Anda di halaman 1dari 7

SEKOLAH KEBANGSAAN BALAMBANGAN

BANGGI, KUDAT,
SABAH

KERTAS KERJA PROGRAM


GOTONG ROYONG DI SURAU PULAU
BALAMBANGAN BANGGI

TEMPAT:

KAWASAN DAN DALAM SURAU,

ANJURAN:

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM


SEKOLAH KEBANGSAAN BALAMBANGAN
BANGGI,

KERTAS CADANGAN
Gotong Royong Surau Pulau Balambangan

1.0 Tujuan Mengemukakan Kertas Kerja


Tujuan mengemukakan kertas kerja ini adalah untuk memohon kebenaran
untuk mengadakan gotong royong di Surau pulau Balambangan Banggi
kudat, Sabah.

2.0 Pendahuluan
Panitia Pendidikan Islam, Sekolah Kebangsaan Pulau Balambangan Banggi
dengan kerjasama Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) bercadang
mengadakan gotong royong membersihkan kawasan surau serta memulihara
taman-taman dan mempertingkatkan keceriaan kawasan surau Pulau
Balambangan Banggi.

3.0 Objektif
3.1 Merapatkan silaturrahim dan memupuk kepersefahaman yang jitu
diantara ibubapa, guru dan murid SK Pulau Balambangan.
3.2 Memberi peluang kepada ibubapa bekerjasama dengan guru-guru
dengan lebih optimum dalam memartabatkan institusi pendidikan anak
mereka.
3.3 Memulihara, menceriakan dan membersihkan kawasan surau agar lebih
kondusif dan lebih terjamin akan

keselamatan anak-anak, penduduk

kampung serta warga sekolah semasa waktu menunaikan solat lima waktu.

4.0 Kumpulan Sasaran


Semua warga SK Pulau Balambangan iaitu Ibubapa, Murid-murid dan Guruguru serta semua kakitangan sekolah.

5.0 Rasional Menjayakan Program


5.1 Bersama-sama mengembeling tenaga antara guru, ibu bapa dan
kakitangan sekolah dalam membantu menceriakan kawasan surau.
5.2 Memberi peluang kepada ibubapa, penduduk kampung serta guru-guru
untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untuk
anak-anak solat dan belajar.
5.3 Memberi gambaran yang lebih jelas kepada ibu bapa akan suasana
pembelajaran dan pengajaran yang dijalankan di surau sewaktu di sekolah.

6.0 Justifikasi
Guru,

kakitangan

sekolah

dan

Ibubapa

dapat

bekerjasama

dalam

menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta
perasaan seronok untuk hadir ke surau demi menimba ilmu baik di waktu pagi
dan petang.

7.0 Anjuran
Panitia Pendidikan Islam, PIBG, SK. Balambangan Banggi.

8.0 Lokasi Cadangan


Kawasan dan dalam Surau Pulau Balambangan

9.0 Cadangan Tarikh Perlaksanaan


Tarikh cadangan

: 22 Feb 2014 (Ahad)

Tempat

: Kawasan sekitar SURAU pulau Balambangan

Masa

: 8.00 pagi 11.30 pagi

Pakaian

: Pakaian sukan

10.0 Cadangan Aktiviti & Skop Tugas


4.1

Pembersihan Longkang

Tugas

membersihkan

longkang

ini

dilakukan

adalah

untuk

melancarkan aliran air yang melalui kawasan tersebut agar tidak


tersumbat. Selain itu sebagai satu usaha untuk menghalang pembiakan
nyamuk aedes yang dikhuatiri akan memberi kesan kepada pelajar
khususnya yang berada di sekolah dan di asrama.

4.2

Kolam

Kedudukan kolam ikan yang berada di antara blok kelas dan pejabat
merupakan kawasan tarikan bagi pelajar dan pelawat yang datang ke
sekolah ini. Melalui kerja gotong-royong di kawasan kolam ini, ibu
bapa, guru-guru dan para pelajar akan membersihkan kolam dan
kawasan di sekitarnya.

4.3

Bendera dan koridor bangunan

Bagi yang membersihkan di kawasan ini, mereka akan membersihkan


sampah di sekitar koridor bangunan di tingkat dua. Seterusnya di

kawasan bendera, di bahagian tapaknya perlu disimenkan untuk


mengukuhkan kedudukan tiang bendera tersebut.
4.4

Mengecat dan Memasang papan tanda

Bagi memberikan kesan keceriaan pada sekolah, di bahagian perhiasan


pokok bunga di sekitar pondok keselamatan dan sekitar sekolah akan
dicat menggunakan warna-warna yang terang. Selain itu, papan tanda
yang telah ditempah akan dipasang di kawasan pintu masuk sekolah
dan pejabat.

4.5

Mussolah

Agihan tugas di sekitar mussolah ini meliputi longkang, kawasan


perhiasan seperti pokok bunga dan bahagian dalaman musollah itu
sendiri seperti susunan sejadah dan telekung (sekiranya ada) serta
kawasan di sekitar tempat wuduk (lelaki dan perempuan).

4.5

Kelas/Tingkatan

Setiap kelas/tingkatan akan diagihkan mengikut guru-guru dan wakil


dari ibu bapa disamping akan dibantu oleh beberapa kumpulan pelajar
dari beberapa kelas untuk membersih dan menceriakan setiap kawasan
yang telah ditetapkan.

11.0 Struktur Organisasi


Penasihat:
(1) Guru Besar
(2) Pengerusi PIBG.
(3) Penolong Kanan Kokurikulum.
(4) Kaunselor.
JAWATANKUASA KURSUS.
Pengerusi

: En. Md Hamka b. Awang

Naib Pengerusi

: En. Kamarulzaman b. Senik

Setiausaha

: En. Fadzri @ Adi Fadzri b. Ali

Ahli Jawatankuasa:
En. Abdul Baasith b. Imam Goy
En. Mohd Izuan b. Suhami
En. Azhar Mohammed b. Yahya
En. Mohd Nazri b. Alasgar
En. Sabar b. Jalim

12.0 Tentatif Program


8:00 pagi

Berkumpul di Tapak Perhimpunan

8:15 pagi

Ucapan YDP PIBG

8:20 pagi

Ucapan GB SKPS

8:25 pagi

Taklimat ringkas

8:45 pagi

Gotong Royong Bermula

10:00 pagi

REHAT

10:45 pagi

Aktiviti Gotong royong diteruskan lagi

11:45 pagi
12:00 tengahari

Berkumpul dan menyimpan alatan


Jamuan dan Bersurai

13.0 Anggaran Perbelanjaan


1. Peralatan mengecat

RM200.00

2. Alatan membersih

RM 200.00

2. Jamuan

RM100.00
Jumlah

RM500.00

14.0 Penutup
Program gotong royong ini adalah salah satu rancangan bagi Panitia
Pendidikan Islam bagi tahun 2014 dan dapat bergerak dan dilaksanakan
dengan sokongan dan bantuan dari pelbagai pihak terutama dari ibubapa dan
guru-guru SK Balambangan Banggi. Semoga rancangan ini dapat membantu
menceriakan kawasan surau.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

..................................................

(En. Abedilah b Abd. Ghani)

(En. Zainal Aznam b A. Kadir)

Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu,

Sekolah Kebangsaan Pulau Sibu,

86000 Mersing, Johor

86000, Mersing, Johor.

Anda mungkin juga menyukai