Anda di halaman 1dari 3

Fail 01 - 2.

4 Ujian Diagnostik Bahasa Melayu


UJIAN DIAGNOSTIK BAHASA MELAYU
(MIR: Sila rujuk Isahak Haron, PROTIM, IPP2M, dll)

Pengenalan
(a) Ujian diagnostik memainkan peranan yang penting dalam program pemulihan.
Ujian ini bertujuan mengenal pasti kesulitan khusus yang dihadapi oleh murid
yang akan dipulihkan. Melalui ujian ini guru dapat mengetahui sama ada
masalah yang dihadapi oleh murid itu ringan atau kompleks. Guru
memanfaatkan ujian ini untuk merancang aktiviti yang sesuai untuk individu
yang berkenaan.
(b) Ujian diagnostik yang disediakan ini terbahagi kepada tiga bentuk, iaitu lisan,
praktik dan bertulis.
(i) Ujian diagnostik lisan menguji 31 kemahiran. Ujian ini mengandungi
661 item penggunaan dan tiga item peringkat pemahaman. Senarai
kemahiran diberikan dalam Jadual 2 “Jadual Penentuan Ujian
Diagnostik Bahasa Melayu – Lisan”.
(ii) Ujian diagnostik praktik menguji 10 kemahiran. Kesemua 92 item
adalah pada aras pemahaman. Ujian ini dapat digunakan sebagai
bahan alternatif untuk mendiagnos kesukaran membaca secara lebih
terperinci. Senarai kemahiran adalah seperti dalam Jadual 3 “Jadual
Penentuan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu – Praktik”.
(iii) Ujian diagnostik bertulis menguji 26 kemahiran. Ujian mengandungi
196 item yang kesemuanya pada peringkat penggunaan. Senarai
kemahiran adalah seperti dalam Jadual 4 “Jadual Penentuan Ujian
Diagnostik Bahasa Melayu – Bertulis”.

Pelaksanaan
Ujian diagnostik hendaklah dilaksanakan setelah guru mengenal pasti murid
untuk mengikuti program pemulihan.
Ujian diagnostik lisan dilaksanakan secara individu dan ujian diagnostik bertulis
dilaksanakan secara berkumpulan tidak melebihi empat orang.
Oleh sebab ujian ini disediakan mengikut turutan kognitif yang paling rendah
kepada yang lebih tinggi (pengetahuan g pemahaman g penggunaan), maka siri
ujian hendaklah dimulakan dengan ujian lisan dan diikuti dengan ujian bertulis.
Ujian ini hendaklah diberhentikan sekiranya murid yang diuji itu didapati gagal
menjawab semua item dengan betul bagi tiga kemahiran berturut-turut.
Jawapan murid hendaklah direkodkan dalam borang rekod ujian diagnostik.

Jadual 2: Jadual Penentuan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu – Lisan


A1 = Aras Pengetahuan A2 = Aras Pemahaman A3 = Aras Penggunaan J =
Jumlah
Bidang Kognitif
Kemahiran yang Diuji J
A1 A2 A3
1. Nama huruf kecil 1 1
2. Nama huruf besar 1 1
3. Fonik konsonan 1 1
4. Vokal 1 1
5. Suku kata KV 1 1
6. Suku kata KVK 1 1
7. Suku kata KV melibatkan diftong/digraf 1 1
8. Suku kata KVK melibatkan digraf 1 1
9. Perkataan V + KV 1 1
10. Perkataan KV + KV 1 1
11. Perkataan KV + KV melibatkan digraf 1 1
12. Perkataan KV + KV melibatkan digraf 1 1
13. Perkataan KVK 1 1
14. Perkataan V + KVK 1 1
15. Perkataan V + KVKK 1 1
16. Perkataan KV + KVK/KVK + KV 1 1
17. Perkataan KV + KVKK 1 1
18. Perkataan KV + KVKK 1 1
Perkataan KV + KVK/KVK + KV melibatkan
19. 1 1
diftong dan digraf
20. Perkataan KVKK + KVKK 1 1
21. Perkataan mengandungi vokal berganding 1 1
22. Perkataan KV + KV + KV 1 1
23. Perkataan KV + KV + KV 1 1
24. Perkataan KV + KV + KVKK 1 1
25. Perkataan KV + KV + KVKK 1 1
26. Perkataan KVK + KV + KVK 1 1
27. Perkataan KV + KV + KVKK 1 1
28. Perkataan KV + KVK + KVKK 1 1
29. Perkataan KVK + KV + KVKK 1 1
30. Perkataan KVKK + KV + KVK 1 1
31. Perkataan KV + KVKK + KVK 1 1
32. Membaca ayat mudah 1 1
33. Bacaan dan pemahaman 1 1

Jadual 3: Jadual Penentuan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu – Praktik


A1 = Aras Pengetahuan A2 = Aras Pemahaman A3 = Aras Penggunaan J = Jumlah

Bidang Kognitif
Kemahiran yang Diuji J
A1 A2 A3
1. Pilih/suaikan huruf kecil awalan dengan gambar. 1 1
2. Pilih/suaikan huruf besar awalan dengan gambar. 1 1
Pilih/suaikan huruf vokal awalan KV dengan
3. 1 1
gambar.
Pilih/suaikan suku kata awalan KV dengan
4. 1 1
gambar.
5. Pilih/suaikan perkataan KV + KV dengan gambar. 1 1
Pilih/suaikan perkataan KV + KV + KV dengan
6. 1 1
gambar.
7. Pilih/suaikan perkataan V + KV dengan gambar. 1 1
8. Pilih/suaikan perkataan KVK dengan gambar. 1 1
Pilih/suaikan perkataan KVK + KV/KVK + KVK
9. 1 1
dengan gambar.
10. Pilih/suaikan ayat mudah dengan gambar. 1 1
Jumlah 10

Jadual 4: Jadual Penentuan Ujian Diagnostik Bahasa Melayu


A1 = Aras Pengetahuan A2 = Aras Pemahaman A3 = Aras Penggunaan J = Jumlah

Fail ini ialah fail pertama bagi subbab 2.4 “Ujian Diagnostik Bahasa Melayu” seperti yang terdapat dalam
Buku Panduan Pelaksanaan Program Pendidikan Pemulihan Khas (Masalah Penguasaan 3M (1999).
Suntingan dan persembahan semula bahan ini diusahakan oleh Mohd Isa Abd Razak untuk tujuan latihan di
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Keningau pada tahun 2007 dan 2008. Bahan ini dapat
dimanfaatkan oleh guru yang melaksanakan program celik huruf.