Anda di halaman 1dari 38

Adakah anda berasa

tertekan dan konflik


dalam
kehidupan harian?

Stress bermaksud keadaan resah,


cemas, dan tegang akibat tekanan
mental dan fizikal.

Diertikan sebagai suatu keadaan yang menekan


keadaan psikologi seseorang dalam mencapai suatu
kesempatan di mana untuk mencapai kesempatan
tersebut terdapat batasan atau halangan.

Stress adalah suatu keadaan


ketegangan yang mempengaruhi emosi,
proses berfikir dan keadaan seseorang.
Stress yang terlalu besar boleh
mengancam kemampuan seseorang
untuk menghadapi lingkungannya.
Stress merupakan respon tubuh yang bersifat tidak khusus
terhadap setiap tuntutan atau beban atasnya. Berdasarkan
pengertian tersebut boleh dikatakan stress apabila seseorang
mengalami beban atau tugas yang berat tetapi orang tersebut
tidak dapat mengatasi tugas yang dibebankan itu, maka tubuh
akan berespon dengan tidak mampu terhadap tugas tersebut,
sehingga orang tersebut boleh mengalami stress. Respons atau
tindakan ini termasuk respons fisiologi dan psikologi

BEBANAN TUGAS /
KERJA SEKOLAH/
PEPERIKSAAN

RAKAN SEBAYA

JADUAL WAKTU PELAJAR


PERSEKITARAN
( BILIK DARJAH )

HARAPAN YANG TINGGI


DARIPADA IBU BAPA DAN
GURU

Apakah kesan jika kita


menghadapi stress dan konflik?

Gelisah

Sukar Tidur
Keletihan
Pening

Suka menggigit kuku


Minum minuman keras
Makan terlalu banyak
Merokok

Apakah kesan jika kita


menghadapi stress dan konflik?

Mudah menjadi panik

Sukar membuat keputusan

Senang marah

Hilang sifat sabar

Sukar mengingat
Kemurungan

Mudah Keliru

Berhenti : Menghentikan tindakan yang memecah tindak balas


dan menyediakan masa untuk menyejukkan emosi
semua orang termasuk anda sendiri.

Analisis Konflik Menganalisis konflik untuk


membantu menjelaskan masalah
Tersebut:
tertentu

Mengenal Perspektif Perlu diingat bahawa konflik mungkin


yang berbeza:
timbul akibat semua orang
mempunyai persepsi yang berbeza.

Bertolak-Ansur:

Jika anda adalah salah, cepat mengakuinya


dan bertanggungjawab.

Apabila sudah selesai,tinggalkan:


Sama seperti segala-galanya dalam kehidupan, ia adalah
penting untuk tidak mengambil terlalu serius konflik.

Bertenang.
Jelaskan Pencanggahan itu.

Jelaskan apa yang menyebabkan konflik.


Dengar dengan teliti dan hormat.
Berbincang penyelesaian kepada konflik
tersebut.

Berehat.

Pemakanan yang betul.


Jangan membebankan diri.
Berinteraksi dengan keluarga dan rakan.

Fahami Punca Stress


Letakkan Keutamaan
Selesaikan Masalah Satu Persatu

Luahkan Pada Sahabat Karib


Amalkan Sikap Dan Gaya Hidup Sihat

BEBANAN TUGAS /KERJA SEKOLAH/PEPERIKSAAN


Menurut Atkinson (1998), bebanan kerja terlalu banyak dalam masa yang
singkat akan mengakibatkan stress. Kebanyakan pelajar menyatakan
berasa stress apabila bebanan tugas akademik terlalu banyak.Selain itu,
arahan tugasan kerja sekolah yang kurang jelas, kesukaran mencari
jawapan soalan juga akan menyebabkan stress.
Apabila peperiksaan semakin hampir,mulalah stress melanda dalam
kalangan pelajar.Ia adalah satu perkara yang biasa pelajar
hadapi.Kebimbangan akan meningkat jika mereka tidak mengulangkaji
secukupnya sebelum peperiksaan.

RAKAN SEBAYA
Faktor stress daripada rakan sebaya juga
merupakan salah satu sebab yang boleh
menyebabkan kreativiti seseorang pelajar itu
akan terbantut.
Menurut Romano (1992) dan Ellis (2002), rakan
sebaya didapati lebih banyak menyumbang
stress di kalangan pelajar. Dapatan ini
kemungkinan disebabkan oleh kehidupan
seharian pelajar yang lebih banyak tertumpu
bersama rakan sebaya bukan sahaja di dalam
bilik darjah, bahkan di luar bilik darjah.
Malahan, pelajar berasa stress apabila
mempunyai konflik dengan rakan sebaya.
Antara contoh situasi yang boleh menyebabkan
stress kepada responden ialah kesukaran
menolak permintaan rakan walaupun berada
dalam kesibukan.

PERSEKITARAN ( BILIK DARJAH )


Faktor persekitaran (bilik darjah) menjadikan pelajar berasa stress dan
konflik apabila tidak mempunyai tempat belajar yang selesa, suasana
bising semasa pdp serta keadaan bilik darjah yang agak sempit dan
kurang selesa. Dapatan kajian ini disokong oleh Riggio (2003) yang
menekankan bahawa faktor persekitaran pembelajaran boleh
mendatangkan masalah stress dan konflik kepada individu.

JADUAL WAKTU PELAJAR


Pelajar seharusnya tidak diberikan jadual waktu yang padat
kerana ini akan menyebabkan pelajar berasa tertekan. Faktor
jadual waktu yang padat merupakan faktor yang dikenalpasti
memberi stress kerja kepada pelajar. Aktiviti harian sekolah
yang padat, pembahagian masa yang tidak sempurna dan
penyediaan jadual yang tidak teratur akan menyebabkan
konflik pada kebanyakan pelajar.

HARAPAN YANG TINGGI


DARIPADA IBU BAPA DAN GURU
Masa kini ibu bapa dan guru berlumba-lumba mahukan
anak-anak dan pelajar mereka mendapat semua A dalam
peperiksaan.Ibu bapa yang berkemampuan melakukan apa
sahaja dan sanggup mengeluarkan perbelanjaan tinggi
bagi memastikan anak-anak mereka cemerlang. Bagi
ramai ibu bapa malu jika anak mereka hanya mendapat
4A 3B dalam UPSR. Mereka mahukan 7A. Guru-guru
turut memberikan tekanan ke atas murid bagi mencapai
sasaran sekolah dan memenuhi tanda aras yang diletakkan
oleh jabatan pendidikan.Faktor ini yang menyebabkan
murid berasa stress dan konflik.

Terdapat beberapa simptom boleh berlaku pada


fizikal seseorang iaitu perubahan corak tidur
samada kurang tidur, terlebih tidur, sukar tidur,
resah gelisah atau tidak selesa ketika hendak
tidur. Selain itu, keletihan, perubahan
penghadaman, sakit kepala, kesakitan pada
bahagian-bahagian tubuh badan, senak perut,
pening, pengsan, berpeluh dan menggeletar, rasa
sesemut pada tangan dan kaki, sesak nafas dan
berdebar-debar.

Perubahan juga boleh dilihat pada


tingkahlaku dan sikap seseorang
iaitu perubahan selera makan samada
makan terlalu banyak atau terlalu
sedikit. Selain itu,gangguan cara
pemakanan samada
mengalami anorexia atau bulimia,
pengambilan ubat-ubatan, minuman
keras, merokok, dadah dan melakukan
sesuatu perkara yang bertentangan
norma masyarakat,
kegelisahan, dan suka menggigit kuku.

Ketika berlakunya stress dan konflik, fungsi


mental seseorang akan sedikit terganggu
iaitu kurangnya daya penumpuan atau
pemfokusan, sukar mengingat,sukar
membuat sesuatu keputusan, mudah keliru
dan menjadi panik

Dari aspek emosi, akan terlihat beberapa


perkara iaitu berlakunya kemurungan, hilang
sifat sabar, marah, kemerosotan penjagaan
kebersihan dan penampilan diri.

Jangan cuba untuk


menyelesaikan konflik
apabila anda atau orang
lain marah. Ambil masa
keluar atau bersetuju
untuk bertemu lagi dalam
masa 24 jam.

Setiap orang perlu


memberitahu mengenainya
dalam kata-katanya sendiri.
Penting: Setiap orang mungkin
mempunyai pandangan yang
berbeza daripada konflik dan
menggunakan kata-kata yang
berbeza untuk
menggambarkan ia.

Apakah peristiwa tertentu


membawa kepada konflik? Apa
yang berlaku pertama?
Seterusnya? Adakah konflik
bermula sebagai pertentangan
kecil atau perbezaan
pendapat? Apa yang berlaku
kepada mengubahnya menjadi
konflik? Penting: Jangan label
konflik sebagai kesalahan
orang itu.

Dengar dengan teliti dan


penuh hormat semasa orang
lain sedang bercakap.Cuba
untuk memahami pandangan
orang lain .

Semua orang cuba untuk


hasilkan idea-idea.
Mengesahkan idea masingmasing dan terbuka kepada
idea-idea baru. Buat satu
senarai untuk hasil
perbincangan idea-idea
supaya anda dapat ingat
semua idea. Kemudian pilih
satu penyelesaian untuk
mencuba. Bersedia untuk
berunding dan bertolak ansur

Jika anda selalu sibuk dan tidak


cukup tidur, fikir semula baik-baik.
Badan kita perlu rehat selepas
bekerja untuk beberapa ketika.
Justeru jangan biarkan seminggu
berlalu tanpa rehat dan tidur yang
nyenyak. Cubalah ambil cuti selepas
melaksana beberapa siri tugas berat.
Mendengar musik klasik yang baik
atau mengambil masa untuk
bersendirian dan merehatkan minda
akan membantu kita dalam jangka
masa yang panjang.

Makan makanan yang betul


membantu kita menghadapi
cabaran kehidupan seharian.
Pastikan anda tidak terlupa untuk
makan pada waktu makan agar
anda mempunyai tenaga yang
cukup untuk melaksana tugas
seharian. Pada masa yang sama,
mengambil diet yang seimbang
akan menjamin tubuh mendapat
zat makanan yang diperlukan.
Justeru pastikan anda mengambil
makanan yang menyumbang
kepada kesejahteraan anda. Ambil
protein, vitamin B (B6 dan B12),
asid folik dan mineral

Kadangkala seseorang itu terlalu


bercita-cita tinggi dan terlupa
akan kemampuan diri. Justeru
penting untuk kita mengelak diri
dari mengambil tugas lebih dari
yang mampu dilaksanakan.
Laksanakan tugas sedikit demi
sedikit. Pecahkan tugas yang
besar kepada beberapa tugas
kecil yang boleh diselesaikan
dalam tempoh yang lebih
pendek. Dengan cara ini, ia akan
meringankan beban tubuh dan
minda kita.

Adalah bagus menjadi seorang


yang kuat kerja. Namun begitu
jangan lupa, sebagai seorang
manusia kita memerlukan
sokongan orang di sekeliling
kita. Pastikan anda meluangkan
masa untuk melakukan aktiviti
masa lapang bersama keluarga
dan juga rakan-rakan. Ini akan
menghilangkan sebarang
kerungsingan yang bermain di
minda. Dalam masa yang sama
ianya akan menolong anda
membina pandangan positif
apabila anda kembali bertugas.

- Selidik punca yang menyebabkan stress terjadi


kepada anda
- Cari masalah dalam diri satu persatu.
- Cuba mengubah rutin dan kebiasaan yang
dilakukan sehingga menyebabkan ketegangan.

- Senaraikan keutamaan untuk dilakukan


- Jangan melakukan semua pekerjaan tanpa
memberi keutamaan kepada yang lebih penting.
- Bertindak mengikut keutamaan untuk
mengelakkan
kita tidak membuang masa dan melakukan
sesuatu
yang merugikan.

- Selesaikan masalah kecil sebelum ia menjadi


lebih
besar.
- Cuba selesaikan masalah yang ada pada waktu
yang sesuai.
- Dapatkan interaksi dan komunikasi yang lebih
berkesan kerana ia boleh menyelesaikan
pertelingkahan dan masalah.

- Mungkin anda melihat masalah itu terlalu


berat, tetapi mungkin tidak pada sahabat
karib anda.
- Luahkan kepada sahabat anda itu
perasaan anda kerana ia dapat
mengurangkan bebanan stress.
- Kemungkinan masalah anda akan selesai
dengan pendapat dan pandangan
sahabat
anda itu.

- Bersikap terbuka dalam semua perkara


dengan membuka minda dan anda sedia
menerima sesuatu bencana.
- Amalkan gaya hidup sihat dengan
mengambil makanan seimbang
dan hidup secara teratur serta terurus dan
jangan melakukan kegiatan yang tidak
sihat
dan merosakkan diri dan kehidupan