Anda di halaman 1dari 23

TOPIK

KONSEP ASAS ISLAM


SUSUNAN:
Pensyarah Unit Pendidikan Islam dan Moral
Jabatan Pengajian Am Politeknik Ungku Omar

Diakhir
pembelajaran
pelajar
dapat:
Diakhir
pembelajaran
iniini
pelajar
dapat:
Memahami
Islam
sebagai
cara
hidup
(ad-Din)
Memahami
Islam
sebagai
cara
hidup
(ad-Din)
Menjelaskan
konsep
akidah.
Menjelaskan
konsep
akidah.
Menjelaskan
konsep
syariah.
Menjelaskan konsep syariah.
Menjelaskan
konsep
akhlak.
Menjelaskan
konsep
akhlak.

1.1 ISLAM SEBAGAI CARA HIDUP (AD-DIN)


Islam adalah agama wahyu yang diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW untuk
memimpin umat manusia kepada kebenaran bagi mencapai kesejahteraan hidup di dunia dan
akhirat.
1.1.1 Definisi Islam
a) Erti Islam dari segi bahasa ialah sejahtera, suci, aman, taat dan berserah diri.
Manakala dari segi istilah ialah patuh, tunduk dan menyerah diri kepada Allah SWT
dengan ikhlas bagi memperolehi kebahagiaan dan kesejahteraan hidup di dunia dan di
akhirat.
b) Kepatuhan kepada syariat Allah SWT merangkumi ketiga-tiga aspek, iaitu akidah,
syariah dan akhlak. Ketiga-tiga aspek ini tidak boleh dipisahkan dalam menjalani
kehidupan harian kerana memisahkan satu daripadanya akan merosakkan kesucian
ajaran Islam.
c) Islam adalah agama yang membawa kesejahteraan kepada penganutnya yang
mematuhi segala ajarannya. Oleh yang demikian, seseorang muslim yang sejati
sewajarnya mempunyai ciri-ciri seperti berikut:

Berpegang teguh pada segala ajaran yang terdapat dalam al-Quran dan
menjadikannya sebagai panduan hidup.
Tidak mensyirikkan Allah SWT dengan sesuatu.
1

Patuh segala ketetapan Allah SWT dengan ikhlas.


Redha dengan segala ketentuan daripada Allah SWT dan sentiasa bertawakal
kepada-Nya dalam segala urusan.
Sentiasa berusaha untuk menjadi muslim yang berjaya dan cemerlang dalam
semua bidang.
Sentiasa mengharapkan keredhaan Allah SWT untuk keselamatan hidup di dunia
dan di akhirat.

d) Islam adalah agama penutup bagi agama-agama Samawi (agama yang turun dari
langit iaitu agama Yahudi, Nasrani dan Islam). Oleh sebab itu segala ajaran Islam
adalah lengkap, merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan kehidupan di dunia dan di
akhirat. Keunggulan agama Islam dapat dilihat daripada beberapa aspek, misalnya:

Ajarannya lengkap untuk keperluan dan kesejahteraan hidup manusia.


Ajarannya sesuai diamalkan oleh semua bangsa di dunia.

Ajarannya sesuai diamalkan pada setiap masa dan semua tempat di dunia ini.
Allah SWT yang menjadikan manusia dan mengetahui segala keperluan makhlukNya, maka syariat Islam dapat memenuhi keperluan-keperluan tersebut.

Definisi Islam sebagai Ad-Din


Islam adalah Ad Din yang sempurna. Ad Din bermaksud aturan / sistem hidup yang
lengkap dan sempurna yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla kepada Rasulullah SAW
sebagai pedoman hidup bagi seluruh manusia yang terdiri dari pelbagai aspek, di antaranya
aspek akidah (keyakinan), fikriyah (pemikiran), akhlak dan amaliyah (praktikal).
Islam adalah ad Din yang lengkap dan sempurna yang membicarakan segenap perkara
dalam kehidupan manusia dan tidak ada sedikit kekurangan dan kecacatan dalam ajarannya.
Secara umumnya, ajaran Islam merangkumi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah
aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan, ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, dakwah,
pergaulan, jihad, kenegaraan dan bermacam lagi.
1.1.2 KONSEP AKIDAH, SYARIAH DAN AKHLAK
Islam sebagai al-Din merangkumi TIGA perkara besar iaitu aqidah, syariah dan akhlak :
a) Aqidah
Aqidah merupakan perkara asas dan dasar kepada Islam. Ia diumpamakan
seperti akar tunjang bagi sepohon pokok. Aqidah juga merupakan titik permulaan
menjadi seorang muslim serta merupakan asas keyakinan dan pegangan hidup
manusia. Aqidah Islam adalah kepercayaan dan keyakinan kita kepada Allah SWT
sebagai Rabb dan Ilah Yang Maha Esa manakala Muhammad SAW adalah Rasul-Nya.
2

Di samping itu kita hendaklah menerima elemen-elemen yang enam itu dengan penuh
keyakinan tanpa keraguan dan prasangka. Oleh itu, bagi orang Islam yang masih raguragu dan menolak tentang rukun iman dan isi kandungannya ini akan menyebabkan
seseorang itu menjadi kufur. Hal ini dijelaskan oleh Rasulullah SAW seperti mana
sabdanya yang bermaksud :
Berkata Rasulullah SAW : Sesungguhnya iman itu ialah engkau beriman
dengan Allah, malaikat-malaikatNya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya, hari akhirat
dan engkau beriman dengan takdir baik dan buruk.
(Riwayat Muslim)
b) Syariah
Syariah ialah bidang Din Islam yang berkaitan dengan undang-undang, hukum
hakam ketentuan Allah untuk dilaksanakan bagi menjamin kemaslahatan umat
manusia. Syariah Allah itu meliputi segala aspek dalam aktiviti kehidupan manusia
seharian. Bermula dari pembentukan peribadi muslim, keluarga, masyarakat, negara
dan seterusnya dunia keseluruhannya yang diamanahkan oleh Allah kepada manusia
agar ditegakkan dengan syariah Islam.
Oleh itu, Allah SWT telah mensyariatkan sembahyang, puasa, zakat, haji
sebagai asas-asas penting dalam syariah Islam. Di atas asas-asas inilah manusia juga
dikehendaki melaksanakan segala aktiviti kehidupan mereka berdasarkan undangundang Allah untuk diaplikasikan dalam kehidupan mereka seperti dalam bidang
politik, muamalah, munakahat, jinayah, sosial dan lain-lain. Ini bermakna segalagalanya hendaklah dilakukan berpandukan syariat yang telah diturunkan dan di
tetapkan oleh Allah SWT.
c) Akhlak
Menurut Imam al Ghazali di dalam kitabnya Ihya Ulumuddin, akhlak ialah
sifat yang tertanam dalam jiwa seseorang, yang dengannya lahir perbuatan hasil dari
pancaran hati sanubari dalamannya. Akhlak yang mulia merupakan matlamat yang
asasi bagi risalah Islam. Ini dinyatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya yang
bermaksud :
Sesungguhnya aku diutuskan hanyalah untuk menyempurnakan akhlak yang
mulia.
(Riwayat Malik)
Akhlak juga merupakan natijah atau hasil yang terbentuk daripada aqidah
yang betul. Ini bermakna, aqidah atau iman tidak bernilai jika yang tidak disertai oleh
akhlak yang mulia. Akhlak juga merupakan amalan yang paling berat yang akan
3

diletakkan di dalam neraca hamba pada hari kiamat kelak. Maka, barang siapa yang
rosak akhlaknya dan buruk amalannya tidak akan dipercepatkan hisabnya. Dalam
Islam, akhlak merupakan intipati bagi segala peribadatan. Tanpa akhlak, perbuatan
dan amalan yang dilakukan hanyalah merupakan adat resam dan gerak laku yang
tidak mempunyai apa-apa nilai di sisi Allah. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan keji
dan mungkar
(Surah al-Ankabut : 45)
Ayat tersebut menerangkan bahawa seseorang yang mendirikan solat sudah
tentulah tidak melakukan perkara-perkara yang merosakkan (fasad) dan mungkar
kerana dia memahami erti Din Islam yang sebenarnya.

ISLAM

AQIDAH

SYARIAH

AKHLAK

1. Ketuhanan
2. Kenabian
3. Perkara-perkara ghaib

1. Mahmudah
2. Mazmumah

Allah

Ibadah

Khusus

Ekonomi

Politik

Hudud

Alam

Jinayat

Muamalat

Munakahat

Umum

Manusia

Sosial

Qisas

Tazir

(Rajah 1 : Gambar rajah struktur Islam sebagai al-Din)

Diakhir
pembelajaran
pelajar
dapat:
Diakhir
pembelajaran
iniini
pelajar
dapat:
Menunjukkan
cara
ibadah
solat
bacaannya:
Menunjukkan
cara
ibadah
solat
dandan
bacaannya:
Melaksanakan
rukun-rukun
solat.
Melaksanakan rukun-rukun solat.
Membaca
surah-surah
pilihan
dalam
solat.
Membaca
surah-surah
pilihan
dalam
solat.

1.2

IBADAH SOLAT

Pengenalan
Solat menurut bahasa Arab ialah doa. Dari segi syarak pula solat adalah ibadat yang
tersusun dari beberapa perkataan dan perbuatan dimulakan dengan takbir dan disudahi
dengan salam.
Perintah solat disyariatkan pada malam Israk dan mikraj tahun kedua belas selepas
nubuwah atau setahun sebelum hijrah iaitu pada malam 27 Rejab. Ia adalah ibadat yang
pertama diwajibkan oleh Allah Taala di mana perintah itu disampaikan secara langsung tanpa
perantaraan, dengan cara berdialog terus dengan RasulNya pada malam Mikraj.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Solat itu difardhukan ke atas Nabi pada malam ia diisrakan sebanyak lima puluh
kali, lalu ia dipanggil : Hai, Muhammad ! KeputusanKu tidak dapat diubah lagi dan dengan
solat lima waktu ini, kau tetap mendapat ganjaran lima puluh waktu.
Perintah mengerjakan solat adalah lebih berat daripada perintah menunaikan rukunrukun Islam yang lain sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Syaqiq Al Aqili,
katanya yang bermaksud :
Sahabat-sahabat Rasulullah SAW tidak memandang sesuatu amalan yang
meninggalkannya akan menjadi kufur selain daripada solat, tegasnya tidak ada halangan
atau keuzuran yang mengharuskan meninggalkan atau dikeluarkan daripada waktunya
selain daripada terlupa dan tertidur.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
Bukanlah kecuaian dalam masa tidur tetapi kecuaian ini sebenarnya di masa sedar,
apabila seorang daripada kamu terlupa solat atau tertidur maka hendaklah ia solat di masa
ia mengingatinya.
Oleh itu wajib ke atas setiap orang Islam yang cukup syarat-syaratnya
menyempurnakan solat fardhu yang ditentukan lima waktu sehari semalam. Solat di dalam

Islam tidak dapat ditandingi oleh ibadat-ibadat yang lain. Sesiapa yang meninggalkan solat,
dia akan mendapat azab daripada Allah SWT.
Syarat-Syarat Wajib Solat
1. Islam.
2. Baligh.
3. Berakal.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :
Yang terlepas dari hukuman ada tiga: Kanak-kanak hingga ia dewasa, orang tidur
hingga ia sedar dan orang gila hingga ia sembuh.
(Riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah)
Syarat-Syarat Sah Solat
Solat yang ditunaikan oleh seseorang itu akan sah apabila cukup syarat dan sekiranya
ketinggalan salah satu darinya maka batallah solat iaitu :
1.
2.
3.
4.

5.
6.

Suci dari hadas kecil dan hadas besar.


Suci dari najis yang tidak dimaafkan sama ada pada pakaian, badan dan tempat
sembahyang.
Menutup aurat.
Mengetahui cara sembahyang dan dapat membezakan yang wajib dan yang sunat.
Malahan jika diiktikadkan semuanya fardu atau setengahnya fardu dan setengahnya
sunat dan tidak membezakannya dan dia merupakan orang awam, selagi tidak
diiktikadkan yang fardu itu sebagai sunat, sahlah sembahyangnya.
Yakin masuk waktu. Jika seseorang syak masuk waktu secara kebetulan menepati
syaknya itu, solatnya tidak sah.
Mengadap kiblat iaitu mengadap seluruh badannya ke arah kiblat.

Rukun-rukun Solat
Semua rukun wajib dilakukan dengan sempurna, sekiranya tertinggal salah satu daripadanya
atau tidak melakukan dengan sempurna maka tidak sah solat. Para Ulama telah
membahagikan rukun solat kepada tiga bahagian:
1. Rukun qauli, merangkumi lima perkara iaitu takbiratul ihram, fatihah, tahiyyat akhir,
selawat dan salam
2. Rukun fili, merangkumi enam perkara iaitu berdiri betul, rukuk, iktidal, sujud, duduk
antara dua sujud dan duduk tahiyyat akhir.
3. Rukun qalbi, merangkumi dua perkara iaitu niat dan tertib.
Pelaksanaan rukun-rukun Solat
6

BIL
1

RUKUN SOLAT

GAMBAR

Niat
Bermaksud, kehendak untuk melakukan
sesuatu yang disertai dengan perbuatan. Lafaz
yang disebut di mulut tidaklah dipanggil
sebagai niat. Niat adalah lintasan hati tentang
apa yang diniatkan. Niat solat berlaku ketika
sedang mengangkat takbiratul ihram dan
melafazkan Allahu akbar. Maka ketika
itulah berlaku lintasan hati (berniat untuk
solat). Ia merupakan rukun Qalbi (Wajib di
dalam hati).
\
\


Sahaja aku solat fardhu subuh dua rakaat


tunai/makmum/imam kerana Allah taala

/

/


\

Sahaja aku solat fardhu zohor / asar / isyak


empat rakaat tunai/makmum/imam kerana
Allah taala



\

Sahaja aku solat fardhu maghrib tiga rakaat


tunai/makmum/imam kerana Allah taala
2

Takbiratul ihram
Dengan mengangkat kedua belah tangan
separas bahu dengan jari-jari terbuka agak
rapat antara satu sama lain kecuali ibu jari
berdampingan dengan telinga. Telapak tangan
dihadapkan ke arah kiblat sambil melafazkan
Allahu akbar yang disertakan dengan niat
di dalam hati. Ia merupakan rukun qauli
(wajib mengucapkan kalimah takbir).

Berdiri betul bagi yang berkuasa


Berdiri betul dalam solat adalah dengan
menghadapkan dadanya ke arah kiblat iaitu
kaabah. Kesemua mazhab mewajibkan berdiri
tegak bagi yang berkemampuan. Namun
keperluan dan kewajipan berdiri bagi solat
fardhu akan berubah jika seseorang
mengalami kecelakaan dan kesulitan yang
tidak dapat dielakkan. Ia merupakan rukun
fili (wajib dilakukan).

Membaca al-Fatihah
Dilaksanakan semasa berdiri tegak selepas mengangkat takbiratul ihram. Ia merupakan
rukun qauli (wajib dilafazkan).

Rukuk serta tamakninah


Dengan
membongkokkan
badan,
tangan memegang lutut dan ditekankan
supaya antara punggung dan kepala
rata.
Sementara
mata
masih
memandangkan ke arah tempat sujud.
Ia merupakan rukun fili (wajib
dilakukan) dan disertakan dengan
tamakninah (berhenti seketika).

Iktidal serta tamakninah


Iaitu bangkit setelah rukuk dengan
8

mengangkat kedua-dua tangan seperti


takbiratul ihram dan berdiri sebentar. Ia
merupakan
rukun
fili
(wajib
dilakukan) dan disertakan dengan
tamakninah (berhenti seketika).

Sujud serta tamakninah


Iaitu dengan meletakkan tujuh anggota
sujud (dahi, dua tapak tangan, dua lutut
dan dua ibu jari kaki) ke tempat sujud.
Ia merupakan rukun fili (wajib
dilakukan) dan disertakan dengan
tamakninah (berhenti seketika).

Duduk antara dua sujud serta


tamakninah
Iaitu duduk sebentar sebelum sujud
yang kedua. Duduk secara iftirasy
(tapak kaki kiri dijadikan alas duduk
dan tapak kaki kanan ditegakkan di atas
lantai, sementara jari kaki dihadapkan
ke arah kiblat) adalah cara duduk
terbaik. Ia merupakan rukun fili (wajib
dilakukan) dan disertakan dengan
tamakninah (berhenti seketika).

Duduk tahiyyat akhir


Dilaksanakan pada rakaat terakhir dalam solat. Duduk secara tawaruk (punggung
didudukkan di atas lantai, kaki kiri dimasukkan ke bawah kaki kanan dan kaki kanan
ditegakkan, sementara jari kaki dihadapkan ke arah kiblat) adalah cara duduk terbaik.
Tangan pula diletakkan di atas peha (Tangan kanan di atas peha kanan, dan tangan kiri
di atas peha kiri). Ia merupakan rukun fili (wajib dilakukan).

10

Membaca tahiyat akhir


Ia merupakan rukun qauli (wajib dibaca) sekadar didengar oleh dirinya sendiri.

.









.









.




.







.


.






.







.






.
11

Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW dalam tahiyat akhir


Ia merupakan rukun qauli (wajib dibaca).
10


...



....

12

Memberi salam yang pertama


Dengan melafazkan salam sambil memalingkan kepala ke kanan sehingga pipi kanan
nampak seluruhnya dari arah belakang. Ia merupakan rukun qauli (wajib dibaca).








13

Tertib
Iaitu melaksanakan solat mengikut tertibnya dengan mendahulukan yang dahulu dan
mengkemudiankan yang kemudian.

Perkara-perkara Yang Membatalkan Solat


1. Berkata-kata dengan sengaja
2. Menambah atau mengurangkan dalam rukun solat
3. Kedatangan hadas (hadas kecil dan hadas besar)
4. Terdapat najis yang tidak dapat dimaafkan
5. Terbuka aurat
6. Membelakangkan kiblat dengan dadanya
7. Mengubah niat
8. Makan dan minum walaupun sedikit
9. Mengeluarkan suara selain bacaan dalam solat
10. Murtad iaitu keluar daripada agama Islam
Perkara-perkara Sunat Dalam solat
1. Sunat Haiah
a. Mengangkat tangan ketika takbiratul ihram, rukuk, iktidal dan ketika bangun
pada rakaat ketiga (selepas tahiyyatul awal)
b. Meletakkan perut tapak tangan kanan di atas tangan kiri, sambil
memegangnya dan meletakkannya dalam kedudukan di antara dada dan pusat
(di bawah dada dan di atas pusat)
c. Membaca doa iftitah










11

d. Membaca taawuz (Auzubillah) sebelum membaca surah


e. Menguatkan atau memperlahankan bacaan al-Fatihah (mengikut tempat)tempat yang ditentukan
f. Membaca amin selepas bacaan surah al-Fatihah
g. Membaca surah al-Quran selepas bacaan surah al-Fatihah
h. Membaca takbir semasa iktidal





i. Membaca tasbih ketika rukuk



j. Membaca tasbih ketika sujud



k. Duduk secara iftirasy (ketika duduk antara dua sujud) dan meletakkan keduadua tangan di atas paha dengan melepaskan kesemua jari
l. Membaca doa semasa duduk di antara dua sujud


















)m. Duduk secara tawaruk (ketika duduk tahiyyat akhir
n. Salam yang kedua








2. Sunat Abadh
a. Duduk dan membaca tahiyyat awal
b. Selawat dalam tahiyyat awal
c. Berdiri dan membaca doa qunut

.

.

.










.




.


.







.








.





.













12

d. Selawat dalam qunut


e. Selawat ke atas keluarga nabi dalam tahiyyat akhir

...




.



.
.






.







.






13

Diakhir
pembelajaran
pelajar
dapat:
Diakhir
pembelajaran
ini ini
pelajar
dapat:
Membincangkan
implikasi
cara
hidup
Islam:
Membincangkan
implikasi
cara
hidup
Islam:
Menjelaskan
implikasi
kepada
individu.
Menjelaskan
implikasi
kepada
individu.
Menjelaskan
implikasi
kepada
keluarga.
Menjelaskan implikasi kepada keluarga.
Menjelaskan
implikasi
kepada
masyarakat.
Menjelaskan implikasi kepada masyarakat.
Menjelaskan
implikasi
kepada
Negara.
Menjelaskan
implikasi
kepada
Negara.

1.3

IMPLIKASI CARA HIDUP ISLAM

Islam bukan sahaja sebagai sebuah agama, malah merupakan suatu cara hidup (adDin). Sebaik-baik cara hidup adalah cara hidup Islam. Firman Allah SWT yang bermaksud:
Sesungguhnya agama (cara hidup yang diredhai) di sisi Allah ialah Islam...
(Surah Ali Imran: 19)
1.3.1

Implikasi kepada individu

a. Insan yang beriman dan berakidah


Cara hidup Islam yang diamalkan oleh seseorang muslim akan melahirkan
individu yang beriman serta mempunyai pegangan agama yang kuat terhadap Allah
SWT. Islam membawa seruan pembebasan yang besar untuk menyelamatkan manusia
dari setiap perhambaan terhadap makhluk kejadian Allah SWT samada terhadap alam,
manusia, syaitan, bomoh, raja atau binatang. Bahkan Islam melarang individu
daripada perhambaan terhadap nafsu diri sendiri.
Cara hidup Islam mampu melahirkan insan yang hanya menyembah Allah
SWT, taat dan patuh dengan akidah Islam serta tidak mempersekutukan Allah SWT
dengan sesuatu yang lain.
b. Insan yang beribadat (taabbud ila Allah)

Beribadat kepada Allah SWT adalah matlamat utama penciptaan manusia.


Kebanyakan pengikut agama-agama lain hanya menyembah tuhan mereka seminggu
sekali,tetapi orang Islam sentiasa berada di dalam temu janjinya dengan Allah SWT
sebanyak lima kali setiap hari dan disusuli pula solat-solat sunat, doa, istighfar, dan
zikir.
Bahkan seseorang muslim mampu menjadikan seluruh kegiatan dalam
kehidupannya sebagai ibadat sekiranya dilakukan mengikut syariat serta dengan niat
yang baik serta untuk mendapat keredhaan Allah SWT.
14

c. Insan berakhlak mulia


Islam telah menggariskan bahawa akhlak mulia merupakan keperluan akidah
dan kesempurnaan iman seseorang muslim. Jika ibadah dan keimanan seseorang tidak
disusuli dengan akhlak yang mulia bermakna ibadah tersebut mempunyai cacat
celanya.
Hanya dengan mengamalkan cara hidup Islam seperti yang diajarkan oleh nabi
Muhammad SAW sahaja mampu melahirkan individu muslim yang mempunyai
akhlak yang mulia.
d. Insan bersyariat dan bermanhaj
Allah SWT tidak membiarkan manusia hidup dalam kesesatan tanpa garis
panduan untuk melakukan sesuatu perkara kehidupan. Sebaliknya Allah SWT telah
melakarkan syariat yang jelas, praktikal dan fleksibel di samping mengambil kira
keuzuran, rukhsoh, keadaan darurat dan sebagainya untuk memudahkan hambahambaNya mengamalkan segala syariat yang telah ditetapkan.
Oleh itu Allah SWT telah mewajibkan hamba-hambaNya agar berpegang
teguh kepada syariat dan manhaj yang telah ditetapkan. Dengan mengamalkan cara
hidup Islam, kehidupan individu muslim akan terarah di landasan Islam yang benar
kerana garisan ini telah terikat dengan hukum hakam syariat Allah SWT dalam semua
aspek kehidupan samada dalam hubungan kekeluargaan, kemasyarakatan, ekonomi,
politik dan sebagainya.
e. Insan berdakwah dan berjihad
Islam menyeru agar setiap individu muslim tidak hanya beramal ibadat untuk
dirinya sahaja, tetapi mesti juga berusaha untuk berdakwah dan berjihad memperbaiki
orang lain untuk menuju jalan yang diredhai oleh Allah SWT.
Melalui firman Allah SWT dalam Surah al-Asr telah jelas membuktikan
bahawa Allah SWT menyeru hambanya berpesan dengan kebenaran dan kesabaran
sebagai syarat kepada kejayaan manusia dari kerugian di dunia dan akhirat di samping
mempunyai iman dan beramal soleh.
Cara hidup Islam yang sebenar tidak menyuruh penganutnya bersikap sebagai
penonton atau tidak peduli terhadap sesuatu kemungkaran. Sebaliknya perlu tampil
untuk mengubah kemungkaran dengan dengan tangannya jika dia berkemampuan.
Jika dia tidak mampu maka cegahlah dengan lidahnya dan jika dia tidak mampu juga
maka cegahlah dengan hatinya tetapi itulah selemah-lemah iman.
1.3.2

Implikasi kepada keluarga


15

Kekukuhan sesebuah keluarga adalah ikatan kekeluargaan yang membawa


kemunculan hak-hak dan kewajipan yang berlandaskan agama yang boleh
menimbulkan rasa cinta dan kasih sayang antara satu sama lain. Dengan
mengamalkan cara hidup islam memberi impak dalam institusi kekeluargaan,
antaranya:
a. Terbentuk keluarga bahagia
Perkahwinan mendatangkan ketenangan jiwa kepada seseorang kerana
hubungan cinta dan kasih mesra seseorang terhadap pasangan dapat membantu
memulihkan jiwa yang tidak tenteram diantara ahli keluarga. Seseorang lelaki dapat
menumpukan dengan serius terhadap kerjanya di luar rumah lantaran dia merasa
tenteram kerana isteri yang menguruskan rumahnya, menjaga hartanya dan
memelihara anak-anaknya. Ini sedikit sebanyak meningkatkan produktiviti kerjanya
bagi kesenangan hidup di dunia dan akhirat.
b. Menunaikan hak-hak dan tanggungjawab dengan baik kepada keluarga
Kewajipan suami isteri menunaikan hak dan tanggungjawab seperti hak saling
hormat menghormati, dan saling berbincang tentang urusan kekeluargaan, hak
pergaulan seksual, hak kerjasama ketika susah dan senang, hak memelihara rahsia
rumah tangga serta hak berhias merupakan tanggungjawab bersama dalam
mewujudkan keluarga yang bahagia. Jesteru, dalam perhubungan tanggungjawab
dikongsi bersama antara suami dan isteri bagi meringankan beban dan tanggungjawab
masing-masing. Ini dapat memupuk lagi perasaan tanggungjawab dan cinta kasih
sayang di antara ahli keluarga untuk membentuk keluarga mawaddah hasanah.
c. Perhubungan kekeluargaan semakin berkembang
Melalui perkahwinan, penyatuan antara keluarga dengan keluarga yang lain
menjadi semakin berkembang dengan pertalian kasih sayang serta perhubungan sosial
menjadi semakin luas di antara mentua dan iparnya contohnya. Dengan mengamalkan
cara hidup mengikut syariah islamiah, perhubungan antara keluarga dapat
dikembangkan mengikut di landasan islam yang sebenar.

d. Membentuk akhlak mahmudah


Pembentukan akhlak yang baik dalam kalangan anak-anak atau ahli keluarga
lahir dari didikan ibubapa di rumah. Ibubapalah yang membentuk akhlak mahmudah
kerana ibubapa mempunyai contoh teladan yang baik untuk membentuk sahsiah anakanak mereka. Jika ibubapa melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dan ilmu
keibubapaan berlandaskan syariah yang sebenar , maka pembentukan akhlak anakanak dapat dilentur dengan baik sejak dari dalam kandungan sehingga meningkat
16

remaja sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. Penerapan nilai agama
penting bagi membantu anak-anak membezakan antara baik dan buruk.
1.3.3

Implikasi kepada masyarakat


Islam sekiranya diamalkan secara menyeluruh akan melahirkan masyarakat
yang soleh. Masyarakat yang soleh ialah masyarakat yang mana individu-individu dan
keluarga-keluarganya terikat dengan nilai-nilai tinggi Islam dan prinsip-prinsipnya
yang ideal. Amalan nilai-nilai dan prinsip-prinsip Islam yang ideal oleh setiap
individu dan keluarga akan memberi impak yang besar kepada masyarakat.

a. Masyarakat bersatu atas dasar akidah


Perbezaan yang wujud dalam sesebuah masyarakat dengan kepelbagaian
bangsa, warna kulit, bahasa dan darjat menjadi lebur dan berpadu di hadapan kesatuan
akidah. Firman Allah dalam Surah al-Hujurat: 10 yang bermaksud:
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara.
Sejarah dan realiti telah membuktikan bahawa tiada ikatan yang lebih kukuh
daripada ikatan akidah dan tiada akidah yang lebih kukuh dari Islam. Kisah
penghijrahan Rasulullah SAW ke Madinah dan penerimaan serta pengorbanan kaum
Ansar terhadap kaum Muhajirin adalah contoh hebat kesatuan atas dasar akidah.
b. Masyarakat yang maju
Islam dapat memacu kejayaan dan kecemerlangan umatnya. Gaya hidup Islam
yang dijadikan sebagai teras dan asas dalam apa jua tindakan akan menjana kepada
pencapaian dan kecemerlangan ummah.
Sebenarnya, umat Islam sangat sinonim dengan kecemerlangan. Secara
langsung tidak kurang sepuluh kali dalam sehari kita diajak kepada kecemerlangan.
Kalimah hayya alal falah(mari menuju kemenangan) dalam seruan azan dan
iqamah adalah seruan kepada umat untuk mencapai kecemerlangan.
Islam telah berjaya mengubah sikap Arab jahiliah dari satu bangsa yang hina
dan pernah digelar belalang padang pasir oleh Rom dan Parsi (kerana tidak ada nilai
ekonomi dan politik untuk dijajah) kepada satu bangsa yang terbaik dan akhirnya
menjadi pembina empayar yang pernah menguasai tiga suku dunia dalam masa yang
relatif singkat (lebih kurang 30 tahun sahaja).
1.3.4

Implikasi kepada negara


Pelaksanaan cara hidup Islam dapat memberi kesan pada Negara melalui
bidang-bidang berikut:
17

a. Pendidikan
Islam menekankan aspek pendidikan. Mengajar dan mendidik umat
berdasarkan ajaran dan prinsip Islam serta menyediakan persekitaran yang positif dan
suasana yang sesuai untuk menjelmakan aqidah yang yang jelas, pemikiran dan ajaran
Islam yang nyata sehingga mampu menjadi teladan bagi sesiapa yang mencari
petunjuk dan hujah ke atas setiap orang yang menuju kearah kehinaan. Dengan
terbinanya pendidikan yang berasaskan Islam dapat mengeluarkan manusia dari
perhambaan kepada manusia kepada perhambaan kepada Allah SWT semata-mata. Ini
dapat membina Negara yang ada tujuan, matlamat dalam keadaan sejahtera.
b. Perkembangan media massa dan ICT
Dalam dunia moden hari ini berbagai-bagai kemajuan dan perkembangam
media massa elektronik termasuk kemajuan teknologi ICT. Sumbangan media masa
dan teknologi ICT kepada Negara hinggakan Negara mampu untuk mempengaruhi
kepercayaan, pemikiran, sentimen, citarasa dan tindak tanduk masyarakat dalam
bentuk yang amat berkesan jika ia digunakan dengan sebaiknya. Bahkan dengan
bantuan media massa yang canggih, sesebuah Negara mampu mengubah nilai, etika
dan moral masyarakat secara baik. Apabila ia digunakan sebaik mungkin, kesan
kepada Negara akan menjadi cemerlang dan harmoni.
c. Ekonomi
Mengamalkan sistem ekonomi yang dikehendaki oleh Islam. Tidak ada amalan
riba di dalam perniagaan, tidak ada penipuan iaitu tidak melakukan penipuan dalam
perniagaan seperti tidak cukup dalam timbangan, meletakkan barang-barang yang
baik di atas dan yang rosak dibawah. Apabila ekonomi dilandaskan kepada ajaran
Islam maka sebuah Negara itu akan menjadi Negara yang diredhai dan mendapat
perlindungan dari Allah SWT.

Diakhir
pembelajaran
pelajar
dapat:
Diakhir
pembelajaran
iniini
pelajar
dapat:
Menjelaskan
salah
faham
terhadap
Islam:
Menjelaskan
salah
faham
terhadap
Islam:
Menerangkan
fahaman
Sekularisme.
Menerangkan fahaman Sekularisme.
Menerangkan
fahaman
Pluralisme.
Menerangkan
fahaman
Pluralisme.
Menerangkan
fahaman
Liberalisme.
Menerangkan fahaman Liberalisme.
Menerangkan
fahaman
ajaran
sesat.
Menerangkan
fahaman
ajaran
sesat.
1.4

ISU-ISU SALAH FAHAM TERHADAP ISLAM


18

1.4.1

Fahaman Sekularisme

Sekularisme adalah satu fahaman yang memisahkan kehidupan dunia dengan agama.
Agama hanya menjadi milik golongan yang percaya kepada konsep ketuhanan sahaja,
manakala golongan yang tidak berpegang pada agama, bebas melakukan apa sahaja tanpa
batasan.
Sejarah Kemunculan Fahaman Sekularisme
Pengaruh sekularisme telah merebak ke negara-negara Islam bermula dari abad ke
18M, hingga sekarang. Sudah agak lama pengaruh ini berakar umbi dalam diri masyarakat
Islam. Sekularisme pada asalnya merujuk kepada pemisahan di antara gereja Katolik dengan
kenegaraan. Ini menandakan lunturnya keyakinan masyarakat Eropah terhadap agama
khususnya Kristian Katolik kerana menyedari agama Kristian tidak membawa kepada
kemajuan. Maka, tidak hairanlah bila mana zaman kekuasaan gereja digelar Dark Ages.
Kerana itu, proses sekularisasi turut diangkat oleh Barat sebagai gerakan modenisasi.
Suatu contoh yang jelas ialah apa yang telah berlaku kepada Daulah Uthmaniyah di
Turki. Pembaharuan undang-undang dilakukan secara besar-besaran dengan dimasukkan
undang-undang Barat. Pada tahun 1937, negara Turki diisytihar sebagai negara sekular dalam
perlembagaan negara tersebut. Pengaruh tersebut semakin berakar umbi dan meresap masuk
dalam semua aspek kehidupan hingga menyebabkan semua urusan kehidupan harian terpisah
daripada dasar-dasar kerohanian Islam. Pengaruh Barat ini diterima dengan mudah dengan
alasan untuk menjalankan pemodenan, pembangunan serta kemajuan. Melalui fahaman
sekular ini, Deen Islam bukan lagi menjadi satu sistem untuk mengatur kehidupan manusia
tetapi hanya menjadi amalan peribadi sahaja.
Pengaruh fahaman sekular kini, bukan sahaja berlaku di beberapa negara, malah telah
menular ke negara Malaysia. Walaupun Malaysia dianggap dunia sebagai model negara
Islam, namun ciri-ciri sekular itu tetap wujud, malah kian ketara dalam beberapa aspek. Di
Malaysia, ideologi sekularisme secara rasminya mula menyerap masuk ke Malaysia apabila
British memperkenalkan sistem Residen selepas Perjanjian pangkor 1874 dengan
melaksanakan dasar pemisahan antara aspek pemerintahan dan pentadbiran negara daripada
penguasaan Sultan atau raja diberi kuasa khas untuk mengetuai hal-hal agama di Istana
manakala Residen pula bertanggungjawab mentadbir negeri. Bermula dari situlah amalan
fahaman sekularisme mula menyerap sedikit demi sedikit ke dalam kehidupan masyarakat
Melayu Islam di Malaysia.
Kesan Sekularisme terhadap Masyarakat Islam
Penularan fahaman sekularisme yang semakin meluas kini menyebabkan banyak kesan
negatif ke atas umat Islam. Antaranya:
BIL

KESAN

HURAIAN
19

1.

Pemikiran
dan
kepercayaan

Sekularisme dapat melemahkan keimanan dan menggoyangkan akidah


serta keyakinan terhadap kekuasaan Allah SWT. Keraguan terhadap
para rasul, para malaikat, hari kiamat dan al-Quran serta pembalasan
Qadha dan Qadar menyebabkan keimanan umat Islam semakin rapuh
dan terkeliru dengan pendapat aliran-aliran Barat. Masyarakat Islam
mula mempertikaikan hal-hal agama terutamanya tentang perkara
ghaib (seperti Malaikat, Syurga, Neraka) dan tidak logik pada
pemikiran mereka, seperti kewajipan menutup aurat, hal-hal berkaitan
solat dan sebagainya.

2.

Sosial

Menjauhi agama menyebabkan kekosongan di dalam diri, jiwa dan


membentuk perkembangan fizikal, mental dan spiritual yang tidak
seimbang. Akibatnya, keruntuhan moral dan akhlak berleluasa serta
gejala-gejala seperti dadah, arak, Aids, lesbian, homoseks dan
perzinaan semakin meningkat.

3.

Politik

Pada dasarnya, matlamat untuk mendapatkan pengaruh, pangkat dan


kuasa adalah bertentangan dengan konsep politik Islam, yang
memandang jawatan itu sebagai amanah dan tugas khalifah Allah
SWT. Corak sistem politik Barat yang dipandang hebat oleh
sesetengah negara Islam mengakibatkan fahaman seperti kapitalisme,
sosialisme, nasionalisme dan seumpamanya meresap masuk dalam
jiwa umat Islam.

4.

Ekonomi

Fahaman Sekularisme melahirkan sistem ekonomi kapitalis, sosialis


dan komunis yang bercanggah dengan sistem ekonomi Islam. Sistemsistem tersebut hanya bermatlamatkan kekayaan dan meterial sematamata tanpa memikirkan halal, haram, keadilan sosial, perkhidmatan
serta kebajikan masyarakat. Lebih dahsyat lagi, sistem ekonomi Islam
dianggap jumud kerana menolak amalan riba yang sangat
menguntungkan.

5.

Pendidikan

Corak pendidikan kesan dari sekularisme, lebih mementingkan hal-hal


dunia tanpa mengambil kira kepentingan jiwa dan iman yang
diperlukan bagi membentuk akhlak dan keperibadian umat. Sistem
pendidikan barat disebarkan di seluruh dunia termasuk negara-negara
Islam. Akibatnya, lahirlah generasi hari ini yang terlalu mengejar
kejayaan akademik semata-mata, tanpa menghiraukan pegangan
akidah, pengamalan cara hidup Islam dan pembentukan akhlak mulia.

6.

Perundangan Penggantian undang-undang Islam kepada undang-undang Barat


menyebabkan umat Islam tanpa segan silu mempertikaikan keadilan
perundangan Islam dan mempersendakan golongan yang
20

mengamalkannya.

Punca-punca Pengaruh Fahaman Sekularisme


a. Pendewaan nilai Barat.
Sebahagian masyarakat kini juga sedang menghadapi bahaya kerana
mendewakan idea-idea Barat buatan manusia. Hal ini amat membimbangkan kerana
dikhuatiri mereka akan termasuk ke dalam golongan yang disifatkan Allah dalam
FirmanNya bermaksudnya:
Mereka (ahli kitab) mengambil bijak pandai dan pendeta-pendeta mereka
sebagai tuhan-tuhan mereka selain dari Allah
(Surah at-Taubah : 31)
Mujahid Said Hawwa telah menjelaskan bahawa, jika dilihat kepada realiti
masyarakat Islam kini ternyata bahawa mereka sedang melaksanakan hukum-hukum
selain daripada hukum Allah SWT.
Dalam kalangan orang ramai terdapat berbagai sikap dan pandangan. Ada yang
berterus terang mengajak kepada pelaksanaan hukum lain selain hukum Allah SWT. Ada
yang bertindak sedemikian secara bersembunyi. Ada yang berpendapat bahawa hukumhukum Islam itu tidak sesuai untuk dilaksanakan pada masa kini kerana dikatakan ianya
adalah sistm yang kuno dan ketinggalan zaman. Ada yang berpuas hati dengan sistem
kufur yang berjalan hingga jika diajak untuk mengubahnya mereka enggan. Ada yang
mempersendakan dan mengejek apabila diajak kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah.
Malah tidak kurang juga ada yang menyatakan bahawa kerja-kerja untuk melaksanakan
hukum-hukum Islam itu telah ketinggalan zaman serta tidak bertamadun lagi.
Sikap-sikap sedemikian amat berbahaya serta dibimbangi akan termasuk ke dalam
golongan yang difirmankan Allah SWT bermaksudnya :
Tidakkah kamu melihat mereka yang menyangka mereka itu beriman dengan
apa yang ditanzilkan kepada engkau (Muhammad) dan apa yang telah ditanzilkan
sebelum engkau, mereka mahu berhukum kepada taghut (sistem selain Islam) sedangkan
mereka diperintahkan menolak taghut, dan syaitan itu mahu menyesatkan mereka
sesesat-sesatnya.
(Surah an-Nisa: 60)
Berleluasanya perkembangan alat komunikasi dan informasi moden yang tidak
terbatas mengundang pelbagai pengaruh budaya Barat yang menjarah masuk dan
melunturkan pegangan agama dalam masyarakat. Budaya asing yang terlalu
21

menginginkan keseronokan dunia semata-mata kini semakin mendapat tempat di hati


umat Islam. Akibatnya, gejala Black Metal berjaya menular dan mempengaruhi
golongan remaja. Malah, pesta seks berani diadakan dengan sewenang-wenangnya untuk
memberi peluang kepada hubungan seks dalam kalangan muda-mudi yang bukan
mahram dan belum berkahwin. Gejala gigolo juga heboh diperkatakan dalam masyarakat
kini yang berani dilakukan terutamanya di kota semata-mata untuk mendapatkan duit
segera dan sebagai balasannya diberi habuan seks. Wabak ini jika tidak dirawat segera
akan menyebabkan rosaknya umat Islam dan misi syaitan akan berjaya.

b. Kejahilan Masyarakat Tentang Hakikat Islam.


Menurut asy-Syahid Dr.Abdul Kadir Audah di dalam bukunya, Al-Islam Wa
Audhauna as-Siyasiyah, bahawa semua orang Islam di dunia ini mengaku beragama
Islam dan kebanyakan mereka berbangga dengan nama tersebut. Tetapi dukacita
sekali, kebanyakan mereka tidak mengetahui hakikat Islam yang sebenarnya.
Pandangan mereka bahawa Islam tidak ada hubungan dengan hati mereka meskipun
ada hubungan dengan tutur kata mereka.
Kejahilan terhadap Islam telah membawa mereka jauh daripada hukum-hukum
Islam kerana mereka telah didoktrinkan dengan prinsip-prinsip Sekularisme. Mereka
menolak hukum-hukumnya yang menyebabkan berlaku keruntuhan umat Islam itu
sendiri.
Allah SWT sama sekali tidak menerima sistem hidup yang lain daripada
sistem hidup Islam. Hal ini telah diterangkan oleh Allah SWT dalam firmanNya yang
bermaksud:
Sesiapa yang mencari selain dari Islam sebagai Deen (cara hidup), maka
sama sekali tidak diterima daripadanya dan dia di akhirat kelak terdiri daripada
golongan orang yang rugi.
(Surah ali-Imran: 85)
Jika demikian sifat Islam, maka mengapa masih ada manusia yang masih
mencari-cari sistem yang lain daripada sistem Islam? Sesungguhnya mereka yang
menolak sistem Islam, secara automatik, mereka menolak al-Quran dan menukar
gantinya dengan ideologi-ideologi sekularisme yang lain. Maka, mereka sebenarnya
telah diselaputi dengan kegelapan dan kesesatan. Dan sebenarnya mereka jahil
terhadap hakikat Islam itu sendiri.
Kejahilan itu membawa mereka kepada keyakin terhadap ideologi-ideologi
demokrasi, kapitalisme, komunisme, liberalisasi dan sosialisme, meskipun mereka
mengaku dan percaya kepada Allah dari sudut tauhid Rububiyyah, tetapi tidak pada
sudut UluhiyyahNya. Kejahilan juga menyebabkan timbul pemikiran yang
menyatukan Islam dengan ideologi-ideologi lain seperti demokrasi Islam dan sosialis
22

Islam, dengan harapan supaya diterima oleh masyarakat. Sebenarnya, penamaan


tersebut bererti menzalimi Islam, sedangkan Islam bersih daripada penamaanpenamaan tersebut. Islam adalah Islam. Tidada sistem tiruan dan cedokan daripada
mana-mana sistem lain. Ia tidak boleh sama sekali disamakan dengan mana-mana
sistem kerana ia diturunkan oleh Allah SWT secara langsung kepada Nabi
Muhammad SAW.
1.4.2
1.4.3
1.4.4

Fahaman Pluralisme
Fahaman Liberalisme
Fahaman ajaran sesat

23

Anda mungkin juga menyukai