Anda di halaman 1dari 24

BAB 1

PETROCHEMICAL
ENGINEERING
DEPARTMENT

POLITEKNIK
KUCHING SARAWAK

PEMAMPAT UDARA
(COMPRESSOR AIR)
OBJEKTIF :

• MENERANGKAN PRINSIP ASAS GAS.


• MENGENALPASTI PEMAMPAT UDARA DAN KLASFIKASIKANNYA.
• MEMAHAMI PROSES PEMAMPATAN SESUHU DAN ADIABATIK.
• MENERANGKAN SUSUNAN ASAS SISTEM PEMAMPAT INDUSTRI.
• MENERANGKAN PEMASANGAN SALURAN UDARA MAMPATAN.
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

1.1 Pengenalan

Selain daripada kuasa elektrik dan hidro, udara juga boleh menghasilkan tenaga yang boleh
digunakan dalam industri. Udara dapat menghasilkan tenaga apabila ia berada dalam keadaan
mampat. Bagi menghasilkan udara mampat, udara dialirkan daripada bekas berisipadu besar
kepada kecil. Kuasa yang terhasil daripada udara mampat juga dapat melakukan kerja-kerja
seperti menggunakan tenaga elektrik dan stim.

1.2 Hukum – Hukum Gas

Udara yang telah dimampatkan boleh mempengaruhi sistem kerana ia bergantung kepada
faktor-faktor yang berubah seperti tekanan, suhu, dan isipadu gas. Oleh itu, hukum-hukum gas
digunakan bagi menentukan hubungan antara faktor yang mempengaruhi udara mampat. Maka
hukum Boyle dan Charles digunakan bagi mengaitkan hubungan antara faktor bagi udara
mampat.

1.2.1 Hukum Boyle

Hukum menyatakan pada suhu yang tetap, tekanan mutlak suatu gas adalah berkadar
songsang dengan isipadu gas.

P α 1/V
Tekanan mutlak awal = isipadu akhir
Tekanan mutlak akhir isipadu awal

P1 X V1 = P2 X V2

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 2


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

Rajah 1.1 : Hukum Boyle

1.2.2 Hukum Charles

Hukum ini boleh digunakan dalam dua keadaan. Untuk keadaan pertama ialah pada tekanan
gas yang tetap, isipadu gas berkadar terus dengan suhu mutlak.

VαT

Isipadu awal = suhu mutlak awal


Isipadu akhir suhu mutlak akhir

V1 = T1
V2 T2

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 3


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

Untuk keadaan kedua ialah pada isipadu gas yang tetap, tekanan mutlak gas adalah
berkadar terus dengan suhu mutlak.

PαT
Tekanan awal = suhu mutlak awal
Tekanan akhir suhu mutlak akhir

P1 = T1
P2 T2

1.3 Tekanan (Pressure)

Tekanan ditakrifkan sebagai daya yang dikenakan dengan sekata ke atas luas permukaan pada
suatu objek. Unit tekanan adalah Nm¯² atau Pa. Terdapat beberapa jenis bacaan tekanan
digunakan. Contohnya seperti tekanan tolok, tekanan barometer, tekanan mutlak dan tekanan
vakum.

P= F
A

F = daya (Force)
A = luas (Area)

1.3.1 Tekanan Tolok (Gauge Pressure)

Tekanan tolok (PSIG) adalah jumlah hasil tolak tekanan mutlak (PSIA) kepada tekanan
atmosfera ( 1 atm).

1.3.2 Tekanan Barometer ( Atmosphere Pressure)

Tekanan barometer adalah tekanan atmosfera ( 1 atm). Ia diukur menggunakan barometer,


dimana ia digunakan untuk menentukan tekanan atmosfera pada paras laut. Tekanan atmosfera
pada paras laut juga dikenali dengan tekanan piawai.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 4


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

1 atm = 14.7 psi = 1.01 kg/m² = 101 kpa =1.01 bar =7g0mmHg = 101 kN/ m²

1.3.3 Tekanan Mutlak (Absolute Pressure)

Tekanan mutlak (PSIA) adalah jumlah hasil tambah tekanan atmosfera kepada tekanan
tolok ( PSIG). Ia juga dikenali sebagai tekanan sebenar.

1.3.4 Tekanan Vakum (Vacuum Pressure)

Perbezaan antara tekanan atmosfera dengan tekanan dibawah tekanan atmosfera.

1.3.5 Hubungan Antara Tekanan – Tekanan

Hubungan antara tekanan-tekanan tersebut dapat digambarkan seperti berikut:

Tekanan mutlak(PSIA)

Tekanan tolok(PSIG)
+ve PSIG + 1 atm

( tekanan mutlak)

Tekanan atmosfera( 1atm)

Tekanan vakum

-ve

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 5


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

Proses Pemampatan Sesuhu


1.4 (Isothermal Compression)

Apabila udara dimampatkan dalam suatu silinder dengan mengerakkan ombohnya untuk
menggurangkan isipadu, tekanan dalam silinder akan bertambah. Semasa proses berlaku, suhu
akan meningkat.

Bagi memastikan suhu tersebut tidak berubah, silinder akan ditebatkan supaya ia mengikut
hukum Boyle, dimana suhu adalah tetap. Dalam pemampatan sesuhu, haba yang terhasil
daripada proses ini perlu dibebaskan ke dalam udara supaya suhu sentiasa malar. Maka
terhasilnya graf tekanan melawan isipadu seperti di bawah.

Isipadu

V1

V2

Tekanan
P1 P2

1.5 Proses Pemampatan Adiabatik


(Adiabatic Compression)

Secara pratikal suhu proses tidak mungkin dapat dikekalkan. Apabila semua haba daripada
proses mampatan dikekalkan melalui penebatan yang sempurna maka secara rasionalnya suhu
akan tetap meningkat apabila tekanan terus meningkat. Apabila suhu dan tekanan meningkat,
isipadu akan berkurangan. Proses ini akan mengekalkan haba hasil daripada mampatan.
Dalam proses ini, penebatan bagi silinder adalah perlu sempurna.

Dari graf rajah 1.1 didapati untuk menghasilkan tekanan yang sama, isipadu yang lebih
besar diperlukan dalam proses adiabatik jika dibandingkan dengan proses sesuhu. Dengan
itu, lebih banyak tenaga diperlukan untuk memampatkan udara secara adiabatik berbanding
proses sesuhu.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 6


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

Tekanan
Lengkung adiabatik

Lengkung sesuhu

Isipadu
V1 V2

Rajah 1.1 : Graf tekanan melawan isipadu

1.6 Pemampat Udara (Compressor Air)

Pemampat adalah suatu alat atau mesin yang digunakan untuk memampatkan udara dari
tekanan masukan yang rendah kepada tekanan keluaran yang tinggi.

Tekanan 1 Bar Tekanan 8 Bar

Pemampat

Masukan Keluaran

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 7


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

1.6.1 Fungsi Pemampat Udara

• Menghantar/ membawa kuasa atau tenaga.


Contoh: Mengendalikan mesin keluaran dan memacukan alat-alat pneumatik.

• Membawa atau mengangkut gas melalui talian paip.

• Meningkatkan gas kepada tekanan yang diperlukan bagi suatu


tindakan/reaksi.
Contoh: Pelbagai jenis proses kimia dan asli berlaku pada tekanan ternaik (elevated pressure).

• Pemampatan gas untuk mencecairkannya bagi tujuan simpanan.

• Pemampatan dan pengembangan gas untuk tujuan penyejukan.


Contoh : Proses penyejukan dalam peti sejuk.

1.6.2 Klasifikasi Pemampat

Pemampat dikelaskan mengikut susunan fizikal (physical arrangement) dan susunan


pengendalian (operational arrangement).

1.6.2.1 Susunan Fizikal (Physical Arrangement)

Susunan fizikal bergantung kepada jumlah pemampatan yang diperlukan.

W-TYPE

Rajah 1.2 : Susunan jenis –W

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 8


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

HORIZONTAL VERTICAL

V-TYPE ANGLE OR IN-LINE

Rajah 1.3 : Pelbagai jenis susunan fizikal pemampat

Susunan Pengendalian
1.6.2.2 (Operational Arrangement)

Pengendalian disusun dalam bentuk bilangan tindakan dan bilangan peringkat.

1.6.2.2.1 Satu Tindakan (Single Action)

Gas atau udara masuk dan disingkirkan pada satu hujung piston. Rajah 1.4 menunjukkan
pemampat satu tindakan.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 9


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

INLET
PORT
OUTLET VALVE

PISTON
OUTLET
INLET VALVE
PORT

BACKWARD STROKE FORWARD STROKE

Rajah 1.4 : Pemampat satu tindakan

1.6.2.2.2 Dua Tindakan (Double Action)


2
Gas atau udara masuk dan disingkirkan pada dua hujung piston. Rajah 1.5 menunjukkan
pemampat dua tindakan.

INLET
PORT
OUTLET
VALVE

PISTON
OUTLET INLET
PORT VALVE

HEAD END CRANK END HEAD END CRANK END

BACKWARD STROKE FORWARD STROKE

Rajah 1.5 : Pemampat dua tindakan

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 10


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

1.6.2.2.3 Satu Peringkat (Single Stage)

Tekanan yang diperlukan dihasilkan oleh hanya satu silinder sahaja. Rajah 1.6 menunjukkan
pemampat satu tindakan.

OUTLET
PORT
INLET
PORT
OUTLET
INLET VALVE
VALVE
PISTON

Rajah 1.6 : Pemampat satu peringkat

1.6.2.2.4 Berbilang Peringkat (Multi Stage)

Tekanan keluaran yang dihasilkan adalah tinggi. Berbilang silinder terletak pada kerangka
sepunya dan disambung secara sesiri biasanya melalui satu penyejuk (cooler). Rajah 1.7
menunjukkan pemampat berbilang peringkat.

INTERCOOLER

Rajah 1.7 : Pemampat berbilang peringkat

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 11


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

1.6.3 Jenis Pemampat

Pemampat dibahagikan kepada dua jenis utama mengikut sifat-sifatnya.

1. Pemampat Anjakan Positif (Positive Displacement Compressor)

2. Pemampat Dinamik (Dynamic Compressor)

Pemampat

Anjakan Positif Dinamik

Salingan Piston Empar

Berputar Screw Aliran


Paksi

Lobe

Sliding
Vane

Liquid
Piston

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 12


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

1.6.3.1 Pemampat Anjakan Positif

( Positive Displacement Compressor)

Pemampat jenis ini beroperasi berdasarkan aplikasi hukum Boyle, dimana ia melibatkan
sesaran isipadu. Cara pemampat ini bekerja adalah seperti berikut :

1. Pemampat akan memerangkap sejumlah isipadu gas dalam silinder atau perumah.

2. Gas itu kemudian disesarkan atau dihimpitkan kepada ruang atau isipadu yang kecil.

3. Pengurangan isipadu gas kepada lebih kecil menyebabkan tekanan yang terhasil lebih
tinggi daripada tekanan asalnya.

Rajah 1.8 : Pemampat anjakan positif bekerja

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 13


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

1.6.3.1.1 Pemampat Piston ( Piston Compressor)

Rajah 1.9 menunjukkan keratan dalaman pemampat jenis ini.Pemampat ini daripada jenis
salingan. Pemampat piston bekerja adalah seperti diberikut :

1. Kemasukan gas dan keluaran gas termampat dalam pemampat salingan dikawal oleh
injap sedutan (inlet) dan injap singkiran (outlet)

2. Pada lejang ke belakang semasa piston bergerak jauh dari injap sedutan, separa
vakum dijadikan dalam silinder.

3. Injap inlet akan buka kerana perbezaan tekanan di antara dalam silinder dengan
talian sedutan silinder

4. Gas memasuki silinder melalui injap inlet dan ia akan tutup apabila tekanan gas
seimbang rentas injap inlet dan injap outlet.

5. Gas yang terperangkap di silinder akan dimampatkkan pada lejang ke hadapan


apabila piston bergerak terhadap injap outlet.

6. Gas yang termampat dalam silinder menghasilkan tekanan yang tinggi dan membuka
injap outlet untuk disalurkan keluar melalui talian outlet.

7. Satu lejang ke hadapan dan satu lejang ke belakang menjadikan satu putaran
aci engkol pemampat salingan.

OUTLET
PORT
INLET
PORT
OUTLET
INLET VALVE
VALVE
PISTON

Rajah 1.9 : Keratan dalaman pemampat piston


GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 14
G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

Rajah 1.10 : Lejang ke hadapan dan lejang ke belakang

1.6.3.1.2 Pemampat Lobe ( Lobe Compressor)

Pemampat ini jenis berputar.Pemampat lobe mempunyai dua rotor dan setiap rotor
mempunyai dua atau lebih lobe. Lobe itu berputar dalam casing dan dalam arah putaran yang
bertentangan. Terdapat sedikit ruang kelegaan wujud di antara lobe dan casing maka
pelinciran tidak perlu digunakan. Terdapat juga sedikit gas bocor dan mengalir ke belakang
dan ini membuat pemampat jenis ini tidak sesuai digunakan pada keadaan yang memerlukan
keluaran tekanan tinggi. Cara pemampat ini bekerja adalah seperti berikut :

1. Semasa lobe berputar, gas memasuki melalui inlet port dan dihimpitkan kepada isipadu
yang kecil untuk meningkatkan tekanan.
2. Gas yang termampat kemudian disesarkan ke dalam outlet port.

SUCTION PORT

LOBES CASING

DISCHARGE PORT

Rajah 1.11 : Pemampat Lobe

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 15


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

Pemampat Ram Gelungsor


1.6.3.1.3 ( Sliding Vane Compressor)

Pemampat ini adalah jenis berputar. Satu set ram atau vane dipasang pada lubang alur
pemampat. Ram itu bergerak ke dalam dan ke luar liang rotor oleh daya empar. Semasa rotor
berputar, daya empar menggerakkan ram terhadap dinding casing dan gas
terperangkap di dalam ruang (poket) di antara setiap pasangan ram gelungsor. Pemasangan
rotor di sisi pipi pusat casing menjadikan ruang atau poket semakin kecil semasa gas
bergerak dekat liang singkiran. Rotor dan ram memaksa gas ke isipadu yang kecil dan
meningkatkan tekanan gas yang disingkirkan. Pelinciran diperlukan di dalam
pemampat sliding vane.

INLET DISCHARGE
PORT PORT

ROTOR

CASING
SLIDING
VANE

Rajah 1.12 : Pemampat ram gelungsor

1.6.3.1.4 Pemampat Skru (Screw Compressor)

Pemampat ini adalah jenis berputar. Helical lobe rotor digunakan untuk memerangkap
gas. Gas memasuki pemampat melalui liang sedutan dan dikedapkan serta-merta oleh putaran
skru. Setiap suapan gas diperangkap antara skru dan casing, isipadu gas menjadi semakin
kecil semasa disesarkan terhadap liang singkiran. Pengurangan isipadu gas meningkatkan
tekanan singkiran gas. Rotor dipacukan oleh gear dan tiada sentuhan di antara rotor atau
di antara rotor dengan casing maka pelinciran tidak diperlukan. Pemampat skru sesuai
digunakan di mana gas singkirannya adalah gas mudah terbakar. Rajah 1.13 menunjukkan
keratan rentas pemampat skru.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 16


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

SCREWS

OUTLET
PORT INLET
PORT

Rajah 1.13 : Keratan rentas pemampat skru

Pemampat Piston Bendalir


1.6.3.1.5 ( Liquid Piston Compressor)

Pemampat ini dikategorikan dalam kumpulan berputar. Bilah berbentuk cup dipasang pada
rotor. Casing pemampat diisi separuh dengan air atau cecair. Bentuk rotor adalah bulat
manakala casing berbentuk elips. Cecair akan berkumpul di bawah casing semasa pemampat
tidak beroperasi. Semasa rotor berputar, daya empar akan melontarkan gas keluar ke dinding
casing. Cecair akan mengikut bentuk casing.

Di tengah rotor terletak satu kebuk liang pegun dengan empat ruang. Dua ruang disambung ke
liang inlet manakala dua ruang lagi ke liang outlet. Cara pemampat ini bekerja adalah seperti
berikut :

1. Semasa rotor berputar, gas memasuki dua inlet ke kebuk liang pegun (stationary port
chamber)

2. Gas diperangkap di antara gelang bilah dan cecair dan cecair pusar (whirling liquid)

3. Gas disesar oleh bilah ke liang outlet di kebuk liang pegun

4. Semasa cecair dilontar ke dinding casing, ia memampatkan gas dan memaksanya keluar
melalui outlet di kebuk pegun.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 17


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

ROTOR CUPPED BLADE


DISCHARGE INLET
PORT PORT

CASING
LIQUID

Rajah 1.14 : Pemampat piston bendalir

1.6.3.2 Pemampat Dinamik (Dynamic Compressor)

Pemampat ini beroperasi dengan menghasilkan tekanan tinggi dengan pengurangan halaju
secara pantas, dimana ia melibatkan sesaran halaju. Cara pemampat ini beroperasi adalah
seperti berikut :

1. Gas yang disedut ke dalam ruang pertama untuk meningkatkan halaju gas dan
menambahkan tenaganya.
2. Halaju gas kemudian dikurangkan dalam perumah (casing).
3. Penurunan atau kehilangan halaju gas menyebabkan peningkatan tekanan pada
bahagian keluaran pemampat.

Rajah 1.15 : Pemampat Dinamik

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 18


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

1.6.3.2.1 Pemampat Empar (Centrifugal Compressor)

Rajah 1.16 menunjukkan keratan rentas pemampat empar. Udara masuk secara selari dan
keluar secara jejarian. Cara pemampat ini bekerja adalah seperti :
1. Gas atau udara memasuki pemampat melalui talian inlet dan diteruskan ke pusat atau
eye of impeller.

2. Semasa impeller memutarkan gas atau udara dengan laju, tenaga ditambah dan halaju
yang tinggi disebabkan daya empar menggerakkan udara dari pusat putaran.

3. Putaran impeller menyebabkan udara meninggalkan impeller dan memasuki ruang


casing dan setererusnya menurunkan halaju udara.

4. Penurunan halaju udara menyebabkan peningkatan tekanan udara pada liang outlet.

Rajah 1.16 : Keratan rentas pemampat empar

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 19


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

1.6.3.2.2 Pemampat Aliran Paksi ( Axial Flow Compressor)

Rajah 1.17 menunjukkan pemampat aliran paksi. Aliran gas masuk dan keluar selari dengan aci
pemampat. Cara ia bekerja adalah seperti berikut :

1. Udara disedut dari inlet dan dihimpun pada bilah rotor sehingga dipungut oleh bilah
pertama cakera rotor

2. Apabila rotor berputar, bilah rotor meningkatkan halaju gas tetapi halaju diturunkan
apabila gas sampai di bilah stator

3. Penurunan halaju akan meningkatkan tekanan pada liang outlet

Rajah 1.17 : Pemampat aliran paksi

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 20


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

1.7 Kecekapan Pemampat

Kecekapan pemampat bergantung kepada haba, tekanan dan isipadu. Kecekapan pemampat
selalunya dipertingkatkan dengan cara menghapus atau menyingkirkan haba yang terhasil
daripada mampatan.

Antara cara yang dilakukan adalah dengan mengadakan :

a. Sistem penyejukan silinder : Biasanya silinder disaluti dengan air dibahagian atas
kepalanya (head cylinder) dan bahagian tepi silinder

b. Bentuk sirip : Selalunya digunakan untuk pemampat kecil

c. Penyejuk : Selalunya digunakan untuk pemampat berbilang tahap. Penyejuk yang


biasa digunakan adalah air.

1.8 Sistem Mampatan Udara

Sistem mampatan udara menerangkan susunatur komponen-komponen atau peralatan yang


terlibat di dalam pemampatan udara atau gas. Ia juga menunjukkan bagaimana gas atau udara
diproses sehingga boleh digunakan oleh peralatan-peralatan berkaitan atau sistem seperti
sistem pneumatik. Rajah 1.18 menunjukkan blok bahagian utama bagi sistem mampatan
bersertakan penerangan fungsi setiap blok.

Rajah 1.18 : Blok bahagian sistem mampatan udara

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 21


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

Keterangan ringkas gambarajah blok:

1. Penapis (Filter)
Digunakan sebagai penapis habuk-habuk dan kotoran yang berada di dalam udara.

2. Pemampat (Compressor)

Memampatkan udara dari tekanan biasa (1 atm) kepada tekanan yang tertentu,
untuk digunakan oleh alatan.

3. Penyejuk (Cooler)
Digunakan untuk menyingkirkan haba yang terhasil akibat proses pemampatan
udara.

4. Pengering (Dryer)
Mengeringkan lembapan udara supaya tidak merosakkan sistem atau alatan
pneumatik.

5. Tangki Penerima Udara (Air Receiver )


Menerima udara yang telah dimampatkan untuk kegunaan alatan.

6. Injap Keselamatan (Safety Valve)


Terbuka dengan sendirinya jika tekanan tangki penerima udara melebihi had
sepatutnya.

7. Injap Penurun Tekanan (Pressure Reducing Valve)


Menurunkan tekanan udara (tekanan tinggi) kepada tekanan yang rendah (sesuai
untuk kegunaan alatan).

8. Saluran buang kotor (Drain)


Menyingkirkan kotoran dan air hasil mampatan ke udara.

9. Manifol (Manifold )
Saluran pengedaran udara termampat kepada sistem mampatan.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 22


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

Uji Diri
14 20

13

11

12
1

4 10

15

2 19

6 16

17

18

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 23


G2010 : INSTRUMENTATION WORKSHOP PRACTICE BAB 1 :PEMAMPAT UDARA

Selesaikan silang kata yang diberikan

Melintang :

2. Hukum ____ menyatakan pada tekanan gas yang tetap, isipadu gas berkadar terus
dengan suhu.

3. Tekanan didefinasikan sebagai ____ yang dikenakan dengan sekata ke atas luas
permukaan pada suatu objek.

4. Tekanan ____ adalah jumlah hasil tolak tekanan mutlak (PSIA) kepada tekanan
atmosfera.

6.Proses pemampatan adiabatik memerlukan isipadu yang ____ besar daripada proses
pemampatan sesuhu.

8. Pemampat dikelasfikasi mengikut susunan fizikal dan susunan ____ .

9. Susunan ____ bergantung kepada jumlah pemampatan yang diperlukan.

11. Penyejuk dipasang secara ____ untuk pemampat berbilang peringkat.

13. Pemampat ____ melibatkan sesaran halaju.

14. Pemampat lobe mempunyai dua ____ .

17. Bentuk _____ membantu meningkatkan kecekapan pemampat.

18. _____ berfungsi untuk memampatkan udara tekanan biasa kepada tekanan tinggi.

Menegak :

1. Hukum Boyle menyatakan pada suhu yang tetap, tekanan mutlak gas berkadar ____
dengan isipadu gas.

5. Bagi melakukan proses pemampatan sesuhu, ia mesti mematuhi hukum ____ .

7.Salah satu fungsi pemampat adalah menghantar _____ .

10. Pemampat ____ tindakan bekerja dengan gas masuk dan disingkir pada dua hujung
piston.

12. Pemampat anjakan positif melibatkan sesaran ______ .

15. Pemasangan rotor di sisi pipi pusat casing menjadikan ruang semakin _____ semasa
gas bergerak dekat liang singkiran.

16. ____ lobe rotor digunakan untuk memerangkap gas bagi pemampat skru.

19. _____ keselamatan akan terbuka dengan sendiri apabila tekanan tangki penerima
melebihi hadnya.

20. Injap penurun tekanan berfungsi menurunkan tekanan ____ kepada tekanan
rendah supaya sesuai dengan kegunaan alatan.

GENERASI GEMILANG NEGARA MAJU 24