Anda di halaman 1dari 3

PROGRAM KUTIPAN SUMBANGAN HARI RAYA UNTUK MURID YATIM DAN

MISKIN SKBU

2014

PENGENALAN
Hari raya merupakan satu sambutan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama bagi
golongan kanak-kanak. Bagi mereka hari raya memberi peluang kepada mereka untuk
bergembira, berkunjung ke rumah saudara mara,rakan-rakan dan peluang ini juga digunakan
untuk mengeratkan siraturahim antara mereka. Walaubagaimanapun, tidak semua golongan
masyarakat dapat mengambut hari bermakna tersebut dengan persiapan yang sempurna. Ini
kerana tidak semua dikalangan masyarakat memiliki kemampuan untuk mengediakan persiapan
yang lengkap dan serba mewah. Walaubagaimanapun, kemeriahan Hari Raya adalah milik
semua tidak mengira darjat dan pangkat.
Berdasarkan falsafah kegembiraan Raya Milik Semua, Unit Hal Ehwal Murid SKBU dengan
kerjasama Unit Bimbingan dan kaunseling ngin mengambil inisiatif untuk membuat kutipan
sumbangan bagi menambah kemeriahan sambutan hari mulia ini. Sumbangan bertujuan untuk
meraikan murid-murid kurang berkemampuan yang terdiri daripada anak anak yatim dan
miskin di SKBU. Sumbangan juga akan diagihkan kepada murid-murid yatim dan miskin bukan
beragama Islam. Semoga dengan usaha kecil ini, dapat menambahkan lagi keceriaan dan
keseronokan murid-murid ini dalam menyambut kehadiran Syawal yang dinanti.
Semoga usaha murni ini akan mendapat sokongan dari semua warga SKBU termasuk ibubapa
dan penjaga.program ini juga diharap dapat membuka ruang untuk kita lebih prihatin dan
berpeluang untuk beramal dan terurusnya mendapat keredaan dari yang Esa.

OBJEKTIF PROGRAM
a) Memberi peluang kepada golongan sasaran iaitu murid-murid yatim dan miskin untuk
merasai kemeriahan Hari Raya bersama-sama.
b) Melatih murid-murid untuk menanam sikap murah hati dan sedia membantu orang lain
yang memerlukan.
c) Memberi mesej kepada semua murid bahawa sekolah bukan saja mementingkan aspek
akademik dan kokurikulum,malah meletakkan nilai-nilai murni sebagai salah satu
objektif utama dalam mendidik murid-murid.
d)
GOLONGAN SASARAN UNTUK HASIL SUMBANGAN
Murid-murid yatim dan miskin yang terpilih terdiri daripada tahun 1 hingga 6 serta Pra
sekolah dan Pendidikan Khas.

UNIT HAL EHWAL MURID & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBU

Page 1

PROGRAM KUTIPAN SUMBANGAN HARI RAYA UNTUK MURID YATIM DAN


MISKIN SKBU

2014

GOLONGAN SASARAN UNTUK KUTIPAN


Ibubapa dan warga SKBU termasuk Guru dan Staf sokongan.

TEMPOH MASA KUTIPAN BERLANGSUNG


Hari pertama Bulan Ramadhan sehingga penghujung Ramadhan 2014.

BENTUK SUMBANGAN
Sumbangan boleh diberikan dalam bentuk wang tunai.

CARA PENGAGIHAN SUMBANGAN


Sumbangan yang terkumpul akan diagihkan dalam bentuk wang tunai/barang keperluan hari
raya seperti baju melayu/baju kurung(mengikut kesesuaian).

TENTATIF PROGRAM
-

Penerangan dan mengedarkan surat kepada warga SKBU dan ibubapa.


Kutipan sumbangan berlangsung - penyerahan wang sumbangan kepada AJK program
oleh murid/Guru/Staf.
Persediaan untuk pengagihan sumbangan kepada yang layak.
Majlis penyampaian sumbangan sebelum cuti Hari Raya.

UNIT HAL EHWAL MURID & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBU

Page 2

PROGRAM KUTIPAN SUMBANGAN HARI RAYA UNTUK MURID YATIM DAN


MISKIN SKBU

2014

JAWATANKUASA INDUK
Penasihat
Pengerusi
Naib Pengerusi 1
Naib Pengerusi 2
Naib Pengerusi 3
Naib Pengerusi 4

:
:
:
:
:
:

En Hud bin Abdul Ghani (Guru Besar )


En Ahmad Ubaidillah bin Hairun (GPK HEM)
Pn Hjh Rosnani Ibrahim (GPK Tadbir &Kurikulum)
En Abdul Rahman bin Yaakob (GPK Ko-Kurikulum)
Pn Fauziah bt Hassan (Penyelia Petang)
Pn Arbaayah binti Jailani (Penyelia P.Khas)

Penyelaras

Pn Aminah bt Sabtu

Setiausaha
Bendahari

:
:

En Ahmad Mawardi bin Mokhtar


Cik Amirul Umairaa Ghazali

AJK

Semua Guru Kelas Sesi pagi dan petang

PENUTUP

Semoga usaha dan cita-cita murni untuk program ini dapat dicapai dengan jayanya.
Selain itu semoga program ini mendapat sambutan yang menggalakkan bagi mencapai
objektif yang disasarkan oleh pihak sekolah. Sesungguhnya sesuatu perkara yang
dilaksanakan untuk tujuan yang positif dan mempunyai nilai-nilai murni amatlah
digalakkan dalam semua agama kerana dengan prinsip inilah maka akan wujud satu
masyarakat yang harmoni dan memiliki ciri ciri Negara yang aman dan makmur.

UNIT HAL EHWAL MURID & UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING SKBU

Page 3