Anda di halaman 1dari 5

Ilmu Hakekat Usul Diri

Jilid (2)

NUR MUHAMMAD ANALISA AKHIR

Kepercayaan dan keyakinan penuh membuatkan diri seseorang hamba Allah itu percaya kepada istilah
Nur Muhammad, disebabkan ia adalah sesuatu yang ghaib maka terlalu sukarlah manusia itu hendak
mempercayainya walaupun asas keimanan itu adalah bergantung kepada yang ghaib namun mahu atau
tidak mahu manusia terpaksa akur dengan keimanan kerana Allah s.w.t sentiasa menyeru kepada
manusia yang berasaskan kepada seruan orang-orang yang beriman bukan kepada orang-orang islam
Orang islam tidak semestinya mereka itu beriman kerana jika setiap orang islam itu benar-benar beriman
maka sudah tentulah mereka itu melaksanakan arahan daripada Allah supaya melaksanakan hukumNya
kerana itulah Allah menyatakan kebanyakan mereka tidak beriman sebagaimana firmanNya Yang
bermaksud: Sebahagian daripada mereka tidak mahu beriman malah melakukan syirik (Yusuf ayat 106)
Di dalam kehidupan manusia kadangkala manusia bertanya-tanya apakah penilaian Allah terhadap
seorang manusia ? Jawapannya sangat mudah. Allah tidak memandang kepada manusia (Jasmani)
tetapi Allah memandang kepada hati yang di dalamnya ada mengandungi Nur ertinya hati yang
mengandungi Nur Muhammmad (cahaya yang terpuji) tersebut Manusia hendaklah mengenali hatinya
iaitu tempat telek Allah, hati bukan merupakan seketul daging, tetapi hati itu adalah Rohani (Ruhul
Yaqazah) yang terdiri dari Roh,Akal dan Nafsu, memang sukar untuk mengenali Ammar Rabbi itu kecuali
mempelajarinya, dan ramai telah tersalah sangka dengan istilah tersebut sehingga timbul berbagai-bagai
fahaman yang membawa kepada kesesatan atau menolaknya terus Akibatnya maka jadilah ilmu ini
sebagai momokan dan ditakuti oleh umat islam sendiri yang berkesudahan dengan menutup rapat istilah
kerohanian dan Nur Muhammad tersebut di dalam kehidupan manusia. Di dalam Al Quran Allah
berfirman yang bermaksud: Jadilah kamu orang Rabbani Ahlullah dengan mengajar kitab dan
mempelajari kitab Al Quran (surah Al Imran 79) Ayat yang di atas adalah suatu perintah daripada Allah
jadilah kamu orang Rabbani (orang alim dalam ilmu ketuhanan) iaitu suatu kepercayaan kepada yang
ghaib, ilmu yang ghaib adalah daripada Allah kerana Tuhan itu adalah yang maha ghaib . Dalam ilmu ini
yang menyentuh soal ghaib iaitu tentang asmak, sifat dan dalam soal asal usul soal afal Allah, walaupun
ilmu ini tidak lagi di ajar orang, akan tetapi itulah yang di perintahkan oleh Allah kepada manusia.
Rabbani itu ialah Dia yang awal, Dia yang akhir, Dia yang zahir, Dia yang batinJika mahu mengenal Dia,
maka Dia itu Zat, maka Zat itu pula adalah Zat yang tidak berupa apa juapun (Laisa kamislihi)erinya
hendak mengenal yang ghaib, maka di sana terdapat lampu merah tanda bahaya iaitu jangan ada di
antara manusia yang berkira-kira mahu mengenal ZatNya maka ia adalah sangat terlarang, akan tetapi
yang di perintahkan adalah tentang mengenal makhluk ciptaanNya sekalipun makhluk itu berbentuk

ghaib seperti jauhal fardhi,jisim,jirim dan jauhar basit atau istilah molikul, atom,elektron,newtron proton,
ion dan sebagainya Maka di sinilah para ilmuan mengambil suatu pendekatan untuk mengenal Allah
melalui mengenal asmakNya iaitu Nur untuk suatu pendekatan mengenalNya dan dengan mengenal
Asmak Allahlah lahir ilmu yang di sebut sebagai sifat 20 dengan tujuan untuk mengenal Tuhan dan
mengenal diri semua bentuk ilmu ini adalah berasaskan kepada yang ghaib Cuba manusia fikirkan
daripada apa nyawa mereka dijadikan oleh Allah ? Rohnya, akalnya dan nafsunya semua ini adalah
makhluk Tuhan sekalipun nyawa itu bertaraf zat yang tidak menjadikan sesuatu berbanding Zat Tuhan
yang menjadikan sesuatu

FUNGSI RAHASIA LEMBAGA AKAL

Pada pelajaran yang lepas kita telah terangkan serba rengkas tentang Nur Muhammad dan sebelumnya
kita telah sentuh tentang akal dan lembaga akal, yang mana lembaga akal tersebut memainkan peranan
yang sangat luas dan fungsinya yang sangat mengkagumkan kesan daripadanya Pada pelajaran ini kita
sentuh pula tentang gelombang yang terdapat pada lembaga akal tersebut mengikut pandangan agama
yang rasanya tidak jauh berbeza dari pandangan sain atau yang mana lebih dapat difahami oleh orang
yang mengkajinya atau orang yang mempraktikkannya dengan penuh bersemangat Lembagaakal yang
mempunyai tugas masing-masing mengikut fitrah semula jadi daripada Alla h s.w.t mempunyai kaitannya
dengan otak manusia yang mengandungi berbilion-bilion sel yang di kenali segagai jauhal fardhi
(neutron) iaitu kombinasi dari sel-se l yang dapat mencetuskan aliran elektrik di dalam otak manusia yang
dapat di kesan dengan rasa atau dengan alat yang di kenali sebagai electroencephalograph (EEG)
Kesan daripada gerak atau aktiviti sel-sel inilah yang menghasilkan gelombang minda atau brainwave,
aktiviti ini tidak saja diam pada satu tempat malah ia akan sentiasa berubah-ubah mengikut tekanan
lembaga akal atas bantuan nafsu dan juga roh yang mana ia akan tertakluk kepada dimana seseorang itu
berada pada masa tersebut mengikut suasana alam kelilingnya Pada dasarnya gelombang ini dapat kita
bagikan kepada 4 peringkat Peringkat gerak (Beta)Peringkat ini dimana manusia aktif bergerak ketika
sedar atau jaga seperti melakukan kerja yang rutin seharian, kebiasaannya gerak minda akan cepat
berubah-ubah sebab setiap gerak atau perbincangan atau berfikir seseorang itu adalah tidak tetap pada
sesuatu tekanan nilai tujuan pada tujuan atau hal dituju, gelombang ini juga di kenali sebagai beta
Gelombang gerak ini (beta) ada pula pada masa-masa tertentu ia menjadi lemah dan ada pula pada
kalanya ia menjadi tinggi, kebiasaannya apabila gerak terlalu tinggi ia akan menjadikan diri seseorang itu
sukar untuk mengawal perasaan atau orang ini sukar untuk tidur malam namun kesan daripadanya ia
mempunyai kebaikan pada menghilangkan masalah yang lain Peringkat diam (Alpha) Pada peringkat ini
besar kemungkinan manusia itu sedang berehat atau bersedia untuk tidur yang mana kekacauan alam di
sekelilingnya kurang mengganggu fikirangnnya, peringkat ini juga di kenali sebagai alfa, demikianlah

pada kebiasaannya namun tahap diam ini tidak semestinya kekal sekiranya seseorang itu banyak
menghadapi masalah kehidupan ataupun masalah-masalah yang dihadapinya, yang paling nyata maka
kanak-kanaklah yang sesuai di jadikan contoh gelombang alfha ini kerana mereka tidak banyak tekanan
kehidupan atau orang yang zuhud Peringkat tenang (Theta) Pada peringkat tenang ini manusia berada
pada tahap hendak terlayang untuk tidur yang mana gelombang pemikiannya sudah lemah ataupun
hampir lemah, gelombang minda ini juga di kenali sebagai theta Peringkat fana (Delta) Pada peringkat ini
juga di katakan peringkat tidur mati atau sebahagian daripada mati yang mana roh,akal dan nafsu sudah
mula tidak lagi memainkan peranannya dan sel-sel otak berjalan dengan tenang, ini bererti Ruhul
Yaqazah sudah tidak lagi memaksa jasad untuk aktif maka berehatlah jasad tersebut dan berehat pulalah
otak dan sarafnya, (berehat hanya sekadar fungsi nyawa tanpa cergas) maka disinilah terletaknya rahsia
kerja Tuhan yang tidak mampu dikaji oleh ahli sain, peringkat ini juga di kenali sebagai delta Pada
pandangan agama islam (kerohanian) rasanya agak lengkap sedikit dari pandangan sain kerana pada
pandangan agama ia ada lima lembaga akal yang menghasilkan gelombang dalam diri manusia yang di
kaitkan pula dengan kerohanian yang berpusat pada akal umpamanya lembaga akal yang lima itu di
kaitkan dengan fungsi nyawa,akal,roh dan nafsu yang berkaitan di antara satu dengan yang lainnya dan
setiap satu akan mengeluarkan gelombang yang mengandungi jauhal fardhi yang mengandungi fungsi
yang berlainan yang sangat terkawal mengikut fitrahnya. Kajian sain tentang mind ini di kira hanya
tertumpu kepada peranan saraf dan otak sahaja tanpa di kaitkan dengan kerohanian umpamanya
mereka memberikan fokus kepada gelombang Beta (12 Hz-38 Hz) Alpha (8 Hz-1 2 Hz) Theta (3 Hz-8 Hz)
dan Delta (0.2 Hz-3 Hz) yang besar kemungkinan atas kaji an mereka tentang tenaga atom, thermal,
electromative, kinetic dan potential atas kehadiran molikulmolikul yang mampu membentuk kutub positif
(+) dan kutub (-) nagative (-) dan positive (+) poles , jika inilah atas kajian mereka maka rasanya ia
difokuskan hanya kepada fungsi hawa kepada nafsu saja Golongan umat islam yang bijak pandai
sepatutnya mengkaji lebih dalam lagi dalam soal akal ini kerana mereka berhadapan dengan amal ibadat
yang di kaitkan dengan istilah khusyu!! kepada Tuhannya. Ilmu ini di ambil asal asalnya daripada sifat 20
pada bab sifat ilmu pada sifat maani dan di kaitkan pula pada sifat maanawiyah iaitu sifat alimun, sebab
itu satu kajian sifat 20 ini wajib di ketengahkan oleh orang muslim

ADAM, ALLAH DAN MUHAMMAD TIDAK BECERAI


Adam adalah seorang manusia yang di cipta oleh Allah s.w.t, yang dimaksudkan manusia itu ialah
apabila Rohani itu sudah memiliki jasad (manus adalah jasmani sementara ia ialah Rohani) jika ada
jasmani tanpa Rohani maka ia bukan manusia, demikian juga jika Rohani tanpa jasmani maka ia bukan
manusia, maka yang dimaksudkan manusia itu adalah zuriat daripada Adam sebagaimana firman Allah
menyatakan:

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami telah muliakan Bani Adam, dan Kami angkat mereka di darat dan
juga di laut dan Kami beri rezeki yang baik, dan sesungguhnya Kami lebihkan mereka dari kebanyakan
(makhluk) yang telah Kami jadikan sebenar-benar kelebihan ( Al Israk 70) Di atas pemberian Allah
kepada bani Adam gelaran sebagai makhluk yang di muliakan maka manusia menjadi makhluk yang
terpuji dan mulia, dan makhluk terpuji itu adalah bernama Muhammad, kerana Muhammad itu bermaksud
terpuji, dan yang terpuji itu adalah yang sebaik-baik kejadian seperti mana firman Allah menyatakan:
Maksudnya: Sesungguhnya Kami jadikan Insan itu sebaik-baik kejadian ( At Tin 4 ) Ayat yang di atas
menerangkan bahwa insan itu adalah sebaik-baik kejadian, sem entara Allah pula beserta dengan Insan
tersebut sebagaimana firman Allah menyata kan:
Maksudnya: Dan Allah beserta kamu dimana juga kamu berada ( Al Hadid 4 ) Ayat yangdiatas
menunjukkan bahwa Allah tetap bersama manusia di mana juga manusia itu berada, ertinya manusia dan
Allah tidak bercerai, ertinya Adam dan Allah tidak mungkin bercerai, jika demikian mengapa Azazil dapat
menyesatkan Adam dan isterinya Siti Hawa ? Di sinilah timbul persoalan dan keraguan yang akhirnya
melahirkan ilmu yang lebih khusus tentang istilah di antara Muhammad dan Allah itu, logiknya setan tidak
boleh menggelincirkan Adam jika Allah beserta manusia(Adam)Di sebabkan manusia itu ada kelebihan
maka kelebihan tersebut pula di katakan melahirkan suatu ilmu yang lebih khusus kerana masalah Adam
dapat di sesatkan oleh syaitan walaupun Adam beserta Allah, jadi apakah ilmu yang lebih khusus itu
suatu yang dapat dicapai oleh manusia, kerana itu untuk menyelesaikannya mari kita tinjau dalam bentuk
soal jawab Soalan: Dimanakah letaknya kelebihan manusia jika di bandingkan dengan makhluk Allah
yang lain ? Jawapan: Kelebihan di antara manusia dan makhluk terletak pada lembaga akal manusia
kerana lembaga akal maka manusia itu di kenali sebagai manusia, jika manusia tiada lembaga akal maka
manusia itu setaraf dengan haiwan dan syaitan Soalan: Bukankah manusia itu sebaik-baik kejadian dan
mengapa ada di antara manusia itu berperangai syaitan dan haiwan ? Jawapan: Manusia berperangai
syaitan dan haiwan kerana adanya hawa kepada nafsu tersebut dan ia adalah suatu fitrah daripada Allah
s.w.t Soalan: Jika demikian manusia yang dikatakan sempurna itu adalah sesuatu yang tidak mutlak ?
Jawapan : Untuk mendapatkan jawapannya maka kita kena faham siapa yang di maksudkan Insan yang
mulia tersebut, adapun yang di maksudkan Insan yang sempurna kejadian tersebut ialah diri sebenar diri
manusia yang di kenali sebagai Insan atau nyawa atau nafas atau Nur Muhammad naka dialah yang
sempurna kerana itulah diri manusia terbahagi kepada empat istilah iaitu diri terdiri (jasmani) Diri terperi
iaitu Ruhul Yaqaza h yang terdiri dari roh, Akal dan nafsu, sementara nafas atau nyawa kita di namakan
diri sebenar diri, maka diri inilah yang di katakan Insan yang sempurna itu sementara diri tajalli ialah sifat
Kamal yang tidak bercerai dengan Insan terseb ut Soalan: Siapakah yang sebenar diri Tajalli tersebut ?
Jawapan: Diri Tajalli tersebut adalah Tuhan Yang Maha Esa yang menggerakkan manusia zahir dan
batin yang bersifat Qadirun, Maridun, Alimun dan Hayyun Soalan: Mengapakah Allah tidak selamatkan
Adam dari gangguan syaitan ? Jawapan: Allah wajib bersikap adil terhadap permintaan syaitan yang
hendak menyesatkan Adam kerana syaitanpun makhluk Allah juga walaupun dia di rejam oleh Allah, atas
permohonan syaitan tersebut Allah izinkan syaitan menggelincirkan Adam (manusia) akan tetapi Allah

kurniakan Al Quran kepada manusia sebagai senjata melawan syaitan itu dan terpulanglah kepada
manusia.
Katakan (wahai Muhammad) siapa yang memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu
menurunkan Al Quran di dalam hatimu dengan izin Allah (Al Baqarah 97)