Anda di halaman 1dari 13

1|Page

1.0 Ulasan kenyataan di dalam soalan


Apa yang boleh diterjemahkan daripada pernyataan di dalam soalan ialah terdapat kajian
sejarah yang masih lemah dan boleh diragui kesahihannya. Semua ini berpunca daripada
sifat pengkaji yang yang yang menghasilkan hasil kajian dengan melibatkan emosi, sikap
bias, serta penegasan yang bersandarkan kepentingan diri sendiri. Hal ini tidak seharusnya
berlaku kerana sejarah itu sendiri bertulang belakangkan fakta yang benar. Oleh yang
demikian penilaian dan penelitian terhadap sumber tidak seharusnya melibatkan emosi,
sikap bias dan meletakkan kepentingan diri di dalam penulisan hasil kajian sejarah.
1.1 Pengenalan
Pensejarahan atau disebut dengan nama historiogrifi iaitu merujuk kepada hasil-hasil kajian
dan penulisan oleh sejarawan.Menurut kamus dewan edisi ke-empat, pensejarahan
membawa maksud karya atau penulisan berkaitan dengan sejarah,sumber sejarah adalah
dokumen atau rekod sama ada dalam bentuk bertulis mahupun bercetak.Manakala oxford
English dictionary pula telah manyatakan sumber atau source brmaksud sebuah karya
yang memberi maklumat atau bukti (yang tulen atau asli) berkenaan sesuatu fakta, kejadian
atau siri hal-hal tersebut. Manakala menurut Mohd Yusof Ibrahim sumber sejarah boleh
dimaksudkan sebagai kumpulan bahan rujukan untuk kegunaan penyelidikan dalam semua
bidang ilmu. Catatan atau tulisan yang dihasilkan menjadi rujukan penting bagi generasi
yang seterusnya untuk mengetahui peritiwa lampau dan juga sebagai saksi utama kepada
sesuatu peristiwa yang telah berlaku.
Permulaan pensejarahan bermula apabila wujudnya sistem tulisan. Perkembangan
pensejarahan Malaysia pada peringkat awal tidaklah begitu menggalakkan.Hal ini kerana
pada zaman tersebut masyarakat di Malaysia tidak sedar akan kepentingan sejarah dan
mereka juga tidak mempunyai ilmu yang berkaitan sejarah.Malah masyarakat pada zaman
tersebut juga kebanyakkannya buta huruf. Pensejarahan Malaysia berkembang
dalam dua tahap perkembangan iaitu pesejarahan zaman feudalisme iaitu tradisi melayu
lama dan pensejarahan moden iaitu penulisan sejarah yang dicatat oleh sejarawan british
yang bersifat Euro-Centric/ European centric/ sentrik Eropah. Sejarah Malaysia, khususnya
sejak zaman kedatangan kuasa penjajah Barat ke rantau ini, kebanyakkannya ditulis dengan
menggunakan pendekatan rangka kerja Imperialis. Dalam istilah lain, pendekatan yang
tersebut diatas juga dikenali sebagai "European Centric" atau sentrik Eropah. Pada
umumnya, sentrik (centric) bolehlah diistilahkan sebagai satu kecenderungan atau satu
pandangan atau satu pendekatan yang tertumpu kepada sesuatu perkara. la merupakan
satu unsur yang boleh muncul dalam bentuk pendekatan yang digunakan atau tema yang
diutamakan di dalam penulisan sejarah. Misalnya, ada penulisan yang boleh dikatakan
sebagai bersentrik subjek (politik, ekonomi, sosial dan sebagainya) dan terdapat pula
penulisan yang bersentrikkan negeri atau kaum seperti sentrik Eropah, sentrik Malaysia dan
sebagainya. Misalnya, apabila dikatakan sesebuah penulisan sejarah Malaysia itu bersentrik
Malaysia, ia membawa maksud bahawa sejarah Malaysia yang dihasilkan itu ditulis dengan
memberikan penumpuan kepada perlakuan orang Malaysia sendiri.

2|Page

Pendekatan di atas adalah sama-sekali berlawanan dengan penulisan sejarah


Malaysia yang ditulis berdasarkan kepada Sentrik Eropah. Kerana pendekatan sentrik Eropah
lebih mengutamakan seseorang tokoh atau segala kepentingan pihak Barat. Sebelum
perbincangan yang selanjutnya, kita seharusnya terlebih dahulu memahami tentang apakah
yang dimaksudkan dengan pensejarahan Malaysia. 'Pensejarahan Malaysia'
secara
umumnya merujuk kepada karya-karya sejarah mengenai samada keseluruhan Malaysia
atau satu-satu bahagian yang terkandung dalam entiti politik ini. Sejarah Malaysia dikatakan
bermula lebih kurang pada abad yang ke 15 iaitu sesuai dengan masa adanya karya-karya
sejarah dalam erti kata yang lebih tepat. Tulisan-tulisan yang dimaksudkan umumnya
tertumpu kepada kesultanan Melaka. Satu-satunya karya sejarah tempatan yang amat
bernilai ialah Sejarah Melayu yang boleh dianggap sebagai karya sejarah mengenai Malaysia
yang pertama. Contoh lain ialah Syair Perang Siak, Hikayat Raja-Raja Pasai dan sebagainya.
Secara bandingan kalau diteliti karya-karya sejarah Malaysia dalam tempoh kurun ke-16
hingga Perang Dunia kedua akan didapati bahawa lebih banyak diselenggarakan oleh orang
barat daripada orang tempatan Walaubagaimanapun ada juga penulis tempatan misalnya
Munshi Abdullah yang dikatakan telah muncul di tengah-tengah para penulis British.
Karyanya seperti Hikayat Abdullah dan Kisah Pelayaran Abdullah kini termasyur dalam
lipatan sejarah Malaysia.

2.0 Perkembangan Pensejarahan Malaysia.


Perkembangan pensejarahan Malaysia sebenarnya akan jelas memperlihatkan
kepada kita bahawa usaha untuk bukan hanya menulis sejarah Malaysia tetapi juga
menerbitkannya muncul dengan lebih ketara mulai pertengahan kurun ke-19 iaitu semasa
British telah mempergiatkan penguasaan rantau Selat Melaka. Secara keseluruhannya,
penulisan pada pertengahan abad ke-19 lebih banyak menulis tentang negeri-negeri selat
yang menjadi tanah jajahan British daripada negeri-negeri Semenanjung yang masih
merdeka pada dewasa itu.
Penulisan sejarah Malaysia moden di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua
peringkat utama iaitu peringkat pra perang dunia kedua (penulisan sejarah moden sekolah
Barat sentrik) dan peringkat pasca perang dunia kedua (penulisan sejarah moden sekolah
tempatan sentrik). Sejarah Malaysia khususnya sejak zaman kedatangan kuasa barat ke
rantau ini kebanyakkannya di tulis menggunakan pendekatan rangka kerja imperialis yang
juga dikenali sebagai pendekatan "european centric" atau sentrik Eropah.
3.0 Sentrik Eropah di dalam pensejarahan Malaysia
Jika dilihat, konsep penulisan sejarah sentrik Eropah banyak memaparkan mengenai
sumbangan positif pihak kolonial kepada masyarakat di Tanah Melayu. Penulisan yang
menggunakan falsafah dan prinsip-prinsip barat ini sering sahaja merendahkan ketepatan
sejarah tradisional. Sentrik Eropah lebih menumpukan terhadap penulisan mengenai politik
dan ekonomi sesebuah negeri sementara sentrik Malaysia pula lebih memusatkan

3|Page
pandangannya terhadap persoalan-persoalan yang berkait dengan kemasyarakatan. Sejak
timbulnya kesedaran mengenai kepentingan penulisan semula sejarah Malaysia banyak
kritikan di lemparkan terhadap golongan Barat sentrik. Misalnya Profesor Dieter Geyl dari
Universiti Utrecht berpendapat;

"Bagaimana jujur tujuan seorang penulis sejarah Barat untuk mengenepikan pandangan
Eropah sentrik, dia tidak akan benar-benar teriepas dari keadaan diri sendiri, dari warisan
kebudayaannya."
Walaupun terdapat juga sejarawan barat yang menyeru agar bahan-bahan tempatan
digunakan dalam penulisan, tapi ia menjadi perbahasan dikalangan sejarawan yang ingin
menulis mengenai sejarah tempatan. Salah seorang penulis sejarah yang menggunakan
pendekatan sentrik Eropah ialah Sir Frank Swethenham melalui karyanya yang berjudul
British Malaya (1906). Judul buku tersebut sudah maemberi gambaran tentang isi
kandungan, idea utama atau temanya yang sudah pasti tidak lari dari menghuraikan
peranan dan kejayaan pihak imperialis British di Tanah Melayu. Mereka sebenarnya cuba
mendakyahkan kepada rakyat tentang kebaikan dan kehebatan sistem penjajahan.
Penulisan Sejarah moden berbentuk sentrik Malaysia (tempatan) lebih kepada
mengambarkan tentang kesedaran di kalangan penulis bagi menonjolkan keadaan
masyarakat dengan tidak lagi mempertikaikan tentang kedudukan penjajah semata-mata.
Contohnya boleh dilihat di dalam karya Ibrahim Yaakob yang telah berjaya mewujudkan
semangat "Melayu Raya" di dalam bukunya Melihat Tanah Air. Dengan tidak segan silu
beliau mengkritik sikap golongan elit Melayu yang tidak mahu mengikut arus perkembangan
perasaan orang-orang Melayu ketika itu. Oleh sebab itulah, maka penulisan sejarah moden
Tanah Melayu mulai mengambil kira aspek-aspek luar istana dengan memasukkkan unsurunsur ekonomi dan sosial.
Penulisan sentrik Eropah adalah berdasarkan kepada sumber mengenai aktivitiaktiviti pihak barat yang mudah diperolehi sebagai rujukan. la juga bersifat topikal iaitu
menyentuh tempat atau kawasan-kawasan tertentu yang berkepentingan kepada kerajaan
kolonial. Penulisan sentrik Malaysia pula menggunakan sumber tempatan dan tafsirannya
dilakukan menurut kaca mata tempatan dengan menumpukan kepada perlakuan orangorang tempatan berdasarkan fakta-fakta tempatan.
Ketika penjajahan British di Tanah Melayu, kebanyakkan hasil tulisan adalah
berbentuk laporan rasmi atau penulisan yang mempunyai tujuan rasmi. Teks sejarah yang
terhasil biasanya terlalu bias kepada pihak kerajaan iaitu pihak British. Sebagai buktinya
segala peristiwa-peristiwa perjuangan kemerdekaan oleh tokoh-tokoh tempatan pada zaman
itu di gelar sebagai tindakan memberontak oleh penderhaka atau pemberontak. misalnya
pemberontakan Tok Janggut di Kelantan. Penulisan sejarah berpendekatan tempatan sentrik
ditulis oleh para sejarawan tempatan dan juga beberapa sejarawan barat. Hal ini
membimbangkan penulis sentrik Eropah yang takut segala aktiviti barat akan dilihat negatif.
Misalnya, tokoh yang dulunya dianggap oleh mereka sebagai pemberontak akan dianggap
sebagai seorang wira. Ini kerana mereka menganggap bahawa hasil penulisan sentrik

4|Page
Malaysia sebenarnya adalah untuk membangkitkan semangat nasionalisme kepada rakyat.
Contohnya, Abd. Hadi Hj.Hassan yang terkenal sebagai seorang pejuang kebangsaan
Melayu telah memainkan peranan dalam menyalakan perasaan cintakan bangsa dan nusa
dikalangan penuntut Maktab Perguman Sultan Idris (MPSI). Hasil tulisannya diterbitkan dan
dijadikan sebagai buku teks di sekolah aliran Melayu 1950-an.
4.0 Kesan pengunaan sentrik Eropah dalam penulisan sejarah Malaysia
Kesan sentrik Eropah di dalam penulisan Sejarah Malaysia boleh dibahagikan kepada dua
sudut yakni sudut positif dan juga sudut negative. Seperti yang kita sedia maklum, penulisan
sejarah yang matang munculnya di Eropah. Maka tidak hairanlah Sentrik Eropah di dalam
pensejarahan Malaysia tidak boleh ditolak pengunaannya begitu sahaja. Antara kesan positif
penulisan Sejarah yang berpaksikan sentrik Eropah adalah ianya mementingkan kesahihan
berasaskan sumber. Hal ini nyata berbeza dengan gaya penulisan sejarah melayu pada
suatu masa dahulu yang mana kerap kali menerapkan unsur mitos dan lagenda. Contoh
yang jelas di dalam menilai hal ini adalah penulisan Tun Sri Lanang yakni Sulalatus Sulatin.
Unsur hiperbola( melebihi fakta) dapat dikesan di dalam teks tersebut. Selain itu, Sentrik
Eropah dalam pensejarahan awal Malaysia ternyata mempunyai kelebihan di dalam soal
pencatitan masa dan tarikh. Berbanding penulisan Sejarah awal Malaysia yang kurang
menitik beratkan catatan masa. Sentrik Eropah dalam pensejarahan awal Malaysia juga lebih
bersifat lebih menyeluruh berbanding pensejarahan awal Malaysia yang kerap kali
menjadikan Soal istana, Raja-raja dan mitos sebagai skop penulisan.
Demikianlah kesan baik yang dapat dilihat di dalam pensejarahan awal Malaysia
Sentrik Eropah. Kesan negative yang wujud di dalam pensejarahan Malaysia oleh sentrik
Eropah adalah Seperti Jarang menceritakan Kegagalan Barat dalam pensejarahan Malaysia.
Seringkali wujud sikap bias di dalam
mengagungkan Barat. Selain itu, muncul
percanggahan fakta di dalam sesetengah hal. Contohnya, kenyataan yang menyatakan Mat
Kilau, dan Tok Gajah dianggap sebagai pendurhaka kepada sultan kerana mengingkari
sultan mereka. Walhal apa yang sebenarnya berlaku ialah Mat kilau dan Tok gajah adalah
pejuang yang menentang pihak penjajah yang menjadikan Sultan dan institusi istana
sebagai boneka mereka di dalam mencapai kepentingan sendiri. Yang paling susah untuk
dicerna ialah wujud penulis Barat yang menulis Sejarah awal Malaysia yang menyatakan
bahawa colonial di Tanah Melayu malah membawa kebaikan kerana mereka menamadunkan
tanah yang tidak bertamadun. Dalam kata lain, mereka menjadikan alasan itu sebagai tiket
untuk menjajah.
Bilamana wujud sudut pro dan kontra di dalam pengunaan hasil penulisan sejarah
Malaysia Sentrik Eropah, maka adalah tidak wajar jika kita menyatakan pengunaannya tidak
seharusnya berlaku. Sebaliknya, apa yang kita perlukan ialah pengadilan yang benar-benar
tajam. Hal ini bertujuan untuk mendapatkan data yang bersifat natural dan tepat.

5|Page
5.0 Faktor-faktor Kemunculan
Kewujudan atau kemunculan sesuatu pendekatan tidak kira samada pendekatan sentrik
Eropah atau sentrik Malaysia adalah didorong oleh beberapa faktor penting. Jika ditinjau
secara teliti, dapatlah dikatakan bahawa
faktor sebenar yang telah menimbulkan
perbahasan mengenai penulisan semula sejarah Malaysia adalah akibat perbezaan
pendekatan yang digunakan, semangat nasionalisme terhadap negara sendiri dan kesediaan
bahan rujukan mengenai sejarah Malaysia. Oleh kerana kebanyakkan penulis sejarah
Malaysia adalah terdiri daripada para penulis Barat, maka wajarlah jika difikirkan bahawa
golongan ini adalah terpengaruh atau dipengaruhi oleh persekitaran atau pendidikan Barat
dan tidak dapat lari dari mempunyai perasaan bangga terhadap peradaban mereka. Menurut
Prof. Zainal Abidin Wahid , Oleh kerana mereka adalah orang Barat, mereka telah dididik

dan dibesarkan dengan tradisi, budaya, nilai dan norma-norma Barat. Warisan kebudayaan
inilah yang telah menghalang mereka daripada memberikan penghargaan sepenuhnya
terhadap sejarah Malaysia. Maksudnya, meskipun mereka sedaya upaya menghasilkan
penulisan sejarah sesuatu sejarah mereka tidak dapat lari daripada cuba untuk
Walaupun terdapat penulis tempatan yang menulis mengenai sejarah Malaysia,
namun kebanyakkan mereka turut dipengaruhi oleh pendekatan sentrik Eropah kerana
teknik, tema dan metodologi penulisan sejarah yang di gunakan oleh mereka adalah di
perolehi dari ilmu dan para ilmuan Barat.
Selain itu, kita harus mengakui bahawa penulisan sejarah Malaysia secara
keseluruhan dan berterusan sebenarnya masih belum pernah wujud. Apa yang dimaksudkan
di sini ialah penulisan Sejarah Malaysia adalah bersifat topikal iaitu hanya menyentuh
sesuatu tempoh atau sesuatu kawasan tertentu sahaja. Perkara ini di pengaruhi juga oleh
faktor kesediaan sumber rujukan. Di mana, data-data dan rekod mengenai aktiviti Barat
boleh diistilahkan sebagai berlambak dan mudah di perolehi untuk dijadikan sebagai bahan
rujukan berbanding sumber tempatan yang terhad dan dianggap lekeh dari segi nilai
sejarahnya. Di antara satu contoh penulisan Sejarah Malaysia yang bersifat sentrik Eropah
ini ialah British Malaya yang ditulis oleh Sir Frank Swettenham.
Berbanding dengan sejarah tradisional yang mementingkan keharmonian dan
pelajaran kepada masyarakat, penulisan sejarah moden adalah muncul akibat
perkembangan rasional dan objektif menurut pemikiran seseorang sejarawan. Sikap kritis
yang wujud ini telah menyebabkan timbulnya keinginan untuk menulis atau mencatatkan
sesuatu perkara atau peristiwa berdasarkan kepada apa yang sebenarnya berlaku.
Pensejarahan Malaysia semasa era perang dunia ke-2 (sentrik Eropah) yang muncul akibat
kedatangan pihak kolonial untuk meluaskan kawasan tanah jajahan adalah bertujuan untuk
melicinkan serta memudahkan segala urusan pentadbiran kolonial serta untuk mendapatkan
sokongan rakyat bagi menjamin kedudukan mereka sebagai penjajah di Tanah Melayu.
Penulisan pada peringkat pasca perang dunia kedua pula telah membentuk satu perubahan
besar dalam penulisan sejarah Malaysia. Perkembangan politik dan nasionalisme pada ketika
itu telah menyebabkan sejarawan di Asia Tenggara Termasuklah di Tanah Melayu (kini
dikenali sebagai Malaysia) meluaskan lapangan pemikiran mereka kepada teknik-teknik

6|Page
penulisan barat dan maju dalam penulisan sejarah berbentuk moden. Di antara faktor yang
mewujudkan penulisan sejarah berbentuk Asia Sentrik mahupun Malaysia
sentrik
sebenarnya ialah faktor perubahan masyarakat, ekonomi dan politik seperti yang berlaku di
Malaysia khususnya selepas perang Dunia yang ke-2. Demikianlah kemunculan

pensejarahan Malaysia berbentuk Sentrik Eropah mahupun Sentrik Malaysia berlaku.


6.0 Perkembangan Sentrik
Setelah tamatnya Perang Dunia Kedua, telah berlaku perkembangan-perkembangan
di Tanah Melayu yang dikatakan telah berjaya menarik perhatian masyarakat di
seluruh dunia. Oleh itu muncul pelbagai hasil tulisan melalui pelbagai jenis majalah
yang menceritakan tentang masyarakat majmuk dan juga mengenai perubahan yang
berlaku di dalam sistem berpelembagaan di Tanah Melayu. Kegiatan penulisan
sejarah Malaysia ini kian diberi perhatian pada tahun 1949 iaitu setelah penubuhan
Universiti Malaya di Singapura yang telah membentuk sebuah jabatan Sejarah.
Walau bagaimanapun, kebanyakkan jawatan di jabatan itu dipegang oleh para
sarjana Britain. Orang pertama yang memegang jawatan ketua di jabatan ini ialah
Profesor N.C. Parkinson. Di antara pensyarahnya pula terdiri daripada C.D. Cowan,
Eric Stokes dan lan Macgregor.
Apa yang ingin ditekankan di sini ialah bukan mengenai penubuhan dan
monopoli orang Barat dalam jabatan tersebut, tetapi apa yang ingin difokuskan di
sini ialah mengenai polemik atau perbahasan yang muncul setelah penubuhan
jabatan itu yang dikatakan sebagai satu detik penting terutamanya dalam
perkembangan penulisan pensejarahan Malaysia. Hal ini adalah berikutan
pertambahan jumlah masyarakat tempatan yang telah berani melibatkan diri dalam
penulisan sejarah mengenai Malaysia yang dahulunya didominasi oleh orang-orang
Barat yang menulis sejarah menurut kaca mata mereka. Melalui penyeliaan Profesor
Parkinson, para pelajar sejarah waktu itu digalakkan untuk mengkaji, meneliti dan
seterusnya menulis pelbagai aspek sejarah mengenai Malaysia. Mereka turut
mempelajari tentang kaedah research serta kaedah menyusun sejarah berdasarkan
kepada prinsip akademik. Pusat kegiatan penyelidikan pada masa itu ialah di Raffles
Museum. Kegiatan ini diteruskan selama beberapa tahun dan kajian ilmiah
kemudiannya diwajibkan diperingkat kepujian. Dengan ini, pensejarahan Malaysia
kian diperkaya kerana para mahasiswa waktu itu telah menghasilkan penulisan
mengenai sistem pentadbiran, perkembangan ekonomi. Raja-raja Melayu dan
sebagainya. Walau bagaimanapun, pada awal 1960 rancangan tersebut dikatakan
telah terhenti. lebih malang lagi, kebanyakkan kajian yang dikatakan berjumlah lebih
kurang 150 buah kajian tidak diterbitkan sehingga kini.
Selain pengkajian dan penulisan sejarah di Universiti Malaya, minat untuk
mengkaji dan menyelidik mengenai Sejarah Malaysia telah wujud di beberapa pusat
pengajian tinggi Barat seperti London School Of Oriental dan African Studies. Oleh
itu tidak hairanlah pada tahun 1960 terdapatnya beberapa orang barat yang boleh
dianggap pakar tentang Sejarah Malaysia seperti C.D.Cowan, Norman Farmer dan
David Bassett. Selain tokoh yang disebut di atas, telah muncul juga beberapa
sarjana terkemuka yang telah memberikan sumbangan kepada pensejarahan

7|Page
Malaysia. Mereka yang dimaksudkan ialah K.G Tregonning, Emily Sadka dan David
Mac Intyre.
Pada 1959 telah berlaku pemisahan di antara Universiti Malaya di Kuala
Lumpur dengan Universiti Malaya di Singapura. Berikutan itu sebuah jabatan sejarah
baru telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Di mana, jabatan ini telah diketuai oleh John
Bastin yang kemudiannya diambil alih oleh Wang Gungwu. Apa yang menarik di sini
ialah, terdapat sedikit kelainan di sini kerana para penuntut pra-ijazah tidak lagi
diwajibkan untuk menjalankan pengkajian mengenai Sejarah Malaysia. Sebaliknya,
kegiatan penyelidikan hanya digalakkan diperingkat lepas-ijazah. Di antara para
sarjana yang giat mengkaji mengenai sejarah Malaysia adalah terdiri dari beberapa
siswazah asing seperti J.de Vere Allan, R.K.Vasil , Margaret Clarke dan sebagainya
dan siswazah tempatan seperti J. .Kathirithamby, R.R. Bonney, Goh Yoon Fong dan
sebagainya.
Pendek kata, tahun 1950an sebenamya adalah satu detik yang amat penting
dalam pensejarahan Asia. Pada waktu inilah para sejarawan telah menunjukkan
minat mengenai pendekatan dan pentafsiran perihal sejarah Asia. Pada waktu itu
juga, arus perkembangan semangat kebangsaan di Tanah Melayu sedang
mengharungi satu tahap yang memang menarik penulisan sejarah bangsa kita oleh
wakil-wakil penjajah seharusnya ditolak kewujudannya. Hal ini sesuai dengan
pendapat profesor C.H.Philips 1996 yang menyebut:

"Between the years 1956 and 1958 the School of Oriental and African Studies,
University Of London, held a series of study conferences to survey and evaluate the
coursce and character of historical writing on the peoples of Asia. The subject is
large and to bring it down to managable parts the method of analysis be region was
adopted; and South Asia , South East Asia, the Near, Middle, and Far East world in
turn examined.
Pada tahun 1960-an, telah berlaku satu perbahasan yang hebat di antara dua
golongan iaitu golongan yang menjadi pendokong sejarah yang bersifat Malaysian
Sentrik di bawah Professor K.G. Tregonning di Singapura dengan golongan
pendokong Barat Sentrik seperti Professor John Bastm di Kuala Lumpur. Reaksi dari
para pendokong pendekatan Barat Sentrik atas tuntutan penggunaan pendekatan
Malaysia sentrik dalam penulisan Sejarah Malaysia menyebabkan berlaku polemik
hangat untuk beberapa tahun. Di mana, para pendokong Barat sentrik telah
menafikan tentang penulisan sejarah Malaysia yang setakat ini dikatakan kurang
objektif dan kurang tepat. Bagi mereka, penulisan yang bersifat Malaysia sentrik jika
dihasilkan juga sudah pasti akan dicemari oleh unsur nasionalisme yang sempit.
Polemik yang wujud ini telah memberi kesan yang positif kepada penulisan Sejarah
Malaysia. Golongan yang menganjurkan agar Sejarah Malaysia ditulis menurut
wadah orang Malaysia, dikatakan tidak berjaya mengetengahkan kaedah yang
konkrit mengenai maksud mereka. Tetapi jika ditinjau dengan teliti, sebenarnya
perbahasan ini wujud atau berputar di sekeliling soal tema atau bahan-bahan
mengenai sejarah Malaysia.

8|Page
Walaupun perbahasan tahun 1950-an dan 1960-an wujud akibat salah faham
dan khilaf serta kerana wujudnya percanggahan pendapat, namun tempoh itu
merupakan satu zaman peralihan yang sangat penting dalam pensejarahan
Malaysia. Walaupun penulisan Sejarah Malaysia yang menonjolkan peranan penjajah
masih lagi diteruskan, tetapi para penulisnya telah mencuba sedaya mungkin agar
penonjolan itu tidak keterlaluan atau digelar bias kepada Barat. Sebenarnya
penyuaraan untuk menggunakan sentrik Malaysia di dalam penulisan Sejarah
Malaysia adalah berkait rapat dengan faktor tauladan yang di pamerkan oleh
beberapa penulisan Sejarah Malaysia oleh penulis Barat yang dianggap tidak terlalu
bias pada Barat. Contohnya hasil tulisan Rupert Amerson (Malaysia: A Study In
Direct and Indirect Rule), J.M. Gullick (Indigenous Political Syistem Of Western
Malaya) dan sebagainya yang disempurnakan sebelum tahun 1960 telah menjadi
tauladan atau landasan untuk mempersoalkan mengenai kesesuaian penerusan
pendekatan Barat Sentrik. Rupert Emerson adalah seorang sejarawan Barat yang
cuba menulis tentang sejarah Malaysia dengan lebih objektif dan saintifik. Akibatnya
selepas 1960-an penulisan Sejarah Malaysia pula mengalami perubahan. Di tengahtengah polemik tentang pendekatan dan pentafsiran sejarah Malaysia, telah terbit
sebuah buku oleh J.M. Gullick yang bertajuk Indigenous Political Systems of Western
Malaya. la merupakan hasil percantuman antara bidang Sejarah dengan bidang
Antropologi Sosial kerana tulisan asalnya adalah merupakan sebuah tesis diploma
dalam jurusan Antropologi Sosial. Selain itu kajian ini juga adalah ditulis berdasarkan
kepada rekod-rekod sejarah.
Dari segi pensejarahan Malaysia pula, hasil penulisan ini merupakan satu
penulisan yang sungguh menarik. Walaupun beliau bukan seorang sejarawan
tempatan, namun hasil penulisannya jika ditinjau tidak terlalu bersifat Barat Sentrik.
Sebelumnya boleh dikatakan bahawa tiada ahli sejarah yang menghasilkan sebuah
karya mengenai institusi-institusi yang wujud dalam masyarakat secara serius. J.M
Gullick, pula secara jelas memaparkan bahawa soal centricism bukanlah mempakan
perkara asas dalam penulisan sejarah. Walau bagaimanapun buku Gullick ini, pada
tahun 1950-an tidak memberikan pengaruh yang begitu berkesan kepada para
penuntut sejarah di Universiti Malaya di Singapura. Namun terdapat juga penulis
Barat seperti J.C. Bottoms yang mengatakan bahawa:

"sejarah bagi orang Melayu bukan satu ilmu atau seni. Apa yang paling digemari
ialah lagenda, fantasi dan omong kosong"
Pendapat ini ternyata tidak diterima oleh para sarjana Indonesia dan Malaysia
yang menegaskan bahawa karya itu dapat digunakan sebagai bahan sejarah secara
kritis. Namun kita boleh memperkatakan bahawa beliau bukanlah seorang Melayu
dan oleh sebab itu, agak sukar baginya untuk memahami kebudayaan Melayu.
Persoalannya kini ialah, mengapakah permintaan dan tuntutan seperti ini di
tampilkan seolah-olah segala hasil penulisan sejarah mengenai Tanah Melayu
sebelumnya iaitu di sepanjang zaman kolonial yang memperkenalkan penulisan yang
di hasilkan oleh sejarawan dan pegawai tadbir seperti Frank Swettenham, K.G.
Tregonning, L.A. Mills dan sebagainya tidak berjaya mewujudkan satu penghasilan
sejarah yang jawapannya bukanlah begitu, kerana pada hakikatnya, penulisan

9|Page
mereka juga penting sebagai memperkayakan sumber mjukan bagi pensejarahan
Malaysia. Namun, tohmahan yang dilemparkan terhadap sejarah Melayu yang
dikatakan bukan untuk mencari realiti dan satu usaha untuk mencipta satu bentuk
kekudusan dikalangan kerabat dan Raja-raja Melaka dengan menggunakan unsur
metos dan ajaib adalah amat keterlaluan. Memanglah benar bahawa pengarang
Sejarah Melayu menyatakan " maka fakir karanglah hikayat ini ....supaya akan
menyukakan Duli Hadhrat Baginda". Tetapi ini tidak bermakna ia tidak cuba untuk
mencari kebenaran kerana beberapa peristiwa yang tercatat di dalamnya terbukti
kesahihannya apabila dibandingkan dengan sumber-sumber luar negeri seperti
tulisan Siam, China dan Portugis. Contoh-contoh yang diberi turut memaparkan
tentang kelemahan Sultan dan kerabat DiRaja.
Buku Sejarah Melayu sebenarnya adalah satu sumber sejarah yang amat
penting sebagai bahan rujukan terutamanya dalam mengkaji sejarah Kesultanan
Melayu Melaka. Selama ini boleh dikatakan bahawa tidak ada satu pun sumber
sejarah yang lain yang dikatakan boleh member! maklumat yang sebegitu banyak
mengenai Melaka dalam bahasa Melayu. Tome Pires melalui bukunya The Suma
Oriental Of Tome' Pires juga turut menyatakan tentang kepentingan buku Sejarah
Melayu.
Pentadbir British yang menulis tentang sejarah Malaysia seperti R.J Wilkinson
pula telah menunjukkan sikap yang begitu subjektif, sinis dan dikongkong oleh nilai
budayanya dalam menulis dan menafsir beberapa sejarah tempatan. Oleh kerana dia
seorang pentadbir yang mewakili pentadbiran, politik dan kepentingan barat, dia
sebenarnya tidak bermaksud untuk menghasilkan satu karya yang ilmiah. Apa yang
nyata ialah beliau sendiri telah memutar belitkan kenyataan atau laporan yang
didapati tentang empayar Melaka. Sebenarnya para orientalis jahil dalam
menjalankan penyelidikan tentang latar sosial budaya masyarakat Melayu , tentang
pemikiran dan norma-norma sosial yang berhubung dengan alam sekelilingnya.
Persoalannya ialah, mengapa penulis-penulis Barat itu menulis tentang Malaysia
mengikut 'lenggang' Barat dan tidak lenggang Malaysia. Tetapi jika kita perhatikan,
kebanyakan daripada mereka sememangnya tidak boleh bertutur dan membaca
dalam bahasa Melayu, malah kebanyakkannya bukan penyelidik sejarah tetapi terdiri
dari para pegawai atau pentadbir dan sebagainya. Oleh itu, kita seharusnya melihat
sejarah Melayu dari konteks fahaman masyarakat Melayu sendiri kerana hanya kita
sahaja yang memahami selok-belok adat dan kebudayaan Melayu.
Hakikatnya, sehingga kini pun kebanyakkan ahli sejarah masih lagi
menumpukan perhatian mereka kepada beberapa peristiwa tertentu sahaja dalam
sejarah Malaysia. Misalnya, mengenai Francis Light dengan Pulau Pinang, Stamford
Reffles dengan Singapura, Hubungan British dengan Belanda atau Siam dan
sebagainya. Oleh itu, seharusnya sejarah Malaysia ditilik dan dikaji semula dimana
peristiwa-peristiwa yang sama akan dikaji semula dengan lebih mendalam dengan
tidak mengabaikan tentang sikap
masyarakat tempatan terhadap orang Barat.
Percubaan-percubaan untuk menghasilkan sejarah Malaysia berbentuk baharu tidak
akan berjaya hanya denga melihat kepada peristiwa-peristiwa lama dari beberapa
sudut baru. Tambahan pula, jarang kedapatan tajuk-tajuk baru dalam research dan
hasil penulisan. Ini bermaksud bahawa lompang-lompang dalam pensejarahan

10 | P a g e
Malaysia tetap tidak terisi. Misalnya, penulis buku-buku teks Sejarah Malaysia tidak
memberikan perhatian wajar kepada sejarah negeri-negeri seperti Kedah, Kelantan
atau Terengganu kecuali untuk menghuraikan hubungan British-Belanda atau Siam.
Selain itu, perkembangan sistem birokrasi di Johor juga seakan tidak disedari atau di
ambil peduli. Seharusnya perkara sebegini tidak sepatutnya terjadi. Tregonning
sendiri melalui karyanya 'Malayan History' telah menyatakan pendapatnya mengenai
penulisan sejarah Malaysia iaitu;

"....The study of Malayan history is under going a swift change. For many years it
has been regarded in Europe centric fashion. It has been written either as the
history of the European in Malaya, or it has been looked at from outside : or both.
Norn it has become generally accepted that the Malayan Comminity itself must be
the centre of studies."
Sesungguhnya perkembangan penulisan sejarah Malaysia pada masa kini
adalah agak memuaskan. Sungguhpun penulisan dalam bentuk buku masih boleh
di pertingkatkan jumlahnya tetapi bilangan makalah agak menggalakkan. Selain itu,
peranan Jabatan Sejarah Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Dewan
Bahasa dan Pustaka sejak awal lagi telah berjaya menerbitkan tujuh buah buku yang
diasaskan kepada latihan ilmiah iaitu satu latihan ilmiah di terbitkan oleh pihak
universiti dan satu lagi diterbitkan oleh pelajar sendiri. Apa yang penting dan ingin
ditekankan di sini ialah, latihan ilmiah yang tidak diterbitkan ini telah menjadi
sumber rujukan kepada tenaga pengajar dan pelajar tahun iv di Jabatan Sejarah.
Projek ini telah dapat mengisi ruang kekosongan yang begitu besar dari segi sumber
rujukan dan penerbitan penulisan dalam bahasa Melayu. Zainal Abidin bin Abdul
Wahid (Malaysia : Warisan dan Perkembangan) dalam memperihalkan tentang
sumber rujukan menyatakan;

"....Bilangan buku sejarah Malaysia untuk orang awam, para pelajar dan pelancong
adalah terhad.Yang ada hanyalah yang diulang-cetak dari naskhah yang diterbitkan
bertahun-tahun lalu. Oleh itu, isi kandungan, tahap perkembangan dan tafsiran tidak
banyak berubah daripada penulisan sejarawan British.
7.0 Analisis
Setelah diteliti dan difahami tentang pengertian sebenar dan juga bagaimana
kemunculan pendekatan Sentrik Eropah dan juga Sentrik Malaysia dalam
pensejarahan Malaysia, dapat diambil iktibar disini bahawa kedua-duanya
mempunyai perbezaan dan sedikit persamaan. Walaupun masing-masing cuba untuk
mempertahankan pendekatan mereka, namun mereka seakan lupa bahawa dalam
membicarakan tentang sejarah Malaysia kedua-dua pendekatan seharusnya diambilkira untuk mengelakkan wujudnya sifat bias di dalam penulisan mereka. Sejarah
sepatutnya dikaji secara "both side of the coin" dan bukannya menyebelahi manamana pihak demi menjaga keobjektifannya.

11 | P a g e
Dengan kata lain, samada pendekatan Sentrik Barat mahupun Sentrik
Malaysia, keduanya mempunyai kaedah dan tujuan tertentu yang tidak dapat lari
dari cuba mengutarakan mengenai tokoh dan peranan masing-masing. Keduaduanya boleh dikatakan tidak dapat berfungsi sebagai sejarah ilmiah yang
sebenarnya kerana ketepatannya masih boleh diragui atau dipertikaikan.
Tahun-tahun 1950-an dan 1960-an telah memperlihatkan kepada kita
mengenai kesungguhan ahli-ahli sejarah Tanah Melayu yang telah berusaha demi
memastikan keutuhan Sejarah Malaysia yang seharusnya mempunyai keperibadian
yang tersendiri dan bukan sekadar satu kajian pinggiran kepada Sejarah British.
Pergolakan ilmiah yang berlaku pada waktu itu sedikit sebanyak telah berjaya
memberi ruang yang agak terjamin kepada Sejarah Malaysia. Oleh itu boleh kita
katakan bahawa perbahasan yang berlaku adalah wajar dan amat perlu terutamanya
untuk masa depan sejarah Malaysia sendiri.
Apa yang kita kehendaki, bukanlah sejarah dari sudut pandangan
imperialisme dan tidak pula dari sudut pandangan nasionalisme yang sempit. Keduadua konsep ini merupakan penyelewengan dari garis kebenaran.Yang kita kehendaki
ialah satu sejarah kebangsaan yang objektif dan saintifik, yang dapat menghuraikan
proses sejarah dengan mendalam dan benar.
Tidak salah jika dikatakan bahawa bentuk penulisan Sejarah Malaysia
kebelakangan ini sememangnya telah mengalami perubahan atau telah semakin
terkeluar dari belenggu rangkakerja imperialis. Namun, beberapa pembetulan
mengenai liputan penulisan perlu dilaksanakan dan segala perubahan serta
pembetulan tersebut tidak akan bermakna sekiranya kesedaran tentang peri
pentingnya sejarah dalam proses pembangunan negara bangsa tidak di cetuskan
dikalangan generasi muda.
Walaupun polemik 1960-an itu, tidak berjaya mencetuskan satu ketetapan
yang muktamad tentang "sentrik" manakah yang akan menjadi landasan utama bagi
penulisan Sejarah Malaysia pada masa akan datang, tetapi penyuaraan tersebut
paling kurang telah berjaya memulakan proses penilaian semula kepada bentuk
penulisan Sejarah Malaysia yang telah di sempurnakan. Ini kerana, dalam usaha
untuk menafsir Sejarah Malaysia ketelitian amat di perlukan agar gambaran yang
salah tidak berlaku.
Usaha mengatasi masalah kekurangan sumber boleh diatasi sekiranya pihak
tertentu seperti pihak kerajaan Malaysia membuat satu dasar untuk memperolehi
bahan-bahan Sejarah Malaysia dari seluruh dunia. Selanjutnya latihan bahasa perlu
diberi kepada pegawai-pegawai yang akan mengendalikan projek ini untuk
menjamin kelancarannya.

12 | P a g e
8.0 KESIMPULAN
Semua penulisan dalam pensejarahan Malaysia samada penulisan sentrik eropah mahupun
sentrik Malaysia sebenarnya tidak dapat lari dari melakukan bias. Oleh kerana itulah
persoalan sentrik ini boleh dianggap sebagai satu persoalan yang pada pendapat kami tidak
akan selesai sampai bila-bila. Buktinya, sejak dulu lagi lagi sehingga membawa kepada
selepas perang dunia ke-2 dan sehingga kini pun rasanya masih tidak ada satu sumber
sejarah pun yang dapat lari dari memihak kepada sesuatu sentrik. Oleh itu, perbahasan
demi perbahasan dan kesedaran demi kesedaran amat perlu untuk mewujudkan sebuah
penulisan sejarah khususnya sejarah Malaysia yang bukan sahaja tepat malah mantap dari
segi huraiannya. Atas kelemahan inilah perlunya diwujudkan penulisan sejarah yang
menggunakan pendekatan autonomi dan pendekatan sejarah total iaitu penulisan yang
berdasarkan kepada peristiwa yang benar-benar berlaku, saintifik dan objektif. Akhir sekali,
kami ingin menegaskan kata-kata E.H. Carr:

"Sebelum mengkaji sesuatu penulisan sejarah, kajilah dulu ahli sejarah yang menulisnya" .

13 | P a g e

Rujukan
Buku
Khoo Kay Kim, 1975, Pensejarahan Malaysia, Kuala Lumpur : Universiti Malaya.
Muhammad Yusof Hashim, 1992, Pensejarahan Melayu: Kajian Tentang Tradisi Sejarah
Melayu Nusantara, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd. Yusof lbrahim & Mahayudin Hj. Yahaya, 1988, Sejarawan dan Pensejarahan
Ketokohan dan Karya, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Muhd Yusof Ibrahim, 1997, Ilmu Sejarah : Falsafah, Pengertian dan Kaedah, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Tregonning, 1962, Malayan History, Singapore : Malaya Publishing House, Ltd.
Zainal Abidin Bin Abdul Wahid, 1992, Sejarah Malaysia Pentafsiran dan Penulisan, Selangor:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zainal Abidin bin Abd.Wahid, 1992, Malaysia: Warisan dan Perkembangan, Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Jurnal/artikel
Kassim Ahmad, 1975, Satu Konsep Sejarah Kebangsaan Malaysia , Dewan Masyarakat,
Bil. 11 (November).
Khoo Kay Kim, 1980, Pensejarahan Melayu Yang bersifat Perjuangan Sebelum Dan sesudah
Merdeka, JEBAT, Bil. 10.
Md. Hatta Yasin, 1975 , Eropah Sentik dan Malaysia Sentrik, Dewan Masyarakat, Bil. 5.
Laman sesawang
http://mykamus.com/free/2010/09/pensejarahan/ (diakses pada 19 Oktober 2014)
http://azman-sharif.blogspot.com/2012/05/tahap-tahap-pensejarahan-di-malaysia.html
(diaskses pada 19 Oktober 2014)
http://rupanx.tripod.com/aj1113/sentrik.htm (diakses pada 21 Oktober 2014)
http://syawalgerd.blogspot.com/2013/04/beza-dan-bandingkan-teks-sejarah-melayu.html
(diakses pada 21 Oktober 2014)

Anda mungkin juga menyukai