Anda di halaman 1dari 4

Kerja Kursus

Sistem Digit
KEEE 1131

Nama
: Ng Koon Eng
No. Matriks : Kee 97034

Latar Belakang Operasi Kilang


Kilang Memonote Sdn. Bhd. merupakan sebuah kilang mencetak buku nota mengikut
tempahan pelanggan. Pelanggan boleh menentukan saiz buku nota yang dikehendaki dan
juga bilangan muka surat pada senaskah buku nota.
Tempahan biasanya datang daripada pejabat-pejabat yang ingin mencetak buku nota
sebagai cenderamata bagi pengunjung syarikatnya, pihak sekolah atau institut swasta
yang menyediakan buku nota kepada para pelajar, kedai buku yang menjual buku nota
dan sebagainya.
Lokasi kilang ini terletak di satu kawasan perindustrian kecil-kecilan, sistem bekalan
elektrik yang sempurna menyebabkan operasi kilang itu berpotensi dimajukan daripada
cara tradisional kepada cara operasi secara automasi.Tambahan pula, kilang tersebut
menghadapi masalah mendapat tenaga buruh kerana ramai penduduk tempatan yang tidak
berminat bekerja sebagai buruh kilang.
Setakat ini, kilang itu beroperasi 8 jam sehari dengan bilangan buruh kilang sebanyak 20
orang. Selepas operasi kilang tersebut dimodenkan kepada cara automasi, kilang itu
berupaya beroperasi 24 jam dan bilangan buruh dapat dikurangkan kepada 6 orang.
Dengan itu, kos pebelanjaan asas dapat dikurangkan, barang keluaran mempunyai harga
saing yang lebih baik dalam pasaran.

Keterangan Lengkap Sistem Automasi Berdigital Yang Dicadangkan


Sebagai permulaan, maklumat berikut dimasukkan ke dalam pusat kawalan
i.

Panjang saiz kertas. ( 20 cm digunakan dalam contoh berikutan )

ii.

Bilangan muka surat dalam senaskah buku nota. (100 muka surat digunakan
dalam contoh berikutan )

Bahagian Pemotong Kertas


Maklumat-maklumat di atas kemudian ditukar dari nombor perpuluhan kepada kod BCD
oleh satu penukar kod, dan disimpan dalam Penyimpan A. Kod BCD ini kemudian
ditukar kepada kod nombor perduaan dan disalurkan ke dalam Alat Pembanding. Pada
masa yang sama, rantai penghantar kertas digerakkan dengan satu kelajuan malar,
katakan 5 cm sesaat. Jarak gerakan rantai penghantar kertas dikesan oleh satu alat
pengesan dan data yang didapati ditukar ke nombor perduaan oleh satu penukar kod dan
kod tersebut disimpan dalam Penyimpan B. Maklumat ini kemudian disalurkan kepada
Alat Pembanding.
Dalam Alat Pembanding, jika A tidak sama dengan B, output Alat Pembanding adalah
RENDAH (0) dan rantai penghantar kertas akan terus bergerak. Jika A sama dengan B,
output Alat Pembanding adalah TINGGI (1). Ini akan menyebabkan 2 perkara berikut
berlaku serentak :
i.

Alat pemotong akan memotong kertas.

ii.

Alat pencetak akan mencetakkan angka muka surat pada kertas.

Selepas itu, Penyimpan B membersihkan data simpanan B, iaitu Penyimpan B sekarang


sama dengan kosong. Jarak rantai penghantar kertas disimpan ke dalam Penyimpan B
semula. Proses di atas diulangi sehingga bilangan kertas yang diperlukan telah dopotong
dan dicetak..

Bahagian Pencetak
Jumlah muka surat yang dikehendaki untuk menghasilkan senaskah buku nota
dimasukkan ke pusat kawalan. Data ini kemudian ditukar dari nombor perpuluhan kepada
kod BCD dan disimpan dalam Penyimpan C. Ini kemudian ditukar kepada sistem nombor
perduaan dan disalurkan ke dalam Alat Pembilang.
Pada mulanya, Alat Pembilang disetkan pada kosong. Alat Pembilang akan mula
membilang dari angka 1 dan mencetakkannya pada kertas apabila rantai penghantar
kertas telah bergerak sejauh 20 cm.Nombor yang dicetak akan dipaparkan pada alat
papar. Selepas itu mesin pengira menambahkan nilai 1 (+00000001) pada Alat
Pembilang. Dengan itu, Alat Pembilang bertambah satu setiap kitaran dan mencetakkan
angka tersebut pada kertas sehingga angka tersebut sama dengan C. Pada masa yang
sama , alat papar juga menunjukkan bilangan muka surat yang telah dicetak untuk 1 buku
nota. Selepas itu, Alat Pembilang disetkan ke kosong dan proses di atas diulang semula.
Alat papar juga mula dari kosong.
Bahagian Pembungkusan
Helaian kertas yang telah siap dicetak dikumpul mengikut jumlah muka surat yang
dikehendaki dan dibungkuskan.

Anda mungkin juga menyukai