyebabkan lintah
anda mati.

2. Satu lagi cara ialah dengan menggunakan mata kail yang disangkut dimulut
belut dan diikat ditepi kolam. Lintah akan memanjat badan belut untuk
menghisap darah. Pastikan separuh badan belut berada didalam air.

3. Anggaran makanan.

Induk Minggu Bulan 1 Bulan 2 Bulan 3 Bulan 4 Bulan 5 Bulan 6


1000 3KG 12 KG 13 KG 14 KG 15 KG 16 KG 17 KG
ekor
Jumlah 87 KG

Nota : 3KG seminggu, contah kuantiti lintah sekilo (5 ekor) anda boleh
bahagi kepada sehari 2 ekor belut.

Melepaskan Induk Lintah

Langkah 1 ( penyediaan kolam )

Sediakan terlebih dahulu kolam induk lengkap dengan material seperti pasir,
batu sungai, pasu tanah liat, pasu bunga berisi tanah ( Wap Tanah ), paip PVC
dan pokok kiambang. Pastikan air sedalam 1 kaki.

Langkah 2 ( memberi makan induk )

Sediakan tong drum atau kolam kecil. Masukkan induk lintah mengikut
kesesuaian keluasan tong atau kolam yang digunakan. Masukkan beberapa ekor
belut. Biarkan lintah menyedut darah belut seberapa banyak sampai lintah-lintah
anda kekenyangan. Mungkin langkah ini berterusan beberapa hari.

Bagaimana hendak pastikan lintah anda sudah kenyang?

Biasanya bila belut didalam tong atau kolam masih hidup walaupun sudah
seharian berada didalam tong dan tiada kelihatan lintah melekat pada badan
belut. Itu menandakan lintah sudah kekeyangan. Ataupun bilangan lintah yang
melekat pada badan belut sudah berkurangan dari hari pertama belut
dimasukkan.

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Kenapa saya gunakan tong atau kolam kecil?

Ini adalah bertujuan memeberi makan lintah secara berterusan dan memastikan
2008 semua induk lintah mendapat makanan yang secukupnya. Bila tong atau kolam
kecil digunakan. Keluasan akan menjadi kecil. Ini akan memudahkan lintah tadi
mengejar belut yang berada didalam tong atau kolam yang kecil.

Langkah 3 ( mengasingkan induk )

Selepas proses diatas selesai. Masukkan semua induk yang sudah kenyang
kedalam kolam yang siap dengan material seperti yang saya nyatakan di
Langkah 1 tadi. Pastikan pokok kiambang didalam kolam tersebut banyak dan
mempunyai ruang cahaya yang secukupnya. Kemudian tutup kolam anda
dengan jarring nyamuk. Saya sarankan anda hanya menutup kolam disebelah
malam. Ini kerana disebelah siang pokok kiambang tadi memerlukan cahaya
matahari untuk terus hidup. Selain itu lintah akan lebih agresig pada waktu
malam. Pada masa ini anda boleh member makan lintah anda selama 3 hingga 4
hari sekali.

Bagaimana caranya lintah anda akan bertelur?

Apabila lintah anda kenyang dan dimasukkan kedalam kolam tetap. Lintah yang
akan bertelur biasanya kelihatan seperti menari-nari atau mengoyangkan badan
setiap masa. Ini menandakan ia akan bertelur. Lintah ini akan mencari pokok
kiambang, batu sungai dan pasu tanah liat untuk bertelur. Rupa telur lintah
seakan-akan seperti kahak putih kekuning-kuningan.

Langkah 4 ( mengasingkan anak lintah )

Selepas 2 bulan lintah induk diletakkan didalam kolam tetap. Anak-anak lintah
biasanya sudah membesar dah akan melekat di sekitar akar atau daun-daun
pokok kiambang. Ini kerana akar atau organism yang melekat pada pokok
kiambang menjadi makanan utama anak-anak lintah tadi. Pada masa ini anda
mestilah sudah menyediakan kolam lain untuk proses pemindahan anak-anak
lintah ini.

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

2008 Bagaimana hendak memindahkan anak lintah?

Didalam langkah 3 saya mengingatkan anda supaya memasukkan pokok


kiambang seberapa banyak didalam kolam. Tujuannya supaya memudahkan kita
mengasingkan anak-anak lintah kedalam kolam yang berasingan. Seperti yang
saya terangkan sebelum ini, anak lintah yang sedang membesar atau berusia 2
bulan akan melekat pada pokok kiambang. Anda perlu alihkan pokok kiambang
ini kedalam kolam yang baru. Selain pokok kiambang. Batu sungai dan pasu
tanah liat juga perlu diteliti kerana anak lintah juga gemar melekat pada batu dan
pasu tanah liat ini. Biarkan anak lintah didalam kolam baru dan diberimakan
seperti biasa.

Langkah 5

Kolam induk yang dialihkan pokok kiambang tadi haruslah dimasukkan pokok
kiambang yang baru bagi tujuan proses yang sama (bertelur) selang 2 bulan
selepas itu, ulang langkah 4 iaitu cara mengasingkan anak lintah. Teruskan
semua langkah ini berulang kali. Sehinggalah induk lintah tadi mati atau pun
menopause.

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

PELAN KOLAM SIMEN


2008
10 kaki

30 kaki

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

PANDANGAN HADAPAN

2008
10 KAKI

PANDANGAN SISI

30 KAKI

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

Cara Plaster Kolam Simen


2008

Bahagian luar kolam hendaklah di plaster sepenuhnya

Dinding disebelah dalam kolam hendaklah diplaster setinggi 2 kaki.

1. Tujuan kolam di plaster adalah untuk mengelakkan berlakunya kebocoran


sewaktu air dimasukkan.

2. Kenapa dinding dibahagian dalam perlu diplaster setinggi 2 kaki?

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif
Ini kerana untuk mengelakkan lintah daripada memanjat keluar dari
kolam. Lintah tidak akan dapat memanjat atau berpegang dipermukaan
simen yang tidak diplaster kerana permukaannya yang kasar dan tajam.
2008

Pemasangan Jaring Keselamatan

Penerangan

1. Rangka Slid Jaring Nyamuk

Bertujuan untuk menghalang benda asing dan nyamuk daripada


memasuki kolam.

2. Kayu Spin

Adalah untuk melekatkan Jaring Keselamatan dan Rangka Slid


Jaring Nyamuk.

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif
3. Jaring Keselamatan

Diperbuat dari jaring nyamuk. Bertujuan untuk mengelakkan


lintah daripada keluar.
2008

Reka bentuk Rangka Slid Jaring Nyamuk

Pandangan Atas

Rangka Slid Jaring Nyamuk boleh dilipat

Membuat Rangka Slid Jaring Nyamuk

1. Bina kerangka 4 segi terlebih dahulu mengikut saiz kolam yang mahu
ditutup. Contoh kolam bersaiz 5’X15’.

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

2008

Cara jaring nyamuk dilekatkan pada kerangka

Kayu spin

Jaring Nyamuk

Kerangka

setelah semua dilekatkan, paku kayu spin pada kerangka untuk mengukuhkan
kedudukan jaring. Jika jarring masih belum tegang, pakukan kayu spin di tengah-
tengah kerangka. Lihat gambarajah dibawah. Untuk menyambungkan kedua-dua
kerangka ini. Anda perlu menggunakan engsel supaya ia boleh dilipat.

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

2008

Gambarajah Penggunaan Rangka Slid Jaring Nyamuk

Bila Rangka Slid Nyamuk Ditutup

Bila Rangka Slid Nyamuk Dibuka

Pandangan Dari Atas

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

2008

Gambarajah Kolam Siap

Kanvas

Tiang Kanvas

1. Lantai kolam hendaklah diletakkan plastik putih sebelum dikonkrit untuk


mengelakkan kebocoran berlaku.
2. Anggaran untuk 4 buah kolam ialah RM2000 hingga 2500

GAMBARAN DALAM KOLAM

POKOK KIAMBANG / POKOK KELADI BUNTING

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif

2008

BATU SUNGAI PAIP PVC PELANTAR TEMPAT MAKAN

AIR SEDALAM 1 KAKI PASIR PASU WAP TANAH

Penerangan

1. Kolam yang sudah siap dibina hendaklah mengalami proses peneutralan


terlebih dahulu.
2. Masukan air penuh kedalam kolam dan biarkan selama 2 hari. Ulang
selama seminggu.
3. Kemudian masukkan air bersih dan induk boleh dilepaskan.
4. Sebelum itu, pastikan material didalam kolam diletakkan. Ini kerana lintah
yang dilepaskan nnti akan mencari perumah untuk berlindung. (paip PVC,
batu sungai dan pasu tanah liat).

INFO: Lintah

• Lintah banyak digunakan untuk ramuan kosmetik dan industri perubatan.


• Lintah liar semakin sukar ditemui di sungai kerana banyak bahan kimia
terenap manakala di sawah padi, penggunaan mesin bajak menggantikan
kerbau menyebabkan habitatnya semakin pupus.
• Bekalan lintah semakin berkurangan menyebabkan harganya melambung
sehingga mencecah RM120 sekilogram.
• Untuk 100 kilogram lintah yang diternak, ia memerlukan 30 hingga 40 kg
belut.
• Lintah juga boleh mendapatkan sumber pemakanan daripada anak katak,
larva terampai dalam air serta spesis umbut daun tertentu.
• Lintah boleh membesar enam hingga 10 kali ganda saiz asalnya.
• Induk lintah boleh menghasilkan 300 hingga 500 benih lintah sekali
bertelur. Tetapi mengikut perhatian kami. Satu kokun telur yang dihasilkan
oleh setiap ekor lintah mempunyai 20 hingga 30 ekor lintah saja. Kami

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif
tidak mempunyai bukti kukuh yang menyatakan telur lintah mampu
menghasilkan 300 hingga 500 ekor anak seperti yang diberitahu oleh
setiap anjuran kursus.
• Lintah adalah hermapordit (jantan dan betina dalam satu badan), tetapi
2008 perlu mengawan untuk membiak. Kedua-dua lintah akan menyalurkan
sperma ke badan pasangan.
• Lintah akan melepaskan gigitan selepas darah yang dihisap mencukupi.
• Lintah boleh menghisap darah lima kali melebihi berat badannya.
• Lintah dikutip dengan cara pengumpul berdiri dalam tasik atau kolam dan
apabila lintah melekat di kaki, mereka mencabut dan disimpan dalam
bakul untuk dijual.

Kita mungkin jijik atau geli melihat haiwan yang bernama lintah. Namun di
sebalik semua itu tersimpan manfaat yang begitu besar di dunia perubatan
moden. Menurut kajian, lintah dijadikan ubat untuk merawat pesakit dan
melancarkan peredaran darah manusia. Lintah atau nama saintifiknya Hirudo
medicinalis dikenali sebagai sumber perubatan bermula di pusat pelatih
perubatan di Jerman. Dikatakan setiap tahun kira-kira 250,000 ekor lintah
digunakan untuk mengatasi masalah pendarahan dan juga digunakan dalam
pembedahan plastik. Terbukti kaedah rawatan dengan menggunakan lintah ini
adalah sejak abad pertengahan lagi.

pada masa itu, pesakit yang mengalami masalah pada sendi lutut akan
merasa lebih selesa apabila melekatkan lintah pada luka mereka selama
beberapa minggu. Kini, lintah diakui sebagai pembantu manusia. Di kerongkong
tempat isapannya terdapat tiga rahang yang berbentuk seperti setengah gergaji
yang dihiasi sampai 100 gigi kecil. Mengambil masa selama 30 minit lintah untuk
menyedut darah dan didapati sebanyak 15 ml darah yang diisapnya. Darah
tersebut sudah cukup untuk menampung hidupnya selama setengah tahun (6
bulan). Dalam air liur lintah mengandungi zat aktif yang dianggarkan terdapat 15
unsur, di antaranya zat yang terkandung dalam putih telur “hirudin” yang
bermanfaat untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandung
“penisilin”. Lintah juga digunakan sebagai ubat kepada penyakit skizofrenia
maupun depresi, juga untuk merangsang mata, mengempiskan lidah bengkak,
dan meringankan rasa sakit usus buntu serta perdarahan. Kemampuan lintah ini
menarik perhatian Manfred Roth. Maka, sejak sepuluh tahun lalu ahli zoology
dan pecinta haiwan “haus” darah ini menjadi pengelola dan satu-satunya

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif
pengimport lintah di Jerman. Ia membiakan binatang ini pada bekas-bekas kaca.
Lintah peliharaannya diletakkan di antara tumbuhan air, seperti bunga teratai, di
kolam berair jernih dengan pengawasan kebersihan yang rapi.
Sekurang-kurangnya ada 19 kolam tempat pemeliharaan. Tahun ini saja
2008 dihasilkan 100000 ekor lintah untuk dipasarkan kepada doktor, klinik dan tabib.
Kerana keupayaannya tadi, dalam Bahasa Inggris seorang tabib pada Abad
Pertengahan dianggap sebagai leechers.

Orang Teuton (Jerman kuno) mengertikan leech hampir sama ertinya


dengan kata “penyembuh”. Dhanvantari, salah seorang dewi India, dalam
Ayurveda digambarkan memegang seekor lintah di salah satu dari empat
tangannya. Jadi, haiwan yang menakutkan kerana ia menghisap darah ini
menyimpan sejuta rahsia yang sangat bermanfaat kepada manusia. Menurut
pengguna lintah sebagai tujuan perubatan cara menggunakannya adalah setelah
digunakan mestilah dibuang kembali ke dalam sawah kerana dikuatiri akan
terkena jangkitan seperti hiv semasa merawat pesakit. Model perniagaan lintah
dalam rawatan moden. Lintah kini adalah sebagai punca pendapatan kepada
segolongan usahawan yang mengusahakan projek lintah ini.

Terdetik dalam hati saya bahawa model perniagaan lintah ini mampu
memberi suatu pulangan yang lumayan bila kena pada cara penternakkannya
dan sentiasa ada “supplier”. Saya mengambil inisiatif ini untuk mengumpulkan
segala artikel yang ada mengenai lintah ini yang saya ambil di forum-forum dan
saya satukan semua untuk rujukan anda di masa hadapan dan saya akan
update dari masa ke semasa dan saya harap tak ada isi ciplak hak cipta lagi kali
ini. Dalam penternakkan lintah ini saya ingin menekankan beberapa aspek
penting yang perlu diambil oleh penternak lintah iaitu:

Pemasaran, Syarikat yang terbesar yang mengambil lintah-lintah ini adalah Art
Soulist Sdn Bhd dengan cara contract farming, laman webnyer
http://www.artsoulistagrotech.com.my. Selain daripada syarikat Art Soulist Sdn
Bhd yang satu-satunya company besar yang mengambil lintah-lintah ini, anda
juga boleh menjual lintah-lintah tersebut pada individu perseorangan atau mana-
mana company kecil yang ingin mendapatkan benih, induk dan sebagainya.
Saya terbaca berita dari Berita dari Bernama pada 17 Julai 07 yang lalu iaitu
lintah dijual RM9.3juta per ton, ini bermakna 1 kg lintah syarikat Art Soulist Sdn
Bhd akan jual RM9300 ke luar negara dan mereka ambil daripada pembekal
cuma RM60 per kg. Jenis lintah yang diternak adalah lintah hijau & coklat, akan
tetapi lintah hijau lebih gemar diternak oleh pengusaha-pengusaha ini kerana
faktor kualitinya yang lebih bermutu berbanding yang coklat. Tempoh matang
lintah ialah dalam masa 6 bulan andai anda bela dari kecil. Risiko lintah untuk
mati & penyakit memang amat kurang melainkan kawalan air yang tidak
memuaskan, air masin dan jentik-jentik.

Harus anda ketahui bahawa lintah Malaysia bukannya spesis Hirudo

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif
medicinalis tetapi Hirudinaria manillensis (kedua-duanya dari kumpulan Hirudin).
Tapi keduanya untuk “medicinal purpose” juga. Bezanya Hirudo medicinalis ni
terdapat di Eropah, saiz kecil dan semakin pupus. Hirudinaria manillensis ni atau
Buffalo leech (Lintah Kerbau) yang jenis suka melekat pada kerbau. Lintah kini
2008 menjadi ternakan komersial berikutan permintaan tinggi untuk ramuan kosmetik
dan perubatan.kebanyakan lintah yang diternak di negara ini dieksport ke luar
negara terutama Taiwan dan Eropah yang dikenal pasti sebagai pasaran
berpotensi bagi hidupan itu.

Lintah mempunyai banyak spesies dan ia boleh didapati dengan mudah di


negara ini terutama di kawasan paya dan sawah padi tempat kerbau berkubang.
Lintah ternak terdiri daripada lintah perut hijau dan lintah perut perang yang
mendapat permintaan tinggi di pasaran.lintah jenis berkenaan mampu mencecah
harga antara RM40 hingga RM60 sekilogram bergantung pada saiz. Lintah jenis
ini diternak sebagai ternakan komersial yang menguntungkan. Bagaimanapun,
kaedah menternaknya bukan mudah kerana ia memerlukan penjagaan rapi
seperti menternak ikan.

Hamparan plastik dan pasir digunakan supaya lintah tidak hilang ketika
menuai, manakala pasir ialah tempat ia berlindung selain menyembunyikan diri
daripada binatang pemangsa lain lintah akan mencapai tempoh matang apabila
berusia empat bulan dan ketika itu ia mula bertelur. Telur yang terhasil akan
terlekat pada objek yang ada dalam air seperti tunggul kayu dan tumbuhan
akuatik.

Dalam sistem kolam ternakan, batu-bata yang disusun empat segi seperti
menara digunakan sebagai tempat mengumpul telur. lintah dikenali sebagai
haiwan penghisap darah, justeru dalam sistem ternakan ini darah diperlukan
sebagai makanan. Untuk mendapat bekalan darah, belut dijadikan makanan.
Lintah akan mengejar belut berkenaan untuk menghisap darahnya. Lazimnya, 30
hingga 40 kilogram belut diperlukan untuk bekalan makanan 100 kilogram lintah.
dua kilogram benih lintah berkemampuan menghasilkan 100 kilogram lintah
dewasa, dalam tempoh kira-kira enam bulan. Tetapi, bekalan benih agak kritikal
kerana permintaan tinggi dan pengusaha hatcheri masih berkurangan.

Tidak hairanlah harga benih lintah boleh mencecah sehingga RM300


sekilogram penggunaan lintah dalam perubatan kuno diamalkan sejak lama dulu
terutama di kalangan masyarakat Cina. Bagi masyarakat Melayu, katanya, lintah
digunakan terhadap pesakit kepala, darah tinggi atau berkudis. Lazimnya, beliau
berkata, bahagian kepala akan ditoreh dan lintah dibiarkan menyedut darah
kotor.Penggunaan lintah dalam perubatan amat penting dan mendapat
sambutan ramai kerana ia dikatakan mengandungi `hirudin' yang mampu
mencairkan darah.Selain itu , `histamin' yang ada pada lintah dikatakan mampu

2
eBook Ternak Lintah Secara Efektif
membesarkan saluran pembuluh darah sekali gus mampu mengurangkan
serangan jantung.

2008