Anda di halaman 1dari 16

Parti Komunis Malaya (PKM)

1.0

Latar Belakang Parti

Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) adalah sebahagian daripada gerakan komunisme
antarabangsa yang menakluki dunia melalui revolusi. Pemikir-pemikir awal komunis melihat
dunia Timur sebagai sumber simpanan yang besar untuk melancarkan revolusi komunis
sedunia. Pada tahun 1927 dan 1928, lima wakil penting Parti Komunis China (PKC) sampai
ke Singapura dan telah menubuhkan Parti Komunis Nanyang yang akhirnya bertukar menjadi
PKM pada 30 April 1930. Penubuhan parti ini dikatakan wajar akibat daripada sistem
kapitalis yang sedang berkembang maju serta berlumba-lumba untuk menguasai tanah
jajahan di dunia. Selain itu, PKM sebenarnya telah lahir di bawah pengaruh Revolusi Rusia,
China Indochina dan juga Indonesia.

Menurut Gene Z. Hanrahan, penubuhan PKM telah dimulakan atas Laporan Alimin
iaitu salah seorang anggota revolusi Indonesia yang singgah di Singapura dalam perjalanan
ke Konferen Buruh Se-Pasifik di Canton pada bulan Jun 1924. Ketua Wakil Comintern bagi
Asia Tenggara, Tan Melaka telah menggesa pihak ketua PKC di Canton supaya memberi
perhatian terhadap Laporan Alimin. Oleh itu, Fu Ta Ching telah dihantar oleh PKC ke
Malaya dengan kerjasama bangsa Cina yang bermastautin di Malaya dan anggota revolusi
Indonesia termasuk Moktaruddin Lasso selain daripada Alimin yang pada masa itu telah lari
dari Indonesia dan berlindung di Singapura. Jadi, penubuhan PKM sebenarnya boleh
dikatakan bermula awal 1924 kerana pengaruh pembentukan PKM sejak dari awal adalah
daripada Parti Komunis Indonesia (PKI).

Oleh kerana komunis yang dibawa masuk ke Malaya pada masa itu adalah berasal
daripada PKC, maka golongan yang mula-mula dipengaruhi adalah orang-orang Cina.
Bagaimanapun, tidak semua bangsa Cina mahu dipengaruhi kerana hanya dua bangsa Cina
yang mahu mendengar janji yang muluk-muluk1 dan masa depan yang kabur yang telah
dibawa oleh pihak komunis ini. Kedua-dua kelompok ini ialah Hailam (dari Pulau Hainan)
dan Khek atau Hakka (golongan China yang suka berpindah randah-gipsi). Menurut Hock
Ann (1966), walaupun kedudukan kedua-dua kelompok Cina ini rendah kelasnya berbanding
dengan golongan Cina yang lain di Tanah Besar China, namun kelompok ini masih mampu

Menurut Kamus Dewan edisi keempat menyatakan muluk-muluk adalah perkataan indah (janjijanji).
Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

Parti Komunis Malaya (PKM)

berdikari dan kuat menyimpan rahsia. Ciri-ciri ini amat penting dalam usaha menanamkan
dan memelihara fahaman komunis supaya terus berkembang dengan lebih pesat lagi.
Pada awal penubuhannya, PKM hanya bergerak secara rahsia. Hal ini kerana, PKM
hanya membangunkan kekuatannya dalam kalangan kaum buruh, para petani, pelajar dan
sebagainya dalam lapisan masyarakat. Menjelang meletusnya Perang Dunia Kedua, PKM
berdiri di bawah pihak berikat dan mula menjalinkan kerjasama dengan Tentera Anti-Jepun
Rakyat Malaya (TAJRM) atau Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk
melawan tentera Jepun di Tanah Melayu. Selepas Jepun kalah, PKM yang terlalu percayakan
pengkhianatan yang telah dilakukan oleh Lai Te, dengan tidak mengisytiharkan kemerdekaan
Malaya tetapi sebaliknya menerima semula penjajahan British serta mengambil bahagian
dalam British Military Administration (BMA) dan membubarkan pasukan TAJRM.

Kekuatan TAJRM ketika itu agak kuat kerana terdiri daripada 10 000 orang tentera
dan 50 000 askar rakyat. Hal ini menyebabkan TAJRM telah berjaya menguasai lebih
separuh kawasan perdesaan yang berpenduduk 1/3 daripada penduduk seluruh negara. Selain
itu, sejumlah kekuatan patriotik-demokratik lain seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM)
sudah bersedia bekerjasama dengan PKM untuk bertempur kekuatan dengan penjajahan
British. Walaubagaimanapun, PKM masih memelihara badan organisasinya. Pada tahun
1947, PKM telah menelanjangi rupa ejen dalam selimut, Lai Te dan menendang keluar
daripada parti. Ekoran daripada itu, PKM telah menyusun semula badan kepimpinanya dan
telah berjuang secara berpelembagaan, bersatu dengan pelbagai kekuatan nasionalisme
pelbagai

kaum

termasuklah

Parti

Kebangsaan

Melayu

Malaya

(PKMM)

untuk

memperjuangkan kemerdekaan sehingga terbentuknya All Malaya Council of Joint Action


(AMCJA).

Di bawah landasan kemerdekaan yang terus berkobar pada waktu itu, penjajah British
mula merasai kedudukannya mula terancam. Oleh itu, dengan menggunakan berbagai dalih,
British telah melakukan tekanan secara kekerasan dengan mengharamkan semua parti yang
memperjuangkan kemerdekaan termasuklah PKM dan PKMM selain telah menangkap ramai
pemimpin dan anggotanya dengan mengisytiharkan Undang-undang Darurat pada bulan Jun
1948. Bermula dari sini, PKM telah melancarkan perjuangan bersenjata anti-British untuk
memperjuangkan kemerdekaan.

Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

Parti Komunis Malaya (PKM)

Pada 1 Feb 1949, PKM telah merasmikan penubuhan pasukan Tentera Pembebasan
Nasional Malaya (TPNM). Perjuangan kemerdekaan yang berkobar-kobar baik dari front
bersenjata dan non bersenjata oleh PKM dan juga TPNM telah mendesak supaya pihak
British terpaksa mengikhtiraf kemerdekaan persekutuan Tanah Melayu pada 1957. Namun,
kejayaan persekutuan yang menerajui negara merdeka bersekutu dengan penjajah British
meneruskan perang ke atas PKM dan TPNM. Akibatnya perang melawan penjajah telah
berubah menjadi perang dalam negeri.

Pada 2 Disember 1989, perjuangan bersenjata PKM telah dibentuk di bawah satu
perjuangan bersama antara tiga pihak iaitu Kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand, dan
PKM yang telah ditandatangai di Hadyai, Thai Selatan. Bermua dari sini, PKM telah
menghentikan segala kegiatannya dan membubarkan pasukan tenteranya. Ahli PKM dan
Tentera Pembebasan Nasional Malaya (TPNM) telah diberi layanan yang adil mengikut
perjanjian bersama oleh pihak kerajaan kedua buah negera. Selain itu, PKM turut berjanji
akan mematuhi segala undang-undang dan perlembagaan yang telah ditetapkan oleh negaranegara berkenaan.

2.0

Perlembagaan Parti Komunis Malaya

Perlembagaan Parti Komunis Malaya telah dirangka pada 6 Mac 1933 dalam satu mesyuarat
jawatankuasa pusat Parti Komunis Malaya yang telah diadakan di Singapura. Persetujuan
yang dicapai dalam mesyuarat tersebut ialah matlamat utama perjuangan Parti Komunis
Malaya (PKM) ialah menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya.
Namun perlembagaan ini tidak dilaksanakan kerana pada ketika itu PKM bukan sebuah parti
yang sah. Setelah diterima sebagai sebuah parti yang sah, Parti Komunis Malaya telah
berusaha untuk mencapai matlamat utama perjuangan PKM melalui perlembagaan yang
bermula sejak tahun 1945.

Perlembagaan ini telah disahkan oleh jawatankuasa tertinggi di dalam kongres kali
yang kesembilan yang telah diadakan pada 3 Jun 1947. Terdapat keterangan asas mengenai
Parti Komunis Malaya yang terkandung di dalam perlembagaan tersebut iaitu parti Komunis
Malaya ialah pelopor dan prajurit rakyat jelata yang terdiri daripada segenap bangsa yang
terdapat di Malaya. Tujuan Parti Komunis Malaya ini ditubuhkan adalah untuk berjuang dan
mendirikan kerajaan yang dimiliki oleh rakyat jelata yang terdiri daripada pelbagai bangsa
Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

Parti Komunis Malaya (PKM)

yang terdapat di Malaya pada ketika itu. Perlembagaan Parti Komunis Malaya ini dibuat
adalah bertujuan untuk :

1) Memperbaiki persaudaraan dan persatuan dalam kalangan rakyat jelata daripada


segala bangsa di dalam Malaya dan menghormati agama mereka, kepercayaan dan
adat resamnya berdasarkan atas dasar persamaan, persaudaraan, dan tolong menolong
di antara segala bangsa.
2) Dengan giat bergabung di dalam gerakan bermaustatin di Malaya, berjuang untuk
mengembangkan

perpaduan

kebangsaan

yang

berdasarkan

demokrasi

dan

menyesuaikan permintaan secara demokrasi yang dijalankan dengan serentak.


3) Menyokong gerakan persatuan ahli-ahli bekerja, petani, ahli-ahli bekerja jawatan
rendah, kerani, dan guru-guru atas permintaan mereka mereka itu untuk
mempelbagaikan kehidupan, memperkukuhkan keluasan persatuan dan perpaduan di
antara rakyat jelata, kaum petani dan pekerja-perkerja yang berjawatan rendah, kerani
serta guru-guru untuk memperkukuhkan sendi perpaduan kebangsaan yang
berdasarkan demokrasi.
4) Menyokong akan tuntutan-tuntutan nasional Borjuis (kapitalis kebangsaan), untuk
memperbaiki ekonomi kebangsaan, memperbaiki dan menjalankan syarikat kerjasama
sama ada di kawasan bandar dan kampung atau di kawasan desa. Selain itu,
membangkang apa jua jalan atau cara untuk memonopoli atau melakukan penindasan.
5) Menyokong gerakan Sosiolis British daripada golongan ahli-ahli pekerja. Selain itu,
menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan daripada bangsa-bangsa yang
tertindas di dalam dunia ini dan menjalankan keamanan di dunia.

Perlembagaan Parti Komunis Malaya terbahagi kepada lapan bab utama di mana
setiap satunya mempunyai kandungan yang tertentu. Bab satu adalah berkenaan Ahli-ahli
dimana seseorang ahli Parti Komunis Malaya haruslah mempunyai kriteria yang terdapat di
dalam perlembagaan ini. Contohnya, untuk menjadi ahli Parti Komunis Malaya, seseorang itu
mestilah berumur 18 tahun ke atas dan mesti menjalani latihan selama empat bulan sebelum
sah menjadi ahli parti. Selain itu, ahli-ahli Parti Komunis Malaya terikat dengan peraturan

Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

Parti Komunis Malaya (PKM)

yang terdapat dalam perlembagaan tersebut. Ahli-ahli juga mesti mempunyai pengetahuan
mengenai politik dan berkemahuan untuk mempelajari fahaman markas dan lenin2.

Manakala bab kedua pula berkenaan Fahaman Kebulanan Demokrasi dimana di dalam
bab ini terkandungannya mengenai kedudukan ahli-ahli yang berjawatan tertinggi di dalam
Parti Komunis Malaya yang perlu ditaati dan di hormati oleh ahli-ahli yang berjawatan
rendah. Bab yang ketiga pula membincangkan mengenai Kongres Parti Semalaya. Kongres
Parti Semalaya adalah kuasa yang tertinggi daripada parti merujuk perkara (13)
Perlembagaan Parti Komunis Malaya. Kandungan bab ini adalah mengenai kongres yang
akan diadakan setiap dua tahun sekali dan sekiranya berlaku kecemasan, Sentral Komuniti
berhak untuk melakukan sebarang keputusan mengenai kongres.

Bab yang keempat adalah mengenai Sentral Komuniti dan bab kelima pula mengenai
Pertubuhan Parti State atau City. Sentral Komuniti merupakan kuasa teritinggi Parti Komunis
Malaya dan mempunyai kuasa dalam menubuhkan beberapa jabatan dan jawatankuasa rendah
di dalam Parti Komunis Malaya. Manakala Pertubuhan Parti State atau City adalah kuasa
yang tertinggi dalam melakukan urusan surat menyurat dan pertubuhn parti ini terletak di
bawah kelolaan Sentral Komuniti. Oleh demikian, Sentral Komuniti merupakan kuasa
tertinggi yang terdapat di dalam perlembagaan ini.

Cawangan Parti, Perbelanjaan Parti dan Kekuasaan terkandung di dalam bab yang
ketujuh, kelapan dan kesembilan perlembagaan parti. Cawangan Parti bertujuan adalah untuk
memperkembangkan dan menerangkan hal-hal yang berkaitan parti kepada rakyat jelata di
Malaya. Manakala Perbelanjaan Parti pula adalah berkenaan dana yang diperolehi parti
adalah melalui kutipan yuran daripada ahli-ahli dan kutipan derma yang dijalankan di luar
parti. Akhir sekali, bab yang kesembilan iaitu mengenai Kekuasaan Parti. Kandungan
Perlembagaan Parti Malaya mengenai Kekuasaan boleh dilihat melalui (31) jika sekiranya
dalam mustahak, Sentral Komuniti akan berkuasa menentukan perkara-perkara yang tertentu
daripada beberapa bab di dalam perlembagaan ini dan menerangkan satu persatu ketentuan
itu yang bersangkut paut dengan sebarang keputusan di dalam sebarang bab dalam

Lenin merujuk kepada seorang pemimpin yang bertanggungjawab terhadap berdirinya


komunisme di rusia iaitu Vladimir Ilyich Ulyanov Lenin. Beliau merupakan orang yang
berpengaru dalam menyebarkan idea dan fahaman komunisme di seluruh dunia.
Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

Parti Komunis Malaya (PKM)

perlembagaan ini. Walaubagaimanapun, pemerintahan berdasarkan perlembagaan ini tidak


berjaya dan menyebabkan Parti Komunis Malaya mengubah dasar pemerintahan mereka.

3.0

Peranan PKM

Parti Komunis Malaya bukan merupakan tenaga utama dalam bidang politik tempatan.
Sebelum Perang Dunia Kedua parti ini bergerak dalam gerakan-gerakan bawah tanah secara
haram iaitu terutama di sekolah-sekolah malam3 dan sekolah-sekolah persendirian,
pertubuhan-pertubuhan pekerja dan belia. Ketika ini juga, PKM merupakan parti yang bebas
bergerak kerana tidak memberi ancaman kepada kerajaan penjajah Inggeris. PKM juga
merupakan parti politik yang halal sebelum Akta Darurat diisytiharkan.

Pada era pemerintahan Jepun, pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli PKM dihapuskan


oleh pihak berkuasa Jepun4. Namun begitu pada bulan Februari 1942, PKM telah
mengadakan mesyuarat di Singapura dan meluluskan program empat dasar yang akan
dilaksanakan sewaktu pemerintahan Jepun. Program empat dasar iaitu:
i.

Menyatukan seluruh rakyat dan membantu Inggeris menentang Jepun,

ii.

Mempersetujui ahli-ahli parti dan golongan massa,

iii.

Menghapuskan semua agen musuh dan pengkhianat,

iv.

Menghalang Jepun daripada mengesan rahsia pergerakan PKM.

Sewaktu pentadbiran tentera British di Semenanjung Tanah Melayu, PKM mula


menunjukkan minat dalam pergolakan politik tanah air. Pada September 1945, PKM telah
mengemukakan Eight Proposals and Six Suggestions tetapi ditolak oleh kerajaan. Namun
begitu, pada 7 November 1945, Jawatankuasa Pusat PKM sekali lagi mengusulkan satu
proklamasi yang menuntut: perlembagaan yang demokratis; hak kebebasan bagi pertubuhanpertubuhan politik; hak self-determination bagi rakyat; hak untuk berkerajaan sendiri;
pembentukan All-Malayan Congress; hak mengundi bagi rakyat yang berumur lebih dari 18
tahun; dan hak yang lebih besar kepada kaum wanita. Namun, proklamasi ini juga ditolak.

Khoo Kay Kim Komunisma di Tanah Melayu: Peringkat Awal, dalam jurnal Sejarah,
Universiti Malaya, Kuala Lumpur, Jil. X, 1971/72, ms.94.
4
Semasa mesyuarat JKP PKM di Batu Cave, Selangor pada 1/9/1942, 20 orang pemimpin
PKM telah dibunuh oleh Jepun. 70 orang yang lain ditangkap.
Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

Parti Komunis Malaya (PKM)

PKM turut menjadi tenaga penggerak utama apabila bergabung dengan golongan kiri
PUTERA-AMCJA5 bagi menentang penubuhan Malayan Union dan Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Gabungan pertubuhan ini juga bersama-sama berjuang memberi
tekanan kepada kerajaan British untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Malah mereka
juga telah mencadangkan Penggubalan Perlembagaan Rakyat pada tahun 1947 namun ditolak
oleh pihak British.

Perjuangan menuntut kemerdekaan jelas dapat dilihat dalam perjuangan Rejimen Ke10 sayap kiri Melayu PKM yang telah dipengerusikan oleh Musa Ahmad dan Ahmad Cikgu
Salleh sebagai kaptennya6. Rejimen Ke-10 ditubuhkan pada 21 Mei 1949 dan dianggotai oleh
orang Melayu. Anggota Markas Besar Rejimen Ke-10 ialah Abdullah C.D. sebagai Komisaris
Politik, Wahi Anuar sebagai Komander dan Musa Ahmad sebagai Pegawai Politik.
Pertubuhan ini telah memainkan peranan untuk menarik dan membangkitkan kesedaran orang
Melayu bagi menentang kekuatan tentera penjajah. Shamsiah Fakeh juga merupakan anggota
Rejimen Ke-10. Beliau bertugas sebagai penyusun massa iaitu menemui rakyat, memberi
penerangan tentang perjuangan bersenjata melawan penjajah British untuk mencapai
kemerdekaan dan menyatukan rakyat bagi mendapatkan sokongan kepada perjuangan
mereka7.

Fikiran antikomunis sebenarnya telah dipengaruhi oleh penjajah sebagai bapa


kapitalisme. Selepas Perang Dunia Kedua, orang Melayu yang berhaluan kiri umumnya tidak
antikomunis, namun berbeza dengan pihak haluan kanan yang rapat dengan kerajaan British
terutamanya UMNO. Perjuangan golongan haluan kiri begitu jelas untuk menentang penjajah
bagi menuntut kemerdekaan tanah air. Mereka tidak bersifat antikomunis kerana berpegang
kepada prinsip perjuangan yang hanya melibatkan semangat nasionalis dan keagamaan. Hal
ini menyebabkan terdapat ramai golongan agama yang menyokong PKM seperti yang
berlaku di Tanah Melayu, PKM bekerjasama dengan PKMM yang dipengerusikan oleh Dr.
Burhanuddin iaitu seorang tokoh agama yang berpandangan jauh. Sokongan oleh golongan
5

AMCJA ditubuhkan pada 22/12/1946 dan dipengerusikan oleh Tan Cheng Lock.
Pertubuhan ini merupakan suara kaum bukan Melayu yang mewakili Malayan Democratic
Union (MDU), Malayan Indian Congress (MIC), Malayan New-Democratic Youth League
(MNDYL), MPAJ Ex-Services Comrades Assocation (MPAJESCA) dan Pan-Malayan
Federation of Trade unions (PMFTU). Putera pula terdiri daripada Parti Kebangsaan Melayu
(MNP), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Kesedar (AWAS).
6
Dewan Masyarakat Ogos 1991, ms.25
7
Berdirinya Tentera Pembebasan Nasional Malaya dan Penubuhan Rejimen Ke-10. Memoir
Shamsiah Fakeh. Ms.66
Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

Parti Komunis Malaya (PKM)

tokoh-tokoh agama turut diberikan kepada Rejimen Ke-10 kerana menganggap parajurit
Rejimen Ke-10 sebagai jihad kerana berjuang demi agama dan tanah air8.

Peranan yang dimainkan oleh tokoh-tokoh yang bersemangat nasionalisme ini jelas
dilihat melalui Abdullah C.D iaitu seorang yang bersifat radikal dan antikolonial. Menurut
Abdullah C.D., beliau merasakan revolusi yang dianjurkan oleh PKM mempunyai harapan
yang cerah untuk memperjuangkan kemerdekaan. Beliau turut merasakan orang Melayu perlu
mencontohi orang Tionghua yang bersemangat dan saling bekerjasama dalam melakukan
revolusi menentang penjajah. Hal demikian telah menyebabkan beliau menyertai PKM pada
Mei 1945. Beliau sering menjadi wakil PKM dalam menghadiri perjumpaan dengan pihak
PKMM9. Kerjasama inilah yang menampakkan bahawa golongan radikal Melayu memainkan
peranan yang besar dalam menegakkan prinsip perjuangan dalam menuntut kemerdekaan
tanah air.

Perjuangan radikal oleh golongan kiri menyebabkan pemerintah British menentang dan
mengharamkan pertubuhan-pertubuhan yang berhaluan kiri. Faktor yang menyebabkan
golongan ini bangkit dengan perjuangan bersenjata adalah disebabkan oleh rasa tertekan
dengan keadaan yang memaksa mereka untuk bertindak dengan lebih ganas. Perjuangan
menuntut kemerdekaan mereka seperti tidak dihargai apabila pertubuhan-pertubuhan yang
diwujudkan berhadapan dengan ancaman dan gagal untuk bertahan.

Menurut Shamsiah Fakeh didalam bukunya Memoir Shamsiah Fakeh Dari AWAS ke
Rejimen Ke-10, situasi yang menjadi tegang menyebabkan beliau berani untuk masuk ke
hutan demi menetapkan prinsip perjuangannya untuk mendapatkan kemerdekaan. Hal ini
seperti yang dinyatakannya Situasi ketika itu sudah mulai tegang. Kami telah diperintahkan
masuk hutan di kawasan Lubuk Kawah. Aku pun masuk hutan dan bermulalah era aku
berjuang mengangkat senjata. Semangat cintakan tanah air dan kemerdekaan serta kesetiaan
kepada perjuangan telah membuatkan aku teguh dan sanggup masuk hutan. Yang penting
ialah mencapai kemerdekaan. Pada fikiranku setelah merdeka maka segala-galanya akan
dapat diselesaikan10.
8

Wawancara Abdullah C.D dalam perjuangan pada April 29, 2010. Diperoleh daripada
http://alonganaz.wordpress.com/2010/04/29/wawancara-abdullah-cd/
9
PKMM awalnya dipimpin oleh Dr. Mokhtaruddin Lasso dan kemudiannya dipimpin oleh Dr.
Burhanuddin Al-Helmi dan Ishak Haji Muhammad.
10
Memoir Shamsiah Fakeh, Dari AWAS ke Rejimen Ke-10, ms.56
Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

Parti Komunis Malaya (PKM)

4.0

Strategi dan Kejayaan Parti Komunis Malaya (PKM)

Walaupun terpaksa berundur akibat kekalahan yang dialami, tahun-tahun sebelum 1968 telah
digunakan sepenuhnya oleh PKM untuk mengatur strategi dan tindakan begi meneruskan
perjuangan mereka ke arah matlamat pembentukan sebuah negara komunis. Sehubungan
dengan itu, PKM sebagai sebuah pergerakan komunis yang lebih ke arah Beijing dengan
menjadikan strategi perang gerila yang digunakan oleh Mao di negeri China sebagai asas
untuk dilaksanakan di Semenanjung Malaysia. Justeru, PKM telah melancarkan
pemberontakan bersenjata buat kali kedua berpandukan kepada strategi-strategi yang telah
dirancangkan.

Kehadiran golongan gerila Melayu adalah bersesuaian dengan strategi PKM untuk
menawan hati bangsa Melayu dengan memperbetulkan kesilapan lalu, terutamanya dalam
soal pendekatan mereka selepas Perang Dunia Kedua yang menyebabkan orang Melayu
membenci PKM. Hal ini kerana, tindakan keras yang dilakukan oleh PKM selepas perang
menyebabkan orang Melayu kurang mempercayai PKM. Disebabkan hal itu, usaha untuk
membentuk Rejimen ke-10 telah dipertingkatkan selaras dengan matlamat yang ditetapkan
selain berusaha untuk menambat hati orang Melayu. PKM juga turut menggariskan beberapa
strategi untuk memastikan gerakan gerila di Tanah Melayu berjaya berdasarkan Kerdant
Document (Dokumen Karden), yang dirampas oleh pihak polis di Pahang pada bulan
Disember 1949. Strategi yang digariskan dalam Dokumen Kerdan ini dibahagikan kepada
tiga peringkat iaitu:
i.

Peringkat pertama Satu tempoh untuk mempersiapkan perang gerila yang


bermula dari pangkalan-pangkalan sementara dengan menetapkan dua
matlamat iaitu melemahkan kekuatan kerajaan dan membina kekuatan awam
serta tentera parti.

ii.

Peringkat kedua Satu tempat pembesaran dan memperkuatkan Min Yuen


(organisasi massa atau gerakan rakyat) dan Tentera Pembebasan Nasional
Malaya (MRLA) dengan cara memperhebatkan serangan-serangan ke atas
jentera kerajaan dan sistem komunikasi serta menawan pangkalan-pangkalan
keselamatan di sekitar kawasan kampung dan pekan kecil.

iii.

Peringkat ketiga Min Yuen mengambil alih secara berperingkat-peringkat


kawasan yang telah ditinggalkan oleh pasukan keselamatan dan seterusnya
membina dan mengisytiharkan kawasan tersebut sebagai kawasan bebas

Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

Parti Komunis Malaya (PKM)

(liberated area). Kemudian membina pangkalan-pangkalan tetap di kawasan


tersebut dan menukarkan anggota gerila kepada anggota tentera biasa (regular
army).

Sehubungan dengan itu, demi memastikan strategi yang digariskan dalam dokumen
tersebut dicapai, PKM bertindak melancarkan gerakan sabotaj dan keganasan seperti serang
hendap, penculikan, ugutan, merompak dan membunuh. Tindakan ganas ini bukan sahaja
dilakukan oleh PKM induk malahan ia turut dilakukan oleh Rejimen ke-10. Tindakan ini
dijalankan untuk mencapai matlamat penubuhan Republik Pembebasan Rakyat. Semua
tindakan itu dilakukan menerusi gerakan gerila dan perang gerila. Selain itu, mereka turut
bertindak menggempur pasukan keselamatan British dengan matlamat menggulingkan
kerajaan penjajah.

Terdapat satu peristiwa yang dianggap sebagai kemucak kepada perjuangan


bersenjata gerila komunis Melayu telah dilakukan pada bulan November 1949 di Temerloh,
Pahang. Rejimen ke-10 yang terdiri dari 100 orang anggota telah bertindak menyerang
hendap 40 orang anggota polis yang menaiki sebuah van polis, jip, dan lori. Talib Anak
Harimau dan Abdullah C.D merupakan orang yang bertanggunajawab memulakan serangan
ke atas pasukan keselamatan tersebut. Rejimen ke-10 berjaya mengalahkan anggota
keselamatan tersebut, di mana seramai 15 orang anggota polis terkorban. Rentetan daripada
peristiwa ini, pihak British telah berindak balas dengan menghantar sepasukan askar Gurkha
ke Tememrloh. Namun pihak Rejimen ke-10 bertindak balas dengan dengan melakukan
pelbagai serangan hendap di Temerloh, Jerantut dan Lanchang, Pahang. Kejadian ini telah
menarik minat parlimen British di London. Kejayaan Rejimen ke-10 ini merupakan satu
kejayaan manis golongan berhaluan kiri dalam berhadapan dengan pihak British. Justeru,
peristiwa ini telah menaikkan nama Abdullah C.D, Musa Ahmad, Kapten Abas (Ahmad
Cikgu Salleh) dan Shamsiah Faqeh.

Kejayaan ini tidak bermakna PKM telah berhenti meluaskan pengaruhnya, malahan
kejayaan ini telah membuatkan Rejimen ke-10 merancang dan bertindak untuk menguasai
dan mengisytiharkan Gua Musang di Kelantan sebagai kawasan bebas daripada jajahan
British. Namun, sebelum sempat Gua Musang diisytiharkan bebas, pihak British telah
bertindak pantas menyerang kedudukan mereka. Serangan mengejut ini telah hampir
melumpuhkan Rejimen ke-10 serta turut menjadi kucar-kacir.
Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

10

Parti Komunis Malaya (PKM)

Walaupun mereka gagal dalam usaha untuk menjadikan Gua Musang sebagai
kawasan bebas tetapi ia tidak mematahkan semangat mereka untuk terus berjuang. Namun,
asakan demi asakan dilakukan oleh pihak British sehingga menyebabkan mereka akhirnya
terpakasa mengundurkan diri hinggan ke kawasan sempadan. Seterusnya,

beberapa

rundingan yang diadakan menemui jalan buntu. Menurut Abdullah C.D lagi, selain
ketidaksefahaman para pemimpin, terdapat juga faktor luaran yang menggagalkan usaha
mereka. Strategi dan propaganda serta taktik perang saraf tentera British turut menyumbang
ke arah kegagalan tersebut.

Pada peringkat akhir perjuangannya, PKM telah menandatangani perjanjian Hadyai.


Acara menurunkan tandatangan dalam Perjanjian Damai antara PKM, kerajaan Malaysia dan
kerajaan Thailand telah diadakan di Hotel Lee Gardens, Hadyai pada 2 Disember 1989.
Ketua-ketua perwakilan yang menandatangani perjanjian tersebut ialah Pemangku Angkatan
Tentera Thailand, Tan Sri Jeneral Chaovaslit Yongchaiyuth, Ketua Setiausaha Kementerian
Dalam Negeri Malaysia, Datuk Wan Sidik Wan Abdul Rahman dan Setiausaha Agung PKM,
Chin Peng. Selain itu, Abdullah C D dan Rashid Maidin juga turut menurunkan tandatangan
bagi pihak PKM.

5.0

Tokoh Parti Komunis Malaya

Nama Chin Peng sememangnya tidak mungkin akan dapat dipisahkan dengan PKM.
Pengaruhnya sebagai seorang pemimpin PKM amat kuat dan sehingga kini beliau masih tidak
dibenarkan untuk kembali ke Malaysia atas dasar keselamatan serta menjaga sensitiviti
keluarga mangsa yang terkorban semasa berlakunya darurat pada tahun 1948. Ramai yang
memberi pandangan masing-masing sama ada

Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua lahir pada 21 Oktober 1924 di
Sitiawan, Perak. Beliau tinggal bersama kedua ibu bapanya dan lima lagi adik beradiknya di
rumah kedai No 36, Jalan Kampung Koh. Bapanya berasal daripada pinggir kampung Jiang
Dou, China dan berhijrah ke Singapura. Ibunya pula anak sulung di dalam keluargan Kwan
yang tinggal di Rochor, Singapura. Setelah kedua ibu bapanya berkahwin, mereka berhijrah
pula ke Semenanjung Tanah Melayu pada tahun 1918 dan membuka kedai basikal di
Sitiawan.
Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

11

Parti Komunis Malaya (PKM)

Sejak dari zaman sekolah rendah lagi Chin Peng berminat untuk mempelajari tentang
China dan mengikuti perkembangan yang berlaku di negara itu. Semasa berlaku penceroboh
oleh tentera Jepun di China pada tahun 1936, beliau menyertai Chinese Anti-Enemy
Backing-Up Society11 yang bertujuan untuk mengumpul dana bagi menyokong usaha China
menentang Jepun. Walaupun, Chin Peng menyertai persatuan ini, namun beliau masih tidak
benar-benar mengikut aliran komunisme. Sehinggalah beliau membaca On Protracted
War yang ditulis oleh Mao Tse Tung yang menyebabkan beliau kagum akan falsafah yang
dibawa oleh Mao. Seterusnya, Chin Peng semakin gemar untuk membaca tulisan yang dibuat
oleh pihak Kuomintang dan Komunis yang banyak menerbitkan kajian tentang kaedah
terbaik untuk menentang Jepun. Pada pandangan Chin Peng, tulisan oleh pihak Komunis
adalah lebih meyakinkan daripada pihak Kuomintang yang mahukan pertolongan daripada
Barat. Kemudian, pada Januari 1940 beliau telah menjadi ahli percubaan PKM dan menyertai
parti tersebut secara sah pada Disember tahun yang sama. Semasa Chin Peng masih menjadi
ahli percubaan, ramai ahli Backing-up Society telah ditangkap semasa pihak British
melakukan gerakan untuk menumpaskan gerakan komunis di Semenanjung Tanah Melayu.
Oleh itu, pada bulan Julai, Chin Peng telah melarikan diri ke Kuala Kangsar. Seterusnya,
beliau dihantar ke Taiping dan kemudian ke Ipoh di mana beliau bertindak sebagai Standing
Committee Member bagi negeri Perak.

Chin Peng menjadi ahli yang menonjol di dalam PKM apabila beliau menjadi orang
tengah antara Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) dengan British semasa
kedua-dua pihak ini berkerjasama untuk menentang pencerobohan Jepun di Tanah Melayu.
Semasa penjajahan oleh Jepun berlaku pada tahun 1942, Chin Peng merupakan ahli junior di
antara tiga ahli Sekretariat Jawatankuasa Negeri Perak. Dua lagi ahli senior ialah Su Yew
Meng dan Chang Meng Ching. Namun begitu, pada tahun 1943 kedua-dua ahli senior ini
ditangkap oleh Jepun dan Chin Peng terpaksa bertanggungjawab untuk mengambil alih
tempat mereka. Komunikasi antara Chin Peng dengan Jawatankuasa Pusat juga telah terputus
pada waktu itu. Maka, Chin Peng bertindak pergi ke Kuala Lumpur dan berjumpa dengan
Chai Ker Meng. Seterusnya, Lai Tek menghantar seorang ahli Jawatankuasa Pusat iaitu Lee
Siow Peng namun Lee juga telah ditangkap. Maka, Chin Peng ditugaskan untuk berhubung
dengan pihak British.

11

Chinese Anti-Enemy Backing-Up Society ini ditubuhkan oleh PKM yang seakan sama
seperti gerakan yang dibuat oleh Tan Kah Kee untuk mengumpul dana yang akan
disalurkan ke China. Namun begitu, ianya tidak diiktiraf secara rasmi oleh British.
Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

12

Parti Komunis Malaya (PKM)

Semasa Chin Peng menjadi orang tengah antara MPAJA dengan pihak British, sebuah
perjanjian telah ditandatangani pada Disember 1943. Perjanjian ini ditandatangani oleh
Chang Hong, Chin Peng (beliau menggunakan nama samaran Chen Chin Sheng semasa
perjanjian tersebut), Tan Chong Lim (penterjemah bagi pihak British), Major John L. H.
Davis, Richard Broome, dan F. S. Chapman. Selain itu, beliau juga menyertai Force 136 yang
merupakan satu pasukan bersenjata yang ditubuhkan British untuk menentang pendudukan
Jepun di Tanah Melayu. Hasil daripada kerjasama ini, pihak British telah membekalkan
bekalan senjata, kewangan, peralatan dan latihan kepada ahli MPAJA dan Force 136 yang
rata-ratanya merupakan ahli PKM. Hasil daripada usaha Chin Peng untuk menjalinkan
kerjasama di antara MPAJA dan British ini, beliau dianugerahkan dua medal kempen dan
Order of British Empire (OBE). Pengaruh Chin Peng di dalam PKM juga semakin kuat dan
akhirnya beliau dilantik sebagai Setiausaha Agung PKM pada tahun 1947 semasa berumur 25
tahun.

Kemudian, Akta Darurat 1948 diisytiharkan pada 16 Jun akibat daripada pembunuhan
tiga orang12 pengurus estet di Sungai Siput. Oleh itu, Chin Peng dan ahli-ahli PKM yang lain
menjadi buruan pihak berkuasa pada waktu itu. Oleh itu, pada akhir era darurat Chin Peng
telah melarikan diri ke Selatan Thailand bersama dengan beberapa orang rakannya dari PKM
dan pada hujung tahun 1960 Chin Peng melarikan diri ke Beijing. PKM telah meletakkan
senjata pada tahun 1989 dan pada 2 Disember tahun yang sama sebuah rundingan dijalankan
di antara Chin Peng, Rashid Maidin dan Abdullah CD dengan wakil daripada Malaysia dan
Thailand. Maka, dua perjanjian berasingan telah ditandatangani oleh PKM dengan kedua-dua
negara tersebut dan salah satu perkara yang dinyatakan adalah ahli-ahli PKM yang berasal
daripada Tanah Melayu dibenarkan untuk kembali ke tanah air mereka.Namun begitu, Chin
Peng masih tidak lagi dibenarkan untuk kembali. Permohonan beliau untuk kembali ke
Malaysia pada awal tahun 2000 telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada 15 Julai 2005.
Kemudian, beliau merayu di Mahkamah Rayuan pada Jun 2008 namun permohonan beliau
masih ditolak kerana beliau tidak dapat menunjukkan bukti bahawa beliau adalah
warganegara Malaysia. Sehingga kini, banyak pihak masih berdebat sama ada wajar atau
tidak Chin Peng dibenarkan untuk kembali ke Malaysia.

12

Arthur Walker, 50 telah dibunuh di Elphil Estate manakala John Allison, 55 dan Ian
Christian, 21 telah dibunuh di Sungai Siput Estate oleh ahli PKM.
Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

13

Parti Komunis Malaya (PKM)

6.0

Bibliografi

Chin Peng, (2003). My Side of History: As Told to Ian Ward and Norma Miraflor. Singapore:
Media Master Pte Ltd.

Dewan Masyarakat keluaran Ogos 1991. Diperolehi pada 28, Mac 2012 daripada
Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Gene Z. Hanrahan (2008). The Communist Struggle in Malaya. Kuala Lumpur : University of
Malaya Press.

Kamaruddin M.Said. Pilihan Rasional: Minda Abdullah C.D., Pemimpin Komunis


Melayu. Diperoleh pada Mac 29, 2012 daripada
http://www.ukm.my/penerbit/akademika/ACROBATAKADEMIKA81-3/jademik81
-3Bab%202-lock.pdf

Memoir Shamsiah Fakeh Dari AWAS ke Rejimen Ke-10. Diperolehi pada 28, Mac 2012
daripada Perpustakaan Tuanku Bainun, Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Perlembagaan Parti Komunis Malaya. Diperolehi pada April, 24 2012 daripada


www.scribd.com/doc/18987129/Perlembagaan-PKM

Ramlan Hamzah. Parti Komunis Malaya: Penubuhan, Peranan dan Implikasinya

Rashid Maidin (2005). Memoir Rashid Maidin : Daripada Perjuangan Bersenjata kepada
Perdamaian. Selangor : Strategic Information Research Development.

Wawancara Abdullah C.D dalam perjuangan. Diperoleh pada Mac 29, 2012 daripada
http://alonganaz.wordpress.com/2010/04/29/wawancara-abdullah-cd/

Ramlan Hamzah. Parti Komunis Malaya: Penubuhan, Peranan dan Implikasinya

Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

14

Parti Komunis Malaya (PKM)

7.0

Lampiran

Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

15

Parti Komunis Malaya (PKM)

Malaysia Abad Ke-20 (HSM 3043)

16