Anda di halaman 1dari 23

Diskripsi Prima

Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Legal Notice

· Ebook ini adalah hakmilik sepenuhnya www.tipsptd.com


· Sebarang aktiviti pengedaran semula atau menjual semula
naskhah ini adalah DILARANG sama sekali dan ianya menyalahi
Akta Hakcipta.
· Jika anda memperolehi Ebook ini bukan dari laman web
www.tipsptd.com, sila laporkan kepada kami melalui email
admin@tipsptd.com dan ganjaran sewajarnya akan diberikan
kepada anda
· Sebagai pembeli yang sah, anda layak menerima tip-tip
penting untuk PTD Assessment Center dan Temuduga PTD di
masa hadapan

Disclaimer
Seluruh kandungan Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah
hakmilik di bawah tanggungjawab Team Tips PTD dari www.tipsptd.com. Ianya diterbitkan
untuk tujuan perkongsian maklumat dan sayugianya diingatkan yang kandungan Pakej ini
tidak boleh dianggap nasihat professional dan kami tidak bertanggungjawab atas sebarang
liabiliti kerugian dan kerosakan hasil dari maklumat dalam Pakej ini. Semua maklumat dalam
Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD ini adalah tepat pada masa ianya diterbitkan.

Team Tips PTD, Januari 2010

Edisi Pertama Januari 2010

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 2


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Pendahuluan
Pakej Rujukan Peperiksaan Bertulis PTD (PRPBP) diterbitkan atas dasar memberikan satu maklumat yang
komprehensif sebagai wadah untuk semua calon melakukan persediaan yang rapi. Setiap tahun secara
kasarnya terdapat 2 kali peperiksaan bertulis iaitu pada bulan Februari dan Ogos (kebiasaannya) dan
puluhan ribu calon yang mengambil peperiksaan ini di seluruh negara. Tiadanya rujukan khusus yang
boleh dijadikan persediaan sebelum menduduki peperiksaan adalah antara faktor kenapa calon GAGAL
dalam peperiksaan ini dan betapa peningnya mendapat maklumat yang bercampur-baur dari internet.
Kami yakin anda turut mengalaminya dan anda harus bersyukur kerana menjumpai laman tipsptd.com
yang bakal mengenengahkan kepada anda bagaimana nak melakukan persediaan yang rapi dan
sekaligus LULUS dengan jayanya peperiksaan bertulis PTD ini nanti.

Terima kasih dan tahniah untuk anda yang memilih untuk memiliki PRPBP ini, dan jadikanlah
http://tipsptd.com/blog sebagai rujukan utama untuk kerjaya sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik.
Pembelian anda ialah sebahagian dari sumbangan dalam memastikan kesinambungan maklumat
percuma di blog tipsptd dan anda boleh jadikan blog tersebut sebagai rujukan masa-masa genting anda
untuk PTD Assessment Center dan temuduga PTD nanti. Diharapkan juga Pakej Rujukan ini bakal
membantu persediaan anda untuk LULUS dan melayakkan diri ke sesi prePAC nanti.

Penghargaan kepada semua Team Tips PTD dan juga editor, saudari Afraha Baiti binti Ariff yang
bertungkus lumus menyiapkan PRPBP ini. Mudah-mudahan usaha ini dapat menyumbang kepada
keputusan yang bagus anda semua dalam peperiksaan bertulis nanti.

Anda boleh menulis dan berkongsi maklumat atau sebarang pertanyaan dengan kami melalui email
admin@tipsptd.com dan kami amat mengalu-alukan feedback dari anda. Salam kejayaan untuk anda
dan selamat menduduki Peperiksaan Bertulis Pegawai Tadbir Diplomatik! Pastikan anda membaca setiap
helaian PRPBP kerana banyak tips dan strategi yang bakal anda ketahui. Jangan lupa, mulakan dengan
bahagian “Apa Yang Bakal ANDA Perolehi”

Team Tips PTD

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 3


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Apa Yang Bakal anda Perolehi


Sebelum memulakan langkah persediaan anda, suka untuk kami ringkaskan apa yang bakal anda
perolehi dari Pakej Rujukan ini. Ianya akan diringkaskan seperti di bawah;

Pengenalan Ringkas

Kenapa GAGAL?

Penerangan Format

Pecahan Soalan
Penerangan Seksyen
Strategi Persediaan

Contoh Soalan

Pelan Tindakan

Penerangan Format, Strategi


Persediaan dan Contoh Soalan
bagi Setiap Seksyen adalah
Senarai Semak PERKARA penting yang kami DEDAH
kan kepada anda. Anda akan tahu
bentuk soalan dan bagaimana untuk
anda bersedia. Link khas
disediakan untuk rujukan. Sebab
Penutup & Doa itu ia dinamakan DISKRIPSI PRIMA

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 4


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Isi Kandungan
Tajuk Mukasurat

Pengenalan Ringkas 6
Kenapa GAGAL 7
Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen A 10
v Pecahan 1 13
v Pecahan 2 16
v Pecahan 3 18
v Pecahan 4 19
v Pecahan 5 22
v Pecahan 6 25
v Pecahan 7 27

Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen B 28


v Pecahan 1 30
v Pecahan 2 33
v Pecahan 3 34
v Pecahan 4 37

Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen C 41


v Contoh Esei Bahasa Melayu 42
v Contoh Esei Bahasa Inggeris 45

Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen D 46


v Contoh Soalan 48
Perincian, Strategi dan Contoh Soalan: Seksyen E 49
v Contoh Soalan 50
Tips Khas: Bagaimana Menulis Esei Dengan Baik 53
v Isu-isu yang perlu diberi perhatian dalam Seksyen D dan E 54
Ringkasan Keseluruhan seksyen 56
Senarai Semak 57
Kit Persediaan 58
Senarai Isi Kandungan buku “Malaysia Kita” 59
Penutup dan Doa 61

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 5


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Pengenalan Ringkas
Menjadi seorang Pegawai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik (PTD) bukan lah sesuatu yang mudah.
Sebab itu ianya dianggap sebagai satu kerjaya yang eksklusif dan berada pada kelas yang tersendiri.
Proses pemilihanya kalau dinilai merupakan satu proses yang agak ketat dan sedikit sukar. Dalam proses
penapisan sahaja, seseorang yang mahu menjadi pegawai PTD harus melalui 3 peringkat ujian yang
bakal menguji kemahiran dan ilmu yang ada.

Pada peringkat umumnya, kelulusan anda dinilai sama ada anda layak atau tidak untuk memohon
menjadi PTD. Bagi yang tidak dipanggil untuk peperiksaan PTD, mungkin ada masalah dengan kelulusan
anda. Setelah layak untuk menduduki ujian, anda perlu bersedia dengan maklumat yang secukupnya
kerana ujian ptd menuntut pemahaman dan kesedaran tentang maklumat penting. Dalam kata lain,
anda perlu peka dengan isu semasa dan banyak membaca.

Setelah lulus ujian, anda akan dihadapkan ke Assessemnt Centre untuk dinilai dengan lebih dekat. Hanya
mereka yang berjaya dalam peperiksaan memasuki PTD sahaja akan dipanggil untuk ke tapisan yang
seterusnya iaitu pre PTD Assessment Centre (prePAC). prePAC merupakan mekanisme bagi membantu
pihak INTAN membuat penilaian terhadap kesesuaian dan kelayakan calon-calon PTD sebelum
diperakukan kepada SPA untuk tujuan temuduga dan lantikan ke perkhidmatan awam.

Setelah berjaya prePAC anda akan di temuduga oleh panel PTD untuk menentukan sama ada anda betul-
betul layak atau tidak menjadi seorang pegawai PTD. Interview PTD tidak lah semudah yang disangka,
tapi kalau anda cukup persediaan dan keyakinan, kejayaan adalah milik anda!

Kami tak ingin memanjangkan huraian tentang kerjaya ini kerana focus kita dalam Pakej Rujukan ini
persediaan peperiksaan bertulis. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang kerjaya PTD, sejarahnya dan
bagaimana penilaian dalam Assessment center dan lain-lain, anda boleh layari laman web berikut;

http://www.intanbk.intan.my/cda/m_ptd/on_ptd.php

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 6


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Kenapa GAGAL?
Ada beberapa sebab yang menyumbang kepada kegagalan calon-calon ujian bertulis PTD. Anda
boleh rujuk dalam ebook PERCUMA “27 Sebab kenapa Calon GAGAL Ujian PTD”. Kenalpasti sebab gagal
dan anda cuba pastikan ianya tidak berlaku pada anda. Anda harus baca ebook tersebut!

Untuk tindakan pantas, kami senaraikan beberapa sebab penting yang mana antara lainnya,
calon gagal sebab terlalu gemuruh! Apabila terlalu gemuruh, maklumat yang ada di kepala anda hilang
dan tidak keluar. Anda mungkin memandang remeh isu ini tetapi inilah hakikat yang berlaku. Seringkali
ada sahaja calon yang berpeluh satu badan dan tak senang duduk semasa exam lantas pulang awal
sebab tak mampu lagi meneruskan exam tersebut. Kenapa mereka gemuruh? Kalau ianya memang satu
symptom kebiasaan anda, anda perlu kepada ubat. Ada beberapa ubat penenang yang anda boleh
dapatkan di farmasi untuk tindakan pantas. Tapi untuk jangkamasa panjang, saya sarankan anda
mengambil ubat panenang yang merupakan ‘tissue salt’ dari klinik perubatan homeopathy. Perubatan
homeopathy memberikan tindakbalas yang sedikit lambat, tapi jika anda mengalami masalah gemuruh,
eloklah mengamalkannya dan ianya selamat serta tiada kesan sampingan berbanding ubat penenang
yang dijual di farmasi.

Sebab lain yang menyumbang kepada gemuruh ini ialah disebabkan kecuaian calon tersebut.
Calon tersesat dan tak jumpa jalan ke tempat peperiksaan ataupun tersekat dalam traffic jam lalu lewat
ke tempat peperiksaan. Ada juga lupa peralatan yang diperlukan termasuk IC dan lain-lain, tersilap
masuk dewan peperiksaan, berada ditempat yang salah dan lain-lain. Semua ini perkara remeh dan tak
sepatutnya berlaku kepada anda. Siapkan diri anda awal-awal, ini adalah persediaan fizikal yang perlu
diselesaikan awal. Kalau boleh anda pergi melihat tempat peperiksaan sehari awal atau sebelum
peperiksaan, jadi anda tak gelabah tersesat dan sebagainya. Tolong ambil perhatian perkara ini kerana
ianya penting dan selalu diabaikan. Pastikan semua kelengkapan alat tulis ada, IC dan surat panggilan
juga ada. Cuba tiba awal di pusat peperiksaan dan biarkan diri anda ber’asimilasi’ dengan suasana pusat
peperiksaan tersebut. Amik nafas dalam-dalam dan cuba bermeditasi seketika. Bacalah doa-doa yang
anda belajar untuk menenangkan diri. Kami ada kongsikan doa di blog tipsptd untuk anda amalkan
sebelum peperiksaan.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 7


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Faktor kegagalan yang lain ialah anda terperanjat dengan soalan yang ditanya. Soalan terlalu
banyak, diluar jangkaan, masa terhad dan sebagainya. Dalam kata lain ianya disimpulkan sebagai calon
gagal sebab tak tahu format dan bentuk soalan yang bakal ditanya. Kami yakin setelah anda membaca
nota ‘Diskripsi Prima’ ini, masalah ‘terkejut’ ini sudah tiada harapnya sebab anda tahu apa yang bakal
anda lalui. Fahami dan tahu apa skop yang bakal ditanya juga jumlah soalannya supaya anda dapat
‘bajet’ masa anda untuk peperiksaan ini. Jangan ambil ringan isu ini, walaupun anda lulusan universiti,
tetapi itu tidak menjamin anda tenang setelah melihat soalan-soalan yang bakal ditanya. Jadi
bersedialah lebih awal, tahu format, tahu skop yang bakal ditanya dan harapnya kejayaan menanti anda.

Tiada persediaan rapi adalah faktor umum kegagalan anda dalam apa bidang sekalipun. Terlalu
yakin atau sekadar pergi mencuba nasib merupakan attitude yang berbeza tapi menyumbang ke satu
natijah yang sama iaitu KEGAGALAN. Satu fakta yang anda kena tahu ialah, jumlah calon yang layak
menduduki peperiksaan bertulis setiap tahun ialah lebih kurang antara 70 ribu ke 80 ribu orang dan
calon yang dipanggil ke sesi PAC adalah sekitar 6 ribu ke 7 ribu calon sahaja. Jadi soalan yang dirangka
ialah untuk menyingkirkan hampir 90% calon yang menduduki peperiksaan!! Anda akan dapati ada
soalan yang tak masuk akal langsung seperti pengatahuan tentang jenis gendang kaum Penan dan
sebagainya. Apa yang kami cuba sampaikan ialah tidak kiralah anda graduan kelas pertama ke kelas
ketiga ke, anda tiada kelebihan masa itu. Anda perlu bersaing dengan semua orang yang dipanggil ke
peperiksaan tersebut. Kebanyakan calon terlalu yakin dan pergi tanpa persediaan yang rapi. Kenapa
anda harus jadi seperti mereka? Buat persediaan rapi, siapkan diri anda dengan maklumat yang
diperlukan, hampir pasti anda bakal berada dalam kelompok yang bakal dipanggil ke PAC. Sekali lagi
kami suka tegaskan, anda perlu bersedia, jangan pergi untuk sekadar mengambil peperiksaan sahaja,
tapi pergi dengan persediaan yang rapi, ilmu penuh di dada dan untuk berjaya, bukan untuk menjadi
‘calon kebanyakan’!

Faktor lain ialah, sangkut pada ujian Matematik. Tentang ujian Matematik, untuk graduan aliran
Sains, tidak menjadi masalah utama, tapi untuk graduan aliran Sastera, ada sedikit masalah. Soalan
bahagian ini sebenarnya tidak memerlukan anda memiliki kemahiran matematik yang tinggi, silibus nya
hanya sekadar matematik tingkatan 5 yang anda lulus dengan cemerlang 5-10 tahun yang lalu. Itu yang
dinyatakan oleh pihak SPA, tapi bagi kami soalan hanya mencakupi silibus tingkatan 3, (campur, tolak,
darab, bahagi, pecahan) dan tambahan kepada skil penyelesaian masalah. Yang selebihnya adalah
Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 8
Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

‘analytical’ yang tak memerlukan anda membuat pengiraan langsung. Tak usah gelabah, anda baca
soalan matematik tersebut dengan sedikit teliti dan kami pasti anda boleh menjawabnya. Jawab soalan
dibahagian IQ dengan pantas dan luangkan lebih masa untuk bahagian matematik. Buatlah satu dua set
ujian peperiksaan PMR dan cari beberapa soalan analytical penyelesaian masalah dari internet. Tak
susah, percayalah!

Faktor lain ialah gagal menjawab soalan esei. Ini faktor kritikal, anda harus tahu isu semasa
untuk menjawab soalan esei ini. Banyakkan membaca akhbar dan ambil peduli tentang isu-isu nasional
sekarang. Luangkan masa menonton berita setiap malam mulai sekarang. Penting untuk anda
mengetahui isu semasa, jangan main hentam sahaja dan akhirnya anda memberikan satu gambaran
yang salah tentang isu tersebut. Sebolehnya kami tak nak membebel tentang isu ini, anda seorang
graduan universiti, jadi anda harus tahu apa yang perlu anda lakukan untuk memperkayakan diri anda
dengan maklumat-maklumat ini. Dalam ‘Diskripsi Prima’ ini dilampirkan juga bagaimana menulis esei
dengan baik dan senarai tajuk-tajuk yang telah diperincikan mengikut kumpulan tertentu dan semua ini
terserahlah kepada anda untuk ambil tindakan.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 9


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

“Penerangan Format, Strategi


Persediaan dan Contoh Soalan
bagi Setiap Seksyen”

Seksyen A:
Pengetahuan Am Mengenai Malaysia

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 10


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Seksyen A:
Pengetahuan Am Mengenai Malaysia

Penerangan Format
Ianya adalah seksyen pertama dalam kertas penilaian dan merupakan seksyen yang mempunyai
paling banyak soalan. Anda diberikan masa 45 minit untuk menjawab 60 soalan. Markah yang
diperuntukkan adalah 30 markah dan ianya tertakluk kepada perubahan. Tapi secara umumnya itu
adalah format yang digunapakai sehingga tahun 2009. Sekali lagi formatnya;

· Tempoh: 45 minit
· Jumlah Soalan: 60 soalan
· Markah: 30 markah

Soalan yang tercangkum dalam bahagian ini meliputi skop yang sangat luas dan seringkali
berada di luar jangkaan. Ianya menuntut anda mempunyai pengetahuan asas yang luas dan sebenarnya
ianya berpaksikan kepada sejauh mana anda peka dengan persekitaran. Itu adalah satu criteria
sebenarnya yang diuji dalam bahagian ini, bagaimana anda peka dan sensitive kepada isu-isu penting
lebih-lebih lagi yang melibatkan isu-isu nasional. Tetapi melalui analisis yang mendalam, sebenarnya
soalan-soalan mencakup beberapa bahagian yang penting yang menjadi paksi kepada pembahagian
soalan-soalan dalam bahagian ini. Kita akan menganalisis satu persatu bahagian yang dikemukakan
soalan dalam seksyen A ini. Antara skop pengkhususan soalan dalam bahagian ini ialah;

ü Sejarah Malaysia
ü Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat
ü Skop Tugasan Badan dan Perjawatan
ü Isu Nasional
ü Dasar Pentadbiran Negara
ü Tarikh dan Fakta Penting
ü Lain-lain di luar skop
Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 11
Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Ianya adalah pecahan berdasarkan pemerhatian dan ‘feedback’ yang diterima oleh kami di
tipsptd.com/blog sepanjang menyalurkan maklumat kepada pembaca-pembaca yang dahagakan
maklumat mengenai peperiksaan PTD. Pecahan itu adalah sebagai panduan umum untum memudahkan
anda melakukan rujukan dan persediaan rapi dalam peperiksaan peringkat ini. Ianya bukanlah sesuatu
yang rasmi, tetapi lebih kepada gambaran umum kepada anda.

Dengan pembahagian ini, seharusnya anda akan jadi lebih jelas dan terarah dalam melakukan
persediaan sebelum menghadapi peperiksaan bertulis. Ramai yang menyatakan seksyen A ini adalah
satu seksyen yang sengaja diadakan untuk memerangkap calon dan ianya sama-sekali tidak masuk akal
kerana skop yang dirangkumi oleh seksyen ini terlalu luas. Bahkan dalam penghuraian seksyen ini oleh
pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) sendiri mereka menyatakan yang tiada rujukan khusus
untuk persediaan seksyen ini. Dalam hebahan umum SPA menyatakan;

“Di dalam kertas peperiksaan ini calon dikehendaki mengetahui secara umum perkara-
perkara berkaitan dengan pemerintahan di Malaysia dan perkara-perkara lain berkenaan
dengan politik, ekonomi, sosial, sains, teknologi, sastera, kebudayaan, kesenian, muzik, sukan
dan lain-lain perkembangan di seluruh dunia pada amnya dan khususnya yang ada kena
mengena dengan Malaysia. Perkara ini terlalu umum dan tidak ada buku-buku teks yang
tertentu untuk dibaca dan soalan-soalan akan disediakan begitu meluas. Soalan-soalan akan
ditarafkan kepada peringkat pengetahuan am yang difikirkan patut diketahui oleh rakyat
Malaysia yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda di dalam aneka lapangan akademik. Siswazah-
siswazah yang selama ini mengikuti perkembangan-perkembangan dunia melalui surat khabar,
majalah dan buku-buku akan mudah menjawab soalan-soalan ini. Tujuan seksyen ini adalah
untuk menguji daya kesedaran calon terhadap perkara yang berlaku di dunia sekelilingnya pada
amnya dan Malaysia khasnya.”

Tapi kami tetap berusaha untuk memudahkan anda dan kami akan tunjukkan melalui
pemerhatian yang dibuat bagaimana soalan-soalan ini dibentuk sebenarnya dan bagaimana
menyediakan diri anda untuk menjawab soalan-soalan seksyen A ini. Kami akan huraikan satu persatu
pecahan bahagian yang telah dinyatakan sebelum ini beserta contoh-contoh soalan yang
menggambarkan pecahan tersebut. Dan sekali lagi diingatkan yang pecahan itu merupakan hasil
pemerhatian kepada soalan-soalan yang lepas.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 12


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Huraian Seksyen A:
Pecahan 1- “Sejarah Malaysia”

Untuk bahagian Sejarah Malaysia, apa yang anda perlukan ialah Buku Sejarah rujukan untuk
PMR dan SPM. Abaikan bab-bab yang berhubungkait dengan isu-isu antarabangsa. Fokus kepada yang
menjurus kepada yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia. Boleh juga mendapatkan buku Sejarah
Malaysia atau Malaysia Kita untuk memantapkan persediaan anda.

Anda tak perlu risau sangat kerana semuanya sebenarnya sudah ada dalam benak fikiran anda
kerana kita pernah melaluinya zaman persekolahan dahulu dan maklumat itu sebenarnya sudah pun
tersimpan dalam memori kita. Apa yang kita perlukan ialah sedikit bacaan yang boleh mengingatkan kita
semula. Jadi ianya tidaklah sesusah kita mengambil peperiksaan dahulu kerana semua itu adalah baru
bagi kita ketika itu. Sebab itu anda perlu ‘smart’ dalam persediaan kali ini. Cari buku-buku rujukan yang
ringkas (point system) yang hanya menekankan isi-isi penting sahaja. Jangan membaca rujukan yang
seperti buku teks kerana ianya disediakan untuk menghuraikan dan memahamkan pembaca yang
membaca untuk mengetahui fakta buat kali pertama. Situasi ini lain dengan anda, anda Cuma nak
mengingat kembali apa yang pernah anda faham dan tahu satu ketika dahulu. Jadi jimatkan masa dan
tenaga anda, hanya cari nota-nota yang bercirikan point form dan sudah barangtentu ianya akan
menjimatkan masa anda.

Jadi bagaimanakah soalan yang selalu ditanya yang berkaitan dengan Sejarah Malaysia? Ini
adalah sebahagian soalan yang berkaitan;

1. Berikut adalah syarat-syarat Perjanjian Inggeris-Kedah 1786 yang


ditandatangani oleh Francis Light setelah meneliti tawaran dari
Sultan Abdullah kecuali?

a. Syarikat Hindia Timur Inggeris (SHTI) harus melindungi Kedah


b. SHTI tidak boleh melindungi musuh Kedah
c. SHTI hendaklah membayar 30 000 dolar Sepanyol setahun kepada
Sultan Kedah sebagai pampas an
Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 13
Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

d. SHTI hendaklah membantu Kedah sekiranya diserang musuh


e. SHTI boleh mengambil sebahagian kawasan lombong jajahan Kedah

2. Ketika Sultan Abdullah menyerang untuk mengambil semula Pulau


Pinang, baginda mendapat bantuan dari banyak pihak seperti;

a. Temasek
b. Acheh
c. Riau
d. Raja Thai
e. British

3. Kenapa Kedah menjadi tarikan UTAMA British?

a. Kedudukan strategik Kedah di laluan antara timur dan barat


b. Sebagai tempat berlindung sementara menunggu peralihan angin
monsun untuk perdagangan dengan China
c. Banyak barang dagangan di negeri Kedah yang dibawa dari Negara
luar Seperti China
d. Perkembangan Kuala Kedah sebagai pelabuhan entrepot di
Kepulauan Melayu
e. Untuk dijadikan Pelabuhan persinggahan dan Pengkalan tentera

4. Penentangan Mat Salleh di Sabah pada tahun 1897 adalah rentetan


peristiwa percubaan berunding pada tahun 1897 dengan Gabenor
Beaufort, C.V.Creagh mengenai masalah;

a. Cukai yang tidak wajar


b. Pembahagian kuasa jajahan daerah yang tidak adil
c. Pengambilan hak penduduk keturunan Bajau dan Suluk
d. Penindasan dan kekerasan pegawai SBUB
e. Penguatkuasaan lessen perhutanan yang membebankan penduduk

5. Penentangan Dato’ Bahaman adalah disebabkan faktor..

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 14


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

a. Perlucutan gelaran oleh Hugh Clifford yang menjatuhkan maruah


beliau sebagai orang besar jajahan
b. Larangan mengutip cukai di daerah Temerloh
c. Pembinaan Balai Polis di Lubuk Teruap yang merupakan kawasan
Dato’ Bahaman
d. Konflik kesetiaan kepada Raja
e. Sultan Ahmad seperti dikuasai oleh British dan meminta bantuan
Dato’ Bahaman

6. Apakah yang dimaksudkan dengan semangat Kebangsaan

7. Perjuangan menuntut kemerdekaan melalui mata pena juga merupakan


satu firqah yang berkesan yang menyumbang kepada kebangkitan
rakyat. Bagaimana ianya bermula?

8. Berikut adalah antara golongan intelektual Melayu yang menyokong


gagasan kemerdekaan Tanah Melayu tetapi berlatangbelakangkan
pendidikan Inggeris

9. Dia adalah seorang yang berpengaruh dalam pakatan bersama Tunku


Abdul Rahman menuntut kemerdekaan dan pernah dilantik sebagai
Ahli Tidak Rasmi Majlis Perundangan Negeri-Negeri Selat pada
tahun 1923-1934.

10. Apakah yang diperjuangkan oleh Kesatuan Melayu Muda pimpinan


Ibrahim Haji Yaakob yang akhirnya menyebabkan mereka tersisih
dalam pembentukan Tanah Melayu?

Semua 10 soalan tersebut adalah soalan contoh yang merangkumi pecahan Sejarah Malaysia
dalam Seksyen A. Harus diingatkan anda diberi pilihan jawapan yang hampir dan anda perlu berhati-hati
dalam memilih jawapan. Pilihan jawapan selalunya 5 (a-e). Anda harus cepat dan pantas menjawab
soalan-soalan ini. Jadi sebolehnya anda sediakan diri anda dengan pengetahuan yang komprehensif
meliputi Sejarah Malaysia. Biasanya ianya merangkumi 10-15 soalan mengenai sejarah.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 15


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Huraian Seksyen A:
Pecahan 2 - “Struktur Pentadbiran Negeri dan Pusat”

Bahagian ini menuntut anda memahami secara umum tentang bagaimana pembahagian tugas
peringkat negeri dan pusat. Pengetahuan bagaimana struktur jabatan-jabatan negeri dan bagaimana
perhubungannya dengan kerajaan pusat. Di samping itu pengetahun tentang perlembagaan, bagaimana
undang-undang dibuat dan proses parlimen, pengesahan dari badan eksekutif. Jika boleh diperincikan,
ianya juga mencakup system pemerintahan dan pentadbiran Negara. Rujukan yang sesuai ialah buku
sejarah tingkatan 5, buku Malaysia Kita dan rujukan Pengajian Am tingkatan 6. Anda boleh mana-mana
yang mudah diperolehi atau sumber sedia ada. Berikut adalah contoh soalan dalam bahagian ini;

1. Apabila Yang di-Pertuan Agong melantik Perdana Menteri, baginda


hendaklah memilih seorang Ahli Dewan Rakyat yang boleh mendapat
sokongan majoriti dan dia mestilah seorang yang

a. Beragama Islam
b. Pernah menjadi Menteri Kabinet
c. Keturunan Melayu
d. Menjadi warganegara mengikut operasi undan-undang
e. Enjadi warganegara secara masukan

2. Pembahagian jabatan-jabatan di peringkat negeri secara umumnya


ada dua bahagian dan ianya adalah;

a. Jabatan Pusat dan Jabatan Negeri


b. Jabatan Negeri dan Jabatan Daerah
c. Jabatan Negeri dan Kementerian
d. Jabatan Negeri dan JabatanPersekutuan
e. Jabatan Jabatan Negeri dan Cawangan Jabatan Persekutuan

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 16


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

3. Deklarasi Kuala Lumpur 1971 ialah satu persetujuan mengenai:

a. Penubuhan ASEAN
b. Penubuhan kawasan aman, bebas, dan berkecuali di Asia Tenggara
c. Penubuhan pasaran bersama untuk ASEAN
d. Keputusan Filipina berkenaan dengan pengguguran tuntutan
Kerajaan mereka ke atas Sabah
e. Penubuhan pakatan Ketenteraan di antara Negara-negara ASEAN

4. Perlembagaan boleh dipinda dengan syarat tertentu yang antaranya


sokongan 2/3 ahli dewan rakyat. Antara kepentingan pindaan
Perlembagaan yang harus dihayati:

a. Mengikut kesesuaian idealogi kerajaan semasa


b. Membuang mana-mana perlembagaan yang dianggap berat sebelah
c. Membentuk satu pembaharuan yang menyeluruh
d. Melindungi kepentingan rakyat
e. Supaya tiada percanggahan dengan dasar dan polisi baru

5. Bidang pentadbiran Negara adalah yang berikut kecuali:

a. Ekonomi
b. Sosial
c. Agama
d. Keselamatan
e. Pendidikan

6. Setiap kementerian di kerajaan Pusat mempunyai agensi-agensi yang


mempunyai bidang kerja di bawah skop kerajaan pusat. Bagaimana
pulak keadaan agensi di negeri-negeri?

7. Berikut adalah langkah carta alir dalam perlaksanaan Pilihanraya


Umum yang betul.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 17


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

8. Yang manakah antara berikut merupakan tunjuk arah yang betul


dalam penyusunan hierarki kuasa dalam badan perundangan Negara?

9. Kerajaan Negeri dan Pusat mempunyai peranan yang berbeza dalam


beberapa aspek tetapi juga mempunyai senarai tugasan bersama.
Manakah antara berikut termasuk dalam senarai tugasan bersama?
10. Komanwel ditubuhkan berdasarkan idea yang dicadangkan oleh Tun Dr
Mahathir Mohamad yang dianggotai oleh Negara-negara Dunia Ketiga
dan tujuan utamanya ialah:

Jangan lupa juga untuk melihat kembali struktur kementerian yang dirangka di bawah
pentadbiran Dato’Seri Najib beserta menteri-menteri yang bertanggungjawab. Di samping itu beri
perhatian yang lebih mengenai jabatan-jabatan negeri dan juga tugasan kerajaan tempatan. Apakah
bidang tugas kerajaan negeri dan apakah hak eksklusif kerajaan negeri yang tidak boleh ada campur
tangan dari kerajaan pusat secara umumnya.

Untuk bahagian pentadbiran kerajaan pusat, ambil maklum tentang perjalanan Dewan Rakyat
dan Dewan Negara dan bagaimana fungsi kedua-dua dewan dalam melancarkan pentadbiran.

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 18


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Huraian Seksyen A:
Pecahan 3 - “Skop Tugasan Badan dan Perjawatan”
Dalam bahagian ini sebenarnya rujukannya adalah sama dengan pecahan ‘struktur pentadbiran
NEgeri dan Pusat’ Cuma ianya lebih berfokus kepada fungsi jabatan dan jawatan tertentu. Atau lebih
mudah, soalannya terus mengenai tugasjawatan dan jabatan. Tips nya ialah ambil tahu tugas-tugas
umum jabatan kerajaan dan jawatan yang penting dalam gagasan pentadbiran kerajaan. Berikut adalah
antara soalan-soalan yang akan membuatkan anda lebih faham apa yang dimaksudkan dengan pecahan
bahagian ini.

1. Berikut adalah skop tugasan kawal selia yang dijalankan bersama


diperingkat negeri dan pusat kecuali:
a. Perkhidmatan tempatan
b. Cuti negeri
c. Undang-undang negeri
d. Parit dan tali air
e. Tanah

2. Skop tugasan Suruhanjaya Pilihanraya mencakupi semua di bawah


kecuali:
a. Penetapan tarikh penamaan calon
b. Semakan Manifesto parti bertanding
c. Pembatalan keputusan pilihanraya
d. Pengumuman keputusan pilihanraya
e. Sebagai badan yang memerintah sementara

3. Organization of the Islamic Conference (OIC) ditubuhkan selepas


kegagalan Liga Bangsa. Apakah tujuan utama OIC ditubuhkan?

4. Apakah peranan yang dimainkan oleh Raja-raja Melayu dalam sistem


peperintahan Negara?

5. Bagaimana seorang Pegawai Daerah memainkan peranan dalam


menyelesaikan masalah-masalah yang dilaporkan melalui Penghulu
Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 19
Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Huraian Seksyen A:
Pecahan 4 - “Isu Nasional”

Dalam bahagian ini sebenarnya strategi persediaan tidaklah begitu spesifik. Ianya lebih
berfokuskan sejauh mana anda sensitive dengan isu-isu dalam Negara seperti isu kenaikan harga gula,
bencana alam dan sebagainya dan bagaimana kerajaan mengambil langkah proaktif dalam
menanganinya. Jika anda seorang yang peka dan membaca akhbar secara rutin, bukanlah menjadi satu
masalah untuk anda menjawab soalan berbentuk seperti ini. Jadi umumnya, persediaan untuk seksyen
ini ialah, banyakkan membaca akhbar dan lazimi diri anda dengan mendengar berita setiap hari. Antara
soalan yang sempat kami kumpul berkait dengan pecahan Isu Nasional ini adalah seperti di bawah;

1. Tahun 2009 menyaksikan keadaan ekonomi yang global yang berada


dalam peringkat pemulihan sekaligus menyaksikan kenaikan harga
barangan secara keseluruhannya. Antara yang menyumbang ke arah
peningkatan harga barang adalah perkara di bawah kecuali:

a. Keadaan keamanan dunia secara keseluruhannya


b. Kenaikan harga minyak dunia
c. Bencana alam di Negara-negara pengeluar barangan
d. Kejatuhan matawang Amerika Syarikat
e. Situasi inflasi dunia

2. Kenaikan harga minyak dunia member kesan kepada pelan subsidi


minyak oleh kerajaan. Apakah langkah utama yang diambil oleh
kerajaan dalam mengukuhkan sistem subsidi minyak?

a. Memansuhkan subsidi terus kepada minyak tetapi membayar rebat


b. Memperkenalkan penggunaan minyak RON’95 sebagai penggunaan
prima
c. Memperkuatkan kawalan penyeludupan minyak oleh Negara jiran
d. Mengkaji semula kaedah pemberian subsidi minyak

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 20


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

e. Menggalakkan penggunaan NGV sebagai alternatif bahan bakar

3. Isu graduan menganggur adalah sesuatu yang dipandang serius oleh


kerajaan bahkan kerajaan telah merangka dan melancarkan pelbagai
pelan dalam menangani masalah ini. Antara berikut yang manakah
bukan langkah yang diambil oleh kerajaan dalam menangani masalah
pengangguran:

a. Gesaan kepada industri supaya mewujudkan skim latihan


sementara untuk meningkatkan kualiti modal insan
b. Latihan keusahawanan kepada graduan
c. Menggalakkan graduan menyertai industri kecil melalui
peruntukan melalui agensi-agensi seperti MARA dan TEKUN
d. Mengkaji semula silibus universiti supaya melahirkan graduan
yang diperlukan oleh industry
e. Menyediakan medium penambahan nilai melalui kursus-kursus
kemahiran

4. Apakah tujuan utama Pakej Rangsangan Ekonomi yang diumumkan oleh


Perdana Menteri pada 10 Mac 2009 yang lalu?

5. Antara perkara penting yang diumumkan dalam Pakej Rangsangan


Ekonomi ialah Pembiayaan Pengajian Ijazah Lanjutan. Apakah pakej
lain yang diperkenalkan yang bersangkutan dengan pendidikan
Negara?

6. Isu H1N1 yang melanda Negara ditangani dengan baik dan dalam
kawalan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Bagaimanakah
tindakan Malaysia dalam menangani masalah ini?

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 21


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Huraian Seksyen A:
Pecahan 5 - “Dasar Pentadbiran Negara”

Soalan yang kami klasifikasikan dalam pecahan ini merangkumi dasar-dasar kerajaan dan
bagaimana kejaraan pusat khususnya menangani isu-isu dalam Negara mahupun luar Negara. Di
samping itu, ianya juga memfokuskan tentang dasar-dasar baru kerajaan yang merangkumi slogan
kerajaan, apa yang hendak dicapai contohnya dalam isu KPI dan sebagainya. Untuk persediaan dalam
pecahan ini sebenarnya ia sama dengan persediaan pecahan Isu Semasa sebelum ini. Anda perlu peka
dengan berita dan dasar-dasar baru kerajaan. Rujukan utama yang boleh disarankan ialah portal
kerajaan di www.malaysia.gov.my yang mana merekodkan segala dasar-dasar baru kerajaan dan
sewajarnya menjadi rujukan utama anda. Berikut adalah contoh soalan yang kami golongkan dalam
pecahan ‘Dasar Pentadbiran Negara’;

1. Zon bebas di bawah Akta Zon Bebas 1990 menggariskan semua di


bawah perkara yang perlu dikaji terlebih dahulu sebelum
pengisytiharan zon bebas kecuali:

a. Kesesuaian kawasan
b. Penyediaan kemudahan infrastruktur
c. Populasi penduduk
d. Langkah-langkah keselamatan bagi membenteras pelarian cukai
e. Menentukan Pihak Berkuasa Zon dan keperluan berkaitan

2. Pengagihan anggaran perbelanjaan persekutuan 2009 dibahagikan


kepada 3 bahagian utama iaitu tanggungan sebanyak 11.6%,
pembangunan sebanyak 25.9% dan bekalan sebanyak 62.5. Berapakah
sebenarnya angka yang dianggarkan untuk urusan ini:

a. RM207,899 juta
b. RM107,899 juta
c. RM307,899 juta

Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 22


Peperiksaan Bertulis PTD: DISKRIPSI PRIMA

Tamat preview copy


6 ebook dalam 1 pakej

Dapatkan versi penuh ‘diskripsi prima’ dan


5 lagi komponen lain di:

http://tipsptd.com
sekiranya pakej rujukan ini tidak membantu anda
langsung, wang anda akan dikembalikan. Itu jaminan
kami dari Team Tips PTD. Tiada Risiko langsung untuk
Anda!
Anda tak sepatutnya GAGAL lagi… 23