Anda di halaman 1dari 2

Petikan-petikan dari Asas-asas Islam ( dipetik dan dipermudahkan bahasa agar senang

faham).
1. Telah anda ketahui juga bahawa manusia mengikut fitrahnya mestilah patuh kepada
Dia yakni Allah, sebagaimana seluruh alam semesta ini.
2. Allah telah menghadiahkan kepada manusia satu perkara khas; iaitu kebebasan
untuk mempunyai kemahuan, dan telah melebihkan manusia daripada makhluk2 lain
dari sudut penguasaan ilmu pengetahuan, kemampuan berfikir, dan keupayaan
untuk membezakan antara baik dan buruk (haq dan batil).
3. Dengan mata penciptanya ( cara fikir mengikut acuan Tuhan), dia sentiasa melihat
betapa dan untuk apa kemerdekaan itu dipergunakan.
4. Andaikata di atas kertas peperiksaan, anda terpaksa memberikan jawapan yang telah
ditentukan (tanpa kebebasan memilih), maka untuk apa ujian itu dilakukan?
5. Tidak akan terlihat kemampuan dan potensi yang kita ada melainkan kita boleh
memilih jawapan yang kita kehendaki dalam pilihan jawapan yang sangat besar
(infinity).
6. Jika seseorang tidak mengenal fitrah dirinya dan fitrah alam ini, tersalah dalam
mengenal Pencipta serta sifatNya, memilih jalan maksiat dan keingkaran (ignorance),
tidak dapat mengambil (grab) hikmah kebebasan untuk membuat pilihan, maka dia
akan menghadapi kegagalan nyata dalam ujian ilmu dan aqal; dalam keupayaan
membezakan haq dan batil; dari sudut perasaanya terhadap kewajipan...
7. Ada manusia telah lulus dengan ujian ini --- dia memilih haq ( kebenaran, cara hidup
islam) dengan kebebasan fikirannya, walaupun di hadapan dia tidak ada sesiapapun
atau sesuatu yang dapat menghalang dia dari memilih batil sekiranya dia mahu. (
terpengaruh pd keinginan, nafsu syahwat, kehendak syaitan)
8. Apakah faktor kejayaan dia ? Demikianlah datang kepada dia bukti kekuasaan
Tuhan kerana dia membezakan mana haq dan mana batil, kerana dia tahu siapa
Tuhannya ( dia tahu dia ini adalah Hamba ), dan kerana dia memilih kebaikan (haq)
serta mengikuti jalan Haq.
9. Orang seperti ini tidak mungkin (atau tergamak) akan mengambil jalan sesat
sepanjang dia masih hidup, kerana sejak dari langkah pertama keputusan yang
diambil adalah berdasarkan ilmu dan cara pandang/cara fikir / sistem penilaian (yg
megikut acuan Tuhan). Dan bagi dia tidak tersembunyi pengakhiran jalan yang dia
ambil (yakni Syurga dan keredhaan Allah).
10. Diri dia sentiasa tidak akan terpesong dalam setiap fasa kehidupan yang dia lalui.
11. Adapun saintis Muslim (dan juga pada setiap muslim yang diberikan nikmat untuk
cerdik pandai) - semakin yakin dan semakin bersyukur pada Allah, serta bertambah
kukuh iktikad dalam hati bahawa Tuhan takkan berikan dia nikmat ini melainkan
untuk dia menjadi seseorang yang mendatangkan manfaat kepada diri serta
memberikan kebaikan kepada seluruh manusia lain.

12. (Sifat) benar, jujur, memelihara diri dari kecemaran ( dari segala anasir yang
melunturkan perilaku islam baik luaran mahupun sifat dalaman), takut akan Allah,
dan mengikut yang haq ( dengan setia), semua itu adalah kumpulan peribadi seorang
muslim.
13. ... setiap sesuatu yang dia miliki ( baik tubuh badan, aqal, perasaan, atau semua
benda yang dia miliki) adalah amanah dari Allah, dan tidak halal bagi dia untuk
menggunakannya melainkan mengikut yang ditentukan oleh keredhaan Allah. Dia
tahu Allah melihat dirinya.
14. Tidak ada sesiapapun yang lebih kuat, berani, tangkas, lebih dari orang seperti ini.
Kerana dia tidak takut pada apa-apa melainkan pada Allah.
15. Dia sangat dicintai manusia kerana dia menunaikan segala hak orang lain tanpa
kekurangan, berbuat baik pada mereka, tidak berbuat jahat (walaupun dalam apa
jua jenis). Dia memperjuangkan kebahagiaan mereka. Dia tidak mengharapkan
balasan terima kasih daripada manusia langsung.
16. Apabila anda mengetahui semua peribadi muslim dan akhlaknya di dunia ini, anda
dengan sendiri akan yakin tidak mungkin seorang muslim itu hidup terhina di dunia
(melainkan jika muslim itu sendiri telah melanggar fitrahnya yang islam). Bahkan
seorang muslim itu hidup dalam lingkungan kemuliaan disebabkan sifat-sifat yang
telah Islam hiasi pada diri dia. Sifat peribadi islam itu tidak mungkin akan dapat
dikalahkan oleh mana-mana paksaan di dunia (melainkan muslim itu suka rela untuk
menanggalkan sifat itu dari dirinya sendiri. Maka dia sendiri yang ingin jatuh dari
kemuliaan di mata Tuhan).
17. Inilah dia islam. Agama (cara hidup) yang telah difitrahkan (sebati tanpa sebarang
unsur penolakan) untuk manusia. Semua manusia yang mengenal allah akan
mengikuti agama ini, mematuhi undang2nya, melalui jalannya yang lurus, pada
setiap masa, setiap bangsa, setiap ranjau.

Anda mungkin juga menyukai