Anda di halaman 1dari 13

PENGHASILAN KARYA: PENYELIDIKAN DAN KAJIAN

DALAM MENCARI IDENTITI GAYA SEBUAH KARYA


(Kertas Seni Visual STPM 970/3)

Oleh:
Hassan Mohd Ghazali
hassan@fsm.upsi.edu.my
blog: http://senivisual2.blogspot.com
Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Pengenalan

Kertas tiga merupakan kertas kerja kursus untuk penghasilan karya bagi calon
STPM yang mengambil mata pelajaraan seni visual. Kertas ini menguji
kemahiran calon untuk menghasilkan sebuah karya seni visual dalam bentuk
pengkaryaan dan perekaan. Guru seni visual adalah menjadi pembimbing
calon membuat proses karya yang telah dipilih selama sepanjang lapan
bulan, Aspek penting yang diberi penekanan ialah:
1. Aspek penerokan idea,
2. Kajian dan penyelidikan,
3. Penghasilan karya @ produk dan
4. Dokumentasi (portfolio).

Paling penting ialah pemilihan soalan oleh calon dalam kertas ini perlu
dibincang bersama dengan guru pembimbing agar kepakaran guru
pembimbing dapat membantu ke arah penghasilan yang baik. Berdasarkan
mutu hasil karya yang lepas terdapat calon tidak dapat memenuhi
keperluan mutu karya yang baik kerana tidak dapat bimbingan yang
sempurna gari guru pembimbing. Berkemungkinan guru tidak pakar dalam
bidang yang dipilih oleh calon maka calon membuat proses penghasilan
karya tanpa bimbingan dari guru.

Pada perbentangan saya kali ini, penekanan akan diberi kepada


proses penyelidikan dan kajian dalam penghasilan sesebuah hasil karya.
Berdasarkan pengamatan saya sebagai ketua penilai kertas ini, didapati
calon yang membuat penyelidikan dan kajian semasa proses hasil kerja berja
telah menghasilkan karya dengan baik disamping kemahiran keterampilan
dalam bidang khusus yang dipilih. Guru pembimbing juga harus meneliti
beberapa perkara asas agar kerja calon benar-benar mengikut arahan MPM
sebelum memulakan penghasilan projek penghasilan karya antaranya:

1. Arahan Kertas Soalan


2. Tanggungjawab Guru Seni Visual
3. Tanggungjawab Pengetua
4. Penghantaran Portfolio dan Hasil Karya
5. Arahan Penyedian Projek Penghasilan Karya.

Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 1
Perancangan kerja calon
Soalan kertas 3 yang dikemukakan untuk calon STPM 2010 ini telah
memasukan unsur penyelidikan dan kajian terutama dalam soalan
pengkaryaan. Aspek ini sangat penting untuk kita sama-sama fikirkan bagi
menjayakan penghasilan calon dengan baik dan bermutu. Sebelum calon
memikirkan apakah soalan yang akan difikirkan saya cadangkan
pembimbing (guru) perlu membuat beberapa perkara sebagai
sumbangsaran dikalangan calon-calon. Antaranya:
1. Membuat peta minda tentang tema dan soalan yang telah
dikemukakan,
2. Memperolehi maklumat-maklumat berkaitan dengan tema dan
permasalahan yang dikemukakan,
3. Mencari sebanyak mungkin gambar-gambar dan contoh karya yang
berkaitan dengan tema dan permasalahan soalan.
Saya mencadangkan beberapa FASA perlu dilalui sepanjang lapan
bulan proses menghasilkan karya kertas tiga ini.
FASA 1
Sebaiknya pembimbing (guru) memberi imput awal secara umum setiap
soalan yang dikemukan dan membuat beberapa kumpulan calon untuk
penyelidikan dan kajian, hasilnya dibuat pembentangan dapatan. Calon-
calon membuat penerokan ini secara kumpulan.
FASA 2
Pemilihan soalan mengikut kemahiran dan maklumat yang diperolehi.
Fasa ini guru juga harus menguasai bidang soalan yang dipilih. Misalnya
kalau sekiranya calon mengambil soalan nombor 4. Guru harus mengetahui
aspek-aspek hiasan dalaman, terutamanya menghasilkan sebuah model
yang standard. Oleh yang demikian pembimbing perlu menguasai ilmu
bidang ini agar tidak berlaku calon tersilap menghasilkan karya yang tidak
standard semasa penghantaran ke MPM nanti.
FASA 3
Membuat skala aturan kerja berdasarkan hari, minggu dan bulan. Displin
ini penting agar calon dapat melaksanakan kerja daripada lakaran idea
hingga ke penghasilan dapat dilakukan dengan baik. Jadual kerja telahpun
diberi contoh oleh MPM, guru sebagai pembimbing harus mencadangkan
suatu carta alir proses calon menghasilkan kerja kursus.
FASA 4
Membimbing dan menyelia calon semasa proses penghasilan dari
lakaran awal hingga karya akhir. Adalah baik sekiranya pembimbing
membuat semakan awal kepada calon-calon yang menghasilkan Portfolio –
bermula dari pemcarian maklumat, lakaran awal, lakaran akhir dan proses
penghasilan.
FASA 5
Proses akhir penghantaran karya adalah penting guru mengikut aturan
MPM dengan menyemak segala aturan yang ditetapkan. Memastikan
portfolio dan karya dihantar dengan butiran-butiran calon-calon.

Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 2
Tanggungjawab guru pembimbing untuk memastikan segala penghantaran
dibuat dengan betul tidak tertinggal maklumat yang dikehendaki.

Penyelidikan dalam penghasilan karya


Penghasilan kerja kursus adalah dibuat secara amali di sekolah. Perkara-
perkara umum telahpun saya nyatakan di atas bagaimana pembimbing
(guru) dapat membantu calon-calon memperolehi hasil karja yang baik.
Namun demikian, persoalan paling penting untuk saya kemukakan kepada
guru-guru pembimbing ialah bagaimana sesebuah karya berjaya dihasilkan
hasil melalui penyelidikan yang dibuat oleh calon semasa proses kerja
berjalan.
Terdapat dua unsur penyelidikan semasa penghasilkan karya kerja
kursus:
1. Penyelidikan perdasarkan maklumat dari media elektronik dan
media konvensional.
2. Penyelidikan dan kajian berdasarkan visual yakni melalui lakaran
dan perkembangan idea.
Dua unsur penyelidikan atau kajian ini dapat membantu calon dalam
memperolehi sebuah karya yang bermutu kerana karya yang dihasilkan
bukanlah berdasarkan dari segi pengaruh semata-mata sebaliknya
mempunyai kajian yang mendalam dari segi aspek bentuk, konteks dan
makna.
Sebagai contoh soalan nombor 1:
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Dunia teknologi
digital dan nilai kemanusiaan”. Persembahan karya hendaklah dalam
bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Hasil karya anda
hendaklah menggunakan bahan yang sesuai dengan tema.

• Tema: “Dunia teknologi digital dan nilai kemanusiaan”.


• Karya (bentuk): 2D atau 3D
• Bahan dan teknik: bebas (yang sesuai)

PERMASALAH (TEMA) KONSEP PEMECAHAN KARYA

Teknologi digital Catan

• Telefon mudahaleh • Gaya impresionis


• Television • Warna panas
• Home teater • Pemilihan imej
• Komputer elektronik
• MP3 • Unsur garisan
Dunia teknologi digital • dll • Harmoni - perulangan
Dan nilai kemanusiaan
Nilai Kemanusiaan Pengaruh:
Catan Marcel
• Pentingkan materialistik Duchamp – Nude
• Keindividuan Descending a Staircase
• Senang berkomunikasi
• Gaya hidup
• Komunikasi
• dll

Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 3
Contoh karya yang boleh dijadikan rujukan untuk tajuk ini:

Pengetahuan aspek organisasi penghasilan


Kelaziman berlaku apabila calon menghasilkan karya seni visual akan
memikirkan bagimana cara penghasilan?, apakah bahan yang hendak
digunakan?, dan apakah cara teknik dibuat?. Antara lain yang menjadi
persoalan awal ialah:
1. Memecahkan persoalan tema dan kehendak soalan,
2. Olahan idea dan pengolahan karya,
3. Penentuan bahan dan teknik,
4. Kemasan dan Persembahan.
Sebenarnya, penghasilan sebuah karya seni visual memerlukan banyak
aspek lain yang memerlukan perbincangan antara calon dan guru
pembimbing. Antara lain ialah mengetahui faktor tersirat karya dan faktor
tersurat karya seni visual sebagai cantuman kekuatan berkarya. Antara
perkara inplisit dan ekplisit yang perlu diketahui dalam penghasilan sebuah
karya ialah:
Faktor tersirat:
i. Nilai estetik (merangkumi nilai kreativiti)
ii. Nilai makna
iii. Nilai konteks
iv. Nilai emosi
v. Pengaruh

Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 4
Faktor tersurat:
i. Media dan teknik
ii. Kemahiran penghasilan
iii. Fungsi
iv. Kemasan
v. Peragaan dan persembahan

Langkah-langkah penghasilan
1. Penghasilan pengkaryaan
Proses penghasilan karya akan bermula dengan suatu tema atau
tajuk. Bermula dari permasalah tema maka calon akan bekerja
mencari idea bagi merealisasikan sebuah karya. Pada peringkat awal
proses mengumpul maklumat dan visualisasi adalah langkah kearah
mendapatkan idea sebenar. Disamping itu pemetaan konsep yang
kreatif sangat penting dalam proses visualisasi. Paling penting adalah
penentuan media dan teknik untuk disesuaikan dengan gubahan.
Proses gubahan karya pula perlu menggambil kira elemen-eleman
bahasa seni visual. Di bawah ini adalah rajah proses penghasilan
pengkaryaan.

PEMETAAN
KONSEP
KREATIF PROSES KEMASAN
PROSES GUBAHAN
TEMA PENGWUJUDAN
IDEA 2D @ 3D
PENENTUAN • Kemahiran pembuatan
MEDIA DAN • Kemahiran pengunaan
TEKNIK Bahasa Seni Visual
PERAGAAN

Rajah 1: Proses Penghasilan Pengkaryaan

Soalan nombor 1 merupakan soalan pengkaryaan, kehendak soalan


adalah menghasilkan sebuah karya 2D atau 3D dengan
menggunakan bahan bebas bertemakan, “Dunia teknologi digital
dan nilai kemanusiaan”. Soalan ini membolehkan calon
membumbuat keputusan sendiri dalam pengolahan penghasilan.
Kreativiti sangat penting dalam pengolahan karya. Seperti saya
nyatakan di atas aspek penyelidikan dan kajian sangat penting bagi
menampilkan sebuah karya yang baik. Calon perlu memecahkan
persoalan dunia digital dan nilai kemanusian sebagai persembahan
dalam sebuah karya. Sekiranya calon memilih catan maka bahan
apakah yang sesuai untuk membuat persembahan karya dengan

Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 5
tema itu. Proses penyelidikan dan kajian dapat membantu calon
menjawab persoalan ini.

Soalan nombor 2 juga merupakan soalan pengkaryaan. Tema yang


dikemukan agak ‘abstrak’ iaitu kesantunan. Berdasarkan difinisi dalam
kamus DBP edisi 4, maksud kesantunan ialah:
‘perihal (sifat dsb) santun, ke-sopanan, kehalusan (budi bahasa atau
budi pekerti): baik dlm bahasa lisan ataupun tulisan, ~ itu sama
pentingnya;’

Penghasilan karya dalam soalan ini terkongkong dengan


menggunakan teknik batik atau tenunan. Namun harus dingatkan
kepada calon bahawa soalan ini adalah soalan pengkaryaan bukan
kraf. Jangan ada calon menghasilkan soalan ini dalam bentuk kraf
batik atau tenunan. Berdasarkan soalan calon perlu menghasilkan
sebuah karya seni halus samada catan, cetakan atau arca dengan
menggunakan teknik batik atau teknik tenunan.

Soalan 1
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Dunia teknologi digital
dan nilai kemanusiaan”. Persembahan karya hendaklah dalam bentuk dua
dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D). Hasil karya anda hendaklah
menggunakan bahan yang sesuai dengan tema.

Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm  60


cm. Hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40
cm tinggi, 25 cm panjang, dan 25 cm lebar.

Portfolio karya seni hendaklah mengandungi


• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat

Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu


didokumentasikan mengikut urutan.

Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek


• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• pertimbangan estetik
• keaslian

Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 6
• kemasan

Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.

Soalan 2
Hasilkan sebuah karya seni visual yang bertemakan “Kesantunan”. Hasil
karya anda hendaklah menggunakan teknik batik atau teknik tenunan.
Karya tersebut hendaklah menggunakan gabungan beberapa rekaan
sendiri motif yang menunjukkan ciri kebudayaan kebangsaan. Persembahan
karya adalah dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D).

Hasil karya dua dimensi (2D) hendaklah berukuran tidak melebihi 40 cm  60


cm. Hasil karya tiga dimensi (3D) pula hendaklah berukuran tidak melebihi 40
cm tinggi, 25 cm panjang, dan 25 cm lebar.

Portfolio karya seni hendaklah mengandungi


• kajian dan penyelidikan berdasarkan tema
• lakaran perkembangan idea
• lakaran akhir
• kajian media dan teknik
• pengolahan aspek-aspek komposisi dalam gubahan karya
• rujukan dan sumber maklumat
Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu
didokumentasikan mengikut urutan.

Hasil karya hendaklah diberi penekanan dari aspek


• ketepatan tema dan makna
• penerokaan media dan teknik
• pengolahan aspek komposisi
• pertimbangan estetik
• keaslian
• kemasan
Nota: Karya hendaklah dihasilkan secara manual.

2. Penghasilan Perekaan
Pelbagai cara yang sesuai untuk menghasilkan sesuatu karya
perekaan. Dalam perekaan kemahiran penghasilan adalah berbeza
mengikut bidang. Bidang Grafik dan multimedia berbeza cara
penghasilan dengan bidang reka bentuk. Perbezaan penghasilan
reka bentuk industri pula berbeza dengan reka bentuk persekitaran.
Oleh yang demikian guru seni visual sebagai pembimbing perlu
penguasai kemahiran bidang-bidang tertentu untuk mastikan cara
bimbingan kepada colon akan menghasilkan karya dengan betul.
Soalan nombor 3 merupakan soalan reka bentuk grafik yang
memerlukan calon menghasilkan sebuah reka bentuk identiti korporat.
Beberapa kemahiran penting dalam penghasilan reka bentuk grafik:

Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 7
1. kemahiran menggunakan alat grafik secara manual
2. kemahiran menggunakan komputer dengan perisian grafik
seperti Adobe Ilustrator atau Corel Draw.
3. Kemahiran membuat persembahan karya.
Kemahiran-kemahiran ini penting agar standard karya calon
setanding dengan persembahan sebuah karya reka bentuk grafik.
Paling penting dalam persembahan akhir dalam reka bentuk grafik
ialah kemas, bersih dan tidak kotor.

Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 8
Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 9
Soalan nombor 4 merupakan soalan reka bentuk dalaman yang
memerlukan calon menghasilkan sebuah reka bentuk sebuah restoran
moden. Calon perlu memikirkan beberapa elemen-elemen moden
dalam reka bentuk restoran tersebut, misalnya dari segi ruang,
pemilihan perabot, pencahayaan, warna, reka bentuk bentuk
restoran berdasarkan konsep. Namun demikian, raka bentuk hiasan
dalaman sangat mementingkan konsep ruang. Kerana kesan ruang
dapat memberi kesan kepada manusia yang berada dalam
lingkungan itu. Untuk memenuhi kehendak pengguna maka
‘ketelitian’ calon memenuhi hiasan ruang adalah sangat penting.
Antaranya:
1. Mengatur keserasian susunan perabot
2. Memilih material dan elemen ruang yang sesuai
dengan fungsi
3. Dimensi perabot yang dengan saiz yang bersesusian
dengan kebesaran ruang
4. Mencipta suasana ruang agar mempu menyatakan
fungsi dan kehendak soalan.
Kemahiran yang sangat penting ialah dari segi membuat model.
Bahan untuk membuat model mestilah tidak mudah pecah tetapi
ringan. Gam yang digunakan perlu menggunakan gam yang kuat
agar bahan-bahan yang dilekatkan tidak mudah jatuh semasa
penghantaran di MPM.

Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 10
Soalan 3
Hasilkan sebuah rekaan logo yang menonjolkan identiti korporat bagi sebuah
syarikat perdagangan bertaraf antarabangsa yang mengeksport barang
kraf tangan tempatan. Dengan menggunakan rekaan logo berkenaan,
hasilkan juga reka bentuk set identiti korporat yang merangkum kepala surat,
sampul surat, kad nama, dan kenderaan perdagangan syarikat tersebut.

Portfolio perekaan hendaklah mengandungi


• permasalahan reka bentuk (design brief)
• lakaran kenit (thumbnail) dan pemilihan lakaran
• lakaran komprehensif
• kajian reka letak, imej, dan tipografi
• senarai peralatan yang digunakan
• rujukan dan sumber maklumat

Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu


didokumentasikan mengikut urutan.

Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek


• ketepatan makna dan fungsi
• kemahiran penggunaan bahan dan teknik
• aplikasi bahasa seni visual
• keaslian
• kualiti persembahan
• kemasan

Nota: Reka bentuk identiti korporat yang dihasilkan boleh menggunakan


perisian komputer grafik bagi menghasilkan karya akhir sahaja, dan anda
hendaklah menyatakan perisian yang digunakan. Penggunaan Clip Art

Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 11
adalah dilarang sama sekali.

Soalan 4

Hasilkan sebuah model reka bentuk hiasan dalaman bagi ruang sebuah
restoran yang moden dengan memasukkan unsur-unsur budaya tempatan
yang boleh membangkitkan selera pengunjung.

Ruang restoran tersebut hendaklah mengambil kira ruang makan, ruang


pamer, ruang penyediaan makanan, dan beberapa buah gerai (stall) untuk
makanan masak segera.

Model hasil karya hendaklah mematuhi aspek yang berikut:


• tapak model berukuran 40 cm  40 cm
• menggunakan bahan-bahan yang sesuai
• binaan kukuh, ringan, dan stabil
• bahagian atas hasil karya tidak ditutup

Portfolio perekaan hendaklah mengandungi


• permasalahan reka bentuk (design brief)
• tujuan
• kerangka kerja
• pengumpulan maklumat
• lakaran perkembangan idea
• lakaran dan visual akhir
• lukisan pelan mengikut dimensi
• rujukan dan sumber maklumat
• gambar model yang telah siap, diambil dari pelbagai sudut

Nota: Semua proses yang dijalankan untuk menghasilkan karya perlu


didokumentasikan mengikut urutan.

Hasil rekaan hendaklah diberi penekanan dari aspek


• ketepatan fungsi dan estetik
• kesesuaian bahan dan teknik untuk model
• dimensi model
• aplikasi asas seni reka
• keaslian
• kualiti persembahan
• kemasan

Penutup

Kertas 970/3 merupakan kertas amali untuk calon persekolahan yang


diberi penekanan dalam proses penghasilan karya sepanjang lapan bulan.
Guru pembimbing Seni Visual memainkan peranan penting sebagai
pembimbing dan penilai utama. Aspek teori dan amali perlu diberi
penekanan sepanjang proses dalam penghasilan. Portfolio adalah
merupakan dokumentasi penghasilan karya dan sebagai bahan bukti proses
teori dan amali berjalan dengan baik.

Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 12
Bibliografi

Amy e. Arntson (2007). Graphic Design Basics, USA: Thomson.


Bob Cotton (1990). The New Guide To Graphic Design, New Jersey: Chartwell Book
Inc.
Laura Slack (2006). What Is Product Design, Singgapore: Page One
Lois, Fichner (2008). Foundations of Art And Design, USA: Thomson
Paulson, F.L. Paulson, P.R. and Meyer, CA. (1991, February). "What Makes a Portfolio a
Portfolio?" Educational Leadership, pp. 60-63.

Taklimat Kertas Seni Visual 970/3 13 -15 Februri 2010  HASSAN GHAZALI 13