Anda di halaman 1dari 8

TATASUSILA PROFESION PERGURUAN MALAYSIA

Kami, guru-guru Malaysia, yakin bahawa tujuan utama pendidikan ialah


berusaha menuju ke arah pembentukan warganegara yang berilmu, yang taat
setia, yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa
pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan ke arah pencapaian hasrat
yang gemilang dan yang percaya demokrasi, kebebasan perseorangan dan
prinsip-prinsip Rukun Negara.
Melalui pendidikan, masyarakat dapat membantu anak mudanya memahami
kebudayaan mereka, memperolehi pengetahuan yang terkumpul sejak zaman
berzaman dan menyediakan mereka untuk menghadapi cabaran pada masa
hadapan.
Dengan menyedari betapa besarnya tanggungjawab untuk membimbing anak
muda untuk mencapai kemajuan sepenuhnya, kami menyempurnakan profesion
kami ke taraf kesusilaan yang setinggi-tingginya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP PELAJAR
1. Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar-pelajar kami
dari hal-hal lain.
2. Bersikap adil kepada pelajar-pelajar tanpa mengira faktor-faktor jasmani,
mental, emosi, politik, ekonomi, keturunan atau agama.
3. Merahsiakan ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.
4. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjahnya sendiri
atau dalam matapelajaran-matapelajaran yang diajar dalam bilik darjah
tanpa sebarang bayaran.
5. Menunjukkan suatu cara berpakaian, tutur kata dan tingkah laku yang
dapat memberikan contoh yang baik kepada para pelajar.
6. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian,
penyelidikan, lawatan dan menghadiri kursus ikhtisas, persidangan,
mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang
setinggi-tingginya.
TANGGUNGJAWAB TERHADAP IBUBAPA
1. Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak
mereka.
2. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat di
antara institusi pendidikan dengan rumah tangga.
3. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai
keadaan rumah tangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan
tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka
yang berhak mengetahuinya.
4. Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak
mereka dan menggunakan maklumat daripada ibu bapa secara teliti dan
bijaksana.

5. Mengelakkan diri dari menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan


sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.
6. Mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu
yang menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa mereka.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP MASYARAKAT DAN NEGARA


1. Mengelakkan diri dari menyebarkan suatu ajaran yang boleh merosakkan
kepentingan pelajar, masyarakat atau negara, ataupun yang
bertentangan dengan prinsip Rukun Negara.
2. Memupuk dalam diri setiap pelajar dengan sikap dan nilai yang boleh
membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegara yang
taat setia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati orang yang
lebih tua dan menghormati adanya perbezaan budaya, keturunan dan
agama.
3. Menghormati masyarakat tempat kami berkhidmat dan memenuhi
tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup
mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.
4. Menggalakkan kerjasama dan persefahaman di antara guru dan ibu bapa,
institusi pendidikan dengan masyarakat.
5. Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan kehidupan moral,
kebudayaan dan kecendekiawan masyarakat.
6. Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh
masyarakat dan menjadi kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

TANGGUNGJAWAB TERHADAP RAKAN SEJAWAT DAN PROFESION


PERGURUAN
1. Mengelakkan diri dari membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang
boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau
ibu bapa atau membuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah
seseorang guru.
2. Tidak melibatkan diri dalam sebarang kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai guru.
3. Berusaha dengan sepenuh-penuhnya menunaikan tanggungjawab kami
dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar
dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.
4. Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka
yang baharu dalam profesion perguruan.
5. Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik
profesion perguruan.
6. Akan menjadi ahli sebuah pertubuhan guru.
Catatan :
Guru yang dimaksudkan dalam konteks tatasusila ini ialah orang yang
menyebarkan ilmu pengetahuan di sesebuah institusi pendidikan

peringkat rendah, menengah dan tinggi, termasuk guru terlatih yang


bertugas dalam pentadbiran, organisasi dan penyeliaan pendidikan.

PERKARA-PERKARA AM
TATALAKU PEGAWAI
PERKHIDMATAN AWAM
Taat Setia:

Semua pegawai perkhidmatan awam mesti menumpahkan segala taat setia


yang tidak berbelah bagi kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-pertuan Agong,
negara dan kerajaan.
Larangan:
1. Mereka tidak boleh membelakangkan kewajipan awamnya kerana
kepentingan peribadinya. Dengan erti kata yang lebih tepat lagi, mereka
tidak boleh berkelakuan dengan begitu rupa yang mungkin menyebabkan
kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan awamnya.
2. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak dibenarkan
membiarkan kepentingan persendiriannya bercanggah dengan kewajipan
awamnya
hingga
menjejaskan
kegunaanya
sebagai
pegawai
perkhidmatan awam.
3. Begitu juga, mereka adalah ditegah menggunakan kedudukan awamnya
untuk faedah persendirian atau kepentingan peribadi.
4. Mereka tidak boleh berkelakuan dengan begitu cara yang boleh
menjatuhkan martabat perkhidmatan awam dan hilang kepercayaan
terhadap perkhidmatan awamnya.
5. Selain itu, mereka seharusnya tiada membawa apa-apa bentuk pengaruh
dan tekanan untuk menyokong dan memajukan sesuatu tuntutan yang
berhubung dengan perkhidmatan awam. Tuntutan yang dimaksudkan itu
adalah tuntutan secara individu ataupun lain-lain bentuk tuntutan
anggota-anggota lain perkhidmatan awam.
6. Mengingkari perintah dan berkelakuan dengan apa jua cara yang boleh
ditafsirkan dengan munasabah sebagai ingkar perintah.
Sikap:
1. Mereka perlu bersikap positif, bertanggungjawab, dedikasi, jujur dan
cekap
terhadap tugas.

2. Adalah mustahak baginya memberikan kerjasama dengan pegawai dan


kakitangan yang lain dalam perkhidmatan awam.
Pekerjaan Luar:
1. Seseorang pegawai pentadbiran awam itu tidak dibenarkan membuat
pekerjaan luar melainkan ia dikehendaki menjalankan tugasnya.
2. Mereka hanya boleh berbuat demikian dengan diberi kuasa dan
diluluskan untuk berbuat demikian oleh ketua jabatan.

Hadiah:
1. Pegawai perkhidmatan awam tidak dibenarkan sama sekali untuk
menerima sebarang bentuk hadiah.
2. Mereka juga tidak membenarkan isteri, anak-anak, ibu bapa, saudara
mara atau mana-mana pihak untuk menerima atau memberi bagi pihak
mereka.
3. Dalam hubungan ini, mereka tidak boleh melakukan sama ada secara
langsung ataupun tidak langsung apa jua bentuk hadiah daripada atau
kepada mana-mana orang sekalipun.
Keraian:
1. Seorang pegawai pentadbiran awam itu dilarang untuk memberi atau
menerima apa jua bentuk dan jenis keraian kepada atau daripada manamana orang.
2. Mereka tidak boleh menerima keraian yang boleh mempengaruhinya
untuk
membuat
sebarang
faedah
peribadi.

Memiliki Harta:
1. Semua pegawai perkhidmatan awam mesti melaporkan kepada pihak
berkuasa tata-tertib yang berkenaan.
2. Laporan ini dilakukan dengan mengisi borang perisytiharan harta dan
dikirimkan melalui ketua jabatan mereka.
3. Harta yang dimaksudkan ini merupakan harta alih ataupun tidak alih dan
ini juga termasuk harta alih yang munasabah yang digunakan
sebenarnya pada masa itu olehnya, isteri dan anak-anaknya.
4.

Segala harta itu adalah kepunyaannya atau yang dipegang oleh


seseorang pegawai pentadbiran awam bagi pihak isteri atau anakanaknya.

5. Jika pegawai perkhidmatan itu tiada mempunyai sebarang harta, laporan


juga perlu dibuat untuk tujuan rekod.
Menyelenggara

1.
2.

3.

Taraf

Hidup

Yang

Melebihi

Pendapatan:

Seseorang pegawai perkhidmatan awam itu tidak boleh


menyelenggarakan
taraf
hidupnya
melebihi
daripada
pendapatan rasminya yang sah.
Jika penyelenggaraan hidupnya melebihi emolumen rasminya,
dia mungkin dipanggil untuk memberi penjelasan yang
munasabah kepada pihak yang berkuasa lembaga tata tertib
yang berkenaan di atas saraan itu.
Pegawai perkhidmatan awam tidak boleh meminjam daripada
seseorang atau menjadi penjamin kepada seseorang peminjam
atau dengan apa jua yang boleh menyebabkan dirinya terhutang
wang kepada mana-mana orang kecuali yang diperbekalkan
dalam
Perintah
Am
Bab
D,
1980.

Kesusahan Hutang:
1.

Seorang pegawai perkhidmatan awam mungkin berada dalam


keadaan kesusahan disebabkan oleh bebanan hutangnya yang begitu
berat sekali.

2.

Adalah disebabkan oleh kesulitan kewangan yang dihadapinya itu


boleh membawa kepada terjejas perkhidmatannya.

3.

Oleh itu, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap dirinya. Dalam


keadaan biasa perkara ini dilaporkan kepada pihak mahkamah atau
pemegang-pemegang harta.

Meminjamkan Wang:
1.
2.

Pegawai pentadbiran awam juga ditegah meminjamkan wang


dengan bunga kepada orang lain.
Mereka tidak boleh melakukannya sama ada dengan sebarang
bentuk cagaran ataupun tidak.

Spekulasi:
1.
2.

Semua pegawai dilarang menspekulasi tentang turun naiknya


harga komoditi sama ada tempatan ataupun luar negara.
Mereka juga dilarang membeli dan menjual sekuruti-sekuriti
dengan harga yang tinggi sekali.

Refel Dan Loteri:


1. Semua pegawai juga tidak boleh mengadakan refel atau loteri yang menjadi
harta persendiriannya.
Penerbitan Buku:
1. Pegawai perkhidmatan awam boleh menulis buku, makalah dan lain-lain
bentuk karya dengan kebenaran.
Kenyataan Awam:
1. Pegawai tidak boleh membuat kenyataan awam yang boleh merosakkan
sesuatu dasar atau keputusan kerajaan.
2. Mereka ditegah membuat kenyataan sama ada secara lisan, penerbitan
ataupun dalam bentuk-bentuk lain.
3. Sebagai pegawai perkhidmatan awam, mereka tidak boleh mengedarkan
apa-apa kenyataan sama ada yang dibuat olehnya ataupun orang lain.
4. Selain itu, mereka juga dilarang daripada membuat kenyataan umum
mengenai perkara-perkara berhubung dengan kerja-kerja jabatan di
mana dia bertugas ataupun pernah berkhidmat suatu masa dulu.

Penyunting:
1.
2.

Pegawai perkhidmatan awam juga dilarang bertindak sebagai


penyunting sebarang akhbar dan majalah kecuali dengan kebenaran.
Mereka tidak dibenarkan mengambil bahagian dalam pengurusan
penerbitan akhbar dan majalah.

3.

Di samping itu, mereka dicegah memberi sumbangan wang dengan


mana-mana penerbitan, termasuk surat khabar ataupun majalah.

4.

Bagaimanapun, mereka dibenarkan mengambil bahagian yang cergas


termasuk kerja-kerja penyuntingan, memberi sumbangan tenaga,
buah fikiran dan kewangan terhadap penerbitan jabatan dan
kakitangan, penerbitan profesional dan segala penerbitan pertubuhan
sukarela yang tidak bercorak politik.

Kegiatan Politik:
Bagi maksud mengambil bahagian dalam bidang politik, pegawai-pegawai
adalah dibahagikan kepada dua kupulan:
Kumpulan A:
1.

Kumpulan ini terdiri daripada pegawai dalam kumpulan


jawatan yang berkelayakan ijazah universiti ataupun kelayakan
ikhtisas sebagai kelayakan masuk kerja.

2.

Mereka dilarang mengambil bahagian dalam kegiatan politik


tanah air melainkan hanya menjadi ahli biasa.

Kumpulan B:
1. Ianya terdiri daripada semua pegawai kerajaan yang bukan dalam
kumpulan A.
2. Dalam perkara ini, mereka boleh dilantik sebagai ahli jawatankuasa
sesebuah parti politik.
3.

Bagaimanapun mereka perlu terlebih dahulu mendapat kebenaran


bertulis daripada pihak kerajaan.

Perbicaraan Undang-Undang Dan Bantuan Guaman:


1.

2.

Pegawai yang memerlukan bantuan guaman yang bersabit dengan


perkara yang berbangkit dari tugasnya perlu mendapat
persetujuan daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam terlebih
dahulu.
Begitu juga, pegawai yang berkehendakkan bantuan guaman
melalui peguam bela dan peguam cara bersabit dengan perkara
yang berbangkit dengan tugasnya perlu mendapatkan kelulusan
terlebih dahulu daripada Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.

Tidak Hadir Bertugas Tanpa Bercuti:


1.
2.

Ketidakhadiran bertugas tanpa bercuti dan dengan tidak


mendapat kebenaran: bagi seseorang pegawai perkhidmatan
itu boleh disabitkan dengan tindakan tatatertib.
Apabila sesorang pegawai itu tidak hadir bertugas bagi tempoh
tidak lebih daripada tujuh hari dalam satu bulan, tindakan
tatatertib boleh diambil terhadapnya.

3.

Tindakan tatatertib bermaksud pegawai itu boleh dikenakan


pembuangan kerja atau lain-lain hukuman.

4.

Bagi tempoh ianya tidak hadir, dia tidak berhak mendapat apaapa jua gaji ataupun saraan hidup.

5.

Jika seseorang pegawai itu tidak menghadirkan diri untuk


bertugas selama tujuh hari dalam satu bulan itu pihak lembaga
tatatertib apabila menerima laporan daripada ketua jabatan,
boleh mengambil tindakan buang kerja ataupun turun pangkat
mengikut perbekalan Perintah Am 26.

6.

Sementara menunggu keputusan Pihak Berkuasa Tatatertib,


pegawai itu tidak berhak mendapat apa-apa gaji dan saraan
hidup selama tempoh dia tidak hadir bertugas.